Rabu, 16 Februari 2011

NOTA SEJARAH BAB 1 TINGKATAN 5

Bab 1
Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
1.1 Imperialisme Barat di Asia Tenggara
Imperialisme Barat
1. Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara yang memperluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah
negara lain untuk kepentingan tertentu.
2. Berlaku sejak empayar Rom dan Yunani.
3. Imperealisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat mula menguasai wilayah-wilayah di
Amerika Latin, Afrika dan Asia.
4. Kuasa Barat yang terlibat dengan imperialisme di Asia Tenggara ialah Portugal, Sepanyol, Belanda, Britain, Perancis,
dan Amerika Syarikat.
Faktor-faktor imprealisme Barat sebelum abad ke-17.
1. Imperalisme Barat berlaku secara tidak langsung dan bertujuan untuk menguasai kepentingan perdagangan rempah
sahaja.
2. Portugal telah menawan Melaka pada tahun 1511 untuk menguasai perdagangan rempah.
Faktor-faktor Imperialisme Barat di Asia Tenggara
1. Kedudukan Asia Tenggara yang strategik iaitu terletak di antara China dan India menyebabkan penjajah Barat ingin
menguasai negara-negara di Asia Tenggara.
2. Perkembangan yang pesat dalam bidang perindustrian di Eropah sejak abad ke - 17, menyebabkan kuasa Barat
mengeluarkan pelbagai jenis barangan perdagangan secara besar-besaran.
3. Revolusi perindustrian menyebabkan mereka memerlukan bahan mentah secara konsisten.
4. Kuasa Barat juga memerlukan kawasan pasaran baru untuk memasarkan hasil keluaran industri mereka.
5. Imperialisme Barat ingin menguasai China dan India kerana kedua-dua negara berkenaan berpotensi dijadikan
pasaran yang luas bagi pasaran barangan mereka.
6. Asia Tenggara menjadi sasaran imprealis Barat kerana tanahnya yang subur dan kaya dengan bahan mentah.
7. Kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan.
8. Penggunaan kapal berkuasa wap dan membolehkan muatan banyak dibawa dan mempercepat perjalanan antara Barat
dengan Timur.
8. Pembukaan Terusan Suez memendekkan perjalanan di antara Barat dan Timur.
9. Pembukaan Terusan Suez dan penggunaan kapal berkuasa wap menjadikan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan
kos.
2
10. Penciptaan telegraf membolehkan kuasa-kuasa imperialisme memberi arahan kepada pegawai-pegawai mereka di
tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan.
11. Ahli-ahli perniagaan Barat juga dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur dengan lebih mudah.
12. Urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan perdagangan antarabangsa semakin pesat.
13. Kuasa-kuasa Barat juga bersaing sesama sendiri untuk menakluki tanah jajahan kerana mereka menyanjung tinggi
kuasa yang mempunyai tanah jajahan yang luas.
14. Orang British dan Belanda sering menggunakan slogan "Beban Orang Putih'’ untuk mendapatkan tanah jajahan.
15. Mereka mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun serta berasa bertanggungjawab untuk memimpin
orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.
16. Perancis pula menggunakan slogan "Tugas Menyebarkan Tamadun" yang bermaksud mereka bertanggungjawab mentamadunkan orang timur
.17. Mubaligh Kristian juga bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan.
1.2 Perubahan Sistem Politik di Asia Tenggara Sebelum kedatangan Barat
1. Negara-negara di Asia Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan beraja sebelum kedatangan Barat.
2. Imperialisme Barat berpendapat bahawa penguasaan terhadap sistem politik tempatan adalah perlu untuk menguasai ekonomi tanah jajahan.


