Bincangkan Pentadbiran SBUB Di Sabah Dan Keluarga Brooke Di Sarawak Pada Abad Ke 19
Pengenalan
- Sabah dan Sarawak dikuasai British melebhi 100 tahun - dijajah secara tak langsung
- SBUB perkenal corak pentadbiran barat di Sabah 1881-1946 – Gabenorungkan institusi British dengan institusi tempatan dalam pentadbiran awam
- Corak pentadbiran Sarawak lebih kepada keluarga Brooke – penguasa Sarawak dengan guna penduduk tempatan dari tahun 1841-1946
Isi
Sabah
1. SBUB diketua oleh Gabenor lantikan penggerak kompeni dengan perstujuan kerajaan British – Gabenor pertama W.H Treacher – dibantu oleh Majlis Penasihat – pegawai kanan kompeni seperti S/Usaha Kerajaan, Bendahari dan Ketua Pasukan Keselamatan
2. Untuk memudahkan – Sabah dibahagikan kepada 4 unit pentadbiran dikenali sebagai Residen- ditadbir oleh Pegawai Eropah- Residensi Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan Pedalaman – diketuai oleh Residen – fungsi tertentu – Setiap Residensi dibahagikan kepada tujuh daerah – ketuanya Pegawai Daerah bangsa Eropah dibantu oleh ketua tempatan bergelar Ketua Anak Negeri
3. SBUB perkenal beberapa jawatan bagi membantu Syarikat – Sebuah Institusi Ketua Anak-anak Negeri digelar Majlis Penasihat Ketua Anak Negeri – sebagai org tengah dengan Syarikat – Ketua Kampung bergelar Orang Tua – pada peringkat kampung - pelapor kepada Ketua Anak Negeri
4. Mahkamah Anak Negeri wujud secara tradisional dikekalkan – ketuanya Ketua Anak Negeri –fungsi sebagai hakim – bicara kes-kes adat dan syariah
5. MMUndangan ditubuh bagi ganti Majlis Penasihat – mendapat pandangan dari pelbagai kaum menggubal undang-undang – Majlis punya 7 ahli rasmi dan 4 tak rasmi ( China dan pendatang)
Sarawak
1. Di bawah pentadbiran Raja Putih – amal monarki – raja punya hubungan baik dengan pembesar tempatan – menjadi penasihat kanan dalam pentadbiran – antaranya Datuk Patinggi, Datuk Temenggung, Datuk Bandar dan Datuk Imam
2. Raja Putih bentuk Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri untuk bantu pentadbiran – Majlis tertinggi ditubuh oleh James Brooke – buat dasar berkait pentadbiran Sarawak – dianggotai oleh beberapa pembesar Melayu – 1868 – Charles Brooke bentuk Majlis Negeri – beri peluang pegawai dan pembesar suarakan masalah – ahlinya dari Majlis tertinggi, pegawai, pengawal kanan Eropah dan Melayu serta ketua-ketua Iban- mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun- bincang perkara penting dan dasar kerajaan- tak berhak buat undang-undang ttp bertugas menasihat Raja dan kerajaan – bersidang kali pertama di Sibu pada 1867
3. Sarawak dibahagi kepada 5 bahagian- diketuai oleh seorang Residen dibantu Penolong Residen orang Eropah – Setiap Residen dibantu oleh Pegawai tempatan bergelar Pegawai Anak Negeri – dari kalangan pembesar tempatan – Pegawai Anak Negeri bertugas sebagai Penasihat Residen, kutip cukai dan ketua ekspedisi tentera – setiap bahagian ada majlis sendiri dipengerusi Residen dan pegawainya dan ketua pribumi- pada peringkat kampung – ketua penduduk selesaikan masalah pergaduhan dan cukai – makna berjaya gabungkan barat dan dan tempatan
4. 1941 – sempena 100 tahun - Vyner Brooke – bentuk satu perlembagaan – serah kuasa kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri – Majlis Tertinggi ada 5 ahli manakala Majlis Negeri ada 25 rasmi( 14 rasmi: pegawai khidmatan awam dan 11 tak rasmni : dilantik Brooke – untuk jaga kepentingan penduduk – berjanji beri kemerdekaan
Kesimpulan
- Walapun Sabah dan Sarawak diperintah oleh British tetapi mempunyai pentadbiran yang terpisah dari kerajaan British – SBUB dan Brooke berjaya terap pembaharuan yang lebih sistematik
- Penguasaan barat di Sabah dan Sarawak ditentang oleh pihak tempatan – segala dasarmenimbulkan kesulitan kepada penduduk tempatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan