Sabtu, 20 Oktober 2012

SOALAN12 PERCUBAAN K2 PAHANG 2012

12. Sejauhmanakah kelemahan pemerintahan Raja Vajiravudh di Thailand dan kelemahan kerajaan Manchu di China telah menyebabkan revolusi berlaku di kedua-dua negara 
A: PENGENALAN
- Revolusi Thailand meletus kerana kelemahan pemerintahan Raja Vajiravudh dan telah melahirkann satu golongan pelajar yang ingin menamatkan sistem autokrasi bersama kepincangan ekonomi, sosial dan politik. Golongan ini ingin menggantikan sistem autokrasi dengan sistem demokrasi berperlembagaan yang membuka peluang pentadbiran kepada orang Siam yang berkelayakan. Revolusi ini amat istemewa kerana ia tidak menumpahkan darah dan berlaku secara aman. Revolusi ini berlaku pada 24 Jun 1932 di bawah pimpinan Pridi Panomyong, Pya Manopakorn dan Pya Bahol.
- Semenjak Dinasti Manchu memerintah China pada 1644, orang-orang Cina dari puak Han tidak mahu tunduk
dengan Manchu yang dianggap sebagai orang asing. Banyak percubaan untuk menggulingkannya tetapi gagal. Namun kegagalan itu tidak melemahkan mereka dan terus bergerak melalui pertubuhan sulit seperti Triad Society, White Lotus Society. Kelemahan Kerajaan Manchu telah menyebabkan Revolusi ini meletus pada tahun 1911 walau bagaimanapun terdapat faktor-faktor lain yang turut sama menyebabkan revolusi
FAKTOR-FAKTOR REVOLUSI SIAM 1932
a) Pemerintahan Vajiravudh
- Vajiravudh menaiki tahta dengan gelaran Rama VI pada tahun 1910. Baginda berusaha mengukuhkan kuasa autokrasinya yang mutlak. Baginda seorang yang boros, rasuah, pilih kasih dan tidak cekap dalam menjalankan pemerintahan.
- Baginda juga banyal memberi tumpuan kepada kesenian. Baginda banyak membazirkan wang dengan menggunakannya untuk perbelanjaan yang tidak sepatutnya seperti membuat majlis keramaian dan membesarkan istana.
- Selain itu beliau juga membentuk Pasukan Harimau Liar iaitu askar peribadi yang diberi banyak keistemewaan seperti kemudahan-kemudahan kelab, dewan latihan dan pakaian lengkap. Keistemewaan ini menimbulkan perasaan cemburudan telah menimbulkan penentangan golongan tentera.
- Baginda juga menentang keras ide demokrasi walaupun mendapat pendidikan barat. Baginda jarang mengadakan mseyuarat kabinet, malah perjumpaan baginda dengan menteri dijalankan secara perseorangan bukan secara berkumpulan.
- Kabinet Istana tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Baginda cuba mengurangkan pengaruh keluarga diraja dan fungsi kabinet dengan melantik sahabatnya tanpa mengiara kelayakan. Lapan dari 12 kementerian telah dikuasai oleh kelas Khun Nang (Kelas Orang Awam). Perlantikan ini dijalankan berdasarkan sikap pilih kasih dan keadaan ini mengakibatkan ketidak cekapan pentadbiran dan rasuah.
- Pada tahun 1917, Raja Vajiravud memihak kuasa Berikat. Pada tahun 1918 baginda telah menghantar seramai 1 200 tentera Siam yang terdiri daripada pasukan pengangkutan, unit juruterbang dan unit pembaikan kapal ke Perancis.
- Baginda berharap melalui dasar pro Berikat, Siam akan dapat menamatkan hak wilayah asingan yang dinikmati oleh kuasa Eropah dan syarat-syarat perjanjian yang berat sebelah. Dasar ini telah mengukuhkan kedudukan Siam di Persidangan Keamanan Paris dan Liga bangsa-Bangsa. Siam memperolehi semula autonominya pada 1939.
- Namun dasar ini telah ditentang hebat oleh para pegawai tentera Siam yang kebanyakkannya menerima pendidikan dan latihan dar Jerman. Pada tahun 1910-an perasaan anti Perancis dan British berterusan. Beberapa percubaan membunuh baginda cuba dilakukan pada tahun 1912 dan 1917, dua percubaan ini dibuat oleh golongan tentera tetapi gagal.
b) Kemunculan gol. Intelek berpendidikan barat
- Ramai pelajar dihantar ke luar negeri semasa pemerintahan Mongkut dan Chulalongkorn. Di luar negara pelajar-pelajar ini telah mendapat pendedahan ide-ide politik baru seperti sosialisme,demokrasi dan liberalisme. Setelah tamat belajar mereka kembali ke Siam dengan ide-ide baru. Pendidikan moden telah mendedahkan mereka kepada segala kepincangan sistem autokrasi.
- Mereka terkejut kerana Siam masih dibelenggu oleh sistem pemerintahan beraja yang dianggap sudah ketinggalan zaman dan ingin membawa pembaharuan dalam pentadbiran.
- Di samping itu mereka juga merasa terhina apabila mengetahui Siam masih dikenakan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah yang terpaksa ditanda tangani oleh Mongkut dan Chulalongkorn dahulu. Pembentukan kerajaan Republik China yang telah menamatkan kerajaan autokrasi Manchu dan perjuangan Kongres Kebangsaan India mengilhamkan dan menguatkan lagi nasionalisme mereka tentang mustahaknya untuk membebaskan Siam. Golongan ini terdiri dari lebih kurang 70 orang pelajar termasuk Pridi Panomyong, Pya Manopakorn dan Pya Bahol. Pridi telah memainkan peranan yang utama dalam menyatupadukan golongan revolusioner.

c) Pemerintahan Pradjahipok
- Pada tahun 1925, Vajiravudh mangkat dan digantikan oleh Pradjahipok, anak bongsu Chulalongkorn. Raja Pradjahipok menghidupkan semula fungsi kabinet dan sentiasa berunding dengan Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh lima orang putera dalam menjalankan pemerintahannya.
- Pada 1927 baginda telah menubuhkan Majlis Penasihat untuk menasihatinya dalam pentadbiran. Walau bagaimanapun kerana pengaruh kaum kerabatnya beliau tidak berniat untuk menubuhkan satu kerajaan demokratik. Keadaan ini menyebabkan beliau ditentang oleh golongan terpelajar.
- Semasa pemerintahan baginda telah berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan Siam turut merai bahang tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut baginda banyak melakukan perubahan-perubahan yang drastik seperti memecat ramai pegawai pentadbiran ,memotong gaji pegawai awam dan tentera, menyekat peluang kenaikan pangkat dan gaji, membubarkan Pasukan Harimau Liar dan mengurangkan bilangan pekerja istana dari 3000 kepada 300 orang.
- Walaupun langkah penjimatan telah dilakukan ekonomi Siam terus merosot. Pada tahun 1931 Siam mengalami kekurangan belanjawan sebanyak 11 juta tikal. Bagi mengatasi masalah ekonomi, sekali lagi baginda telah memecat pegawai-pegawai awam dan tentera yang berlebihan, menyekat dan membeku peluang kenaikan pangkat, memotong gaji pegawai awam dan tentera serta mengenakan cukai baru ke atas gaji selain dari cukai pendapatan.
- Langkah-langkah penjimatan ini telah mewujudkan satu golongan terpelajar yang menganggur. Di samping itu cukai ke atas gaji membebankan mereka yang sebelumnya mengalami pemotongan gaji dan pembekuan kenaikan pangkat. Golongan menganggur merasa marah dan yang masih berkhidmat tidak puas hati dengan tindakan baginda.
- Baginda juga mengutamakan kaum kerabat dalam pentadbiran dan mengenepikan golongan pelajar yang layak. Baginda memecat kelas Khun Nang dari memegang jawatan tinggi dan ini menyebabkan lapan dari dua belas kementerian dalam kerajaannya dikuasai oleh pihak istana.
- Perubahan ini menyebabkan kelas Khun Nang bersungut kerana tidak mempunyai cukup perwakilan dalam kerajaan. Kemarahan kelas ini semakin meningkat pabila mengetahui golongan istana Siam saling lindung melindungi dari dijatuhi hukuman tidak seperti pegawai dari kelas biasa yang terikat pada undang-undang.
- Di samping itu pentadbiran dijalankan secara sulit dan tidak diketahui oleh orang ramai. Semua amalan ini dianggap oleh golongan Khun Nang sebagai satu kepincangan yang hanya wujud dalam sistem autokrasi atau monarki mutlak dan ia patut ditamatkan. Kelemahan-kelemahan Pradjahipok menyebabkan ramai tidak berpuas hati terutama golongan tentera dan golongan berpendidikan barat.
d) Krisis politik
- Pada Oktober 1931 telah berlaku berlaku krisis politik antara dua menteri iaitu Menteri Perang iaitu Putera Bovaradej dengan Menteri Perdagangan, Putera Purachatra mengenai masalah ekonomi. Menteri perang menuntut perbelanjaan yang lebih untuk golongan tentera dan mempersoalkan pemotongan belanjawan. Krisis ini menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada Kerabat Diraja
REVOLUSI 1911 DI CHINA
a) Pemerintahan Manchu yang lemah
- Sepanjang kurun ke-19 dan awal abad ke-20 Manchu lemah dalam melaksanakan mandatnya. Kuasa Manchu merosot kerana korupsi,rasuah dan penyelewengan. Ia juga gagal membaiki taraf hidup rakyat serta mengenakan cukai yang tinggi. Dari segi pentadbiran urusan kewangan tidak dijalankan dengan berekesan. Contohnya pada 1890, mengikut catatan, kerajaan Peking seharusnya menerima hasil pendapatan dari wilayah-wilayah tetapi mereka hanya memperolehi sebahagian kecil sahaja. Rasuah semakin berleluasa.
- Pegawai-pegawai mengenakan cukai tiga kali ganda lebih tinggi daripada cukai yang ditetapkan oleh kerajaan. Li Hung Chang sendiri mengumpul hartanya sebanyak 40 juta tael. Pada tahun 1809 pula sebuah Mahkamah daerah telah melenyapkan lebih kurang 30 000 tael wang yang sepatutnya digunakan membantu mangsa kebuluran.
- Amalan rasuah juga berlaku dalam Suruhanjaya Kewangan Chihli, Jabatan Yellow River Conservancy dan Grand Canal Adiministration. Bantuan kewangan yang diperuntukkan untuk memperbaiki beban kewangan mangsa malapetaka dan membaiki jambatan, empangan dan tali air telah digunakan oleh pegawai Manchu sendiri.
- Kekalahan tentera Manchu dalam perang juga menunjukkan kelemahan Manchu yang amat ketara sehingga terpaksa menanda tangani perjanjian dengan kuasa asing serta merugikan China.
b) Peranan Golongan Pelajar
- Pada kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 kerajaan Manchu telah menghantar ramai pelajar ke
luar negeri. Pelajar-pelajar ini dihantar belajar ke luar negara seperti Amerika dan Eropah dan mempunyai pengetahuan tentang demokrasi,kebebasan,hak asasi manusia dan kemajuan negara-negara barat.
- Mereka menjadi lebih peka dan sedar tentang nasib China. Di samping itu Revolusi Perusahaan,
Revolusi Perancis dan Britain, kemajuan-kemajuan Pemodenan Meiji dan Rusia telah mendorong mereka untuk menyertai revolusi dan membaiki keadaan negara. Mereka telah menyebarkan idea-idea revolusi melalui akhbar-akhbar seperti Kuo

Ming Pao, China Kurun Ke-20 di luar negara. Pelajar-pelajar yang telah balik pula telah menerbitkan surat khabar Su Pao (Kiangsu Tribune).
- Mereka berpendapat kegagalan gerakan pembaharuan yang dibuat di China menunjukkan tidak
ada keberkesanan pembaharuan yang dilaksanakan secara sederhana. Oleh itu China hanya boleh diselamatkan melalui satu revolusi yang radikal.
c) Peranan Dr. Sun Yat Sen
- Bagi Dr Sun Yat Sen institusi monarki China bertanggung jawab menyebabkan kemerostan dan
hura -hura yang berlaku di China. Ia juga mengatakan pemerintahan beraja sudah ketinggalan dan mesti digantikan dengan pengasasan sebuah kerajaan republik melalui revolusi iaitu:
a) Revolusi Kebangsaan untuk menggulingkan kerajaan Manchu dan menghapuskan penjajahan asing di China
b) Revolusi Demokratik untuk menubuhkan sebuah republik yang memberikan 4 jenis hak
kepada rakyat iaitu inisiatif, referendum, pilihanraya dan penarikan sokongan terhadap kerajaan yang tidak memenuhi hasrat rakyat
c) Revolusi Sosial untuk menyamakan hak-hak tanah, memastikan pembahagian kekayaan
nasional yang adil serta mencegah penyelewengan.
- Beliau telah menubuhkan Tung Meng Hui dan menubuhkan juga cawangannya di Jepun, Singapura, Tanah Melayu,Honolulu, Brussels dan San Francisco untuk melancarkan pergerakannya. Pergerakan ini berdasarkan Tiga Prinsip Rakyat iaitu demokrasi: ia mesti diamalkan oleh rakyat dan untuk rakyat.
- Kuasa politik tertinggi terletak pada rakyat. Sosialisme : Pemilikan tanah dan pembahagian kekayaan negara secara adil mesti diusahakan supaya segala penyelewengan kapitalisme dapat dihapuskan. Sementara liberalisme pula: Rakyat mesti mengikis semangat kedaerahan dan digantikan dengan semangat kebangsaan. Tung Meng Hui bergerak sebagai sebuah organisasi pusat dan merupakan sebuah parti politik kebangsaan. Ramai yang terpengaruh dengan ajarannya.
d) Tindakan kuasa asing
- Pencerobohan kuasa asing telah menjatuhkan Manchu. Akibat dari kekalahan China terpaksa
menanda datangi perjanjian-perjanjian yang berat sebelah terutama selepas Protokol Boxer. China terpaksa membayar ganti rugi. China terpaksa membayar 200 juta tael kepada Jepun selepas Perang China-Jepun dan tambahan 30 juta tael sebagai ganjaran mengugurkan haknya ke atas Semenanjung Liaotung. China juga terpaksa membayar sebanyak 450 juta tael kepada kuasa-kuasa barat selepas pembenrontakan Boxer.
- Ini menambah burukkan ekonomi China yang memang merosot. Untuk membayar ganti rugi
China terpaksa meminjam dari kuasa-kuasa asing contohnya 400 juta franc dari Russia dan Perancis. Rakyat terpaksa menanggung beban cukai akibat langkah-langkah kerajaan meningkatkan hasilnya. Apa yang lebih merugikan China ialah setengah-setengah kuasa asing menggunakan pemberian pinjaman sebagai tekanan untuk membolehkan mereka memajak kawasan-kawasan China. Rusia misalnya secara paksa memajak Semenanjung Liaotung dari kerajaan Manchu.
e) Masalah Sosial
- Penduduk bertambah dan tidak seimbang dengan makanan. Pada tahun 1885 penduduk China
berjumlah 377 juta orang tetapi pada tahun 1911 jumlah itu meningkat menjadi 430 juta. Keadaan
diburukkan lagi dengan bencana alam yang sering berlaku contohnya kemarau dan banjir. Di antara tahun 1882 hingga 1898 banjir telah berlaku di Shantung mengakibatkan kira-kira 100 buah kampung dibanjiri. Pada tahun 1900 sebanyak tiga buah wilayah mengalami musim kemarau dan tujuh buah diserang belalang.
- Pada tahun 1910 dan 1911 banjir dan kemarau telah berlaku di wilayah-wilayah Anhui, Kiangsu,
Shantung, Chekiang dan Hupei. Banyak kebuluran berlaku. Dalam tahun 1910 dan 1911 kebuluran paling dahsyat semenjak 40 tahun yang lepas telah berlaku dan mengakibatkan seramai 3 juta orang menjadi mangsa. Rakyat semakin tertekan apabila kerajaan mengenakan cukai yang tinggi semata-mata untuk membiayai jalan keretapi dan gantirugi perang.
- Masalah pengangguran menjadi semakin buruk apabila pengangkutan moden diperkenalkan
Seperti keretapi dan kapal wap telah menyebabkan mereka yang bergantung kepada system pengangkutan tradisonal di pelabuhan dan di Grand Canal menganggur.
- Kemasukan barang-barang asing yang membanjiri pasaran China mengakibatkan perusahaan
tempatan muflis. Kaum tani yang tidak sanggup membayar hutang terpaksa menggadaikan tanah mereka kepada orang-orang kaya. Ini menyebabkan ramai petani terusir dari tanahnya pada akhir kurun ke-19.
f) Pengaruh Gerakan-Gerakan Pembaharuan
- Sejak tahun 1860 hingga akhir kurun ke-19, China telah melakukan beberapa siri pembaharuan
untuk menguatkan dan memajukan negeri China. Seperti Gerakan Menguatkan Diri dan Pembaharuan Seratus Hari. Penyebaran idea-idea pembaharuan oleh reformis-reformis seperti Ho Kai, Wang Tao dan Kang Yu Wei telah meninggalkan kesan di kalangan masyarakat China.

