Jumaat, 29 April 2011

TEMA 3: SEJARAH 2 STPM(UMUM ASIA )

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
BAB 9 : GERAKAN KESEDARAN

BINCANGKAN SEBAB-SEBAB KEWUJUDAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN BERASASKAN POLITIK DI ASIA.

Atas kesedaran bangsa yang di jajah telah membantu membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara, Asia Selatan serta Asia Timur. Kemuncak kepada gerakan nasionalisme ialah gerakan berorganisasi. Pelbagai pertubuhan di tubuhkan untuk menyatukan rakyat tempatan. Bagi negara yang di jajah oleh kuasa barat, perjuagan mereka adalah untuk membebaskan negara mereka daripada kongkongan kuasa barat atau dengan kata lain mencapai kemerdekaan. Bagi negara China pula, nasionalismenya pula berhadapan dengan dua musuh utama, iaitu imperialisme barat dan monarki mutlak. Sementara bagi Jepun dan Thailand, tujuan mereka adalah untuuk mempertahankan negara daripada pencerobohan mana-mana kuasa luar di samping cuba melakukan pemodenan bagi negaranya.
             Pada dasarnya, amalan diskriminasi tidak dapat di pisahkan dari penjajah barat. Ini tidaklah menghairankan kerana kedatangan mereka bukanlah untuk memakmurkan masyarakat tempatan, tetapi adalah untuk mengaut semua hasil yang ada. Ini bermakna, penjajah sering mengabaikan kebajikan penduduk tempatan. Dalam masa yang sama,  mereka juga menafikan hak penduduk tempatan dalam hampir semua aspek.
            Keadaan bertambah buruk di Filipina. Semakin banyak penindasan berlaku angkara pemerintah Sepanyol. Ini termasuklah diskriminasi ke atas paderi-paderi sekular, di mana mereka telah di beri taraf paling rendah dan di nafikan hak bagi menjawat jawatan tinggi dalam institusi gereja. Dalam pada itu, nasib yang menimpa Jose Rizal yang mengambil pendekatan sederhana itu telah membangkitkan kemarahan golongan nasionalisme yang lain. Mereka mula mengambil pendekatan yang lebih bersifat radikal dan revolusioner. Ini melahirkan katipunan atau Kesatuan Pemuda-pemuda Rakyat yang di tubuhkan pada tahun 1892 oleh Andres Bonifacto, Tedoro Plata dan Ladislao. Katipunan, sebuah parti radikal bertujuan mencapai kemerdekaan secara paksa daripada penjajah dan menyatukan semua pulau di Filipina menjadi sebuah negara berdaulat. Katipunan juga mempunyai matlamat untuk mengadakan pembaharuan dalam bidang pertanian serta menghapuskan paderi-paderi Sepanyol. Katipunan berusaha menyebarkan sentimen nasionalisme dengan menerbitkan karya-karya berasaskan nasionalisme. Antara akhbar yang pernah di  terbitkan ialah kalayan.
            Begitu juga keadaan di negara India. Kebanyakan penduduk India berpendidikan barat tidak di tawarkan jawatan dalam perkhidmatan awam atau agensi kerajaan. Bertitik tolak dari sini, timbul ketidakpuashatian di kalangan penduduk tempatan terutamanya intelektual India. Di dapati bahawa British melakukan penganiayaan terhadap anak tempatan. Justeru, ketidakpuashatian ini di salurkan menerusi sebuah organisasi iaitu Persatuan India tahun 1876 oleh Surendra Nath Benerjee. Matlamatnya ialah menyatukan seluruh penduduk India serta membincangkan masalah-masalah perkhidmatan awam. Persatuan ini kemudiannya di tukar nama kepada Kongress Kebangsaan India pimpinan W.C Benerjee. Perubahan strategi nampak jelas apabila beliau sendiri pergi ke England dan mendedahkan keadaan sebenar di India. Selain itu, pertubuhan  ini bertanggungjawab membawa India ke arah pencapaian kemerdekaan.  
            Perubahan corak pentadbiran turut menghasilkan pertubuhan-pertubuhan politik. Ini kerana corak pemerintahan penjajah telah mengakibatkan kesengsaraan di kalangan penduduk pribumi. Di India, penjajah British telah memperkenalkan peraturan yang jelas menghina penduduk tempatan. Peraturan ini menerangkan bahawa larangan orang India menaiki gerabak kereta api yang sama dengan mereka. Gerabak kelas pertama dan kedua adalah di khaskan untuk orang Inggeris manakala gerabak kelas ke tiga adalah orang India. Sementara itu, Akta Kowalt yang di laksanakan pada tahun 1919 turut di tentang orang India. Pelaksanaan akta ini yang membenarkan kerajaan untuk membuang individu-individu yang menubuhkan mahkamah-mahkamah khas dan pengawalan media massa khususnya surat khabar membangkitkan kemarahan  Mahatma Gandhi. Beliau telah melancarkan tentangan pasif melalui partinya iaitu kongres India. Antara lain, Mahatma Gandhi menyeru rakyat India supaya jangan mematuhi ungang-undang Inggeris secara aman. Di samping itu, beliau membuat bantahan dan menyuruh rakyat jangan bekerja pada hari di tetapkan. Pergerakan ini di kenali sebagai   satyagraha yang telah berjaya menimbulkan mogok, rusuhan dan tunjuk perasaan. Namun ,  usahanya gagal setelah berlaku serangan balas Inggeris di mana seramai 379 orang terbunuh manakala 1200 orang cedera.
            Sarekat Islam di Indonesia turut memperjuangkan hak politik bagi rakyat Indonesia. Hal ini berbangkit akibat daripada perubahan sistem pentadbiran masyarakat tempatan di mana pihak Belanda telah mengurangkan kuasa pemerintahan sultan. Contohnya, selepas Perang Jawa di Indonesia, pihak Belanda telah mengurangkan kuasa pemerintahan tempatan seterusnya sultan Surakata, Pakubuwono VII dan menjadi raja boneka di bawah pemerintahan Belanda.
            Sementara di Myanmar, pertubuhan 'Dobama Asiayone' atau liga kebangsaan Burma. Ia berpunca daripada tindakan British mengubah sistem pentadbiran tempatan serta menghapuskan pentadbiran beraja. Cengkaman politik mereka mengganggu sistem politik tradisional pribumi. Pengenalan sistem kehakiman, cukai dan pentadbiran berpusat telah mengancam kedudukan istemewa pembesar fendal. Justeru, untuk membangkitkan semangat kebangsaan, kerjasama antara Liga Pemuda seluruh Myanmar (1931) dan persatuan Dobama (1930) di jalankan. Ilham golongan Thakin ini bertujuan untuk memerdekakan Myanmar iaitu menggulungkan kerajaan British melalui cara kekerasan. Lain-lain perubahan yang menyebabkan penentangan ialah dasar pecah dan perintah British.
            Kewujudan pertubuhan politik juga di sebabkan oleh sikap ingin mengubah keadaan serta menentang penjajahan asing.  Sikap ini terhasil melalui sentimen anti-Manchu. Tokoh yang memainkan peranan ialah Dr. Sun Yat Sen. Atas dasar inilah beliau menubuhkan Revive China Society pada tahun 1894. Tujuan utama parti ini di tubuhkan adalah untuk menyingkir orang manchu, memulihkan pemerintahan orang China dan menubuhkan sebuaah republik. Persatuan ini gagal. Beliau tubuhkan pula Tung Meng-Hui di atas dasar 3 prinsip rakyat iaitu nasionalisme, demokrasi dan sosialisme. Penentangan ke atas penjajah pula di lakukan di sebabkan masalah dalaman yang merosot setelah kuasa asing kuasai wilayah China dan pelbagai perjanjian berat sebelah. Di antara perjanjian tersebut ialah perjanjian Nanking dan Yandabo yang di tandatangani pada 29 Ogos 1842. Melaluinya, Inggeris menikmati pelbagai keuntungan. Contohnya, dari segi kedudukan ekonomi memperlihatkan semakin kukuh apabila Cantoon, Amoy, Koochow, Ningpo dan Shanghai di miliki Inggeris. Dengan itu, Kuomintang atau KMT di tubuhkan pada tahun 1912 sekali lagi pimpinan Dr. Sun Yat-Sen. KMT berjuang untuk menyatupadukan China, menghapuskan imperialisme Barat serta Jepun di samping menyelesaikan masalah sosioekonomi. KMT berjaya tubuhkan sebuah kerajaan republik tetapi gagal menegakkan kuasa politik itu.
            Vietnam, tahun 1923 memperlihatkan sekumpulan nasionalisme sederhana pimpinan Bui Quang Chien telah menubuhkan parti perlembagaan. Cara di gunakan termasuklah bekerjasama degan pihak penjajah. Tuntutan mereka di muatkan dalam majalah dan akhbar serta menyuarakan pendapat dalam majlis kolonial. Perjuangan pertubuhan ini adalah untuk menuntut reformasi pentadbiran, soal  keadilan, memperbaiki taraf hidup penduduk dan menyatukan seluruh penduduk Vietnam.
            Lain-lain penyebab ialah permasalahan kemutlakan monarki dan kegagalan mengadakan reformasi pentadbiran serta politik. Hal ini boleh di rujuk di negara Thailand apabila tertubuhnya parti Rakyat. Ia telah di bentuk oleh sekumpulan penduduk yang berpendidikan Barat; iaitu kelas pertengahan terdiri daripada pegawai tentera dan pegawai perkhidmatan awam. Sikap anti-monarki ini timbul berikutan pihak monarki memegang kuasa mutlak dan jawatan penting dalam kerajaan. Pemerintahan Tahiland selepas Raja Chulalongkorn, tidak mahu mengubah status Quo keluarga di raja dan bangsawan dalam sistem pentadbiran dan ketenteraan. Di samping itu, kaum kerabat di raja bersikap sombong dan tidak mengendahkan nasihat pegawai-pegawai kerajaan yang cekap. Oleh itu, parti rakyat lancarkan satu revolusi untuk menamatkan kuasa mutlak raja. Parti ini turut mengutuk sistem pentadbiran raja mutlak sebagai tidak progresif dan penghalang kepada permodenan Thailand. Akibat revolusi ini, sebuah perlembagaan baru di gubal dan berjaya mengambil alih pucuk pimpinan Thailand dan menegaskan kerajaan Raja Berpelembagaan.
            Seterusnya, sikapp ingin membebaskan diri daripada cengkaman penjajah. Seperti di Indonesia, semangat ini telah melahirkan Parti Nasional Indonesia (PNI) pada Julai 1927 oleh kelab Pendidikan Bandung. Turut menjadi penyebab penubuhan PNI ialah penyerapan ideologi-ideologi politik Barat. Dari aspek ekonomi, kita boleh lihat mereka (penjajah) telah memperkenalkan beberapa dasar yang jelasnya membawa bebanan dan tekanan ke atas penduduk Indonesia. Ini termasuklah dasar liberal, dasar etika mahupun sistem kultur Belanda turut menjalankan pentadbiran capellan yang telah mengenepikan hak penduduk tempatan dari segi kuasa dan kekuasaan. PNI pimpinan sukarno ini bertujuan mencapai kemerdekaan Indonesia tanpa bekerjasama dengan Belanda. Di antara usaha sukarno ialah menyatukan semua parti dalam satu gabungan yang di panggil permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia yang merangkumi PNI, Sarekat Islam dan Budi Utomo. Perjuangan berbentuk radikal yang di lakukan oleh mereka gagal apabila Belanda mengharamkannya pada tahun 1929 dan sukarno di tangkap dan di penjarakan.
               Bagi Vietnam, sikap inginkan pencapaian kemerdekaan telah mewujudkan Parti Kebangsaan Vietnam atau Viet Nam Quoc Dan Dang (VNQDD) pada tahun 1927. Motif penubuhannya ialah memperjuangkan kemerdekaan secara kekerasan VNQDD melakukan kekerasan, keganasan, kekacauan, pembunuhan serta jenayah. Langkah ini di ambil ekoran daripada jalan sederhana yang di ambil oleh Parti Perlembagaan gagal mencapai hasrat penduduk tempatan. Oleh kerana parti ini merupakan ancaman besar kepada Perancis, maka kerajaan Perancis bertindak mengharamkannya.
            Kemunculan pertubuhan politik turut berpunca daripada pengaruh komunis. Sebagai buktinya ialah Parti Komunis China (PKC) yang di tubuhkan  pada tahun 1921. Beberapa pemimpin komunis seperti Chen Tu Shiu, Li Ta Choa dan Mao Tse-tung telah menerajui parti ini. Penubuhan PKC adalah langkah seterusnya bagi menentang imperialisme Barat apabila semua gerakan sederhana dan radikal gagal. Bantuan telah di berikan oleh ejen comintern (Kongres Komunis Antarabangsa) iaitu Greogory Voitinsky. PKC berperanan dalam menyebarkan fahaman komunis. Akhbar-akhbar rasmi turut di gunakan sebagai landasan untuk memberi penerangan kepada dunia global tentang komunis. Kongress pertama di adakan di Shanghai, 23 Julai 1921 dengan beberapa resolusi di luluskan. Antaranya untuk menyingkirkan rejim kapitalis dengan tentera proletariatrevolusi. Dapat di lihat pada akhirnya PKC berjaya menguasai seluruh negara China dan mengisytiharkan penubuhan kerajaan republik Rakyat China, 10 Oktober 1949.
            Pengurus unsur-unsur subversif (aliran komunis) ini turut menular di Indonesia. Ia di tubuhkan pada tahun 1920 oleh Semaun dan Darsono juga mempunyai tujuan menumpaskan kerajaan Belanda melalui cara kekerasan, iaitu melancarkan revolusi bersenjata. Matlamat utamanya ialah untuk menubuhkan sebuah republik komunis di Indonesia. Beberapa pemberontakan telah di jalankan di sekitar Jawa Barat dan Sumatera (tahun 1926-1927) tetapi gagal. Seterusnya pihak Belanda telah mengamalkan dasar menindas terhadap parti-parti berbentuk radiakal atau ekstrim dan mengharamkan PKI.
            Pada tahun 1930, Parti Komunis Vietnam telah di tubuhkan oleh Ho Chi Minh seperti VNQDD, parti ini bertujuan menggulingkan Perancis melalui satu resolusi. Mereka telah melancarkan permogokan, tunjuk perasaan dan kekacauan sabagai cara untuk mengusir penjajah. Namun, usaha ini telah di sekat oleh pihak berkuasa Perancis. Oleh itu, Parti Komunis Vietnam menukar strategi dengan menyeru perpaduan rakyat vietnam sehingga tertubuhnya Barisan Demokratik Kebangsaan.
            Jelaslah di sini bahawa kemunculan pertubuhan berasaskan politik di Asia adalah di dokongi sikap anti-penjajah yang bermula daripada golongan intelektual berpendidikan Barat. Kezaliman dan penindasan yang di lakukan membawa kesedaran kepada masyarakat pribumi untuk bangkit menentang penjajah.


TEMA 3: SEJARAH 2 STPM(INDIA DAN FILIPINA)

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
BAB 9 : GERAKAN KESEDARAN

AGAMA MERUPAKAN ASPEK PENTING DALAM BERLAKUNYA PERTENTANGAN IDEOLOGI DI INDIA DAN FILIPINA.BINCANGKAN.

            Agama merupakan aspek penting dlm berlakunya pertentangan ideologi di India dan Filipina.Agama merupakan kepercayaan kepada kuasa tertinggi yang menjadikan dan menguasai alam ini serta dgn ajaran dan kewajipan yang berkaitan dgn kepercayaan itu.Manakala ,ideologi pula merupakan aliran @ ajaran yang dijadikan dasar sesuatu pemerintahan @ yang menjadi pegangan sesuatu parti politik.Sebenarnya ,terdapat beberapa punca dalam bidang agama yang menjadikan agama sebagai aspek penting dalam berlakunya pertentangan ideologi di India dan Filipina.
            Di India, penglibatan pihak British telah mencetuskan beberapa gerakan tentangan .Gerakan pertentangan ini pula, disebabkan oleh pelbagai faktor.Antara faktor yang paling menonjol dlm pertentangan ideologi ini ialah gerakan Faraidi,yang dipimpin oleh Haji Shariatullah.Golongan ini yang dipengaruhi Wahabi menyatakan India bukan lagi negara Islam (Darul Islam ) tetapi telah berubah menjadi negara perang.
            Selain itu ,faktor agama yang menyebabkan berlaku pertentangan ideologi ialah dalam sistem pendidikan .Ianya dapat dilihat semasa pentadbiran Lord Dalhousie, beliau telah memperkenalkan sis. Pendidikan Barat di India yang mana telah mencetuskan pertentangan masyarakat pribuminya.Ini disebabkan masy.India beranggapan dan merasakan pendidikan barat yang diperkenalkan oleh British ini adalah salah satu cara dan percubaan untuk menyebarkan agama Kristian.Ia juga salah satu cara untuk mengkristiankan masyarakat India.Masy. India menentang sistem pendidikan ini kerana mereka bimbang akan dipengaruhi oleh agama Kristian.
            Sementara itu,pertentangan ideologi agama dr segi bahan yang digunakan dlm bidang ketenteraan telah menyebabkan penduduk India bangun untuk menentang.I ni adalah akibat tentera India mendapat tahu minyak yang digunakan oleh British utk membersihkan rifel telah dibuat drpd lemak babi & lembu.Perubahan dlm tindakan British itu telah menghina agama di India.Bagi masyarakat India yang beragama Islam lemak babi adalah haram,manakala bagi masyarakat beragama hindu menganggap lembu adalah tuhan mereka.Masyarakat India beranggapan British sengaja melakukan perkara ini utk menghina agama mereka.Pasukan Peribumi ke-19 di Berhampur yg enggan menggunakan rifel dibubarkan pd Mac 1857,sebelum meletusnya Dahagi India.Manakala Mangal Pande drpd pasukan Peribumi ke-34 telah menembak sarjan mejar lalu dihukum mati dan rejimen ini dibubarkan.
            Di samping itu,terdapat pertentangan agama antara orang Islam & Hindu. Petentangan ini berlaku adalah disebabkan oleh akta pembahagian Benggala yg dikuatkuasakan pada tahun 1905.Menerusi akta ini ,Lord Curzon mencadangkan pembahagian Benggala kpd 2 wilayah iaitu Benggala Timur  dan Benggala Assam.Kump.sederhana dan radikal telah menentang akta ini kerana British tidak mendapatkan cadangan  @ pendapat drp orang Hindu.Kumpulan radikal ini telah
Mula memulaukan dan membakar barangan buatan British. Hal ini telah mengakibatkan perpecahan dalam Kongres Kebangsaan India.Selain itu ,pertentangan juga berlaku apb.pilihan raya Dewan Perhimpunan Bahagian diadakan pada Julai 1946.Ini telah menyebabkan hubungan ant.orang Islam dengan Hindu menjadi semakin tegang.Parti Kongres telah memenangi kebanyakkan kerusi yang telah dipertandingkan .Hal ini telah menumpaskan Jinnah dan menggesa orang Islam supaya mengambil tindakan langsung untuk mencapai pembentukan Pakistan.Oleh itu, negara baru telah dibentuk iaitu Pakistan di bawah pimpinan Mohammad Ali Jinnah.
            Selain itu,pertentangan ideologi juga wujud kerana penduduk India tidak dapat menerima teklnologi Barat yang diperkenalkan British di India.Pembinaan  jalan keretapi dan telegraf disifatkan memberi ancaman kepada agama Hindu dan kasta mereka.Segala pengenalan ini bercanggah dgn amalan lama masyarakat India dan nenjejaskan cara hidup mereka.Dgnitu,mereka menyimpan perasaan benci kpd British dan seterusnya turut serta dalam Dahagi 1857.Sikap British juga mencurigakan orang Hindu dan Orang Islam yang bimbang melalui perundangan sosial,British cuba membinasakan agama dan budaya.Pentadbiran British juga mengakibatkan kemiskinan dan penderitaan yang lebih buruk kpd penduduk India.
           Di Filipina, sejak kedatangan Sepanyol,orang-orang Sepanyoltelah membawa paderi-paderi dan para rahib yang bertujuan untuk mengkristiankan masyarakat Filipina.Paderi dan rahib ini terdiri drp pelbagai mazhab.Agama merupakan aspek penting dlm berlakunya pertentangan ideologi di Filipina. Ini dapat dilihat apabila paderi Filipina mendapat layanan yang buruk daripada paderi Sepanyol.Dgn layanan yang buruk ini secara tidak langsungtelah memberi semangat baru kpd rakyat Filipina untuk memberontak. Diskriminasi agama juga sering berlaku diantara paderi Filipina (paderi Sekular) dgn paderi Sepanyol (paderi Regular) di mana paderi Sekular telah direndahkanmartabatnya & dipandang rendah oleh paderi regular.Paderi Sekular ini tidak mendapat pegangan jawatan penting dalam pentadbiran gereja di Filipina oleh paderi regular.Apabila hal ini berlaku,timbul rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat & paderi di Filipina.Kesan drpd rasa tidak puas hati ini menyebabkan mereka menuntut keadilan & ini telah membawa kpd kebangkitan paderi di Filipina seperti yg diperjuangkan oleh Marino,Gomez,Jacinto,Zamora,Jose Guerena & Jose Burges.Perjuagan mereka telah berakhir dgn hukuman bunuh kpd sebahagian drp mereka antaranya ialah Jacinto pd 12.2.1872 oleh pemerintah Sepanyol.Paderi yg dibunuh ini telah terlibat dlm Pemberontakan Cavite 1872.Kematian tiga orang paderi ini telah menjadi sumber inpirasi @ daya penarik kpd penduduk & paderi Filipina lain utk melakukan penentangan.Tindakan Sepanyol membunuh tiga org paderi Filipina telah mencetuskan rasa tidak puas hati & perasaan benci masyarakat Filipina terhadap Sepanyol.Mereka menyifatkan hukuman yg dikenakan terhadap lima paderi tersebut adalah tidak adil.
            Di samping itu agama Kristian juga telah dijadikan oleh pemerintah Sepanyol sebagai alat utk menundukkan & menindas penduduk peribumi di Filipina.Hal ini juga telah menyebabkan diskriminasi berlaku dikalangan paderi & gereja.Archobiscop & Bischop-bischop sering memandang rendah kpd paderi2 dan masyarakat peribumi di Filipina.Paderi2 Filipina ini telah dibeza-bezakan drpd paderi Sepanyol.Ini telah menyebabkan paderi Filipina bangun menentang Sepanyol.Selain itu paderi2 Sepanyol telah disanjung tetapi pd masa yg sama mereka telah menyalah gunakan kuasa & kedudukan yg ada pd mereka.Ajaran agama telah dicampur aduk dgn amalan duniawi, bagi memenuhi keperluan politik,ekonomi & sosial.Paderi Sepanyol turut sebarkan agama & ajaran palsu.Mereka tlh melakukan pelbagai skendal & perbuatan kotor yg tidak sesuai dgn sifat sbg seorang paderi.

            Pada tahun 1892, telah berlaku sekali lagi pertentangan ideologi di Carile di mana paderi Filipina tidak berpuas hati terhadap Sepanyol yang tidak membenarkan mereka menunaikan sembahyang. Apb. Hal ini berlaku ia telah menyebabkan berlakunya gerakan menentang Sepanyol.Namun dlm pertentangan dan gerakan ini Sepanyol telah berjaya mengatasinya.Sebahagian drp penduduk Filipina yg mengikuti pergerakan ini telah dipenjarakan & ada yg dijatuhkan hukuman buang negeri.
            Walaupun agama Kristian telah menimbulkan dan merupakan aspek dlm pertentangan ideologi di Filipina ,namun agama juga telah dianggap sebagai agama yg telah memupuk perpaduan di kalangan masy. Filipina terutamanya masy.yg beragama Kristian.Sebelum ini penduduk Filipina dipisahkan dgn ribuan pulau & menganut agama animisme yg berbeza.Penentangan @ revolusi yg berlaku di Filipina sblm ini,adalah bersifat regionalistik.Kehadiran Kristian menjadi pendorong kpd penduduk Filipina bersatu & mula memandang diri mereka sbg . satu golongan masyarakat.dgn kata lain agama Kristian dianggap sbg simbol perpaduan rakyat Filipina untuk membangkitkan perasaan perpaduan & nasionalisme.
            Wujud juga penentangan berkaitan agama Islam dgn Kristian di Filipina. Islam dilihat telah membawa semangat rasionalisme & intelektualisme bukan shj dikalangan istana &keraton,malah telah meluas hingga babitkan kalangan rakyat.Masy.Sulu di Selatan Filipina telah menjadikan Islam sbg tunjang penting dlm usaha menentang Sepanyol.Islam dijadikan sumb.kekuatan & penyatuan rakyatnya.Perang Moro yg meletus sepanjang abad ke-16 hingga abad ke-20 buktikan hakikat ini.Kesannya telah membawa kpd amalan korbankan nyawa sewaktu keluar berperang dgn Sepanyol.
            Kesimpulannya.jelaslah di sini bahawa agama merupakan aspek penting dlm berlakunya pertentangan ideologi yang berlaku di India dan Filipina.Ianya berlaku akibat rasa tidak puas hati kpd penjajah terutamanya dlm aspek berkaitan bidang keagamaan.Namun begitu,agama juga penting dlm usaha menyatupadukan penduduk dlm sesebuah negara yg berkenaan @ terlibat supaya mencapai kemakmuran & keamanan untuk semua masyarakatnya.

TEMA 3: SEJARAH 2 STPM(UMUM ASIA TENGGARA)

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
BAB 9 : GERAKAN KESEDARAN

AGAMA MEMAINKAN PERANAN PENTING PERJUANGAN NASIONALIS DI BURMA, INDONESIA DAN FILIPINA. BINCANGKAN.

            Nasionalisme memberi makna melahirkan perasaan cintakan tanah air dalam usaha untuk membentuk sebuah negara bangsa. Oleh itu, perkataan nasionalisme berkait dengan dua perkara iaitu kewarganegaraan dan semanagt patriotik. Kewarganegaraan menuntut perpaduan politik dan kedaulatan kemerdekaan, manakala semangat patriotik pula bermakna cintakan tanah air. Dengan kata lain, nasionalisme boleh dikatakan sentimen kesetiaan atau simpati yang mengikat sekumpulan masyarakat menerusi institusi atau budaya yang sama untuk perpaduan di kalangan mereka dan seterusnya mencapai pembentukan negara yang merdeka.
            Semangat perjuangan para nasionalis di Asia dibangkitkan dengan lebih bersifat massa oleh pelbagai faktor. Antara faktor awal yang memainkan peranan ini ialah agama yang telah berjaya mengikat perpaduan kelompok. Agama telah memainkan peranan penting dalam perjuangan nasionalisme terutamanya di Burma, Indonesia dan Filipina. Pengaruh golongan agama ini berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat pribumi.
            Di Burma, perkembangan awal kebangkitan semangat nasionalisme adalah berlandaskan agama dan diterajui oleh golongan agama. Golongan agama merasa tercabar dengan kemasukan pentadbiran British dan penyebaran agama Kristian di Burma. Penglibatan golongan agama ini boleh didasarkan atas dua sebab. Pertama, peranan ketua hierarki agama, Thatnabaing dalam urusan agama diketepikan oleh pihak British. Hal ini menyebabkan golongan agama terutama para pongyi tidak berpuas hati dan bertindak atas pertimbangan sendiri. Semangat perjuangan para pongyi (sami-sami Buddha) dilihat dengan jelas antara tahun 1916 hingga tahun 1935, disebabkan oleh kemerosotan pengaruh sangha (komuniti sami-sami Buddha) dan sekolah-sekolah agama Buddha di bawah pentadbiran British. Oleh itu, golongan ponyi merasa terpanggil untuk menegakkan semula pengaruh mereka dan agama Buddha dalam masyarakat Burma. Kedua, menjelang tahun 1900, penyerapan nilai dan teknologi Barat secara beransur-ansur merosakkan pengaruh agama Buddha dalam masyarakat Burma. Sekitar tahun 1921-1929, pongyi-pongyi yang berpolitik menguasai perjuangan nasionalis apabila mereka menjalankan perjuangan mereka melalui Majlis Umum Sangha Sametggi (GCSS). Pongyi-pongyi bergiat dalam politik hasutan. Contohnya seperti taktik-taktik ketidak-kerjasamaan Gandhi, pemboikotan pembayaran cukai, tentangan terhadap pengajaran-pengajaran Kristian kepada kanak-kanak yang baeragama Buddha serta keganasan dan taktik-taktik ugutan U Ottama mengulami pergerakan nasionalis dengan cara hidup orang-orang beragama Buddha. Tindakan ini telah menukarkan pergerakan nasionalis menjadi satu pergerakan menjadi satu pergerakan yang disukai ramai. Peranan pongyi adalah amat penting kerana nasionalis-nasionalis Burma bergantung kepada sokongan pongyi ekoran pongyi telah menawan sokongan masyarakat luar bandar.
            Penyerapan nilai dan teknologi Barat dalam masyarakat Burma amat dibimbangi oleh golongan agama kerana khuatir Buddha akan terjejas. Meraka berusaha memulihkan kepercayaan terhadap agama melalui beberapa pembaharuan termasuk galakan yang dapat membangkitkan semangat nasionalisme. Antara usaha pembaharuan agama dan penyemarakan sentimen nasionalisme dilaksanakan melalui pembentukan persatuan yang berasaskan agama sebagai matlamat perjuangan. Salah satu pertubuhan agama yang aktif dalam penyebaran sentimen nasionalisme ini ialah Persatuan Pemuda-pemuda Buddha (Buddha Bhata Kalyana Yuma Athin) atau lebih dikenali sebagai Young Men Buddhist Association (YMBA) yang ditubuhkan pada tahun 1906.
            YMBA diasaskan oleh sekumpulan peguam muda dari Universiti Rangoon (Yangoon) antaranya seperti U Ba Pe, U Ba Dun dan U Saw. Pada peringkat awal, kegiatan YMBA ialah tertumpu kepada soal agama, selain daripada aspek pelajaran, pembaharuan sosial, peningkatan kesusasteraan dan kebudayaan. Unsur agama jelas dilihat dalam perjuangan mereka menerusi slogan yang digunakan, “Buddha Penyelamat Kita dan Raja”, untuk memperjuangakan agama, sosial, politik dan ekonomi mereka. YMBA mula aktif pada tahun 1917, apabila pucuk pimpinan pertubuhan itu jatuh ke tangan pemimpin nasionalis yang lebih berfahaman radikal seperti U Thein Maung, U Chit Hliang dan U Ba Pe, berbeza dengan pimpinan sebelum ini yang bersifat sederhana. Kewujudan pemimpin yang berfahaman radikal menyebabkan mereka kembali membangkitkan isu kasut yang kuat. YMBA merasakan British tidak mahu melayan tuntutan mereka agar menghormati agama masyarakat pribumi. Hali ini jelas diperlihatkan oleh para pelawat British yang mencemar dan melanggar peraturan kuil dengan tidak mahu membuka kasut mereka apabila memasuki kuil. Ini dianggap sebagai satu penghinaan ke atas kesucian rumah ibadat masyarakat Burma. “Masalah kasut” menjadi satu agenda utama dalam persidangan YMBA yang diadakan pada tahun 1917, namun tuntutan tidak dilayan kerana British memandang ringan hal tersebut.
            YMBA sedar bahawa tuntutan mereka akan menjadi lebih berkesan, jika ia mendapat suara ramai dan bersifat kebangsaan. Oleh itu, YMBA berusaha meluaskan kegiatan mereka bukan sahaja di bandar malahan di luar bandar. Hasilnya, pada tahun 1920, terdapat kira-kira 6000 buah persatuan di peringkat kampung yang memberi sokongan kepada YMBA. Salah satu isu yang dipropagandakan oleh YMBA untuk mendapat sokongan rakyat ialah melalui sentimen agama berhubung dengan “masalah kasut”. Perkembangan pesat YMBA memberi kesan kekuatan kepada persatuan ini sebagai badan pergerakan nasional, hingga menyebabkan beberapa tuntutan awal dan utama YMBA yang terpaksa dilayan oleh kerajaan ialah “masalah kasut”. Kerajaan telah mengambil tindakan mengenakan undang-undang dan bertolak ansur dengan golongan agama. Kerajaan telah mengisytiharkan larangan memakai kasut di dalam kuil.
            Pada bulan Disember 1930 pula, berlaku Pemberontakan Tharawaddy atau dikenali juga sebagai Pemberontakan Saya San kerana ia dipimpin oleh Saya San yang merupakan seorang bekas sami Buddha tetapi berfikiran politik. Saya San dilahirkan di Shwebo adalah bekas sami, ahli jawatankuasa kerja Unit So Thein, cabang GCBA dan bomoh. Gerakan Saya San dikaitkan dengan pemulihan kembali keseluruhan alat-alat diraja dan agama Buddha dan animisme. Saya San diarahkan oleh So Thein GCBA pada akhir tahun 1920-an menyiasat aduan rakyat mengenai cukai tanah, hutang petani dan larangan mengambil hasil, seperti buluh dan kayu api di hutan simpanan. Setelah menyerahkan laporan pada tahun 1928, Saya San meletakkan jawatan dalam So Thein GCBA dab secara rahsia mengendalikan pertubuhan untuk melancarkan kebangkitan. Gerakan awal Saya San adalah rancangan membunuh Pesuruhjaya British Bahagian Pegu. Kebanyakan pengikut Saya San adalah pongyi yang terlibat dalam politik dan bergiat melalui Wuthanu Athins. Bentuk politik agama dalam perjuangan Saya San terserlah daripada sumpah yang diwajibkan kepada semua ahli Galon. Antara lain ahli Galon menyatakan yang mereka adalah diikat sama untuk menghalau semua kafir sehingga mereka bebas daripada pemerintahan British. Setiap ahli juga bersumpah akan mengikut perintah pemimpin Galon dan dengan itu agama mereka akan selamat daripada orang kafir. Sebelum kebangkitan Saya San meletus Durbar berlangsung di Tharrawaddy. Pemangku Gabenor, Si J.A Maung Gyi menolak permintaan orang ramai mengurangkan cukai. Kebangkitan Saya San meletus pada 22 Disember 1930. kira-kira 1500 orang datang berkumpul dan jumlah ini bertambah sekali ganda kemudiannya. Kumpulan Galon ini memiliki kira-kira 30 laras senapang. Mereka melancarkan serangan ke atas balai polis, ketua kampung yang enggan bekerjasama, orang Cina serta India. Pejabat perhutanan menjadi sasaran utama mereka. Enam puluh pegawai perhutanan termasuk seorang Eropah terbunuh. Kira-kira 100 buah rumah kakitangan perhutanan dibakar. Ini adalah menepati tujuan asal pemberontakan iaitu bagi mendapatkan semula tanah daripada penguasaan ceti-ceti India. Mereka juga mahu menggulingkan pemerintahan British dan memulihkan kembali keagungan agama Buddha di kalangan masyarakat pribumi. Walau bagaimanapun, pemberontakan ini akhirnya dapat dipatahkan. Saya San telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tahun 1931. Namun demikian, pemberontakan ini telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan di kalangan rakyat Burma. Buktinya, pada 4 Januari 1931, seorang pongyi yang datang dari markas Saya San melancarkan kebangkitan di Yamethin, Burma Tengah akibat pemilikan tanah oleh golongan ceti secara melampau.
            Di Indonesia, walaupun penduduk Indonesia dipisahkan oleh kedudukan geografi yang luas dan mempunyai penduduk pelbagai bangsa dan budya tetapi kehadiran Islam membantu penduduk Indonesia bersatu untuk menentang kehadiran Belanda di negara itu. Lebih daripada 90% penduduk Indonesia adalah beragama Islam dan ikatan Islam umpama rantai besi yang mengikat perpaduan bangsa Indonesia. Oleh itu, munculnya persatuan-persatuan unsur Islam sebagai teras perjuangan bangsa Indonesia seperti Sarekat Islam, Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama. Sarekat Islam, misalnya mempunyai pengikut Islam yang ramai dan menjadi ancaman kepada pemerintahan Belanda pada tahun 1920-an.
            Pada akhir abad ke-19, bilangan pelajar-pelajar Islam Indonesia yang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah semakin bertambah. Mereka ini menerima pengaruh daripada gerakan Reformis Islam di Timur Tengah. Di Timur Tengah, mereka menerima ajaran-ajaran Islam yang lebih progresif serta mendapat inspirasi daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku di negara-negara Islam. Sebagai contohnya, di Mesir mereka mendapati orang-orang Mesir bergerak maju menuju kepada pembaharuan fikiran dalam Islam seperti Syed Jamaludin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.
            Gerakan ini memperjuangkan konsep Pan-Islamisme (penyatuan dunia Islam bagi menentang perluasan kuasa Barat) dan membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kuno yang tiada kaitan dengan ajaran Islam. Beberapa nasionalis yang mendapat pengaruh pergerakan Muhammad Abduh di Mesir telah menubuhkan pertubuhan Muhammadiyah untuk menegakkan kekuatan umat Islam daripada ancaman pengaruh asing yang melemahkan Islam serta dapat melawan penjajah yang beragama Kristian.
            Pejuangan nasionalisme di Indonesia disemarakkan lagi dengan penubuhan Sarekat Islam pada tahun 1912 di bawah pimpinan Haji Omar Said Tjokroaminoto. Antara tujuan penubuhan sarekat ini ialah untuk memajukan kebajikan bangsa Indonesia dan menyebarkan agama Islam dan bentuk yang lebih sejati kepada seluruh rakyat Indonesia supaya dapat menyaingi agama Kristian. Sarekat Islam telah mempergunakan agama Islam sebagai lambang penyatuan dalam usaha-usahanya untuk menentang kaum-kaum asing dan pengaruh mereka di Indonesia. Pendekatan seperti ini telah menarik minat ramai orang Indonesia terutamanya golongan santri dan reformis Islam yang dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah. Orang Islam di Borneo dan Sulawesi menganggap pembentukan Sarekat Islam sebagai langkah pertama melancarkan peperangan suci menentang orang Belanda.
            Tindakan Sarekat Islam bukannya semata-mata disebabkan ia memperjuangkan hak politik bagi rakyat Indonesia tetapi juga suara lantangnya mengkritik kerajaan Belanda dalam pelbagai bidang. Sebagai contohnya, Sarekat Islam menuntut agar kerajaan Belanda menghapuskan sistem diskriminasi dalam pendidikan dan menuntut pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur 15 tahun ke bawah. Dalam bidang ekonomi pula, kerajaan digesa untuk memiliknegarakan industri penting seperti kilang-kilang tekstil, perusahaan kertas dan industri besi. Dengan itu, rakyat mula melihat Sarekat Islam sebagai punca penyelesaian masalah-masalah sosisoekonomi mereka.
            Nasionalisme Filipina pula telah bermula sejak pertengahan abad ke-19. Sebelum tempoh itu, selama dua abad, berlaku tidak kurang daripada 100 penentangan terhadap Sepanyol yang menakluki Filipina. Kebanyakannya bertujuan mengembalikan kebebasan kumpulan atau suku kaumyang tertinda oleh tindakan tidak adil Sepanyol sama ada dalam aspek agama, sosiobudaya, pentadbiran atau ekonomi. Kehadiran Kristian menjadi pendorong kepada penduduk Filipina bersatu dan mula memandang diri mereka sebagai satu golongan masyarakat. Dengan kata lain, agama Kristian dianggap sebagai simbol perpaduan rakyat Filipina untuk membangkitkan perasaan perpaduan dan nasionalisme. Contohnya, layanan buruk oleh paderi Sepanyol juga memberi semangat kepada rakyat Filipina memberontak. Diskriminasi sering dilakukan oleh paderi Sepanyol yang disebut sebagai Paderi Regular, terhadap paderi Filipina yang disebut sebagai Paderi Sekular. Malahan, Paderi Sekular dipandang rendah dan menafikan mendapat jawatan penting dalam pentadbiran gereja. Paderi Regular juga lebih suka mengumpul harta daripada berkhidmat dengan penduduk tempatan.
            Sebagai satu paradoks atau gerakan bertentangan dengan unsur perpaduan, penyebaran agama Kristian, pentadbiran bercorak sentral dan birokrasi berhierarki dari peringkat kampung hingga ke kota pentadbiran di Manila menggalakkan unsur kesatuan daerah dan penduduk Filipina. Pemelukan agam Kristian oleh orang Filipina menyebabkan mereka merentasi masalah sperti perbezaan kaum, keturunan, wilayah dan lain-lain. Dengan pemelukan agama Kristian, orang Filipina kini memandang diri mereka sebagai satu golongan masyarakat. Kemunculan identiti dan semangat nasionalisme ini banyak didorong oleh perubahan persekitaran sosioekonomi dan politik dalam kawasan dan di luar kawasan Filipina. Punca perubahan tersebut berkait rapat dengan tindakan Sepanyol membunuh tiga orang paderi ilustrado iaitu Mariano Gomez, Jose Burgos dan Jacinto Zamora. Ketiga-tiga paderi ini telah menjalankan gerakan yang dikenali sebagai Pengorbanan Gom-Bur-Za untuk menuntut hak persamaan bagi paderi Filipina dan Sepanyol. Pembunuhan tiga orang paderi ini dianggap sebagai titik permulaan pergerakan nasionalisme Filipina. Ini disebabkan buat pertama kali lahir kebencian yang menyeluruh terhadap keganasan dan ketidakadilan Sepanyol dalam soal keagamaan.
            Penentangan menuntut keadilan atau persamaan hak dalam bidang agama juga dapat dilihat pada penentangan Apolinario de la Cruz (1840 hingga 1841) merupakan perjuangan menuntut persamaan hak bagi rakyat Filipina dalam hierarki atau jawatan kepaderian dan mengandungi unsur tuntutan politik. Cruz bertindak apabila beliau tidak dibenarkan belajar di biara gereja katolik kerana pihak gereja itu mengamalkan dasar menyekat orang Filipina menduduki jawatan penting dalam urusan gereja. Sebagai tindak balas, Cruz membentuk pertubuhan agama yang dikenali sebagai Confradia de San Jose. Pertubuhan ini tidak diiktiraf oleh Sepanyol dan Sepanyol ambil tindakan untuk hapuskan pertubuhan itu apabila ia semakin berpengaruh, khususnya di kawasan Tayabas. Cruz berjaya dibunuh oleh paderi-paderi Filipina yang disyaki menyokongnya disingkirkan sehingga mengurangkan jumlah paderi Filipina dalam organisasi gereja. Menjelang tahun 1871, hanya terdapat 181 orang daripada 792 pegawai gereja berbangsa Filipina. Penentangan menuntut persamaan hak dilakukan oleh tentera berbangsa Filipina dalam Dahagi Tagalog. Penentangan ini gagal memupuk perpaduan di kalangan rakyat Filipina. Malah, tindakan Sepanyol memperalatkan sesuatu kumpulan orang Filipina bagi menentang orang Filipina yang lain menyukarkan perpaduan di kalangan orang Filipina. Walau bagaimanapun, tindakan Sepanyol memperbodohkan serta menindas orang Filipina akhirnya menyedarkan mereka terhadap eksploitasi dan ketidakadilan penjajah itu.
            Agama Islam juga dilihat sebagai sumber kekuatan dalam usaha masyarakat Filipina menentang ancaman Sepanyol. Masyarakat Sulu di bahagian Selatan Filipina telah menjadikan Islam sebagai tunjang penting dalam usaha mereka menentang Sepanyol. Sepanyol yang menjalankan dasar penyebaran dakyah Kristian secara aktif menerima tentangan hebat daripada Kesultanan Sulu sejak abad ke-16 lagi dan sepanjang tempoh itu, kesultanan Sulu sering sahaja menjadikan Islam sebagai sumber kekuatan dan penyatuan rakyatnya. ‘Perang Moro’ yang berlangsung sepanjang abad ke-16 hingga abad ke-20 membuktikan hakikat ini. Malahan di kalangan pejuang Moro telah timbul satu amalan yang disebut sebagai Juramentado iaitu kesanggupan mengorbankan nyawa sewaktu berperang dengan Sepanyol.
            Kesimpulannya, agama turut menjadi landasan penting dalam menyemai semangat nasionalisme di kalangan nasionalis. Kebangkitan semangat kebangsaan ini adalah satu langkah atau usaha awal dalam membebaskan diri mereka daripada cengkaman penjajah dari aspek sosial, politik dan ekonomi masyarakat pribumi.

TEMA 3: SEJARAH 2 STPM(UMUM ASIA TENGGARA)

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
BAB 9 : GERAKAN KESEDARAN

PENGARUH POLITIK DARI LUAR MEMBERIKAN SUMBANGAN YANG BERKESAN TERHADAP KESEDARAN POLITIK MASYARAKAT ASIA.
BINCANGKAN.



Nasionalisme atau semangat kebangsaan bermaksud kesedaran politik dikalangan sesuatu bangsa untuk membebaskan diri dan negara mereka daripada penjajahan kuasa asing. Ia juga boleh didefinisikan sebagai perasaan cintakan tanah air dan juga membebaskan bangsa dan Negara daripada cengkaman penjajah. Selain daripada factor-faktor sperti peranan akbar dan wartyawan, pendidikan, intelektual, dan sebagainya, factor pengaruh daripada luar juga mempengaruhi dan memainkan peranan penting dalam usaha membangkitkan perasaan nasionalisme di Negara –negara Asia.
      Kemunculan Negara Jepun sebagai kuasa besar dunia telah membuka mata masyarakat Asia untuk memperjuangkan nasib mereka yang selama ini telah dikongkong oleh penjajah barat sama ada dari segi politik, ekonomi, mahupun social. Pembaharuan Meiji pada tahun 1868 telah memberi inspirasi kepada para pemimpin Negara-negara Asia. Apabila China telah dikalahkan oleh Perancis padatahun 1885 dan Jepun pada tahun 1895, Kang Yu-Wei meliha bahawa China perlu membuat pembaharuan dalaman khususnya dalam bidang pemerintahan dalam usaha memajulkan China. Beliau telah menghantar memorandum dan merayu kepada pihak istana Manchu untuk menerima reformasi dalam pemerintahan mereka dengan lebih mendalam. Beliau telah menyarankan agar China mencontohi reformasi Meiji di Jepun dan Peter The Great di Russia.oleh sebabitu  muncullah gerakan yang dinamakan Gerakan Seratus Hari di China (1898). Manakala kejayaan Jepun mengalahkan Russia (1905) memberikan gambaran yang jelas kepada masyarakat Asia yang pernah dijajah oleh kuasa barat , bahawa kuasa barat boleh ditewaskan oleh orang Asia. Situasi ini telah mengembalikan perasaan dan keyakinan bahawa kuasa barat tidaklah sekuat mana yang disangkakan. Maka perkara penting yang harus dilakukan ialah bagaimana untuk menyatukan masyarakat dan melakukan anjakan pemikiran masyarakat tempatan supaya mereka bangun merampas kembali hak mereka sebagai peribumi daripada penjajah. Keadaan inilah yang telah membuatkan tokoh reformasi Vietman, Phan Boi Chua dan Putera Cuang De menubuhkan Viet Nam Duy Tan Hoi di Jepun. Kedua-dua tokoh nasionalisme Vietnam amat kagum dengan kejayaan Jepun , lebih-lebih lagi kejayaannya menumbangkan Angkatan Tentera Russia. Jesteru itu pemimpin initelah bercita-cita untuk membebaskan Vietnam dan memodenkan Vietnam mengikut reformasi Meiji.
     Begitu juga dengan Indonesia dan China. Kejayaan Jepun telah membangkitkan semangart pra pejuang nasionalisme untuk terus bangun menentang penjajahan barat. Para pejuang Indonesia telah menjadikan kejayaan Jepun sebagai insprasi dan mengajak rakyatnya untuk sama-sama bangun menetang penjajah Belanda. Manakala pemimpin China yang selama ini memandang rendah terhadap Jepun telah menukar pandangan tersebut dan telah mengkantar para pelajarnya ke Jepun. Tokoh-tokoh nasionalis China seperti Kang Yu-wei, Liang Chih Chau dan Dr. Sun Yat Sen telah menumpukan perhatian mereka terhadap Jepun sebagai sumber ilmu pengatahuan dan pembelajaran. Ini telah membuktikan bahawa pengaruh Jepun amat besar terhadap perjuangan nasionalis China.
      Kejayaan dan kemenangan Jepun ini juga telah menambahkan  keyakinan orang China tentng perlunya pengenalan perlembagaan. Mereka telah menyaksikan kekalahan Russia, sebuah negara yang besar telah dapat dikalahkan oleh Jepun sebuah negara yang kecil. Orang China yakin, orang Jepun menjadi kuat sejak penubuhan perlembagaa dan pengenalan rancangan permodenan dan pembaratan dalam segakla bidang. Seorang intelktual China iaitu Chang Chin pernah mengatakan bahawa kemenangan Jepun dan kekalahan Russia mencerminkan kekalahan sistem beraja dan kemenangan sistem perlembagaan. Dengan ini semangat untuk menumbangkan Denasti Manchu semakin membara.
     Selain itum juga, refomasi Islam di Mesir juga telah mendorong dan meningkatkan kesedaran umat islam di rantau Asia untuk membela bangsanya. Jamaluddin Al-Afgani dan syeh Muhammad Abduh merupakan dua tokoh berpengaruh dalam dunia Islam. Mereka mendokong kemajuan dalam Islam dan menggesa umat Islam mementingkan ilmu pengatahuan. Islam tidak menolak kemajuan sains dan kemajuan dari barat. Umat Islam haruslah menjadikan Agama Islam sbagai panduan untuk mencapai kejayaan. Mereka juga menggesa umat Islam membebaskan Islam daripada kepercayaan kolot serta kepercayaan dan amalan yang menyekutukan Allah s.w.t dan menyimpang daripada prinsip utama Agama Islam.
     Untuk memajukan umat islam, satu rformasi telah diadakan berdasarkan pendidikan Islam yang sebenar. Dalam ssitem pendidikan Islam perkara-perkara sains moden, tamadun barat, harslah diajar selain ilmu Agama Islam itu sendiri. Manakala, perkara yang berkaitan dengan soal keadilan social dan politik haruslan ditekankan.    Pengaruh dan idea kedua-dua tokoh ini bukan sahaja menjalar kesenanjung tanah Arab bahkan juga mempengaruhi pemikiran masyarakat tempatan di India dan Asia Tenggara. Kemunculan Al Manaryang dibentuk pada tahun 1905 selepas Muhammad Abduh meninggal dunia telah meneruskan idea reformasi Islam. Mereka juga telah mengkaji baik prinsip etisa Islam dalam soal nlai social. Oleh itu, pelajar-pelajar Islan darimperbagai pelosok dunia telah dihantar ke Mesir dan mereka telah menerima secara langsung idea ini. Apabila mereka kembali ketanah air,kl idea tersebut telah dibawa dan diperluaskan dalam pemikiran umat Isalm di tempat masing-masing. Atas pegaruh ini juga Sir Said Ahmad telah menubuhkan pusat pendidkan Islam di Algarh, India. Institusi ini telah menyediakan peluang kepada pelajar Islam untuk menerima pendidkan Islam dan pendidikan barat.
     Gerakan pemulihan Islam di tumor tengah juga telah mempengaruhi penubuhan Sarekat Islam dan Muhammadiyah di Indonesia. Idea ini memberikan inspirasi kepada kedua-dua gerakan ini untuk berjuang menentang penjajahan. Mereka yakin bahawa Agama Islam mampu menyatukan umat manusia.mereka telah melancarkan perang jihad menentangorang Belanda yang beragama Kristian.   Selain itu, idea-idea reformis politik, ekonomi dan social di Eropah juga menjadi inspirasi bagi golongan berpendidikan barat. Dr. Sun Yat Sen yang mengkagumi idea barat mula menerima idea tersebut dan menyesuaikan mengikut keadaan China sehingga melahirkan Tiga Prinsip Rakyat. Manakala penyatuan Itali dan Jerman pada 1870 juga telah memberikan idea kepada pemimpin China untuk membina negara Chuna yang moden. Manakala kekalhan Poland pula menjadi pertingatan kepada China bahawa mereka tidak perlu menjadi bangsa yang lemah dan mudah diancam oleh kuasa asing. Sementara itu, Andres Bonifasio tertarik dengan idea –idea revolusi Amerika dan revolusi Perancis. Oleh kerana iytu kedua-dua idea ini telah dijadikan inspirasi kepada pergerakan Katipunan di Filipina. Manakala pelajar Thai di Paris pula menjadikan Revolusi Perancius untuk mengubah keadaan politik yang static di Thailand.
     Sementara itu idea komunis juga telah dijadikan pemangkin oleh golongan nasionalis di China dan Vietnam. Idea demakrasi yang didokong oleh barat hanyalah dijalankan di negara mereka sahaja dan tidak dipraktikkan di tanah jajahan. Empat belas perkara yang dianggap sebagai lambing demokrasi dan pembebasan hak memerintah sendiri yang dilaungkan oleh presiden Amerika Syarikat, Woodnon Wilson, tinggal hanya idea dan tidak dijadikan sebagai asas dalam pembentukan perjajian damai Verseiles. Oleh itu idea-idea demokrasi dan liberalisme yang diamalkan di barat hanyalah sebagai ilusi sahaja. Perkara sebenar yang berlaku ialah pemerasan kepada bangsa yang telah dijajah. Idea kapitalisme dan imperialisme menjadikan bangsa Asia yang dijajah menderita. Keadaan ini telah mengecewakan golongan intelektual yang selama ini mengharapkan sisitem demokrasi adalah tonggak keadilan. Namundemikian unsur kapitalis menjadi dominan dalam perjuangan kuasa barat. Kebangkitan golongan intelektiual dalam gerakan 4 Mei di China menunjukkan rasa tidak puas hati pemimpin intelektual dengan kuasa barat.
     Oleh itu, kejayaan Revolusi Bolshevik pada oktober 1917 memberikan rangsangan kepada pemimpin Asia tenggara dan Asia timur untuk menggunakan idea komunis sebagai panduan membina negara merdeka. Selain itu prinsip komunis yang mendokong taraf kesama rataan dan menentang kapitalis dan imperialis. Oleh itu idea ini menjadi tarikan kepada pemimpin intelektual Asia Tenggara, Selatan dan Jepun.     Sementara itu kebangkitan nasionalisme di negara lain seperti pemberontakan Katipunan 1896 memberikan aspirasi kepada masyarakat Asia. Ia dikatakan gerakan Revolusi massa yang pertama di Asia. Kejayaan revolusi ini menyingkirkan pemerintahan Sepanyol telah merangsang gerakan nasionalisme negara jiran yang lain.
     Begitu juga dengan rewvolusi 1911 di china. Walaupun revolusi ini tidak mencapai matlamatnya tetapi semangat menentang kuasa asing dan pemerintahan mutlah telah menjadi dorongan kepada golongan nasionalisme lain untuk menentang ketidak adilan dan berjuang menuntut hak rakyat di negara mereka sendiri. Kesannya revolusi ini menular ke Vietnam. Phan Boi Chau telah pergi ke China setelah revolusi itu berjaya. Kejayaan Dr. Sun Yat Sen telah memberi perangsang kepada penduduk Vietnam yang bersempadan dengan China unuk menyusun kegiatan mereka. Manakala gabenor Kwangsi dan Kwangtang juga memberi sokongan kepada gerakan mereka. Sementara Phan boi Chau dan Putera Coung De telah menubuhkan persatuan pemul;aihan Vietnam pada mei 1912. mereka telah mengatur beberapa siri kekacauan tetapi telah berjaya dipatahkan.
     Disamping itu juga gerakan pasif Ghandi juga dilihat sebagai perkembangan nasionalisme di Asia. Gerakan Kongres di India di bawah pimpinan Mohandas Karamchad Ghandi telah mengamalkan dasar tidak berkerjasama dengan pihak Inggeris. Beliau berpendapat bahawa pihak Inggeris akan jatuh jika merweka tidak mengendahkan pihak Inggeris. Ghandi telah memulakan gerakan ini dengan pihak Inggeris iaitu penentangan Pasif apabila Inggeris enggan menunaikan permintaan mereka supaya tidak melu.luskan Akta rowlef (1919). Penduduk India diseru supaya tidak mematuhi undang-undang baru itu. Oleh itu Ghandi telah menyarankan supaya rakyat mengikut tindakan pasif tersebut sehingga Akta Rowlet itru di tarik balik supaya tiada sebarang kekerasan dan keganasan berlaku.pergerakanini juga dikenali sebagai Satyegnaha. Ghandi telah memulakan gerakan ini semasa pilihan raya pada tahun 1920 an, pemulauan barang-barang British, sekolah –sekolah dan mahkamah. Pada tahun 1920, Ghandi telah menuntut kerajaan sendiridan padsa tahun 1930 Ghandi terpaksa membela nasip orang India yang terjejas teruk akibat cukai garam yang dikenakan. Ghandi sekali lagi telah menyuarakan rasa tidak puyas hati dan memperotes dengan berjalan kaki beramai-ramai sejauh 200 batu dan beliau turut disertai oleh ramai penduduk India.
     Pergerakan yang dilakukan oleh ghandi ini telah dijadikan contoh oleh Parti Nasional Indonesia (PNI) yang bertujuan untuk mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya. PNI telah mengambil langkah dengan tidak memberi sebarang kerjasama kepada kerajaan Belanda. PNI juga telah menyeru supaya masyarakat Indonesia memulaukan volksraad dan perkhidmatan awam kerajaan. Sukarno adalah pemimpin PNI yang telah melaungkan semangat nasionalisme untuk mendapatkan kemerdekaan. Di Burma pula, gerakan nasionalis cara ini telah mempewngaruhi aktiviti golongn nasionalsme Burma. Tambahan pula negara tersebut pernah disatukan dengan India sebelun dipisahkan semula pada tahun 1937. oleh pemimpin nasionalisme Burma berasa ketinggalan kerana perubahan Montagu-Cheimeford 1919 hanya diperkenalkan di India tetapi tidak di Burma. Dua rombongan telah dihantar ke London untuk menuntut hak yang sama pada julai 1919 dan mei 1920.
     Perkembangan isi kandungan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Asia. Menurut isi kandungan piagam tersebut menyatakan bahawa setiap negara yang menjajah perlu membebaskan negara yang dijajah dan setiap negara adalah bebas dan berdaulat. Piagam ini secara langsung telah menaikkan perasaan cintakan negara di kalangan masyarakat dan bangsa menetang penjajah bagi menuntut hak mereka semula daripada penjajah. Ini bagi mewujudkan sebuah negara yang bebas dan berdaulat.
     Kesimpulannya, jelaslah bahawa pengaruh luar memainkan peranan  yang penting dalam pembentukan senmangat nasionalisme masyarakat Asia. Akhirnya ianya membawa kepada kejayaan masyarakat Asia menuntut kemerdekaan.

TEMA 3: SEJARAH 2 STPM(UMUM ASIA TENGGARA)

 TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
BAB 9 : GERAKAN KESEDARAN

JELASKAN SUMBANGAN DAN PERANAN GOLONGAN WARTAWAN
DAN AKHBAR DALAM MENCETUSKAN NASIONALISME DI ASIA.

