Khamis, 30 Jun 2011

SEJARAH MALAYSIA TEMA 1 Pengaruh Hukum Kanun Melaka

Sejauh manakah pengaruh Hukum Kanun Melaka ke atas undang-undang yang terdapat di negeri-negeri Melayu yang lain.

PENDAHULUAN.

1. Undang-undang terbahagi kepada dua iaitu undang-undang bertulis dan tidak bertulis.
2. Undang-undang bertulis yang diamalkan di negeri-negeri Melayu berasaskan Hukum Kanun Melaka tetapi menggunakan nama yang berbeza-beza di setiap negeri.
3. Contoh Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Kedah, manakala Undang-undang Laut dan Undang-undang 99 Perak tidak dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka.

ISI
1) Undang-undang Melaka.

Terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Darat / Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada zaman pemerintah Sultan Muzaffar Shah dan dilengkapkan zaman Sultan Mahmud Shah.

Disusun secara sistematik dan mempunyai 44 bab yang meliputi perkara mengenai raja, tugas pembesar dan peraturan rasmi di istana – memudahkan pentadbiran. Ini termasuklah segala keistimewaan yang dimiliki oleh raja seperti penggunaan bahasa istana, pakaian kuning dll.

Mengandungi pelbagai bentuk hukuman kepada penderhaka dan pencuri, contoh: hukuman mati dikenakan kepada sesiapa yang mengingkari perintah sultan dan membunuh tanpa kebenaran sultan – untuk menjamin keamanan Melaka.

Sultan mesti mempunyai pembantu untuk melaksanakan tugas kerajaan sultan contohnya Penghulu Bendahari sebagai pengutip cukai di pelabuhan, Temenggung menangkap pesalah dan mendirikan penjara.

Menjadikan hukum syarak sebagai panduan – semua bentuk peraturan berdasarkan ajaran Islam – selari dengan taraf Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam yang utama di nusantara.

Hukuman sivil dan jenayah turut dimuatkan dalam undang-undang, contoh sivil : menyentuh perkara-perkara berkaitan hutang, harta, sewa tanah dan hamba. Contoh jenayah: merujuk terhadap kesalahan jenayah – mencuri, merompak dll.

Hukuman lebih berat dikenakan jika kesalahan dilakukan ke atas seseorang yang berpangkat tinggi daripada pelakunya.

Penghakiman dilaksanakan oleh sultan dan pembesar negeri.

Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.
Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal.

2) Undang-undang Kedah
Dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka.
Undang-undang Kedah yang dipengaruhi Hukum Kanun Melaka seperti Undang-undang Seri Paduka Tuan yang berkaitan peraturan pertanian dan ternakan serta bidang tugas ketua kampong.
Hukum Kanun Dato’ Kota Star berkaitan dengan bidang tugas raja dan pembesar.
Adat istiadat, alat kebesaran dan ufti.

3) Undang-undang Pahang
Undang-undang ini disusun berpandukan Hukum Kanun Melaka dan disesuaikan dengan pengaruh Islam.
Antaranya ialah Adat Lembaga yang merangkumi bidang tugas dan tanggungjawab pembesar dan rakyat. Contoh: Hulubalang mempertahankan dan melindungi raja dan negeri daripada musuh.
Undang-undang Jenayah- menetapkan 360 seksaan bagi kesalahan menderhaka.
Undang-undang awam berkaitan dengan tanah dan perumahan.

3) Undang-undang Johor
Undang-undang Johor merupakan warisan daripada Hukum Kanun Melaka dan telah disesuaikan dengan adat dari Riau dan Undang-undang Islam.
Undang-undang ini berkaitan dengan bidang tugas raja, pembesar dan tanggungjawab rakyat untuk mentaati pemerintah.

4) Undang-undang 99 Perak.
Berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad ke 17.
Undang-undang ini unik kerana ditulis dalam bentuk soal jawab.
Meliputi 99 perkara yang mengandungi tugas-tugas sultan, pembesar dan penghulu.
Cara dan syarat melantik pegawai negeri – seorang kadi mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam. Seorang pegawai kerajaan berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki individu itu.
Hukuman mengenai dakwaan penduduk dan hukum jenayah.
Mengutamakan perikemanusian dan bertimbang rasa, contoh : perwarisan harta, menetapkan hak dan harta warisan anak.
Menggariskan hubungan antara pemerintah dengan pembesar serta golongan pemerintah dengan yang diperintah.

5) Undang-undang Laut Melaka
a. Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.
b. Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal.

KESIMPULAN.

1. Kedatangan Barat telah mengubah sistem perundangan di Tanah Melayu.
2. Pihak British telah memperkenalkan sistem perundangan Barat bagi menggantikan sistem perundangan tradisional.

SEJARAH MALAYSIA TEMA 4 : Corak Pemerintahan Demokrasi Berparlimen

Bincangkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh Kerajaan Malaysia

Pengenalan (3 markah))

• Kerajaan demokrasi bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan dengan mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil-wakil terpilih
• Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen sejak tahun 1957 selepas mencapai kemerdekaan.
• Amalan demokrasi ini dilakukan melalui pilihan raya bagi memilih wakil-wakil dalam badan perundangan yang kemudiannya berperanan untuk membentuk kerajaan dan menjalankan pemerintahan
• Parlimen mempunyai kuasa menjalankan pemerintahan melalui undang-undang yang digubal.

Isi Penting (20 markah)

• Parlimen Malaysia terdiri dari tiga komponen iaitu Yang Di Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kuasa parlimen diperuntukkan melalui Perlembagaan Negara.
• Fungsi utama parlimen ialah menggubal undang-undang. Parlimen juga merupakan badan penggubal undang-undang meminda atau membatalkan undang-undang tertinggi di Malaysia. Setiap undang-undang mesti diluluskan oleh ketiga-tiga komponen Parlimen.
• Parlimen juga bertanggungjawab mengawal kuasa eksekutif supaya tidak disalahgunakan. Parlimen menentukan kadar cukai dan mengawal kelulusan anggaran belanjawan negara.
• Parlimen akan bersidang apabila dibuka oleh Yang di Pertuan Agong. Baginda akan memberi titah ucapan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ucapan baginda akan dibahaskan di Parlimen selama beberapa hari. Ianya disebut sebagai perbahasan usul terima kasih. Yang di Pertuan Agong juga berkuasa menangguhkan sidang Parlimen dan membubarkan dewan.
• Rakyat merupakan salah satu dari tiga komponen Parlimen – Fungsi Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang Malaysia, mengenakan cukai dan mengawal badan eksekutif melalui kelulusan anggaran belanjawan. negara. Dewan rakyat juga menyediakan satu forum di mana dasar-dasar kerajaan boleh dipersoalkan dan diperdebatkan.
• Dewan rakyat terdiri dari ahli yang dipilih melalui pilihanraya. Umur minimum bagi pengundi dan ahli Dewan Rakyat ialah 21 tahun. Setiap ahli Dewan Rakyat akan memegang jawatan selama 1 penggal iaitu 5 tahun. Dewan Rakyat diketuai oleh Yang di Pertuan Agong. Speaker Dewan Rakyat mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat serta menentukan tatatertib dan peraturan dewan rakyat. Speaker Dewan dibantu oleh dua timbalan speaker yang dilantik di kalangan ahli Dewan Rakyat. Dewan Rakyat mempunyai seorang Setiausaha yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong.
• Dewan Negara merupakan salah satu dari tiga komponen Parlimen Malaysia. 69 ahli Dewan Negara dilantik dan dikenali sebagai senator. 43 ahli dilantik oleh Yang di Pertuan Agong dan 26 lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dan 13 buah negeri. Ahli terdiri daripada warganegara Malaysia yang berbakti dengan cemerlang atau mencapai taraf tinggi dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kebudayaan atau mewakili kaum minoriti.
• Setiap ahli Dewan Negara berumur 30 tahun ke atas memegang jawatan selama 3 tahun bagi satu penggal dan boleh dilantik semula untuk penggal kedua. Yang di Pertuan Dewan dan timbalannya dilantik di kalangan anggota. Manakala Setiausaha Dewan dilantik Yang di Pertuan Agong.
• Peranan Dewan Negara ialah membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat secara lebih mendalam dan teliti tetapi tidak boleh membatalkannya. Dewan Negara hanya boleh melambatkan kelulusan rang undang-undang tersebut selama 1 bulan bagi rang udang-undang kewangan dan setahun bagi rang undang-undang lain.
• Yang di Pertuan Agong juga merupakan komponen parlimen. Jawatan ini diwujudkan sejak tahun 1957. baginda merupakan Ketua Negara. baginda menjadi lambang kedaulatan dan taat setia seluruh rakyat. Baginda dilantik di kalangan Raja-raja Melayu. Memegang jawatan selama 5 tahun secara bergilir-gilir. Baginda memiliki kuasa eksekutif tertinggi seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Kuasa eksekutif dijalankan oleh Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri.
• Antara tugas Yang di Pertuan Agong ialah:
1. Pemerintah tertinggi angkatan tentera Malaysia.
2. mempunyai kuasa memberi pengampunan bagi setiap hukuman.
3. memberi tauliah kepada duta-duta negara yang akan dihantar bertugas di luar negara dan menerima tauliah duta asing.
4. pemerintah tertinggi angkatan tentera.
5. ketua agama negeri yang tidak bersultan semua raja-raja 9 buah negeri yang layak.

• Menjadi Yang di Pertuan Agong kecuali baginda menolak pencalonan, uzur, tidak waras dan belum cukup umur. Yang di Pertuan Agong dilantik oleh Majlis Raja-Raja dan diuruskan oleh penyimpan mohor besar Majlis Raja-raja. Yang di Pertuan Agong tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah. Baginda tertakluk kepada beberapa larangan tertentu seperti tidak boleh memegang jawatan bergaji, terlibat secara aktif dalam perniagaan. baginda berkuasa bertindak ikut kuasa budi bicara seperti melantik Perdana Menteri, membubar atau menangguhkan sidang parlimen atau memanggil Persidangan Majlis Raja untuk membincangkan tentang kedudukan raja-raja Malaysia.


Kesimpulan (2 markah)
• Parlimen Malaysia mempunyai 3 komponen iaitu Yang di Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
• Kuasa ketiga-tiga komponen tadi diputuskan melalui perlembagaan Malaysia.

SEJARAH MALAYSIA TEMA 3 PTM dan Reaksi Penduduk TM

Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.

Pengenalan ( 3 markah)

Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada orang Melayu. British terpaksa membubarkan MU dan menubuhkan satu jawatan kuasa kerja untuk merangka perlembagaan Tanah Melayu (PTM) yang baru.
Pada 1 Februari 1948 PTM telah diisytiharkan.

Isi dan Huraian ( 20 markah)
Ciri-ciri PTM:
• PTM terdiri dari 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat.
• Diketuai oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan Undangan Persekutuan.
• Majlis Perundangan pula bertangungjawab dalam menggubal undang-undang.
• Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara. Sultan memerintah dgn bantuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri yang mempunyai kuasa menggubal undang-undang.
• Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bmiputera.
• Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli dihapuskan dan syarat memohon kerakyatan diperketatkan.

Reaksi
a. All Malayan Council of Joint Action (AMCJA)
• Pada Disember 1945 golongan profesional Cina telah menubuhkan Malayan Democratic Union (MDU) tidak bersetuju dengan kandungan Perlembagaan 1948 kerana dianggap tidak demokratik dan Singapura sepatutnya dimasukkan dalam PTM.
• MDU telah bersatu dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu seperti Malayan Indian Congres, The Malayan Democratic League, Persekutuan Kesatuan Buruh Seluruh Tanah Melayu, Malayan Peoples Anti Japanese Army dan Ex-Servise Comrades Association membentuk AMCJA. Tan Cheng dilantik menjadi Presiden.
• AMCJA telah mengemukakan draf perlembagaan mereka sendiri dan menuntut supaya perlembagaan PTM 1948 yang dipersetujui antara kerajaan British, Raja-raja Melayu, dan UMNO dibatalkan. Tuntutan AMCJA tidak dapat diterima oleh pentadbiran British di Tanah Melayu kerana terlalu radikal.

b. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
• PUTERA merupakan pertubuhan politik Melayu berhaluan kiri tidak bersetuju dengan perlembagaan PTM 1948.
• Pertubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy telah keluar dari UMNO dan bergabung dengan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API), Kesatuan Tani, Gerakan Rakyat Melayu (GERAM) dan 80 buah kesatuan kecil yang lain membentuk PUSAT TENAGA RAKYAT pada Februari 1947.

c. Tentangan AMCJA-PUTERA
• Pakatan AMCJA-PUTERA menentang PTM yang dirangka kerana tidak mewakili seluruh rakyat di Tanah Melayu. Pakatan iini tidak bersetuju kerana British secara sulit telah mengadakan rundingan dengan Lembaga 12.
• Pakatan ini juga telah menggubal perlembagaan baru yang dianggap mewakili rakyat Tanah Melayu dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat.
• Sikap toleransi antara kaum Melayu dan bukan Melayu direalisasikan dalam pakatan AMCJA-PUTERA. Perlembagaan Rakyat tidak diterima oleh pentadbiran British di Tanah Melayu kerana dianggap radikal.
• Pakatan AMCJA-PUTERA telah melancarkan hartal di seluruh Tanah Melayu pada 20 Oktober 1947 tetapi gagal mencapai matlamat kerana tidak mendapat sambutan daripada rakyat.

Kesimpulan ( 2 M )
• Masyarakat Melayu mendapat kejayaan menghapuskan rancangan MU dan memperkenalkan PTM. Mereka dapat memperjuangkan kedaulatan raja-raja
• Melayu dan hak istimewa orang-orang Melayu. PTM 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Selasa, 28 Jun 2011

SEJARAH MALAYSIA TEMA 3 PERANAN SASTERA DAN WARTAWAN

Bincangkan peranan kesusasteraan dan kewartawanan dalam kebangkitan nasionalisme orang-orang Melayu sehingga tahun 1941.

A . PENGENALAN
1. J.S. Coleman memberi takrif nasionalisme sebagai perasaan-perasaan, kegiatan dan
perkembangan organisasi yang ditujukan ke arah pemerintahan sendiri dan kemerdekaan sebagai sebuah negara bangsa yang wujud dengan taraf lama rata atau dalam satu sistem politik antarabangsa. Kesedaran nasionalisme orang Melayu bermula dengan keinginan dan keazaman
semenjak awal abad ke-20 lagi. la bertujuan untuk menghalau penjajah British dan berkerajaan sendiri.
2. Golongan nasionalis telah menggunakan hash-hash kesusasteraan untuk menyedar dan menyatukan orang Melayu supaya cintakan tanah air.
3. Perpaduan yang dibentuk melalui kesusasteraan telah menjadi pemangkin terhadap kesedaran orang Melayu dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
4. Golongan wartawan juga menyebar semangat nasionalisme melalui media massa seperti akhbar, majalah, novel dan lain-lain. Penerbitan akhbar dan majalah telah membuka minda orang Melayu agar mperjuangkan hak mereka dalam aspek politik, ekonomi clan sosial.

5. Memang tidak dapat dinafikan kesusasteraan dan kewartawanan telah membangkitkan semangat taasioniisme orang-orang Melayu untuk menentang British.


a. Peranan Kesusasteraan.
1. Kesusasteraan telah membangkitkan kesedaran dalam kalangan orang-orang Melayu tentang kemunduran mereka berbanding dengan kaum-kaum asing. Hasil kesusasteraan menyeru orang-orang Melayu memajukan diri dengan ilmu agar dapat membebaskan diri daripada cengkaman penjajah. Hasil-hasil karya penulisan oleh tok tokoh intelektual dimuatkan dalam akhbar dan majalah.
2. Idea kesedaran akan kemunduran bangsa disebarkan melalui novel dan majalah-majal Misalnya 'Hikayat Faridah Hanum'oleh Syed Sheikh Al Hadi pada tahun 19 menekankan kepentingan pendidikan serta emansipasi wanita. Novel `Iakah Salmah’ oleh Ahmad Rashid Talu juga menyuarakan perihal pembebasan wanita dan hak untuk mendapat pelajaran. Ishak Haji Muhammad menulis novel `Dari Perangkap Ke Penjara dan cerpen 'Rumah Besar Tiang Seribu'. Kedua-dua novel dan cerpen ini membi gambaran tentang kehidupan orang Melayu yang terlalu banyak mernampukan kepa, soal-soal agama dan tidak mencurigai kaum Cina yang membolot sumber ekonomi negara mereka.
3. Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) sebagai pusat latihan untuk bak guru-guru di Sekolah Melayu telah memberi sumbangan yang besar ke arah kebangkitan, kesedaran nasionalisme. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Maktab Perguiuan Sultan Idr (MPSI) telah memperkayakan penggunaan dan peranan bahasa Melayu sebagai baha ilmu, sekaligus manaikkan semangat perpaduan dalam kalangan orang Melayu.

5. Lepasan MPSI bertindak sebagai pelopor gerakan kemajuan dalam masyarakat seterusnya membangkitkan semangat nasionalisme.


6. Perkembangan kesedaran nasionalisme dalam kalangan orang Melayu semakin meningkat dengan wujudnya Pejabat Karang Mengarang di MPSI yang bertanggungjawab terhadap usaha penterjemahan penerbitan dan penyuntingan buku Bahasa Melayu.
7. Golongan nasionalis lulusan MPSI yang banyak membaca tulisan daripada negara Indonesia telah menyuarakan rasa tidak peas hati terhadap dasar pemerintahan British melalui tulisan dalam akhbar dan majalah.


8. Mereka menulis rencana untuk menyedarkan orang Melayu supaya berusaha mencapai kemajuan. Antara tokoh yang giat menulis ialah Za'ba (Zainal Abidin bin Ahmad) yang mengkritik sikap orang Melayu yang tidak mahu memajukan diri sendiri. Antara tajuk tulisannya ialah `The Poverty of Malays'dan `The Salvatation of Malays'.


9. Harun Aminurrashid pula menulis novel 'Melor Kuala Lumpur' yang bertemakan orang Melayu dan memerlukan perubahan bagi mencapai kemajuan, turut berperanan dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan orang Melayu.


10. Demikian juga, karya-karya seperti 'Putera Gunung Tahan' (1937) oleh Pak Sako, 'Alam Perempuan' oleh Kasim Amin Bey turut membangkitkan kesedaran dalam kalangan orang Melayu.
b. Peranan Wartawan
1. Melalui akhbar dan majalah seperti Al Ikhwan, Saudara, Warta Malaya, Majlis dan
sebagainya, para wartawan bertanggungjawab memberi kesedaran politik, ekonomi dan social kepada masyarakat. Akhbar sebagai wadah orang Melayu berhubung hak orang Melayu.
Sepanjang 1930-1940 terdapat 18 buah akhbar dan majalah diterbitkan di Tanah Melayu.
2. Akhbar Al Ikhwan yang diterbitkan di Pulau Pinang menyedarkan masyarakat akan kepentingan semangat cintakan tanah air di camping mengadungi idea-idea pembaharuan dan peningkatan taraf pendidikan penduduk khususnya di kalangan wanita.


3. Akhbar Saudara yang diterbitkan di Pulau Pinang pada 1928 menonjolkan isu-isu keagamaz la lantang mengkritik orang Melayu yang enggan menerima perubahan agama dan sosi Tulisan-tulisannya telah menyedarkan orang Melayu supaya menjaga kepentingan negara daripada dikuasai oleh orang asing
4. ‘Warta Malaya’ yang diterbitkan di Singapura pada 1930 menyiarkan tentang kemundun sosio-ekonomi masyarakat Melayu yang memerlukan pembelaan. la juga menuntut supaya org Melayu diberi peluang dalam pentadbiran kerajaan yang banyak dikuasai oleh British di sampil peluang mendapatkan pelajaran.
5. Akhbar Majlis yang diterbitkan di Kuala Lumpur pada 1931 membicarakan isu politik seca meluas dan membincangkan tentang hak-hak orang Melayu sebagai bumiputra di tanah air sendiri.

6. Wartawan yang berperanan menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu ialah Ibrahim Haji Yaakub, pengarang 'Warta Malaya' dan 'Majlis'. Wartawan lain yang mendokong semangat nasionalis ialah Ishak Haji Mohammad (Pak Sako) yang menulis rencana ttg kehidupan orang Melayu di beberapa buah negeri seperti Pahang. Pak Sako merupaka pengarang Utusan Melayu pada tahun 1939 menghasilkan novel 'Putera Gunung Tahan' yang, membidas kerajaan British dan dasar-dasarnya. Beliau juga menulis 'Anak Mat L e1a Gila' yan senada dengan novel "Putera Gunung Tahan"

7. Wartawan yang terkenal ialah Abdul Rahim Kajai. Beliau memimpin beberapa buah akhbar utama di Tanah Melayu termasuk Utusan Melayu yang diterbitkan olehnya bersama-sama Pak Sako pada tahun 1939. Beliau mengutarakan beberapa isu khususnya kerakyatan, ancaman komunis, perjuangan kemerdekaan dan sebagainya. Tokoh-tokoh lain ialah Ibrahim Haji Yaacob Ahmad Boestaman bin Raja Kecil dan Dr.Burhanuddin Al Helmi.

8. Perjuangan golongan wartawan ini menimbulkan kesedaran masyarakat Melayu terhadap politik. Hal ini jelas kemudiannya apabila munculnya banyak pertubuhan politik kenegeria seperti Pahang, Perak, Kelantan dan Selangor.



C. KESIMPULAN
1. Maka jelaslah kesusasteraan dan kewartawanan memainkan peranan penting dalam menyedarkan masyarakat Melayu tentang nasionalisme.

2. Selepas pendudukan Jepun, kewartawanan semakin mempengaruhi gerakan nasionalis­nasionalis Melayu khasnya isu penubuhan Malayan Union.

3. Bahkan, ia juga membawa kepada kelahiran Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dengan lebih berani, terancang dan berkesan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

SEJARAH 2 STPM TEMA 3 (ASIA) EKONOMI KOMERSIL DI BURMA DAN FILIPINA

Bincangkan kegiatan ekonomi komersil di Burma dan Filipina selepas kedatangan kuasa¬kuasa Barat.

A) PENGENALAN

1. Kedatangan British di Burma dan Sepanyol serta Amerika Syarikat di Filipina telah mempengaruhi kegiatan ekonomi di kedua-dua negara tersebut. Sistem ekonomi sara diri telah betukar kepada ekonomi komersil.

2. Kegiatan ekonomi yang diperkenalkan oleh kuasa-kuasa Barat bertujuan untuk eksport.

3. Ekonomi di kedua-dua negara telah berkembang dengan pesat dalam bidang pertanian, perkilangan, perlombongan dan pembalakan.

B.ISI

1. Burma

a) Padi

i. Burma menjadi pengeksport terbesar beras di dunia dengan menyediakan 40% dari jumlah bekalan beras dunia.

ii. Arakan dan Tenasserim berkembang pesat sebagai kawasan penanaman padi. Di Tenasserim, pengeluaran sebanyak 50% daripada keseluruhan pengeluaran Burma antara tahun 1845 dan 1852. Memandangkan tenaga buruh dan bekalan makanan yang lebih murah di Arakan, maka kadar pertumbuhan kawasan penanaman padi adalah lebih pesat.

iii. Pada tahun 1852, Akyab menjadi pengeksport beras yang utama di dunia.
iv. Burma Hilir mempunyai potensi sebagai kawasan penanaman padi disebabkan faktor tanahnya yang sesuai dan bekalan air yang banyak.
v. Tanaman padi berkembang disebabkan:
• Pemerintahan British memberi galakan seperti jaminan keselamatan
kepada petani, menyediakan pasaran luar untuk hasil keluaran mereka, dan
menetapkan syarat mudah bagi mendapatkan pinjaman.
• Wujudnya bekalan tenaga buruh mengikut musim.
• Kemudahan mengangkut hasil pengeluaran.
• Kaedah perhubungan dan pengangkutan moden.

• Faktor-faktor luar seperti:
. Pertambahan permintaan di pasaran Eropah dan di Asia Tenggara.
• Pertambahan penduduk.
• Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869.
• Penggunaan jalan air untuk mengeksport beras menggunakan kapal wap.
vi. Burma menjadi jelapang padi yang terpenting di dunia.

vii. Kesan perkembangan tanaman padi di Burma ialah;
• Pertumbuhan pesat penduduk.
• Penghijrahan masuk orang India.
• Perkembangan bidang perhubungan.
• Perubahan sosial dan masalah politik.
• Perpindahan penduduk ke Burma Hilir.
• Menyekat pertumbuhan bandar besar yang lain.

b) Petroleum

i. Telaga minyak dilombong semasa pemerintahan Raja-raja Burma dan kebanyakannya berpusat di Yenangyaung.

ii. Minyak digunakan di rumah untuk menyalakan pelita dan mengawet kayu, tikar dan kertas yang dibuat daripada daun palma.

iii. Keadaan berubah setelah Burmah Oil Company ditubuhkan oleh sebuah firma British di Rangoon pada tahun 1886. Firma ini menjalankan kegiatan perusahaan menggali minyak dan membeli pajakan kerajaan serta persendirian.

iv. Selepas lima tahun fu-ma ini beroperasi, ia berjaya menandingi minyak tanah yang diimport dari Amerika Syarikat di pasaran tempatan. Malah, syarikat ini mampu mengeksport minyak ke India pada tahun 1896 ke Pulau Pinang.

c) Balak

i. Balak khasnya kayu jati merupakan bahan eksport yang menduduki tangga kedua selepas minyak.

ii. Pada tahun 1856, Jabatan Perhutanan ditubuhkan di bawah seorang Ketua Pemelihara hutan untuk memastikan pengurusan dan kegiatan mendapatkan sumber-sumber hutan dijalankan dengan sempurna.

iii. Jabatan ini telah mengisytiharkan hutan-hutan yang berharga sebagai hutan simpanan. Kawasan ini dipajak kepada syarikat swasta dengan syarat tertentu atau disimpan oleh jabatan.

iv. Pengeluaran balak Burma menjelang tahun 1941 ialah 75% daripada jumlah
pengeluaran di dunia. Syarikat yang terbesar ialah Bombay-Burmah Trading
Corporation.


2. Filipina
a) Tebu

i. Tebu menjadi tanaman jualan pertama yang dieksport. Menjelang akhir abad ke­19, muncul sebagai salah satu keluaran utama dalam ekonomi penjajahan.

ii. Pertumbuhan perdagangan tebu (gula) di Manila berlaku selepas pembukaan Manila kepada perdagangan dunia.

iu. Faktor yang menyumbang kepada perkembangan ini ialah;
· Peranan saudagar asing.
· Kemajuan pengangkutan seperti pembukaan Terusan Suez.

iv. Semasa pemerintahan Sepanyol, terdapat dua buah kawasan yang berkembang pesat di Filipina. Kawasan tersebut adalah Visayas di Pulau Negros dan wilayah Pampanga dan Tarlac di Pulau Luzon.

v. Semasa pemerintahan Amerika Syarikat (hingga tahun 1941) pengeluaran tebu meningkat enam kali ganda dan pada tahun 19.30 kedudukannya kukuh sebagai bahan eksport utama Filipina.

vi. Perubahan mendadak selepas tahun 1920 adalah disebabkan;
· Kesan Perang Dunia telah meningkatkan pem7intaanya.
· Penggunaan kaedah dan teknologi moden.
· Pembinaan jalan kereta api baru menuju ke arah Manila dan memajukan
tanah dataran Pampanga.
· Akibat dasar tarif Amerika Syarikat terhadap Filipina.

b) Tembakau

i. Di samping tebu, eksport Filipina yang penting ialah tembakau. Perkembangan tembakau sebenarnya bergantung kepada pembukaan kepulauan tersebut kepada perdagangan asing pada pertengahan abad ke-19.

ii. Tembakau merupakan eksport utama Filipina semasa di bawah pemerintahan Sepanyol.

ni. Kawasan di Lembah Gaganpan, Ilocos, Neuva, Ecija dan Marinduque dikhaskan untuk penanaman tembakau.


iv. Penanaman tembakau dimonopoli oleh kerajaan. Keuntungan daripada monopoli ini berjaya mengatasi masalah kewangan Sepanyol.

v. Berlaku penindasan dan penyalahgunaan kuasa. Sistem monopoli ini melahirkan satu amalan tanaman paksa yang kejam.

vi. Wujud pasaran gelap, kegiatan rasuah, dan penyeludupan. Akhirnya, pada tahun 1882 monopoli ini ditamatkan.

vii. Kemerosotan tanaman tembakau ketara pada akhir tahun 1930-an apabila nilai ekspresnya hanya 0.75% daripada keseluruhan nilai ekonomi.

viii. Kemerosotan tanaman tembakau disebabkan;
· Sistem tarif Amerika Syarikat.
· Pengenalan tembakau Virgina Amerika.
· Orang Filipina lebih suka tembakau Amerika.


c) Abaka

i. Muncul sebagai tanaman jualan yang utama di Filipina selama 40 tahun selepas kemerosotan tembakau.

ii. Peningkatan pennintaan datang dari Amerika Syarikat sehingga abaka menjadi bahan eksport utama selepas tahun 1830. Menjelang tahunl850-an, abaka dihantar ke New England untuk diproses menjadi tali sementara pada masa yang sama sebuah Hang tali-temali yang kecil kepunyaan orang Amerika telah didirikan di Manila.

iii. Pusat pengeluaran utama adalah di wilayah Bicol di Albay, Sorsogon, Leyte dan S amar.

iv. Abaka mula menjadi tanaman utama apabila Amerika Syarikat mengambil alih kuasa di Filipina.

v. Pada tahun 1941, keluaran abaka lebih kurang 95% daripada jumlah keluaran dunia. Filipina dapat mempertahankan kedudukannya sebagai satu-satunya pengeluar abaka untuk pasaran dunia.

vi. Perdagangan abaka ditentukan oleh tarif yang dikenakan. Mengikut Akta Pyne Aldrich pada tahun 1909, abaka yang dieksport ke Amerika Syarikat bebas daripada cukai.

d) Kelapa

i. Tanaman keempat penting di Filipina iaiah kelapa yang merupakan tanaman asli Filipina.

ii. Kelapa digunakan sebagai sumber makanan dan bahan bakar.

iii. Hasil keluaran kelapa mula wujud menjelang abad ke-20 sebagai eksport utama.

iv. Kawasan penanaman kelapa ialah Luzon, Manila dan di sekitar Teluk Lagoon hingga ke pantai Tayabas. Faktor yang membolehkan tanaman kelapa berkembang baik ialah;

· Sistem pengangkutan yang baik.
· Tanah gunung berapi yang subur.
· Iklim yang sesuai.

v. Pulau Visayas dan Mindanao yang terletak jauh ke selatan tarot menjadi pusat penanaman kelapa yang penting.
vi. Kelapa merupakan tanaman yang menerima kurang campur tangan dari pihak kerajaan. Pekebun-pekebun kecil menguasai penanaman kelapa.

vii. Semasa pemerintahan Amerika Syarikat, perkembangan tanaman kelapa disebabkan;

· Pasaran yang sedia ada di Amerika Syarikat.
· Dasar tarif yang dikenakan.

viii. Keluaran utama kelapa ialah kelapa kering, minyak kelapa, kelapa parut kering dan bahan makanan daripada hampas kelapa.

ix. Pengeluaran kelapa kering meningkat 9 kali ganda sejak tahun 1900. Oleh sebab kelapa kering mempunyai pasaran yang baik di Eropah maka usaha memproses kelapa kering adalah lebih sesuai dijalankan di kepulauan itu sendiri. Ini telah mewujudkan satu perusahaan tempatan yang penting.

C) KESIMPULAN

1. Penguasaan kuasa-kuasa Barat di-Burma dan Filipina telah menyebabkan perkembangan ekonomi yang sangat pesat.
2. Walau bagaimanpun, perkembangan ekonomi telah memberi keuntungan kepada pihak penjajah manakala rakyat tempatan masih dibelenggu kemunduran dan hidup menderita kesan dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh pihak penjajah.

SEJARAH 2 STPM TEMA 3 (ASIA) GERAKAN ANTI JEPUN DI FILIPINA DAN BURMA

GALURKAN GERAKAN ANTI-JEPUN DI FILIPINA DAN DI BURMA SEKITAR TAHUN 1942 HINGGA 1945

Pendahuluan:
-Gerakan anti-Jepun merupakan gerakan menentang penguasaan Jepun yang dilakukan oleh rakyat tempatan dikebanyakkan negara-negara Asia Tenggara terutamanya di Filipina dan Burrna.

-Pendudukan Jepun di Asia Tenggara khususnya di Filipina berlaku pada 9 April 1942 dengan serangan ke atas Bataram dan Corregidon Seterusnya pada 6 Mei Filipina berjaya ditawan oleh Jepun.Sementara di Burma penaklukan Jepun berlaku pada Mei 1942 dengan bantuan Jeneral Aung San melalui Tentera Kemerdekaan Burma.

-Pendudukan Jepun dengan menggunakan slogan "Asia Untuk Asia" telah meraih simpati rakyat tempatan pada awalnya namun akhirnya telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat lalu mencetuskan gerakan anti-Jepun yang bertujuan menghalau Jepun daripada tanah air mereka dan untuk membentuk kerajaan sendiri.

(a) Gerakan anti-Jepun di Filipina.
-Jepun menguasai setiap jabatan walaupun orang Filipina menjadi ahli dalam "Kalibapi" (Kesatuan perkhidmatan Filipina Baru) yang dipaksa oleh Jepun.

-Untuk memenangi hati rakyat,Jepun telah menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan bagi merangka sebuah perlembagaan baru bagi Republik Filipina yang merdeka.

-Pada 14 Oktober 1943 Jepun telah mengisytiharkan kemerdekaan Filipina secara rasmi dengan melantik Jose P. Laurel sebagai Presidennya.Namun Jepun masih berkuasa dan Presiden hanyalah sebagai boneka Jepun.

-Akibatnya Luis Taruc dan Casto Alejandrino telah menubuhkan tentera rakyat anti-Jepun atau Hukbalahap dengan sokongan padu daripada golongan petani yang bertujuan untuk menyingkirkan Jepun di Filipina dan membantu perkhidmatan perisikan Amerika serta menyusun strategi menamatkan pemerintahan Jepun.

-Hukbalahap telah melancarkan serangan ke atas kedudukan penguasaan Jepun di Filipina. dan tanah yang berjaya diduduki telah diagih-agihkan kepada golongan petani.
-Gerakan tentera Hukbalahap tidak dapat menguasai Filipina apabila Amerika Syarikat kembali menguasai Filipina pada September 1945.

(b) Gerakan anti-Jepun di Burma.

-Pada bulan Mei 1942 British berjaya dikalahkan oleh Jepunn dengan bantuan Jeneral Aung San dan Tentera Kemerdekaan Burma.

-Untuk menjaga hati rakyat Burma, Jepun telah menubuhkan kerajaan yang dikenali sebagai Pentadbiran Baho yang diketuai oleh orang Burma iaitu Dr. Ba Maw.Namun orang Jepun masih memegang dan menguasai jawatan ketua beberapa jabatan penting.

-Da1am masa yang sama, untuk meraih sokongan rakyat tempatan dan kerjasama daripada golongan tokoh politik, Jepun telah membebaskan tawanan politik seperti U Ba Pe, U Nu dan sebagainya.

-Pada I Ogos 1943 Jepun telah mengisytiharkan kemerdekaan Burma dengan melantik Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri dibantu oleh kabinet dan majlis penasihat. Sebagai balasannya,Burma dikehendaki memberikan sokongan kepada Jepun dalam menentang pihak
Berikat.

-Walau bagaimanapun, kuasa orang-orang Burma dalam kerajaan yang baru dibentuk sangat terhad.Maka nasionalis Burma terlalu kecewa dan mula mengatur pakatan sulit dengan pihak komunis pimpinan Thakin Soe untuk menggulingkan pemerintahan Jepun kerana keadaan ekonomi Burma semakin buruk di bawah pemerintahan Jepun berbanding sewaktu berada di bawah pemerintahan British. Hal ini telah membangkitkan semangat anti-Jepun di Burma.
-Ahli Thakin mula melakukan gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun sementara Aung San telah menubuhkariTentera Kemerdekaan Burma anti-Jepun yang kernudiannya membentuk Liga Kemerdekaan Rakyat Anti-Fasis(AFPEL) untuk menentang Jepun dan bermatlamat untuk menubuhkan kerajaan sendiri dengan melakukan pemusnahan terhadap lokasi strategik.

-Pada Mei 1945 Inggeris menguasai semula Burma dan Aung San telah berusaha mendapatkan sokongan daripada golongan Karen,Shan, Chui dan Kachin serta membebaskan Liga Kemerdekaan Rakyat Anti-Fasis daripada pengaruh komunis dalam usaha menyakinkan British untuk mendapatkan kemerdekaan Burma.

Kesimpulan:
-Pendudukan Jepun di Filipina tidak mendapat sokongan daripada rakyat Filipina kerana telah berpuas hati dengan pemerintahan Amerika Syarikat yang juga telah memjanjikan kemerdekaan kepada mereka.Akibat daripada rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan Jepun dan dasarnya maka berlakulah gerakan atiti-Jepunn yang dilakukan oleh Hukbalahap.

-Sementara di Btu-ma gerakan anti-Jepun bermula dengan Aung San menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasis yang menjalankan gerakan bawah tanah dan memusnahkan kepentingan serfs lokasi strategik di Burma.

SEJARAH 2 STPM : SISTEM PEMERINTAHAN MAHARAJA CHINA DAN JEPUN

TEMA 1

BAB 1

BINCANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN MAHARAJA DI CHINA DAN JEPUN SEBELUM CAMPUR TANGAN BARAT

Pengenalan
pemerintahan yang diamalkan di negara China dan Jepun ialah sistem Maharaja. Maharaja dibantuu oleh pembesar atau Hulubalang. Kewujudan sistem maharaja di negara China dikatakan sejak zaman Dinasti Hsia. Terdapat perbezaan yang jelas dalam sistem Maharaja di negara China dan Jepun

B.Sistem Pemerintahan di China dan di-Jepun

(1) Sistem Pemerintahan di China:

Sistem pemerintahan yang wujud di Negara China ialah "Sistem Maharaja". Dalam sistem Maharaja seseorang Maharaja menduduki hierarki teratas dalam susunan masyarakat dan merupakan individu yang paling berkuasa dalam kerajaan. Dalam diri Maharaja: harus dilihat mempunyai kombinasi beberapa aspek antara falsafah Confucius dan kepercayaan masyarakat dengan perlakuan-perlakuan politik semasa.

1. Kedudukan politik seseorang Maharaja dilegitimasikan berdasarkan konsep "mandat daripada syurga". Konsep ini meletakkan mereka sebagai "wakil syurga" atau "anak syurga" dan ia memberi kuasa "spiritual" yang tidak terhingga kepada seseorang Maharaja. Oleh itu Maharaja akan mendapat penghormatan tertinggi daripada rakyat.

2. Mandat daripada syurga membawa maksud bahawa Tuhan telah menganugerahkan ke atas Maharaja tersebut satu kuasa untuk memerintah; tidak ada kuasa lain yang boleh mendakwa '_aginda atas segala tindakan baginda kecuali kuasa tersebut ditarik balik. Dalam hal ini, ajaran Confucius menyatakan bahawa "sesiapa yang berjaya mendapat mandat syurga akan berjaya menjadi Maharaja sementara sesiapa yang gagal akan dianggap penjenayah ".

3. Sebagai menhargai kuasa autokratik yang diberikan, maka Maharaja akan menentukan kehidupan rakyat berada dalam keadaan tenteram dan makmur.

Bencana alam atau kebuluran secara langsung menunjukkan bahawa Maharaja tidak lagi -nendapat mandat daripada syurga untuk memerintah dan baginda harus diganti dengan Maharaja yang lain. Dengan kata lain Maharaja ini harus digulingkan. Oleh yang demikian didapati sering _erdapat penggantian dinasti dalam masyarakat China. Keadaan ini tidak beriaku di Jepun.

5. Pada abad ke 19 beriaku gerakan dalaman di China. Ini beriaku kerana kebangkitan para pembesar wilayah yang mula mengumpulkan kekuatan dan akhirnya menyaingi kerajaan pusat. Contohnya pembesar-pembesar wilayah mula membebaskan diri daripada kerajaan pusat yang semakin lemah dan membentuk "kerajaan merdeka" yang tidak lagi terikat dengan kerajaan pusat berbeza dengan negara Jepun yang menyaksikan usaha-usaha mengembalikan kekuasaan serta kedudukan Maharaja yang sělama ini berada di bawah penguasaan golongan Shogun. Wujud perbeTaan yang ketara dalam institusi Maharaja Jepun berbanding dengan China.
6. Maharaja China pada abad ke-19 adalah lemah dan terlalu bergantung kepada pembesar dan pegawai-pegawai wilayah. Terdapat beberapa peringkat pembesar iaitu peringkat pusat, peringkat wilayah, daerah, dan kampung. Mereka mempunyai tugas masing-masing


7. Sebuah suruhanjaya telah dibentuk di China baagi membuat kajian tentang sistem pemerintahan berperlembagaan untuk dilaksallakan di China tetapi tidak berjaya.


(2) Sistem Pemerintahan di Jepun:

Pemerintahan di Jepun turut diketuai oleli maharaja. Baginda adalah "pemerintah keduniaan" dan "dunia kerohanian". Kuasa pemerintahan sebenarnya berada dalam tail-ail shogun yang memerintah atas nama maharaja. Sebaliknya Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai-pegawai istana. Keadaan in] berbeza dengan maharaja di negara China.


1. Pemerintahan Jepun bercorak tentera (sistem pemerintahan Bakufu), yakni kuasa dipegang oleh golongan Shogun. Maharaja masih dianggap sebagai ketua negara, kedudukan maharaja hanya sebagai maharaja tanpa kuasa pemerintahan. Kekuasaan sebenar kerajaan-kerajaan di Jepun berada di bawah para pembesar terutamanya golongan pahlawan (sliogun) keadaan ini berterusan sehingga 1867 apabila kuasa maharaja dipulihkan.

2. Pada abad ke-19 penghormatan terhadap shogun berkurangan sebaliknya penghormatan kepada maharaja semakin meningkat. Maharaja Meiji menjadi pemegang kuasa di Jepun dan ia menjadi asas kepada pengekalan institusi kemaharajaan di Jepun hingga kini. Maharaja kembali kepada kedudukannya yang sebenar.

3. Pemulihan kuasa yang berlaku sebenarnya tetap rneletakkan maharaja sebagai "penguasa kedua" selepas golongan pembesar. Maharaja menjadi simbol ketua negara. Kuasa politilc sebenar terletak di tangan beberapa orang pemimpin. Ini bermakna kuasa politik Jepun tidak berada di tangan maharaja sebagaimana yang disangkakan.

4. Pada tahun 1889 pemerintahan bercorak perlembagaan diperkenalkan. Ini memberi kesan besar kepada institusi kemaharajaan di Jepun kerana PerlenTGagaan Meiji antara lain menyatakan bahawa maharaja adalah pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Maharaja adalah suci dan mengatasi undang-undang, malah kedudukan maharaja adalah seolah-olah seperti Tuhan yang memegang segala kuasa. Secara praktikal, keunggulan kuasa baginda hanyalah daripada segi adat istiadat sahaja, tidak banyak menyentuh soal-soal dasar dalam pemerintahan.

5. Institusi pemerintahan bukan sekadar mengandungi maharaja yang berada di kemuncak hierarki sahaja, malah institusi ini turut disokong oleh institusi pembesar seperti Dainryo dan Samurai. Di Jepun, kedudukan pembesar sangat penting. Sesuatu kerajaan dan dinasti tidak akan bertahan lama tanpa sokongan pembesar. Mereka berperanan sebagal pelaksana pemerintahan.


C. Kesimpulan

Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara sistem pemerintahan di China dan Jepun. Di China, maharaja. mempunyai kuasa yang jelas. Manakala di Jepun pula walaupun mengamalkan sistem pemerintahan maharaja tetapi yang berkuasa ialah golongan pembesar. Pemerintahan bercorak maharaja berakhir di China setelali berlaku Revolusi 1911 tetapi di Jepun sistem pemerintahan maharaja wujud Ilingga sekarang.

Isnin, 27 Jun 2011

SEJARAH MALAYSIA TEMA 3

Sejauh manakah faktor bahasa dan kesusasteraan mempengaruhi kesedaran nasionalisme di kalangan orang Melayu di antara tahun 1900 hingga menjelang Perang Dunia Kedua?

A. Pengenalan:


Terdapat banyak faktor yang membawa kepada kesedaran nasionalisme:
Faktor agama
Kewartawanan
Sistem pendidikan
Intelektual
Pengaruh luar
Bahasa dan kesusasteraan

B. Isi:
Bahasa dan kesusasteraan:
a. Karya-karya sastera bukan sahaja digunakan untuk hiburan tetapi juga untuk menimbulkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu yang dihimpit oleh kaum imigran

b. Menyedarkan masyarakat Melayu yang berada dalam kemunduran dan kemerosotan khususnya dalam ekonomi menerusi novel ‘Dari Perangkap ke Penjara’ dan cerpen ‘Rumah Besar Tiang Seribu’ .

c. ‘Hikayat Faridah Hanom’ karya Syed Sheik Al-Hadi memperjuangkan emansipasi wanita dan pentingnya wanita Islam moden diberi hak yang sama seperti kaum lelaki

d. ‘Putera Gunung Tahan’ karya Ishak Hj Muhamad menceritakan tentang kelemahan pemimpin Melayu dan ketidakjujuran British.

e. Abad ke-20 muncul karya untuk menyedarkan masyarakat Melayu pentingnya pendidikan dan keazaman untuk mencapainya.

f. Shamsudin Salleh melalui cerpen ‘Cermin Pergaulan Hidup di Dunia’ mengisahkan tentang tekanan di bawah penjajahan British.

g. Puisi dan syair oleh Harun Aminurrashid – semua puisi bertemakan semangat kebangsaan Melayu. Contoh: ‘Semenanjung’, ‘Rayuan Bangsamu’, dan ‘Perwira Melayu’.

h. Abdul Samad Ahmad dalam puisi ‘Serunai Pujangga’ menyeru orang Melayu bersatu dan bergerak cergas untuk mencapai kemajuan.

i. Bidang kesusasteraan merupakan alat bagi masyarakat Melayu yang miskin meluahkan ketidakpuasan hati dan sebagai suatu protes secara senyap terhadap nasib malang di tanah air sendiri.

j. Bidang kesusasteraan menyedarkan orang Melayu tentang perjuangan golongan intelektual melindungi agama, bangsa, dan negara.

Intelektual:
a. Perjuangan golongan ini berkait rapat dengan bidang bahasa dan kesusasteraan.

b. Terdapat tiga golongan intelektual yang membangkitkan nasionalisme Melayu iaitu golongan intelektual berpendidikan Arab, Melayu, dan Inggeris.

c. ‘Al-Imam’ meniupkan seruan Islah Islamiyyah di Tanah Melayu dan diilhamkan oleh tokoh-tokoh berpendidikan Arab di Timur Tengah. Contoh: Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin dan Sheikh Mohd Salim Al-Kalali

d. Golongan intelektual yakin umat Islam boleh diselamatkan sekiranya mengikuti apa yang termaktub dalam Al-Quran dan hadis, mengutuk mereka yang mengamalkan agama semata-mata dan enggan menerima hakikat perubahan masa yang menyebabkan pemikiran umat Islam kolot dan mundur.

e. Perjuangan golongan intelektual berpendidikan Inggeris muncul akibat penguasaan ekonomi oleh bangsa asing.

f. Golongan ini juga bersikap sederhana dan boleh bekerjasama dengan pihak penjajah. Perjuangan mereka meliputi soal sosio-ekonomi masyarakat Melayu. seperti peluang melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Contoh : Dato’ Onn bin Jaafar dan Mohamad Eunos bin Abdullah.

g. Golongan intelektual Melayu memainkan peranan membentuk persatuan-persatuan dan kelab. Mereka menubuhkan persatuan-persatuan Melayu peringkat negeri. Contoh: Persatuan Melayu Pahang dan Perak.

h. Golongan ini lebih radikal berbanding dengan intelektual berpendidikan Arab dan Inggeris.

i. Intelektual terkemukaa berpendidikan Melayu ialah Ibrahim Hj Yaacob

Sistem Pendidikan:
a. Terbukti perkembangan pendidikan dalam dan luar negeri melahirkan golongan intelektual terpelajar yang berperanan penting membangkitkan gerakan nasionalisme.
b. Contoh: sistem pendidikan Arab yang dikenal sebagai sistem sekolah pondok
c. Pelajar-pelajar yang menuntut di Timur Tengah dipengaruhi oleh gerakan reformis Islam.
d. Perkembangan sistem pendidikan Inggeris melahirkan golongan intelektual yang memperjuangkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu. Mereka menuntut keistimewaan yang diberikan kepada orang British perlu juga diberi kepada orang Melayu.
e. MPSI merupakan tempat berkumpul golongan intelektual Melayu daripada golongan bawahan yang mempunyai kesedaran untuk memperbaiki nasib orang Melayu.

Kewartawanan:
a. Bidang ini turut memberi sumbangan meningkatkan kesedaran politik masyarakat Melayu.
b. Contoh: Majlis, Warta Malaya, Idaran Zaman, Al-Imam, Utusan Melayu, Warta Negara, Lembaga Malaya, dan Majalah Guru.
c. Akhbar menyalurkan ilmu dan mesej supaya masyarakat Melayu mencapai kemajuan dalam hidup.

Faktor Luaran:
a. Peristiwa di luar Tanah Melayu memberi kesan besar kepada semangat nasionalisme orang Melayu.
b. Contoh: perkembangan politik Indonesia, Perang Rusia-Jepun (1904-1905), Pergerakan Turki Moden, dan kejayaan Revolusi 1911 di China.

Kesimpulan:
a. Bahasa dan kesusasteraan merupakan faktor penting membangkitkan kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu.
b. Faktor-faktor lain juga tidak kurang pentingnya dan berkait dengan faktor bahasa dan kesusasteraan











Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.
 
Pengenalan:

1. Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada orang Melayu. British terpaksa membubarkan MU dan menubuhkan satu jawatankuasa kerja untuk merangka perlembagaan Tanah Melayu yang baru
2. Pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah diisytiharkan

Isi:
1. Ciri-ciri:
a. PTM terdiri daripada 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat
b. Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan Undangan Persekutuan
c. Majlis Perundangan pula bertanggungjawab dalam menggubal undang-undang
d. Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara. Sultan memerintah dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri yang mempunyai kuasa menggubal undang-undang negeri
e. Orang Melayu diberi hak-hak istimewa sebagai kaum bumiputera
f. Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli dihapuskan dan syarat memohon kerakyatan diperketatkan

2. Reaksi:
a. Sebahagian besar masyarakat Melayu menyokong kerana hak-hak istimewa masyarakat Melayu dikembalikan
b. Masyarakat Melayu yang menjadi anggota parti berhaluan kiri seperti API, AWAS, PKMM dan PUTERA menentang kerana pemimpin UMNO yang menganggotai jawatankuasa kerja yang berfungsi menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan syarat-syarat memperoleh kerakyatan semakin ketat
c. PKMM, AWAS, API dan BATAS mendesak rakyat diberi kebebasan untuk memerintah negara
d. Sebuah badan politik bukan Melayu (AMCJA) membantah cara-cara kerajaan memilih ahli jawatankuasa yang merancang cadangan perlembagaan bagi kerajaan PTM
e. AMCJA turut membantah pertubuhan kerajaan PTM
f. AMCJA dan PUTERA bekerjasama dan mengemukakan idea-idea perlembagaan Tanah Melayu kepada kerajaan British

Kesimpulan:
1. Masyarakat Melayu mendapat kejayaan menghapuskan rancangan MU dan memperkenalkan PTM
2. Mereka dapat memperjuangkan kedaulatan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang-orang Melayu
3. PTM 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Kemerdekaan 1957



Bincangkan kemunculan pertubuhan-pertubuhan di Tanah Melayu antara tahun 1926 hingga 1941.

Pengenalan:

Semangat nasionalisme abad ke-20 lebih menumpu kepada perkembangan ekonomi dan kemajuan social
Pertubuhan dipimpin oleh golongan berpendidikan

Isi:
Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
1. Ditubuhkan oleh Muhammad Uenos Abdullah
2. Tujuan:
a. menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan pendidikan peringkat tinggi
b. mengingatkan kaum Melayu tentang kesan penjajahan British
c. menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan melibatkan diri dalam politik dan hak-hak serta kebebasan mereka
d. memajukan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu

1. Kejayaan
e. menawarkan biasiswa kepada anak Melayu
f. menuntut sebidang tanah khas
g. memperjuangkan penglibatan wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat

Kelab Putera

1. Ditubuhkan di Kota Bharu oleh Asa’ad Shukri bin Haji Muda dan Abdul Kadir Abadi
2. Tujuan:
h. menyatupadukan masyarakat Melayu Kelantan
i. mencapai kemajuan dalam semua aspek kehidupan orang Melayu

1. Kegiatan
j. menganjurkan ceramah agama, kebudayaan, ekonomi, politik dan pendidikan
k. mengundang tokoh-tokoh seperti Ishak Haji Muhammad dan Ibrahim Haji Yaacob
l. terlibat dalam penerbitan Majalah Akhbar Putera
m. mendesak supaya tanah Bandar di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Putih, Kuala Krai dan Bachok dikecualikan daripada undang-undang penjualan tanah

Persekutuan Setiawan Belia
1. Ditubuhkan di Kota Bahru – pemimpin-pemimpin Persekutuan Setiawan Belia
2. Tujuan:
n. menyebarkan ilmu pengetahuan melalui penghasilan buku-buku dan penubuhan perpustakaan
o. menyatupadukan ahli-ahlinya yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar Madrasah Muhammadiah, Kota Bharu

Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)

1. Ditubuhkan pada 1934
2. Dibuka kepada semua orang Melayu yang berumur 16 tahun dan ke atas
3. Disokong oleh ramai orang Tanah Melayu dan Sabah
4. Diasaskan oleh akhbar Saudara
5. Sebuah pertubuhan sosial dan kebajikan
6. Pemimpin utama Syed Alwi, SM Zainal Abidin, Sheikh Abdullah Al-Maghribi dan Hamidun b. Mohd Hashim
7. Tujuan:
p. menyatukan para peserta dari seluruh Tanah Melayu

Persatuan Melayu Perak (1937)

1. Ditubuhkan pada bulan September 1937 di Ipoh
2. Pemimpin - Wan Mohd Nur b. Wan Nasir dan Dr S. Kassim
3. Tujuan:
q. memelihara nasib orang Melayu Perak
r. mengeratkan hubungan kerjasama di kalangan orang Melayu
s. meningkatkan taraf pendidikan dan ekonomi orang Melayu
t. memajukan kepentingan orang Melayu melalui dasar kerjasama dengan British

Persatuan Melayu Pahang (1938)

1. Ditubuhkan di bawah pimpinan Tengku Muhammad dan Datuk Hussein bin Mohd Talib
2. Tujuan:
u. memajukan pendidikan dan ekonomi orang Melayu
v. menyampaikan masalah-masalah ekonomi dan social orang Melayu kepada pihak British

G. Persatuan Melayu Selangor (1938)
1. Pemimpin - Tengku Ismail b. Tengku Mohd Yasin, Raja Bon b. Raja Yahya, Raja Yaacob b. Raja Alang dan Abdul Rahim Kajai
2. Tujuan:
w. memajukan kaum Melayu
x. meningkatkan taraf pendidikan kaum Melayu
y. mendesak kerajaan supaya membenarkan penglibatan orang Melayu yang lebih dalam perkhidmatan awam
z. menyeru supaya pihak British menyekat kemasukan secara beramai-ramai kaum asing

1. Perjuangan
aa. membantah undang-undang Tanah Simpanan
ä. mendesak pertambahan dalam bilangan askar Melayu dan kewujudan angkatan udara dan laut di Tanah Melayu
ö. membantah cadangan penubuhan sebuah universiti bari di Tanah Melayu
dd. menganjurkan Kongres Melayu SeMalaya
bb. menggesa supaya jawatan tinggi diberi kepada orang Melayu

Persatuan Melayu Negeri Sembilan (1938)

5. Pemimpin - Tengku Mohammad Nasir Raja Nordin dan Haji Mohd Tahir b. Dato’ Bandar Abdul Rahman
6. Tujuan:
f. memelihara hak orang Melayu
7. Perjuangan:
d. memelihara kepentingan adat istiadat dan kebajikan orang Melayu
e. menggesa bahawa hak keistimewaan orang Melayu dipelihara

Kesatuan Melayu Muda (KMM)
8. Parti politik pertama di Tanah Melayu
9. Pemimpin - Ishak Haji Muhammad, Abdul Karim Rashid, Onan b. Haji Siraj, Hassan b. Manan, Isa Mohammad b. Mahmud, Ahmad Boestamam dan Mustapha Hussein
10. Sebuah parti radikal yang mengamalkan sikap tidak bekerjasama dengan British
11. Perjuangan:
i. menentang pihak British di Tanah Melayu
j. menghapus rejim British di Tanah Melayu
k. melindungi hak-hak orang Melayu
l. menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia dalam konsep Melayu Raya


Kesimpulan:
1. Pada awal abad ke-20 telah muncul kesedaran nasionalis dikalangan pemimpin-pemimpin
2. Mereka juga memperjuangkan penglibatan orang Melayu dalam ekonomi dan menekankan kepentingan bidang pendidikan







Jelaskan syor-syor Malayan Union (MU) serta reaksi orang Melayu terhadap penubuhannya.

Pengenalan:

1. MU telah diperkenal pada 1946 - selepas Perang Dunia Kedua
2. Orang Melayu menentang MU kerana menghapuskan keistimewaan dan ketuanan mereka
Isi:
1. Syor-syor MU:
a. gabungan sembilan negeri-negeri Melayu dan dua negeri-negeri Selat
b. diketuai oleh gabenor dan dibantu oleh dua majlis iaitu Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Mesyuarat Undangan
c. kedudukan raja-raja Melayu dikekalkan tetapi kuasa dikurangkan kepada hal-ehwal agama dan adat istiadat orang-orang Melayu
d. taraf kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus-soli / taraf kerakyatan diberikan kepada orang asing dengan syarat yang longgar
e. hak kewarganegaraan yang sama kepada semua semua orang tanpa mengira bangsa dan dan keturunan
f. Singapura diasingkan dan British mengekalkan pemerintahan di situ - Singapura mempunyai kekayaan ekonomi dan merupakan pusat pertahanan Inggeris (pengkalan tentera laut dan darat)
g. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal kerja tempatan
h. Gabenor diberi kuasa untuk meluluskan dan membatalkan undang-undang
2. Reaksi terhadap penubuhan MU:
a. orang-orang Melayu tidak puashati dan menentang cadangan MU
b. penentangan melalui akhbar - Utusan Melayu
c. menulis surat bantahan kepada kerajaan British di London
d. penentangan melalui persatuan-persatuan Melayu yang mengadakan perarakan dan tunjuk perasaan. Contoh : Persatuan Melayu Selangor dan Kelantan
e. Dato’ Onn dan Persatuan Melayu Selangor mengadakan Kongress Melayu SeMalaya dan menyatukan keseluruhan persatuan Melayu
f. 1 April 1946 - orang Melayu telah memulaukan upacara pelantikan Gabenor MU
g. 11 Mei 1946 - UMNO ditubuhkan dan akhirnya rancangan MU terpaksa dibatalkan

Kesimpulan:
1. MU mendapat tentangan darripada orang Melayu yang bersatu padu dan menubuhkan UMNO sebagai parti politik yang kuat.
2. Kerajaan British terpaksa bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Melayu. Hasilnya satu perlembagaan baru dibentuk iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggantikan MU






Huraikan langkah-langkah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957.

Pengenalan:
1. Tanah Melayu melalui pelbagai peringkat sebelum mencapai kemerdekaan
2. April 1951 - Sistem Ahli diperkenalkan
3. Ia merupakan satu usaha penting British untuk mewujudkan Pakatan Murni iaitu perpaduan tiga kaum
4. Sistem Ahli dikenali sebagai kabinet bayangan yang merupakan satu barisan tokoh-tokoh tempatan mentadbir Negara secara tidak langsung dan mendapat latihan mentadbir Negara
5. Tanah Melayu kemudiannya telah melalui proses pilihanraya

Isi:
1. Pilihanraya digunakan oleh British untuk menguji sama ada wujudnya perpaduan di kalangan rakyat Tanah Melayu
2. Pada peringkat permulaan, pilihanraya peringkat tempatan diperkenalkan pada 1951 bagi Majlis Bandaran Georgetown, Johor Bharu, Ipoh, Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur
3. Pilihanraya umum diadakan pada 27 Julai 1955
4. Sebanyak 52 kerusi dipertandingkan
5. Parti Perikatan mewakili kombinasi parti-parti politik tiga kaum berlainan dan memenangi 51 kerusi
6. Kemenangan menunjukkan rakyat percaya cara terbaik mencapai kemerdekaan ialah melalui kerjasama antara kaum
7. Penubuhan Parti Perikatan bertujuan untuk mendapat undi majoriti
8. Penubuhannya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan kuasa asing
9. Rundingan kemerdekaan diadakan di London antara pemimpin Tanah Melayu dengan kerajaan British
10. Keputusan pilihanraya umum 1955 memaksa kerajaan British menerima hakikat Parti Perikatan disokong oleh semua rakyat Tanah Melayu
11. Parti Perikatan telah berjanji akan mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun semasa kempen pilihanraya
12. Pada Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu
13. 8 Februari 1956, Perjanjian London dimeterai antara Raja-raja Melayu, Parti Perikatan dan British
14. Perjanjian London menjanjikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
15. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya menerima 131 memorandum bertulis
16. Beberapa pindaan telah dibuat oleh Suruhanjaya Reid terhadap rang perlembagaan yang kemudiannya disahkan oleh Majlis Raja-raja
17. Perisytiharan kemerdekaan dibuat pada pagi 31 Ogos 1957

Kesimpulan:
1. Langkah awal untuk mencapai kemerdekaan ialah melalui Pakatan Murni dalam Sistem Ahli
2. British mengadakan pelbagai peringkat pilihanraya untuk menguji tahap perpaduan
3. Keputusan pilihanraya umum 1955 membuktikan dasar perjuangan sesuai dengan penduduk Tanah Melayu



Huraikan tindakan-tindakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang membawa kepada perisytiharan darurat.

Pengenalan:
1. PKM melancarkan pemberontakan bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan di Tanah Melayu.
2. Menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu
3. PKM melakukan kekejaman iaitu dengan pembunuhan para pegawai British
4. British berusaha untuk membendung komunis dengan mengisytiharkan darurat pada 1948

Isi:
1. PKM ditubuhkan pada 1930 – untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan Republik Komunis Malaya
2. PKM menyusup masuk ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja dan sekolah Cina (golongan belia)
3. PKM bergerak secara sulit/gerakan bawah tanah kerana tidak didaftarkan
4. 1936 hingga 1937 – organisasi PKM mantap dan menghasut para pekerja dan melancarkan mogok di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor.
5. 1939 – keanggotaan PKM bertambah 37 ribu orang
6. Ramai orang Cina terpengaruh dengan perjuangan PKM untuk menjaga kebajikan dan kepentingan mereka
7. 1942 hingga 1945 – pihak British bekerjasama dengan PKM untuk menentang PKM
8. PKM membentuk Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)
9. British melatih dan membekalkan senjata kepada tentera gerila komunis
10. Tamat Perang Dunia Kedua, British iktiraf PKM sebagai parti yang sah di Tanah Melayu
11. PKM meluaskan pengaruh – menguasai sekolah Cina dan kesatuan sekerja
12. 1947 – permogokan di Batu Arang untuk lumpuhkan ekonomi Chin Peng ambil alih – lebih agresif- guna kekerasan dan melancarkan pemberontakan bersenjata pada Jun 1948
13. Tiga orang pegawai British dibunuh di Sg Siput dan darurat diisytiharkan – PKM diharamkan
Kesimpulan:
1. British telah berjaya melumpuhkan kegiatan komunis
2. British lebih bersedia untuk bekerjasama dengan pemimpin tempatan yang lebih berfahaman sederhana – ini telah mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu






Bincangkan usaha-usaha yang diambil untuk menubuhkan persatuan akhbar atau pertubuhan orang Cina dan India selepas Perang Dunia Kedua.

Pengenalan:
1. Sejak kedatangan orang India ke Tanah Melayu, mereka telah menubuhkan pertubuhan yang bercorak social, kebudayaan dan kebajikan dan memberi tumpuan kepada pergolakkan politik di India.
2. Orang Cina pula mempunyai tradisi berpersatuan seperti kegiatan kongsi-kongsi gelap dan lbih berminat dalam kegiatan politik di negara Cina.

Isi:
1. India:
a. Pergerakan politik kaum India telah mula memberi perhatian dalam pergolakan politik negara ini
b. MIC ditubuhkan pada tahun 1946 dibawah John A. Thivy
c. Matlamatnya
d. menjaga kepentingan kaum India di Tanah Melayu
e. memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain
f. Kesatuan Sekerja , Malayan Union Association (MUA) dan Federal India
g. Organisation (FIO) di tubuhkan untuk menjaga kepentingan pekerja kaum
h. India di Tanah Melayu, dipimpin oleh K. Ramanathan
i. Perlembagaan MIC dipinda dan parti menerima penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
j. Akhbar berbahasa Tamil ialah Tamil Nesan dan Tamil Murasu yang memberi perhatian kepada sosio ekonomi kaun India.
k. 1954, MIC menyertai Parti Perikatan
l. 1955, V.T.Sambanthan dipilih menjadi presiden MIC.

2. Cina:
a. PKM (diwakili oleh kaum Cina) telah membantu British menentang Jepun semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
b. PKM menentang British selepas pendudukan British
c. PKM melancarkan pemberontakan bersenjata
d. PKM gagal dan diharamkan pada tahun 1948
e. Peertubuhan politik dianggotai oleh orang Cina ialah MCA yang cuba menyekat fahaman komunis di kalangan orang Cina dan menghalang mereka daripada menyertai PKM
f. Matlamatnya ialah untuk melindungi kepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu dan bekerjasama dengan kerajaan British
g. MCA dibawah pimpinan Tan Cheng Lock. Keahlian MCA meningkat diwah kepimpinannya.
h. MCA telah membantu menempatkan semula setiggan-setinggan CIna di kampong-kampung baru.
a. MCA berpakat dengan UMNO untuk pilihanraya 1952. Menang 9 daripada 12 kerusi.
i. Parti Buruh Pulau Pinag di bawah pimpinan Yeop Chong Kong, menjaga hak buruh Cina.
j. Parti Buruh Pulau Pinang telah bertanding pihihanraya Pulau Pinang 1951 telah menang 1 kerusi
k. Pan Malayan Labour Party (gabungan beberapa buah parti buruh) telah ditubuhkan diperingkat Negeri.
l. Nama parti ditukar kepada Parti Buruh SeMalaya pada 1954.
m. Menentang PKM dan bekerjasama dengan British.

Kesimpulan:
1. UMNO,MCA dan MIC telah bergabung dan bertanding dalam pihihanraya peringkat bandaran dan negeri pada tahun 1952 dan menjelang pilihanraya peringkat Persekutuan 1955.Parti Perikatan telah dibentuk(UMNO.MCA,dan MIC) untuk merintis jalan ke kemerdekaan Tanah Melayu.





Terangkan perjuangan parti-parti politik berhaluan kiri di Tanah Melayu dari tahun 1945 hingga 1947.

Pengenalan:
1. Selepas tamat Perang Dunia Keda kegiatan berpolitik di Tanah Melayu semakin berkembang pesat dengan pembentukan banyak parti politik baharu
2. Kewujudan parti-parti politik berhaluan kiri telah menyemarakkan lagi perkembangan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
3. Parti-parti politik berhaluan kiri berideologikan sosialis dan komunis.

Isi:
1. Parti Kebangsaan Melayu Malaya ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Perak dengan nama asalnya Parti Sosialis
2. PKMM dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan Mokhtaruddin Lasso
3. PKMM berusaha menyatupadukan bangsa Melyu dan mencapai kemerdekaan melalui gabungan dengan Indonesia
4. PKMM memajukan ekonomi dan memberi peluang pendidikan kepada orang melayu
5. PKMM mewujudkan hubungan baik diantara semua kaum di Tanah Melayu
6. Memberi sokongan terhadap perjuangan bangsa Indonesia untuk mencapai kemerdekaan
7. Angkatan Pemuda Insaf (API) ditubuhkan pada tahun 1946 menggunakan slogan “Merdeka dengan darah”.Menggunakan cara radikal untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu
8. Angkatan Wanita Sedar (AWAS) ditubuhkan di Perak pada tahun1946 dipimpin oleh Sawiyah bt. Ali.AWAS berfahaman sosialis dan berjuang bersama dengan pertubuhan berhaluan kiri yang lain untuk menentang British di Tanah Melayu.
9. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) ditubuhkan pada bulan Februari 1947, menjalin pakatan dengan AMCJA untuk menentang pentadbiran British di Tanah Melayu
10. Pakatan ini juga menentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
11. PUTERA telah mengemukakan perlembagaan rakyat yang mengandungi 10 perkara utama untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu dan Bangsa Melayu

Kesimpulan:


2. perjuangan parti-parti politik berhaluan kiri di Tanah Melayu bertujuan untuk mencapai kemerdekaaan
3. mengamalkan dasar-dasar tidak bekerjasama dengan British
4. perjuangan parti politik berhaluan kiri kurang mendapat sambutan daripada penduduk Tanah Melayu kerana corak perjuangan berbentuk radikal









Jelaskan perbezaan di antara Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Perlembagaan Malayan Union 1946

Pendahuluan
1. Selepas pendudukan Jepun, British memperkenalkan satu perlembagaan baru untuk Tanah Melayu iaitu perlembagaan Malayan Union
2. Pengenalan Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu yang tidak puas hati berkenaan pemberian kerakyatan yang terlalu longgar
3. British membentuk jawatankuasa untuk menggubal perlembagaan baru untuk memenuhi tuntutan orang melayu

Isi
Perlembagaaan Persekutuan Tanah Melayu mempunyai perbezaan dalam beberapa aspek penting berbanding Perlembagaan Malayan union iaitu:-

1. Jawatankuasa penggubal

a. Malayan Union
· Perlembagaan Malayan Union digubal oleh kerajaan British di pejabat Tanah Jajahan London, digubal semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu
· AJK The Malayan Planning Unit (MPU) dipertanggungjawabkan merangka perlembagaan Malayan Union terdiri daripada orang-orang British
· MPU tidak mendapatkan pandangan penduduk Tanah melayu semasa merangka asas dan melengkapkan perlembagaan Malayan Union
b. PTM
· Dirangka berdasarkan kecaman dan kritikan orang Melayu terhadap perlembagaan Malayan Union
· Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946
· Ahli Jawatankuasa kerja terdiri daripada 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 orang pegawai kanan British

2. Konsep Union dan Persekutuan
a. Malayan Union
· Malayan Union merupakan sebuah kerajaan yang bercorak gabungan atau Union
· Ciri utama ialah memansuhkan kewujudan kerajaan-kerajaan negeri di bawah kuasa sultan Melayu
· Negeri-negeri disatukan sebagai sebuah Union di bawah kuasa seorang Gabenor British
b. PTM
· Persekutuan Tanah Melayu mengarah kepada pembentukan kerajaan Persekutuan
· Kerajaan pusat berkuasa ke atas semua negeri dalam Persekutuan
· Kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa dalam bidang tertentu yang diiktiraf
· Kedudukan sultan terpelihara

3. Kedudukan Raja-raja Melayu

Malayan Union
· Kuasa sultan tidak dihapuskan tetapi sultan tidak mempunyai sebarang kuasa dalam kerajaan Malayan Union kerana Gabenor British berkuasa penuh
· Kuasa sultan terhad dalam bidang agama tetapi pengerusi majlis agama masih gabenor
PTM
· kedudukan sultan dalam Persekutuan Tanah Melayu dipulihkan seperti sebelum perang
· Sultan berkuasa memerintah dengan dibantu Majlis Mesyuarat Kerja dan Dewan Perundangan Negeri
· Sultan akan mengesahkan dan meluluskan mana-mana undang-undang yang gagal diluluskan Dewan Perundangan Negeri

4. Majlis-majlis mesyuarat

Malayan Union
· Gabenor akan memerintah dengan bantuan MMK dan Majlis Perundangan
· gabenor mempunyai kuasa pembatal,negeri-negeri mengekalkan MMN masing-masing yang berfungsi untuk menguruskan kerajaan tempatan
· majlis ini diletakkan di bawah kawalan terus kerajaan pusat

PTM
· kuasa pemerintahan di bawah pesuruhjaya Tinggi yang dibantu majlis Perundangan Persekutuan
· Kerajaan Persekutuan menguruskan hal berkaitan pertahanan, kehakiman,perdagangan,perhubungan awam
· Sultan berkuasa memerintah dengan bantuan MMk dan MPN di peringkat negeri
· Kerajaan negeri berkuasa ke atas kerajaan tempatan,agama, pertaniandan tanah
· Malayan Union menafikan tuntutan pengagihan kuasa yang diperjuangkan semenjak tahun 1920-an, sebaliknya kerajaan persekutuan menjelaskan dan menyempurnakan beberapa aspek pengagihan kuasa.