- Sungguhpun gerakan tersebut gagal kesannya telah menyedarkan rakyat China tentang perlunya
suatu pembaharuan yang bercorak revolusi untuk menyelamatkan China dan telah merintis jalan ke arah meletusnya Revolusi 1911.
g) Pemilik Negara Jalan Keretapi
- Pada tahun 1911 kerajaan Manchu ingin menjadikan landasan keretapi Canton-Hankow dan
Hankow-Szechwan sebagai milik negara. Untuk menjayakan program ini kerajaan telah meminjam wang darri Britain, Perancis dan Amerika Syarikat sebanyak 6 juta paun. Orang tempatan di wilayah-wilayah yang terlibat menyedari kesan buruk yang akan menimpa mereka.
- Landasan keretapi Manchuria yang dibina dengan pinjaman wang dari Rusia sebenarnya dikuasai oleh Rusia kerana Rusia telah menempatkan tenteranya di sepanjang landasan itu dengan alasan melindungi keselamatan penumpang-penumpang dan kelancaran perkhidmatan keretapi. Setelah Rusia kalah dalam perang Rusia-Jepun, ia telah memindahkan milik ke atas lanmdasan keretapi di kawasan Manchuria selatan kepada Jepun.
- Keadaan ini menyedarkan orang China, jika pinjaman asing diambil untuk membina landasan
keretapi tersebut negeri China akhirnya akan kehilangan hak ke atas system pengangkutan dan kedaulatan politik di tanah sendiri. Di samping itu kerajaan wilayah terpaksa menanggung beban hutang itu. Apabila kerajaan berkeras meneruskan rancangan, satu rusuhan telah berlaku. Pada Ogos 1911 perjumpaan besar diadakan di Chnegtu dan kerajaan bertindak menghalang serta mengakibatkan 32 terbunuh. Pada 9 Oktober 1911 satu letupan berlaku di kawasan pajakan Rusia di Ghankow. Peristiwa ini merupakan factor yang mempercepatkan revolusi.
Kesimpulan
Revolusi ini telah menamatkan pemerintahan mutlak raja dan telah menjatuhkan Manchu. Republik
China ditubuhkan. Pada 12 Februari 1912 Maharaja Hsuan Tung (Pu I) telah turun tahta dan pada 10 Mac 1912 Yuan Shih Kai menjadi presiden kerajaan sementara.

SOALAN 11 PERCUBAAN K2 PAHANG 2012

11. JELASKAN PERJUANGAN KUOMINTANG DI CHINA DAN KONGRES KEBANGSAAN INDIA DALAM PERGERAKAN NASIONALISME DI KEDUA-DUA NEGARA.
A: PENGENALAN
- Kongres Kebangsaan India(KKI) telah ditubuhkan oleh golongan terpelajar pada tahun 1855. Melalui KKI
golongan nasionalis berusaha mendesak pentadbiran British supaya memperbaiki taraf hidup rakyat India. Kongres ditubuhkan oleh Surendra Nath Banerjee
- Beliau adalah seorang bekas kakitangan awam yang disingkirkan. Bertitik tolak dari peristiwa ini beliau mula
beralih arah dengan memberi tumpuan pada perkembangan politik India. Kuomintang pula ditubuhkan di China pada Ogos 1912. KMT menjalankan kegiatan mereka berpusat di Bandar Canton di bawah pimpinan Sung Chiao-jen.
- KMT adalah gabungan Tung Meng Hui dengan pertubuhan-pertubuhan kecil yang lain. Tujuan penubuhannya
ialah untuk menghadapai pilihanraya pertama republik pada Disember 1912.
B: KONGRES KEBANGSAAN INDIA
- Kongres Kebansaan India merupakan cetusan ilham daripada Allan Octavian Hume bersama 50 orang mahasiswa
Universiti Calcutta. Tujuan asal penubuhannya adalah untuk membawa perubahan dalam aspek politik,sosial dan pemikiran masyarakat India. Pemimpin KKI melihat bahawa kemunduran rakyat India berpunca dari pemikiran yang masih kolot. Walau bagamanpun pada peringkat awal pergerakan kongres bersifat pro Inggeris. Ahli-ahlinya menanamkan perasaan taat setia tidak berbelah bagi terhadap pemerintahan Inggeris. Dasar KKI bercorak sederhana lebih memberi tumpuan kepada idea-idea pembaharuan untuk membangunkan India. Sebaliknya hasrat untuk mendapatkan kemerdekaan menjadi persoalan kedua.
- Satu persidangan rasmi pada 30 Disember 1855. Persidangan ini telah dihadiri oleh 74 orang perwakilan.
Pertemuan tersebut telah memutuskan beberapa perkara penting yang menjadi asas perjuangan nasionalisme India kemudiannya. Kongres menuntut supaya rakyat India diberi peluang untuk menganggotai Majlis Pusat dan Majlis Peundangan. Keadaan ini berlaku kerana Inggeris telah memonopoli keanggotaan majlis-majlis India, menyebabkan rakyat India tidak mempunyai saluran untuk mengemukakan pendapat. Selain itu Kongres juga menuntut supaya taraf pendidikan rakyat diberikan perhatian oleh British. KKI juga menuntut supaya jawatan penting dalam kerajaan diberikan kepada rakyat India yang berkelayakan. Keadaan ini berlaku kerana terlalu kakitangan awam daripada kalangan rakyat India. KKI juga mendesak British mengurangkan perbelanjaan ketenteraan kerana terlalu banyak wang digunakan dalam hal ehwal pertahanan.
- Kerajaan British telah bersetuju memenuhi semua tuntutan KKI. Ini terbukti dengan keanggotaan orang India
dalam Majlis Perundangan pada tahun 1891. Ini bererti rakyat India berpeluang untuk memberi pendapat dan berbincang tentang hal ehwal pemerintahan negara seperti belanjawan dan dasar-dasar negara serta kebajikan rakyat India. KKI terus mendesak pemerintah supaya melaksanakan semua tuntutannya. Akibat desakan KKI British melalui Wizurai Lord Curzon telah membuat beberapa pembaharuan penting seperti mengurangkan cukai petani dan memanjangkan tempoh pembayaran hutang untuk petani yang mengalami masalah kewangan. Selain itu sector pertanian juga diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. British telah menubuhkan Jabatan Pertanian dan memperbaiki Sistem pengairan. Contohnya kawasan pertanian yang mempunyai kemudahan pengairan meliputi 6.5 juta ekar, khusunya di wilayah Pusa. Aspek pertahanan turut diperkukuhkan. Contohnya penempatan pasukan tentera di bahagian barat laut India. Perkhidmatan pengangkutan telah dimajukan dengan pembinaan kira-kira 8000 km jalan keretapi.
- Bagaimanapun sikap kerjasama dan persahabatan KKI dengan Inggeris mulai berubah ekoran wujudnya kenyataan yang tidak menyenangkan oleh Wizurai Lord Dufferin. Secara peribadinya beliau menanggap KKI sebagai satu minoriti sekecil hama yang tidak berkemampuan untuk menuntut kemerdekaan serta mewakili negara keseluruhannya. Pandangan ini telah merenggangkan hubungan antara Inggeris dan KKI. KKI telah pergi ke England dan mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di India. Pemimpin Parti Buruh, Charles Bradlaugh telah menginisiatifkan satu rang undang-undang pembaharuan. Hasilnya parlimen Britain telah meluluskan Akta Majlis-Majlis India pada tahun 1892 bagi menguatkuasakan prinsip perwakilan. Menurut akta tersebut, bilangan ahli Majlis Perundangan Imperial dan Wilayah akan ditambah di samping diberikan kuasa kepada ahli-ahli Majlis Wizurai membincangkan isu berkaitan soal kewangan. Selain itu mereka berkuasa menyoal kerajaan berkaitan kepentingan rakyat tertakluk kepada bidang kuasa yang diberikan.
- Walau bagaimanapun Akta Majlis-Majlis India tidak dapat memenuhi impian nasionalis India. Sehubungan itu mereka mula mengatur strategi untuk bergerak lebih agresif akibat tuntutan untuk mengadakan perubahan terhadap perlembagaan ditolak dengan alasan India belum bersedia menerima perubahan. Ahli KKI terpecah kepada dua iaitu aliran sederhana dan radikal apabila terdapat golongan radikal yang ingin bertindak tegas terhadap Inggeris. Kemarahan golongan radikal terhadap golongan sederhana semakin nyata apabila kumpulan sederhana mengamalkan sikap terbuka tanpa mengambil tindakan terutama berkaitan dengan pembahagian Benggala. Kumpulan ini juga menentang ketetapan kumpulan radikal yang mahukan pemerintahan sendiri dari Inggeris. Pengenalan Montagu Chelmsford memburukan lagi

keadaan apbila golongan sederhana menyokong cara Inggeris yang memberi peluang orang India untuk memerintah negara sendiri, tetapi golongan radikal menolak kerana ia tidak merangkumi kehendak seluruh rakyat India. Pemimpin golongan radikal B.G Tilak telah mengasaskan satu program menentang pembukaan kedai-kedai arak kerajaan dan British telah menahannya dan dijatuhi hukuman buang negeri ke Myanmar. Peristiwa ini menjadi tamparan kepada golongan radikal dan menyebabkan golongan sederhana mengambilalih kuasa dalam KKI.
- Bagi menyatukan rakyat India Muhamad Ali Jinnah telah bertindak mewujudkan perpaduan Hindu-Islam dengan menganjurkan mesyuarat tahunan bersama antara KKI dan Liga Islam di Lucknow pada 1916 yang membawa terbentuknya Pakatan Lucknow. Buat pertama kalinya KKI mula menunjukkan perubahan dasar ke arah pembentukan sebuah negara yang bersatu padu. Malangnya pakatan ini tidak kekal lama. Perpecahan antara keduanya tercetus selepas pilihanraya 1937. KKI menang besar dan memegang tampuk kekuasaan. Krisis berlaku apabila Muhamad Ali Jinnah tidak menerima pandangan kongres yang meminta Liga Islam bergabung dengannya sebagai satu pertubuhan. Jinnah berpendapat cadangan tersebut akan menyebabkan kepentingan minoriti Islam akan terjejas.
- Pada masa yang sama KKI nmengemukakan bantahan terhadap tindakan Inggeris melibatkan orang India dalam Perang Dunia Kedua dan KKI sebagai tanda bantahan mengesa Inggeris mengisytiharkan kemerdekaan India. Inggeris berdegil dan memaksa kementerian KKI di peringkat wilayah meletakkan jawatan Tindakan KKI memberi peluang kepada Jinnah untuk menguasai politik India dengan mengisytiharkan hari tersebut Hari Pembebasan bagi orang-orang Islam. Seterusnya Teori Negara Jinnah telah memusnahkan segala impian untuk menyatukan rakyat India. Jinnah meminta supaya Pakistan diberikan kepada orang Islam.
- KKI dalam usaha ke arah berkerajaan sendiri telah menang dalam pilihanraya 1946 di mana mencapai
kemenangan majoriti dalam pilihan raya Dewan Perhimpunan. Kerajaan Sementara telah dibentuk dan ia ditentang oleh
Liga Islam kerana tidak setuju dengan pembahagian kerusi. Tercetus rusuhan perkauman. Kerajaan British akhirnya bersetuju untuk berundur dan perpisahan antara India dan Pakistan dilihat sebagai jalan terbaik.Kongres pada mulanya menentang keras isu pemisahan akhirnya menerima hasrat tersebut atas pertimbangan politik. Dengan itu India mencapai kemerdekaan pada 15 Ogos 1947 dan dua dominan baru India dan Pakistan ditubuhkan.
PARTI KUOMINTANG DI CHINA
- Kuomintang(KMT) adalah lanjutan daripada pertubuhan Tung Meng Hui yang dibentuk oleh Dr Sun Yat Sen pada tahun 1905 di Jepun. KMT ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Sung Chio-jen untuk menghadapi pilihanraya pertama republik pada bulan Disember 1912. Tujuan sebenar KMT ialah untuk menghapuskan imperialisme asing,menamatkan warlordisme dan mewujudkan demokrasi berparlimen. KMT tidak wujud sebagai sebuah parti yang kuat kerana ia gagal mendapat sokongan menyeluruh daripada rakyat China. Faktor ini disebabkan pemimpin KMT dimonopoli oleh tokoh-tokoh daripada selatan China. Selain itu Tiga Prinsip Rakyat Dr Sun Yat Sen tidak tersebar luas kerana propaganda parti lemah. KMT juga tidak mempunyai tentera yang lengkap dan kuat seperti yang dipunyai oleh warlord terutama Yuan Shih Kai. Akhir sekali KMT tidak mendapat pengiktirafan dan bantuan daripada kuasa-kuasa barat di China. Pihak barat lebih cenderung mengiktiraf kerajaan yang berkuasa di Peking sebagai kerajaan yang sah bagi negara China.
- Walau bagaimanapun dalam pilihan raya 1912 KMT mendapat majoriti dalam Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen) tetapi KMT telah berselisih faham dengan Yuan Shih Kai berkenaan dengan isu pinjaman wang asing kerana KMT ingin mengelak beban hutang yang semakin berat menimpa negara China sejak Perjanjian Nangking 1842. Dr Sun telah menuntut Yuan meletak jawatan selepas beliau meluluskan pinjaman itu tanpa kebenaran Perhimpunan Kebangsaan. Keadaan semakin buruk apabila Yuan menyingkir gabenor-gabenor wilayah KMT di selatan seperti Kiangsi dan Kwangtung. Keadaan ini memaksa KMT melancarkan Revolusi Kedua pada tahun 1913 tetapi gagal dan KMT berundur ke Canton sementara Dr Sun melarikan diri ke Jepun. KMT telah diharamkan oleh Yuan kesemua 430 ahli dalam Perhimpunan Kebangsaan disinkirkan. Pengaruh KMT hanya dapat dipulihkan selepas Yuan mati pada 1916.
- Di Canton KMT berjaya membentuk sebuah kerajaan berparlimen dengan Dr Sun sebagai ketua kerajaan. Namun beliau gagal menguatkan KMT untuk menguasai semuala seluruh kerajaan China kerana kuasanya sering dihalang oleh pemimpin KMT di peringkat wilayah yang tidak memahami prinsip KMT dan menyebabkan beliau dipecat pada Mei 1918 dan lari ke Shanghai. Selain itu KMT juga tidak mempunyai kekuatan tentera sedangkan warlord anti KMT dan telah menubuhkan pentadbiran di wilayah masing-masing. Keadaan makin buruk apabila permintaan bantuan dari kuasa-kuasa asing untuk menguatkan KMT tidak mendapat perhatian. Keadaan ini mengecewakan Dr Sun dan para intelek yang lain dan dalam kekecewaan ini Dr Sun mendapat suatu harapan dalam perkembangan ideologi komunis dan tawaran persahabatan

Rusia. KMT telah meminta bantuan Rusia. Pada tahun 1919 Rusia memansuhkan hak istimewa dan juga berjanji akan menguatkan KMT serta membantu Dr Sun menguasai semula seluruh negeri China. Atas sebab itu satu perjanjian telah ditanda tangani antara Dr Sun dengan komunis yang diwakili oleh Adolph Joffe pada tahun 1923 di Shanghai. Gabungan ini dikenal sebagai Barisan Bersatu KMT-PKC.
- Untuk menyusun semula organisasi parti Michael Borodin telah dihantar oleh Rusia sementara Major Galen ditugaskan untuk melatih tentera KMT berdasarkan model tentera Rusia. Dr Sun pula menghantar Jeneral Muda Chiang Kai Shek ke Rusia untuk mempelajari aspek-aspek ketenteraan, disiplin dan doktrin Parti Komunis Rusia. Hasilnya Rusia membantu Dr Sun menubuhkan Akademi Tentera Whampoa. Di bawah penyusunan baru KMT menjadi parti yang berwibawa dan autoritarian. Komintern mempunyai niat lain dalam memberi bantuan kepada KMT iaitu sebenarnya ia ingin menguasai China dengan kerjasama KMT kerana PKC masih terlalu muda(ditubuhkan pada 1921). Walau bagaimanapun dengan kekuatan PKC menjadikan wujud dua kumpulan dalam KMT iaitu kumpulan yang pro komunis atau sayap kiri dan satu kumpulan bukan sayap kiri. Dalam Kongres Kebangsaan Kedua pada tahun 1926 ahli-ahli komunis dalam KMT telah berjaya memegang beberapa jawatan penting selain tujuh orang daripada komunis dipilih sebagai Jawatankuasa Pusat Parti, Biro Uruseria dan Biro Organisasi Parti.
- Kerjasama ini tidak berpanjangan selepas kematian Dr Sun pada 12 Mac 1925. Chiang Kai Shek telah mengambil alih kepimpinan KMT dan melihat tentang bahaya komunis dalam KMT. Pada thun 1926 beliau telah melancarkan EKSPEDISI UTARA untuk menentang para hulubalang dan menyatukan negara China dan ia berjaya kerana komunis masih bekerjasama dengannya. Kemudian ia telah bertindak mengusir komunis dari KMT dengan mengambil tindakan ke atas komunis dan melakukan pembunuhan ke atas komunis di Shanghai,Wuhan dan Hankow. Selain itu ia juga menangkap komunis di Canton dan memcat mereka dari jawatan Barisan Bersatu. Perpecahan secara terbuka berlaku pada Julai 1927 apabila Chiang Kai Shek menyingkirkan PKC daripada Barisan Bersatu. Beliau telah menubuhkan kerajaan Kebangsaan China di Nangking pada 1928 apabila berjaya menawan Nangking dalam kempen tentera ke utara.
- KMT diancam oleh PKC di bawah Mao Tze-tung,para hulubalang dan negara Jepun. Bagaimanapun Chiang Kai Shek telah melancarkan serangan demi serangan ke atas PKC , akhirnya berjaya memaksa komunis berundur dari Kiangsi dan menuju ke kawasan tenggara. Walau bagaimanapun Barisan Bersatu wujud semula pada masa jepun menyerang China pada 1937. Apabila Jepun menyerang China hanya KMT yang menentang secara terbuka oleh itu pakatan untuk menentang Jepun dibubarkan. Selepas perang tamat,perang saudara telah meletus antara KMT-PKC dan PKC berjaya mengalahkan KMT. Chiang Kai Shek terpaksa berundur ke Taiwan dan mereka menubuhkan kerajaan Republik Nasionalis China.
KESIMPULAN
Kedua-dua parti KMT dan KKI banyak menghadapi rintangan dalam usha mereka berjuang bagi kepentingan seluruh rakyat di negara masing-masing. KMT terpaksa berbaik-baik dengan PKC yang akhirnya membawa kepada kecundangnya KMT ditangan PKC hingga pemimpinnya terpaksa melarikan diri dan PKC mengambil alih kuasa. Sementara KKI pula terpaksa menghadapi masalah dengan Liga Islam yang memperjuangkan negara Islam melalui Teori Dua Negara Jinnah. Akhirnya India dan Pakistan berpecah. Pakistan dimiliki oleh orang Islam.

SOALAN 10 PERCUBAAN K2 PAHANG 2012

10. Bincangkan kesan-kesan social akibat pentadbiran barat di Indonesia dan Myanmar(Burma)

PENGENALAN
Pentadbiran Barat iaiatu British di Burma dan Belanda di Indonesia telah membawa beberapa perubahan bukan sahaja dalam bidang pentadbiran dan ekonomi tetapi juga dalam bidang social. Antara perubahan yang ketara ialah perubahan dalam cara hidup masyarakat tempatan, kesihatan dan pendidikan
KESAN-KESAN SOSIAL DI BURMA
Kehilangan hak tanah
- Perkembangan ekonomi Burma yang pesat juga turut mendatangkan kesan negatif. Masalah pemindahan pemilikan tanah menyebabkan kaum tani menjadi miskin. Keadaan ini berlaku kerana, untuk memajukan penanaman padi, kaum tani yang kekurangan modal meminjam wang dari ceti-ceti dengan kadar bunga yang tinggi.
- Mereka terpaksa menyerahkan hak pegangan tanah mereka sebagai cagaran. Kebiasaannnya tanah mereka tergadai dan menjadi milik golongan ceti jika mereka tidak dapat membayar hutang. Kesannya kaum tani menjadi penyewa tanah atau pekerja di tanah sendiri.
- Mereka tidak mampu menggunakan kaedah penanaman moden bagi meningkatkan hasil tanaman dan tanah menjadi kurang subur, mereka semakin miskin. Pada tahun 1930, 50% tanah pertanian di Burma dimiliki oleh golongan ceti. Di antara tahun 1915-1930 lebih kurang 1 300 000 ekar tanah delta terlepas kepada golongan ceti kerana petani-petani tidak mampu membayar hutang yang berjumlah 40juta dolar.
Pendidikan
- Kerajaan British berusaha mengatasi masalah pelajaran tempatan. British membentuk satu sistem pelajaran dengan berdasarkan sekolah rahib(monastic). Phayre membawa masuk banyak buku teks dan guru.
- Pada tahun 1866 Pengarah Jabatan Pelajaran Awam telah dilantik untuk menyelia rancangan sistem pelajaran ini. Selepas kematiannya rancangan ini tidak diteruskan. Kerajaan Inggeris kemudian cuba menggantikan sekolah-sekolah rahib dengan sekolah-sekolah moden.
- Tambahan pula permintaan terhadap Pendidikan Inggeris amat menggalakkan dan ia telah membawa perkembangan pesat sekolah-sekolah vernacular Inggeris.
- Pada tahun 1880an, sistem pelajaran keseluruhannya dikaji semula. Sunggupun terdapat sekolah-sekolah yan gdibiayai oleh kerajaan seperti Regional Government Anglo-Vernacular School yang diasaskan pada 1873, memang menjadi dasar Inggeris untuk membina sekolah-sekolah mubaligh.
- Pada tahun 1900 terdapat 16 buah sekolah menengah mubaligh dan 5 buah maktab perguruan. Pelajar-pelajar yang cemerlang dihantar mengikuti kursus matrikulasi di Universiti Calcutta.
- Kurun ke-20 menyaksikan satu kenaikan permintaan terhadap pendidikan Inggeris. Pendidikan di sekolah rahib merosot. Bahasa Inggeris semakin dipentingkan malah orang-orang Burma terpaksa mempelajari Bahasa Inggeris untuk menjadi pegawai kerajaan.
Kemerosotan Cara Hidup Tradisonal
- Penghapusan pemerintahan beraja juga mendatangkan kesan kepada agama Buddha yang kehilangan pelindungnya. British meletakkan golongan sami Buddha di bawah penguasaan dan pengawasan undang-undang dan polis. Mereka kehilangan taraf social yang tinggi sebelumnya.
- Selain itu adat resam dan kebudayaan Burma serta agama Buddha semakin merosot dan terjejas. Sangha Buddha berpecah, kebanyakan sami Buddha berkecimpung dalam politik untuk menyelamatkan nilai-nilai agama Buddha dan kebudayaannya. Mereka menubuhkan Persatuan Pemuda Buddha dan Sangha Samatgi untuk mempertahankan nilai-nilai agama Buddha.
- Pemerintahan dan pentadbiran Inggeris serta perkembangan ekonomi moden memerlukan tenaga kerja dan kakitangan pentadbiran yang berpendidikan Inggeris. Keadaan ini menyebabkan semakin ramai orang Burma menerima sistem Pendidikan Inggeris dan secara tidak langsung mengamalkan nilai-nilai social barat. Di samping itu ideologi-ideologi barat seperti liberalisme, domokrasi, sosialisme dan komunisme mula meresapi fikiran pelajar Burma.
Masyarakat berbilang Kaum
- Pemerintahan Inggeris dan pertumbuhan ekonomi di Burma menarik kemasukan ramai orang India. Pada awal tahun 1900 kira-kira 250 000 orang India masuk ke Burma setiap tahun. Angka ini meningkat setiap tahun sehingga menjadi 480 000 orang setahun pada 1927.
- Selain itu terdapat juga kemasukan orang Cina secara kecil-kecilan. Kebanyakan mereka menceburi bidang perniagaan dan perlombongan. Kewujudan kedua-dua kaum ini telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di Burma.

KESAN-KESAN SOSIAL DI INDONESIA
Pertambahan Penduduk Dan Rancangan Perpindahan
- Pertambahan penduduk Indonesia terutama di Pulau Jawa dan Madura meningkat dengan kadar yang tinggi. Antara tahun 1831 dan 1840 pertambahan penduduk ialah 3.5 juta. Berlakunya pertambahan ini adalah disebabkan oleh adanya perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, keadaan aman dan kemudahan perhubungan. Keseluruhan pertambahan penduduk pada zaman ini ialah dari 6 juta kepada 9.5 juta.
- Pada 1900 bilangan penduduk Jawa dan Madura berjumlah 28 300 000 tetapi pada tahun 1905, bertambah kepada 29 700 000 dan pada tahun 1920 terus meningkat kepada 34 400 000. Pertambahan penduduk yan gramai menyebabkan timbulnya masalah sosial seperti masalah tanah pertanian, penempatan dan makanan yang mencukupi.
- Bagi mengatasi masalah pendudukan Jawa yang terlalu ramai, dijalankan rancangan memindahkan orang-orang Jawa ke pulau-pulau luar terutama ke Sumatera. Dengan rancangan itu juga dapat menampung kekurangan tenaga kerja yang dihadapi di pulau-pulau luar. Tetapi rancangan perpindahan ke pulau-pulau luar itu hanya mendapat sambutan pada tahun-tahun 1930an.
KEMASUKAN ORANG CINA
- Perkembangan pertanian dan perusahaan, ia telah mempengaruhi berlakunya penghijrahan orang-orang asing seperti Cina ke Indonesia. Pada tahun 1900 jumlah penduduk Cina ialah 277 000 orang di Pulau Jawa dan 250 000 orang di pulau-pulau luar. Dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti kesihatan dan perhubungan menyebabkan kadar penambahan penduduk tempatan semakin tinggi.
- Menjelang 1900 sikap orang-orang Cina telah berubah dan semakin ramai orang Cina menetap di Indonesia terutama orang-orang Cina dari Canton. Mereka berjaya menjalankan pengaruh ekonomi dengan menguasai perniagaan runcit yang dikembangkan oleh Belanda. Pada tahun 1900 bilangan orang Cina di Jawa kira-kira 280 000 orang dan jumlah itu terus meningkat. Di Sumatera bilangan penduduk Cina berjumlah 260 000 pada tahun 1900 tetapi meningkat kepada 1 250 000 orang pada tahun 1920.
- Orang-orang Cina telah mendirikan sekolah, pertubuhan dan persatuan seperti Pergerakan Cina Muda. Selain orang Cina terdapat juga orang Jepun. Pemerintah Belanda telah memberi kebenaran kepada mereka tinggal di Indonesia sejak 1899. Pada tahun 1923 bilangan mereka kira-kira 4 200 orang. Dengan kemasukan orang-orang Cina muncul masyarakat majmuk di Indonesia.
- Pada tahun 1815 jumlah penduduk Indonesia kira-kira 6 juta orang tetapi menjelang awal ke-20 jumlah itu meningkat kira-kira 50 juta orang. Dalam masa yang sama penduduk Jawa dan Madura menunjukkan pertambahan daripada 4.5 juta orang kepada 40 juta orang. Pertambahan penduduk yang besar telah menimbulkan masalah makanan kerana pengeluaran beras tidak dapat menampung permintaan penduduknya.
Perubahan dalam sistem masyarakat tempatan
- Sistem ini memperkuatkan kedudukan golongan bangsawan dan ningrat kerana mereka telah dilantik menjadi pegawai-pegawai kerajaan. Mereka membantu Residen dan Penolong Residen mengawasi perlaksanaan sistem ini.
- Mereka diberi kuasa penuh dan ganjaran gaji yan glumayan. Walau bagaimanapun hubungan ketua kampung dengan penduduk kampung semakin renggang. Ia terjadi disebabkan ketua-ketua kampung telah menjadi orang upahan Belanda dan golongan atasan. Orang kampung hanya menghormati ketua-ketua yang mereka pilih, sebaliknya membenci ketua yan gdipilih oleh Belanda terutama ketua yang menyalah gunakan kuasa.
- Selain itu orang kampung juga telah meninggalkan pekerjaan tradisi iaitu meninggalkan kampung dan mencari pekerjaan seperti membina jalan raya, tali air dan sebagainya. Pekerjaan di sawah padi ditinggalkan kerana dianggap tidak menguntungkan.
Wujud masyarakat Indo Belanda
- Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Belanda juga telah menarik ramai orang Eropah terutama Belanda datang ke Indonesia. Menjelang pertengahan kurun ke-19, bilangan mereka yang ada di negeri itu melebihi 20 000 orang. Dari bilangan tersebut 50% terdiri dari golongan peranakan Indo Belanda.
- Perempuan-perempuan Indonesia yang bersuamikan lelaki Belanda dipanggil Nyai dan mereka bergaul sesama mereka sahaja. Dalam kehidupan seharian mereka mengikut kehidupan Belanda dan diterima oleh masyarakat Belanda. Dalam kedudukan masyarakat mereka tergolong sebagai golongan pertengahan dan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada orang-orang Indonesia sendiri.
- Kejayaan Dasar Liberal pada peringkat awal mendorong penghijrahan orang Belanda ke Indonesia. Kebanyakan dari mereka yang datang terdiri dari golongan peniaga, penguasaha persendirian dan profesional terutama selepas 1870. Sehingga tahun 1900 bilangan orang Belanda dan Eropah di Indonesia kira-kira 62 477 orang di Pulau Jawa dan 13 356 orang di pulau-pulau luar
- Usaha-usaha telah dibuat oleh Belanda untuk memajukan bidang pelajaran di Indonesia. Pada tahun 1882 pemerintah Belanda menyediakan peruntukan sebanyak 1.2 juta guilders untuk pelajaran. Ketika ini terdapat kira-kira 300

buah sekolah bumiputera di Pulau Jawa dan 400 buah di pulau-pulau luar. Jumlah pelajar dianggarkan seramai 40 000 orang.
- Selain sekolah-sekolah bumiputera terutama sekolah rendah, sekolah-sekolah Belanda juga didirikan tetapi hanya anak-anak golongan bangsawan yang dibenarkan memasuki sekolah Belanda. Bilangan pelajar bumiputera yang memasuki sekolah-sekolah Belanda telah bertambah. Pada tahun 1870 bilangan pelajar bumiputera yan gbelajar di sekolah Belanda hanya 266 orang tetapi pada tahun 1900 meningkat kepada 2 000 orang.
- Pada awal abad ke-20, pemerintah Belanda mengadakan peruntukan yan gbesar untuk membina lebih banyak sekolah di Indonesia. Menjelang 1900 Belanda telah mendirikan institusi pengajian tinggi seperti Sekolah Perubatan Stovia. Pada tahun 1901 didirikan pula sekolah teknik yang pertama iaitu Sekolah Queen Wilhelmina. Sejak 1907 lebih banyak sekolah menengah dibina termasuk Sekolah Haiwan 1907, Sekolah Undang-Undang 1908, Sekolah Perdagangan dan Kelautan Prince Henry 1911 serta Sekolah Pertanian 1913. Pada tahun 1913 terdapat 7 000 buah sekolah kebanyakan sekolah rendah dengan 227 000 murid. Kesan dari system pendidikan ini kemunculan satu golongan elit baru. Walaupun mereka berpendidikan barat golongan ini tidak mesra dengan Belanda kerana mereka mengalami diskriminasi. Mereka mengkritik Belanda.
KESIHATAN
- Pihak Belanda telah memberi sumbangan besar dalam bidang kesihatan kerana telah berusaha untuk membanteras penyakit. Pada tahun 1900 penyakit disebabkan kuman tikus dapat dikesan dan merupakan penyakit yang ditakuti. Pada tahun 1911 kira-kira 2 000 orang telah mati dan meningkat pada tahun 1913 kepada 12 000 orang. Kerajaan telah meruntuhkan rumah-rumah yang penghuninya terkena penyakit itu jumlahnya lebih setengah juta rumah dan kerajaan membelanjakan kira-kira 30 juta guilders untuk menggantikan rumah yang diruntuhkan.
- Selain kuman tikus berlaku juga taun mangga dan beri-beri yang berpunca daripada nasi. Taun mangga telah menyerang kira-kira 14 000 orang pada tahun 1911 tetapi jumlah itu dapat dikurangkan kepada hanya 50 orang pada tahun 1935. Kerajaan juga berjaya mengurangkan kadar kematian dengan adanya pembinaan hospital, suntikan beramai-ramai, menyediakan tempat tinggal yang lebih baik dan memberi penerangan mengenai kesihatan.
- Kejayaan Belanda membenteras penyakit dan mengadakan perkhidmatan kesihatan yang besar disebabkan adanya peruntukan disediakan. Pada tahun 1900 kira-kira 2.2 juta guilders telah digunakan tetapi pada tahun 1915 jumlahnya meningkat 11.1juta. Kerajaan juga berjaya menyediakan perkhidmatan doctor. Pada tahun 1900 terdapat 38 doktor bangsa Eropah di Jawa dan pulau-pulau luar. Tetapi pada tahun 1910 terdapat 217 doktor bangsa Eropah dan 148 bumiputera.
KESIMPULAN
- Pentadbiran Brtish di Burma menyebabkan beberapa perubahan berlaku. Perubahan-perubahan ini mendatangkan kesan baik dan negatif ke atas Burma. Secara umumnya berlaku kemerosotan taraf hidup, social dan politik di Burma kerana persaingan dengan British dan kaum-kaum lain terutama India dan Cina. Keadaan tidak puas hati dan kebangkitan golongan berpendidikan barat telah menyebabkan mereka bangkit menentang British.
- Perubahan-perubahan social yang berlaku juga menyebabkan kehidupan social masyarakat berubah dan akhirnya perkembangan pesat dalam system pendidikan turut menyumbang kepada kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat tempatan

SOALAN 9 PERCUBAAN K2 PAHANG 2012

9. Perjanjian Bowring 1855 di Thailand dan Perjanjian Kanagawa 1854 di Jepun telah membawa kesan yang besar kepada ekonomi di kedua-dua negara. Bincangkan. 
A: PENDAHULUAN
- Abad ke 19 kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan mendorong kuasa2 barat berlumba2 untuk menguasai tanah jajahan di AT.
- Raja Mongkut menyedari tekanan dan pencerobohan kuasa2 barat akan mengancam keselamatan Thailand setelah British berjaya dalam beberapa siri Perang Inggeris Burma.
Mongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan seperti yang diamalkan oleh negara China dan Burma bukan sahaja tidak dapat menghalang kemaraan kuasa2 barat malah menyebabkan kuasa barat menggunakan kekerasan. Ini mendorong Raja Mongkut memulakan DBP dan pemodenan di Siam dengan tujuan mencegah pencerobohan kuasa2 barat dan mengekalkan kemerdekaan. Langkah pertama ke arah pembukaan Thailand kepada kuasa2 barat, beliau telah menandatangani Perjanjian Bowring pada 18 April 1855.
- Pada awal abad ke 19 kuasa barat spt Rusia,British dan USA(Amerika) ingin meluaskan kuasa dan mewujudkan hubungan diplomatic dan perdagangan di Jepun tetapi gagal. Amerika berminat kerana potensi perdagangan dengan Jepun, keperluaan bekalan bahan mentah dan pengkalan arang batu memandangkan penggunaan kapal-kapal stim yang bertambah. Anak-anak kapal Amerika yang terkandas di perairan Jpn diberi layanan yang buruk. Satu perjanjian telah ditanda tangani oleh Kerajaan Jepun dengan Amerika oada 1854 iaitu Perjanjian Kanagawa
B: Kesan Perjanjian Bowring 1855
- Menurut DGE Hall, perjanjian Bowring ini memulakan zaman moden Thailand dan DA Wilson menyatakan bermulanya titik peralihan di antara Siam tradisional dan Siam moden.
- Raja Mongkut turut memberikan sumbangan terhadap kemajuan negara Thailand terutama hubungan dengan kuasa-kuasa asing. Mongkut telah memperbaiki hubungan dengan British untuk tujuan itu beliau telah menghantar menerima perwakilan British yang diketuai oleh Joseph Banestie dan Mongkut turut membuat perjanjian persahabatan dengan British pada tahun 1855 yang dikenali sebagai Perjanjian Bowring. Perjanjian ini menandakan bermulanya dasar buka pintu Thailand apabila membuka Siam kepada perdagangan bebas. Akibat perjanjian ini Siam telah mengenakan cukai yang rendah kepada barang-barang barat. Sistem ekonomi telah berkembang dari sara diri menjadi system ekonomi perdagangan. Perdagangan luar Siam berkembang terutama dengan Singapura dan Hong Kong termasuk tanah jajahan British yang lain. Eksport penting Thai seperti kayu jati, beras dan gula
- Mongkut juga memperkenalkan system mata wang mengikut barat. Sistem pertukaran barang terhapus dengan penubuhan Royal Mint yang ditubuhkan untuk mengeluarkan mata wang. Pada tahun 1861 ditubuhkan pula Jabatan Cetak Kewangan Diraja.
- Selain itu berbagai kemudahan asas ditingkatkan untuk kemajuan ekonomi seperti pembinaan jalan raya contohnya di Charoen Krung yang disiapkan pada tahun 1862. Selain itu Mongkut juga mebina taliair dan terusan. Taliair dibina meluas di dataran Tengah. Selain ia dapat mebantu menyediakan bekalan air kepada kawasan pertanian ia juga berfungsi sebagai alat perhubungan
- Dengan pembinaan system ekonomi moden dan pembinaan system perhubungan membolehkan Thai mengeksport kayu jati, beras dan gula. Thai Berjaya meningkatkan pengeluaran beras daripada 5% pada tahun 1850 kepada hamper 50% pada akhir-akhir pemerintahan baginda. Sementara gula pula dieksport ke negara-negara Eropah telah meningkat dua kali ganda. Secara keseluruhannya eksport Thai pada tahun 1850 bernilai kira-kira 5 590 000 bath dan meningkat kepada 11 000 000 bath pada akhir-akhir pemerintahannya. Nilai import pula bernilai kira-kira 4 330 000 bath menjadi hamper 8 000 000 bath.
POLITIK DAN PENTADBIRAN
Mongkut sedar untuk menjamin kedudukan Siam perlu dilakukan perubahan dalam pentadbiran
negeri dengan mengikut syste umum dalam pentadbiran barat. Mongkut telah mengambil kira-kira 80 orang pegawai barat bertugas di Siam. Contohnya Rolin Jaacquemius dari Belgium dilantik menjadi penasihat mengubah pentadbiran, Major Gerin dari Itali mengetuai Maktab Tentera bagi melatih kadet-kadet tentera, pegawai-pegawai British pula menguasai bidang polis dan kewangan, Amerika Syarikat pula dalam bidang kastam dan Perancis ketenteraan. Siam telah m engubah system cukai dan menamatkan system monopoli perdagangan yang dikuasai oleh golongan bangsawan dan kerajaan.
Ketika Mongkut menjadi raja ia merupakan zaman kuasa-kuasa barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan terutama di Asia. Mongkut sedar beliau harus bijak menjalankan pentadbiran jika tidak mahu ditawan oleh kuasa barat seperti berlaku ke atas Burma dan China. Mongkut telah mengenepikan kemegahan baginda dan merendahkan diri dengan barat melalui hubungan peribadi yang dijalin dengan mereka. Mereka telah dijemput untuk menghadiri upacara-upacara istana dan perayaan-perayaan kebangsaan. Oleh itu baginda telah menamatkan dasar pemencilan Siam dengan menanda tangani Perjanjian Bowring 1855 yang antara lain telah member hak wilayah asingan kepada British dan perlantikan Konsul British di Bangkok.
- Mongkut juga menjalinkan hubungan diplomatic dengan negara-negara luar dengan menanda tangani

perjanjian-perjanjian selepas Perjanjian Bowring. Amerika Syarikat telah membuat perjanjian dengan Siam pada 1856 yang diketuai oleh Townsend Harris. Mongkut juga mempunyai hubungan baik dengan Perancis. Pada Jun 1856 perwakilan Perancis diketuai oleh Mongtigny pembantu Konsul Perancis di Shanghai tiba di Bangkok untuk menandatangani perjanjian. Berasarkan perjanjian itu Thai membenarkan mubaligh-mubaligh Kristian menjalankan kegiatan-kegiatan membuka sekolah, pusat pengajian dan membina gereja. Untuk mengelakkan ketegangan dengan Perancis pada 15 Julai 1867 satu perjanjian telah dibuat dengan Perancis yang telah mengekalkan penguasaannya ke atas wilayah-wilayah Batambang adan Siemreap dan menggugurkan pengaruh serta kedaulatannya ke atas Kemboja
- Mongkut juga turut menandatangani perjanjian dengan Denmark 1858, Portugal 1859, Belanda 1860 dan Prusia 1862. Tujuan Mongkut berbuat demikian ialah untuk mengimbangi kuasa-kuasa barat di Siam. Mongkut tidak mahu member terlalu banyak keitemewaan kepada British. Perimbangan kuasa akan menyelamatkan Siam dari dijajah.
SOSIAL
- Mongkut memberi tumpuan besar kepada pendidikan. Ramai guru-guru dari Eropah termasuk
Anna Leonowens dibawa masuk untuk mengajar anak-anak golongan bangsawan termasuk puteranya Chulalongkorn. Beliau telah menggalakkan pendidikan barat khususnya sains dan bahasa asing.
- Amalan buruh paksa juga dikurangkan. Mongkut cuba menjadikan mereka buruh yang cekap dan mahir
serta bebas membuat pekerjaan mengikut kehendak mereka. Amalan hamba abdi juga cuba ditamatkan. Walau bagaimanapun usaha ini tidak berjaya sepenuhnya. Adat-adat yang tidak sesuai juga dihapuskan. Mongkut melarang rakyat lari apabila melihat raja dan ia sering mengadakan lawatan untuk melihat kehidupan rakyat. Orang asing pula tidak dipaksa sujud apabila menghadap raja. Mereka dibenarkan mengikut cara mereka sendiri. Sikap toleransi ini disanjung oleh rakyat dan orang asing.
- Mongkut juga membenarkan mubaligh Kristian menjalankan aktiviti penyebaran agama di Siam. Kebebasan beragama juga dibenarkan. Mongkut juga menggalakkan aktiviti penerbitan akhbar dan diberi kebebasan. Mongkut juga tidak mengambil tindakan apabila dikritik terutama mengenai amalan poligami yang diamalkan malah menjemput mereka ke jamuan teh bersamanya.
- Mongkut juga Berjaya menetapkan tarikhh berlakunya gerhana matahari. Mongkut juga menjemput beberapa orang kenamaan seperti Harry Ord, kumpulan ahli bintang Perancis yang diketuai oleh Monsieur Stephen serta pegawai-pegawai Amerika Syarikat ke Sam Roi Yat, pusat penerokaan sains yang terletak kira-kira 224 km ke selatan Bangkok. Kiraan Mongkut adalah tepat kerana gerhana matahari dapat dilhat dengan jelas pada 18 Ogos 1868
KESAN-KESAN PERJANJIAN KANAGAWA 1854
SISTEM EKONOMI
- Perjanjian Kanagawa telah menamatkan dasar isolasi Jepun dan memulakan era penglibatan Jepun dalam
arena antarabangsa. Kuasa barat seperti British(1854), Rusia(1855) dan Belanda(1856) juga mengikuti jejak Amerika menandatangani perjanjian perdagangan dengan Jepun. Townsend Harris Konsul Amerika ke Jepun berjaya mendatangani perjanjian perdagangan yanglebih sempurna. Kejayaan Amerika juga diikuti oleh kuasa-kuasa barat yang lain.Jepun mula dibuka kepada kuasa-kuasa barat dan empat pelabuhan di buka iaitu Kanagawa, Nagasaki, Niigate dan Hyogo (Kobe)
- Untuk memudahkan urusan perdagangan dan perusahaan, Meiji telah memungut balik semua jenis
mata wang yang digunakan dan memperkenalkan sistem mata wang Yen. Sistem mata wang selaras telah digunakan pada tahun 1871. Pada tahun 1872 Bank Mitsui Ono ditubuhkan dan Bank Negara ditubuhkan pada 1875. Zaibatsu juga mendirikan banknya iaitu Bank Jepun (Nippon Ginto) pada tahun 1882. Bank ini berfungsi untuk mengeluarkan wang dan menguasai kewangan negara.. Pada tahun 1887 Yokohama Species bank ditubuhkan untuk mengawasi perdagangan dan pertukaran mata wang asing
Pada tahun 1873 Jabatan Perushaan ditubuhkan yang bertanggungjawab sebagai agen penyelarasan dalam memperkenalkan perindustrian. Jabatan ini menguasai perusahaan perlombongan dan kilang-kilang senjata di samping menyelenggarakan sistem perhubungan dan pengangkutan serta menyebarkan pendidikan teknik. Kerajaan Meiji juga mengusahakan beberapa jenis perusahaan pada peringkat awal kerana pihak swasta kekurangan modal dan pinjaman luar. Setelah berkembang kerajaan akan menjualnya kepada pihak swasta terutama kepada para penyokongnya seperti puak Satsuma, Toza dan Hizen. Syarikat-syarikat ini kemudiannya berjaya menjadi gergasi perusahaan dan perdagangan antarabangsa seperti Mitsui, Mitsubshi dan Sumitomo.
Kerajaan Meiji juga mementingkan industry ketenteraan. Pada tahun 1883 Limbungan Nagasaki telah mengeluarkan 10 buah kapal dagang dan Limbungan Kobe mengeluarakn 23 buah kapal dagang kuasa wap.
Industri tekstil termasuk kain bulu, kapas dan sutera juga didirikan. Kilang-kilang kain didirikan di Aichi dan Hiroshima. Kemajuan Osaka Spinning Mill dan Tomioka Silk Mill telah membolehkan Jepun menduduki tenpat penting dalam industry kain. Pada akhir abad ke-19 Jepun menghasilkan lebih kurang 75% sutera mentah dunia dan pengeluar kain kapas utama. Pada tahun 1880an Jepun mengimport 90% kapas untuk kegunaan dalam negeri dan pencapaian ini sangat membanggakan.
Perusahaan lain seperti gelas, kertas, simen dan barang-barang elektrik telah berkembang maju. Pada tahun 1914 Jepun telah mencapai taraf ekonomi secukup diri dalam bidang-bidang tertentu. Barang-barang keperluan yang diperlukan untuk pembangunan kilang, lombong, keretapi, kapal dan ketenteraan telah dihasilkan dalam negeri

Sistem Pertanian
- Diperkenalkan dengan penambahan bilangan tanah untuk pertanian. Penyelidikan dan penggunaan jentera berat serta penggunaan baja dagangan
- Kemudahan pinjaman luar bandar untuk petani. Petani digalakkan mempunyai tanah dan cukai tanah telah diperkenalkan pada tahun 1873
- Cukai yang dikenakan adalah sekitar 20%- 30% daripada hasil tanaman. Sektor perikanan juga dimajukan. Menggalakkan penyelidikan secara sainstifik dengan mendirikan kilang memproses hasil laut. Hak penangkapan ikan juga telah dikembangkan sehingga ke perairan pinggir pantai laut Siberia
Bidang Politik dan Pentadbiran
- 1868, Maharaja Meiji memperkenalkan perlembagaan yang mengandungi system demokrasi, penghapusan feudalisme dan menerapkan tamadun barat dalam masyarakat dan Negara Jepun.
- Meiji juga telah memindahkan pusat pentadbiranndari Kyoto ke Yedo pada 1868. Yedo kemudiannya ditukar nama kepada Tokyo. Meiji juga mengadakan satu pentadbiran pusat dengan menghapuskan corak feudal oleh daimyo-Daimyo dan samurai. Pada tahun 1868 daimyo telah diberitahu tentang pentingnya pemusatan kuasa dan Daimyo Satsuma, Chosu, Toza dan Hizen secara sukarela menyerahkan kuasa kepada maharaja. Pada tahun 1871 sistem feudal telah dihapuskan dan seluruh Jepun dibahagikan kepada 45 daerah yang ditadbir oleh kerajaan pusat. Daimyo dijadikan Gabenor atau pegawai kerajaan di daerah-daerah atau wilayah-wilayah mereka
- 1872 dan 1873, memperkenalkan sistem Kementerian berasaskan sistem Barat dan juga sistem Kabinet berasaskan sistem kerajaan Prusia pada 1885. Ia dianggotai oleh Pengerusi (Perdana Menteri), Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Menteri Luar, Menteri Kewangan, Menteri Tentera Darat, Laut, Kehakiman, Pendidikan, Pertanian, Perdagangan Dan Pengangkutan. Pada tahun 1887 Majlis Perang Tertinggi ditubuhkan untuk menasihati raja tentang dasar-dasar ketenteraan.
- Maharaja Meiji juga memperkenalkan Sistem Pemerintahan Monarki Berperlembagaan Parlimen (DIET) yang t erdiri dari Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat. Pilihanraya pertama di Jepun telah dilaksanakan pada tahun 1 Julai 1890. Pada tahun 1881 parti politik pertama iaitu Parti Liberal ditubuhkan diikuti oleh Parti Progresif 1882 dan Parti Ketiga ialah Parti Imperialisme (Rikken Teisei) yang ditubuhkan pada 1882.
- Majlis Raja juga ditubuhkan pada 1885 untuk memberi nasihat kepada Maharaja dan ahli-ahli majlis yang terdiri dari golongan bangsawan dan pembesar istana dalam urusan pentadbiran setelah Putera Ito Hirobumi belayar ke Jerman untuk mempelajari sistem pentadbiran Jerman pada tahun 1882. Walau bagaimanapun maharaja berkuasa membubarkan Diet jika tidak menjalankan tugas dengan memuaskan
Sistem Pendidikan
- Dalam bidang pendidikan pembaharuan Meiji bertujuan membekalkan tenaga buruh yang mahir dan berdisiplin yang dapat menampung keperluan semua aspek pemodenan Jepun disamping nilai-nilai rohani seperti taat kepada negara, menghormati dan mematuhi arahan diutamakan.
- Pada tahun 1871 Kementerian Pendidikan ditubuhkan. Sejak 1872 pendidikan rendah diwajibkan dan kanak-kanak berumur 6 tahun diwajibkan bersekolah. Sukatan pelajaran moden disusun. Subjek-subjek sains dan teknik ditekankan. Buku-buku sains, teknik, politik dan sejarah barat diterjemahkan dalam Bahasa Jepun. Demi memudahkan perombakan sistem pendidikan, pakar-pakar pendidikan dijemput dari Britan, Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat untuk mendalami ilmu perdagangan.
- Meiji juga menghantar rakyat Jepun untuk mengkaji sistem pendidikan Barat dan luar negeri
- Sekolah rendah dan menengah telah diperkenalkan di Jepun dengan berasaskan system pendidikan Barat. Sistem pendidikan vokasional berasaskan kepada orientasi Jepun diperkenalkan
- Universiti diperkenalkan dengan berasaskan kepada model Barat pada tahun 1877 iaitu Universiti Diraja Tokyo dan Maktab Teknik Junior. Universiti ini menyediakan subjek-subjek yang bertujuan mengeluarkan tenaga perancang dalam semua bidang pembangunan. Maktab teknik Junior pula berusaha melahirkan tenaga mahir untuk melaksanakan segala kerja dan tugas pembangunan.
- Pada tahun 1879, terdapat 26 000 buah sekolah dengan bilangan pelajar 2.5 juta orang. Pada tahun 1900 lebih daripada 90% kanak-kanak yang mencapai umur persekolahan telah bersekolah. Oleh itu jumlah kanak-kanak yang mencapai umur persekolahan semakin ramai menerima pendidikan moden. Pada tahun 1886 hanya terdapat 455 sahaja memasuki sekolah tetapi meningkat pada tahun 1905 kepada 95% . 1906, sekitar 95% pendunduk Jepun memiliki asas sekurang-kurangnya bersekolah rendah.
Sistem Sosial
- Sistem feudal dihapuskan dan tanah milik golongan feudal dijadikan hak milik negara. Golongan Samurai yang mendapat kedudukan dalam masyarkat telah melibatkan diri dalam perusahaan dan perniagaan sehingga mewujudkan kapitalis dalam system ekonomi
- Penubuhan Kementerian Perusahaan pada tahun 1870 dan perusahaan tempatan dan kecil dikembangkan dengan galakan bantuan teknikal, pemberian pinjaman dengan kadar faedah rendah dan bantuan subsidi. Perkembangan

perusahaan melalui pembinaan kilang alat marin (1871), kilang kaca (1876), kilang simen (1875) kilang pembuatan senjata dan peluru di Osaka dan Tokyo (1883 serta kilang pembinaan kapal di Hyogo
Ketenteraan
- Pemodenan ketenteraan Jepun adalah penting kerana:
i) Kelemahan ketenteraan Jepun adalah sebab semerta pembukaan Jepun dan kejatuhan
Shogun Tokugawa
ii) Pemimpin-pemimpin baru Jepun berasal dari kelas yang menentang barat dan
dikalahkannya tetapi mengagumi kekuatan tentera barat. Golongan ini berasal daripada kelas Samurai dan ingin mengukuhkan kekuatan tentera supaya Jepun dapat berdiri sama tinggi dengan kuasa-kuasa barat.
iv)Hasilnya puak Chosu melibatkan diri dalam mengembangkan bidang ketenteraan manakala puak Satsuma memesatkan kegiatan mereka khusus dalam angkatan tentera laut. Oleh itu Kementerian-kementerian awal yang ditubuhkan ialah Kementerian Tentera Darat dan laut. Pada tahun 1873 kerahan tentera kebangsaan telah dikuatkuasakan
v)Pada tahun 1873 kaum tani dibenarkan memasuki tentera. Di bawah pimpinan Yamagata Aritomo tentera - - Jepun yang sebahagian besarnya merupakan rekrut dilatih berdasarkan sistem tentera Perancis dan Jerman. Mulai 1885 pakar-pakar tentera Jerman diupah untuk menggantikan pakar-pakar Perancis. Mulai pada tahun 1878 semangat keperwiraan dan kesetiaan(Bushido) dititik beratkan. Setengah samurai telah menyesuaikan diri mereka dengan menjadi pentadbir dan komonder tentera
Komunikasi dan Perhubungan
- Bidang komunikasi telah di permodenkan setelah Maharaja Meiji menerima hadiah berupa mesin telegraf.
Mesin ini telah di kaji oleh ilmuwan-ilmuwan Jepun dan telah di modenkan lagi. Alat ini telah membantu dalam bidang ketenteraan Jepun sebagai satu media yang efektif dalam berkomunikasi. Teknologi ini juga membantu dalam urusan pemusatan pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Pada tahun 1880, hampir seluruh bandar besar di lengkapi dengan kemudahan telegraf. Selanjutnya, sistem pos moden telah di perkenalkan dan memantapkan lagi sistem komunikasi di Jepun.
- Sementara itu, dari segi perhubungan pula, perkhidmatan kereta api telah di perkenalkan. Kerja pembinaan landasan kereta api telah di mulakan pada tahun 1872. Dengan adanya perkhidmatan kereta api, telah memudahkan system pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan ekonomi1[11]. Pada tahun 1872, landasan telah di bina untuk menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Dua tahun berikutnya, 1874, ianya telah di sambung ke Kobe, Osaka dan Kyoto. Landasan terakhir yang di bina ketika itu untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu di bina pada tahun 1880. Landasan itu telah di bina sepenuhnya oleh jurutera-jurutera Jepun. Menjelang tahun 1881, Jepun telah mempunyai landasan kereta api sejauh 26 batu. Pendapat mengatakan sistem komunikasi dan perhubungan negara Jepun lebih maju daripada negara-negara barat ketika itu.
KESIMPULAN
- British-Amerika dan kuasa barat yang lain berjaya mengukuhkan pengaruh mereka di Jepun dan Thailand melalui perjanjian walaupun tiada sebarang unsure kekerasan digunakan. Mereka gagal mencari sebarang ruang untuk mengugat kedaulatan Thailand dan Jepun.
- Kebijaksanaan pemimpin terbukti berjaya mengelakkan Thailand and Jepun daripada dijajah.
- Dasar buka pintu yang dijalankan berjaya memodenkan Thailand dan Jepun pula telah bangkit sebagai satu kuasa besar dalam bidang perindustrian da ketenteraan.

SOALAN 8 PERCUBAAN K2 PAHANG 2012

8. Bandingkan dasar isolasi(tutup pintu) yang diamalkan oleh Jepun dan Thailand pada awal abad ke-19
A: PENGENALAN
- Terdapat beberapa negara di Asia yang menjalankan dasar isolasi atau pemencilan atau tutup pintu. Dasar ini menghadkan hubungan sebarang bentuk hubungan diplomatik dan perdagangan dengan kuasa-kuasa barat.
- Mereka menjalankan dasar ini kerana beranggapan barat akan campur tangan dalam politik tempatan, mengembangkan agama Kristian dan akan memberi kesan kepada kebudayaan tradisi dan agama/kepercayaan yang mereka anuti. Mereka juga bimbang akan menjatuhkan imej mereka kerana barat mengamalkan konsep persamaan taraf yang dianggap menjatuhkan imej negara sebagai negara bertamadun. Selain itu negara-negara ini juga mampu berdikari dan tidak perlu bergantung hidup kepada orang-orang barat untuk mendapatkan segala keperluan yang dikehendaki. Dasar ini melibatkan beberapa buah negara di Asia seperti Thailand, China, Jepun dan Vietnam.
B: DASAR TUTUP PINTU DI THAILAND
- Thailand telah mengamalkan dasar tutup pintu sejak pemerintahan Dinasti Chakri iaitu Raja Rama 1 pada tahun 1782. Dasar ini diteruskan sehingga pemerintahan Rama III yang akhirnya terpaksa membuka pintunya secara terhad kepada barat.
- Semasa pemerintahannya Raja Rama 1 enggan mengadakan hubungan persahabatan dengan kuasa-kuasa barat adalah kerana:
a) bimbang barat akan mengambil kesempatan untuk mencampuri dalam politik tempatan.
b) mampu berdikari tanpa memerlukan sebarang bantuan asing kerana ia adalah sebuah negara pertanian.
c) tidak memerlukan barangan dari negara barat.
- Dasar tutup pintu negara Siam diteruskan oleh Raja Rama II dan Rama III. Pada masa pemerintahan kedua-dua raja, baginda mewujudkan hubungan perdagangan yang terhad dengan pihak Inggeris.
- Raja Rama II (1809-1824) mengadakan hubungan terhad dengan kuasa Barat. Raja Rama II mengadakan hubungan perdangan dengan Portugis menerusi perjanjian dengan Carlos Manuel Silveria pada tahun 1818 di bawah kawalan Thai. Usaha Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk mendapatkan kebenaran perdagangan tidak dilayan oleh Raja Siam.
- Keadaan politik di negeri-negeri Melayu Utara naungan siam memaksa Siam berhubung dengan kuasa Barat terutamanya British. Siam telah campurtangan dalam hal ehwal politik kedah pada tahun 1818 dengan memaksa Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin menyerang Perak yang enggan menghantar bunga emas ke Siam. Sultan Kedah terpaksa menyerang Perak untuk mengelakkan serangan Siam.
- Sekitar tahun 1821, Siam sekali campurtangan di Kedah apabila Kedah bersekutu dengan Burma menentangnya. Siam bertindak menghantar satu pasukan tentera untuk menyerang kedah. Sultan Ahmad Tajuddin melarikan diri ke Pulau Pinang untuk meminta perlindungan dan bantuan tentera British. Kesan daripada itu, Siam menghantar John Crowford ke Siam pada tahun1822 untuk mengadakan perhubungan perdagangan dengan Siam. Utusan John Crowford mengalami kegagalan kerana Raja Rama II enggan mengadakan sebarang perjanjian perdagangan dengan kuasa Barat.
- Apabila Burma ditawan oleh British, Raja Rama III mulai bimbang kemungkinan Siam akan menerima nasib yang sama dengan Burma, jika dasar ini diteruskan. Namun baginda telah melonggarkan dasar luarnya supaya sesuai dengan permintaan barat. Satu dasar hubungan yang terhad telah diadakan.
- Baginda telah menandatangani Perjanjian Burney pada tahun 1826. Antara butir-butir perjanjian ini ialah:
a) Inggeris dibenarkan berdagang dengan bebas di Siam
b) Inggeris tidak dibenarkan mengeksport candu ke Siam dan mengimport beras dari Siam
c) Kedah kekal sebagai naungan Siam. Akan tetapi Inggeris boleh berdagang dengan bebas di Kedah
d) Sultan Kedah tidak dibenarkan tinggal di mana-mana wilayah Inggeris
e) Kemerdekaan Perak dan Selangor dijamin dan Siam tidak boleh memaksa Perak menghantar ufti kepadanya.
f) Siam mengakui pendudukan Inggeris di Pulau Pinang
g) Inggeris mengakui pertuanan Siam ke atas Kelantan dan Terengganu.
- Langkah yang dibuat oleh Rama III jelas menunjukkan sikap terbuka baginda terhadap kuasa-kuasa barat dan telah berjaya menyelamatkan Siam daripada menerima tekanan Inggeris yang ingin mengadakan hubungan perdagangan terutamanya dengan Siam dan Negeri-Negeri Melayu Utara.
- Selain British Rama III juga turut menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat untuk mendapatkan senjata api serta berusaha menghapuskan monopoli perdagangan oleh kuasa Inggeris . Walau bagaimanapun baginda telah menolok hasrat Amerika untuk mendirikan konsul di Thailand.
- Walau bagaimanapun dasar dasar ini bersifat sementara kerana menjelang tahun 1840an, Rama III telah menghadkan semula hubungannya dengan kuasa barat. Baginda mula mengenakan cukai yang tinggi ke atas barang-barang dari luar dan mengawal eksport barangnya. Keadaan ini menyebabkan hubungan Siam dengan kuasa barat mula renggang.

- Bagi memulihkan hubungan Inggeris telah menghantar utusan iaitu James Brooke dan Amerika Syarikat diwakili oleh Joseph Ballestier ke Siam tetapi mereka tidak dihiraukan oleh Siam. Baginda berpendapat berperang dengan barat tidak mendatangkan masalah serius jika dibandingkan dengan tergugatnya adat resam dan kebudayaan Thailand.
- Apabila Raja Rama IV iaitu Raja Mongkut menggantikan Rama III pada tahun 1851, baginda melihat sikap agresif barat terutamanya Inggeris ke atas Burma dan China. Akibat keangkuhan dan kedegilan pemerintah kedua-dua negara menamatkan dasar tutup pintu menyebabkan mereka jatuh ke tangan barat. Mongkut menjadikan peristiwa itu sebagai ikhtibar dan dijadikan alasan untuk mengubah dasar luarnya dari tutup pintu kepada dasar buka pintu.
- Pada April 1855, Mongkut telah menandatangani perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan Inggeris yang dikenali sebagai Perjanjian Bowring. Melalui perjanjian ini seorang konsul British dilantik dan ditempatkan di Bangkok bagi menguruskan segala hal ehwal dan mengendalikan kes2 jenayah yang melibatkan rakyat British di Thailand.
- Perjanjian ini juga telah membuka Thailand kepada perdagangan antarabangsa dan merevolusikan semua jentera kewangan Siam dan menyebabkan golongan bangsawan kehilangan hak istimewa memonopoli sumber asli yang telah lama dinikmati.
- Dasar ini diteruskan oleh puteranya Raja Chulalongkorn. Pada masa pemerintahan Chulalongkorn, Siam telah muncul sebagai sebuah negara yang termoden di Asia Tenggara. Dasar Mongkut yang berjaya menamatkan dasar isolasi telah menjadikan Siam sebuah negara yang bebas dari tekanan dan tindakan agresif kuasa barat.
C: DASAR ISOLASI JEPUN
- Jepun telah menamatkan dasar buka pintu pada tahun 1638. Jepun menjalankan dasar tutup pintu yang relatif dari dunia luar kira-kira 250 tahun. Menurut dasar ini orang Jepun dilarang menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa asing khasnya kuasa-kuasa barat dan pedagang-pedagang luar juga tidak boleh berdagang di Jepun.
- Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Jepun mengamalkan dasar isolasi iaitu:
a) Wujud perasaan syak wasangka terhadap kejujuran barat dan bimbang barat akan mengambil kesempatan untuk campurtangan dalam politik tempatan
b) Perkembangan agama Kritian dijadikan landasan oleh kuasa barat untuk menjatuhkan dan melemahkan masyarakat tempatan seperti yang berlaku di Filipina dan China
c) Orang-orang asing sering mencetuskan huru hara di Jepun yang dianggap mengancam keamanan negara
d) Jepun tidak bergantung kepada orang barat kerana sebagai sebuah negara pertanian Jepun mampu memiliki segala keperluan yang dikehendaki
e) Kerajaan Jepun juga bimbang pembesar-pembesar seperti Daimyo Tozama dan Ronin yang tidak berpuas hati akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar untuk menentang kerajaan
- Berpunca dari faktor-faktor tersebut akhirnya Jepun mula menyekat kemasukan orang-orang Barat ke Jepun malah mubaligh-mubaligh Kristian yang ketika itu berada di Jepun telah diusir keluar dan rakyat tempatan juga turut dilarang melawat ke luar negara terutama negara-negara barat
- Pada tahun 1825 Shogun telah mengeluarkan satu perintah bahawa jika kapal-kapal asing menghampiri mana-mana bahagian Jepun pada bila-bila masa maka penduduk Jepun akan mengusir mereka keluar. Sekiranya mereka mendarat mereka akan ditawan, dibunu dan kapal mereka akan dimusnahkan
- Dasar ini mendapat perhatian barat: pada tahun 1884 Raja Belanda telah menasihati Shogun agar menghentikan dasar tersebut tetapi gagal. Stamford Raffles juga berusaha mengadakan hubungan tetapi gagal
- Amerika Syarikat turut memberi perhatian kepada Jepun kerana aktiviti maritim yang sering dijalankan oleh mereka terutama di Lautan Pasifik sering menghadapi masalah iaitu anak-anak kapal yang menjalankan aktiviti peangkapan ikan paus dan anjing laut sering menghala ke Jepun terutama apabila berlaku cuaca buruk atau semasa kapal karam dan mendapat layanan buruk apabila mendarat di Jepun. Kapal-kapal Amerika juga menggunakan pelabuhan Jepun sebagai persinggahan terutama untuk membaiki kerosakan ataupun memerlukan bekalan makanan.
- Apabila Amerika mengumumkan dan menghantar misi ke Jepun dalam tahun 1853, Britain menyokong penuh dan berharap ia berjaya merintis jalan ke arah pembabitan mereka di Jepun
- Dasar isolasi Jepun hanya berakhir dengan kehadiran Komodor Mathew C. Perry pada 1 Julai 1853. Utusan ini menekankan aspek persahabatan dan perdamaian tetapi menegaskan bahawa Amerika Syarikat akan menggunakan kekerasan sekiranya Jepun masih menganggap Amerika sebagai musuhnya
- Walaupun maharaja, pembesar istana dan daimyo menentang permintaan Amerika tetapi mereka sedar jika ianya tidak dipenuhi Jepun akan senasib dengan China. Akhirnya Perjanjian Kanagawa ditanda tangani pada 31 Mac 1854 antara Jepun dan Amerika Syarikat dan sekaligus menamatkan dasar isolasi Jepun
KESIMPULAN
- Negara-negara ini terpaksa mengorbankan dasar isolasi mereka dan Thailand dan Jepun telah berjaya memodenkan ekonomi negara terutama di Thailand melalui pemodenan yang dijalankan oleh Mongkut selepas Perjanjian Bowring 1855 sementara Jepun selepas Perjanjian Kanagawa 1854 dan Jepun selepas kuasa maharaja dikembalikan pemodenan telah dijalankan semasa Meiji menaiki tahta pada 1868

