Sabtu, 1 Oktober 2011

SEJARAH 2 (Bahagian B Asia)STPM TEMA 1


Bincangkan masyarakat feudal di Jepun dan Vietnam sebelum campur tangan kuasa Barat.
A. Pengenalan ( 3m )
Masyarakat Jepun dan Vietnam bersifat feudal iaitu satu bentuk kerajaan yang dijalankan oleh individu tertentu , bukan oleh kerajan pusat.
Strukturnya berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Masyarakat zaman Shogun Tokogawa terdiri daripada daimyo,samurai,petani dan saudagar.
Dalam Masyarakat feudal Vietnam sistem pemerintahan berasaskan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat
Isi:
Masyarakat feudal Jepun (10m)
a.  Pada zaman Shogun Tokogawa (1603-1867), hierarki sosial terdiri daripada beberapa kelas iaitu daimyo,samurai,petani,tukang mahir dan saudagar.
b.  Maharaja sebagai simbol perpaduan. Kuasa pemerintahan sebenar terletak pada Shogun Tokogawa dengan bantuan Daimyo. Daimyo Fudai terdiri daripada ahli keluarga Tokogawa dan sekutu-kutunya yang membantu Tokogawa menguasai pemerintahan. Mereka dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu. Daimyo Tozama (Daimyo luar) iaitu musuh Simyo
Shogun Tokogawa terdiri daripada suku-suku barat seperti Satsamu, Chosu, Toza dan Hizen. Shogun menguasai Daimyo Tozama dengan mengawasi tindak-tanduk mereka, melucutkan jawatan kerajaan mereka di Yedo, melarang mereka memasuki istana maharaja di Kyoto.
c. Samurai (Kelas Panglima) mempunyai     kedudukan istimewa dalam masyarakat. Befungsi memelihara kepentingan daimyo. Kadang kala dikehendaki mempertahankan  negara.  Mereka  tidak  dibenarkan berkecimpung dalam bidang pekerjaan  yang lain  walaupun negara  dalam keadaan.
d. Di kalangan rakyat biasa, petani menduduki tempat tertinggi. Petani mengeluarkan  beras  untuk  masyarakat  Jepun.  Mereka  membayar sebahagian besar cukai. Tambahan pula Jepun merupakan negara pertanian.
e.  Di bawah petani ialah tukang-tukang mahir yang membuat pedang dan alat- alat lain yang berguna. Mereka diberi penghormatan kerana sumbangan kepada masyarakat.
f.   Kelas  pedagang  terletak  di  bawah  petani  dan  tukang  mahir.  Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan mobiliti sosial. Keadaan aman mengakibatkan ekonomi berkembang. Pedagang berjaya mengumpul wang dan harta. Mereka berjaya memperbaiki status dengan mengikat ramai bangsawan melalui hutang.


Masyarakat Feudal Vieatnam (10m)
a. sistem pemerintahan berasaskan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat b. hierarki sosial masyarakat Vietnam terdiri daripada maharaja, golongan cendikiawan (quan atau mandarin) dan petani
c. golongan cendikiawan mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh dalam
masyarakat Vietnam , kerana mereka merupakan pemerintah sebenar yang bertanggungjawab menjalankan tugas2 maharaja
d. golongan quan atau mandarin mendapat pendidikan tinggi berdasarkan ajaran
Confucius
e. rakyat biasa yang pintar serta berpengetahuan dalam ajaran Confucius secara mendalam
berpeluang menjadi pegawai2 tinggi awam
f. golongan bangsawan tidak mendapat tempat dalam perkhidmatan awam kesan daripada
pembaharuan Maharaja Gia Long yang menamatkan keistimewaan dan pengaruh politik
golongan bangsawan dan keluarga diraja
g. golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling rendah di mana mereka menjalankan kegiatan ekonomi sara diri iaitu menanam padi sawah
Kesimpulan (2m)
Sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat Asia dimansuhkan setelah berlakunya
imperialisme kuasa barat pada abad ke – 19 dan awal abad ke-20.

Bincangkan kepercayaan agama masyarakat tempatan di China dan Jepun pada abad ke-19.
A.Pengenalan:
i. Agama disifatkan sebagai sistem kepercayaan dan amalan dalam sesebuah masyarakat. ii Keseluruhannya masyarakat' Jepun di China mengamalkan pelbagai bentuk kepercayaan dan agama.
iii.Amalan ini bukan sekadar kepercayaan tradisi malahan dipengaruhi oleh agama dani luar
B. Isi-isi
1. Sistem kepercayaan dan agama di china
a. Animisme
i. kepercayaan bahawa setiap benda di sekeliling alam seperti pokok,batu ,gunung dan sungai mempunyai semangat atau  roh.
ii. Masyarakat lama memuja   roh nenek moyang dengan mengadakan pelbagai upacara dan penyembahan .
iii. Kepercayaan berdasarkan kehidupan tak terhenti selepas mati.
b. Cunfocianisme
i. Diasaskan oleh Kung Fu-tze.
ii. Merupakan kepercayaan tradisi masyarakat di China.
iii. Merupakan fahaman falsaah yang berkait rapat dengan tradisi ,etika dan idea- idea pemerintahan .
iv. Bersifat dominan dan men~adi panduan masyarakat di China
v. Ia membentuk satu aliran yang utama di negara china dan menjadi ajaran asas kepada kebudayaan orang  Cina.

c.Buddha
i. Diasaskan oleh Siddaarta Gautama Buddha
ii. Lebih dominan oleh mazhab Buddha Mahayana
iii. Buddha Mahayana; nenekankan kepada pencapaian dan tindakan individu dalam menentukan kehidupannya
iv. Digunakan untuk menenangkan masyarakat akibat kebuluran dan bencana alam v. Banyak kuil yang dibina
vi. Berkembang ke Korea dan Jepun
d. Islam
i. Diasaskan oleh Nabi Muhammad saw.
ii. Menegaskan kepentingan ilmu pengetahuan sampai ke China melalui hubungan perdagangan antara orang Arab degan barat Negara China melalui daratan Asia Tengah.
iii. Melalui utusan Arab pada zaman Khalifah Usman wujudnya masjid yang pertama di China, di Bandar Canton.
iv. Membawa kesan besar  apabila budaya Islam meresap dalam masyarakat China. v. Menghadapi tentangan hebat daripada kerajaan Manchu
vi.   Pemimpin-pemimpin   Islam   seperti   Yusuf   Ma   Dexin   menjalankan   usaha menyatukan masyarakat Islam kerajaan Manchu
vii. Dr Sun Yat-Sen telah menjalankan dasar yang agak liberal terhadap masyarakat
Islam pada tahun 1911 selepas kejatuhan dinasti Manchu
viii. Mao Tze-Tung berusaha membendung kebangkitan Islam yang berlaku pada abad ke-19
e. Kristian
i. Pengasasnya ialah Jesus Chirst
ii. Bermula di China sejak abad ke-7 apabila wujud hubungan perdagangan antara
China dengan India dengan Parsi
iii. Sehingga awal abad ke-19,terdapat seramai 200 ribu orang penganut agama kristian Di China
f. Taoisme
i. Diasaskan oleh Lao Tzu pada abad ke-5 S.M.
ii. Banyak tertumpu kepada kebebasan masyarakat yang tidak hares terkongkong oleh
golongan atasan yang melakukan pelbagai penindasan
iii. Merupakan fahaman falsafah yang dirakamkan dalam buku yang bertajuk Tao- Te-Ching. iv.Mengikut ajaran ini semua Benda yang bernyawa atau tidak adalah sebahagian daripada unit alam. Semua nya tidak teriepas daripada hokum alam termasuklah manusia sendiri.
v. Ajaran ini banyak mengkritk ajaran Confucianisme.
vi. Ajaran ini terbahagi kepada dua  kumpulan. Kumpulan pertama  ialah  konsep Taoisme   yang   membicarakan   tentang   hubungan   manusia   dengan   Negara.. Kumpulan kedua ialah perbicaraan tentang slam sekelilingyang dilihat sebagai penentu kehidupan manusia.
vii.Ajaran ini jugs menagndungi kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib. Orang yang  masih  hidup  dipercayai  dapat  berinteraksi  dengan  orang  yang  telah  mati melalui perantaraan yang dinamakan syuhen.
vii. Ajaran ini telah dikembangkan keluar dan i China terutamanya ke Jepun dan Korea
2. Sistem kepercayaan di Jepun
a. Shintoisme
i. Dikenali sebagai `Jalan Tuhan' dan merupakan agama asli masyarakat Jepun..
ii. Bermula daripada mitos dan legenda zaman lampau dan dimiliki sepenuhnya oleh masyarakat Jepun tanpa dipengaruhi oleh elimen luaran.
iii. Masyarakat percaya bahawa setiap objek alam sekitar mempunyai semangat yang sendiri yang disebut KAMI.
iv. Pada abad ke 19, agama Shinto terpecah kepada dua iaitu Jinga dan Kyoko.
v. Agama ini berjaya menyatukan masyarakat dan membangkitkan semanat nasionalisme di Jepun. Agama ini juga dijadikan medium yang berkesan dalam membangkitkan perasaan twat setia kepada kerajaan dan keluarga di raja.
vi. Agama ini mempunyai pengaruh yang besar dalam sejarah Jepun.
vii. Pada era pemerintahan Meii agama ini telah dijadikan asas kepada kerajaan hingga dikenali sebagai Shinto Negara.
viii. Berbagai langkah telah diambil untuk menyebarkan agama ini sebagai Shinto
Negara.
ix.  Agama  ini  telah  diasingkan  daripada  agama  lain.  Agama  Buddha  telah diketepikan
x. Namun begitu agama ini telah bergabung erat dengan ajaran Cunfucius.
b. Buddha.
i.         Ajaran Buddha di Jepun banyak berkait rapat dengan Buddha di China
ii.        Ajaran ini dibawa dan i China ke Jepun pads abad ke 6 tetapi mendapat tentangan yang hebat daripada amalan masyarakat tempatan
iii.       Satu kelonggaran telah dilakukan . Patung-patung Shinto telah dibenarkan dibawa masuk ke kuil-kuil Buddha.
iv.       Terdapat 122 mazhab Buddha di Jepun. Tiga daripadanya yang aktif ialah Zen, Nichirin dan Shin,
v.        Mazhab  Nichirin  mempunyai  paling  ramai  pengikut  dan  berpegang  teguh pada kitab suci Hokke.
vi.       Ajaran ini tidak tertumpu kepada aspek pengajarannya sahaja tetapi turut memberi sumbangan besar kepada kestabilan politik dan menekankan konsep kesetiaan kepada maharaja Jepun.
vii.      Agama ini turut diberi status yang tinggi di Jepun.
c. Kristian
i          Kristian hanya berkembang di Jepun pada abad ke 16. Namun disebabkan dasar pemerintahan Jepun yang mengamalkan dasar isolasi menyebabkan agama ini diharamkan.
ii.        Ajaran ini mula berkembang semula pada tahap terakhir abad ke 19 sewaktu pemerintahan Meiji.
ii.        Kesan  daripada  tekanan  yang  dierima  oieh  Jepun  daripada  pihak  Barat membolehkan agama ini berkembang semula di Jepun.
iii.       Banyak  sekolah  mubaligh  didirikan  dan  terjemahan  kitab-kitan  Injil  telah dilakukan bermula pada tahun 1880-an.
iv.       Path tahun 1883 , satu persidangan mubaligh telah diadakan di Osaka yang dihadiri oleh pelbagai kumpulan mazhab Protestan.
C. Kesimpulan
i.         Agama merupakan satu elemen yang penting dalam masyarakat di China dan. Jepun.
ii.     Ia bukan sekadar percaya kepada kewujudan kuasa agung malah melambangkan sate bentuk pencapaian kerohanian yang membentuk tamadun dare sejarah manusia.
iii.       Agama merupakan instrument yang penting untuk menyatukan rakyat seperti melalui agama Shinto di Jepun.
iv.       Agama  juga  menjadi  medium  yang  penting  dalam  kebangkitan  semangat kebangsaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...