Sabtu, 1 Oktober 2011

SEJARAH 2 (Bahagian B Asia)STPM TEMA 2


TEMA 2: PENERIMAAN DAN PENGUBAHSUAIAN
Bandingkan usaha-usaha pembaharuan  Mongkut di Thailand dan Mindon Min  di Myanmar.
A. Pengenalan [2 @ 3M]:
1.  Nama  penuh  Mongkut  ialah  Somdeth  Phra  Paramender  Maha  Mongkut  dan digelar Phra Chom Klao. Beliau pernah mendalami ilmu agama dan menjadi sami serta mempelajari ilmu hisab, astronomi, bahasa Inggeris dan Latin.
2.  Mongkut dilantik menjadi raja pada 3 April 1851 bergelar Rama IV dan semasa menjadi raja, beliau sedar pentingnya hubungan baik dengan negara barat.
3.  Mindon Min merupakan putera kepada Raja Tharawady dan adik Pagan Min. Beliau dilantik menjadi raja dengan bantuan dan sokongan daripada menteri Magwe Mungyi pada Februari 1853. Seperti Raja Mongkut, Mindon Min juga seorang sami dan mementingkan hubungan dengan kuasa barat.
B. Isi [20M]:
1.  Politik [7M]:
Mongkut:
a)  Beliau   mengambil   kira-kira   80   orang   pegawai   barat   bagi   membantu pentadbirannya seperti Puan Anna Leonowens sebagai pendidik di istana.
b) Menyusun semula undang-undang yang sedia ada dengan menggunakan kepakaran pegawai Belgium dan Denmark.
c)  Major Gerini yang berbangsa Itali mengetuai maktab tentera bagi melatih kadet- kadet tentera. Manakala seorang pegawai Peranchis dilantik untuk menyusun angkatan perang dan seorang Amerika dalam perkhidmatan kastam dan mengetuai maktab diraja.
d) Beliau juga telah memperbaharui   dasar luar Thailand dengan mengadakan beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa barat seperti P.Bowing (1855), Peranchis, Amerika dan lain-lain.
Mindon Min:
a)  Seperti Mongkut, beliau telah mengambil pegawai-pegawai   dari barat seperti Peranchis dan Itali untuk membantu pentadbirannya.
b)  Beliau telah memindahkan ibu negeri dari Amarapura ke Mandalay dan telah memperkukuhkan pentadbiran kerajaan pusat dengan menghapuskan sistem myosa pada tahun 1861.
c)  Beliau telah mewujudkan kira-kira 10 jawatan kayaingwun bagi menyelaraskan kerja Myowun di setiap daerah.
d)  Pada tahun 1854, beliau cuba mendapatkan Pegu daripada British tetapi gagal dan kemudian menjalin hubungan diplomatik dengan British di Burma Hilir pada tahun 1862 dan 1867.
e)  Di  samping  itu,  seperti  juga  Raja  Mongkut,  Raja  Mindon  telah  membuat perjanjian  dengan  kuasa-kuasa  barat  bagi  mengimbangi  kekuasaan  British seperti dengan Peranchis (1873) dan Itali (1872).
2.  Ekonomi [6M]:
 Mongkut:
a) Selepas  tahun  1850an,  Raja  Mongkut  telah  mengadakan   hubungan perdagangan dengan negara-negara barat seperti British, Amerika, Peranchis dan lain-lain sekaligus menamatkan dasar pintu tertutup Siam.
b) Beliau telah memperkenalkan sistem mata wang mengikut cara barat dan membina jalanraya yang menghubungkan bandar dengan kawasan yang berpotensi dari segi ekonomi.
c)  Membina tali air dan terusan untuk kepentingan sektor pertanian. d)  Menghapuskan sistem buruh paksa.
Mindon Min:
a)  Pada tahun 1861, memperkenalkan cukai Thathanpmeda dan memperkenalkan mata wang baru dan menubuhkan kilang wang diraja (1861).
b)  Mendirikan kilang-kilang perusahaan dan perlombongan seperti lombong besi dan arang batu tetapi kurang berjaya.
c)  Seperti Mongkut, beliau menggalakkan perdagangan luar seperti dengan Burma Hilir yang berada di bawah kekuasaan British.
3.  Sosial [7M]:
Mongkut:
a) Beliau memberi tumpuan terhadap bidang pelajaran dengan menggalakkan penguasaan bahasa asing.
b)  Beliau telah menghapuskan adat meniarap di hadapan raja di kalangan orang asing dan mereka dibenarkan menyembah raja dengan cara sendiri.
c)  Beliau  juga  telah  berusaha  menghapuskan  sistem  perhambaan  tetapi  tidak bejaya.
d)  Menghadkan keistimewaan kaum bangsawan.
e)  Mengamalkan dasar tidak mengganggu bangsa dan agama lain.
Mindon Min:
a)  Berusaha menjadikan Mandalay sebagai pusat kebudayaan dan menghidupakan tradisi lama.Beliau juga cenderung dalam keagamaan dan telah membina kompleks pagoda. Beliau juga telah menjadikan Mandalay sebagai pusat agama Buddha.
b)  Mengecualikan cukai Thathameda kepada sami dan petani yang mengerjakan tanah agama.
c)  Pada tahun 1871, Burma menjadi tuan rumah bagi Majlis Agama Buddha di Mandalay.
C. Kesimpulan [2 @ 3 M]:
1.  Mongkut dianggap sebagai pengasas kemajuan Siam dan negara itu terhutang budi kepada kebijaksanaannya dalam menjalankan pemerintahan ketika kuasa- kuasa barat berusaha meluaskan pengaruhnya.
2.  Melalui polisi pembaharuannya beliau telah berjaya mengekalkan kemerdekaan negaranya. Beliau mangkat pada tahun 1865 kerana penyakit malaria pada usia 65 tahun.
3. Manakala Mindon Min gagal mengekalkan kemerdekaan Burma. Pada akhi pemerintahannya   terdapat   usaha   rampasan   kuasa   oleh   puteranya   serta hubungan yang tidak baik dengan British.
4. Penggantinya, Raja Thibaw gagal memulihkan hubungan itu dan telah membangkitkan kemarahan British hingga menyebabkan seluruh Burma dikuasai oleh British menjelang akhir abad ke-19.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...