Khamis, 21 Julai 2011

SEJARAH 2 (Malaysia)STPM TEMA 3

CIRI-CIRI PERBEZAAN MALAYAN UNION 1946 DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Terdapat perbezaan yang jelas antara Malayan Union dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat pada keduanya.

4.1 Ciri-ciri Malayan Union
Antara ciri-ciri yang dicadangkan dalam Malayan Union ialah (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin 2005:52; Asnarulkhadi Abu Saman dan Jayum A.Jawan 1997: 51; Zaid Ahmad et.al 2006: 47-48):

1. Ia terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan Persekutuan.
2. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang diberi kuasa penuh terhadap perkhidmatan awam. Beliau dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Kerja.
3. Kuasa raja-raja Melayu dihapuskan dan baginda diberikan peranan sebagai penasihat Gabenor dan Ketua Majlis Penasihat Melayu. Sultan hanya sebagai satu gelaran dan mereka hanya bersuara dalam soal yang menyentuh agam Islam dan adat resam Melayu.
4. Kerakyatan adalah berdasarkan prinsip jus soli iaitu kerakyatan Tanah Melayu diberikan kepada:
a. Orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 akan diberi kerakyatan
b. Semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union. Kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun yang ibu bapanya warganegara turut diberi kerakyatan.
5. Kerakyatan melalui permohonan diberikan kepada golongan berikut:
a. Mereka yang bermastautin selama lima tahun daripada lapan tahun terdahulu semasa permohonan dibuat
b. Berkelakuan baik dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu
c. Mengangkat sumpah taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di Malayan Union atau Singapura.
6. Singapura tidak dimasukkan ke dalam Malayan Union tetapi dikekalkan sebagai tanah jajahan Inggeris dengan mempunyai Gabenor dan Majlis Mesyuarat Undangan yang berasingan.
Kesimpulannya, cadangan pembentukkan Malayan Union ini jelas merugikan masyarakat Melayu terutama dari segi kerakyatan melalui prinsip jus soli. Malayan Union kemudiannya mendapat tentang hebat daripada orang Melayu dan sebahagian kecil sahaja dari orang bukan Melayu. Antara sebab-sebab penentangan ialah (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin 2005:52-53):
a. Kehilangan kedaulatan raja-raja
b. Pemberian kewarganegaraan secara jus soli. Ia akan menjejaskan majoriti orang Melayu yang akhirnya menjejaskan ekonomi dan politik mereka serta hak istimewa Melayu juga terancam.
c. Malayan Union digubal tanpa meminta pandangan orang Melayu
d. Cara Sir Harold Mac Michael mendapatkan tanda tangan raja-raja Melayu tidak disukai. Beliau dikatakan menggunakan kekasaran dan paksaan.

4.2 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Malayan Union kemudiannya mendapat tentangan hebat orang Melayu daripada seluruh Tanah Melayu bermula dari Johor hingga ke utara tanah air. Respon daripada penubuhan Malayan Union ini juga UMNO kemudiannya ditubuhkan pada 11 Mei 1946, bukan sahaja menentang Malayan Union tetapi juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Namun pihak British tetap isytiharkan Malayan Union pada 11 April 1946 namun dipulaukan oleh orang Melayu. Melihat kepada penentangan yang hebat itu Inggeris akhirnya membubarkan Malayan Union kerana yakin tanpa sokongan orang Melayu ia tidak akan berjaya. Malayan Union kemudiannya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
4.2.1 Penubuhan Jawatankuasa Kerja 1946
Bulan Julai 1946 kerajaan British telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja untuk menggubal perlembagaan baru bagi menggantikan Perlembagaan Malayan Union. Antara ciri jawatankuasa ini ialah:
a. terdiri daripada 4 wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British
b. Jawatankuasa ini bertanggung jawab merangka sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu
c. British menubuhkan pula Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947- terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India, tujuannya untuk dapatkan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

4.2.2 Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan
Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Februari 1948. Antara ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin 2005: 54-55; Zaid Ahmad et.al 2006: 50-51):

1. Sembilan buah negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka terlibat di dalam Persekutuan. Namun Singapura kekalkan dibawah jajahan British.
2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
3. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli majlis rasmi, 7 ahli tidak rasmi dan 3 ahli ex-officio.
4. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi yang terdiri daripada:
a. 14 ahli rasmi
b. 9 orang Yang Dipertua Majlis Undangan Negeri
c. 2 wakil Majlis Mesyuarat Negeri Melaka dan Pulau Pinang
d. 50 ahli tidak rasmi yang mewakili kaum-kaum asing
5. Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri.
6. Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorg pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 – 12 tahun. Seorang pemohon asing mestilah bermastautin selama 15 tahun . Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.
7. Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
8. Jawatan Menteri Besar diwujudkan untuk menggantikan jawatan residen British dan kuasa kerajaan negeri diperluaskan meliputi kewangan, kesihatan dan kerajaan tempatan.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan 1948 ini, kedaulatan raja-raja Melayu dipertahankan walaupun tiada lagi kuasa mutlak. Malah syarat kewarganegaraan juga diperketatkan bagi menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Dengan pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 ini British kemudiannya menubuhkan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dengan tujuan memberi latihan dan pengalaman kepada rakyat tempatan kepada sistem demokrasi dan berkerajaan sendiri. Dalam usaha merintis kemerdekaan, pilihan raya bandaran kemudiannya dilaksanakan bagi memberi pengalaman kepada sistem dan perjalanan pilihan raya. UMMNO, MCA dan MIC kemudiannya bergabung membentuk Perikatan.

Rabu, 20 Julai 2011

SEJARAH 2 (Bahagian B)STPM TEMA 1

Bincangkan dasar tutup pintu di negara China, Jepun, dan Siam.
Pengenalan
 Negara-negara China, Jepun dan Siam mengamalkan dasar tutup pintu
sehingga pertengahan abad ke-19. Ini bermakna dasar tutup pintu bermaksud
tiada ataupun hubungan terhad sahaja dengan dunia luar.
 Ketiga-tiga Negara tersebut mengamalkan dasar tutup pintu dengan
menghalang kemasukan pedagang luar atas sebeb-sebab tertentu.
China
 Pada abad ke-16, Negara China mengadakan hubungan yang terbatas dengan
barat. Contohnya orang Portugis dibenarkan masuk ke Macao dan Canton
sahaja. Maharaja China membenarkan mubaligh kristian menjalankan
penyebaran agama kristian. Semasa pemerintahan Maharaja Yung Cheng
berlaku perselisihan dengan mubaligh kristian. Oleh itu mubaligh tidak
dibenarkan masuk ke China. China amalkan dasar tutup pintu pada zaman
pemerintahan Manchu.
 China menganggap Negara mereka sebagai “Middle Kingdom”, berdasarkan
pandangan Kung Fu Tze China sebagai pusat peradaban dunia, manakalan
Negara luar tidak mempunyai peradaban. China menganggap maharaja China
sebagai anak syurga dan pemerintah universal. Oleh itu China enggan
menjalankan hubungan diplomatic atas dasar persamaan taraf dengan dunia
luar. Semua utusan barat sebagai pembawa ufti dan harus sujud dihadapan
maharaja mereka.
 China sebagai Negara pertanian dan bersikap anti-perdagangan. Oleh itu
China tidak memerlukan barangan luar kerana sumber mereka mencukupi.
Walau bagaimana pun, China membuka pelabuhan Canton kepada pedagang
asing. Perdagangan di Canton dijalankan dengan pelbagai sekatan, contohnya:

urusan perdagangan mesti melalui Co-hong, keluarga tidak dibenarkan dibawa
ke Canton.
Jepun
 Sebelum penubuhan Keshogunan Tokugawa, pedagang dan mubaligh asing
dibenarkan masuk ke Negara Jepun. Terdapat bangsa Portugis, Sepanyol,
British dan Belanda di pelabuhan-pelabuhan Jepun. Orang Jepun kemudian
curiga terhadap mereka. Kebencian semakin menebal dengan berita-berita
berkenaan penjajahan orang Eropah.
 Kegiatan mubaligh Kristian di Jepun telah merungsingkan pemerintah,
masyarakat kristian semakin bertambah di Jepun. Golongan ini telah
mengasingkan diri daripada kawalan kerajaan pusat, ini menyebabkan
pemerintah Jepun murka apabila masyarakat kristian memutuskan hubungan
dengan masyarakat Jepun bukan kristian. Jepun bimbang dengan tindak
tanduk kerana mencemar kebudayaan Jepun.
 Tahun 1638, Shogun Tokugawa mengamalkan dasar yang lebih keras lagi ke
atas orang Kristian. Contohnya rakyat Jepun dilarang menjalinkan hubungan
dengan dunia luar terutama kuasa-kuasa Barat. Pedagang-pedagang asing
tidak dibenarkan berdagang di Jepun.
 Shogun Tokugawa yang mengambil alih kuasa dari Maharaja Jepun bimbang
atas sebarang kesan politik yang tidak diingini. Dasar tutup pintu diperkenalkan
untuk mengukuhkan kedudukannya supaya dapat menangani sebarang anasir
yang tidak puashati di Jepun khasnya Daimyo Tozama. Shogun bimbang
Daimyo Tozama akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar.
 Seperti China, Negara Jepun sebuah negara pertanian tidak memerlukan
bekalan barangan dari Barat. Perdagangan tidak diperlukan kerana jepun
amalkan ekonomi sara diri.

Siam
 Kuasa Barat yang mula bertapak di Siam ialah Portugis diikuti oleh British,
Belanda dan Peranchis. Sehingga awal abad ke-19 Siam enggan menjalinkan
hubungan diplomatik dengan kuasa Barat, ini disebabkan Siam mempunyai
keperluan negara yang mencukupi kecuali senjata. Siam hanya memperolehi
barangan yang diperlukan dari negara China sahaja. Pada 1818, Rama II
mengadakan hubungan terhad dengan Barat.
 Hubungan yang terhad dengan kuasa Barat telah dijalinkan oleh Rama III, ini
disebabkan pergolakan politik yang berlaku di negara-negara jiran Siam seperti
Perang British-Burma I, Perang Candu I, dan Negeri-negeri Melayu Utara.
Negeri-negeri naungan Siam memaksa Rama III menjalinkan hubungan
dengan kuasa Barat khasnya British.
 Di akhir pemerintahan Rama III, hubungan dengan Barat tidak menguntungkan.
Baginda mengenakan sekatan perdagangan ke atas ekspot gula dan mengwal
input-input lain. Selepas 1940-1n, baginda amalkan dasar tutup pintu.
Kesimpulan
 Pemerintah di China, Jepun dan Siam mengamalkan dasar tutup pintu kerana
mereka dapat memenuhi keperluan negara. Ketiga-tiga buah negara merasa
bimbang akan campurtangan Barat dalam politik tempatan yang akan
menjejaskan kedaulatan mereka.
 Mereka juga bimbang agama dan budaya akan terhakis oleh agama dan
budaya Barat..
Huraikan susun lapis masyarakat feudal di China dan Jepun sebelum kedatangan
kuasa Barat.
Pengenalan
Susun lapis masyarakat feudal China, dan Jepun dibahagikan kepada golongan
pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja,
golongan bangsawan dan pembesar manakala golongan diperintah terdiri
daripada rakyat biasa.
ISI:
A. China
1. Maharaja
a. Lapisan teratas ialah maharaja
b. Maharaja berkuasa mutlak
c. Maharaja mendapat mandat memerintah dari syurga.
2. Bangsawan
a. Menduduki lapisan kedua selepas maharaja.
b. Terdiri daripada pembesar pusat, wilayah dan tempatan.
c. Dilantik dan ditauliahkan kuasa memerintah oleh maharaja.
d. Membantu maharaja dalam pentadbiran negara.
e. Pemilihan pembesar berdasarkan kelulusan Peperiksaan Awam.
f. Kuasa mereka dikawal oleh maharaja.
3. Golongan rakyat biasa.
a. Golongan Sarjana mempunyai kedudukan yang tinggi dan boleh menjadi
pegawai kerajaan berdasarkan kelulusan mereka dalam Peperiksaan Awam.
Rujukan Online – http://sejarahstpm.blogspot.com Page 18
b. Golongan petani dianggap sangat penting kerana mereka membekalkan
makanan.
c. Golongan Artisan/tukang mahir, mereka mempunyai kemahiran dalam bidang
tertentu seperti pertukangan besi, kraftangan, dan barangan tembikar.
d. Golongan pedagang- dianggap rendah tarafnya kerana perdagangan dianggap
satu pekerjaan yang hina.
e. Golongan hamba – lapisan paling bawah dalam susun lapis masyarakat feudal
di China.
B. Jepun
1. Maharaja menduduki lapisan paling atas.
a. Semasa pemerintahan Shogun Tokugawa, maharaja tidak mempunyai kuasa
kerana Shogun telah merampas kuasa maharaja.
b. Shogun merupakan pemerintah sebenar di Jepun pada ketika itu.
c. Shogun memerintah Jepun menerusi sistem pembesar feudal.
2. Pembesar
a. Pembesar feudal iaitu Daimyo, menduduki lapisan selepas Shogun.
b. Terdapat Daimyo Shimpan, Fudai dan Tozama.
c. Daimyo Shimpan terdiri daripada ahli keluarga Tokugawa, ditempatkan di
kawasan strategik.
d. Daimyo Tozama ialah daimyo luar, dikawal ketat oleh Shogun kerana daimyo ini
tidak menyetujui pemerintah Shogun.
3. Pahlawan
a. Mereka digelar Samurai atau panglima jepun yang kuat, menduduki lapisan
selepas daimyo.
b. Samurai sangat setia kepada daimyo.
c. Samurai dilarang melibatkan diri dalam pekerjaan lain walaupun di masa aman.
Rujukan Online – http://sejarahstpm.blogspot.com Page 19
4. Petani
a. Petani menduduki lapisan selepas Samurai.
b. Memainkan peranan membekalkan beras kepada rakyat.
c. Mereka dikehendaki membayar 40-50% hasil keluaran beras mereka kepada
daimyo sebagai cukai tahunan.
5. Golongan Artisan
a. Meraka mahir dalam bidang pertukangan seperti membuat pedang dan
peralatan lain.
6. Golongan Pedagang
a. Menduduki lapisan paling bawah memandangkan Jepun menjalankan dasar
tutup pintu.
Kesimpulan
Masyarakat feudal China membenarkan mobiliti sosial, rakyat biasa boleh
menduduki jawatan yang tinggi dalam kerajaan jika lulus peperiksaan awam.
Berbanding dengan Jepun, masyarakat feudal Jepun tidak membenarkan mobiliti
sosial. Pembahagian golongan di Jepun dibuat berdasarkan warisan turuntemurun

SEJARAH 2 (Malaysia)STPM TEMA 2

Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (Desentralisasi) dan langkah-langkah
ke arahnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939.

Pengenalan:
Menurut L.A.Mills, Desentralisasi didefinasikan sebagai “….. pemulangan kuasa
pentadbiran, perundangan dan kewangan secara berperingkat oleh kerajaan pusat
kepada kerajaan negeri. Pada masa yang sama juga, kerajaan pusat mengekalkan
kuasa yang cukup untuk menjaga keselarasan pentadbiran dan kestabilan
kewangan”.
Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa
yang keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal
pentadbiran ditadbirkan di bawah jabatan-jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur.
Dasar desentrlisasi disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan kuasa
kerajaan pusat dengan cara mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu
kepada kerajaan negeri.
Isi-isi (10 m)
Sebab-sebab Desentralisasi:
Rasa tidak puas hati Sultan - Sultan-sultan telah kehilangan kuasa politik,
kedudukan mereka seperti patung sahaja. Di samping itu juga Majlis Mesyuarat
Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas perbelanjaan awam, melantik,
menukarkan atau memecat pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan
daripada Residen Jeneral atau Gabenor.
Penyatuan Negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu.- Hasrat British untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekut
dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah satu unit pentadbiran.
Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Kelantan, Terengganu
dan Johor enggan menyertai persekutuan tersebut kerana Raja-raja bimbang
dengan penyertaan mereka dalam persekutuan akan menyebabkan mereka akan
kehilangan kuasa politik seperti apa yang terjadi kepada Raja-raja Negeri Melayu
Bersekutu. British berharap dengan dasar desentralisasi akan dapat menarik
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menyertai persekutuan.
Kemelesetan ekonomi dunia tahun 1920-an - Bertujuan untuk memulihkan
keadaan kewangan yang merosot di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini
bertambah meruncing apabila harga getah dan bijih timah jatuh sehingga
membawa kepada berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun 1921-1923.
Kerajaan British juga terlalu boros membelanjakan wang dengan membayar gaji
yang tinggi kepada para pegawai British. Dengan pengagihan kuasa kepada
negeri-negeri masing-masing maka perbelanjaan kerajaan pusat akan
berkurangan. Para pentadbir yang berkhidmat dalam sesebuah negeri itu akan
dibiayai oleh kerajaan negeri sendiri.
Perebutan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi.-

Persaingan Sir Lawrence Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir George
Maxwell (Residen Jeneral) telah membantut pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri akan
dapat mengurangkan kuasa Residen Jeneral .
Sokongan orang Melayu untuk mengimbangi sikap anti-British.- Bertujuan
menyekat kegiatan politik bersikap anti-Eropah di kalangan orang Cina yang begitu
meluas. Desentralisasi dapat mengimbangkan kedudukan orang Cina dengan
orang Melayu.
Langkah-langkah ke arah Desentralisasi:
1. Semasa pemerintahan Sir John Anderson:
 Menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909. Satu perjanjian
ditandatangani antara British dengan Sultan-sultan Melayu berkaitan keahlian
MPP dan bidang kuasa MPP serta Majlis Mesyuarat Negeri.
 Walaubagaimanapun, desentralisasi dalam erti kata sebenar tidak wujud
kerana Anderson telah memusatkan kuasa yang berlebihannya di tangannya.
2. Semasa pemerintahan Sir Lawrence Guillemard:
 Memulihkan DURBAR. Sultan-sultan tidak lagi menjadi ahli Majlis Mesyuarat
Persekutuan.
 Kedudukan Majlis Mesyuarat Negeri dipulihkan- diberi kuasa yang lebih dalam
soal kewangan.
 Hal berkaitan ketenteraan mesti mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat
Negeri.
 Jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan.
3. Semasa pemerintahan Sir Cecil Clementi Smith:
 Membubarkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan membentuk satu kesatuan
menggabung semua negeri.
 Negeri-negeri diberi kuasa mentadbir semua jabatan kecuali Jabatan Keretapi,
Kastam dan Pos.
4. Cadangan Laporan Sir Samuel Wilson:
 Jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan dan diganti Jawatan Setiausaha
Persekutuan yang pangkatnya lebih rendah dari Residen.
 Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi bagi 9 buah
negeri Melayu dan dibantu oleh Setiausaha Persekutuan.
 Negeri-negeri Selat mempunyai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat.
 Majlis Perundangan Persekutan ditubuhkan di Kuala Lumpur.
 Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa gubal undang-undang negeri sendiri.
 Pejabat kerajaan diletak di bawah kuasa Ketua Pejabat Persekutuan.
Kesimpulan: (2 m)

 Hasil laporan Samuel Wilson, dasar desentralisasi dilaksanakan secara
berperingkat mulai tahun 1934 hingga 1941.
 Namun ia tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya ekoran kurangnya sokongan
daripada Raja-raja Melayu dan masyarakat tempatan serta meletusnya Perang Dunia Kedua

SEJARAH 2 (Malaysia)STPM TEMA 1

Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan
British di Tanah Melayu.

