Ahad, 23 Oktober 2011

Rahsia Handphone Anda


Sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua tentang rahsia handphone yang saya baca melalui facebook. Anda boleh cuba check handphone untuk mengetahui status keaslian buatan handphone anda :

1. Taip *#06#
2. Keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
3. Semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
Contoh : 358671017470473
Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80 : dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10 : dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04 : dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN SEJARAH MULAI TAHUN 2013


Berikut adalah format baru mata pelajaran Sejarah SPM mulai tahun 2013 :
FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN SEJARAH MULAI TAHUN 2013
Bil
Perkara
Kertas 1 (1249/1)
Kertas 2 (1249/2)
Kertas 3 (1249/3)
1
Jenis Instrumen
Objektif
Subjektif
Tugasan
2
Jenis Item
Aneka Pilihan
Struktur & Esei
Tugasan
3
Bilangan Soalan
40 soalan
Bahagian A (Struktur)

4 soalan wajib
40 markah
(10 markah setiap soalan)


Bahagian B (Esei)

7 soalan pilihan
Jawab 3 soalan
60 markah
(20 markah)
1 Tugasan

Nota :

Tema/tajuk umum dimaklumkan kepada calon satu bulan sebelum tarikh peperiksaan bagi Kertas 3.

Tajuk tugasan serta panduan menjawab diberi pada hari peperiksaan
4
Pemberatan
30%
50%
20%
5
Jumlah Markah
40
100
100
6
Tempoh Ujian
1 jam
2 jam 30 minit
3 jam
7
Konstruk
Mengingati
Memahami
Menganalisis
Mengingati
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Menjana idea
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Menjana idea
Nilai
8
Cakupan Konteks
Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 & 5
9
Aras Kesukaran
Sesuai dengan tahap pembelajaran Sejarah murid di hujung Tingkatan Lima
* Anda boleh membaca Surat Siaran Lembaga Peperiksaan : Format Pentaksiran Bagi Mata Pelajaran Sejarah Untuk Pelaksanaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2013 di sini.

Rabu, 12 Oktober 2011

SKOR A+ SEJARAH SPM 2011

SKOR A+
SEJARAH SPM 2011

TINGKATAN 4

  1. Tamadun Indus***
  2. Tamadun Hwang Ho (Sumbangan dalam semua aspek)*****
  3. Kerajaan Awal di Asia Tenggara (maritim) dan Monumen/candi
  4. Perjanjian Aqabah I dan II , Piagam Madinah dan kepentingan , Pembukaan semula kota Makkah (*****)
  5. Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain Di dunia***
  6. Kesan kedatangan Islam di Malaysia ( Pendidikan rasmi dan tidak rasmi, Gaya hidup, perdagangan, mata wang, cukai)******
  7. Kedatangan buruh asing dan kewujudan masyarakat majmuk
  8. Akta Tanah di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak /Dasar British terhadap pekebun kecil (*****)


TINGKATAN 5

1.    Nasinalisme di Filipina ***     
2.    Nasionalisme di Indonesia/THAILAND ****
3.    Sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara ***
4.    Penentangan tokoh nasionalis di Sarawak ***
5.    Gerakan Islah ***
6.    Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948/1957 ***
7.    Pembentukan Malaysia (Semua aspek) ******
8.    Wawasan 2020/ Dasar Pelajaran Kebangsaan/BAHASA KEBANGSAAN                     ( Semua aspek kea rah perpaduan kaum) ***
9.    OIC /NAM / Komanwel/SELATAN-SELATAN
10. Perang Dunia Pertama dan kesan *****

Ø  Buat latih tubi Percubaan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, Sabah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Putrajaya), Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu

TAMAT

Jumaat, 7 Oktober 2011

PERCUBAAN NEGERI KELANTAN 2011


SEJARAH 2 STPM
PERCUBAAN KELANTAN 2011

BAHAGIAN A

1.            Bandingkan cirri-ciri AP dan AT sebelum campur tangan Barat.

2.            Kegiatan ekonomi saradiri di Malaysia sebelum campurtangan Barat 1874.

3.            Kedudukan pembesar Melayu selepas campurtangan British tahun 1874.

4.        Kesan-kesan social dan ekonomi wujud akibat kepesatan perkembangan bijih timah dan   getah di  TM.
5.            Bandingkan perlembagaan MU 1946 dengan perlembagaan PTM 1948.

6.            Jelaskan system pentadbiran di Malaysia selepas merdeka 1957.

BAHAGIAN B

7.            Sistem kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di Asia Timur.

8.            Dasar isolasi yang diamalkan di Siam dan Vietnam sebelum kedatangan Barat.

9.           Sejauh manakah factor agama mempengaruhi berlaku Perang Jawa dan Pemberotakan Boxer di   China.

10.          Faktor-faktor dan kesan-kesan Revolusi China dan Revolusi Siam 1932.

11.     Perjuangan golongan agama di Indonesia dan Burma dalam kebangkitan gerakan nasionalisme.

12.    Perkembangan sosial dan ekonomi di Filipina dan Indonesia selepas mencapai kemerdekaan.


(Nota: Tiada Skema Jawapan)

Sabtu, 1 Oktober 2011

SEJARAH 2 (Bahagian B Asia)STPM TEMA 2

TEMA 2 : PENENTANGAN TERHADAP CAMPUR TANGAN BARAT
Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia  dan Filipina terhadap kuasa Barat pada abad ke-19 .
A / Pengenalan
1.  Sepanyol telah menjajah Filipina pada pertengahan abad ke16. Sejak dari itu rakyat Filipina tidak puas hati dengan corak pentadbiran Sepanyol di Filipina. Perasaan tidak puas hati ini telah membawa kepada tercetusnya beberapa penentangan rakyat Filipina terhadap pemerintahan Sepanyol di Filipina sepanjang abad ke19.
2. Sementara kehadiran dan penglibatan Belanda di Indonesia pula telah menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan Indonesia yang mencetuskan banyak penentangan terhadap Belanda sepanjang abad ke19.
1)  Tindak balas di Indonesia. (10m)
a)  Penentangan di Sulawesi. (1811)
i)   Penentangan terhadap Belanda di Sulawesi diketuai oleh Lavi Bone. Pada tahun 1811, angkatan perang Lavi Bone telah menyerang pihak Belanda tetapi berjaya dikalahkan oleh Belanda.
ii) Penentangan terhadap Belanda di Sulawesi berakhir apabila Belanda bertindak menakluki Makasar pada tahun 1905.
b)  Penentangan Sapurua di Maluku. (1817)
i)   Penentangan  Sapurua  di  Maluku  tercetus  akibat  daripada  tindakan Belanda memaksa penduduk Maluku melaksanakan sistem serahan dan melakukan kerja wajib.
ii) Penentangan ini diketuai oleh Thomas Matelusia. Beliau bertindak menyerang  dan  menakluki  Kubu  Belanda  di  Maluku  pada  bulan  April 1817. Penentangan ini berakhir apabila  Belanda bertindak menangkap Thomas Matelusia pada bulan Ogos 1817.
c)  Perang Paderi. (1819)
i)   Pengaruh Gerakan Wahabi telah memasuki Sumatera Barat pada awal abad ke19. Golongan Wahabi menentang perluasan kuasa Belanda di Minangkabau. Golongan Wahabi telah berjaya menguasai kerajaan Minangkabau.
ii)  Pada tahun 1819, Belanda telah bertindak memerangi golongan Wahabi di Minangkabau. Golongan Wahabi yang diketuai oleh Tengku Imam Bonjol terpaksa menandatangani perjanjian damai dengan Belanda pada tahun 1825.