SOALAN 7 PERCUBAAN K2 PAHANG 2012

7. Huraikan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat di China dan India pada awal abad ke-19 
PENGENALAN
- Adat bermaksud peraturan yang diamalkan turun-temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga dianggap
hukum yang harus dipatuh. Ia disampaikan secara lisan daripada satu generasi ke generasi yang lain.
- Masyarakat Cina tradisional mula mengamalkan adat sejak dilahirkan hinggalah pada hari kematian mereka.
Mereka dipengaruhi oleh ajaran Confucius manakala masyarakat India mengamalkan hukum adat yang berkaitan dengan pengaruh agama Hindu.
- Semua adat ini bertujuan untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat.
ADAT DI CHINA
Adat kowtow
- Adat menghadap maharaja China dengan cara meniarap atau berlutut sebanyak sembilan kali di hadapan
maharaja. Maharaja dianggap suci dan perlu disembah sedemikian rupa. Adat ini mengangkat darjat raja ke tahap yang paling tinggi sebagai wakil tuhan. Adat ini dipatuhi oleh semua termasuklah duta-duta Barat sewaktu menghadap maharaja China.
Adat wanita hamil
- Diamalkan sejak mula kehamilan hingga ke seratus hari selepas bersalin. Dilarang menyertai majlis perkahwinan
dan pengebumian sehingga 100 hari selepas bersalin. Perlu berehat dan mengambil makanan yang baik dan mengelakkan makanan yang sejuk kerana dikatakan akan menyebabkan ibu tersebut ditimpa penyakit.
Adat mementingkan anak lelaki.
- Anak lelaki mengekalkan nama keluarga. Anak perempuan yang berumahtangga secara langsung memutuskan
hubungan dengan keluarga dan menggunakan nama keluarga suaminya. Bagi bapa yang tidak mempunyai anak lelaki tidak akan mempunyai persembahan yang diletakkan di atas meja pujaan rohnya selepas meninggal kerana dianggap gagal memenuhi tanggungjawabnya.
Adat mengikat kaki anak gadis.
- Kaki anak perempuan yang berumur antara tiga ke lapan tahun diikat/bebat (dibalut dengan kain ketat) supaya
kecil dan cantik. Wanita Cina berasa bangga jika mempunyai kaki yang kecil kerana melambangkan status tinggi dan
kemuliaan. Saiz kaki besar melambangkan kehinaan dan kemiskinan.
Adat memuja roh nenek moyang
- Nenek moyang dianggap sebagai ketua keluarga. Bapa yang tidak ada anak lelaki tidak akan disembah.
Penghormatan ini akan dilakukan terutama pada hari-hari tertentu seperti menyambut Tahun Baru. Adat ini turut
dipertanggungjawabkan kepada golongan tua atau majlis orang tua.
Adat berkenaan bayi atau anak kecil
- Bagi masyarakat Cina , ketika bayi itu dilahirkan dia telah berusia satu tahun dan apabila dia berusia satu
tahun sebenarnya dia telah pun berusia dua tahun. Masyarakat Cina amat menitikberatkan soal pendidikan sejak kanak-kanak lagi terutamanya menghormati keluarga.
Adat perkahwinan
- Perkahwinan dalam masyarakat Cina diatur sejak kecil kerana ini boleh mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Pihak pengantin perempuan tidak dibenarkan mengadakan majlis perkahwinan kerana ini hanya dilakukan oleh pihak lelaki sahaja. Masyarakat Cina pentingkan perkahwinan kerana dianggap akan melahirkan generasi baru yang akan menggantikan generasi lama.
Adat tilikan nasib
- Masyarakat Cina amat percaya pada tilikan nasib. Sial malang dalam kehidupan akan dapat disingkirkan
dengan bantuan tukang tilik yang mahir. Sebelum melakukan sesuatu perkara masyarakat di Asia Timur akan mendapatkan khidmat tukang tilik untuk menentukan tarikh, hari, masa dan ketika yang sesuai memulakan sesuatu upacara.

ADAT DI INDIA (10m)
Adat pembunuhan bayi perempuan
- Pembunuhan ini dilakukan semasa bayi masih kecil iaitu semasa bayi tersebut masih menyusu. Hal ini
bertujuan untuk mengelakkan ibu bapa daripada menanggung penderitaan seperti pemberian dowri apabila anak itu berkahwin kelak. Ia biasanya dilakukan oleh golongan miskin.
Adat Suttee
- Adat yang melibatkan pembakaran balu dalam upacara pembakaran mayat suami mereka. Adat ini
diamalkan oleh masyarakat India sebagai bukti kesetiaan isteri terhadap suami dengan alasan suami isteri tersebut dapat hidup bersama di syurga. Pada 1818 seramai 800 balu telah menjalani adat ini dipedalaman Benggal. Adat ini telah dihapuskan oleh Willian Bentick melalui Akta 1829.
Adat Thuggee
- Merupakan amalan merompak dan pembunuhan di jalan. Amalan ini dijalankan oleh kumpulan agama yang
bersenjata menyamar lalu mencekik pengembara jalanan sehingga mati atas nama Dewi Kali.
Adat bertindik hidung
- Amalan ini dilakukan oleh kaum wanita India dengan memakai barang kemas di hidung dikenali sebagai
muukkuti. Adat ini menjadikan seseorang wanita itu lembut, mengimbangkan suhu badan dan dianggap membawa kebaikan.
Adat Pottu
- Adat meletakkan tanda di dahi berbentuk bulat yang juga dikenali sebagai taligam. Pottu dianggap sebagai
warisan bagi kaum wanita India. Terdapat juga kaum lelaki yang memakai pottu merah atau cendana.
Amalan sistem kasta
- Masyarakat di India dibahagikan mengikut golongan tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keturunan yang
dianggap mulia dan dihormati. Sistem kasta dibahagikan mengikut empat kelas masyarakat iaitu Kysatria (perwira,
aristokrat), Brahmin (sami) , Vaisya (pedagang) dan Sundra ( rakyat biasa).
Adat tidak membenarkan perkahwinan semula balu
- Balu-balu dilarang daripada berkahwin semula selepas kematian suami mereka. Mereka juga tidak boleh
menghias diri dan hanya memakai sari putih sahaja. Mereka juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri.
Adat khas bagi wanita hamil
- Wanita hamil harus menjaga dirinya agar tidak melanggar segala pantang larang kerana perbuatan ini akan
mempengaruhi anak dalam kandungan. Wanita hamil tidak boleh mengumpat, bergaduh dan sebagainya untuk melindungi ibu dan anaknya daripada dipengaruhi oleh kuasa jahat.
Kesimpulan
- Hukum adat di China dan India mempengaruhi corak pemerintahan dan kehidupan masyarakatnya.
- Terdapat beberapa amalan yang mencetuskan kontroversi akibat pertembungan antara dua budaya yang
bertentangan sewaktu kedatangan Barat yang menyebaban Perang Candu 1 berlaku di China dan Dahagi di India.

SOALAN 6 PERCUBAAN K2 PAHANG 2012

6. Huraikan sistem pemerintahan di Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963 
PENDAHULUAN
- Pada 31 Ogos 1957 dengan rasminya Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan setelah dijajah hampir 450 tahun. Setelah mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen serta mengamalkan prinsip Raja Berpelembagaan. Demokrasi berparlimen ialah satu sistem kerajaan yang dipilih secara bebas oleh rakyat.
- Secara umumnya sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada tiga badan yang terlibat iaitu badan perundangan ( legislative ),badan eksekutif ( executive ) dan badan kehakiman ( judicial ).
- Pengasingan ketiga-tiga badan ini dalam pemerintahan disebut sebagai 'doktrin pengasingan kuasa’
1. Badan Perundangan atau Parlimen
i) Yang Di Pertuan Agong
- Raja Berpelembagaan merupakan Ketua Negara.
- Dipilih secara bergilir-gilir pada setiap lima tahun sekali oleh Majlis Raja-raja dalam kalangan 9 orang sultan atau raja Melayu
- Yang Dipertuan Agong dalam melaksanakan kuasa pemerintahan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri
Yang Dipertuan Agong berkuasa:
- Melantik Perdana Menteri
- Mengisytiharkan pembubaran parlimen atau tidak memperkenankan pembubaran parlimen
- Berkuasa memanggil parlimen supaya bersidang
- Mengisytiharkan undang-undang tentera atau darurat dengan persetujuan Jemaah Menteri
- Bertanggungjawab melindungi dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak
- Mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan keistimewaan,kehormatan,kedudukan dan kemuliaan Raja-raja Melayu
- Mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka,Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan
- Pemerintah tertinggi angkatan tentera dan ketua agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan ,Sabah dan Sarawak.
- Memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
ii) Dewan Negara
- Di Malaysia Dewan Negara merupakan Majlis Tertinggi parlimen
- Anggota Dewan Negara dikenali sebagai senator
- Mempunyai 69 orang ahli yang dipilih dan dilantik
- 26 dipilih oleh Dewan-dewan Undangan Negeri
- 43 orang ahli dilantik oleh Yang Di Peruan Agong
- Sama taraf dengan ahli Dewan Rakyat dan boleh dilantik sebagai menteri
- Ahli biasanya terdiri daripada warganegara yang telah berkhidmat dengan cemerlang atau mencapai taraf kegemilangan dalam pelbagai lapangan seperti perkhidmatan awam,perdagangan,perusahaan,pertanian, dan perkhidmatan masyarakat.
- Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang- undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat
- Hanya berkuasa menangguhkan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan itu daripada dikemukan kepada Yang Di Pertuan Agong
- Rang undang-undang kewangan hanya boleh ditangguhkan selama satu bulan
- Rang undang-undang lain selama satu tahun
- Bertindak sebagai badan penyemak undang-undang
iii) Dewan Rakyat
- Dewan Rakyat adalah badan perundangan tertinggi negara

- Dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum.Dewan Rakyat adalah majlis bagi wakil rakyat
- Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya parlimen
- Bilangan ahli dewan Rakyat ialah seramai 222 orang yang dipilih melalui pilihanraya
- Bilangan keanggotaan ahlinya boleh diubah melalui undang-undang yang diluluskan oleh parlimen
- Jawatan berakhir apabila parlimen dibubarkan
- Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun
- Ahli Dewan Rakyat mestilah mengangkat sumpah taat setia kepada Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan sebelum mengambil tempat dalam dewan
- Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan rang undang-undang
- Seseorang ahli boleh berhenti bila-bila masa daripada menjadi ahli Dewan Rakyat dengan mengemukakan surat perletakan jawatan kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat
- Jika berlaku kekosongan dalam Dewan Rakyat yang disebabkan oleh perletakan jawatan,kematian atau hilang kelayakan,maka kekosongan tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari mulai tarikh berlaku kekosongan itu di Semenanjung Malaysia atau 90 hari di Sabah dan Sarawak.
- Satu pilihanraya kecil akan diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut
2. Badan Eksekutif
i) Jemaah Menteri atau Kabinet
- Badan pembuat dasar tertinggi negara yang menjalankan kuasa eksekutif.
- Tugas utama ialah menggubal dasar-dasar kerajaan semua perkara dan memberi arahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan melaksanakan dasar-dasar tersebut
- Diketuai oleh seorang Perdana Menteri iaitu seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan daripada sebahagian besar ahli-ahli dewan.
- Tugas utama Perdana Menteri ialah mengetuai kabinet,memimpin kerajaan,menjalankan pentadbiran dan menggubal dasar-dasar kerajaan
- Perdana Menteri boleh melantik Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri, Timbalan-Timbalan Menteri dan setiausaha - setiausaha parlimen untuk membantu beliau dalam melicinkan urusan pentadbiran negara
- Tugas Timbalan Perdana Menteri ialah membantu Perdana Menteri menjalankan tugas-tugas itu semasa Perdana Menteri bercuti atau berada di luar negara.
- Kementerian diketuai oleh seorang Menteri yang akan dibantu oleh Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen,Setiausaha Politik,Ketua Setiausaha Kementerian,pegawai kementerian dan kakitangannya yang dikenali sebagai pegawai kerajaan
- Kementerian lazimnya mempunyai bahagian pusat,negeri dan daerah.
- Selain itu terdapat kementerian yang mempunyai badan tertentu misalnya Arkib Negara Malaysia dan Muzium di bawah Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan dan mempunyai Ketua Pengarah.
- Perlantikan pegawai dan menjaga disiplin pegawai beberapa Suruhanjaya dilantik, misalnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Undang-undang dan kehakiman.
3. Badan Kehakiman
i) Mahkamah Agong/Persekutuan
- Mahkamah Agong merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia
- Mengandungi Ketua Hakim Negara, kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Borneo serta tujuh orang hakim Mahkamah Agong
- Biasanya Mahkamah Agong bersidang di dalam panel mengandungi tiga orang hakim yang dipilih oleh Ketua Hakim Negara
- Antara bidang kuasa Mahkamah Agong ialah mendengar dan menentukan rayuan-rayuan kes jenayah dan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi,menentukan sah undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, memutuskan pertikaian di antara kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan atau di antara negeri-negeri dan menasihati Yang Di Pertuan Agong dalam soal menguatkuasa mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan
ii) Mahkamah Tinggi
- Terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo
- Mempunyai kuasa pengadilan asal,rayuan dan pengawasan.Mempunyai kuasa yang tidak terhad dalam menjalankan pengadilan ke atas kes jenayah asal.
- Biasanya kes-kes jenayah yang terletak di luar bidang kuasa pengadilan Mahkamah Rendah sahaja dibawa kepada Mahkamah Tinggi untuk pengadilan

- Mahkamah Tinggi mendengar rayuan bagi kes-kes sivil dan jenayah dari Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.
- Mempunyai kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas keputusan semua kes sivil dan jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Rendah.Keputusan sivil dan jenayah Mahkamah Tinggi boleh dikemukakan untuk rayuan kepada Mahkamah Agong.
iii) Mahkamah Rendah
- Terdiri daripada Mahkamah Sesyen,Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu.
- Mahkamah Sesyen dipengerusikan oleh seorang pegawai yang digelar hakim
- Beliau mempunyai kuasa pengadilan jenayah bagi semua kesalahan kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati dan penjara seumur hidup
- Mempunyai kuasa membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan jumlah wang yang tidak dituntut tidak melebihi seratus ribu ringgit
- Mahkamah Majistret pula ditugaskan untuk mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil.
- Dipengerusikan oleh seorang majistret yang dilantik oleh Raja atau Yang Di Pertua Negeri bagi negeri tempat majistret itu berkhidmat
- Terbahagi kepada dua peringkat iaitu Mahkamah Majistret Kelas Satu dan Majistret Kelas Dua.
- Mahkamah Majistret kelas satu boleh membicarakan kes sivil yang nilai harta dalam perbicaraan tidak lebih daripada RM25,000.00
- Dalam kes jenayah,mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kes yang hukuman maksimum bagi kesalahan itu tidak melebihi 10 tahun penjara atau dihukum denda sahaja
- Majistret Kelas Dua menjalankan tugas-tugas kecil seperti menyebut kes-kes dan membenarkan jaminan.
- Boleh mengadili kes-kes jenayah yang hukuman bagi kesalahan itu tidak lebih daripada 12 bulan penjara atau dengan denda sahaja.
- Kuasa untuk menjatuhkan hukuman juga terhad iaitu tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada RM1000 atau kedua-dua sekali
C.KESIMPULAN
- Secara amnya sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957 hingga 1963 adalah melalui proses demokrasi.Perlembagaan digubal untuk menjaga kepentingan dan keistimewaan semua kaum yang ada.
- Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yang boleh digunakan oleh kerajaan semuanya ditentukan seharusnya dipatuhi dan tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana badan tersebut.

