Bincangkan perubahan-perubahan yang berlaku terhadap sistem beraja setelah kedatangan British ke Tanah Melayu.
Pengenalan
Sultan atau raja menduduki hierarki tertinggi dalam struktur sosial dalam masyarakat Melayu tradisional. Mempunyai kuasa mutlak. Kedudukannya dianggap suci dan kudus dan sebelum kedatangan agama Islam dianggap sebagai devaraja atau anak tuhan. Dianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi dan pemegang amanah.Diperkukuhkan dengan unsur daulat dan beberapa keistimewaan tertentu. Selepas PerjanjianPangkor 1874 kuasa dan peranan sultan mula berubah akibat sistem residen.
Isi
0.Hilang kuasa pentadbiran kecuali perkara yang berkaitan dengan agama dan adat.
1.Menjadi boneka kerana terpaksa meminta nasihat residen sebelum melaksanakan sesuatu perkara.
2.Hilang hak memungut cukai – sumber pendapatan terjejas digantikan dengan pencen yang nilainya lebih rendah
3.Hilang kuasa mutlak iaitu Majlis Sultan digantikan dengan Majlis Negeri. Sultan tidak berkuasa membuat keputusan yang akan ditentukan oleh residen
4.Hilang kuasa tentera.
5.Hilang kuasa atau hak menjatuhkan hukuman bunuh kerana British memperkenalkan sistem kehakiman British.
6.Perlantikan berdasarkan golongan yang tidak menentang pentadbiran British dan bukan mengikut sistem yang sedia ada seperti di Perak ( perlantikan Sultan Abdullah )
7.Kuasa semakin terjejas apabila NNMB ditubuhkan pada 1896. Ketua pentadbir NNMB ialah
Residen General
8.Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) menjejaskan lagi kedudukan dan kuasa sultan kerana kuasa berpusat di tangan Pesuruhjaya Tinggi. Sultan hanya ahli biasa dan tidak boleh membantah atau membatalkan usul MMP.
9.Penubuhan Malayan Union (MU) 1946 meruntuhkan sistem beraja. Gabenor menjadi pengerusi agama Islam bagi negeri-negeri Melayu. Sultan hilang hak sebagai ketua agama Islam.
Kesimpulan
Kuasa dan kedudukan sultan dipulihkan dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan penubuhan Majlis Raja-raja. Dianggotai oleh sembilan raja-raja Melayu dan dipengerusikan oleh seorang raja. Perkenan raja-raja diperlukan dalam perkara berkaitan perhubungan, migrasi dan perlantikan pegawai kanan kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan