Khamis, 16 Februari 2012

NOTA SOALAN DAN JAWAPAN BAB 10 TINGKATAN 4


BAB 10: DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA
 
1.
(a)
Jelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional. (Rujuk Buku Teks m.s: 244-246)


·         Pengeluaran dalam skala yang kecil
·         Teknologi yang mudah
·         Sistem pengairan yang mudah
·         Modal yang kecil
·         Jumlah buruh yang terhad
·         Tiada pengkhususan kerja
·         Pasaran yang kecil



2.
(a)
Jelaskan ciri-ciri ekonomi dagangan. (Rujuk Buku Teks m.s: 246-247)


·         Pengeluaran dalam skala besar
·         Untuk tujuan pemasaran
·         Pasaran yang luas
·         Teknologi yang tinggi
·         Tenaga buruh yang besar
·         Modal yang besar
·         Adanya pengkhususan kerja



3.
(a)
Jelaskan ciri-ciri sistem pertanian komersial. (Rujuk Buku Teks m.s: 247)


·         Pertanian berasaskan eksport
·         Sumber utama pendapatan
·         Pemodal Eropah dan China terlibat
·         Modal yang besar
·         Teknologi yang tinggi
·         Konsesi tanah yang luas
·         Tempoh pajakan tanah yang lama



4.
(a)
Nyatakan faktor yang mempengaruhi penanaman getah di Tanah Melayu. (Rujuk Buku Teks m.s: 247-250)
·         Pembuatan industri pembuatan barangan pengguna
·         Kemasukan modal asing
·         Dasar British yang menggalakan kemasukan pemodal asing
·         Kadar sewa tarif yang rendah
·         Kadar cukai yang rendah
·         Kemudahan infrastruktur yang baik
·         Kemasukan pekerja asing


(b)
Jelaskan usaha-usaha untuk memajukan tanaman getah di Tanah Melayu.
·         Dipelopori oleh H.N. Ridley
·         Mengadakan pameran
·         Mengagihkan benih getah secara percuma
·         Mencipta cara penorehan yang sesuai
·         Sistem menoreh secara ibidem / torehan tulang ikan


(c)
Huraikan masalah-masalah yang dihadapi dalam penanaman getah.


·         Kemelesetan ekonomi dunia
·         Kemerosotan harga getah
·         Persaingan dengan getah tiruan
·         Persaingan tanah dengan tanaman lain         



5.
(a)
Nyatakan faktor yang mempengaruhi industri perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. (Rujuk Buku Teks m.s: 250-252)
·         Tanah Melayu kaya dengan bijih timah
·         Perusahaan yang menguntungkan
·         Permintaan yang tinggi dari negara luar
·         Penglibatan pemodal Eropah
·         Pengusaha China juga terlibat
·         Penggunaan teknologi kapal korek


(b)
Jelaskan usaha-usaha untuk memajukan perlombongan bijih di Tanah Melayu.







6.

Terangkan cara-cara kemasukan buruh dari: (Rujuk Buku Teks m.s: 253-255)

(a)
China
Sistem Pengambilan Kakitangan
·         Majikan menghantar pegawainya ke China
·         Tambang dan perbelanjaan buruh ditanggung oleh majikan
·         Pegawai yang bertanggungjawab akan mengiringi buruh-buruh hingga sampai

Sistem pengambilan Rumah Kongsi
·         Buruh diambil oleh pegawai di negara China
·         Pegawai berkenaan akan tanggung segala perbelanjaan buruh-buruh
·         Apabila buruh sampai kepada majikan, pegawai akan dibayar segera

Sistem Tiket Kredit
·         Bakal imigran dikumpul oleh kheh-thau/ketua
·         Ketua akan dibayar bagi setiap imigran/sinkheh
·         Bakal imigran diawasi oleh nakhoda kapal
·         Sinkheh perlu buat perjanjian lisan/bertulis
·         Sinkheh dibekalkan tiket
·         Apabila sampai di pelabuhan,sinkheh akan diambil oleh pemborong buruh
·         Pemborong buruh menjadi orang tengah sinkheh dengan majikan


(b)
India


Sistem kontrak
·         Majikan biayai tambang buruh ke Tanah Melayu
·         Buruh akan bekerja untuk waktu tertentu
·         Buruh juga dibayar bayaran minimum

Sistem Buruh Bebas
·         Buruh datang sendiri ke Tanah Melayu
·         Kedatangan mereka diatur oleh orang tertentu
·         Di Tanah Melayu, mereka bebas memilih tempat kerja
·         Mereka juga bebas memili jenis pekerjaan

Sistem Kangani
·         Bermaksud ketua/ tandil/ mandur
·         Kangani akan diberi lesen dan pulang ke India mencari buruh
·         Kangani diberi wang pendahuluan
·         Seorang kangani adalah pengurus agensi buruh asing
·         Akhirnya diharamkan kerena kangani menyeleweng



7.
(a)
Jelaskan perkembangan institusi kewangan dan insuran di Tanah Melayu. (Rujuk Buku Teks m.s: 255-258)



Institusi kewangan
·         Digunakan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
·         Melicinkan urusan kewangan
·         Menyediakan kemudahan pinjaman
·         Penubuhan bank memperkenalkan sistem kewangan moden
·         Melalui bank, dana dari luar disalurkan dengan cepat
·         Bank juga sebagai agen pembayar
·         Mercantile Bank adalah bank pertama di Tanah Melayu
·         Banyak juga bank Eropah membuka cawangan di Tanah Melayu
·         Pemodal tempatan juga menubuhkan bank sendiri

Insurans
·         Pelbagai jenis insuran
·         Sistem pengangkutan laut menyebabkan wujudnya insuran maritim
·         Insurans kebakaran juga wujud kerana kebakaran sering berlaku
·         Syarikat Insurans merupakan syarikat dari negara luar
·         Syarikat Insurans tempatan juga ditubuhkan
·         Insurans nyawa juga ditubuhkan




8.
(a)
Terangkan undang-undang tanah yang dikenakan oleh British terhadap penduduk Tanah Melayu. (Rujuk Buku Teks m.s: 258-262)

·         British perkenalkan undang-undang tanah berkonsepkan sistem Barat
·         Bagi British, tanah boleh dijadikan cagaran untuk mendapatkan modal
·         Briitish bahagikan tanah mengikut kegunaan / nilai komersialnya
·         Ada tanah ladang/ tanah peribumi / tanah perlombongan
·         Kadar cukai bergantung kepada jenis tanah
·         Undang-undang Tanah menetapkan mesti buat permohonan jika ingin tanah
·         Rakyat tempatan yang ingin mengutip hasil hutan perlu kebenaran dari pejabat tanah
·         Hasil hutan juga dikenakan cukai
·         Ramai orang Melayu terpaksa jual tanah
·         Akta Tanah Simpanan Melayu diwujudkan
·         Bagi elakkan tanah orang Melayu jatuh ke tangan orang asing
·         Sebarang tanaman komersial dilarang ditanam di Tanah Simpanan Melayu


(b)
Jelaskan dasar-dasar British terhadap pekebun Kecil di Tanah Melayu.



·         British mahu kekalkan orang Melayu daalam penanaman padi
·         British perkenalkan Enakmen Tanaman Padi
·         Untuk melarang getah ditanam di kawasan penanaman padi
·         Premium tanah baru untuk penanaman getah turut dinaikkan
·         Pembukaan tanah baru untuk getah dilarang
·         Penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah adalah kecil
·         British utamakan ekonomi komersial mereka
·         Insentif kewangan/bantuan teknikal tidak pernah diberi kepada orang Melayu



9.

Jelaskan kesan-kesan dasar ekonomi British dalam aspek-aspek berikut; (Rujuk Buku Teks m.s: 263-270

(a)
Pembandaran
  • Kampung/pekan kecil berubah menjadi bandar
  • Berlaku di kawasan yang kaya dengan sumber semulajadi/ pusat pentadbiran
  • Kemudahan infrastruktur baik
  • Kawasan Pantai Barat seamanajung lebih membangun/banyak bandar


(b)
Pembentukan masyarakat berbilang kaum
  • Disebabkan kemasukan buruh asing
  • Kawasan pertempatan berasingan
  • Pekerjaan juga berbeza


(c)
Sistem pendidikan vernakular
  • Bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar
  • Kanak-kanak Melayu diajar di surau/masjid/madariasah/sekolah pondok
  • Sistem Pendidikan dari India diguna oleh orang India
  • Sistem Pendidikan dari China diguna oleh orang Cina


(d)
Sektor perkilangan
  • Awalnya tertumpu kepada bijih timah dan getah
  • Wujud kilang kasut di Selangor
  • Kilang diusahakan oleh pemodal Eropah / China
  • Orang Melayu tidak terlibat


(e)
Sistem pengangkutan dan perhubungan
  • Jalan keretapi dibina dari kawasan lombong ke pelabuhan
  • Jalan keretapi pertama ialah dari Taiping ke Port Weld
  • Jalan raya juga dibina
  • Sistem perhubungan juga diwujudkan bg memudahkan komunikasi


(f)
Perkhidmatan kesihatan
  • Hospital pertama dibina di Taiping dan Kuala Lumpur
  • Pusat kesihatan kecil juga dibina di negeri-negeri
  • Pusat penyeliidikan dibina untuk mengawal penyakit 






10.
(a)
Huraikan pengajaran dan nilai yang kita perolehi daripada dasar British dan kesannya terhadap ekonomi negara kita. (Rujuk Buku Teks m.s: 252, 255, 270)


  • Rakyat Malaysia harus mengumpul modal
  • RakyatMalaysia harus menguasai teknologi/berilmu pengetahuan
  • Rakyat Maalaysia harus proaktif / mempunyai perancangan ekonomi yang mantap
  • Rakyat Malaysia harus jadikan negara berdaya saing dengan negara lain
  • Rakyat Malaysia harus berbangga dengan negara sendiri
  • Rakyat Malaysia harus mentadbir sendiri negara dan kekayaannya
  • Rakyat Malaysia harus berhati-hati dengan negara lain

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...