Sistem pemerintah Rusia telah mengamalkan Sistem Pemerintahan Beraja bermula tahun 1547 sehingga tahun 1917. Sistem pemerintahan Rusia adalah diwarisi daripada sistem pemerintahan empayar Byzantine selepas berlakunya perkahwinan Ivan III dengan cucu maharaja Byzantine yang terakhir iaitu Sophia pada tahun 1469. Sistem pemerintahan di Rusia menggunakan konsep caesaropapism iaitu konsep gabungan unsur keagamaan dan politik yang mengkehendaki rakyat taat setia kepada pemeriantah Rusia.
Gelaran
raja/maharaja Rusia
dikenali sebagai Tsar sempena gelaran Caesar yang diguna pakai oleh pemerintah
empayar Byzantine. Ivan IV merupakan raja pertama yang menggunakan gelaran Tsar
dan penggunaannya berakhir dengan Dinasti Ramanov pada tahun 1917. Pada abad ke
16 hingga abad ke-20, pemerintahan beraja di Rusia di bawah Dinasti Romanov
iaitu bermula dengan Michael Ramanov (1613-1645), Peter The Great (1682-1725),
Catherine I (1725-1727), Tzar Alexander I (1801-1825), Tzar Nicholas I
(1825-1855), Tzar Alexander II (1855-1881), dan Tzar Nicholas II (1894-1917).
Sistem
beraja di Rusia di bawah Dinasti Ramanov
selama 304 tahun berakhir semasa pemerintahan Tsar Nikolai II apabila
berlaku Revolusi Russia 1917 dan digantikan dengan sebuah parti campuran yang
mengaku dirinya sebagai Kerajaan Sementara. Pemerintahan Kerajaan Sementara di
bawah Putera Lyvov dan Alexander Kerensky sehingga 25 Oktober 1917. Akhirnya
pemerintahan Rusia diambil alih oleh Vlanimir Ilyich Lenin melalui Revolusi
Bolshevik.
Kedudukan
Raja Rusia
1.
Kedudukan Tertinggi
Dalam
sistem
pemerintahan beraja di Rusia,
Tsar mempunyai kedudukan tertinggi dalam struktur masyarakat. Rakyat
perlu taat
dan memandang mulia kepada Tsar. Tsar merupakan ketua dalam setiap
bidang pemerintahan di Rusia. Tsar berkuasa membuat segala keputusan
yang akan dilaksanakan di Rusia dan segala perintah Tsar rakyat tidak
boleh membantah.
2.Berkuasa
mutlak
Sebelum Revolusi Rusia 1917, Rusia mempratikkan
pemerintahan bercorak autokratik. Pada tahun 1547, Ivan IV yang lebih dikenali
sebagai ”Ivan yang ganas” telah memerintah Rusia dengan menggunakan kuasa
mutlak. Beliau telah bertindak mengisytiharkan kanun undang-undang baharu pada
tahun 1550, menubuhkan badan perwakilan feudal (Zemskii Sabor) pertama di Rusia
dan berjaya melemahkan kedudukan orang Tartar di Rusia dengan menguasai Kazan
(1552) dan Astrakhan (1556). Begitu juga dengan pemerintahan Tsar IV Nikolai
II (1894-1917) mempunyai kuasa mutlak
dalam menentukan keputusan pentadbiran serta hal-ehwal kerajaan.
3. Hak Istimewa
Maharaja Rusia seperti maharaja lain di dunia mempunyai
hak istimewa dalam masyarakat seperti kekebalan dari segi undang-undang dan
diberi pelbagai kemudahan istimewa. Segala kata Tsar akan dirujuk dan dianggap sebagai undang-undang.
Peranan Maharaja Russia dalam pemerintahan
1. Ketua Negara
Maharaja
Rusia
berperanan sebagai ketua negara atau ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam
pentadbiran. Baginda berkuasa dalam bidang politik, ekonomi dan sosial seperti
mana zaman pemerintahan Tzar Nicholas II.
2.
Dasar Luar
Tsar
Rusia
berkuasa dalam menentukan hubungan luar negeri/hubungan diplomatik. Maharaja Rusia telah menjalinkan hubungan diplomatik
dengan negara-negara Eropah Barat termasuk Jerman untuk melatih ketenteraan Rusia. Tsar
Alexander I (1801-1825) telah menandatangani satu perjanjian dengan Napoleon
pada tahun 1807 iaitu Rusia bebas menjalankan dasar menakluki Turki dan berjaya
merampas wilayah Bessarabia pada tahun 1812.
3.
Melantik Menteri
Dalam
sistem
pemerintahan beraja di Rusia,
Tsar juga mempunyai kuasa melantik menteri bagi mengukuhkan
kedudukannya.
Selain itu baginda juga berkuasa untuk memecat menteri yang dianggap
menentangnya dalam pemerintahan. Contohnya semasa pemerintahan Tsar
Nicholas
II. Tsar akan memilih dan melantik menterinya yang benar-benar boleh
dipercayai dan mampu mentadbir kerajaan. Menteri diibarat sebagai tulang
belakang atau penyokong kuat kerajaan. Kuat atau lemah seseorang Tsar
itu bergantung kepada golongan menteri ini.
4.
Bertanggungjawab menjaga keamanan
Pemerintahan
Rusia bertanggungjawab untuk memulih, menjaga keamanan dan keselamatan seluruh
negara Rusia daripada ancaman musuh. Pemerintah Michael Ramanov telah berjaya
mempertahankan Rusia daripada pencerobohan asing dengan menjadikan beberapa
buah bandar yang berkubu di selatan untuk menentang Tartar dan Turki.
5.
Mengetuai ketenteraan
Dasar
perluasan wilayah juga mendorong pemerintah Rusia mengawal ketenteraan. Oleh
sebab Rusia sering terancam telah menyebabkan pemerintah Rusia memperkuatkan
tenteranya seperti mana yang dilakukan oleh Peter The Great. Peter teleh
menambah peruntukan ketenteraan sebanyak 2.3 juta rouble pada tahun 1701 kepada
32 juta rouble pada tahun 1710. Peter juga
memastikan peruntukkan perbelanjaan pusat memberi keutamaan kepada pertahanan
negara Rusia.
Begitu juga dengan pemerintah Yekaterina Agung
(1762-1796) yang meluaskan kuasanya ke Poland-Lithuana dan di selatan memerangi
wilayah empayar Uthmaniyyah. Alexander II (1855-1881) yang telah memodenkan
tentera Rusia berjaya
membebaskan Bulgaria
daripada pemerintahan Uthmaniyyah dalam Perang Rusia-Turki (1877-1898).
6.
Mengetuai bidang ekonomi
Pemerintah
Rusia juga bertanggungjawab memajukan ekonomi supaya negara bertambah kukuh dan
stabil. Kesungguhan pemerintah Rusia dalam memajukan ekonomi dapat dilihat
semasa pemerintahan Peter The Great, Tzar Alexander II dan Tzar Nicholas II. Semasa
Peter The Great, beliau telah menggalakkan pembangunan industri perkilangan
membuat senjata, peralatan tentera, pembuatan makanan, sektor pembuatan seperti
tekstil, kertas, kaca dan barangan kulit. Industri besi dan keluli juga
dimajukan di Ural sehingga Rusia boleh muncul sebagai pembekal besi utama untuk
pasaran Eropah pada abad ke-18.
Tzar
Alexander II pula membangunkan sistem pengangkutan kereta api bagi memajukan
lagi sektor industri di Rusia. Begitu juga pemerintah Tzar Nicholas II turut memberi
tumpuan kepada kemajuan pengangkutan kereta api kerana ia menjadi kunci kepada
pembangunan ekonomi Rusia.
7.
Sebagai ketua agama Kristian
Pemerintah
Rusia juga berperanan sebagai ketua agama dan bertanggungjawab memperkukuhkan
serta menyuburkan ajaran agama Kristian Ortodoks. Pemerintah Rusia perlu
memastikan rakyatnya sentiasa mematuhi pengamalan agama. Sebagai contoh
pemerintah Peter The Great telah memberikan tawaran kemewahan dan kebendaan serta
ada yang diugut yang mana tanah mereka akan dirampas jika tidak menukar agama.
Bagi
menjayakan hasratnya juga, beliau telah mengarahkan mubaligh Kristian mempelajari
bahasa masyarakat tempatan, menterjemahkan kitab Bible ke dalam bahasa tempatan
dan menghantar mubaligh tinggal bersama keluarga yang menjadi sasaran
pemerintah.
Kesimpulan
Kedudukan
dan peranan Tsar di Rusia sememangnya tidak banyak bezanya dengan kedudukan
dan peranan raja/maharaja di negara-negara lain di dunia ketika itu. Tetapi
akhirnya kedudukan dan peranan Tsar tamat
setelah berlakunya Revolusi 1917 di Russia yang akhirnya Russia menjadi
sebuah negara republik yang dipimpin oleh seorang Presiden.
JT Casino: $600 Sign Up Bonus for NJ players & NJ
BalasPadamYou'll 계룡 출장샵 be a no-frills gambler from the comfort 경상북도 출장안마 of your own home. JT 목포 출장마사지 Casino NJ will 시흥 출장안마 provide you 성남 출장마사지 with the perfect bonus package for new and