Golongan wartawan dan akhbar memainkan peranan yang penting di dalam mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Melaluai bidang wartawan dan akhbar telah mendorong golongan berpendidikan mengkritik kelemahan penjajah.Masyarakat temptan mula sedar tentang ketidakadilan pemerintah dan seterusnya mendorong masyarakat tempatan lebih bersatupadu di dalam memperjuangkan di dalam penentangan penjajah.Kesedaran ini dapat diperkukuhkan lagi dengan rancangan-rancangan yang dimuatkan dalam akhbar dan majalah.
            Antara sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh golongan wartawan dan akhbar ialah digunakan sebagai alat propaganda .contohnya di filipina golongan ini telah mencetuskan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat.Melaluai akhbar La Solidaridad di bawah pimpinan Jose Rizal,M.H.del piler.Granicio lopez jeane serta marino telah banyak menuntut perubahan misalnya menukarkan pentadbiran daripada tentera kpd awam,memberi hak dan keistemewaan yang sama kpd orang Filipina sepertimana yang dinikmati oleh orang Sepanyol,mengiktiraf hak berhimpun secara secara aman serta kebebasan bercakap.Dalam perjuang ini Jose Rizal  dan Del Piler mengadakan kempen dari Sepanyol bagi menigkatkan semangat pejuangan Filipina sehubungan dengan itu muncul gerakan propaganda dan Liga Filipina yang menyokong dan membantu gerakan ini . Gerakan propaganda di tubuhkan oleh Del Piler sebelum berlepas ke Eropah  untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi menjalankan kempen di Mdrid meraka menyebarkan risalah dan akhbar bagi pihak Filipina.
            Walaupun semangat perjuangan telah berkembang di filipina tetapi liga filipina hanya ditubuhkan setelah Jose Rizal tiba di manila dr Hong Kong pd jun 1892 .Liga filipina ditubuhkan dgn rasmi pd 3 Julai 1892.Matlamat perjuangan ialah kesatuan kepulauan yang kemas ,perjuangan yang sama menentang kekejaman dan ketidakadilan ,mengalakan pelajaran perdagangan dan pertanian di Filipina dan menjalankan perubahan.Jose Rizal juga menghasilkan buku El Filibusterisme dan Noli Me tangere yg mana kedua-dua mengkritik kerajan Sepanyol.
            Sumbangan lain yang dimainkan oleh golongan wartawan dan akhbar ialah sebagai alat penyebar maklumat.Contohnya di vietnam akhbar Tribune Indigena yang diterbitkan oleh Nguyen phu khai dan Bui Quang chieu.Ia sebagai alatpengkritik penindasan kerajaan Perancis di Vietnam.Selain itu ia juga cuba mendedahkan kegiatan ekonomi Vietnam yang bukan sahaja dikongkong oleh kerajaan perancis tetapi juga oleh oraang China akhbar Cloche felee diterbitkan oleh Nguyen an ninu pada sekitar 1920.Akhbar ini menerangkan tentang kelemahan bangsa yang dikongkong oleh metiliti lama dan mencapai kemerdekaan apabila masyarakat Vietnam memilih budaya intelektual.Dua orang yang memainkan peranan di Vietnam ialah Phan Boi chau dan phan chau trine .Phan boi chau pada sekitar 1920-03.Buku baru tangisan darah pulau Ryukyu yang menyeru orang sebagai bersaudara dan hendaklah bersatu cintakan tanah air.Selain itu dalam tulisan yang lain Phan Boi Chau menyatakan bahawa George Washington menjadi tentera British dan dengan itu beliau dapat menpelajari dan menggunakan cara berjuang .Pada tahun 1908 pelajar Vietnam telah dihantar menuntut di Universiti di Jepun.Semasa pertemuan phan dengan okuma beliau telah cuba meyakinkan okuma untuk menyokong gerakan nasionalisme di Vietnam.Okuma tidak terpengaruh dengan pendapat phan .Okuma hanya mengalukkan kedatangan pelajar-pelajar ke Jepun.Antara tulisannya ialah sejarah kejatuhan Vietnam surat dari seberang laut dengan tulisan darah serta ringkasan sejarah Vietnam.
            Seterusnya sebagai ruang bagi mencetuskan idea daripada semangat nasionalisme in dapat dilihat di China dan di India .Di China didang kewartawanan turut memainkan peranan yang penting dalam membidas segal;a tradisional china yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada negara.Majalah New Youth diterbitkan oleh ch en tu hsiu adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat cina tentang kelemahan mereka.Majalah New Youth juga menyeru pemuda-pemuda cina bangkit utk menyumbangka bakti untuk memperbaiki kedudukan negara mereka .Ia juga menyeru agar masyarakat china menuju ke arah pemodenan dan mengkikis amalan kuno seperti mengatur perkahwinan ,mengecilkan kaki dan lain-lain.Selain itu pelajar-pelajar china yang menuntut di luar negera turut menyebarkan idea mereka melaluai akhbar spt Kui min dao dan china kurun ke-20 ,dalam usaha menghapuskan Dinasti Manchu.Penubuhan persatuan nasionalisma di ilhamkan daripada sikap ingin mengubah keadaan di china dan menentang penjajah asing .Pelajar-pelajar ini turut menerbitkan akhbar su pao utk menyebarkan idea mereka.
            Manakala di India pula akhbar India telah menulis tentang hal-hal politik mengenai penentang terhadap kerajan British.Selain itu akhbar-akhbar ini juga telah menyebarkan idea-idea nasionalisme kepada orang India .Antara akhbar-akhbar yang berpengaruh ialah India mirror dan Bombay samachar.Perkembangan persuratkabaran juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan semangat patriotic penduduk India .Pada tahun 1877 terdapat 62 surat khabar dalam bahasa tempatan di daerah Bombay,23 di Banggali dan 24 di India selatan dan 62 di India utara.

            Akhir sekali peranan wartawan dan akhbar adalah ialah dijadikan sebagai alat komunikasi.Contohnya di Indonesia ,perjuangan nasionalismae mereka ini mula menumpu soal masa depan Indonesia selepas gerakan Fasis Jerman semakin giat .Melakukan pencerobohan di negara jirannya pada tahun 1939.Majalah De Lokemetiet utk menentang hak istemewa golongan atasan dan beliau juga menentang undang-undang yang memberi jawatan Bupati melaluai turun-temurun.Terdapat juga akhbar-akhdar lain yang diterbitkan di Indonesia spt medan priyayi ,kaumsundra ,utusan Hindi serta terjemahan akhbar dari Belanda yang bertemakan politik ,kebebasan manusia dan permansuhkan perbezaan antara golongan kaya dan miskin.
            Kesimpulanya jelaslah peranan dan sumbangan wartawan dan akhbar penting dalam mencetuskan semangat nasionalisme utk menentang penjajah demi kemakmuran negara serta membela negara daripada ancaman negara asing.

Contoh Soalan dan Jawapan Tema 3 Sejarah Asia Bab 9

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
BAB 9 : GERAKAN KESEDARAN
SUB TAJUK : PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL.

Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar dari tahun 1900 hingga tahun 1941.

Pendahuluan

Gerakan nasionalisme memperlihatkan semangat cinta akan Negara.Perkembangan nasionalisme wujud akibat beberapa sebab misalnya perkembangan  dan kemajuan pendidikan yang diperkenalkan penjajah Barat.Ini secara tidak langsung  melahirkan golongan intelektual yang memahami budaya dan ilmu Barat.Matlamat golongan intelektual membebaskan negara dan bangsa daripada cengkaman penjajah.
Sistem pendidikan di Indonesia berlandaskan sistem pendidikan Belanda manakala di Myanmar berasaskan sistem pendidikan Inggeris.

Isi-isi Penting

Indonesia
a)      Raden Adjeng Kartini
·         Dipelopori oleh Raden Adjeng Kartini,beliau perjuangkan hak pendidikan kaum wanita.
·         Beliau sarankan kaum wanita baiki taraf hidup.
·         Beliau juga dilambangkan sebagai lambang permulaan nasionalisme Indonesia.
·         Menubuhkan sekolah di Japara untuk anak-anak perempuan pegawai Indonesia pada tahun 1902.
b)      Dr. Mas Wahidi Sudiro Usada
·         Juga perjuangkan hak pendidikan untuk masyarakat tempatan melalui pembinaan sekolah di desa.
·         Bersama-sama rakannya Raden Sutomo dan raden Gunawan tubuhkan Budi Utomo pada 20 Mei 1908.
·         Budi Utomo bertujuan member pendidikan moden,majukan bangsa Indonesia,majukan lagi bidang pertanian,penternakan dan perdagangan.
·         Selain itu,majukan bidang teknik,Budi Utomo turut perjuangkan semangat nasionalisme dalam kalangan peribumi Indonesia.
·         Tidak melibatkan diri dalam hal agama dan politik sebaliknya kepada pendidikan Barat dan budaya Indonesia.
·         Menyebabkan Budi Utomo sukar luaskan pengaruh di seluruh Indonesia kerana hanya dianggotai golongan intelek seperti pelajar perubatan muda,bangsawan,pegawai,guru dan doktor.
c)       Omar Said Tjokroaminoto
·         Menubuhkan Sarekat Islam pada tahun1909 yang bertujuan melidungi saudagar Jawa daripada saingan peniaga Cina dalam perusahaan batik.
·         Sarekat Islam juga beri bantuan kredit dan kemudahan pasaran kepada ahlinya.
·         Antara tokoh-tokoh berkaliber Sarekat Islam ialah Haji Samanhudi dan Omar Said Tjokroaminoto yang mendapat pendidikan Barat.
·         Mereka tubuhkan SI pada tahun 1912 di Surakarta.
·         Memperjuangkan kemajuan dan galakkan perniagaan dan perusahaan dalam kalangan bangsa Indonesia dengan bantu membantu.
·         Meningkatkan kebajikan bangsa Indonesia dari segi kebendaan dan pendidikan,meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi di samping sebarkan agama Islam dengan lebih bersungguh untuk bersaing dengan agama Kristian.

Myanmar
·         Golongan intelektual agama memainkan peranan penting membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat.
·         Pada tahun 1930-an,muncul penyertaan yang makin aktif daripada kalangan cendekiawan berpendidikan Barat.
·         Gerakan berunsurkan agama bertujuan hidupkan kembali keagungan budaya asli mereka.
·         Golongan Pongyi pula bangkit akibat peranan ketua mereka dalam hierarki agama,Thatthandbaing dalam urusan agama telah diketepikan oleh British.
·         Mereka menentang segala pembaharuan British seperti penyerapan budaya dan teknologi Barat yang dikatakan merosakkan pengaruh agama Buddha dalam masyarakat.
·         Bagi mengatasi saingan dan kesan budaya Barat mereka lakukan beberapa pembaharuan misalnya membangkitkan sentiment nasional di kalangan rakyat.
·         Seorang tokoh nasionalisme Myanmar berpendidikan Barat iaitu U Shway Thwin tubuhkan Persatuan Sasanadara pada tahun 1897.
·         Ia bertujuan majukan bidang pendidikan dan social  dengan tubuhkan sekolah moden.
·         Selain itu ditubuhkan persatuan berbaur politik misalnya Persatuan Pemuda Pemudi Buddha(YMBA) pada tahun 1906.
·         YMBA ditubuhkan oleh sekumpulan peguam muda dari Universiti Rangoon(Yangon) seperti U Ba Pe,U Ba Dun dan U Saw.
·         Memberi tumpuan kepada perkara berkaitan agama,pelajaran,pembaharuan social,peningkatan keususasteraan dan kebudayaan melalui slogan “Buddha Penyelamat Kita dan Raja”.
·         YMBA memperjuangkan tujuan agama,social dan politik Myanmar.
·         Bagi membangkitkan sentiment nasional,YMBA gunakan isu kasut.
·         Walau bagaimanapun,YMBA telah gunakan politik hingga tahun 1917 bagi sebarkan sentiment nasional kerana pucuk pimpinan YMBA masih berada dalam kekuasaan pemimpin nasionalis sederhana.

Kesimpulan

·         Peranan golongan intelektual sangat penting membangkitkan sentiment anti penjajah.
·         Mereka merupakan golongan berpendidikan,mempunyai kesedaran tinggi,memahami kebudayaan dan ilmu Barat.
·         Golongan intelektual di Indonesia dan Myanmar berusaha memajukan taraf hidup rakyat terutama dalam pendidikan dan ekonomi.
·         Golongan intelektual agama di kedua-dua Negara turut berjuang demi kepentingan Islam dan Buddha.
·         Akhirnya perjuangan mereka telah membawa kepada kemerdekaan Indonesia dan Myanmar.

Khamis, 28 April 2011

TEMA 3: SEJARAH 2 STPM(ASIA TENGGARA)


TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
BAB 11 : PERANG DUNIA KEDUA

IMPERIALISME JEPUN ABAD
KE-20 : MENYERANG ASIA TENGGARA

1984:

14. Mengapakah Jepun menyerang Asia Tenggara pada tahun 1941?

1991:

14. Berikan sebab-sebab mengapa Jepun mengambil tindakan melancarkan serangan ke atas Asia Tenggara pada tahun 1941.

PENGENALAN:

Pada tahun-tahun 1930-an golongan militer dengan beransur-ansur menguasai politik negeri Jepun. Tahun 1931 Jepun menyerang Manchuria, tahun 1937 Jepun memulakan perang untuk menakluki China. Dasar luar Jepun menjadi semakin agresif.

PERHITUNGAN YANG MEMPENGARUHI SIKAP JEPUN PADA TAHUN 1930-AN:

Bagi golongan militer terdapat tiga sebab utama mengapa Jepun seharusnya berperang:
i.    Bilangan penduduk Jepun terlampau ramai. Negaranya bergunung-ganang, hanya 16% daripada kawasannya boleh digunakan untuk pertanian. Oleh itu seharusnya ada tempat-tempat lain untuk perluasan penduduk Jepun.

ii.   Jepun tidak mempunyai bahan-bahan mentah yang cukup untuk mengembangkan perusahaannya. Melalui perang Jepun akan dapat menguasai kekayaan bahan mentah dan perdagangan Asia Tenggara.

iii.  Jepun memerlukan Lingkungan kemakmuran Bersama Asia Timur Raya untuk menjamin supaya pasarannya dapat dikawal secara langsung.

FAKTOR SERTA MERTA YANG MENGGERAKKAN JEPUN:

1.         Orang China-Jepun telah mulai mendatangkan penderitaan kepada orang Jepun (kasut dan pakaian semakin kurang, cukai meningkat naik, dsb.) apabila perang berlaku di Eropah (1939). Soalan yang Jepun terpaksa menjawab ialah kalau pihak Jerman dapat menguasai Eropah, bagaimanakah pandangan mereka terhadap “Order Baru” Jepun di Asia Timur? Juga bagaimanakah pula tentang kawasan-kawasan di Asia Tenggara yang dikuasai oleh Inggeris, Belanda, dan Peranchis? Apakah Hitler akan menyerapkan Asia Tenggara ke dalam Empayar Third Reich?

2.         Jepun mengambil keputusan untuk bergerak secepat mungkin untuk menguasai Asia Tenggara. “Order Baru” di Asia Timur boleh diperluaskan untuk mewujudkan “Lingkungan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya” iaitu satu kawasan pasaran bersama yang dikawal secara langsung oleh Jepun.

Pada bulan Ogos 1940,  Perdana Menteri Konoye mengumumkan order itu dan beliau mentakrifkan order itu merangkumi Indo-China dan Hindia Timur (Indonesia).

Menjelang akhir tahun 1940 Jepun telah memaksa Kerajaan Vichy di Indo-China supaya menempatkan pasukan-pasukan tentera Jepun di utara Indo-China dan Tokyo juga telah memaksa pentadbiran Peranchis (di Indo-China) untuk menjamin pengeksportan minima getah, beras, zink, timah, antimoni, dan sebagainya ke Jepun.

DASAR-DASAR AMERIKA SYARIKAT DAN KEADAAN ANTARABANGSA : AMERIKA SYARIKAT CUBA MENYEKAT PERLUASAN JEPUN:

1.         Pada 22 Jun 1941, Jerman telah membuat serangan ke atas Russia tanpa sebarang pengumuman terhadap Jepun. Ini memberi kesan yang mendalam bagi rancangan Jepun untuk menyerang Asia Tenggara. Serangan Jerman ke atas Russia telah memberi Jepun dua pilihan serta-merta iaitu mara ke utara atau selatan (ke dalam Asia Tenggara).

Pada Julai 1941, Jepun memindahkan tenteranya ke Indo-China. Menjelang akhir Julai 1941 pasukan-pasukan tentera Jepun telahpun menduduki Indo-China. Amerika Syarikat dengan serta-merta bertindak China mengenakan embargo ke atas barangan yang diimport dari Jepun. Dalam hal ini Amerika Syarikat mendapat bantuan daripada Belanda dan British juga. Sebelum ini (tahun 1940) embargo dikenakan juga ke atas barangan minyak, besi, dan besi waja (logam serpihan) yang dieksport ke Jepun. Bermakna Amerika Syarikat menamatkan Perjanjian Perdagangan Amerika Syarikat-Jepun 1911 pada Julai 1939.

Apabila Jepun menakluki Indo-China bulan Julai 1941, Presden Roosevelt telah mengeluarkan suatu perintah eksekutif yang membekukan semua aset Jepun di Amerika Syarikat yang bermakna sekatan sepenuhnya ke atas minyak tadi.

2.         Kedua-dua negara Amerika Syarikat dan Jepun berunding untuk menyelesaikan perselisihan-perselisihan. Pihak Amerika Syarikat terus mendesak agar Jepun menghormati hak dan kedaulatan China. Sementara Jepun mendesak agar Amerika Syarikat menghentikan bantuannya kepada Chiang Kai-Shek dan Amerika Syarikat mestilah memulihkan hubungan dagangan dengannya. Selain itu Jepun mendesak agar Amerika Syarikat tidak lagi membuka pangkalan tenteranya di Asia Timur.

Malangnya, rundingan antara Setiausaha Amerika Syarikat Cordell Hull dan Duta Jepun ke Amerika Syarikat Nomura Kichisaburo yang bermula April 1941 berterusan sehinggalah Jepun mengebom Pearl Harbour pada Disember 1941 dan ternyata rundingan itu gagal kerana Jepun tidak terniat untuk keluar dari China atau menghentikan perluasannya ke Asia Tenggara.

3.         Tojo Hideki yang menjadi Menteri Angkatan Tentera pada Julai 1940 mendesak agar Perdana Menteri Putera Konoye menghentikan rundingan dan beliau menuntut peperangan harus dimulakan sesudah pasukan tentera ditempatkan di lokasi yang strategik.

Keengganan Konoye menuruti kehendak Tojo menyebabkan Konoye meletakkan jawatan pada 6 Oktober 1941 dan bermulalah era Tojo Hideki sebagai Perdana Menteri merangkap sebagai Menteri Angkatan Tentera dan Menteri Dalam Negeri dan dalam tempoh dua bulan Tojo membawa Jepun ke kancah Perang Dunia Kedua dengan melancarkan serangan mengejut ke atas pangkalan Amerika Syarikat di Pearl Harbour pada Ahad, 7 Disember 1941.

4.         Mengikut M. Rajendran Jepun juga telah melancarkan satu siri serangan ketenteraan di Asia Tenggara di mana Manila ditakluki pada 2 Januari 1942 dan menjelang Mei 1942 seluruh Filipina jatuh ke tangan Jepun. Kuala Lumpur terjatuh pada 11 Februari 1942, manakala Singapura pada 15 Februari 1942. Tentera Belanda menyerah diri pada 9 Mac 1942 dan Burma telah dikuasai sepenuhnya pada Jun 1942. Sebelum pertengahan 1942, empayar Jepun mencakupi Korea, Taiwan, Manchuria, sebahagian Tanah Besar China, Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura, Filipina, Hindia Timur Belanda dan Burma serta beberapa buah kepulauan selatan Pulau Solomon, pulau-pulau  milik Inggeris dan Australia berada di dalam genggaman Jepun.

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...