Khamis, 20 September 2012

PERCUBAAN SELANGOR 2012

Bahagian A

Jawab dua soalan sahaja

1 Jelaskan hirarki sistem politik Melayu tradisional sebelum campur tangan British.

2 Bincangkan struktur feudal masyarakat Melayu tradisional sebelum 1874.

3 Bincangkan kebangkitan gerakan anti British di Perak dan Pahang pada abad ke -19.

4 Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu  dari tahun 1870 hingga 1942.

5 Huraikan reaksi penduduk pribumi terhadap campur tangan British di Sabah dari akhir abad ke -19 hingga awal abad ke- 20.

6 Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa dari tahun 1957hingga tahun 1963.

Bahagian B

Jawab dua soalan sahaja

7 Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Cina sebelum kedatangan Barat.

8 Bincangkan struktur masyarakat feudal yang terdapat di negara China dan Vietnam sebelum
penglibatan kuasa-kuasa Barat.

9 Jelaskan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun pada abad ke-19.

10 Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa barat di India dan Vietnam pada abad ke-19.

11 Bandingkan faktor meletusnya revolusi yang berlaku di China 1911 dan Siam 1932.

12 Jelaskan ciri pemerintahan republik antara China dengan Indonesia dari tahun 1949 hingga 1960.

PERCUBAAN KELANTAN 2012

SEJARAH 2 PERCUBAAN KELANTAN 2012
Bahagian A



  1. Bincangkan hukum adat yang diamalkan di Malaysia sebelum kedatangan British 1874.                                                                                                                            [25]
  2. Huraikan sistem ekonomi yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan British 1874.                                                                                                                 [25]
  3. Bincangkan penentangan masyarakat tempatan terhadap pentadbiran British di Kelantan (1915) dan Terengganu (1926).                                                                  [25]
  4. Kedatangan golongan imigran ke Tanah Melayu merupakan faktor utama perkembangan bijih timah dan getah pada awal abad ke-20. Bincangkan.               [25]
  5. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1941 hingga 1945.                                                                                                                                [25]
  6. Jelaskan penglibatan Malaysia dalam Persatuan Asia Tenggara (ASA), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Komenwel selepas tahun 1957.                        [25]
 Bahagian B
Jawab dua soalan sahaja.

  1. Bincangkan adat-adat yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di India dan Siam sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat.                                                                 [25]
  2. Bincangkan dasar pemencilan (isolasi) yang diamalkan di China dan Vietnam sehingga pertengahan abad ke-19.                                                                             [25]
  3. Bandingkan pembaharuan Maharaja Meiji di Jepun dan pembaharuan British di Myammar sehingga awal abad ke-20.                                                                       [25]
  4. Sejauh manakah kelemahan institusi beraja di China dan Thailand telah mencetuskan Revolusi China 1911 dan Revolusi Thai 1932.                                                         [25]
  5. Bincangkan peranan golongan pelajar dalam Gerakan 4 Mei 1919 di China dan golongan Thakin di Myammar 1932 hingga 1948.                                                   [25]
  6. Jelaskan pembaharuan-pembaharuan yang dijalankan oleh Amerika Syarikat (SCAP) di negara Jepun antara tahun 1945 hingga 1952.                                                       [25]

Ahad, 9 September 2012

SOALAN 12 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012

12. Bandingkan peranan Sukarno dan Mahatma Gandhi dalam gerakan nasionalisme
di Indonesia dan India sehingga Perang Dunia Kedua.


A. Pengenalan ( 2 @ 3 M )
1. Mahatma Gandhi telah dilahirkan pada 2 hb Oktober 1869 di Perbandar,Gujerat
di India barat. Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga Hindu yang berfikiran
ortodoks. Beliau memperolehi ijazah undang-undang di Britain ketika berusia 19
tahun dan pernah berkhidmat di Bombay dan Afrrika Selatan. Beliau berjuang
menentang dasar apartheid di Afrika Selatan selama 21 tahun. Mahatma Gandhi
telah melibatkan diri dalam politik selepas Perang Dunia Pertama dengan
menyertai Parti Kongres Kebangsaan India pada tahun 1919.
2. Berbanding dengan Sukarno pula yang dilahirkan pada 6 hb Jun 1901 di Blittar
Jawa Timur. Ibunya Ida Ayu Nyoman Rai, keturunan Bali dan bapanya pula
Raden Sukemi seorang guru keturunan Jawa.Beliau mendapat pendidikan awal
di sekolah Tinggi Belanda di Surabaya. Antaratahun 1921-1926, beliau telah
melanjutkan pelajaran ke Maktab Teknik Bandung dalam bidang kejuruteraan.
Pada tahun 1925, beliau telah menubuhkan Kelab Pelajar Bandung bersama
rakan-rakannya. Pada tahun1926, beliau telah menerima Ijazah dalam bidang
kejuruteraan.
B. Isi ( 20 M )
1. Peranan Mahatma Gandhi dalam gerakan nasionalisme India ( 10 M )
a) Pada tahun 1919, Gandhi telah melaksanakan bantahan yang dikenali
sebagai Penentangan Pasif apabila British bertindak menguatkuasakan Akta
Rowlatt pada tahun 1919. Dalam bantahan ini penduduk India diarahkan agar
tidak mematuhi undang-undang baru tersebut secara aman sehingga
undang-undang tersebut ditarik balik. Tindakan ini menyebabkan Gandhi
semakin popular dikalangan masyarakat India.
b) Pada tahun 1920, Gandhi telah melancarkan satu perarakan secara besarbesaran
di seluruh negara yang dikenali sebagai Satyagraha atau
Penentangan Tanpa Kekerasan. Melalui penentangan ini mereka tidak
bekerjasama dengan British, menutup kedai dan mengadakan
mogok.Malangnya British bertindak balas menentang perarakan tersebut
dengan cara membunuh dan mencederakan seramai 2000 orang awam.
Tragedi ini dikenali sebagai Pembunuhan Beramai-ramai di Amritsar.
c) Akibat peristiwa ini, pada bulan Ogos 1920, Gandhi telah melaksanakan
dasar tidak bekerjasama dengan British dengan cara memulaukan majlis
perundangan, mahkamah, kolej dan sekolah.
d) Tindakan ini telah menyebabkan tercetusnya rusuhan pada tahun 1922. Ini
menyebabkan Gandhi terpaksa membatalkan dasar tidak bekerjasama
dengan British. Akibat peristiwa ini, British bertindak menangkap dan
menjatuhkan hukuman penjara terhadap Gandhi sehingga beliau dibebaskan
pada tahun 1924.

e) Pada tahun 1929, British mencadangkan satu persidangan meja bulat bagi
membincangkan isu perlembagaan baru. Namun begitu Parti Kongres yang
bersidang di Lahore pada tahun 1929 telah meluluskan satu resolusi menolak
Persidangan Meja Bulat kerana mereka hanya mahukan kemerdekaan
negara India.
f) Apabila pihak British bersikap dingin terhadap tuntutan Parti Kongres, maka
Parti Kongres bertindak melancarkan Pergerakan Penderhakaan Awam pada
tahun 1930. Dalam pergerakan ini Gandhi telah mengambil bahagian dalam
perbarisan berjalan kaki sejauh 330 km sebagai tanda bantahan terhadap
kerajaan yang mewajibkan rakyat membeli garam dari kerajaan. Pada masa
ini garam merupakan barangan yang dimonopoli oleh kerajaan.
g) Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pihak British telah bekerjasama
dengan Parti Kongres dan menganjurkan Persidangan Meja Bulat Kedua di
London pada tahun 1931.Gandhi telah hadir dalam persidangan tersebut.
Rundingan antara Gandhi dengan Wizurai Lord Irwin telah menghasilkan
Pakatan Gandhi-Irwin 1931. Menurut pakatan ini Gandhi bersetuju
membatalkan kempen melanggar perintah awam.Sementara British pula
bersetuju menarik balik segala langkah dan tindakan kekerasan serta
memberi jaminan untuk membebaskan nasionalis India yang ditahan.
h) Bagaimanapun, hasil rundingan tersebut tidak dapat dilaksanakan apabila
Parti Konservatif yang mengambil alih kerajaan Britain telah bertindak tegas
terhadap Parti Kongres.Sikap kerajaan British yang enggan bertolak ansur
menyebabkan Gandhi pulang ke India dan meneruskan kembali kempen
melanggar perintah awam dan memulaukan barangan British. Akibatnya
British bertindak menangkap Gandhi dan Parti Kongres diistyharkan sebagai
sebuah parti yang tidak sah.
i) Hubungan antara British dengan masyarakat India semakin tegang apabila
British mengistyharkan Anugerah Perkauman pada bulan ogos1932.Gandhi
yang berada dalam tahanan ketika itu telah membantah tindakan kerajaan
British tersebut dengan melancarkan mogok lapar dalam penjara.Tindakan
mogok lapar ini telah diberhentikan oleh Gandhi apabila beliau bersetuju
dengan Pakatan Poona yang dibuat oleh British.
j) Dalam Persidangan Meja Bulat Ketiga yang diadakan pada tahun 1932, pihak
British telah memutuskan beberapa usul untuk memulihkan kerajaan India.
Usul ini telah diterima oleh parlimen India dan akhirnya diluluskan sebagai
Akta Kerajaan India 1935 yang menjadi asas kemerdekaan India.
2. Peranan Sukarno dalam Gerakan Nasionalisme Indonesia ( 10 M )
a) Peranan Sukarno dalam Parti Nasionalis Indonesia.
i. Menubuhkan Parti Nasionalis Indonesia ( PNI) pada 4 Julai 1927 untuk
menuntut kemerdekaan penuh bagi Indonesia dengan cara menyatukan
seluruh rakyat Indonesia dan melaksanakan dasar tidak bekerjasama dengan
Belanda.
ii. Melaungkan slogan Perpaduan Nasional dan berdikari dalam kalangan rakyat
Indonesia dan menerbitkan akhbar Persatuan Indonesia bagi menyebarkan
konsep nasionalismenya.

iii. Berjuang untuk menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi di
Indonesia.
iv. Mengukuhkan kesatuan-kesatuan sekerja, memajukan syarikat-syarikat
kerjasama dan membantu pendidikan nasional di Indonesia terutamanya
Sekolah-Sekolah Taman Siswa.
v. Menyeru rakyat Indonesia memulaukan Volksraad dan Perkhidmatan Awam
di Indonesia.
vi. Di bawah pimpinan Sukarno, bahagian pemuda PNI telah menganjurkan satu
kongres pemuda pada 28 hb Oktober 1928 yang telah menghasilkan sumpah
pemuda. Sumpah pemuda ini melaungkan slogan Satu Negara, Satu Bangsa
dan Satu Bendera iaitu Sang Saka Merah Putih dengan lagu kebangsaannya
Indonesia Raya. Sumpah pemuda ini menyebabkan perkataan Indonesia
benar-benar menjiwai perjuangan nasionalisme mereka.
vii. Pada 17 Disember 1928, Sukarno telah berjaya menyatukan hampir semua
pertubuhan nasionalis di Indonesia dalam satu Persekutuan Permuafakatan
Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI)yang longgar. PPPKI
telah disertai oleh Sarekat Islam, Budi Ottomo,Pasuendan,Ikatan Sumatera,
Kelab Pelajar Surabaya dan PNI sendiri.
viii. Sukarno juga bertanggungjawab bagi kepopularan PNI. Ini kerana Sukarno
merupakan ahli pidato yang lantang dan berkarisma. Pidato Sukarno yang
berapi-api telah menambahkan sokongan rakyat terhadap perjuangan PNI. Ini
menyebabkan PNI muncul sebagai sebuah parti nasionalis yang paling kuat
dan berpengaruh di Indonesia. Menjelang tahun 1929, jumlah anggota PNI
ialah 10,000 orang dengan cawangan-cawangannya di Pulau Jawa dan
pulau-pulau di luar Pulau Jawa.
ix. Kepopularan PNI dan sifat antipenjajahnya amat membimbangkan kerajaan
Belanda. Justeru itu, Belanda bertindak menarik balik lesen penerbitan
akhbar Persatuan Indonesia dan menangkap Sukarno serta 7 orang
pemimpin PNI yang lain pada 24 Disember 1929. Sukarno telah dijatuhkan
hukuman penjara selama 3 tahun. Serentak dengan itu PNI telah diharamkan
dan seterusnya dibubarkan pada bulan April 1931.
b. Peranan Sukarno dalam Parti Indonesia ( PARTINDO )
i. Sukarno telah dibebaskan dari penjara oleh Belanda pada bulan Jun 1931.
Setelah dibebaskan, Sukarno cuba menyatukan gerakan–gerakan yang
bersifat revolusiner di Indonesia bagi menentang Belanda, tetapi gagal.
ii. Justeru itu, pada bulan ogos 1932, Sukarno telah menyertai Parti Indonesia
( PARTINDO ). Beliau telah menjelajah ke seluruh Indonesia untuk
menyampaikan pidatonya serta menyeru mereka menyertai PARTINDO.
Tindakan ini menyebabkan keanggotaan PARTINDO bertambah dengan
pesat. Buktinya pada bulan Februari 1932, anggota PARTINDO hanyalah
seramai 3000 orang sahaja. Namun menjelang bulan Ogos 1933, jumlah
anggota PARTINDO telah meningkat kepada 20, 000 orang.
iii. Kegiatan Sukarno dalam PARTINDO dianggap mengancam Pemerintahan
Belanda di Indonesia. Akhirnya Sukarno ditangkap sekali lagi pada bulan

Ogos 1933 dan dibuang ke Flores dan seterusnya ke Bangkulan serta
dipenjarakan di sana.
C. Penutup ( 2 @ 3 M )
1.. Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa Mahatma Gandhi telah memainkan
peranan penting dalam gerakan nasionalisme di India.Perjuangan Gandhi dalam
gerakan nasionalisme ini telah meletakan asas bagi India mencapai
kemerdekaan. Hasil daripada perjuangan beliau telah memaksa British untuk
mengisytiharkan kemerdekaan India pada 15 hb Ogos 1947.
2. Sementara perjuangan Sukarno pula telah berakhir dengan kemerdekaan
Indonesia. Kejayaan ini telah menyebabkan Sukarno diisytiharkan sebagai
Presiden Republik Indonesia yang pertama.

SOALAN 11 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012

11. Bincangkan peranan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China dan
Myanmar sehingga pertengahan abad ke 20.


A. Pengenalan ( 2@3 M)
1. Penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China pada awal
abad ke 20 dapat di kesan melalui peristiwa gerakan 4 Mei yang tercetus pada
tahun 1919. Matlamat gerakan 4 Mei adalah untuk mendapatakan kembali
semenanjung Shantung daripada pihak Jepun dan menolak 21 tuntutan Jepun ke
atas negara China.
2. Sementara penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di
Myanmar pada awal abad ke 20 di kesan melalui penubuhan Persatuan Belia
Buddha pada tahun 1906, Persatuan Dobama 1930 dan liga Pemuda Myanmar
1931. Pada tahun 1935 Persatuan Dobama dan liga Pemuda Myanmar telah
bergabung membentuk pertubuhan Dobama Asiayone dan anggota-anggotanya
menggelarkan diri mereka dengan gelaran Thakin yang bermaksud tuan.
Matlamat perjuangan mereka ialah mendapatkan kemerdekaan Myanmar
daripada pihak British.
B. Isi (20 M)
Peranan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China ( 10 M )
1. Gerakan 4 Mei telah menonjolkan peranan golongan pelajar sebagai pembela
kepentingan nasional di China. Melalui gerakan 4 Mei ini, golongan pelajar telah
memainkan peranan penting membangkitkan semangat nasionalisme di
kalangan rakyat China. Ini jelas terbukti bila mana demontrasi yang dimulakan
oleh golongan pelajar telah mengakibatkan demontrasi dan pemogokan di
seluruh negara China.
2. Bagi menentang tuntutan Jepun, pelajar China turut memainkan peranan
memupuk sentimen anti- Jepun dengan cara memulaukan barangan buatan
Jepun. Pemulauan ini telah mendapat sokongan orang ramai termasuklah Dr
Sun Yat Sen.
3. Penentangan yang dilakukan oleh orang cina terhadap keputusan Persidangan
Versailles telah membawa kepada Persidangan Washington pada 21 November
1921. Melalui Persidangan Washington ini, Jepun bersetuju mengembalikan
wilayah Shantung kepada China dan menggugurkan 21 tuntutan ke atas negara
China.
4. Kegiatan golongan pelajar dalam gerakan 4 Mei telah melemahkan kerajaan
Hulubalang yang menguasai kerajaan China di Peking. Sebaliknya gerakan
Pelajar ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan Parti Kaomintang sehingga
berjaya menubuhkan Kerajaan Nasionalis di Nangking pada tahun 1928.
5. Melalui peristiwa gerakan 4 Mei, golongan pelajar dan intelek China amat tertarik
dengan ideologi Karl Mark dan Bolshevik sehingga membawa kepada
penubuhan Parti Komunis China pada tahun 1921.
6. Melalui gerakan 4 Mei golongan pelajar turut memainkan peranan menghasil dan
menyebarkan bahan-bahan bacaan samaada terjemahan dari barat atau di

hasilkan sendiri oleh golongan intelek China kepada masyarakat Cina. Mereka
turut mengkritik kebudayaan tradisional China yang berasaskan ajaran Confucius
kerana banyak ideanya bertentangan dengan kemajuan dan perkembangan
intelektual moden. Mereka menyokong pembentukan negara China yang moden
berasaskan sains dan idea barat.
7. Gerakan 4 Mei turut meningkatkan kedudukan golongan wanita kerana ia turut
melibatkan pelajar-pelajar wanita yang turut menyertai demontrasi-demontrasi
yang diadakan,
Peranan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme Myanmar. ( 10 M )
1. Peranan golongan pelajar melalui Persatuan Belia Buddha.
a) Melancarkan protes terhadap pemakaian kasut oleh orang Eropah dalam
rumah berhala dan pagoda.
b) Menuntut kerajaan British melaksanakan pembaharuan-pembaharuan
perlembagaan yang sama seperti yang diperkenalkan oleh British di India
melalui sistem pemerintahan dua lapis (diarchy) pada tahun 1919.
c) Mengatur dan mengawal satu pemogokan pelajar sebagai membantah
keputusan British untuk meninggikan taraf bagi memasuki universiti
Ranggoon dan markah kelulusan peperiksaan.
2. Peranan golongan Thakin.
a) Melancarkan pemogokan bagi membantah tindakan disiplin yang di kenakan
ke atas U Nu iaitu Presiden Persatuan Pelajar universiti Ranggoon dan Aung
San iaitu Setiausaha Persatuan pelajar Universiti Ranggoon serta menuntut
pindaan Akta Universiti 1920.
b) Mengambil bahagian dalam pilihan raya yang pertama di Myanmar melalui
parti politik mereka sendiri iaitu Komin-Kochin pada tahun 1936.
c) Menubuhkan persatuan atau pertubuhan bagi mendapatkan sokongan
golongan petani dan pekerja seperti Persatuan Kaum Petani Se Burma, Liga
Penanaman Padi Se Burma dan Kongres Buruh Seluruh Burma.
d) Menubuhkan Blok Kebebasan bersama Dr Ba Maw semasa perang dunia ke
2 bagi menuntut beberapa konsesi dari pihak British bagi penyertaan
Myanmar dalam perang dunia ke 2.
e) Mengadakan pakatan dengan Jepun melancarkan serangan terhadap British
di Myanmar. Atas usaha golongan Thakin Jepun telah memberi kemerdekaan
kepada Myanmar pada 1 hb ogos 1943.
f) Menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasist bersama pertubuhan
nasionalis Myanmar yang lain pada tahun 1944 untuk menentang Jepun.
g) Mengetuai delegasi Myanmar ke London bagi menuntut kemerdekaan
Myanmar dari pihak British. Akhirnya kemerdekaan Myanmar diisytiharkan
pada 4 hb Januari 1948 dengan Thakin U Nu sebagai perdana menteri.
C. Penutup ( 2 @ 3 M )
1. Golongan pelajar memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di
China dan Myanmar.
2. Penglibatan golongan pelajar telah berjaya menyatukan rakyat di kedua-dua
negara tersebut dalam usaha menentang imperialisme barat.

SOALAN 10 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012

10. Bandingkan pembaharuan-pembaharuan Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji
pada abad ke-19.


A. Pengenalan (2 @ 3 M)
1. Raja Chulalongkorn (Rama V) merupakan Putera Mongkut dan baginda merupakan
raja yang berwibawa setanding dengan ayahandanya Raja Mongkut.
2. Baginda menaiki takhta ketika berusia 16 tahun selepas kematian ayahandanya Raja
Mongkut dan pembesar yang paling kanan, Chao Phraya Sri Suriawongse telah
dilantik menjadi pemangku raja.
3. Manakala, pada penghujung tahun 1867, Mutsuhito menaiki takhta pada usia 16
tahun dan menggunakan gelaran Maharaja Meiji yang bermaksud ‘pemerintah yang
terang menyinari’. Mutsuhito menjadi ‘pemegang kuasa’ di Jepun dan baginda telah
menjadi asas kepada pengekalan institusi maharaja di Jepun sehingga kini.
4. Pada tahun 1868, berlaku satu peristiwa bersejarah di Jepun, iaitu Pemulihan Meiji.
Pemulihan Meiji ini bermakna maharaja kembali kepada kedudukan sebenarnya,
iaitu sebagai ketua masyarakat yang tertinggi di Jepun.
B. Isi (20 M)
Pembaharuan Raja Chulalongkorn (10 M)
Aspek Politik dan Pentadbiran
1. Dasar Buka Pintu
a) Baginda telah meneruskan dasar buka pintu yang dimulakan oleh ayahandanya,
Raja Mongkut. Beberapa perjanjian yang telah ditandatangani, antara Thailand
dengan beberapa negara Barat seperti Perjanjian Perdagangan dengan Belgium,
Itali, Sweden dan Norway pada tahun 1868 dan perjanjian dengan Jerman pada
tahun 1872.
2. Dasar Diplomasi Wilayah
a) Raja Chulalongkorn juga mengadakan dasar diplomasi wilayah dengan
menyerahkan wilayah pengaruh Thailand kepada Perancis dan British.
b) Laos dan Kemboja diserahkan kepada Perancis dan Negeri-negeri Melayu Utara
diserahkan kepada British.
3. Hubungan peribadi dan diplomatik
a) Hubungan peribadi dan diplomatik juga diadakan dengan ketua-ketua negara
seperti Maharaja William II (Jerman), Tsar Nicholas II (Rusia), Prince Of Wales
(England) dan Presiden Loubet (Perancis)
b) Pada tahun 1897 dan 1907, baginda sendiri melawat Eropah demi mengekalkan
kemerdekaan, kemodenan dan kedaulatan Thailand agar tidak dijajah dan
dikuasai oleh mana-mana kuasa Barat.
4. Penasihat dari Barat
a) Raja Chulalongkorn turut membawa masuk dan menggajikan penasihat dari
Barat untuk membantu dalam usaha pemodenan Thailand.
b) Rolin Jacquemins (berbangsa Belgium) merupakan penasihat amnya.

c) Penasihat British pula diletakkan di Kementerian Undang-undang, penasihat
Jerman di Jabatan Kereta Api, penasihat dari Denmark pula dalam Angkatan
Laut dan penasihat Itali diletakkan dalam kerja-kerja pembinaan.
5. Pemusatan pentadbiran dan pemerintahan
a) Chulalongkorn menjalankan usaha pemusatan pemerintahan, iaitu dengan
menubuhkan 12 kementerian untuk menggantikan struktur pemerintahan dan
pentadbiran lama.
b) Pada tahun 1892, seluruh pentadbiran Thailand diletak dan diserahkan kepada
Kementerian Dalam Negeri Thailand.
c) Kementerian ini telah diterajui oleh Putera Damrong dan ini menyebabkan sistem
autonomi daerah turun-temurun itu ditamatkan.
d) Bagi melancarkan dan melicinkan sistem pentadbiran negara, Thailand telah
dibahagikan kepada18 monthon, maung dan amphur.
e) Chulalongkorn turut menubuhkan perbendaharaan moden di Thailand dengan
bantuan dan nasihat daripada penasihat kewangan British.
f) Dengan bantuan Rolin Jacquemins, sistem perundangan ala-Barat telah
diperkenalkan. Manakala di bawah penyeliaan Putera Rabi, Kementerian
Keadilan telah ditubuhkan.
Aspek ekonomi
1. Perdagangan asing dan pertanian
a) Tindakan Raja Chulalongkorn menggalakkan bentuk perdagangan asing dengan
British telah menjadikan British sebagai pelabur utama di Thailand.Bank-bank
British dan Perancis telah ditubuhkan di Thailand.
b) Selain perdagangan, bidang pertanian turut menjadi keutamaan Raja
Chulalongkorn.Kawasan- kawasan penanaman padi ditambah dan diperluaskan.
c) Di samping itu, projek-projek pengairan dan pembinaan jalan-jalan kereta api
telah dilaksanakan. Usaha pembaharuan Chulalongkorn turut terpapar apabila
baginda merupakan satu-satunya raja Charki yang berjaya memulakan
rancangan membina landasan kereta api dari Bangkok ke Korat yang
kemudiannya menjadi sistem pengangkutan penting terutama untuk
perdagangan Thailand.
Aspek sosial
1. Bidang pendidikan
a) Raja Chulalongkorn telah mendirikan sekolah-sekolah untuk golongan
bangsawan dan rakyat jelata.
b) Sekolah kerajaan yang pertama telah ditubuhkan di Bangkok pada tahun 1884.
c) Hampir setiap tahun Raja Chulalongkorn telah menghantar seramai 300 orang
pemuda Thailand ke luar negeri bagi melanjutkan pelajaran.
d) 3 buah sekolah kerajaan yang dikuasai sepenuhnya oleh guru-guru British telah
ditubuhkan pada tahun 1890-an.Antaranya adalah Sekolah Sunandalaya
(sekolah untuk pelajar perempuan bangsawan), Maktab Raja (untuk bangsawan
lelaki) dan sebuah lagi sekolah untuk anak-anak lelaki golongan kelas
pertengahan.

2. Bidang perhubungan dan pengangkutan
a) Raja Chulalongkorn telah mempertingkatkan sistem perhubungan di
Thailand.Pembinaan jalan- jalan kereta api telah dimulakan. Jalan kereta api
pertama telah dibina antara Bangkok dengan Paknam pada tahun 1893, dan
antara Bangkok dengan Ayuthia pada tahun 1897.
b) Selain itu, Sistem Perkhidmatan Pos dan Telegraf turut dimulakan.
3. Penghapusan adat tradisi
a) Raja Chulalongkorn telah menghapuskan beberapa adat tradisi, antaranya
seperti pada tahun1873, adat sujud di hadapan raja telah dimansuhkan.
b) Selain itu baginda telah meluluskan undang-undang untuk menghapuskan sistem
buruh paksa dan mewajibkan bayaran untuk penggunaan tenaga buruh.Pada
tahun 1905, sistem penghambaan turut dihapuskan.
Pembaharuan Maharaja Meiji (10 M)
Aspek Politik dan Pentadbiran
1. Pemusatan pentadbiran dan pemerintahan
a) Maharaja Meiji turut berjaya mengekalkan kestabilan politik demi pemodenan
Jepun. Maharaja Meiji juga telah menjalankan sistem pemerintahan berpusat.
b) Pada tahun 1871, sistem feudal secara rasminya telah dihapuskan.
c) Pada tahun 1868, wakil Kerajaan Meiji telah mengisytiharkan pemerintahan
secara langsung di Jepun dan pengumuman ini telah diadakan di seluruh wilayah
Jepun.
d) Pada tahun 1869, daimyo-daimyo Satsuma, Chosu, Tosu dan Hizen telah
menyerahkan wilayah dan keistimewaan feudal mereka kepada Maharaja Meiji.
e) Negara Jepun telah dibahagikan kepada beberapa daerah di bawah gabenor
yang dilantik oleh kerajaan pusat.
f) Selain itu, Kerajaan Meiji telah memberikan pencen tahunan kepada daimyodaimyo.
2. Bidang ketenteraan
a) Maharaja Meiji juga memberikan tumpuan dan keutamaan kepada bidang
ketenteraan dengan memperkenalkan Sistem Kerahan Moden yang terdiri
daripada rakyat biasa yang berumur 20 tahun ke atas.
b) Sistem Kerahan Moden merupakan suatu bentuk kerahan tenaga yang ditiru
daripada Jerman. Kerajaan telah mewajibkan kerahan tenaga terutama golongan
muda supaya berkhidmat dalam angkatan tetap atau simpanan selama 12 tahun
(3 tahun dalam angkatan tetap dan 9 tahun sebagai simpanan).
c) Sistem ini telah menyebabkan jumlah angkatan Jepun bertambah dan sistem
pertahanannya semakin kukuh dengan pembelian senjata moden.
d) Pada tahun 1870, tentera darat moden telah ditubuhkan di bawah Aritomo.
e) Pada tahun 1871, beberapa maktab tentera tentera turut ditubuhkan dan ini
dikendalikan oleh pelatih-pelatih dari Jerman dan Perancis.