Selepas Barat Menguasi Asia Tenggara

1. Setelah kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, mereka memperkenalkan sistem birokrasi barat bagi menggantikan sistem pemerintahan beraja.
2. Antara ciri-ciri Sistem Birokrasi Barat ialah
(a) Penubuhan kerajaan pusat ekoran penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan.
(b) Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.
(c) Pentadbiran dilaksanakan melalui biro atau jabatan.
(d) Pelantikan Pegawai Barat sebagai Ketua Biro.
(e) Pengenalan undang-undang Barat.
3. Perubahan di Filipina
1. Sebelum kedatangan Barat, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil yang dikenali barangay yang diperintah oleh golongan datu.
2. Di Selatan Filipina pula wujud kerajaan-kerajan Islam.
3. Sepanyol memperkenalkan sistem pemerintahan berpusat.
4. Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi dan dibantu oleh Ketua Datuk Bandar dan Gabenor Kecil. Ketua Datuk bandar adalah Pentadbir Wilayah manakala Gabenor Kecil selaku Pentadbir Bandar.
5. Pentadbiran tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda. Encomienda bermaksud baranggay-brangay yang digabungkan.
6. Ciri-ciri Sistem Encomienda adalah seperti berikut:
(a) Pemerintahnya dikenali sebagai encomiendero.
(b) Tugas encomiendero ialah
(i) menjaga keamanan
(ii) mengutip cukai
(iii) Mengkristiankan penduduk barangay
7. Sistem Encomienda tidak disenangi oleh rakyat kerana mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat dan mengenakan
kerahan tenaga kepada mereka.
8. Penyatuan barangay menyebabkan kemerosotan sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu.
Perubahan di Indonesia
Sebelum kedatangan Belanda

1. Indonesia terdiri daripada bebrapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di
Jawa.
2. Kerajan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar.
3. Di Jawa, pemerintahan tempatan diketuai oleh pembesar daerah atau bupati.
Selepas penguasaan Belanda
1. Belanda membahagikan pentadbiaran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan.
2. Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral.
3. Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.
4. Beberapa jabatan kerajaan ditubuhkan seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian.
5. Dewan Tempatan ditubuhkan sebagai badan penasihat kepada pentadbir Belanda tetapi tiada kuasa perundangan.
6. Volksraad yang merupakan Majlis Rakyat ditubuhkan. Ia adalah langlah ke arah kemerdekaan dan penubuhannya adalah hasil desakan Sarekat Islam.

Perubahan di Burma
Sebelum kedatangan British

1. Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung.
2. Raja dibantu oleh Hlutaw(Majlis Diraja), Wun (Pegawai Tinggi Kerajaan), Myothugyi (Ketua Bandar), Ahmudan
(Pegawai Diraja) dan Athi (Pembesar-pembesar tradisional).
3. Raja merupakan penanung kepada sami Buddha.
Selepas pendudukan British
1. Bermula selepas British memenangi Perang Inggeris-Burma III dan menguasai seluruh Burma.
2. Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma.
3. Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889.
4. Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok.
5. Sistem undang-undang Barat diperkenalkan..
6. Majlis Perundangan diperkenalkan.
7. Beberapa jabatan kerajaan ditubuhkan seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran.
Kesan
1. Dinasti Konbaung berakhir, institusi raja tersingkir.
2. Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat terhapus.
3. Sistem pentadbiran tradisional lenyap.
4. Pengaruh golongan agama merosot kerana fungsi raja sebagai penasihat sami Buddha telah diambil alih oleh undang-undang Barat.

Perubahan di IndoChina
Sebelum Kedatangan Perancis

1. Negeri-negeri di IndoChina ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak yang memberikan kuasa penuh kepada pembesar tempatan.
2. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin.
3. Golongan Mandarin di Vietnam dipengaruhi oleh sistem pemerintahan Tanah Besar China.
4. Golongan ini dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China.

Selepas pendudukan Perancis
1. Pentadbiran IndoChina diketuai oleh Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Kementeraian Tanah
Jajahan di Paris.
2. Gabenor Jeneral dibantu oleh Leftenan Gabenor (Pemerintah Wilayah Jajahan/Naungan), Residen Jeneral dan Residen
Wilayah.
3. Perancis menubuhkan kerajaan pusat yang dinamakan Union Indochinoise pada 1887.
4. Union Indochinoise merupakan Persekutuan IndoChina yang terdiri daripada Vitnam, Kemboja dan Laos.
5. Persekutuan tersebut diketuai oleh Gabenor Jeneral dan Perancis menguasasi pentadbiran.
6. Semua rang undang-undang di IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis.
7. Pentadbiran tempatan tidak dicampuri kerajaan pusat tetapi mereka perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.
Perubahan di Tanah Melayu
Sebelum Kedatangan Kuasa Barat

1. Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan dan menjadi ikutan kebanyakan negeri Melayu.
Perubahan Pentadbiran
Semasa pendudukan Portugis

1. Portugis telah meruntuhkan institusi raja di Melaka.
Semasa pendudukan Belanda
1. Institusi raja terhapus.
Semasa Pemerintahan British
1. Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat (NNS).
2. Gabenor merupakah pemerintah tertinggi di NNS dan dibantu Residen Kaunselor di ketiga-tiga negeri tersebut.
3. Pentadbiran peringkat kampung yang diketuai Penghulu dikekalkan.
4. British memperkenalkan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.
5. Setiap negeri diketuai oleh seorang Residen. Residen diletakkan dibawah kuasa Gabenor Negeri-negeri Selat.
6. Tugas utama Residen ialah menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat
Melayu.
7. Di negeri-negeri Melayu Tidak Besekutu iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor, British
memperkenalkan Sistem Penasihat. Penasihat di setiap negeri diletakkan di bawah kuasa Gabenor NNS.

8. Penasihat bertanggungjawab menasihati Sultan di negeri masing-masing dalam semua perkara kecuali hal ehwal
agama Islam dan adat istiadat Melayu.
9. British turut memperkenalkan perubahan-perubahan lain seperti sistem kehakiman Barat, pelaksanaan sistem kutipan
cukai, pembahagian negeri kepada bebarapa daerah dan penubuhan balai polis.
10. Kesannya, peranan dan pembesar Malayu dalam bidang pentadbiran terjejas.
Perubahan di Thailand
1. Birokrasi Barat di Thailand diperkenalkan sendiri oleh raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn.
Pembaharuan oleh Raja Mongkut
1. Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan.
2. Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dibawa dari Britain.
3. Penasihat kastam dan ketenteraan masing-masing dari Amerika Syarikat dan Perancis.
Pembaharuan oleh Raja Chulalongkorn
1. Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri.
2. Melantik juruaudit dari Britain untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara.
Kesan
1. Muncul golongan baru terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden berdasarkan tahap pendidikan mereka.
2. Pada tahun 1932, sistem raja berpelembagaan telah menggantikan sistem raja berkuasa mutlak.
3. Pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja berkurangan.
4. Permodenan pantadbiran telah membantu Thailand mengekalkan kemerdekaannya.

1.3. Nasionalisme di Asia Tenggara
Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme
A. Dasar penjajah Barat

1. Rakyat tidak berpuas hati.
2. Tidak memberi peluang kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden.
3. Rakyat tempatan terus kekal dalam kegiatan ekonomi tradisional yang serba kekurangan.
4. Dasar ekonomi penjajah seperti Sistam tanaman paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina menindas penduduk peribumi.
5. Wujudnya jurang sosial yang menganggap bahawa rakyat tempatan berada dalam kelas sosial mereka sendiri.
6. Hanya golongan elit tempatan dan pegawai kerajaan berpendidikan barat layak berdamping dengan orang British.
B. Sistem eknonomi
1. Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran Cina dan India menyebabkan golongan tersebut menguasai bidang ekonomi.
C. Pengaruh agama
1. Agama telah berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat serta
agama Kristian.
2. Agama muncul sebagai alat perpaduan dan golongan agama merupakan pencetus kepada gerakan nasionalisme.
3. Buktinya ialah kemunculan Gerakan Islah di Tanah Melayu dan Indonesia serta Persatuan Belia Buddha di Burma.
4. Gerakan Islah memperjuangkan Pan-Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam menentang penjajah Barat.
5. Agama Kristian yang diperkenalkan di Filipina telah berjaya menyatukan penduduk negara tersebut menentang Barat
kerana penganut Kristian tempatan dianggap sebagai penganut Kristian kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.
D. Karya kesusasteraan
1. Karya-karya kesusasteraan merupakan media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap
penindasan penjajah.
2. Mesej yang diketengahkan dalam karya kesusasteraan telah mebangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan kepada
tanah air.
3. Novel Noli Me Tenggere (Jangan Sentuh Daku) karya Jose Rizal telah mencetuskan semangat nasionalisme dalam
kalangan rakyat Filipina dan menjadi inspirasi kepada gerakan nasionalisme di rantau Asia Tenggara.
4. Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar turut memuatkan isu nasionalisme.
5. Begitu juga Novel Putera Gunung Tahan hasil karya Pak Sako.
E. Sistem pendidikan
1. Barat engamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan. Mereka lebih mengutamakan sekolah
yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.
2. Penjajah hnya memberikan pendidikan peringakat rendah kepada penduduk tempatan dan terhad kepda anak golongan elit dan penduduk bandar.
3. Di Indonesia, anak golongan priyayi diberikan pendidikan tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan.
4. Tujuan Belanda adalah untuk memecahkan perpaduan rakyat Indonesia.
5. Di Burma, pendidkan sekular dan penddidikan Mubaligh telah menjadi ancaman kepada sekolah Buddha.
6. Di Tanah Melayu, lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.
F. Kemunculan golongan intelektual
1. Mereka merupakan pencetus kepada gerakan nasionalisme.
2. Pelajar-pelajar ini mendapat pendidikan di Barat dan Asia Barat.
3. Mereka didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam.
4. Golongan ini sedar bahawa penjajah tidak mentadbir negara mereka sepertimana mereka mentadbir negara sendiri.
5. Mereka memimpin gerakan nasionalisme setelah pulang ke negara masing-masing.
6. Pada peringkat awal perjuangan mereka hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela.
7. Akhirnya, mereka menuntut penjajah membebaskan tanah air mereka.
G. Pengaruh media massa
1. Media massa menyemarakkan gerakan nasionalisme.
2. Ia berperanan menyebarkan idea-idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah dalam kalangan rakyat jelata.
3. Di Vietnam, Tribune Indegene dan Cloche Felee merupakan akhbar berpengaruh.
4. Di Tanah Melayu, al-Ikhwan, Saudara, Warta Melaya dan Majlis adalah antara akhbar utama.
5. Penjajah menganggap perkembangan tersebut sebagai ancaman kepada mereka dan ia bertentangan dengan kebebasan
akhbar seperti yang diamalkan den negara mereka.

H. Sistem pengangkutan dan perhubungan
1. Kemudahan Telefon dan telegraf memudahkan hubungan di antara nasionalis dan rakyat.
2. Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api telah menghubungkan kawasan-kawasan yang selama ini terpisah.
3. Ia memudahkan pemimpin dan rakyat bertemu dan membincangkan idea-idea tentang nasionalisme.
I. Pengaruh luar
1.Kejayaan Jepun menewaskan China pada tahun 1885 dan Russia pada tahun 1904 telah membuka mata para nasionalis
tempatan kerana keupayan sebuah negara kecil mengalahkan kuasa yang lebih besar.
2. Perjuangan Mahatma Gandhi di India menentang British memberi inspirasi kepada nasionalis di Asia Tenggara.
Perkembangan Nasionalisme
Terdapat dua tahap perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara.
Ciri-ciri nasinalisme tahap pertama

1. Penentangan dilakukan oleh penduduk tempatan secara terbuka yang bersifat setempat dan tidak berorganisasi.
2. Isu-isu yang diperjuangkan pula ialah isu kebudayaan, agama, dan hak peribumi.
3. Gerakan pada tahap ini dipimpin oleh golongan pertengahan yang mendapat pendidikan Barat dan Asia Barat.
3. Golongan nasionalis lebih mengutamakan kesedaran politik daripada tindakan politik.
4. Mereka menuntut supaya hak mereka dikembalikan dan taraf hidup dibaiki.
5. Perjuangan mereka tidak meminta kemerdekaan dengan segera.
Ciri-ciri nasionalisme tahap kedua
1. Gerakan nasionalisme lebih radikal dan berorganisasi.
2. Gerakan pada tahap ini dipimpin oleh golongan berpendidikan dan berpengetahuan dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat.
3. Matlamat perjuangan pada tahap ini lebih jelas iaitu menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.
Nasionalisme tahap pertama di Filipina
1. Gerakan nasionalisme pada tahap pertama dikenali sebagai gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal. Beliau
disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat.
2. Antara tuntutan golongan nasionalisme pada tahap awal ini ialah
a. mereka mahukan Filipina dijadikan wilayah Filipina
b. bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti yang diperoleh bangsa Sepanyol.
c. bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
3. Jose Rizal telah menubuhkan Liga Filipina bertujuan mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik,
ekonomi, dan sosial.
4. Jose Rizal telah ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao oleh Sepanyol kerana bimbang kedudukan
mereka terancam.
5. Jose Rizal akhirnya dijatuhkan hukuman bunuh kerana dituduh terlibat dalam pemberontakan.
Nasionalisme tahap kedua di Filipina
1. Katipunan ditubuhkan oleh Andreas Bonifacio telah memulakan gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina.
2. Matlamat perjuangan Katipunan ialah menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi.
3. Katipunan menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi. Akhbar Kalayan merupakan akhbar
rasmi pertubuhan ini.
4. Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan kerajan Sepanyol tetapi tidak berjaya.
5. Katipunan semakin lemah selepas Andreas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo pada tahun 1897.
6. Pada tahun 1898, Aguinaldo telah mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat dan kerjasama itu telah berjaya
mengusir Sepanyol dari Filipina. Selepas itu, Amerika Syarikat mula menguasai Filipina.
7. Pada tahun 1899, Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Filipina tetapi tidak disahkan oleh Amerika. Dengan itu revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap pada tahun 1901.
8. Selepas itu Kerajaan Amerika membenarkan penubuhan parti politik sederhana.
9. Apabila Parti Nasional memenangi pilihan raya pada tahun 1907, Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.
10. Sekitar tahun 1930, nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan apabila pimpinan
Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih liberal.
Indonesia
Gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia

1. Tumpuan pada tahap pertama gerakan nasionalisme di Indonesia lebih tertumpu kepada isu pendidikan. Mereka
berpendapat hanya pendidikan yang akin dapat mengubah nasib rakyat Indonesia.
2. Raden Adjeng Kartini cuba memajukan pendidikan untuk kaum wanita.
3. Karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan penjajahan Belanda.
4. Perjuangannya menjadi inspirasi kepada perjuang-pajuang selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun.
5. Muhammadiyah ditubuhkan untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekularisme Barat dan agama Kristian. Pertubuhan ini turut membina sekolah, klinik dan masjid.
Gerakan nasionalisme pada tahap kedua
1. Gerakan nasionalisme diwarnai dengan perjuangan parti-parti politik radikal seperti Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia, dan Parti Nasional Indonesia.
2. Parti-parti berkenaan begitu lantang menuntut kemerdekaan sekalipun dengan cara kekerasan.
3. Parti Nasional Indonesia (PNI) di bawah pimpinan Soekarno begitu popular kerana perjuangannya berjaya
mempengaruhi rakyat Indonesia.
4. Belanda bertindak menangkap pemimpin-pemimpin yang radikal seperti Sukarno dan menghapuskan Parti Nasional Indonesia.
IndoChina
Vietnam

1. Gerakan nasionalisme di Vietnam dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai-pegawai daripada golongan
Mandarin. Mereka memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.
2. Golongan menengah berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan di kalangan rakyat yang dipimpin oleh Phan Boi Chau. Mereka melancarkan satu gerakan revolusi tetapi gagal.
3. Beliau kemudiannya menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan pemberontakan di Tongkin serta melancarkan gerakan dakyah di Vietnam.
4. Beliau kemudiannya dipenjarakan dan VNQPH diharamkan.
5. Kegagalan parti politik sederhana mendapatkan kerjasama dari Perancis telah melahirkan gerakan yang lebih radikal melalui Parti Vietnam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam (PKV).
6. Perancis bertindak balas dengan menangkap pemimpin-pemimpin VNQDD dan menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc.
7. Ho Chi Minh, pemimpin PKV terpaksa melarikan diri ke Hong Kong.
8.. Gerakan nasionalisme di Vietnam kembali bercorak sederhana ekoran tindakan keras pihak Perancis. Usaha-usaha pembaharuan yang dilakukan oleh Maharaja Boa Dai dan baginda dihalang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme.
Burma
Gerakan Nasionalisme tahap pertama

1. Gerakan nasionalisme pada tahap pertama di Burma dipelopori oleh golongan sami Buddha dan golongan elit
berpendidikan Barat.
2. Golongan sami telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha (PBB) pada tahun 1906 yang bertujuan untuk
mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan dalam kalangan rakyat Burma.
3. Pertubuhan ini menggunakan isu kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.
4. Pemimpin Persatuan Belia Buddha kemudiannya menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma (1920) yang lebih radikal.
Gerakan nasionalisme tahap kedua
1. Gerakan nasionalisme tahap kedua di Burma muncul apabila Laporan Montagu-Chelsford menyatakan bahawa Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri.
2. Menjelang tahun 1920, berlaku Revolusi Pelajar yang mahukan penubuhan sebuah universiti untuk mereka.
3. Gerakan nasionalisme di Burma pada tahap kedua diteruskan oleh Majlis Am Sangha Sametggi yang menyebabkan berlakunya Pemberontakan Saya San. Pemberontakan ini diketuai oleh bekas pongyi dan pemimpin di Tharawaddy.
4. Kemudian muncul pula Liga Antipemisahan yang menganggap pemisahan dengan India hanya akan melewatkan kemerdekaan Burma.
5. Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberikan peluang kepada Burma ke arah berkerajaan sendiri.
6. Golongan Thakin (siswazah universiti) menubuhkan Parti Dobama Asiayone pada tahun 1935 untuk menuntut kemerdekaan.
7. Antara pemimpinnya ialah Aung San, Kyaw Nein, dan U Nu yang menggelarkan diri mereka sebagai "Tuan".
8. Dr. Ba Maw telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama setelah memenangi piliha raya tahun 1937.
Thailand
Gerakan Nasionalisme tahap pertama

1. Gerkan nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain kerana tidak bersifat
antipenjajah.
2. Gerakan ini muncul disebabkan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik golongan kerabat diraja dan
penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
13
3. Perkembangan sistem pendidikan Barat menyebabkan golongan intelektual terdedah dengan fahaman liberal, sistem
demokrasi, dan sistem raja berperlembagaan.
4. Pentadbiran Raja Vajiravudh yang lemah dan boros menyebabkan rakyat tidak berpuas hati.
5. Hal ini menyebabkan Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram telah menubuhkan Parti Rakyat. Parti ini telah melancarkan Revolusi 1932
6. Revolusi tersebut telah menamatkan sistem raja berkuasa mutlak di Thailand.
Gerakan nasionalisme pada tahap kedua
1. Rakyat tidak berpuas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.
2. Phibul Songram telah meluluskan undang-undang bagi menyekat kebebasan dan penguasaanekonomi oleh orang Cina semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
3. Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.
4.. Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
5. Jawatan tertinggi kerajaan hanya untuk penganut Buddha.
6. Phibul Songram telah menukar nama negara Siam kepada Thailand (Tanah Bebas) pada tahun 1939.
7. Hasil kerjasama dengan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di Tanah Melayu dan di IndoChina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...