Isnin, 23 April 2012

TEMA 1 Sejarah Malaysia : MASYARAKAT TEMPATAN


Golongan pembesar dikatakan memonopoli segala kuasa politik dalam kerajaan sebelum campur tangan British di negeri-negeri Melayu. Bincangkan peranan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial.
 
Pengenalan
           Sistem pembesar di negeri-negeri Melayu adalah warisan Kesultanan Melayu Melaka.
           Sistem pembesar empat lipatan Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi model bagi pengurusan dan pentadbiran kerajaan-kerajaan di negeri-negeri Melayu.
           Sehingga pertengahan abad ke-19, para pembesar merupakan aset terpenting dalam sistem politik di Tanah Melayu.
           Setiap orang pembesar mempunyai peranannya dalam politik, ekonomi dan sosial dalam masyarakat Melayu. 
Politik
           Peranan utama pembesar ialah dalam bidang politik.
           Mereka merupakan golongan yang memonopoli segala kuasa politik dalam kerajaan.
           Ada kalanya, golongan pembesar mempunyai kuasa untuk melantik raja. Misalnya, empat orang Undang (Undang Jelebu, Undang Sungai Ujong, Undang Rembau dan Undang Hohol) akan melantik Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
           Dalam keadaan biasa, pembesar membantu raja dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri.
           Untuk melaksanakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka, para pembesar ini mempunyai cop mohornya sendiri.
           Para pembesar menjadi penasihat atau menjadi ahli Jemaah Penasihat Sultan.
           Misalnya, pada tahun 1800, Sultan Muhammad I (Sultan Kelantan) telah melantik seramai 7 orang pembesar untuk memudahkan dan melicinkan lagi jentera pentadbirannya.
           Sultan Muhammad II telah melantik 8 orang Jemaah Menteri.
           Sultan Abu Bakar (1862-1895) telah melantik Jemaah Menteri untuk menasihati Sultan (Johor).
           Pembesar juga membantu raja mentadbir kawasan-kawasan tertentu di luar wilayah dipanggil “pegangan” yang merupakan anugerah Sultan kerana jasa dan perkhidmatan semerlang mereka atau menjadi pentadbir daerah/jajahan. Misalnya, Dato’ Bahaman menguasai kawasan Semantan dengan gelaran Orang Kaya Semantan; Tok Gajah mentadbir Pulau Tawar; Ngah Ibrahim menguasai Larut.
           Para pembesar juga memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Misalnya, Jemaah Menteri Peperangan di Kelantan menguruskan hal-ehwal peperangan, ketenteraan, pertahanan dan keamanan; Lembaga di Negeri Sembilan menjaga keselamatan dan keamanan.
           Sebagai pentadbir kawasan atau daerah/jajahan, para pembesar memastikan penduduk di bawah jagaannya taat setia kepada pemerintah.
           Menyediakan dan membekalkan tenaga ketenteraan untuk mempertahankan negara dan juga untuk ekspedisi memperluaskan empayar (jika ada).
           Para pembesar ibarat “jambatan” menghubungkan rakyat jelata dengan pemerintah. 
Ekonomi
           Para pembesar memainkan peranan penting dalam pengutipan cukai.
           Pembesar di pelabuhan (Shah Bandar) mengutip cukai daripada pedagang-pedagang.
           Pembesar daerah/jajahan mengutip cukai daripada rakyat di kawasannya dengan bantuan Penghulu.
           Pembesar menguasai sumber ekonomi seperti lombong bijih timah dan juga hasil eksport lain.
           Menggunakan sistem kerah dan sistem serah untuk dapatkan hasilan.
           Hasil pendapatannya lebih lumayan dan ini kadang-kala menyebabkan mereka lebih kaya daripada Sultan. Contoh: Long Jaafar dan Ngah Ibrahim yang menguasai Larut.
           Pembesar juga melibatkan diri dalam perdagangan.
           Mereka menjadi pengeluar modal.
           Perniagaan dan perdagangan pembesar diuruskan oleh wakil-wakilnya.
           Para pembesar juga memastikan urusan perdagangan dalam negeri berjalan licin.
           Menentukan timbangan dan sukatan yang betul.
           Menjaga perairan daripada pencerobohan lanun.
           Mengawasi pedagang-pedagang; menjaga hal-ehwal pedagang asing; mengaturkan tempat perniagaan dan menyediakan gudang untuk menyimpan barang-barang.
Sosial
           Kebajikan anak buahnya adalah tanggungjawab para pembesar.
           Memastikan kewujudan keamanan.
           Menjadi hakim dalam sesuatu perbicaraan dan meleraikan perselisihan.
           Mengetuai kerja-kerja sosial seperti pembinaan surau, masjid, balai raya, jambatan dan sebagainya. 
Kesimpulan
Golongan pembesar memainkan peranan penting sebagai “penggerak” dalam systempemerintahan di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British.
Campur tangan British dan pengenalan Sistem Residen menjelang tahun 1870-an, menjejaskan kedudukan politik, ekonomi dan sosial pembesar Melayu.
Perkhidmatan sebahagian para pembesar Melayu, kemudiannya digunakan oleh British untuk membantu pegawai-pegawai British.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...