Aspek Ekonomi
1. Perindustrian dan perdagangan
a) Maharaja Meiji telah memberikan keutamaan kepada bidang perindustrian.
Kerajaan Meiji dikatakan telah memainkan peranan penting dalam perancangan,
pembiayaan dan pencarian bahan-bahan mentah dan juga pasaran. Satu bentuk
sistem cukai moden telah dilaksanakan.
b) Selain itu, Kerajaan Meiji telah menjual perusahaan-perusahaan yang maju
kepada pihak swasta dengan harga yang murah dan bantuan pinjaman juga
diberikan kepada pihak swasta.
c) Kepakaran dari Barat telah digunakan sepenuhnya dan sistem kewangan
dikemas kini dengan penubuhan bank-bank seperti Bank Tokyo, Bank Jepun dan
Bank Yokohama.
Aspek Sosial
1. Bidang pendidikan
a) Sepertimana Raja Chulalongkorn, Maharaja Meiji juga memperkenalkan sistem
pendidikan moden di Jepun, iaitu pada tahun 1872.
b) Sebuah Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1872. Pendidikan
rendah di Jepun telah berasaskan model Amerika Syarikat.
c) Maharaja Meiji telah menetapkan dan mewajibkan pendidikan rendah di Jepun
selama 3 tahun.
d) Kerajaan telah menubuhkan Universiti Tokyo dan Universiti Imperial di Kyoto,
Kyushu dan Hokkaido.
e) Selain itu, Maktab Teknikal telah ditubuhkan bagi mengekalkan kemahiran
teknikal yang amat diperlukan oleh Jepun bagi tujuan pembangunan fizikal.
f) Maharaja Meiji turut menghantar pelajar-pelajar Jepun melanjutkan pelajaran
dalam bidang sains Barat dan mereka telah dihantar ke Britain, negara Jerman,
Perancis dan Amerika Syarikat.
2. Sistem penubuhan dan pengangkutan
a) Kerajaan Meiji turut memodenkan dan memajukan sistem perhubungan.
b) Jalan kereta api dari Tokyo ke Yokohama telah dibina pada tahun 1871, dari
Osaka ke Kobe pada tahun 1874 dan dari Osaka ke Kyoto pada tahun 1877.
c) Selain itu, Meiji telah mewujudkan sistem telegraf dan perkhidmatan pos.
C. Penutup (2 @ 3 M)
1. Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji merupakan pemimpin yang berusaha
untuk memodenkan negara masing-masing.
2. Dengan usaha ini, Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaannya dan dapat
mempertahankan kedaulatan negaranya daripada dicerobohi dan dijajah oleh
mana-mana kuasa asing.
3. Manakala Jepun pula telah muncul sebagai sebuah negara yang begitu moden
dan berjaya dalam bidang perindustrian.
4. Negara Jepun telah lahir sebagai sebuah kuasa imperialis dunia yang dapat
menguasai negara-negara Asia.

SOALAN 9 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012

9. Huraikan kesan Perjanjian Bowring 1855 dan Perjanjian Nanking 1842.

A. Pengenalan (2@3 M)
1. Perjanjian Bowring telah ditandatangani di antara Raja Mongkut dengan wakil
kerajaan British iaitu John Bowring pada 18 April 1855. Perjanjian ini merupakan
titik peralihan dari dasar pintu tertutup kepada dasar pintu terbuka kepada pihak
barat. Raja Mongkut berpendapat bahawa melalui perjanjian inilah, beliau dapat
menyekat dasar imperialisme Barat terhadap Siam
2. Perjanjian ini telah merintis jalan kepada perjanjian lain dengan kuasa-kuasa
Barat yang lain. Perjanjian ini telah membawa kesan ekonomi dan politik kepada
kedua-dua pihak yang terlibat.
B. Isi (20 M)
Kesan-kesan Perjanjian Bowring 1855 (10 M)
1. Pembukaan Siam kepada perdangan antarabangsa.
a) Bilangan kapal yang datang berdagang telah meningkat 10 kali ganda
b) Sistem ekonomi Sara diri tradisional Siam telah digantikan dengan dengan
sistem ekonomi komersial. Kayu jati, beras dan gula telah muncul sebagai
eksport Siam yang penting.
c) Jumlah eksport beras Siam telah meningkat daripad 5% jumlah pengeluaran
pada tahun 1850 kepada 50% jumlah pengeluaran pada tahun 1905
d) Gula yang merupakan eksport utama ke Eropah telah meningkat dua kali
ganda dari jumlah pengeluaran dan kawasan tanaman menjelang tahun
1856.
e) Barang import iaitu tektil telah bertambah
f) Dalam masa setahun sahaja Siam telah mengalami imbangan perdagangan
yang memuaskan.
2. Britain muncul sebagai pelabur utama di Siam
a) Britain telah menerima keuntungan yang banyak. Singapura dan Hongkong
yang merupakan pelabuhan koloni Britain mula menjalankan perdagangan
yang maju dengan Siam.
b) Pada tahun 1941, 70% daripada perdagangan eksport Siam dijalankan
dengan empayar British
c) Menurut D.J.M Tate dalam bukunya menyatakan Siam telah menjadi ‘Satelit
ekonomi’ Britain
3. Perubahan dalam susunan kewangan Kerajaan Siam
a) Persetiaan tersebut telah mengubah sama sekali sistem cukai kerajaan Siam
dan menamatkan sistem monopoli perdagangan yang dipegang oleh
golongan bangsawan dan kerajaan Siam.
b) Penamatan sistem monopoli ini telah mengakibatkan penyusunan semula dan
pembaharuan dalam susunan kerajaan Siam

4. Penamatan penguasaan perdagangan asing oleh orang Cina
a) Penamatan ini telah telah mengakibatkan satu hubungan ekonomi yang baru
antara Cina dan kerajaan Siam.
b) Kerajaan Siam telah memajak monopoli eksais yang baru seperti
perjudian,ganja, loteri dan minuman keras.
5. Perjanjian dengan negara-negara lain.
a) Perjanjian Bowring 1855 telah membuka jalan kepada perjanjian-perjanjian
lain dengan kuasa-kuasa Barat.
b) Antaranya Amarika (1856), Perancis (1856), Demmark (1868), Belanda
(1860), Prusia (1862), Norway, Sweden dan Itali (1868).Ini telah membantu
Siam mengekalkan kemerdekaannya.
6. Hubungan Inggeris-Siam bertambah erat
a) Ogos 1857, Raja Mongkot menghantar satu perutusan Siam ke Britain yang
terdiri dari 3 menteri kanan dan diketuai oleh Phraya Suriyawongse.
Perutusan ini telah mendapat kejayaan besar.
7. Kemerdekaan Siam
a) Keputusan Siam untuk membuka pintunya kepada Britain dan seterusnya
kuasa Barat lain telah mengurangkan kemungkinan campur tangan kuasa
asing. Jadi Siam kekal kemerdekaannya.
8. Thailand memulakan proses pembaratan
a) Pembukaan Siam mengakibatkan kedatangan mubaligh-mubaligh,
profesional-profesional dan tukang Eropah, selain pedagang
b) Seterusnya beberapa orang Eropah telah diambil berkhidmat dengan
kerajaan Siam sebagai tutor, pegawai-pegawai polis, penterjemah dan
penasihat-penasihat tentera. Contoh Mongkut telah mengupah lebih orang
80 orang penasihat dari pelbagai negara Barat membantu baginda
memodenkan pentadbiran Siam mengikut ciri Barat.
c) Pembukaan pintu Siam kepada orang Inggeris dan seterusnya proses
pembaratan telah membantu Siam mengekalkan kemerdekaannya
9. Perubahan – perubahan sosial
a) Hamba dihapuskan
b) Larangan melihat wajah raja dihapuskan .
c) Orang Barat dibenarkan menghormati raja Siam dengan cara mereka sendiri
iaitu tidak perlu sujud dan hanya tunduk 3 kali sahaja.
d) Kemasukan mubaligh Kristian menyebabkan agama kristian dibenarkan
tersebar dengan meluas.
Kesan-Kesan Perjanjian Nanking 1842 (10 M)
1. Perjanjian Nanking mencabar prinsip-prinsip dan kedaulatan China.
a) China terpaksa menamatkan dasar tutup pintu yang diamalkan selama ini.
b) Hong Kong terpaksa dikembalikan kepada British

c) Pegawai atau konsul British dibawa masuk untuk mengawal warga British
dan harta benda mereka.
d) Pemberian taraf yang sama juga telah mengaibkan China
2. Terpaksa tandatangan perjanjian dengan kuasa-kuasa lain.
a) 1844 China menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat
b) Diberi nama Perjanjian Wang Hsia
c) Tahun yang sama China menandatangani dengan Perancis yang dinamakan
Perjanjian Whampoa yang mana Perancis mendapat kebenaran daripada
maharaja untuk membina gereja Roma Katolik di China
d) Juga mengadakan perjanjian dengan Sweden, Norway dan Russia.
3. Pelabuhan China terpaksa dibuka kepada pedagang luar
a) China terpaksa akur membatalkan perniagaan antara saudagar asing
b) Pedagang asing bebas berniaga dengan sesiapa sahaja yang mereka suka.
c) Pelabuhan-pelabuhan seperti Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan
Shanghai terpaksa dibuka kepada pedagang asing
4. Gagal menyekat kemasukan perdagangan candu
a) Candu terus dibawa masuk ke negara China
b) Kebebasan berniaga yang diberikan kepada saudagar asing
c) menyebabkan barangan Barat masuk secara berleluasa ke negara China
termasuk candu.
d) Penagihan meningkat dan menimbulkan masalah sosial
5. Ekonomi China merosot
a) Ekoran kemasukan barangan asing seperti candu
b) Barangan China tidak dapat menandingi mutu barangan Barat
c) Menyebabkan merosotnya perniagaan barangan China
d) Akibatnya, banyak kilang ditutup dan berlakunya pengangguran
e) Kerajaan China juga terpaksa menyelaraskan cukai eksport dan import, iaitu
pada kadar 5 peratus ad valorem.
f) Terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada British
6. Kerajaan Manchu semakin lemah
a) orang Cina mulai sedar bahawa Barat yang dianggap Barbarian telah
mengalahkan mereka yang lebih bertamadun dalam Perang Candu Pertama.
b) amalan adat kowtow semakin lemah memandangkan pegawai Eropah
dibenarkan menemui pegawai Cina mengikut amalan mereka
c) amalan kowtow tidak lagi diwajibkan ke atas pegawai Eropah yang datang
menemui pegawai China
7. Penyebaran agama Kristian menular semula
a) sehingga kawasan pendalaman dan di luar dari Canton
b) ramai rakyat China berjaya dikristiankan
c) pendedahan terhadap agama Kristian dan pemikiran Barat telah
menyebabkan orang Cina terpengaruh dengan agama dan pemikiran Barat.

d) perkembangan ini telah mengancam kebudayaan dan tradisi orang Cina
yang berpegang kepada kepercayaan nenek moyang, ajaran Confucius, dan
Taoisme.
e) seorang mubaligh Perancis , Auguste Chapdelaine dihukum bunuh kerana
didapati bersubahat dengan pemberontak untuk menentang kerajaan China
8. Perasaan antiasing bertambah
a) kesan daripada kegiatan penyebaran agama Kristian oleh mubaligh Kristian
9. China mengalami kerugian yang banyak
a) kesan Perang Candu 1
b) dalam syarat perjanjian terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 21 juta yang
mana 6 juta di atas penyerahan candu, 3 juta untuk penyelesaian hutangn
Hong Kong kepada saudagar British dan 12 juta atas perbelanjaan perang.
C. Penutup (2@3 M)
1. Perjanjian Yandabo (1826) banyak memberi keuntungan kepada pihak British
dalam usaha untuk meguasai sumber-sumber kekayaan di Burma .Di
samping itu Inggeris telah dapat meluaskan pengaruh dan menguasai semua
wilayah di Burma yang bermula dengan perang Inggeris Burma 1, seterusnya
Perang Inggeris Burma II dan Perang Inggeris Burma III 1885. Dasar Pintu
tertutup yang diamalkan oleh Dinasti Konbaung telah menyebabkan Burma
akhirnya terpaksa tunduk kepada pihak British sehingga diberi kemerdekaan
pada tahun 1948.
2. Perjanjian Bowring (1855) telah memberi kesan yang besar dari segi ekonomi
dan politik kepada Siam dan British. Perjanjian ini telah menyelamatkan Siam
daripada sebarang pencerobohan luar dan yang paling utama dapat
mengekalkan kemerdekaan di samping Thailand menjadi semakin maju..

SOALAN 8 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012

8. Bincangkan kegiatan ekonomi sara diri di Vietnam dan Filipina sebelum peluasan
kuasa Barat.


A. Pengenalan ( 2 @ 3 M )
1. Ekonomi saradiri merupakan satu kegiatan ekonomi yang bertujuan untuk
menyara diri dan keluarga. Ini bermakna semua kegiatan ekonomi yang
dijalankan adalah untuk keperluan keluarga dan digunakan oleh ahli keluarga
sahaja.
2. Di Negara Asia, kegiatan ekonomi sara diri yang diamalkan adalah lebih
tertumpu kepada aktiviti pertanian terutamanya penanaman padi. Di samping itu
mereka turut menjalankan kegiatan penternakan, perikanan,memburu binatang,
memungut hasil hutan , pertukangan, perdagangan dan perlombongan.
3. Antara negara Asia Tenggara yang mengamalkan sistem ekonomi saradiri ialah
Vietnam dan Filipina.
B. Isi (20 M)
Ekonomi saradiri di Vietnam ( 10 M )
1. Pertanian
a) Penanaman padi.
i. Penanaman padi melibatkan 5/6 daripada jumlah keluasan kawasan
pertanian di Vietnam.Ini kerana beras merupakan makanan utama
penduduk Vietnam. ¾ daripada penduduk Vietnam bergantung kepada
pekerjaan pengeluaran padi.
ii. Terdapat pelbagai jenis padi yang ditanam di Vietnam dan berbeza dari
satu kawasan dengan kawasan yang lain mengikut keadaan iklim dan
jenis tanah.
iii. Petani akan menuai 20 hingga 25 bushel padi seekar untuk
membolehkan sesebuah keluarga menampung keperluan hidup mereka.
iv. Kawasan tanaman padi yang utama di Vietnam ialah di Delta Song-Koi
dan Delta Mekong. Petani-petani Vietnam menggunakan sistem taliair
untuk mengairi kawasan tanah kering dan seterusnya mengusahakan
pertanian.Keadaan ini membolehkan petani di Vietnam mengusahakan
tanaman padi dua kali setahun. Bagi menyuburkan tanaman, mereka
menggunakan najis binatang dan manusia.
b) Tanaman lain.
i. Masyarakat Vietnam turut menanam tanaman lain sebagai kegiatan
ekonomi saradiri seperti ubu keledek, jagung, kacang dan buahbuahan.
Tanaman ini merupakan tanaman luar musim yang ditanam di
kawasan sawah padi seperti Cochin-China dan Annam.
ii. Mereka turut menanam teh di Tongking dan Utara Annam untuk
mempelbagaikan hasil pertanian.
c) Perikanan

i. Masyarakat Vietnam turut menjalankan kegiatan menangkap ikan.
Kegiatan menangkap ikan ini dijalankan di Tasik Tonle Sap.
ii. Hasil tangkapan ikan akan dikeringkan, disalai atau dijeruk untuk
dieksport atau diperdagangkan.
iii. Ikan ini akan dibawa keluar dari kawasan Tonle Sap dengan perahu kedataran
Mekong melalui jalan daratan lumpur.
2. Pertukangan/perusahaan
a) Masyarakat Vietnam turut menjalankan kegiatan perusahaan atau
pertukangan sebagai salah satu aktiviti ekonomi saradiri. Mereka membuat
tembikar, tenunan dan menganyam.
b) Kegiatan pertukangan mendapat lebih pengiktirafan daripada
petani.Golongan ini dikecualikan daripada kerahan tenaga dan membayar
cukai.Namun mereka terpaksa menghasilkan barangan pertukangan kepada
Maharaja sebagai ganti kepada cukai.
3. Perdagangan
a) Kegiatan perdagangan berlaku antara kawasan daratan dengan kawasan
bukit di pendalaman.
b) Kayu bukit dan buluh akan diperdagangkan untuk mendapat barangan seperti
kicap ikan, ikan kering, garam dan kapur dari kawasan daratan.
4. Perlombongan
a) Masyarakat Vietnam turut menjalankan aktiviti perlombongan. Mereka
menjalankan aktiviti perlombongan arang batu di kawasan Quang Yen.
Ekonomi saradiri di Filipina.( 10 M )
1. Pertanian.
a) Penanaman padi.
i. Merupakan tanaman utama di Filipina. Ini kerana beras adalah makanan
utama penduduk Filipina.
ii. Padi ditanam di kawasan Tanah Pamah dan Tanah Tinggi kerana
masyarakat Filipina mempunyai teknologi pertanian yang tinggi.
iii. Masyarakat Filipina mengamalkan 2 jenis padi sawah iaitu penanaman
padi sawah yang bergantung kepada air hujan dan penanaman padi
sawah yang bergantung kepada air tambahan seperti melalui banjir dan
sungai.
iv. Bagi mengusahakan penanaman padi masyarakat Filipina menggunakan
sistem tenggala dan penyemaian dengan tangan.
b) Tanaman lain.
i. Masyarakat Filipina turut menanam Abaka bagi menghasilkan tali belati.
Abaka turut digunakan untuk membuat tali dan kain. Kawasan utama
tanaman Abaka ialah Mindanao dan Tenggara Luzon.

ii. Masyarakat Filipina turut menanam sayuran di sekeliling rumah,ubi,
melukah ikan di sawah padi atau anak sungai dan menternak binatang
seperti ayam itik dan lembu sebagai aktiviti sampingan dan sumber
protein utama.
iii. Melalui kegiatan pertanian pindah, masyarakat Filipina turut menanam
pelbagai jenis tanaman seperti keladi, jagung, tanaman berubi dan lainlain.
c) Kelapa
i. Kelapa ditanam dengan banyaknya di Filipina di kawasan yang panas
dan lembab terutamanya di sepanjang pantai yang berpasir.
ii. Kawasan tanaman kelapa yang utama di Filipina ialah di Selatan Pulau
Luzon, Kepulauan Visayan dan Mindanao.
iii. Hasil kelapa telah dipelbagaikan seperti membuat minyak kelapa dan
kelapa kering.
2. Perusahaan/ pertukangan
a) Masyarakat Filipina turut menjalankan kegiatan perusahaan secara kecilkecilan
seperti menenun, membuat anting-anting, gelang dan cincin.
b) Mereka turut menganyam tikar, bakul, menyulam dan menenun kain.
c) Mereka turut menjalankan perusahaan membuat kapal sebagai perusahaan
individu dan keluarga.
3. Perniagaan dan perdagangan
a) Masyarakat Filipina turut menjalankan aktiviti perniagaan. Pada masa ini
kegiatan perniagaan dimonopoli oleh golongan pemerintah seperti penghulu
dan bangsawan. Antara barangan yang diniagakan ialah kelapa kering,
mutiara, pinang dan lain-lain.
b) Masyarakat Filipina turut mengadakan hubungan perdagangan terutamanya
dengan Negara China. Pedagang China membawa tembikar, sutera dan
manik ke Filipina untuk ditukarkan dengan barangan kulit seperti kulit kurakura,
mutiara dan pinang.
4. Perlombongan
a) Masyarakat Filipina turut menjalankan kegiatan perlombongan. Mereka
melombong tembaga di Toledo yang terletak di bahagian tengah Cebu dan
bijih timah di Utara Mindanao.
C. Penutup ( 2 @ 3 M )
1. Sistem ekonomi saradiri di Filipina dan Vietnam telah mengalami perubahan
selepas perluasan pengaruh barat.
2. Selepas kedatangan kuasa barat iaitu Sepanyol di Filipina dan Perancis di
Vietnam, ekonomi saradiri di kedua-dua negara ini telah mengalami
kemerosotan.Sebaliknya masyarakat tempatan di Filipina dan Vietnam mula
melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi komersial yang berasaskan eksport dan
import.

SOALAN 7 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012

BAHAGIAN B
7. Bandingkan dasar tutup pintu antara negara China dan Jepun pada abad ke-19.

A. Pengenalan (2@3 M)
1. Dasar pintu tertutup merupakan dasar yang dijalankan bagi mengelakkan campur
tangan dan kemasukan pengaruh luar, malah dalam banyak keadaan
menghalang kemasukan pedagang luar ke negara mereka.
2. Di negara China, dasar pintu tertutup ini diamalkan antara period abad ke-18
hingga pertengahan abad ke-19. Sehingga period ini, negara China menganggap
orang luar sebagai orang gasar atau Barbarian, Sepanjang period tersebut,
negara China lebih menumpukan perhatian kepada perkembangan ekonomi
dalaman sahaja
3. Jepun telah menjalankan dasar pemencilan yang relatif dari dunia luar sebelum
pemulihan Meiji pada tahun 1868, Dasar isolasi sebenarnya bukanlah bersifat
mutlak. Ini kerana Jepun sebenarnya masih lagi menerima kehadiran kuasakuasa
luar, namun dengan kadar yang minimum dan terkawal. Walau
bagaimanapun, boleh dikatakan bahawa sehingga tahun 1850-an, tidak terdapat
pedagang asing di Jepun. Jepun juga dalam period ini lebih menekankan
perkembangan ekonomi dalaman sahaja.
B. Isi (20 M)
Dasar Pintu Tertutup di China (10 M)
1. Pemerintah China merasakan bahawa hubungan dengan luar tidak diperlukan
sebab segala keperluan mereka dapat diperoleh dari dalam negara mereka
sendiri. Mereka tidak memerlukan barangan dari luar sebab sumber barangan
sama ada makanan atau keperluan seharian dapat diperoleh dengan mudah.
Sistem ekonomi sara diri yang diamalkan menyebabkan keperluan terhadap
barangan dari luar sangat kecil. Keadaan ini, sebaliknya terhadap kuasa luar
yang sangat memerlukan barangan negara China terutama tembikar, teh, sutera
dan sebagainya.
2. Dasar negara ini juga sangat berkait rapat dengan rasa kebimbangan yang
dialami bahawa pihak luar terutama kuasa Barat akan campur tangan dalam
politik tempatan.
3. Mereka juga bimbang, budaya dan agama tempatan akan terjejas apabila pihak
Barat campur tangan. Agama Kristian yang dibawa oleh Barat akan
menyebabkan agama tradisi yang dianuti sejak sekian lama menerima ancaman.
4. Bagi negara China , mereka beranggapan bahawa kuasa Barat adalah tidak
setanding dengan mereka yang dikenali sebagai Middle Kingdom. Oleh itu,
hubungan sama taraf tidak boleh dilakukan kerana ia akan menjatuhkan
kedudukan “Middle Kingdom” tersebut

5. Sehingga abad ke-18, negara China masih lagi menjalankan hubungan baik
dengan kuasa-kuasa Barat. Walau bagaimanapun, negara China masih tetap
menganggap kuasa-kuasa Barat sebagai Barbarian dan dalam masa yang sama
pemimpin-pemimpin negara China masih lagi melihat `keagungan silam' mereka.
6. Dalam sejarah negara China, dasar pintu tertutup dan pintu terbuka sering
mendominasi hubungannya dengan kuasa luar. Misalnya, sebelum negara China
menutup pintunya pada abad ke-19, negara China telah menjalankan dasar pintu
terbuka. Dasar pintu terbuka ini telah dilaksanakan sejak abad ke-16 lagi.
7. Walau bagaimanapun, China kemudiannya mengetatkan hubungan tersebut
terutama sekitar abad ke-18 dan awal abad ke-19. Negara China sebenarnya
tidak dapat lari daripada perhatian kuasa Barat sejak abad ke-16, iaitu permulaan
period pelayaran dan penjelajahan mereka.malah, sebelum kehadiran kuasa
Barat ke negara China, barangan dan negara China telah terlebih awal
menguasai Barat.
8. Portugis,Sepanyol dan Belanda merupakan kuasa Barat pertama membuat
hubungan dengan negara China sepanjang period abad ke-16 hingga abad ke-
18.
9. Selain hubungan dagang, negara China juga membenarkan mubaligh Kristian
memasuki negara China.
10. Namun sepanjang masa, kuasa Barat sebenarnya hanya dibenarkan untuk
bergerak di kawasan yang terhad di negara China. Hanya pelabuhan tertentu
sahaja yang dibenarkan menerima kedatangan pedagang Barat.Canton menjadi
satu-satunya pelabuhan yang menerima delegasi dari negara-negara yang
mengakui kewujudan kekuasaan Negara China ke atas mereka.
11. Sistem perdagangan Canton bukan sahaja menggambarkan bahawa negara
China menjalankan dasar pintu tertutup tetapi juga memperlihatkan mentaliti
negara China yang masih menganggap bahawa mereka masih lagi Middle
Kingdom yang tidak memerlukan hubungan dan barangan dari negara luar.
Sistem perdagangan Canton memperjelas bahawa segala aktiviti perdagangan
akan dijalankan melalui satu dasar yang bersifat monopoli. Pihak kerajaan telah
memberikan kuasa perdagangan kepada hanya 13 buah firma komersil yang
dikenali sebagai Hong yang akan bertindak sebagai agen jualan.
12. Untuk mengukuhkan firma-firma ini, maka sebuah pertubuhan pedagang yang
dikenali sebagai Co-hong telah ditubuhkan dan menjalankan aktiviti mereka
berdasarkan 13 perkara tentang harga barangan dan sebagainya yang berkaitan
dengan perdagangan.
13. Pedagang-pedagang juga terikat kepada beberapa peraturan yang telah
ditetapkan. Antara peraturan tersebut adalah seperti berikut:
a) Kapal-kapal perang dilarang memasuki pelabuhan

b) Kaum wanita dan senjata tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan
gudang di pelabuhan
c) Kesemua anak kapal dikehendaki mendaftar diri di Macao
d) Gudang-gudang asing hanya dibenarkan mempunyai lebih daripada 8
pekerja China
e) Orang asing tidak dibenarkan membuat sebarang bentuk hubungan dengan
pegawai-pegawai China kecuali melalui Co-hong
f) Orang asing tidak dibenarkan bebas keluar dari kawasan yang ditetapkan
g) Orang asing tidak dibenarkan menaiki kapal yang mempunyai bendera dan
bot yang tertutup
h) Orang asing tidak dibenarkan kekal di Canton selepas musim perdagangan
berakhir
i) Kapal-kapal asing hanya dibenarkan berlabuh di Whampoa
j) Orang asing tidak dibenarkan membeli buku-buku atau mempelajari Bahasa
Cina
14. Kesemua peraturan ini amat ketat dilaksanakan oleh negara China. Selain itu
kuasa barat juga dikehendaki mematuhi peraturan dan undang-undang negara
China yang dilihat oleh barat sebagai undang-undang yang berbeza dengan
undang-undang mereka dan bersifat kejam.
15. Namun, desakan dari barat yang semakin meluas serta kekalahan mereka dalam
peperangan telah menyebabkan mereka 'terpaksa mengamalkan dasar pintu
terbuka kepada kuasa-kuasa luar. Ini bermakna dasar pintu terbuka yang
diamalkan oleh negara China bukanlah satu dasar sengaja yang dibuat oleh
kerajaan, sebaliknya kesan daripada kekalahan yang dialaminya dalam beberapa
peperangan bermula sekitar pertengahan abad ke-19.
Dasar Pintu Tertutup di Jepun (10 M)
1. Semasa Zaman Kesyogunan Tokugawa, dasar pintu terbuka Jepun ditunjukkan
melalui usaha menjalin hubungan dagang dengan kuasa-kuasa asing. Saudagarsaudagar
Jepun telah digalakkan menjalin hubungan dagang dengan Asia
Tenggara dan negara China.Malah, Jepun turut menerima kedatangan pedagang
Barat.Misalnya, Tokugawa Ieyasu menerima dengan baik kehadiran pedagang
Portugis dan Belanda pada awal abad ke-16 dan 17.
2. Walau bagaimanapun, dasar pintu terbuka ini berakhir sekitar tahun 1630-an
apabila Jepun menutup pintu kepada orang asing. Perdagangan asing telah
diharamkan dan semua orang asing telah diusir keluar dari negara
tersebut.Malah orang Jepun sendiri dilarang melawat negara luar.
3. Dasar pintu tertutup Jepun yang berlangsung sejak pertengahan abad ke-17
telah mendapat perhatian pihak Barat. Misalnya pada tahun 1884, Raja Belanda

telah menasihatkan Kesyogunan Tokugawa agar menghentikan dasar tersebut.
Walau bagaimanapun, saranan Raja Belanda ini tidak diendahkan oleh
Kesyogunan Tokugawa.
4. Stamford Raffles telah berusaha untuk mengadakan hubungan dengan Jepun
dengan menghantar misi ke Nagasaki pada tahun 1813. Walau bagaimanapun,
misi ini gagal.Misi ini tidak diteruskan kerana perhatian Britian terhadap Jepun
terutama dilihat daripada sudut keuntungan perdagangan adalah masih
minimum. Malah apabila Amerika Syarikat mengumumkan akan menghantar misi
ke Jepun dalam tahun 1853, Britain telah memberi sokongan penuh dan
berharap kejayaan misi tersebut akan merintis jalan ke arah pembabitan mereka
di Jepun.
5. Dasar pemencilan Jepun hanya berakhir dengan kehadiran Komodor Mathew C.
Perry pada Julai 1853 di Uraga yang menjadi penanda penting kepada
perubahan dasar Jepun kemudiannya. Kehadirannya telah membawa kepada
Perjanjian Kanagawa yang membuka beberapa pelabuhan Jepun kepada orang
luar.Tekanan yang dikenakan oleh kuasa Barat terutama Amerika Syarikat
menyebabkan Jepun tidak mempunyai banyak pilihan.
6. Menyedari ancaman yang diberikan oleh Komoder Perry, pemerintah Tokogawa
telah setuju untuk membuat hubungan dengan Amerika dan menandatangani
Perjanjian Kanagawa (31 Mac 1854) Antara syarat perjanjian tersebut:
a) Jepun akan membuka pelabuhan Shimoda dan Hakodate kepada pedagang
Amerika,
b) Jepun dikehendaki memberi layanan yang baik kepada kelasi kapal
Amerika,
c) Amerika akan menempatkan konsulnya di Shimoda
d) Amerika akan mendapat layanan hak wilayah asingan,
C. Penutup (2@3 M)
1. Perang Candu pada 1839 yang membawa kepada termeterainya perjanjian
Nanking 1842 menyebabkan dasar pintu tertutup telah berakhir di China.
2. Perjanjian Kanagawa dengan Amerika Syarikat ini telah menjadi titik tolak
kepada penamatan dasar isolasi Jepun

