Pendahuluan.
Golongan pembesar merupakan pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh
raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dalam kerajaan. Tujuan
pelantikan golongan pembesar untuk membantu raja atau maharaja dalam bidang
pemerintahan yang merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial. Mengikut Kamus
Dewan pula golongan pembesar bolehlah ditakrifkan sebagai orang yang berpangkat
tinggi dalam kerajaan.
Dalam sistem pemerintahan raja atau maharaja, kedudukan pembesar sangat
penting dan berada di lapisan kedua selepas kedudukan raja atau maharaja.
Institusi pemerintahan di Russia memperlihatkan raja atau maharaja melaksanakan
pemerintahan dengan bantuan atau sokongan institusi pembesar. Bagi memastikan golongan pembesar sentiasa
taat setia kepada raja atau maharaja dan mengawasi tindak tanduk pembesar maka satu
badan pemantau telah diwujudkan oleh raja atau maharaja.
Jika seseorang pembesar gagal melaksanakan tugas yang telah diberikan
dengan baik, raja atau maharaja mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatannya dan
digantikan dengan pembesar lain yang lebih berwibawa dan dipercayai. Kuat atau
lemah sesebuah kerajaan atau raja atau maharaja adalah bergantung kepada
golongan pembesar yang dipilih dan
dilantik oleh raja atau maharaja. Sebab itulah golongan pembesar diibaratkan
sebagai tulang belakang atau tiang kerajaan dalam sesebuah kerajaan.
Sistem pembesar yang diamalkan di negara Rusia boleh dibahagi kepada
beberapa peringkat iaitu pembesar diperingkat pusat, pembesar peringkat daerah
atau wilayah dan pembesar peringkat kampung. Bidang tugas mereka hampir sama
tetapi kedudukan serta kuasa mereka yang membezakan di antara golongan
pembesar.
Sistem Pembesar Di Rusia
Sistem pembesar di Rusia berbeza dengan negara China. Semasa era
pemerintahan Moscow dan Dinasti Ramanov sistem pembesarnya terbahagi kepada 3
peringkat iaitu peringkat pusat,
peringkat daerah dan peringkat kampung.
Pentabiran Di Peringkat
Pusat.
Di peringkat pusat, sistem pemerintahan pembesar melalui Majlis
Penasihat Tertinggi (Duma), Majlis Penasihat (Zemskii Sabor) dan jabatan
kerajaan (Prikazi). Duma dianggotai oleh golongan bangsawan paling
kanan dan bertanggungjawab menyelaras hal ehwal pemerintahan, mengubal dan
meluluskan dasar kerajaan, dan sistem kehakiman. Walaubagaimanapun raja masih
lagi berkuasa untuk membuat keputusannya.
Zemskii
Sabor pula dianggotai oleh golongan bangsawan. Bilangan ahlinya antara 40-50
orang dan bidang kuasa mereka lebih rendah berbanding kuasa Duma. Prikazi pula
merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar-dasar yang telah digubal dan
diluluskan oleh Duma.
Sistem
pembesar di Rusia disusun dengan teliti akan tidak berlaku pertindihan peranan,
lebih seragam dan lebih cekap. Oleh itu Duma dan Zemskii Sabor telah dibubarkan dan
diganti dengan Majlis Senate pada tahun 1711 semasa pemerintahan Peter
The Great. Majlis ini dianggotai oleh 9 ahli dengan dibantu oleh Colleges bagi
meringankan beban tugas Senate yang semakin hari semakin banyak tugasnya.
Dalam bidang
pemerintahan, institusi gereja Kristian Ortodoks juga mempunyai peranan penting dalam
bidang keagamaan, ekonomi dan politik. Namum peranan mereka telah
dikawal dengan ketat oleh raja Rusia supaya pembaharuan yang ingin dilaksanakan
di Rusia dapat dilaksanakan. Raja Peter telah bertindak tidak melantik
Patriarch yang baharu pad tahun 1700 malah telah menggantikannya dengan Holy
Synod. Begitu juga di zaman Catherine, beliau telah memiliknegarakan harta dan
kekayaan gereja. Hal ini telah membolehkan raja mengawal kuasa gereja kerana
mereka terpaksa bergantung kepada kerajaan pusat.
Dalam
pengubalan dasar luar, Jawatankuasa Tidak Rasmi atau Jawatankuasa Khas telah
ditubuhkan. Jawatankuasa ini berperanan memberi nasihat kepada raja malah
menyokong segala dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah terutama di zaman
Alexander I. Beliau juga telah melakukan perubahan dalam pemilihan anggota Duma
atau parlimen seperti pemilihan anggota melalui pilihanraya. Semasa
pemerintahan Nicholas II, beliau menjadikan Duma sebagai Parlimen Rendah iaitu
keanggotaannya dipilih melalui undian oleh rakyat dan bukan dipilih oleh Tsar.
Oleh kerana keanggotaannya terdiri daripada pelbagai peringkat dan bangsa maka
ini telah menyukarkan Duma untuk membuat keputusan. Akhirnya Duma pertama telah
dibubarkan dan Duma Kedua telah ditubuhkan pada Mac 1907.
Diperingkat
pusat juga ditubuhkan Dewan Perhimpunan Wilayah yang
bertanggungjawab membantu Tsar dalam menguruskan pentadbiran negara Rusia.
Keanggotaan terdiri daripada golongan bangsawan.
Polis Rahsia
Khas (Okhrana) juga
ditubuhkan di peringkat pusat untuk mengawal penyebaran unsur propaganda yang
boleh menggugat pemerintahan Tsar, demontrasi rakyat, mengawal jalan keluar
masuk ke Rusia, menjadi pengintip raja atau Tsar dan menangkap golongan
pengkhianat kepada Tsar. Penubuhan pasukan ini telah mengukuhkan lagi
pemerintahan Tsar terutama di zaman pemerintahan Nicholas I, Alexander II dan
Nicholas II.
Pentabiran Di Peringkat Daerah.
Pentadbiran peringkat daerah juga amat penting dalam membantu pemerintahan
Tsar di Rusia. Pentadbiran di peringkat daerah di ketuai oleh gabenor atau naib
gabenor yang dilantik oleh kerajaan pusat seperti di zaman pemerintahan
Catherine.
Di peringkat daerah juga diwujudkan Majlis Perundangan Tempatan atau
Majlis Daerah (Zemstvo). Rakyat diberi kuasa untuk memilih ahli Majlis Daerah.
Ahli Majlis Daerah pula akan memilih ahli Majlis Wilayah. Majlis ini berperanan
menjaga jambatan, jalan raya, pendidikan, kesihatan awam dan pemilihan pegawai
undang-undang.
Pentabiran Di Peringkat Kampung.
Pentadbiran peringkat kampung pula dijalankan oleh Majlis Kampung. Majlis
ini juga dikenali sebagai mir atau Komun. Majlis ini berperanan untuk
memunggut cukai yang telah ditetapkan oleh kerajaan, menentukan jenis tanaman
yang ditanam oleh petani, mengagihkan tanah pertanian kepada petani, memilih di
kalangan golongan petani untuk menjadi tentera apabila diperlukan oleh Tsar,
mengawal kemasukan pengaruh luar yang boleh mengugat kerajaan pusat dan menjadi
pengintip kerajaan daripada berlakunya penentangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan