Sabtu, 11 Jun 2011

Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun1911.

Pengenalan ( 3 markah)
• Revolusi China yang berlaku pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932 merupakan kemuncak penentangan yang agak berbeza sedikit kerana bukannya menghalau penjajah Barat tetapi menjurus kepada rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan yang sedia ada. Revolusi digerakkan oleh gologan intelektual yang merasakan pembaharuan perlu dilakukan untuk membangunkan negara dan ianya mendapat sokongan rakyat. Revolusi China dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen dan Revolusi Siam dipimpin oleh Pride Panomyong. Revolusi ini disebabkan oleh beberapa faktor.

Isi Penting
A. Faktor-faktor meletusnya Revolusi China 1911 (10 markah)
1. Kelemahan pemerintahan Manchu
• menurunkan / menjatuhkan pemerintahan Dinasti Manchu dengan penubuhan Kerajaan Republik China di bawah Yuan Shih Kai
• beberapa penentangan terbuka iaitu Pemberontakan Taiping (1850 – 1864, Pemberontakan Panthay (1885), Pemberontakan Nien (1853 – 1868) serta gerakan sulit While Lotus Society dan Heaven and Earth Society.
• Kelemahan kerajaan Manchu telah menyebabkan kemasukan orang Barat, masalah rasuah dan huru hara. Ini menyebabkan masalah kewangan.
• Masalah bencana alam seperti banjir dan kemarau mengurangkan hasil pertanian. Ini dianggap kerajaan Manchu tidak mendapat mandat dari Tuhan.

2. Kesengsaraan rakyat
• Awal abad ke-20 penduduk China sekitar 400 juta dan wujud masalah kekurangan tanah untuk pertanian.
• Masalah bencana alam seperti banjir dan kemarau.

3. Kemasukan kuasa Barat
• masyarakat China perlu menerima idea-idea Barat jika ingin maju tetapi ini tidak disenangi oleh oleh pemerintah Manchu.

4. Penguasaan ekonomi oleh kuasa asing
• kuasa Barat seperti British, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat menguasai pelabuhan utama akibat beberapa siri perjanjian seperti Perjanjian Nangking.
• Mengakibatkan China kehilangan punca kewangan utama dan menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan terhadap pemerintah Manchu.

5. Peranan golongan terpelajar
• Golongan terpelajar seperti Dr. Sun Yat Sen mempengaruhi masyarakat tempatan dan meniup semangat nasionalisme

6. Kemudahan sistem perhubungan
• kemudahan sistem perhubungan seperti rangkaian keretapi, jalan raya, pos dan telegraf mempercepatkan penyampaian idea.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...