5. Taraf Tanah Melayu

Malayan Union
- Perlembagaan MU menukarkan status negeri-negeri Melayu daripada tanah naungan kepada Tanah Jajahan
Sultan-sultan kehilangan kedaulatan kepada mahkota British yang diwakili oleh gabenor yang mentadbir dan memerintah MU

PTM
· negeri-negeri Melayu adalah dianggap negeri naungan
· kerajaan negeri dan sultan diberi kembali kuasa dalam bidang tersebutseperti agama dan tanah
· percubaan British dalam usaha desentralisasi dahulu kini berjaya dan menamatkan pentadbiran yang berbeza-beza antara negeri-negeri di Tanah Melayu

6. Kewarganegaraan

Malayan Union
· mencadangkan pemberian kerakyatan yang amat liberal kepada orang bukan Melayu
· prinsip jus soli ( hak kewarganegaraan yang sama rata bagi semua orang tanpa mengira bangsa atau keturunan)
· hak dan kedudukan orang melayu akan berakhir
· mendapat tentangan hebat orang melayu. Malayan Union berjalan hanya daripada 1 April 1946-1 Januari 1948 sahaja

Persekutuan Tanah Melayu
soal kewarganegaraan diberi perhatian mendalam, syarat-syarat telah diperketatkan
mereka yang ingin memohon kerakyatan juga mesti memenuhi syarat yang ditentukan
hak dan kedudukan orang melayu terpelihara

Kesimpulan

penghapusan Malayan Union dan penubuhan Persekutuan Tanah melayu 1948 merupakan kejayaan perjuangan UMNO yang unggul









Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.

Pengenalan ( 3 markah)

Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada orang Melayu. British terpaksa membubarkan MU dan menubuhkan satu jawatan kuasa kerja untuk merangka perlembagaan Tanah Melayu (PTM) yang baru.
Pada 1 Februari 1948 PTM telah diisytiharkan.

Isi dan Huraian ( 20 markah)
Ciri-ciri PTM:
  • PTM terdiri dari 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat.
  • Diketuai oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan Undangan Persekutuan.
  • Majlis Perundangan pula bertangungjawab dalam menggubal undang-undang.
  • Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara. Sultan memerintah dgn bantuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan  Negeri yang mempunyai kuasa menggubal undang-undang.
  • Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bmiputera.
  • Pemberian  kerakyatan mengikut prinsip jus soli  dihapuskan dan syarat memohon kerakyatan diperketatkan.

Reaksi
a. All Malayan Council of Joint Action (AMCJA)
  • Pada Disember 1945 golongan profesional Cina telah menubuhkan Malayan Democratic Union (MDU) tidak bersetuju dengan kandungan Perlembagaan 1948 kerana dianggap tidak demokratik dan Singapura sepatutnya dimasukkan dalam PTM.
  • MDU telah bersatu dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu seperti Malayan Indian Congres, The Malayan Democratic League, Persekutuan Kesatuan Buruh Seluruh Tanah Melayu, Malayan Peoples Anti Japanese Army dan Ex-Servise Comrades Association membentuk AMCJA. Tan Cheng dilantik menjadi Presiden.
  • AMCJA telah mengemukakan draf perlembagaan mereka sendiri dan menuntut supaya perlembagaan PTM 1948 yang dipersetujui antara kerajaan British, Raja-raja Melayu, dan UMNO dibatalkan. Tuntutan AMCJA tidak dapat diterima oleh pentadbiran British di Tanah Melayu kerana terlalu radikal.

b. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
·         PUTERA merupakan pertubuhan politik Melayu berhaluan kiri tidak bersetuju dengan perlembagaan PTM 1948.
·         Pertubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy telah keluar dari UMNO dan bergabung dengan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API), Kesatuan Tani, Gerakan Rakyat Melayu (GERAM) dan 80 buah kesatuan kecil yang lain membentuk PUSAT TENAGA RAKYAT pada Februari 1947.

c. Tentangan AMCJA-PUTERA
  • Pakatan AMCJA-PUTERA menentang PTM yang dirangka kerana tidak mewakili seluruh rakyat di Tanah Melayu. Pakatan iini tidak bersetuju kerana British secara sulit telah mengadakan rundingan dengan Lembaga 12.
  • Pakatan ini juga telah menggubal perlembagaan baru yang dianggap mewakili rakyat Tanah Melayu dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat.
  • Sikap toleransi antara kaum Melayu dan bukan Melayu direalisasikan dalam pakatan AMCJA-PUTERA. Perlembagaan Rakyat tidak diterima oleh pentadbiran British di Tanah Melayu kerana dianggap radikal.
  • Pakatan AMCJA-PUTERA telah melancarkan hartal di seluruh Tanah Melayu pada 20 Oktober 1947 tetapi gagal mencapai matlamat kerana tidak mendapat sambutan daripada rakyat.

Kesimpulan ( 2 M )
  • Masyarakat Melayu mendapat kejayaan menghapuskan rancangan MU dan memperkenalkan PTM. Mereka dapat memperjuangkan kedaulatan raja-raja
  • Melayu dan hak istimewa orang-orang Melayu. PTM 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Bincangkan faktor-faktor penubuhan dan pencapaian-pencapaian UMNO pada tahun 1948.
 
Pengenalan
·           UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
·           Oleh Dato’ Onn Bin Jaafar sebagai Presiden.
·           UMNO merupakan gabungan beberapa puluh persatuan Melayu.
·           1948 – UMNO dijadikan sebuah parti politik dan dibahagikan kepada 2 iaitu Pemuda dan Kaum Ibu.
·           UMNO muncul sebagai parti politik teragung dan merupakan tulang belakang kepada pergerakan mencapai kemerdekaan Tanah Melayu 1957.
 
Sebab-sebab Penubuhan UMNO
Malayan Union
·           Cadangan British perkenalkan MU bangkitkan semangat kebangsaan orang Melayu.
·           Kongres Persatuan-persatuan Melayu diadakan pada 1-4 Mac 1946 oleh Persatuan Melayu Selangor dan Dato’ Onn Bin Jaafar.
·           Kongres ini mengambil keputusan menubuhkan UMNO untuk memelihara kepentingan orang Melayu.
 
Persatuan-persatuan Separa Politik Melayu
·           Orang Melayu menubuhkan persatuan separa politik untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu.
·           Persatuan Melayu Perak 1937, Persatuan Melayu Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan 1938 dan Persatuan Melayu Kelantan 1939.
·           1939-1940 – persatuan Melayu mengadakan Kongres Melayu seluruh Tanah Melayu.
·           Kongres ini gagal melaksanakan tuntutan dan menubuhkan satu parti kebangsaan kerana perasaan cemburu, permusuhan antara negeri-negeri Melayu dan kedatangan Jepun.
·           Walaupun gagal, ia merupakan asas kepada penubuhan UMNO.
 
Pendudukan Jepun 1942-1945
·           Orang Melayu mendapat pengalaman semasa pentadbiran Jepun.
·           Orang Melayu sedar tidak boleh berharap sepenuhnya kepada Inggeris.
·           Kemenangan Jepun menamatkan kepercayaan Inggeris tidak boleh dikalahkan.
·           Anti penjajahan berkembang.
·           Propaganda Jepun “Asia untuk Asia”.
·           Permusuhan antara Melayu dan Cina membangkitkan semangat nasionalisme Melayu.
 
Akhbar-akhbar Tempatan
·           Peranan akhbar Melayu seperti Majlis, Warta Negara dan Utusan Melayu menyeru orang Melayu bersatu menentang MU.
·           Akhbar Utusan Melayu mencadangkan persatuan-persatuan Melayu bergabung menubuhkan satu pertubuhan kebangsaan menentang MU.
·           Dato’ Onn Bin Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pada Januari 1946 untuk pertahankan hak-hak bangsa Melayu dan agama Islam.
·           1-4 Mac 1946 diadakan kongres parti-parti politik Melayu di Kelab Sultan Sulaiman.
·           Matlamat kongres menyeru padu bangsa Melayu dalam satu badan politik yang kuat untuk menentang MU dan pertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.
·           Kongres Melayu Se Malaya mengambil ketetapan menubuhkan sebuah parti politik yang kuat.
·           11 Mei 1946, Kongres Ketiga dihadiri oleh wakil-wakil pertubuhan Melayu di Johor Bharu.
·           Piagam UMNO disahkan.
·           UMNO dilahirkan secara rasmi.
·           Pengerusi: Dato’ Onn Bin Jaafar.
 
Pencapaian-pencapaian UMNO
Pemansuhan Malayan Union
·           UMNO menentang MU mengadakan rapat umum dan tunjuk perasaan di seluruh negara.
·           Berkabung 7 hari bantahan terhadap MU 1 April 1946.
·           UMNO meminta raja-raja Melayu serta rakyat memulau upacara perlantikan Gabenor Sir Edward Gent.
·           UMNO hantar telegram kepada Perdana Menteri Inggeris Clement Atlee supaya ingati Perjanjian Inggeris-Tanah Melayu bahawa negara ini milik raja-raja dan rakyat Melayu.
·           MU ditarik dan Jawatankuasa Kerja ditubuhkan merangka perlembagaan baru gantikan MU.
·           Perlembagaan ini memenuhi matlamat UMNO.
 
Program-program Pendidikan, Ekonomi dan Kebajikan
·           UMNO menubuhkan jabatan ekonomi, politik, pendidikan, hal-ehwal wanita, belia, penerangan, agama, kewangan dan buruh bagi menentukan dan melaksanakan dasar UMNO.
·           Jabatan aktif – pendidikan dan ekonomi.
·           Perhimpunan Agung UMNO 1947 – meluluskan dasar pendidikan menetapkan pendidikan harus bercorak keislaman.
·           Berjaya mempengaruhi pengarah pendidikan di Kuala Lumpur meningkatkan had umur murid-murid Melayu yang memasuki sekolah-sekolah aliran Inggeris.
·           Jawatankuasa pendidikan UMNO memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar Melayu untuk melanjutkan pendidikan menengah dan tinggi di dalam dan luar negara.
·           Dasar ekonomi diluluskan 1946 serta rancangan lima tahun untuk meninggikan taraf ekonomi orang Melayu.
·           Objektif-objektif ekonomi UMNO ialah menambahkan pendapatan dan modal orang Melayu, menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor perdagangan dan perindustrian, menubuhkan sekolah-sekolah teknikal dan melantik orang Melayu dalam bidang membuat kasut, jahitan dan pertukangan tangan.
·           UMNO tidak dapat melaksanakan rancangan-rancangan ekonomi kerana kurang sumber kewangan.
·           UMNO juga mengambil berat soal kebajikan orang Melayu iaitu menjaga tanah simpanan khas, membela mereka yang dihukum semasa pergaduhan antara Cina dan Melayu pada tahun 1945-1846, mendesak kerajaan menyekat kemasukan kaum-kaum lain.
 
Parti Politik Melayu Teragung
·           Kejayaan UMNO memansuhkan MU menyebabkan ianya muncul sebagai parti politik Melayu teragung.
·           1947 – UMNO mempunyai 115000 orang ahli – UMNO merupakan tempat pergantungan orang Melayu.
 
Kesimpulan
·           walaupun terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan UMNO tertubuh namun pencapaian-pencapaiannya boleh memberi kesinambungan politik di Tanah Melayu.
·           Untuk memantapkan lagi UMNO, Dato’ Onn Bin Jaafar memberi cadangan supaya UMNO dibuka keanggotaannya kepada orang bukan Melayu ditentang sehingga Dato’ Onn meletak jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 27 Ogos 1951 dan pucuk pimpinan bertukar tangan kepada Tunku Abdul Rahman.
·           UMNO memainkan peranan penting kepada politik negara.



Bincangkan perubahan-perubahan perlembagaan dari tahun 1946-1957.
 
Antara tahun 1941 hingga 1945, Jepun telah memerintah Tanah Melayu. Pendudukan Jepun telah meninggalkan berbagai kesan terhadap Tanah Melayu sama ada dari segi politik, sosial dan ekonomi. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah. Sebelum British balik ke Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya (PKM) telah memerintah secara langsung selama 2 minggu dan dikenali sebagai “Bintang Tiga”. Pada 22 Januari 1946, Parlimen British telah mengemukakan satu kertas putih yang mengandungi cadangan penyatuan politik Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union. Selepas balik ke Tanah Melayu lebih kurang 4 bulan, kertas putih ini dikuatkuasakan pada 1 April 1946 dan Edward Gent telah dilantik menjadi Gabenor Malayan Union yang pertama.
 
Dalam perlembagaan Malayan Union, terdapat dua fasal utama iaitu fasal pentadbiran dan fasal kerakyatan. Dalam fasal pentadbiran, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu unit politik yang dikenali sebagai Malayan Union. Singapura diasingkan kerana penduduk Cinanya yang ramai, kedudukan yang strategic dan pelabuhan bebas. Ia menjadi wilayah jajahan yang berasingan dan ditadbir oleh Gabenor. Kedudukan Sultan-sultan dikekalkan tetapi mereka hanya berkuasa dalam hal-ehwal agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan sebagai badan yang menguruskan hal-ehwal tempatan tetapi ia diletakkan di bawah kawalan langsung kerajaan pusat. Tanah Melayu akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dan ia ditadbir oleh seorang Gabenor yang berada di Kuala Lumpur. Gabenor akan menjalankan tugas pentadbirannya dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Pusat. Selain itu, Majlis Penasihat juga ditubuhkan. Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran Malayan Union, Singapura dan Borneo.
 
Berhubung dengan fasal kerakyatan, warganegara akan diberi kepada orang yang lahir di Tanah Melayu atau Singapura. Sekiranya seseorang itu dilahirkan di luar Tanah Melayu, beliau akan diberi taraf warganegara sekiranya ibu atau bapa ialah warganegara Malayan Union. Bagi orang yang tinggal 10 tahun daripada 15 tahun yang terdahulu sebelum 15 Februari 1942 di Tanah Melayu, taraf warganegara juga diberi kepadanya. Bagi orang-orang yang tidak memenuhi syarat di atas, beliau boleh memohon menjadi warganegara selepas tinggal di Tanah Melayu selama 5 tahun.
 
Pengenalan Malayan Union ditentang oleh orang Melayu kerana cara Harold Mac Michael untuk mendapat tandatangan Sultan. Selain itu, cadangan perlembagaan yang menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan telah dijadikan alasan penentangan. Orang Melayu juga menentang bahawa hak istimewa orang Melayu terjeja dan syarat kerakyatan yang longgar diberi kepada orang bukan Melayu. Mereka juga tidak berpuas hati kerana dalam menggubal rangka perlembagaan, mereka tidak dilibatkan.
 
Akibat penentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm MacDonald, maka British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil daripada laporan mereka, mereka bersetuju membubarkan Malayan Union.
 
Pada 25 Julai 1946, Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan. Ia terdiri daripada 6 pegawai British, 4 wakil Sultan dan 2 wakil UMNO untuk merangka satu perlembagaan yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu, khususnya yang sesuai bagi orang Melayu. Orang bukan Melayu tidak bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa tersebut. Mereka bimbang jawatankuasa ini akan merangka satu perlembagaan baru yang merugikan mereka. Namun begitu, jawatankuasa itu tetap beroperasi dan berjaya mengemukakan laporan mereka pada 11 Disember 1946 yang mengandungi draf perlembagaan bagi penyatuan politik yang baru yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
 
Draf perlembagaan persekutuan yang digubal dibantah oleh PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) dan AMCJA (All Malayan Council of Joint Action). British tidak berminat dengan bantahan mereka. Pada 21 Januari 1948, raja-raja Melayu dan wakil Kerajaan British menandatangani persetujuan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu dilahirkan secara rasminya.
 
Mengikut perlembagaan baru ini, Singapura masih diasingkan dari Tanah Melayu, tetapi Tanah Melayu beralih menjadi negeri lindungan British. Pentadbiran persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi (PJT). PJT dibantu oleh Majlis Perundanga Persekutuan yang terdiri daripada 3 anggota ex-officio, 9 Menteri Besar, 2 wakil Melaka dan Pulau Pinang, 11 ahli rasmi dan 50 orang ahli tak rasmi dan Majlis Mesyuarat Kerja yang terdiri daripada 3 anggota ex-officio, 4 ahli rasmi dan sekurang-kurangnya 5-7 orang ahli tak rasmi. Majlis Mesyuarat Raja-raja ditubuhkan dan dianggotai oleh 9 orang Raja Melayu. Kekuasaan Sultan dikekalkan. Baginda akan menjalankan pentadbiran dengan Majlis Mesyuarat Negeri. Hak istimewa orang Melayu juga dikekalkan.
 
Bagi fasal kerakyatan, mereka yang lahir di Tanah Melayu mesti bermastautin selama 8 tahun dari tempoh 12 tahun yang terdahulu. Bagi mereka yang lahir di luar Tanah Melayu, mereka mesti bermastautin selama 15 tahun daripada 20 tahun yang terdahulu. Umur minimum menjadi warganegara ialah 18 tahun. Mereka mesti tahu bercakap dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Mereka juga dikehendaki mengangkat sumpah taat setia kepada Tanah Melayu.
 
Langkah Kerajaan British menubuhkan persekutuan ini adalah untuk menyiapkan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Walau bagaimanapun, pemberontakan PKM telah menghalang usaha ini. Apabila keadaan mulai reda, usaha itu diteruskan. Pada tahun 1951, Sistem Ahli diperkenalkan di mana 9 rakyat tempatan yang menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan dilantik untuk mengetuai 9 jabatan kerajaan. Antara mereka ialah Dato’ Onn Bin Jaafar mengetuai Jabatan Hal-ehwal Dalam Negeri dan E.E.C. Thuraisingam mengetuai Jabatan Pelajaran.
 
Mulai tahun 1951, pilihanraya perbandaran diadakan. Pada 1 Disember 1951, Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang diadakan. Dalam pilihanraya ini, parti radikal memenangi 6 kerusi, Parti Buruh 2 kerusi dan UMNO 1 kerusi. Pada 16 Februari 1952, Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur diadakan. UMNO-MCA memenangi 9 kerusi, IMP (Independent Malaya Party) 2 kerusi dan bebas 1 kerusi. Seterusnya, pada 27 Julai 1955, Pilihanraya Umum yang pertama diadakan. Perikatan UMNO-MCA-MIC telah memenangi 51 kerusi dan PAS satu kerusi. Tunku Abdul Rahman telah dilantik menjadi Ketua Menteri. Sebuah jemaah menteri yang terdiri daripada 6 orang Melayu, 3 Cina dan 1 India telah dibentuk.
 
Seterusnya, perjuangan kemerdekaan dimulakan. Rundingan Baling telah diadakan untuk mengatasi masalah PKM tetapi rundingan ini gagal. Seterusnya, pada 6 Jun 1956, rombongan kemerdekaan yang diwakili oleh Parti Perikatan dan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman berangkat ke London untuk merundingkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Rundingan ini dijalankan dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956 dan dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd. Hasilnya, British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bagi merangka perlembagaan baru bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, Suruhanjaya Reid ditubuhkan. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid dan anggotanya terdiri daripada hakim negara Komanwel, iaitu Ivor Jenning (Britain), William Mackel (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dilahirkan.
 
Selepas merdeka, Pilihanraya Umum Pertama telah diadakan pada tahun 1959. Dalam pilihanraya ini, Parti Perikatan memperolehi kemenangan yang besar. Seterusnya, pada 16 September 1963, satu persekutuan baru yang dikenali sebagai Malaysia ditubuhkan. Persekutuan baru ini menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta Tanah Melayu. Tetapi pada tahun 1965, Singapura menarik diri daripada Persekutuan Malaysia.

Bincangkan sebab-sebab penubuhan Malaysia dan reaksi Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei terhadap cadangan tersebut.
 
Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan Inggeris menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. cadangan Tunku Abdul Rahman itu menimbulkan pelbagai reaksi. Walau bagaimanapun, pada 16 September 1963, gagasan Malaysia berjaya ditubuhkan tetapi Brunei telah menarik diri.
 
Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan Komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen Komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, Komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Permogokan ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, Komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan kumpulan ini tetapi pertelingkahan telah berlaku pada akhirnya. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun 1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan pengaruh Komunis kian bertambah. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir kumpulan berhaluan kiri dari PETIR. Pengaruh Komunis terus berkembang sehingga sebuah parti berhaluan Komunis iaitu Barisan Sosialis di bawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul Rahman bimbang Komunis akan meresap masuk ke Tanah Melayu. Diharapkan persekutuan Malaysia dapat menyekat kemaraan Komunis dari merebak ke Tanah Melayu dan menguasai Singapura.
 
Penubuhan Malaysia turut bertujuan menyekat perkembangan Komunis di Sarawak. Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan Komunis ditubuhkan tetapi diharamkan semasa darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan Komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh Komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan Operasi Pisang untuk menyekat pengaruh Komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui Malaysia, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman Komunis.
 
Selain itu, penubuhan Malasyia juga bertujuan mengimbangkan jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan, Sabah, Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dan Singapura akan menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini kerana ¾ penduduk di Singapura adalah orang Cina. Kemasukan Sabah dan Sarawak serta Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk di Borneo ialah penduduk Bumiputera.
 
Di samping itu, penubuhan Malaysia juga membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai perkembangan ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur. Penubuhan persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini bermaksud, kekayaan dari kawasan maju akan dipindah ke kawasan mundur untuk membiayai projek-projek pembangunan.
 
Akhir sekali, penubuhan Malaysia juga bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British telah berjanji akan memberikan kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.
 
Berhubungan dengan cadangan penubuhan Malaysia, Lee Kuan Yew selaku Ketua Menteri Singapura menyokong gagasan ini kerana PETIR dapat meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman Komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal. Namun demikian, Barisan Sosialis dan Parti Buruh tidak menyokong gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura tetap mempunyai kuasa autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.
 
Di Sabah dan Sarawak, penubuhan Malaysia amat memeranjatkan pemimpin di sana. Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang gagasan Malaysia. pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS), Dato’ Mustapha Bin Dato’ Harun dan Donald Stephen. Mereka menentang gagasan kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri masing-masing akan hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia. Kaum Bumiputera bukan Islam menentang gagasan Malaysia. Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya. Pemimpin di kedua-dua negeri ini juga menganggap Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan menggantikan penjajah British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai Malaysia. Oleh itu, sebuah Persidangan Persatuan Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961. Berapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantarkan oleh British ke persidangan ini. Mereka membincangkan tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) dibentuk untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ini. Pada Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan ini. Kemudian, Donald Stephen, Dato’ Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul Rahman.
 
Di Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persektuan Borneo Utara di bawah pemerintahan Sultan Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Perundangan Negeri yang diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini meyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan pemberontakan pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina dan mendakwa dirinya Perdana Menteri dan Sultan Brunei sebagai ketua negara Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini, tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada Kerajaan Pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama-nama Sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia.
 
Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 telah mendapat tentangan dari Filipina dan Indonesia. Filipina telah mendakwa bahawa Sabah adalah hak miliknya. Indonesia pula menuduh gagasan ini merupakan satu penjajahan baru di Asia Tenggara yang mengancam Indonesia. Dalam penentangan, Filipina mengikuti dasar berhati-hati manakala Indonesia telah melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia pada hari pengisytiharaan Malaysia. Walau bagaimanapun, semua masalah di antara Indonesia dan Filipina dengan Malaysia dapat diselesaikan pada akhirnya. Filipina telah mengisytiharkan Malaysia pada Jun 1966 dan Indonesia pada 11 Ogos 1966.


Huraikan peranan yang dimainkan oleh Ibrahim Haji Yaacob dan Ahmad Boestmam dalam nasionalisme Melayu.
 
Pengenalan
Tokoh-tokoh yang terlibat di dalam perjuangan nasionalisme Melayu boleh terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Misalnya, golongan reformis Islam, guru dan wartawan.
 
Ibrahim Haji Yaacob
·           Dilahirkan di Pahang pada tahun 1911. Menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (1929-1931).
·           Di MPSI, menubuhkan Belia Malaya.
·           Menjadi guru di Bentung selepas tamat pengajian di MPSI.
·           Pada tahun 1934, menjadi guru Bahasa Melayu di Depot Polis, Kuala Lumpur.
·           Pada tahun 1938, menjadi Penolong Pengarah akhbar Majlis. Tahun yang sama, menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan menjadi Presidennya. KMM bertujuan memperjuangkan kemerdekaan.
·           Pada tahun 1942, KMM diharamkan. Pembela Tanahair (PETA) ditubuhkan dan beliau menjadi pemimpinnya.
·           Pada tahun 1945, beliau menubuhkan Kekuatan Rakyat Istimewa (KRIS). Bertujuan memperjuangkan kemerdekaan.
·           8 Mac 1979, Ibrahim Yaacob meninggal dunia.
 
Ahmad Boestmam
·           dilahirkan pada tahun 1920 di Tanjung Malim, Perak. Nama sebenar Abdullah Sani Bin Raja Kecil.
·           Mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris.
·           Beliau sangat aktif dalam gerakan nasionalisme sehingga gagal dalam peperiksaan Junior Cambridge.
·           Menyertai bidang kewartawanan. Pada tahun 1930, menjadi wartawan akhbar Majlis.
·           Pada tahun 1938, menyertai KMM. Beliau banyak mengkritik pemerintahan British.
·           Pada tahun 1945, beliau menyertai KRIS. Tahun yang sama, terlibat dalam penubuhan Parti Kebangsaan Melayu.
·           Pada tahun 1946, mengetuai Angkatan Pemuda Insaf (API).
·           Pernah ditahan oleh British.
 
Kesimpulan
Dua tokoh ini berperanan penting dalam membangkit semangat nasionalisme Melayu terutama melalui usaha menubuhkan pertubuhan politik dan rencana-rencana hasil tulisan mereka yang telah diterbitkan menerusi akhbar-akhbar pada masa itu.



Jelaskan syarat-syarat Malayan Union dan nyatakan reaksi masyarakat Melayu sehingga tahun 1948.
 
Pengenalan
Sehingga Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu semata-mata wujud dalam konsep georgrafikal. Dalam pada itu, timbul cadangan-cadangan untuk menyatukan negeri-negeri di Tanah Melayu di bawah satu unit pentadbiran. Justeru itu, wujudlah rancangan Malayan Union yang berdasarkan Piagam Mantik yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Winston Churchill dan President Amerika Syarikat Rosevelt pada bulan Ogos 1941. Rancangan Malayan Union telah diumumkan oleh George Hill, iaitu Setiausaha Tanah Jajahan pada 10 Oktober 1945. Akhirnya Malayan Union diisytiharkan di Tanah Melayu pada 1 April 1946.
 
Syarat-syarat Malayan Union
Syarat-syarat Malayan Union boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang penting iaitu:
·           Penyelarasan pentadbiran
·           Syor-syor kewarganegaraan
·           Kedudukan raja
 
Penyelarasan Pentadbiran
·           Erti Malayan Union – pemusatan kuasa pentadbiran oleh seorang Gabenor British.
·           Sebelum Perang Dunia Kedua, 3 sistem pentadbiran iaiatu Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
·           Untuk melicinkan, menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan kos pentadbiran.
·           Penyatuan negeri-negeri Melayu – kukuhkan pertahanan semasa perang.
·           Malayan Union merupakan cara bagi Inggeris untuk berkuasa penuh dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu.
 
Syarat Kewarganegaraan
·           Orang-orang bukan Melayu yang bermastautin di Tanah Melayu boleh mendapat kewarganegaraan dengan mudah.
·           Sesiapa yang tinggal lebih daripada 5 tahun – layak memohon.
·           Prinsip jud soli dilaksanakan – sesiapa yang dilahirkan di Malayan Union atau Singapura berhak mendapat kerakyatan.
·           Kerakyatan Malayan Union beri hak sama rata tanpa mengira kaum.
 
Kedudukan Raja
·           Istilah raja dikekalkan.
·           Raja/Sultan tidak mempunyai sebarang kuasa kecuali dalam bidang agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu.
·           Mereka menjadi penasihat kepada Gabenor dan menjadi Presiden Majlis Penasihat Melayu.
 
Reaksi masyarakat Melayu sehingga tahun 1948
1.         Protes dari orang-orang Melayu
·           Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu dan Majls menyiarkan bantahan.
·           Mendesak raja-raja Melayu supaya menimbang masak-masak sebelum menandatangani perjanjian.
·           Warta Malaya menyeru orang-orang Melayu supaya bersatupadu.
·           20 November 1948 – 8 pertubuhan Melayu Johor telah bergabung menubuhkan Ikatan Melayu Negeri Johor.
·           3 Januari 1946, gerakan Melayu Semenanjung Johor – di bawah pimpinan Dato’ Onn Bin Jaafar.
·           Perhimpunan diadakan pada 1 Mac 1946 di Kuala Lumpur 41 buah pertubuhan Melayu menyertai seluruh kongres.
·           Tujuannya: menyatupadukan orang-orang Melayu bagi menentang Malayan Union.
2.         Protes secara demonstrasi
·           Bila Mac Michael menyunjungi Sultan-sultan – mengadakan tunjuk perasaan.
·           Kelantan – 15 Disember 1945, 10000 orang berdemonstrasi menyambut ketibaan Mac Michael di Istana Johor.
·           Antara Oktober 1945 – Januari 1946, orang-orang Melayu mengatur demonstrasi memulihkan pertubuhan-pertubuhan lama menentang Malayan Union.
3.         Mesyuarat tergempar kongres Melayu
·           Mengadakan mesyuarat tergempar pada 29 dan 30 Mac. Keputusannya:
-          Semua orang Melayu bersatupadu menentang Malayan Union.
-          Memulaukan upacara penubuhan Malayan Union.
-          Sultan-sultan dirayu supaya memulaukan upacara Malayan Union dan perlantikan Gabenor.
-          Merayu supaya orang Melayu yang dilantik dalam Majlis Mesyuarat Jawatankuasa supaya tarik diri.
-          Orang-orang Melayu berkabung selama 7 hari.
4.         Penubuhan UMNO
·           Ekoran mesyuarat di Johor Bharu pada 11 Mei 1946, ditubuhkan parti politik yang dinamakan UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
·           Pemimpin-pemimpin menjelajah dan beri penerangan.
·           Barisan raksasa diadakan di Kuala Kangsar.
 
Penutup
·           Malayan Union dikuatkuasakan pada 1 April 1946. Ianya dipulaukan  oleh orang-orang Melayu.
·           British terpaksa mengadakan rundingan dengan raja-raja Melayu dan UMNO untuk menggubal perlembagaan baru.
·           Akhirnya, wujud Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.


Sejauhmanakah agama memainkan peranan penting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu?
 
Kebangkitan gerakan kesedaran di Tanah Melayu hanya bermula pada awal kurun ke-20. Gerakan kesedaran sebelum Perang Dunia Kedua ini berjalan agak perlahan jika dibandingkan dengan gerakan kesedaran di negara-negara lain seperti Indonesia dan Filipina. Secara umumnya, gerakan kesedaran di Tanah Melayu timbul serentak dengan permulaan Gerakan Reformis Islam di Tanah Melayu. Orang Melayu mula sedar akan kemunduran mereka berbanding dengan kaum lain. Mengikut W.R. Roff, pergerakan nasionalisme Melayu dipimpin oleh 3 golongan iaitu golongan reformis Islam berpendidikan Arab, golongan inteligensia berpendidikan Melayu dan golongan birokrasi berpendidikan Inggeris.
 
Dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu, agama merupakan faktor utama yang mempengaruhi perkembangan gerakan ini. Perubahan besar tentang pandangan dan fikiran telah bermula di Mesir dan Turki. Berbagai-bagai pembaharuan dan pandangan yang lebih moden dan sesuai dengan keadaan zaman telah dilahirkan di Mesir dan Sheikh Mohammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Mereka telah melahirkan gerakan Pan Islamism. Di Turki pula muncul Mustafa Kamal Attaturk dan dibawah pimpinannya, negara Turki sedang mengalami proses membangun dan pemodenan. Mereka sedar bahawa Islam memerlukan perubahan-perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat. Penuntut-penuntut dari Tanah Melayu dan Indonesia yang melanjutkan pelajaran mereka di Timur Tengah telah menerima pengaruh Pan Islamism di Mesir dan pemodenan negara Turki. Mereka menubuhkan persatuan yang dikenali sebagai Perkumpulan Pemuda Indonesia-Malaya (Perpindom). Mereka bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Malaya-Indonesia yang merdeka dan berdaulat. Antara pelajar yang terkenal ialah Sheikh Mohammad Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Ahmad al-Hadi dan Sheikh Muhammad Salim. Apabila mereka pulang ke Tanah Melayu, mereka terkenal sebagai golongan terpengaruh dengan ajaran Mohammad Abduh. Mereka ditentang oleh golongan tua dan dianggap telah menyeleweng. Walau bagaimanapun, mereka masih mendapat sokongan kuat dari pelajar Islam yang masih menuntut di Timur Tengah. Mereka telah menulis dalam majalah Seruan Azhar dan Pilihan Timur untuk mengadakan satu gerakan Pan Islamism yang besifat anti penjajah dan penyatuan Tanah Melayu-Indonesia.
 
Selain itu, bahasa dan kesusasteraan juga mempengaruhi gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Akhbar-akhbar tempatan memuatkan puisi, cerpen dan novel untuk membangkitkan semangat kebangsaan. Sebagai contoh, puisi Omar Mustaffa yang tersiar dalam Utusan Melayu keluaran 18 Januari 1913 menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan jangan membiarkan kekayaan diambil oleh bangsa lain. Selain itu, puisi seperti Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung oleh Harun Aminurashid (1919), Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang (1937) dan Seruan Pujangga oleh Anum (1940) juga telah membangkitkan semangat kebangsaan. Dalam ini juga, novel juga memainkan peranan penting. Sebagai contoh, Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi (1925) mencadangkan wanita perlu diberi pendidikan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad (1941) menyeru orang Melayu berjuang mencapai kemajuan. Cerpen yang merupakan cerita pendek mempunyai nasihat juga tidak kurang kepentingannya dalam mempengaruhi gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Sebagai contoh, Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Jijai yang menyeru orang Melayu supaya rajin bekerja dan Anak Dibuat Denal (1938), Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang (1940) dan Siasat Yang Tiada Diminta (1941) yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh. Melalui cerpen yang disiarkan, para pembaca akan mengetahui dasar perjuangan yang hendak disampaikan.
 
Seterusnya, akhbar dan majalah juga memainkan peranan yang penting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Sebagai contoh, pada 23 Julai 1906, akhbar al-Imam telah diterbitkan di Singapura. Akhbar ini diterbitkan oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahr Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad Taha. Akhbar ini diterbitkan dengan tujuan menyampaikan pandangan dan fikiran baru mengenai agama Islam untuk kemajuan masyarakat di samping membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran dan menggesa mereka supaya berusaha mencapai kemajuan sosial dan ekonomi. Akhbar ini ditamatkan pada tahun 1908 selepas 31 keluaran bulanan. Seruannya diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Tunas Melayu, al-Islam, al-Ikhwan dan Pengasoh. Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah diterbitkan. Pengarang yang pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang yang terkemuka pula ialah Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako. Akhbar ini menjadi lambang perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Penerbitan Utusan Melayu turut menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika. Selain akhbar yang disebut di atas, terdapat juga akhbar Warta Malaya (1930), Majlis (1935), Fajar Sarawak dan sebagainya.
 
Dari segi pengaruh pendidikan pula, pengaruhnya tidak boleh dipandang kecil. Sekolah-sekolah agama telah didirikan di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri-negeri Melayu telah didirikan di Teluk Intan (Perak), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Muar (Johor). Sekolah agama yang penting di Singapura ialah Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, di Melaka ialah Madrasah al-Hadi dan Pulau Pinang ialah Madrasah al-Mashor. Sistem persekolahan di sekolah itu mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan di Barat. Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini akan sedar akan kelemahan mereka dalam agama Islam dan mereka didorong untuk berusaha bersungguh-sungguh lagi supaya tidak keluar dari ajaran Islam yang sebenar. Di samping itu, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) juga bertanggungjawab dalam membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Guru-guru dari MPSI telah menyedari masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka berazam untuk mengatasi masalah ini dan memperkenalkan satu generasi baru orang Melayu yang akan membela bangsa dan negara mereka.
 
Perkembangan pendidikan Tanah Melayu telah melahirkan satu golongan intelektual yang terpelajar. Golongan terpelajar ini telah terpengaruh dengan idea-idea dan falsafah-falsafah politik seperti demokrasi, liberalisme, sistem parlimen dan perlembagaan serta nasionalisme. Mereka ini terdiri daripada Raja Chulan, Eunos bin Abdullah dan Dato’ Onn bin Jaafar. Mereka diberi peluang berkhidmat dengan kerajaan. Raja Chulan yang menjadi ahli Majlis Pusat telah memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu, manakala Dato’ Onn bin Jaafar pula mengkritik pedas terhadap pentadbiran British. Selain itu, graduan-graduan MPSI telah menubuhkan Persatuan Sastera Melayu pada tahun 1923 untuk menggunakan pertumbuhan sastera Melayu. Karya-karya yang diterbitkan oleh ahli-ahli persatuan ini telah membangkitkan perasaan nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. Pada tahun 1929 dan 1930 pula, Ibrahim Yaacob semasa di MPSI menubuhkan 2 buah pertubuhan bercorak politik iaitu “Ikatan Semenanjung-Borneo” dan “Ikatan Pemuda Pelajar”. Pertubuhan ini telah menyedarkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu supaya mereka sedar akan nasib buruk bangsa mereka.
 
Akhir sekali ialah pengaruh dari luar. Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia pada tahun 1905 membawa kesan lebih mendalam ke atas perkembangan nasonalisme di Tanah Melayu. Kerajaan Jepun membuktikan rakyat Asia juga bijak dan berkebolehan. Kepercayaan ini memberi ilham dan menguatkan keazaman rakyat Asia terutama kaum nasionalis Melayu untuk menentang penjajah Barat. Seterusnya, nasionalisme Tanah Melayu juga dipengaruhi oleh nasionalisme Indonesia. Hal ini adalah disebabkan adanya hubungan rapat antara penduduk bumuputera Tanah Melayu dengan penduduk Indonesia seperti agama, bahasa dan satu keturunan darah. Pada permulaannya, nasionalisme kedua-dua tempat ini memperjuangkan ajaran agama Islam yang sebenar. Kemudian, perjuangan radikal Parti Nasional Indonesia telah mempengaruhi pemimpin-pemimpin politik radikal Tanah Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British.
 
Gerakan nasionalisme sebelum tahun 1941 adalah bercorak agama, sosioekonomi dan politik. Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu, corak gerakan kesedaran ini telah berubah menjadi perjuangan secara perlembagaan. Kini, golongan nasionalis ini cuba melepaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah secara perdamaian. Hasilnya, British mula memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk memerintah sendiri sehinggalah akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu diberi kemerdekaan.



Sejauhmanakah pengaruh luar memainkan peranan penting dalam pergerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
 
Pengenalan
·           Nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing.
·           Gerakan nasionalisme Melayu merupakan satu tindak balas terhadap kekuasaan penjajah dalam bidang politik dan ekonomi.
·           Penentangan di Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu jelas memperlihatkan tindak balas orang Melayu terhadap pentadbiran Inggeris.
·           Pembesar-pembesar dan peminpin rakyat berjuang membebaskan Tanah Melayu dari belenggu penjajahan.
·           Menjelang awal abad ke-20, kebangkitan nasionalisme meluas.
·           W.R. Roff – proses perkembangan nasionalisme Melayu dibahagikan kepada tiha tahap – dipimpin oleh 3 golongan yang mempunyai latar belakang pendidikan berlainan – tahap agama, sosioekonomi dan politik.
·           Pengaruh luar juga memainkan peranan penting dalam pergerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
 
Pengaruh Luar
Gerakan Pemulihan Islam di Mesir
·           Bermula di Mesir pada penghujung abad ke-19.
·           Mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan Melayu Islam.
·           Dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani.
·           Matlamat:
a.         Memperjuangkan konsep Pan-Islamisme “Penyatuan Umat Islam Seluruh Dunia”.
b.         Bebas agama Islam daripada kepercayaan kolot dan ortodoks.
c.         Memulih agama Islam mengikut ajaran Islam – al-Quran dan Hadis.
d.         Mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan Hadis.
e.         Membebaskan negara Islam dari pengaruh Barat.
·           Ilham kepada pelajar-pelajar Melayu untuk menuntut di Universiti al-Azhar – berjuang di negara sendiri.
·           Pulang ke Tanah Melayu menjadi pelopor gerakan Islah Islam.
·           Tokoh-tokoh Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Mohd. Salim al-Kalali dan Haji Abbass Bin Mohd. Taha.
·           Menyebarkan idea-idea Islah Islamiah/pemulihan agama Islam serta konsep Pan-Islamisme.
·           Majalah al-Imam.
 
Pengaruh Turki di Tanah Melayu
·           Kebangkitan nasionalisme Turki, Timur Tengah.
·           Sultan Turki dianggap sebagai khalifah di dunia Islam.
·           Penghujung abad ke-19, gerakan Pan Islam di Timur Tengah berusaha menyatukan umat Islam – kekuasaan Empayar Turki atau Empayar Uthmaniyyah.
·           Sheikh Haji Wan Ahmad Bin Wan Muhammad Zain – ulamak terkenal menganjur gerakan Pan-Islam di Tanah Melayu.
·           Anjur Kelantan dan Pattani disatukan tentang Siam – bentuk negara Islam kuat naungan Turki – gagal dihalang oleh Inggeris.
·           1915 – pejuang Pan-Islam sebar semangat keislaman dan isytihar perang jihad masyarakat Islam Singapura.
-          Tokoh – Kassim Ismail Mansur dan Nur Alam Syah.
-          Anjur askar-askar India Islam di Singapura bersatu dan melancarkan dahagi tentang Inggeris di Singapura.
-          Tidak berjaya.
-          Ilham kepada orang Islam untuk tentang penjajah Inggeris.
·           Di Turki – penubuhan Gerakan Turki Muda menyebarkan semangat kebangsaan. Tujuan: memperjuangkan satu bangsa, satu bahasa dan satu negara.
-          Membangkitkan perasaan nasionalisme di kalangan orang Turki.
-          Memodenkan orang Turki dengan teknologi Barat.
-          GTM – agresif pimpinan Mustapha Kamal Attaturk.
-          Berjuang menamatkan sistem khalifah yang telah wujud 1300 Masihi.
-          1923 – GTM merampas kuasa daripada Sultan Muhammad IV – Turki Republik.
-          1924 – sistem khalifah hancur.
-          Walaupun tindakan MKA di kecam tetapi beberapa tokoh terpengaruh dengan kejayaan Turki Muda dalam bidang ekonomi.
-          Golongan reformis di Tanah Melayu mendapat perangsang dari Turki Muda.
 
Perang Jepun-Rusia 1904-1905
·           Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia 1905.
·           Jepun berjaya meniru teknologi Barat, rakyat Asia bijak.
·           Ilham dan keazaman rakyat Asia.
·           Kemenangan Jepun – Eropah dikalahkan.
·           Menyedarkan orang Asia dan Melayu – pelajaran, teknologi dan perpaduan – jadi kuat tentang penjajah.
·           Mempengaruhi pemikiran tokoh-tokoh awal Tanah Melayu – Syed Sheikh Admad al-Hadi.
·           Semangat pejuang kemajuan sosial dan ekonomi orang Melayu.
 
Pengaruh dari Indonesia
·           Nasionalisme Melayu lahir hampir sama dengan nasionalisme Indonesia.
·           Hubungan rapat: agama, bahasa, keturunan.
·           Persamaan dari segi ekonomi dan politik.
·           Perkembangan gerakan nasionalisme di Indonesia pengaruhi pemikiran politik.
·           Peringkat awal – nasionalisme melalui ajaran Islam betul; mempengaruhi pemimpin sederhana pejuang sosial dan ekonomi.
·           PNI – radikal mempengaruhi pemimpin politik radikal di Tanah Melayu seperti KMM dipimpin oleh Ibrahim Yaacob.
 
Faktor-faktor Lain
Perkembangan Pendidikan
·           Melahirkan satu golongan intelektual terpelajar.
·           Terpengaruh idea-idea dan falsafah politik demokrasi, liberalisme, sistem parlimen, perlembagaan dan nasionalisme.
·           Golongan terpelajar seperti Raja Chulan, Eunos Abdullah dan Dato’ Onn Jaafar.
·           Raja Chulan (Raja Dihilir) merupakan ahli Majlis Pusat perjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu.
·           Dato’ Onn Bin Jaafar dari Johor melalui akhbat Warta Malaya dan Lembaga Melayu membuat bidasan dan kritikan, mengadakan rapat umum.
·           Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Maktab Perguruan Sultan Idris menaikkan semangat penuntut-penuntut.
·           MPSI menerbitkan majalah Cenderama 1923 dan majalah Guru 1924 menyiarkan pendapat penuntut.
·           Graduan MPSI menubuhkan Persatuan Sastera Melayu 1923 menggalakkan pertumbuhan sastera dan membangkitkan semangat nasionalisme melalui novel Melur Kuala Lumpur karya Harun Mohd. Amin.
·           1929 – Ibrahim Yaacob di MPSI emnubuhkan pertubuhan politik iaitu Ikatan Semenanjung Borneo dan Ikatan Pemuda Pelajar.
 
Kesedaran Kemunduran Kaum Melayu Berbanding Kaum-kaum Lain
·           Ekonomi orang Melayu mundur berbanding Cina.
·           Golongan pedagang keturunan Arab menyedari kemunduran orang Melayu di Singapura.
·           Gerakan nasionalisme awal dipelopori oleh golongan berpendidikan Arab berjuang memajukan ekonomi dan sosial orang Melayu.
 
Perkembangan Media Massa
·           Idea nasionalisme melalui surat khabar, majalah, novel dan rencana.
·           Awal 1900 – al-Imam, Neraca, Saudara diterbitkan.
·           Novel Hikayat Faridah Hanum dan Anak Mat Lela Gila.
·           Radio, telegraf, telefon mempercepatkan penyebaran idea nasionalisme.
 
Kesimpulan
·           Peranan pengaruh luar merupakan faktor penting kebangkitan nasionalisme Melayu.
·           Akibatnya, timbul persatuan Melayu pada tahap-tahap berlainan.
·           Kongres Melayu Se Malaya diadakan pada 9 Ogos 1939 bertujuan memupuk perpaduan di kalangan orang Melayu.
·           Usaha persatuan-persatuan Melayu merintis jalan penubuhan UMNO pada tahun 1946.


KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Pendahuluan
Jepuntelahmenawanseluruh Tanah Melayupada 15 Febuari 1942.Kemusnahanduabuahkapalperang British iaitu H.M.S Repulse dan Prince Of Wales denganpenggunaantentera ‘Kamikaze’ ( BeraniMati ), telahmelemahkansemangattentera British. LeftenanJeneral Percival menyerahkalahsecararasmikepadaJepun.MakabermulalahzamanpemerintahantenteraJepun di Tanah Melayu.WalaupuntempohmasapendudukanJepunsingkatsahajaiaitutigatahunlapanbulan, namunpendudukanJepunmeninggalkankesan yang sangatpentingkepadapenduduktempatanbaikdariaspekpolitik, sosialdanekonomi.

Isi:
Kesan-kesansosial

PihakJepuntelahmenjalankandasarlayanan yang berbezaterhadapkaum-kaum di Tanah Melayu. SemuakaumMelayu, Cinadan India mengalamipenyeksaan, penderitaan, kebulurandanketakutan .Orang Cinamenderitaakibatkezalimantentera-tenteraJepun.Ramai orang Cinatelahmelarikandirikepinggir-pinggirhutanuntukmengelakkanpenyeksaanaskar-askarJepun.Merekamenanammakanandanmenternakayamitik.Initelahmewujudkanmasyarakatsetinggan di Tanah Melayu.

KaumMelayudan India diberilayananbaiktetapiramai di antaramerekajugadihantarke Siam untukmembinaJalanKeretapiMaut.Akibatnyaramai orang Melayu, India danCinatelahterkorbandalampembinaantersebutakibatseksaandanwabakpenyakit.Merosotnyatarafkesihatantelahmenyababkanmerebaknyapenyakit-penyakittropikasepertiberi-beri, taundan malaria.Ubat-ubat yang dibawaolehJepunhanyadikhaskanuntukaskar-askarJepunsahaja.

Perbezaanlayanankauminitelahmewujudkanpermusuhankaumkhususnya di antaraMelayudanCina.ContohnyapihakJepuntelahmenggunakan orang Melayu yang menyertaipasukantenteradan polis Jepununtukmengesan orang Cina yang anti-Jepun.Inimenimbulkan rasa curigadanpermusuhanantara orang Melayudengan orang CinasetelahJepunmenyerahkalah.

SistempendidikanInggerisjugaturutditukarkepadasistempendidikanJepun.BahasaJepuniaitu ‘Nippon-go’ diwajibkansebagaibahasapengantar di semuasekolahdanjugasebagai lingua franca di seluruhnegara.SistempendidikanJepunmenekankanbeberapaaspeksepertipembentukanakhlakdandisiplin, taatsetiakepada Maharaja JepundankepatuhankepadakerajaanJepun.KebudayaanJepundisebarkanmelaluisistempendidikanJepun.Orang tempatandiajaradatistiadatdanlagukebangsaanJepun, iaitu ‘Kamigayo’.


Kesan-kesanpolitik:
Nasionalisme orang Melayu

PendudukanJepuntelahmenamatkantradisikepercayaanbahawakuasa-kuasa Barat merupakankuasa yang tidakbolehdikalahkan. Initelahmenyemarakkanlagikebangkitandankesedarankebangsaan di kalanganpenduduk Tanah Melayu.

LangkahpertamapendudukanJepun yang membangkitkanperasaannasionalisme di kalangan orang Melayuialahdenganmembebaskanahli-ahliKesatuanMelayuMuda (KMM) yang telahdipenjarakanolehInggerisdanmemulihkankembali KMM di bawahpimpinan Ibrahim Yaacob.

KMM kemudiannyatelahdiharamkanolehJepunpadatahun 1942 apabiladisyakimengadakanhubungansulitdengan MPAJA.Jepuntelahmenubuhkan PETA ( Pembela Tanah Air ) bagimenarikperhatian orang-orang Melayu. Anggotanyaterdiridaripadabekaspegawai KMM.Ibrahim YaacobdilantiksebagaiLeftenanKolonel.PETA jugatelahmengadakanhubungansulitdengan MPAJA dantenteraWataniah.

Di saat-saatJepunmenyedarikekalahannya, JepunmenolongkaumMelayumenubuhkanKesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) padaBulanJulai 1945.KRIS dipimpinoleh Ibrahim YaacobdanDrBurhanuddin Al-Helmy.Walaupun orang Melayutidakberjayamencapaikemerdekaan di bawahJepun, namunsemangatnasionalismetelahberjayamenarik orang Melayuuntukbersatuterutamanyadalammenentang Malayan Union.

Nasionalisme orang India
Perhatiankaum India telahdialihkankepadapembebasan India daripenindasanpenjajahanInggeris.Orang India telahmenubuhkanLigaPembebasan India di bawahpimpinanSubhas Chandra Bose.BeliaujugatelahmenubuhkanTenteraNasional India (INA) untukmembantuLigaPembebasan India.Kedua-duapertubuhaninitelahmenguasaikeadaanpolitik orang India di Tanah Melayu.Orang-orang India telahdikerahmenyertaiTenteraNasional India.

Orang India digalakkansupayamemberikanbantuankewangandanhartauntukmenyokonggerakanpembebasan India daripadapenjajahanInggeris.Subhas Chandra Bose yang dalambuangantelahmendirikansebuahkerajaan yang bergelar ‘Azad Hind’ di Singapura. Iatelahmenyahut slogan “Chalo Delhi” (Mara ke Delhi). Penggunaan slogan inimenaikkanlagisemangatnasionalismedikalangan orang India.Bagaimanapunkekuatan INA danLigaPembebasan India telahmerosotapabilaJepunmenyerahkalah.

Nasionalisme orang Cina
Permusuhanantara orang JepundanCinatelahbermulasejakJepuntelahmenawan China padatahun 1937.ApabilaJepunberjayamenakluki Tanah MelayudanSingapurapadabulanFebuari 1942, ramai orang cinatelahdibunuh.

Tindakaninitelahmenyebabkan orang CinamerasakanpihakJepunmengamalkandasardiskriminasi.Keadaaninimendatangkankesanburukterhadapperkembangannasionalisme di Tanah Melayu.Contohnyatindakaninimerupakantitikpermulaanpermusuhanantara orang Cinadan orang Melayu.