SOALAN 6 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012

6. Huraikan tahap-tahap perkembangan Parti Komunis Malaya (PKM) dari tahun 1930
hingga 1954.


A. Pengenalan (2@3 M)
1. Ideologi Komunis dikemukakan oleh Karl Marx di Eropah pada penghujung abad
ke-19. Ideologi ini memperjuangkan kewujudan masyarakat tanpa kelas iaitu
tidak ada orang yang terlalu kaya atau terlalu miskin.
2. Di Tanah Melayu ideologi komunis mula tersebar pada tahun 1920-an. Beberapa
orang pemimpin komunis Indonesia telah menyebarkan fahaman ini di Singapura
dalam kalangan orang Melayu.
3. Dalam kalangan orang Cina disalurkan melalui kewujudan Parti Kuomintang dan
Nanyang yang berpusat di Singapura.
4. Pada tahun 1930 Parti Komunis Malayu ditubuhkan dan mula menjalankan
kegiatan aktif dan berbentuk radikal.
5. PKM bertujuan untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan sebuah
Republik Komunis Malaya dengan bantuan kaum buruh dan tani dengan
melancarkan pemberontakan bersenjata.
B. Isi (20 M )
1. Tahap PKM Sebelum Perang Dunia Kedua (1930-1940)
a) Matlamat PKM ialah untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis
Malaya. Semenjak Penubuhannya, PKM bergerak di bawah tanah kecuali
pada tahun 1945-48
b) PKM telah menerima tamparan yang hebat sejurus ditubuhkan. Pada bulan
Jun 1931, polis Singapura telah menangkap seorang agen Comintern,
Joseph Dacroux. Beliau memberi maklumat penting mengenai PKM kepada
polis Singapura yang mengakibatkan penangkapan beberapa orang
pemimpin PKM.
c) Namun demikian PKM dapat memulihkan diri. Ahli-ahli PKM telah berjaya
menyusup ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja, sekolah swasta dan
pertubuhan belia Cina.
d) Kemelesetan ekonomi dunia pada awal tahun 1930 membolehkan PKM
mendapat sambutan daripada pekerja-pekerja.
e) Pada tahun 1936 -1937 PKM melancarkan beberapa pemogokan.
Pemogokan yang paling hebat berlaku di Batu Arang yang melibatkan kirakira
6000 orang buruh mengambil alih lombong arangbatu di kawasan
berkenaan.Akibatnya, Kerajaan British telah menangkap dan menghantar
pulang pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja ke China. Kerajaan British
bertindak dengan melancarkan Ordinan Pembuangan yang menyebabkan 20
orang pemimpin kanan PKM yang bergiat dalam kesatuan sekerja dibuang
negeri pada tahun 1937 .
f) Kegagalan pemogokan ini menyebabkan PKM mulai hilang
pengaruh Pengaruh PKM di kalangan orang Cina kemudiannya bertambah

semula apabila ianya memainkan peranan yang penting dalam memupuk
perasaan anti-Jepun.
g) Selepas serangan Jepun ke atas Negara China pada tahun 1937, PKM
telah memperjuangkan nasionalisme Cina dengan mengumpul wang bagi
membiayai peperangan di Negara China.
h) Menjelang tahun 1939, PKM mempunyai kira-kira 37,000 orang ahli di
Singapura dan di Tanah Melayu . Kebanyakan ahli PKM terdiri daripada
kaum Cina terutamanya puak Hailam.
i) Tahun 1940 , Trade Unions Enactment berjaya mengawal kesatuan
sekerja. Kesannya, pengaruh PKM semakin merosot
2. Tahap Semasa Perang dunia kedua Perkembangan PKM dari tahun 1941 -
1945
a) Kedudukan dan perjuangan PKM semakin mantap semasa Perang Dunia
Kedua. PKM bersifat anti-Jepun dan bekerjasama dengan British menentang
kemasukan Jepun ke Tanah Melayu.
b) British telah mengiktiraf PKM sebagai pertubuhan yang sah pada
Disember 1941 dan membebaskan semua pemimpin yang ditangkap.
c) Kekejaman Jepun ke atas orang Cina telah memberi kesempatan PKM
meluaskan pengaruh di kalangan orang-orang Cina. Ramai orang cina
melarikan diri ke kawasan pinggir hutan dan menyertai MPAJA yang
dianggap sebagai pelindung orang Cina.
d) British memberi bantuan kepada MPAJA yang di bawah pimpinan Lai
Teck ketika itu melalui Force 136 termasuklah senjata dan peluru, ubatan,
makanan, pakaian, dan latihan ketenteraan di Sekolah Latihan Khas 101 di
Singapura.
e) PKM juga mendapat bantuan bekalan makanan, ubatan, pakaian, serta
maklumat tentang Jepun daripada ahli-ahli Min Yuen (Gerakan Rakyat). Min
Yuen berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawasan pinggir
hutan. Keahliannya hampir setengah juta orang.
f) Dengan adanya bantuan British, PKM menubuhkan unit-unit rahsia yang
terdiri daripada 8 rejimen dengan kekuatan 1000 orang setiap pasukan.
Tujuannya melancarkan revolusi bagi membentuk Republik Komunis Malaya
selepas Jepun menyerah kalah.
g) Walau bagaimanapun , MPAJA tidak pernah menghadapi sebarang
pertempuran hebat dengan tentera Jepun sehingga Jepun menyerah kalah
pada bulan ogos 1945. Walaupun PKM bekerjasama dengan British semasa
pendudukan Jepun PKM tetap mempunyai cita-cita tersembunyi untuk
menubuhkan Republik Komunis Malaya.
3. Tahap Perkembangan PKM Selepas Perang Dunia Kedua dari tahun 1945 –
1948
a) Tahun 1945-1848 memperlihatkan PKM berjuang secara berpelembagaan
dan bercita-cita untuk membentuk sebuah negara Komunis.

b) Selepas peperangan tamat, PKM muncul sebagai sebuah parti yang kuat.
c) Oleh kerana kelewatan British kembali ke Tanah Melayu berlakunya
kekosongan pentadbiran selama lebih kurang dua minggu. Kesempatan ini
diambil oleh PKM (Bintang 3 ) keluar dari hutan merampas senjata-senjata
Jepun dan melakukan kekejaman terutama membalas dendam terhadap
orang Cina dan Melayu yang bekerjasama dengan Jepun dahulu.
d) 12 September 1945, British tiba di Tanah Melayu dan memperkenal
Pentadbiran Tentera British (BMA).
e) MPAJA dibubarkan dan anggotanya diminta menyerahkan senjata mereka.
Hanya 6800 orang anggota MPAJA sahaja yang menyerah senjata .
Sejumlah besar senjata disembunyikan di dalam hutan.
f) Walaupun begitu, PKM terus diiktiraf pertubuhan yang sah kerana jasa-jasa
bekerjasama dengan British menetang Jepun.
g) Bagi menjayakan cita-citanya PKM bergiat aktif dalam kesatuan-kesatuan
sekerja dan menubuhkan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth
League).
h) PKM mengambil beberapa langkah untuk merealisasikan matlamat
penubuhan Republik Komunis Malaya:
i. menyusun satu gerakan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan
barang keperluan daripada Min Yuen.
ii. Bekerjasama dengan gerakan-gerakan radikal seperti AMCJA- PUTERA
untuk mendapatkan kekuasaan melalui perlembagaan.
iii. Menyelaraskan ideologi komunis di sekolah-sekolah malam cina dan
menghasut kesatuan-kesatuan sekerja supaya melancarkan mogok .
iv. PKM membentuk barisan bersatu iaitu membentuk perikatan dan
menyusup masuk kedalam kesatuan sekerja dan parti-parti nasional.
i) Antara tahun 1946 – 1947 PKM telah melancarkan kira-kira 300 hingga 360
pemogokan besar.
j) Tujuan utama PKM mengadakan pemogokan ialah untuk menghalang dan
merosakkan usaha-usaha pemerintahan British untuk memulihkan kembali
kedudukan ekonomi dan sosial yang telah musnah akibat peperangan.
k) Kerajaan British mula bimbang dengan kegiatan radikal PKM dan
menguatkuasakan undang-undang baru untuk melemahkan PKM.
l) Masalah dalaman PKM di mana Lai Teck setiausaha PKM dituduh
mengkhianati PKM turut melemahkan parti. Seramai 29 orang telah terbunuh
di Batu Caves. Lai Teck juga dituduh gagal mengambil alih pemerintah Tanah
Melayu selepas kekalahan Jepun dan dia telah melarikan diri bersama wang
parti. Keadaan ini telah mengoncangkan kedudukan PKM dengan
melemahkan semangat anggota PKM.
m) Ahli PKM telah berpecah dua, iaitu sebahagian menyokong Lai Teck dan
sebahagian menyokong Chin Peng.
4. Tahap Perkembangan PKM dari tahun 1948-1951

a) Chin Peng telah mengantikan Lai teck sebagai ketua PKM. Beliau seorang
yang radikal dan bertindak dengan mengubah dasar berpelembagaan PKM
kepada melancarkan revolusi bersenjata.
b) Tindakan ini hasil dari Keputusan Persidangan Pemuda Komunis
Antarabangsa Culcutta 1948 yang meminta dilancarkan gerakan gerila di
seluruh dunia.
c) Keganasan dimulakan dengan pemogokan buruh telah merebak di Tanah
Melayu. Pemogokan ini disertai perbuatan-perbuatan jenayah seperti
membakar kilang-kilang getah, menetak beribu-ribu pokok getah, membunuh
pekerja estet, dan pengurus ladang.
d) PKM telah menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Pembebasan Rakyat
Malaya . Pada masa darurat juga , Min Yuen diperkenalkan. Tujuan Min Yuen
,supaya dapat membekalkan makanan dan barangan keperluan seperti
pakaian dan ubat-ubatan di samping egen perisik bagi pihak komunis.
e) Pada 12 Jun 1948, komunis telah membunuh tiga orang pemimpin
Kuomintang di Johor. 15 Jun 1948 pula komunis telah menembak mati dua
orang pengurus dan seorang penolong pengurus ladang getah berbangsa
Eropah di Sungai Siput, Perak.
f) Peristiwa pembunuhan memaksa Edward Gent (Pesuruhjaya Tinggi
Persekutuan Tanah Melayu ) mengisytiharkan ‘darurat negeri’ di Perak dan
Johor. Pada 19 Jun 1948 seluruh Tanah Melayu diisytiharkan darurat.
Semasa Darurat berbagai-bagai langkah untuk membanteras komunis di
jalankan.
g) PKM dan beberapa buah persatuan yang dianggap berbahaya kepada
negara telah diharamkan. British juga telah melaksanakan Undang-undang
Darurat pada 7 Julai 1948.
h) Di antara tahun 1948 – 1951 , PKM telah melancarkan serangan-serangan ke
atas kawasan lombong, balai polis, ladang-ladang dan orang awam.
i) Taktik peperangan yang digunakan ialah perang gerila iaitu secara
serangan dan lari. Akibatnya ramai orang terkorban dan banyak harta benda
telah dimusnahkan oleh PKM. Tindakan PKM telah berjaya melumpuhkan
kedudukan ekonomi T. Melayu.
j) Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya tinggi Inggeris telah dibunuh pada 6 Okt
1951 dalam perjalanan Bukit Fraser. Ekoran daripada peristiwa pembunuhan
itu, kerajaan Inggeris telah mengambil langkah yang lebih tegas untuk
mementang PKM. Kegiatan PKM telah disekat dan ramai daripada pemimpinpemimpin
PKM ditangkap.
5. Tahap Perkembangan PKM dari tahun 1951-1954
a) Serangan ganas yang dilancarkan oleh PKM mendapat kritikan daripada
orang ramai kerana orang yang tidak berdosa turut menjadi korban.
b) Pada bulan Februari Jeneral Temppler telah dilantik menjadi Pesuruhjaya
Tinggi . Beliau bertindak dengan memperkuatkan lagi tenteranya dan
melancarkan Perang Psikologi. Perang Psikologi telah berjaya melemahkan
keanggotaan PKM dengan menawarkan pemberian pengampunan, hadiah
dan wang tunai serta syarat-syarat kewarganegaraan yang longgar kepada
anggota PKM yang menyerah diri.
c) Menjelang tahun 1954, perjuangan bersenjata komunis mengalami
kekalahan. PKM telah menyedari bahawa mereka tidak akan berjaya dengan
cara pemogokan. Maka pada tahun 1955 PKM bersetuju berunding dengan
Ketua Menteri Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman. Walaupun
rundingan itu gagal, namun pada tahun 1960 dengan rasminya darurat
diumumkan tamat.
C. Penutup (2 @ 3 M )
1. Langkah yang berterusan kerajaan British melemahkan perjuangan dan kegiatan
PKM
2. Kegiatan PKM mula kurang mendapat sokongan dan sambutan daripada
penduduk Tanah Melayu yang yakin dengan ketegasan pihak British dan langkah
menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu.
3. PKM masih meneruskan perjuangan secara gerila biarpun bilangan ahlinya
semakin mengecil.
4. Rundingan Baling pada 1955 menandakan ambang kejatuhan PKM apabila
rundingan dalam pertemuan ini menemui kegagalan.
5. PKM semakin terhimpit apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31
Ogos 1957 dan darurat ditamatkan pada 31 Julai 1960.

SOALAN 5 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012

5. Bagaimanakah pendudukan Jepun telah berjaya membangkitkan semangat
nasionalisme di Tanah Melayu antara tahun 1943 hingga 1945.


A. Pengenalan (2 @3 M)
1. Mulai tahun 1932 pihak tentera telah menguasai politik negeri Jepun.
Kepopularan golongan tentera telah meningkat apabila ianya memperjuangkan
dasar peluasan kolonial.Negeri Jepun mula mengamalkan dasar luar yang
agresif. Pada tahun 1937 Jepun telah menyerang negeri China.Disember 1941
Jepun mula menyerang Tanah Melayu.Pada 15 Februari 1942 seluruh Tanah
Melayu jatuh ke tangan Jepun.
2. Pendudukan Jepun telah mengakibatkan kesedaran politik yang lebih mendalam
dalam kalangan penduduk Tanah Melayu, khasnya dalam kalangan orang
Melayu. Menurut John Funston,Pendudukan Jepun telah “ politicise the Malay
peasantry to the extent that they were available for mass mobilisation
immediately after the war’’
B. Isi Penting (20 M)
1. Kesengsaraan Hidup Zaman Jepun.
a) Penderitaan yang dialami dan propaganda Jepun seperti “Asia untuk Asia”
telah menambahkan keazaman orang Melayu untuk mencapai kebebasan
politik dan kemerdekaan. Di sebalik propaganda ini,Jepun ingin menguasai
negara-negara Asia Tenggara yang kaya dengan pelbagai hasil bahan
mentah yang diperlukan untuk membangunkan industrinya.
2. Pengalaman Mentadbir Untuk Orang Melayu.
a) Orang Melayu telah mendapat pengalaman pentadbiran semasa pendudukan
Jepun. Pengalaman memegang jawatan-jawatan kanan seperti Pegawai
Daerah telah memberi keyakinandiri yang lebih tegas.Orang Melayu telah
sedar bahawa mereka mempunyai keupayaan memerintah Tanah Melayu
sendiri.
3. Tidak Mengharap kepada British.
a) Pendudukan Jepun telah memberi kesedaran bahawa orang Melayu tidak
boleh berharap sepenuhnya kepada British.Tempoh pendudukan Jepun dan
dasar-dasar yang yang mereka perkenalkan telah menyebabkan Orang
Melayu menyedari mereka harus menentukan nasib sendiri, British bukanlah
kuasa yang tidak boleh dikalahkan.
4. Kebangkitan Kesedaran Nasionalisme.
a) Langkah Jepun menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
kepada Negeri Thai dalam tahun 1943 telah juga membangkitkan semangat
nasionalisme Melayu.Orang Melayu mulai insaf tentang kepentingan menjaga
hak-hak istimewa,maruah dan negara mereka.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
16
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
5. Pengukuhan Sentimen Perkauman.
a) Polisi Jepun di Tanah Melayu tidak memperlihatkan ciri-ciri bersatu padu
dalam kalangan semua kelompok masyarakat yang ada.Orang Melayu
dengan caranya sendiri dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan,bagi
orang Cina pula ramai yang terlibat dengan MPAJA sehingga MPAJA
menjadi kukuh.Permusuhan antara orang Melayu dan Cina yang wujud akibat
dari Pendudukan Jepun telah juga membangkitkan semangat nasionalisme
Melayu. Orang Melayu telah sedar mengenai kepentingan menjaga hak-hak
istimewa mereka sebagai bumiputera.
6. Penubuhan Giyu Gan.
a) Pihak Jepun telah telah menggalakkan pergerakan nasionalisme Melayu
dengan menubuhkan suatu angkatan yang dinamakan Giyu Gan atau
Pembela Tanahair (PETA) di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob. Pihak Jepun
seterusnya mengalakkan Ibrahim Yaakob untuk menubuhkan Kesatuan
Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945. PETA dibentuk
untuk memberikan latihan ketenteraan kepada sukarelawan bagi menentang
kuasa barat manakala KRIS pula untuk membina dan membantu
pentadbiran Jepun. Kesatuan Melayu Muda telah bekerjasama dengan
gerakan anti-Jepun untuk membentuk organisasi bawah tanah.Pada masa
yang sama juga KMM berpura–pura bekerjasama dengan Jepun berjuang
untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Rancangan ini tidak berhasil
kerana Jepun telah menyerah kalah kepada Amerika Syarikat pada bulan
Ogos 1945.
7. Sikap sebenar British.
a) Pendudukan Jepun telah menamatkan kepercayaan bahawa Inggeris tidak
boleh dikalahkan. Sikap antipenjajahan dalam kalangan Orang Melayu telah
berkembang.Pendudukan Jepun telah mengakibatkan Orang Cina dan India
bertambah kukuh dengan perasaan kecinaan dan keindiaan mereka.
8. Gerakan Kebangsaan Orang India.
a) Pihak Jepun telah menggalakkan orang India menumpukan perhatian kepada
perjuangan pembebasan India dari pemerintahan British.Satu pasukan yang
bernama Tentera Kebangsaan India (INA) di bawah pimpinan Subhas
Chandra Bose telah ditubuhkan bagi tujuan tersebut.Malahan ,sebuah
kerajaan India buangan bernama Azad Hind telah ditubuhkan di Singapura di
bawah pimpinan Subhas Chandra Bose dan slogan mereka ialah Chalo
Delhi.Polisi Jepun yang mengalakkan orang India menumpukan perhatian
kepada perjuangan pembebasan Negara India.
9. Sikap tentera Jepun terhadap Orang Cina.
a) Pendudukan Jepun telah membolehkan Parti Komunis Malaya (PKM) di
Tanah Melayu muncul sebagai golongan politik yang teratur dan kuat di
antara tahun-tahun 1945-1948. Kezaliman Jepun telah membolehkan PKM
mendapat sokongan terutamanya daripada orang Cina, ramai orang Cina
menyertai gerakan menentang Jepun. PKM telah menubuhkan Tentera AntiSKEMA
PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
17
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) terdiri daripada orang Cina. MPAJA telah
memberikan senjata yang diberi oleh British untuk menentang Jepun di
Tanah Melayu.Senjata-senjata dan pengalaman dalam peperangan gerila di
hutan yang diperoleh oleh MPAJA semasa pendudukan Jepun telah
membolehkan PKM melancarkan pemberontakan dan mendapat sokongan
dan bantuan daripada pihak British.
10. Persidangan Islam Tanah Melayu dan Singapura
a) Jepun sebenarnya mengarapkan sokongan padu daripada orang Melayu.
Mereka menyedari bahawa Orang Melayu adalah penduduk asal negara ini.
Mereka sedar bahawa agama utama bagi majoriti penduduk Tanah Melayu
adalah Islam.Oleh kerana Jepun mengekalkan kedudukan Sultan di Negeri-
Negeri Melayu dan menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dan Sumatera.
Penduduk di Tanah Melayu dan Sumatera adalah kumpulan etnik yang sama.
Pada 4 hingga 6 April 1943, pemerintah Jepun telah menaja satu
persidangan wakil-wakil pertubuhan Islam dari Tanah Melayu dan Sumatera
di Singapura.Pemimpin-pemimpin Islam yang hadir tertarik dengan dasar
Jepun untuk meninggikan taraf agama Islam. Persidangan itu bersetuju
bahawa perjuangan bersama-sama Jepun adalah ‘Perang Suci’ untuk
kebebasan dan pembentukan ‘Asia Baru’.
C. Penutup (2 @ 3 M)
1. Pendudukan Jepun mengukuhkan nasionalisme penduduk di Tanah Melayu.
Orang Cina bergerak dalam PKM dan menuntut penubuhan Republik Malaya
selepas pendudukan Jepun.
2. Beberapa parti politik ditubuhkan seperti UMNO, MCA dan MIC untuk berjuang kemerdekaan melalui perlembagaan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...