d)  Perang Jawa. (1825)
i)   Perang  Jawa  meletus  antara  tahun  1825    1830  di  bahagian  Jawa Tengah. Perang Jawa dipimpin oleh Dipo Negara iaitu seorang Putera Diraja Kerajaan Jogjakarta.
ii)  Perang Jawa meletus disebabkan : -
    Perasaan tidak puas hati golongan Bangsawan Pulau Jawa.
    Perasaan tidak puas hati golongan Petani Jawa.
    Masalah perebutan takhta kerajaan Jogjakarta.
    Keengganan  Belanda  mengiktiraf  Dipo  Negara  sebagai  pemimpin agama Islam di Pulau Jawa.
    Kepercayaan  penduduk  Jawa  tentang  kemunculan  seorang  Putera
Pembebas atau Ratu Adil.
    Keputusan kerajaan Belanda membina jalan raya melintasi tanah milik Dipo Negara.
iii) Perang Jawa tamat pada tahun 1830 selepas Belanda menangkap Dipo Negara. Beliau telah dibuang ke Menado dan seterusnya Makasar. Beliau meninggal dunia di Makasar pada tahun 1855.
e)  Penentangan di Banjarmasin. (1857)
i)   Penentangan terhadap Belanda di Banjarmasin tercetus akibat daripada penglibatan pihak Belanda dalam masalah takhta kerajaan Banjarmasin.
ii)  Selepas Sultan Adam mangkat pada tahun 1857, Tamjid Ulah cucu Sultan Adam yang mendapat sokongan Belanda telah dilantik sebagai pengganti. Tindakan ini menyebabkan Pangeran Hidayat iaitu saudaranya tidak puas hati. Ini menyebabkan Tamjid Ulah turun daripada takhta kerajaan Banjarmasin.
iii) Belanda    bertindak    menghapuskan    kesultanan    Banjarmasin    pada tahun1860. Tindakan ini mendapat tindak balas Pangeran Hidayat. Namun begitu Pangeran Hidayat akhirnya menyerah kalah pada Belanda pada tahun 1862.
f)   Perang Aceh. (1873)
i)   Perang Aceh meletus akibat daripada tindakan Belanda ingin menguasai perdagangan di Aceh.
ii) Pada tahun 1873, angkatan Belanda menyerang Aceh tetapi berjaya dikalahkan oleh angkatan Aceh. Pada tahun 1874, angkatan Belanda berjaya menguasai Istana Aceh.
iii) Perjuanagan   menentang   Belanda   di   Aceh   berakhir   apabila   Aceh menyerah kalah pada tahun 1903.

2)  Tindak balas di Filipina (10m)
a)  Pemberontakan Casi. (1807)
i)   Pada  tahun  1807,  kerajaan  Sepanyol  telah  mengharamkan  industri menbuat casi atau arak di Filipina.
ii)  Industri membuat casi atau arak merupakan pekerjaan tradisi masyarakat Filipina yang menghasilkan pendapatan lumayan kepada penduduk Filipina.
iii) Pengharaman  industri  membuat  casi  telah  menyebabkan  tercetusnya pemberontakan casi di wilayah Ilcendia Filipina pada tahun 1807.
b)  Pemberontakan Sarat. (1815)
i)   Pemberontakan Sarat tercetus akibat daripada tindakan pihak Sepanyol memperkenalkan sistem Polo dan sistem Vandala di Filipina.
ii) Kedua-dua  sistem  ekonomi  ini  telah  menyebabkan  tercetusnya pemberontakan Sarat pada tahun 1815.
c)  Pemberontakan Novales. (1823)
i)   Pada tahun 1823, pihak tentera Filipina telah memberontak menentang tentera Sepanyol disebabkan amalan diskriminasi dalam pasukan tentera. Amalan  diskriminasi  ini  telah  menjejaskan  imej  dan  maruah  tentera Filipina.
ii) Justeru itu, pasukan tentera Filipina bertindak menyerang Manila dan hampir-hampir menawannya.
d)  Pemberontakan Tayabas. (1840-1841)
i)   Pemberontakan Tayabas dilakukan oleh Paderi Filipina menentang Paderi Sepanyol disebabkan wujudnya diskriminasi antara Paderi Filipina dengan Paderi Sepanyol di gereja.
ii)  Pemberontakan   Tayabas   dipimpin   oleh   Appolinario   De   La   Cruz.Pemberontakan   meletus   antara   tahun   1840-1841   tetapi   gagal   dan Appolinario De La Cruz telah dibunuh.
e)  Dahagi Tagalog. (1871)
i)   Dahagi   Tagalog   merupakan   tindak   balas   tentera   bangsa   Filipina menentang Sepanyol bagi menuntut persamaan hak.
f)   Pemberontakan Cavite. (1872)
i)   Pemberontakan  Cavite  meletus  pada  bulan  Januari  1872  di  gudang senjata Cavite.
ii)  Pemberontakan ini melibatkan 200 orang tentera Filipina yang diketuai oleh Sarjan Lamadrid untuk menentang pegawai kerajaan Sepanyol. Namun begitu pemberontakan ini dengan mudah sahaja dihapuskan oleh pihak Sepanyol.
g)  Gerakan Propaganda. (1882)
i)   Gerakan    Nasionalisme    Filipina    berkembang    di    bawah    gerakan Propaganda mulai tahun 1882.
ii)  Gerakan ini dipelopori oleh golongan intelektual dan pelajar Filipina yang berada di luar negara terutama Sepanyol. Antara mereka ialah Jose Rizal, Marcelo De Pillar dan Lopez Jeano.
iii) Golongan intelektual dan pelajar Filipina menggunakan penulisan dengan cara menerbitkan novel dan akhbar bagi membantah dasar pemerintahan Sepanyol di Filipina.
iv) Antara novel yang dihasilkan ialah Noli Me Tenggere dan El-Filibuterismo karya Jose Rizal. Sementara akhbar yang diterbitkan oleh mereka ialah La Solidaridad.
v)  Novel-novel dan akhbar La Solidaridad serta tulisan lain telah diseludup ke Filipina bagi mambengkaitkan semangat rakyat tempatan bagi menentang pemerintahan Sepanyol.
h)  Liga Filipina. (1892)
i) Ditubuhkan oleh Jose Rizal. Tujuan penubuhannya ialah untuk membangkitkan kesedaran nasionalisme dan menitikberatkan kemajuan ekonomi rakyat Filipina.
ii)  Liga  Filipina  telah  diharamkan  oleh  Sepanyol  pada  7  Julai  1892.Sementara Jose Rizal telah ditangkap dan dibuang ke Daerah Dapitan di Kepulauan Mindanao.
i)   Pemberontakan KATIPUNAN. (1896)
i)   Katipunan  diasaskan  oleh  Andress  Bonifacio  pada  bulan  Julai  1892. Sebuah pertubuhan bercorak radikal dan revolusiner.
ii)  Katipunan bertindak melancarkan pemberontakanbersenjata menentang Sepanyol   pada   30hb   Ogos   1896.   Namun   begitu   pemberontakan bersenjata Katipunan telah gagal untuk menggulingkan kerajaan Sepanyol di Filipina.
j)   Tindak balas terhadap Amerika. (1898)
i)  Amerika Syarikat telah bertindak menjajah Filipina selepas Sepanyol menyerah kalah.
ii)  Tindakan Amerika Syarikat telah ditentang hebat oleh KATIPUNAN yang dipimpin oleh Aguinaldo.
iii) Pemberontakan ini gagal apabila Amerika Syarikat berjaya menumpaskan Aguinaldo pada tahun 1901. Pada bulan Mac 1901, Aguinaldo telah ditangkap oleh Amerika Syarikat.

C / Kesimpulan (2@3m)
1.  Tindak balas masyarakat peribumi di Indonesia dan Filipina telah gagal untuk menggulingkan pemerintahan Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia.
2.  Sebaliknya tindak balas rakyat Filipina telah menyebabkan Filipina dijajah pula oleh Amerika Syarikat. Sementara penentangan di Indonesia telah mengukuhkan lagi kedudukan Belanda di Indonesia.

SEJARAH 2 (Bahagian B Asia)STPM TEMA 2


TEMA 2: PENERIMAAN DAN PENGUBAHSUAIAN
Bandingkan usaha-usaha pembaharuan  Mongkut di Thailand dan Mindon Min  di Myanmar.
A. Pengenalan [2 @ 3M]:
1.  Nama  penuh  Mongkut  ialah  Somdeth  Phra  Paramender  Maha  Mongkut  dan digelar Phra Chom Klao. Beliau pernah mendalami ilmu agama dan menjadi sami serta mempelajari ilmu hisab, astronomi, bahasa Inggeris dan Latin.
2.  Mongkut dilantik menjadi raja pada 3 April 1851 bergelar Rama IV dan semasa menjadi raja, beliau sedar pentingnya hubungan baik dengan negara barat.
3.  Mindon Min merupakan putera kepada Raja Tharawady dan adik Pagan Min. Beliau dilantik menjadi raja dengan bantuan dan sokongan daripada menteri Magwe Mungyi pada Februari 1853. Seperti Raja Mongkut, Mindon Min juga seorang sami dan mementingkan hubungan dengan kuasa barat.
B. Isi [20M]:
1.  Politik [7M]:
Mongkut:
a)  Beliau   mengambil   kira-kira   80   orang   pegawai   barat   bagi   membantu pentadbirannya seperti Puan Anna Leonowens sebagai pendidik di istana.
b) Menyusun semula undang-undang yang sedia ada dengan menggunakan kepakaran pegawai Belgium dan Denmark.
c)  Major Gerini yang berbangsa Itali mengetuai maktab tentera bagi melatih kadet- kadet tentera. Manakala seorang pegawai Peranchis dilantik untuk menyusun angkatan perang dan seorang Amerika dalam perkhidmatan kastam dan mengetuai maktab diraja.
d) Beliau juga telah memperbaharui   dasar luar Thailand dengan mengadakan beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa barat seperti P.Bowing (1855), Peranchis, Amerika dan lain-lain.
Mindon Min:
a)  Seperti Mongkut, beliau telah mengambil pegawai-pegawai   dari barat seperti Peranchis dan Itali untuk membantu pentadbirannya.
b)  Beliau telah memindahkan ibu negeri dari Amarapura ke Mandalay dan telah memperkukuhkan pentadbiran kerajaan pusat dengan menghapuskan sistem myosa pada tahun 1861.
c)  Beliau telah mewujudkan kira-kira 10 jawatan kayaingwun bagi menyelaraskan kerja Myowun di setiap daerah.
d)  Pada tahun 1854, beliau cuba mendapatkan Pegu daripada British tetapi gagal dan kemudian menjalin hubungan diplomatik dengan British di Burma Hilir pada tahun 1862 dan 1867.
e)  Di  samping  itu,  seperti  juga  Raja  Mongkut,  Raja  Mindon  telah  membuat perjanjian  dengan  kuasa-kuasa  barat  bagi  mengimbangi  kekuasaan  British seperti dengan Peranchis (1873) dan Itali (1872).
2.  Ekonomi [6M]:
 Mongkut:
a) Selepas  tahun  1850an,  Raja  Mongkut  telah  mengadakan   hubungan perdagangan dengan negara-negara barat seperti British, Amerika, Peranchis dan lain-lain sekaligus menamatkan dasar pintu tertutup Siam.
b) Beliau telah memperkenalkan sistem mata wang mengikut cara barat dan membina jalanraya yang menghubungkan bandar dengan kawasan yang berpotensi dari segi ekonomi.
c)  Membina tali air dan terusan untuk kepentingan sektor pertanian. d)  Menghapuskan sistem buruh paksa.
Mindon Min:
a)  Pada tahun 1861, memperkenalkan cukai Thathanpmeda dan memperkenalkan mata wang baru dan menubuhkan kilang wang diraja (1861).
b)  Mendirikan kilang-kilang perusahaan dan perlombongan seperti lombong besi dan arang batu tetapi kurang berjaya.
c)  Seperti Mongkut, beliau menggalakkan perdagangan luar seperti dengan Burma Hilir yang berada di bawah kekuasaan British.
3.  Sosial [7M]:
Mongkut:
a) Beliau memberi tumpuan terhadap bidang pelajaran dengan menggalakkan penguasaan bahasa asing.
b)  Beliau telah menghapuskan adat meniarap di hadapan raja di kalangan orang asing dan mereka dibenarkan menyembah raja dengan cara sendiri.
c)  Beliau  juga  telah  berusaha  menghapuskan  sistem  perhambaan  tetapi  tidak bejaya.
d)  Menghadkan keistimewaan kaum bangsawan.
e)  Mengamalkan dasar tidak mengganggu bangsa dan agama lain.
Mindon Min:
a)  Berusaha menjadikan Mandalay sebagai pusat kebudayaan dan menghidupakan tradisi lama.Beliau juga cenderung dalam keagamaan dan telah membina kompleks pagoda. Beliau juga telah menjadikan Mandalay sebagai pusat agama Buddha.
b)  Mengecualikan cukai Thathameda kepada sami dan petani yang mengerjakan tanah agama.
c)  Pada tahun 1871, Burma menjadi tuan rumah bagi Majlis Agama Buddha di Mandalay.
C. Kesimpulan [2 @ 3 M]:
1.  Mongkut dianggap sebagai pengasas kemajuan Siam dan negara itu terhutang budi kepada kebijaksanaannya dalam menjalankan pemerintahan ketika kuasa- kuasa barat berusaha meluaskan pengaruhnya.
2.  Melalui polisi pembaharuannya beliau telah berjaya mengekalkan kemerdekaan negaranya. Beliau mangkat pada tahun 1865 kerana penyakit malaria pada usia 65 tahun.
3. Manakala Mindon Min gagal mengekalkan kemerdekaan Burma. Pada akhi pemerintahannya   terdapat   usaha   rampasan   kuasa   oleh   puteranya   serta hubungan yang tidak baik dengan British.
4. Penggantinya, Raja Thibaw gagal memulihkan hubungan itu dan telah membangkitkan kemarahan British hingga menyebabkan seluruh Burma dikuasai oleh British menjelang akhir abad ke-19.

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...