SOALAN 5 PERCUBAAN K2 PAHANG 2012

5: Bincangkan kesan-kesan sosioekonomi darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga tahun 1960 
A: PENGENALAN
Darurat diisytiharkan oleh Sir Edward Gent pada 19 Jun 1948 untuk menghapuskan ataupun mengawal
pergerakkan PKM di Tanah Melayu. PKM telah berusaha mendirikan Republik Komunis Malaya secara sah malangnya ia tidak diktiraf British.
Penubuhan PTM 1948 telah membantutkan niat komunis untuk berjuang secara sah oleh itu mereka telah
melancarkan Revolusi Bersenjata di Tanah Melayu untuk mempastikan hasrat mereka tercapai. Pembunuhan oleh PKM terhadap tiga orang pemimpin KMT di Johor pada 12 Jun 1948 dan 3 orang pengurus Eropah di Perak pada 15 Jun 1948 telah menyebabkan Sir Edward Gent Pesuruhjaya Tinggi PTM mengisytiharkan darurat. Pengisytiharan ini memberi peluang kepada untuk membenteras komunis.
Perlaksanaan Darurat selama 12 tahaun telah mendatangkan kesan ekonomi.social dan politik ke atas
Tanah Melayu.
A) KESAN SOSIAL
a) Penderitaan rakyat
Rakyat menderita akibat penyekseaan,penindasan dan serangan mengejut oleh pengganas
komunis. Undang-Undang Darurat juga menyebabkan penderitaan rakyat kerana ramai penduduk yang disyaki ditangkap dan ditahan tanpa perbicaraan keadaan ini menyebabkan penderitaan bagi orang yang tidak bersalah. Kekurangan makanan,catuan bekalan makanan dan sekatan kebebasan amat menyusahkan rakyat.
Orang ramai juga telah kehilangan kebebasan untuk bergerak kerana diadakan perintah berkurung di
merata tempat. Akibatnya orang ramai tidak bebas keluar untuk mencari nafkah.
b) Masalah Perkauman
Pemberontakan komunis telah membangkitkan masalah perkauman di Tanah Melayu. Ini memberi kesan
penting kepada keadaan politk khusunya kerana ramai ahli PKM adalah orang Cina dan ramai orang Melayu pula berkhidmat dengan pasukan bersenjata kerajaan. Dapatlah dikatakan bahawa orang Melayu berperang dengan orang Cina dalam zaman darurat dan masalahsalah ini berlanjutan sehingga masalah ini mengoncang kedudukan sosiopolitik Tanah Melayu.
Pemimpin-pemimpin pelbagai kaum seperti Dato Onn,EEC Thuraisingham dan Tan Cheng Lock telah
berusaha untuk meredakan ketegangan dengan penuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum pada tahun 1919 yang merupakan satu percubaan untuk mewujudkan perasaan muhibah di kalangan penduduk Tanah Melayu.
Sebagai usaha untuk mengurangkan lagi sokongan orang Cina kepada PKM Sir Henry Gurney telah
menggalakkan orang Cina menubuhkan parti politik contohnya ahli-ahli Cina dalam Majlis Perundangan Persekutuan seperti Tan Cheng Lock telah mengasaskan penubuhan Malayan Chinese Association(MCA). Pertubuhan politik berhaluan kanan ini dapat mengubah sikap orang Cina terhadap isologi komunis.
c) Melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan
Pada tahun 1950an pihak Inggeris sedar akan rancangan untuk menghapuskan pengaruh komunis yang seharusnya melibatkan kebajikan dan kepentingan ramai. Sebagai langkah pertama pihak kerajaan Inggeris cuba menyelesaikan soal kewarganegaraan. Pada tahun 1952 syarat kewarganegaraan dipinda yang membolehkan kira-kira 1 200 000 orang Cina dan 180 000 orang India menjadi warganegara Tanah Melayu.

d) Pengubahsuaian Dasar Pendidikan Kebangsaan
Sistem pendidikan penjajah telah menegangkan hubungan antara kaum oleh itu kandungan semua
sukatan pelajaran bagi semua jenis sekolah di Tanah Melayu telah digubal dan ianya hendaklah berkaitan dengan hal ehwal negara ini. Bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah. Adalah diharapkan penggunaan
Bahasa Melayu dapat memupuk semnagat persefahaman di kalangan masyarakat. Selain itu skim latihan guru yang membolehkan guru-guru mendapat latihan permulaan di Kirby(Liverpool) dan selanjutnya Brinsford (Birmingham) diharap dapat menghapuskan semangat kenegeriaan.
B) KESAN EKONOMI
a) Kegiatan ekonomi merosot
Pelaksanaan darurat telah meninggalkan kesan ekonomi terhadap rakyat dan negara. Di bawah Rancangan Briggs pihak British telah memindahkan penduduk-penduduk Cina yang tinggal berhampiran dengan hutan ke kampung-kampung baru. Kumpulan ini disyaki membantu PKM dengan memberi bekalan makanan dan ubat-ubatan. Oleh itu kumpulan ini telah dipindahkan ke Kampung-Kampung Baru yang dilengkapi dengan semua kemudahan dan dipagari dengan kawalan rapi.
Didapati di bawah Rancangan Briggs seramai 573 000 orang dipindahkan dan perbelanjaan yang
diperuntukkan ialah $7 juta pada tahun 1950. Jumlah ini meningkat lagi menjadi $133 juta pada tahun 1954. Peruntukan ini merupakan satu beban kepada British kerana Tanah melayu berada dalam keadaan muflis selepas Perang Dunia Kedua.
Serangan gerila dan dasar bumi hangus yang dijalankan oleh PKM melumpuhkan ekonomi negara.
Pengangkutan darat tergendala kerana kerana jalan raya disekat di kawasan-kawasan yang dianggap di bawah pengaruh komunis atau di mana komunis pernah melakukan sabotaj. Keganasan komunis mengendalakan rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi. Komunis memusnahkan sumber-sumber hasil begara ini sebagai strategi utama untuk menewaskan Inggeris dan menubuhkan republik komunis di Tanah Melayu.
b) Perdagangan Terjejas
Pengisytiharan perintah berkurung menggangu pengurusan perdagangan dengan licin kerana ia menghadkan sistem perhubungan dan epngangkutan. Keadaan Tanah Melayu tidak aman ini menyebabkan pelabur-pelabur tidak lagi berminat untuk melabur dalam urusan perdagangan. Keadaan ini menyebabkan ekonomi Tanah Melayu merosot. Kerajaan terpaksa menjalankan rancangan pembangunan untuk memperbaiki semuala kawasan yang dimusnahkan oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak $15 ribu hingga $1 juta setiap hari untuk pembangunan rakyat dan negara. Oleh itu rancangan pembangunan tidak dapat dijalankan kerana keadaan kewaangan yang tidak stabil.
C) KESIMPULAN
Apabila Tanah Melayu mencapai taraf kemerdekaan pada tahun 1955, Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman telah menawarkan rundingan dengan PKM. Rundingan yang diadakan di baling itu walau bagaimanapun gagal dan
-PKM meneruskan rancangan perang gerilanya sementara kerajaan memperhebatkan rancangan membenteras komunis.
Keganasaan komunis begitu merosot dari masa kesemasa sehingga pada tahun 1960 kerajaan mampu
mengisytiharkan darurat tamat di seluruh negara.

SOALAN 4 PERCUBAAN K2 PAHANG 2012

4. Huraikan faktor-faktor perkembangan perusahaan getah di Malaysia pada penghujung abad ke-19 hingga awal abad ke -20 
A: PENDAHULUAN
- Sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum penjajahan British adalah bersifat saradiri dan komersil.
Selepas kedatangan British ke Tanah Melayu kegiatan ekonomi telah berkembang pesat samada dalam bidang perlombongan ataupun pertanian.
- Perkembangan getah telah bermula pada akhir abad ke-19 dan ianya telah diperkenalkan oleh Sir
Henry Wickham sebagai tanaman penganti kepada tanaman kopi yang telah terhenti akibat kejatuhan harga kerana persaiangan hebat daripada pengeluaran dari Brazil. Berbagai factor telah menyumbang kepada perkembangan getah sebelum Perang Dunia Kedua
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN GETAH
A: Sumbangan Atau Peranan H.N Ridley
- Sumbangannya merupakan factor yang paling penting mempengaruhi perkembangan
perusahaan getah di Tanah melayu. Beliau merupakan Pengarah Botanical garden di Singapura. Beliau juga telah memaklumkan kepada orang ramai tentang kesesuaian tanaman getah di Tanah Melayu berdasarkan kesesuaian tanah tanihnya.
- Beliau telah memujuk peladang-peladang tempatan utk menanam getah. Usaha beliau yang
bersungguh-sungguh menyebabkan orang ramai menggelarnya ‘Ridley Getah’ atau ‘Ridley Gila’. Oleh itu pada tahun 1888 beliau telah mempopularkan tanaman getah dan menyebarkan maklumat tersebut kepada orang ramai tentang kepentingannya. Hasil daripada usaha dan penyelidikannya peladang-peladang telah menaruh minat terhadap penanaman getah dan turut membuka ladang-ladang baru.
- Beliau juga turut memperkenalkan kaedah mengangkut benih getah dengan cara membalut anak-
anak getah dengan arang yang lembab dan kaedah mengikat anak benih dengan benang yang basah supaya biji benih tahan lama. Beliau juga memperkenalkan sistem torehan mengikut sistem ibedem atau sistem tulang ikan herring pada tahun 1897 dan digunakan dengan meluas pada tahun 1904. Hasil usaha Ridley telah menarik minat peladang tempatan untuk menanam getah dan membuka ladang baru. Pada mulanya hanya beberapa orang Cina saha yang berminat contohnya Tan Choy Yan yang telah menanam 16 hektar pada tahun 1896.
B: Permintaan Meningkat
- Harga getah pada tahun 1918 berharga $5.50 iaitu memperolehi permintaan yang tinggi
dari dalam dan luar negeri. Permintaan yang tinggi dan banyak ini adalah disebabkan oleh tujuan kegunaan industri-industri yang semakin bertambah. Contohnya kilang kasut seperti Bata dan tayar seperti Dunlop. Kewujudan barangan tersebut adalah disebabkan oleh perkembangan pengeluaran kereta di Amerika Syarikat(1910) iaitu 1/2 juta jumlah kenderaan telah dikeluarkan di negara tersebut iaitu kesan revolusi perindustrian.
- Secara tidak langsung turut mewujudkan kemasukan pelabur asing khusunya orang-orang Eropah
antaranya Britain, Amerika Syarikat, Belanda dan lain-lain. Hal yang turut mewujudkan pembukaan ladang-ladang baru iaitu peningkatan daripada kawasan penanaman daripada ekar kepada hektar. Contohnya syarikat gergasi Eropah antaranya Dunlop dan Michelin. Hasil daripada permintaan yang tinggi dan kenaikan harga getah Tanah Melayu telah muncul sebagai pengeluar getah terbesar di dunia. Pengeluaran getah meningkat pada tahun 1905 sebanyak 400 tan dan bertambah kepada 11 000 tan pada tahun 1911 seterusnya 212 000 pada tahun 1922.

C) Kejatuhan harga kopi
- Pada tahun 1875 harga bagi sepikul ilah $45, tetapi menjelang 1899 harganya telah menurun kepada
$19 sepukul. Keadaan ini adalah disebabkan oleh penawaran yang lebih daripada permintaan yang mendatangkan kesan kepada pengeluaran kopi, contohnya di Sao Paulo, Brazil. Selain itu keadaan ini turut ditambah dengan masalah serangan penyakit kopi iaitu serangan kupu-kupu Beehawk.
D) Tenaga Buruh India
- Kesan daripada kemasukan imigran asing seperti India. Imigran India dibawa masuk melalui sistem Kontrak dan Kangani. Mereka menjalankan kerja-keraja penanaman, penorehan dan pemprosesan. Kemasukan imigran ini juga untuk mengatasi masalah kekosongan buruh di sector itu kerana orang Melayu dikatakan tidak berminat bekerja di ladang getah sebaliknya lebih menumpukan kepada kegiatan penanaman padi dan nelayan.
- Pengambilan buruh India juga kerana mereka mempunyai kelebihan seperti patuh pada arahan ketua,
bayaran yang murah,mempunyai pengalaman mengusahakan ladang-ladang getah. Buktinya pada 1900, 20 000 orang yang dibawa masuk dan bilangannya bertambah kepada 48 000 orang pada tahun 1910.
D) Dasar kerajaan British
- Di samping mewujudkan kestabilan politik, penubuhan NNMB pada tahun 1896 juga telah
menggalakkan penanaman getah secara ladang oleh orang ramai. Pada tahun 1897 kerajaan mengenakan cukai tanah yang rendah iaitu sebanyak 10 sen setiap ekar buat 10 tahun pertama.
- Selepas 10 tahun kadar ini dinaikkan kepada 50sen satu ekar. Kerajaan juga mengenakan duti yang
rendah ke atas getah iaitu hanya 2.5% bagi 15 tahun yang pertama. Selepas tempoh tersebut duti dinaikkan
kepada 5%. Agensi-agensi dan syarikat-syarikat Eropah menggunakan insentif ini untuk membuka ladang-ladang besar. Menjelang tahun 1910 di Selangor shj terdapat 142 buah estet getah. Pada tahun 1899 demi meningkatkan hasil getah kerajaan telah memperuntukkan wang berjumlah $4000 bagi menjalankan penyeledikkan getah.
e) Peranan Pusat Penyelidikan
- Kerajaan telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah pada tahun 1926 di Kuala Lumpur untuk
menjalankan penyelidikan teknik bagi memajukan perusahaan getah. Penyelidikan yang dijalankan telah menghasilkan beberapa kejayaan antaranya ialah menghasilkan cara-cara menanam yang saintifik, memperkenalkan klon-klon getah yang bermutu tinggi untuk meningkatkan hasil dan mutu getah, menemui kaedah menoreh secara sintifik, mengawal penyakit dan serangan serangga pokok getah,memproses susu getah supaya dapat dieksport dalam bentuk susu,mencipta cara mengawet dan memekatkan susu getah yang baik dan menggunakan baja kimia untuk menyuburkan dan membolehkan pokok getah hidup subur dan menghasilkan lebih banyak susu getah.
F) KESIMPULAN
- Secara umumnya perusahaan getah telah berkembang pesat kerana terdapatnya factor dalaman dan
factor luaran yang banyak membantu.
- Walau bagaimanapun semasa zaman kemelesetan ekonomi dunia, perusahaan telah merosot. Walau
bagaimanapun dapatlah dikatakan perusahaan telah menyumbang kepada peningkatan ekonomi Tanah Melayu.

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...