PartiKomunis Malaya (PKM) telahmenggunakansentimen anti Jepununtukmemperolehsokongan orang CinauntukmenentangJepun di Tanah Melayu.PKM telahmenubuhkan Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) yang dianggapsebagaigerakanmewakilisemuabangsa di Tanah Melayu. MPAJA telahdiberikanlatihanolehSekolahLatihanKhas 101 di bawahpimpinanKolonel Spencer Chapman sertadibekalkansenjata, ubat-ubatan, maklumatdanbahanmakananolehtenteraBerikatmelalui ‘Force 136’ yang berpusat di Sri Langka.

MPAJA mengadakanhubungansulitdengan PETA danmelancarkanperanggerilaterhadappihakJepun.Jepuntelahmengambillangkahuntukmenarikminat orang Cinaberfahamansederhana yang kebanyakannyatinggal di bandaruntukbekerjasamadenganpemerintahanJepun.

PihakJepuntelahmenubuhkanbeberapakelabsepertiEpposhobagimasyarakatCina di Pulau Pinang padatahun 1944.Ramai orang Cinadilantik di dalamMajlisPenasihat di peringkatbandardannegerimulaitahun 1943.

Langkah-langkahJepununtukmenentanggolonganCina yang anti-Jepuniaitudenganmenggunakanpasukan polis dantenteraMelayutelahmenimbulkankemarahan orang Cinaterhadap orang Melayu.PerasaaninikemudiannyatelahmenimbulkanunsurperkaumandalampersengketaanCina-Melayu.

Kesan-kesanekonomi
Dasar ‘bumihangus’ yang diamalkanoleh British sebelumberundurdari Tanah MalayukeSingapuratelahmenyebabkanekonomi Tanah Melayumerosotkeranabanyakkemudahanawamsepertiinfrastrukturtelahdiletupkanolehtentera British. Begitujugadenganperusahaanbijihtimahdangetahturutmerosotkeranakemusnahanalat-alatmelombongsepertikapalkorekdanalat-alatmemprosesgetah.

Akibatpeperangan, perdagangan Tanah Melayudenganpasaran-pasaranluartelahterputus.PerdaganganSingapuradanPulau Pinang telahmerosotkerana Tanah Melayutidakdapatmengeksportdanmengimportsebarangbahan.

Jepunmengamalkansistemekonomisaradiridanmemaksarakyatmenanamtanam-tanamanmakanansepertiubikayu, keledekdankeladiuntukmengatasimasalahkekuranganmakanan.

Perusahaan-perusahaantempatandidirikanuntukmenghasilkanbarang-baranggantiansepertiminyakmasakan, sabun, gula, tayar, kertas, talidanbenang.Perusahaan-perusahaanpentingdiambilaliholehsyarikat-syarikatJepunseperti Mitsui dan Mitsubishi.

Percetakanmatawang ‘pokokpisang’ yang tidakterkawalsertakekuranganbahan-bahanpenggunamenyebabkankeadaaninflasidenganharga-hargabarangmelambungtinggidannilaimatawangJepunmenjunamjatuh.

Kesimpulan
ZamanpendudukanJepun di Tanah Melayumerupakansatudetikpentingdalamsejarahtanah air keranatelahbanyakmendatangkankesanpositifdannegatif.PengunduranJepundari Tanah Melayupada September 1945 adalahdisebabkanpengebomanduabandarpenting di Jepuniaitu Hiroshima dan Nagasaki.SelepaspendudukanJepun, Inggeristelahmemperkenalkanpentadbiran Malayan Union di Tanah Melayutetapitelahmendapattentanganhebatdaripada orang-orang MelayueshinggamemaksaInggerismemansuhkannyadandigantikandengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kebangkitan orang-orang Melayumenentang Malayan Union merupakankesandaripadapendudukanJepun di Tanah MelayusewaktuPerangDuniaKeduasehinggamelahirkansemangatnasionalisme di kalangan orang-orang Melayu.


Jelaskan aliran perjuangan dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua

Pengenalan

Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu telah wujud pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat dasar perluasan kuasa British. Ia merupakan tindak balas secara langsung penduduk kepada perubahan-perubahan yang dilakukan oleh penjajah British dari segi politik, sosial dan ekonomi, serta pengaruh gerakan nasionalisme semasa di negara-negara Asia dan Timur Tengah Pada dasarnya gerakan nasionalisme Melayu sebelum Perang Dunia Kedua terbahagi kepada tiga aliran perjuangan yang dipimpin oleh tiga golongan nasionalis yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza, iaitu aliran agama yang dipimpin oleh golongan reformis Islam berpendidikan Arab(1906-1926), aliran sekular berpendidikan Melayu (1927-1937), dan aliran birokrat berpendidikan Inggeris (1938-1941). Setiap aliran mempunyai matlamat dan cara perjuangan yang agak berbeza. Bagaimanapun kesemua golongan ini cuba membangkitkan kesedaran dan menyatukan orang Melayu untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan Inggeris Sebaliknya kaum Cina dan India lebih menumpukan taat setia dan perhatian kepada gerakan nasionalisme di negara asal masing-masing.

Isi

A.     Aliran reformis Islam berpendidikan Arab

Ø  Aliran reformis Islam atau Gerakan Islah Islam turut dikenali sebagai Kaum Muda. Aliran ini dipelopori oleh golongan reformis Islam berpendidikan Arab. Antara tokoh pemimpin Kaum Muda yang termasyhur ialah Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Hj. Abbas Mohamad Taha dan Sheikh Muhamad Salim al-Kalali.

Ø  Mereka mendapat inspirasi dari Gerakan Reformis Islam Timur Tengah yang diasaskan oleh Sheikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani yang tersebar dalam Majalah Al-Manar di Kaherah pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Ø  Sekembalinya ke Tanah Melayu mereka mula menyampaikan ajaran Sheikh Muhammad Abduh dan konsep pan-Islamisme melalui akhbar Al-Imam yang diterbitkan di Singapura pada 22 Julai 1906. Al-Imam memainkan peranan penting sebagai saluran terawal perjuangan Kaum Muda.

Ø  Matlamat perjuangan Kaum Muda ialah ingin mengembalikan dan menegakkan kesucian agama Islam, menyeru orang Melayu bangkit dari kemunduran, memulihkan kepincangan sosio-ekonomi  dengan cara kembali kepada ajaran Islam sebenar berpandukan al-Quran dan hadis. Mereka ingin

Ø  Kaum Muda memperjuangkan beberapa pembaharuan demi kemajuan orang Melayu. Ini  termasuklah gesaan agar Raja dan pembesar Melayu menjaga kepentingan, memajukan pendidikan dan sosio-ekonomi orang Melayu. Mereka menganjurkan sistem pendidikan agama dan pendidikan moden yang merangkumi pelbagai mata pelajaran akademik, menggalakkan penggunaan perkhidmatan bank dan syarikat kerjasama, penyertaan kaum wanita dalam pendidikan moden dan aktiviti kemasyarakatan, memurnikan cara hidup orang Melayu daripada kepercayaan tahyul dan khurafat serta amalan-amalan bidaah yang menghalang kemajuan.

Ø  Selain al-Imam, perjuangan Kaum Muda juga disebarkan melalui beberapa akhbar dan majalah lain iaitu Neracha, al-Ikhwan, Idaran Zaman dan Saudara.

Ø  Kaum Muda juga bergiat cergas dalam perbincangan-perbincangan agama dan aktiviti dakwah di sekolah-sekolah agama, madrasah dan masjid. Pada tahun 1907, Kaum Muda telah membantu menubuhkan Madrasah al-Ikbal al-Islamiyah di Singapura, diikuti beberapa madrasah lain di seluruh Tanah Melayu seperti Madrasah al-Hadi di Melaka (1915), Madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang (1926), Madrasah Muhammadiah di Kota Bharu, Kelantan (1917) dan Sekolah al-Diniah, Padang Rengas, Perak (1925).

Ø  Puisi, cerpen dan novel juga diterbitkan untuk membangkitkan semangat kebangsaan. Syed Sheikh Ahmad al-Hadi misalnya telah menerbitkan beberapa karyanya seperti novel ‘Hikayat Faridah Hanum’ dan ‘Agama Islam dan Akal’. Melalui karyanya beliau memperjuangkan emansipasi wanita dan menggesa muda mudi Islam melengkapkan diri dengan tuntutan dunia moden. Omar Mustaffa telah menulis puisi dalam Utusan Melayu untuk menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan menyaingi kaum pendatang.

Ø  Perjuangan Kaum Muda mula merosot pada tahun-tahun 1920-an. Pergerakan nasionalisme ketika itu mula diambil alih oleh golongan sekular berpendidikan Melayu. Pada umumnya, perjuangan Kaum Muda gagal mewujudkan satu pergerakan massa dalam kalangan orang Melayu. Ini kerana perjuangan mereka mendapat tentangan hebat terutamanya dari Kaum Tua dan pihak British.

Ø  Kaum Tua terdiri daripada golongan ulama konservatif dan pegawai agama yang berpegang kuat kepada adat dan enggan menerima idea islah Kaum Muda. Kaum Tua menerbitkan akhbar Suara Benar dan Lidah Benar untuk menentang idea Kaum Muda.

Ø  Gerakan Islah hanya dapat berkembang di Negeri-negeri Selat kerana undang-undang telah dikuatkuasakan di Negeri-negeri Melayu yang menghalang kegiatan dakwah Islam tanpa kebenaran Sultan dan menghalang penyebaran risalah dan buku-buku Kaum Muda

Ø  Walau bagaimanapun perjuangan Kaum Muda tetap memberi sumbangan penting  terutamanya merintis kebangkitan nasionalisme Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Kaum Muda telah berjaya membangkitkan kesedaran kebangsaan dan memperjuang kan isu kemunduran orang Melayu berbanding kaum-kaum lain.


B.     Aliran nasionalis sekular berpendidikan Melayu

Ø  Akibat daripada tekanan politik, ekonomi, kaum pendatang asing serta kemunculan golongan berpendidikan Melayu dan Inggeris telah membawa kepada kemunculan golongan nasionalis berfahaman sekular di Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1920-an.

Ø  Pembukaan Maktab Perguruan Sultan Idris (1922) di Tanjung Malim telah melahirkan golongan berpendidikan Melayu yang menitikberatkan keadaan sosio-ekonomi orang Melayu. MPSI telah menjadi tempat perkembangan kesedaran orang Melayu

Ø  Perjuangan golongan ini bersifat sederhana dan bertoleransi dengan pemerintah Inggeris. Kebanyakan mereka merupakan lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Raffles Intitution, Singapura. Antara tokoh pentingnya termasuklah Raja Chulan, Dato’ Abdullah Haji Dahlan, dan Mohammad Eunos Abdullah.

Ø  Perjuangan golongan ini memberi tumpuan kepada kedudukan sosial dan ekonomi orang Melayu. Mereka berusaha untuk mendapatkan peluang yang lebih kepada orang Melayu berkhidmat dalam perkhidmatan awam serta peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara khususnya Britain.

Ø  Dalam tahun 1926, Mohd Eunos Abdullah dengan bantuan Tengku Abdul Kadir dan Embok Suloh telah menubuhkan parti separuh-politik iaitu Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Fokus perjuangan KMS adalah untuk memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu

Ø  Persaudaraan Sahabat Pena telah ditubuhkan pada tahun 1934 juga merupakan pertubuhan kebajikan sosial bagi memperjuangkan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu. Isu-isu sosial, ekonomi dan politik orang Melayu juga dibangkitkan dalam akhbar seperti Pengasuh, Idaran Zaman, Lembaga Melayu dan Saudara

Ø  Dalam tahun-tahun 1920-an juga telah muncul golongan nasionalis radikal Melayu yang merupakan pelajar-pelajar  yang menuntut di Kaherah, Mesir. Mereka telah menerbitkan majalah Seruan Azhar (1925-1928) dan Pilihan Timur. Golongan ini memperjuangkan konsep penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia dan nasionalisme anti-penjajah. Doktrin perjuangan mereka telah mempengaruhi sebilangan penuntut di MPSI.


C.     Aliran  birokrat Melayu berpendidikan Inggeris

Ø  Desakan oleh kaum asing terutamanya orang Cina menuntut hak-hak yang sama dengan orang Melayu dan kegiatan komunis dalam kalangan orang Cina membimbangkan orang Melayu

Ø  Kontroversi mengenai isu pengagihan kuasa pusat dalam tahun-tahun 1920-an dan kemelesetan ekonomi dunia (1929-1933) yang menekankan masalah kemunduran ekonomi orang Melayu telah mengakibatkan kesedaran dalam kalangan orang Melayu untuk melindungi hak-hak mereka


Ø  Perangan China-Jepun yang bermula tahun 1937 dan pemulauan barang-barang Jepun oleh penduduk Cina di Tanah Melayu juga mengukuhkan kesedaran politik orang Melayu. Di samping itu perkembangan kegiatan komunis dalam kalangan penduduk Cina di Tanah Melayu turut meningkatkan kebimbingan orang Melayu

Ø  Perkembangan ini mendorong pemimpin-pemimpin aristokrat berpendidikan Inggeris untuk menubuhkan beberapa persatuan kenegerian bersifat separa-politik bagi memperjuangkan konsep "Tanah Melayu Untuk Orang Melayu"


Ø  Persatuan Melayu Perak diasaskan pada tahun 1937, diikuti dengan Persatuan Melayu Pahang, Selangor, Negeri Sembilan pada tahun berikutnya manakala Persatuan Melayu Kelantan pada tahun 1939

Ø  Persatuan-persatuan negeri ini telah menganjurkan Kongres Melayu Tanah Melayu dalam tahun-tahun 1939 dan 1940 dengan tujuan memupuk perpaduan Melayu. Bagaimanapun usaha tersebut tergendala akibat serangan Jepun ke atas Tanah Melayu dalam tahun 1941

Ø  Dalam tahun 1938 golongan nasionalis radikal berpendidikan Melayu di bawah pimpinan Ibrahim Hj Yaakob dan Ishak Hj. Muhammad telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebuah pertubuhan politik bersayap kiri. Pemimpin lain termasuklah Onan Hj. Siraj, Abdul Karim Rashid, Hj. Othman Abdullah,  Hassan Manan dan Ahmad Boestamam.

Ø  Kebanyakan ahlinya terdiri daripada wartawan dan penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris, Sekolah Pertanian Serdang, dan Sekolah Teknikal, Kuala Lumpur. KMM dipengaruhi oleh gerakan nasionalisme Indonesia yang memperjuangkan kemerdekaan bersama Tanah Melayu dan Indonesia menerusi konsep "Indonesia Raya"  atau "Melayu Raya"

Ø  KMM telah mengembangkan idea-idea politik mereka melalui akhbar Warta Malaya dan Majlis untuk menyebarkan perasaan anti-Inggeris dan membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang-orang Melayu. Akibatnya seramai 100 orang ahli KMM termasuk Ibrahim Yaakob dan Ishak Hj. Muhammad telah ditangkap dan dipenjarakan oleh Inggeris pada akhir tahun 1941


Ø  Secara keseluruhannya perjuangan KMM gagal mendapat sokongan orang Melayu kerana gerakannya dianggap terlalu radikal manakala konsep penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia dianggap terkehadapan dan belum dapat diterima. Mereka juga gagal menyatakan taat setia kepada raja-raja Melayu serta bersedia menggulingkan Inggeris secara kekerasan dengan melancarkan revolusi. Sikap KMM yang anti-birokrasi juga menyebabkan pertubuhan itu sukar mendapat sokongan golongan birokrat yang mempunyai pengaruh kuat dalam masyarakat.

D.     Nasionalisme orang Cina

Ø  Secara umumnya kegiatan politik orang Cina di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua masih berkiblatkan kepada perkembangan politik di negara China. Kebanyakan orang Cina masih menganggap negara China sebagai tanah air mereka dan menumpahkan taat setia kepada negara dan maharaja mereka. Bagi mereka, penghijrahan ke Tanah Melayu hanyalah bersifat sementara

Ø  Bagaimanapun minoriti masyarakat Cina keturunan Cina Baba turut menuntut hak-hak yang sama dengan orang Melayu sebagai penduduk Tanah Melayu. Tuntutan mereka disalurkan melalui Straits Chinese British Association yang ditubuhkan di Singapura pada 17 Ogos 1900 di bawah pimpinan Tan Jiak Kim, Lim Boon Keng, Song Ong Siang dan Seah Lian Seah

 E.    Nasionalisme orang India

Ø  Sebagaimana orang Cina, corak politik orang India lebih menumpukan kepada pergolakan dan perkembangan politik negara asal India. Mereka masih menganggap India sebagai tanah air mereka dan tidak berhasrat untuk menetap terus di Tanah Melayu

Ø  Orang India hanya mula menumpukan perhatian serius terhadap perkembangan politik di Tanah Melayu setelah tercetusnya Perang Dunia Kedua. Gerakan politik India pada awalnya disalurkan menerusi pertubuhan sosial dan kebajikan yang banyak ditubuhkan di bandar-bandar utama antara Persatuan India Taiping (1906), Persatuan India Selangor (1909) dan Persatuan India Singapura (1923).

Ø  Isu utama mereka berkisar kepada masalah perwakilan orang India dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Negeri. Manakala pertubuhan bercorak politik pertama orang India ialah Persatuan India Pusat (Central Indian Association of Malaya/CIAM) pimpinan Dr. A.M.Soosay. CIAM dapat dianggap pencetus kesedaran kebangsaan di kalangan orang-orang India di Tanah Melayu.

Kesimpulan

Perbincangan di atas menunjukkan nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua telah berkembang secara beransur-ansur berdasarkan kaum-kaum terbesar Melayu, Cina dan India. Gerakan nasionalisme dalam kalangan orang Melayu secara keseluruhannya diterajui oleh tiga aliran utama iaitu aliran reformis Islam berpendidikan agama, aliran nasionalis sekular berpendidikan Melayu, dan aliran birokrat Melayu berpendidikan Inggeris. Manakala gerakan politik orang Cina dan India masih berfokus kepada perkembangan nasionalisme di negara asal masing-masing. Bagaimanapun perjuangan golongan sederhana Melayu berpendidikan Inggeris telah meletakkan asas bagi penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946 yang kemudiannya menerajui perjuangan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu lewat tahun-tahun1940-an dan 1950-an.








Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...