PENDAHULUAN
Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British dibahagikan
kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung.
Unit politik tertinggi ialah negeri – diketuai raja/sultan/YDP Besar
Unit kedua ialah daerah – diketuai seorang pembesar daerah.
Unit terkecil ialah kampung – diketuai seorang penghulu/penggawa.
ISI
Peringkat Negeri
 Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar.
 Kuasa tertinggi dipegang oleh Sultan/ Raja/ Yang di Pertuan Besar.
 Sultan/raja berkuasa mutlak. Contoh: Menjatuhkan hukuman bunuh.
 Sultan/raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesarpembesar.
Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran
peringkat negeri.
 Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota.
 Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah. Rakyat yang menderhaka akan
terkena tulah.
 Diperkukuh dengan penggunaan bahasa, warna: Payung kuning untuk kerabat
dan payung putih untuk raja, alat-alat kebesaran, alat muzik dan cop mohor.
 Perlantikan Sultan/Raja:
 Sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-negeri Melayu. Contoh:
Perak – Sistem perlantikan Sultan berbeza sedikit daripada negeri-negeri
Melayu yang lain, melalui Sistem Penggiliran (Raja Di Hilir, Raja
Bendahara, Raja Muda, Sultan).
 N.Sembilan – perlantikan dari pada bawah ke atas (demokrasi), Perut-
Buapak-Lembaga-Undang-Yang Dipertuan Besar. Kuasa tertinggi ialah
Yang Di Pertuan Besar dibantu 4 orang Undang – Sg Ujung, Rembau,
Jelebu dan Johol.
 Kedah – Gelaran berbeza, pembesar memakai gelaran Tunku Bendahara
dan Tunku Temenggung.
Peringkat Daerah
 Unit pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada
beberapa buah daerah untuk memudahkan urusan pentadbiran
 Pembesar daerah diberi surat tauliah yang bercop mohor oleh Sultan/Yang
Dipertuan Besar.
 Jawatan pembesar akan diwarisi secara turun temurun.
 Pembesar mesti menunjukkan taat setia kepada sultan seperti menghadiri
istiadat pertabalan, Adat menjunjung Duli.
Rujukan Online – http://sejarahstpm.blogspot.com Page 8
 Pembesar perlu menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan
pegangannya yang dikenali sebagai kawasan pemakanan.
 Pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan masyarakat
yang tinggal di kawasannya. Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan
pengaruh seseorang pembesar.
 Tugas-tugas pembesar daerah:
 Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada
pusat sebagai taat setia pembesar.
 Menyediakan tentera (kerahan)
 Menyediakan kerahan tenaga
 Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya.
 Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada
pesalah yang melakukan jenayah.
 Menjunjung Duli atau mengadap raja pada Hari Raya.
Peringkat Kampung
 Unit pentadbiran paling kecil.
 Ditadbir oleh pembesar daerah yang dilantik oleh Sultan daripada kalangan
keluarga baik-baik. Contoh: Penghulu atau Tok Kweng di Kelantan.
 Penghulu masih berada di bawah kawalan pembesar daerah walaupun
mempunyai surat tauliah daripada Sultan.
 Menjadi perantara antara penduduk dengan pembesar daerah.
 Tugas-tugas penghulu:
 a. Memungut cukai
 b. Menjaga keamanan kampung
 c. Mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang timbul
 d. Membekalkan tenaga tentera (kerahan) semasa peperangan
 e. Mendapatkan tenaga buruh.
 f. Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan.
 KESIMPULAN
 Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British
membuktikan wujudnya satu sistem pentadbiran yang sistematik.
 Sistem pentadbiran masyarakat Melayu mengalami perubahan drastik selepas
campur tangan British 1874 yang telah menghakis kuasa raja dan pembesarpembesar
Melayu khususnya dalam bidang politik dan ekonomi.

SEJARAH 2 (Malaysia)STPM TEMA 1

Bincangkan peranan pembesar di Tanah Melayu sehingga abad ke-20.
Pengenalan
Pembesar merupakan golongan kedua yang penting selepas Sultan. Merupakan
sekumpulan pegawai yang membantu Sultan atau raja menjalankan pentadbiran di
peringkat negeri dan daerah. Sistem pembesar yang diamalkan di Negeri-negeri
Melayu berasaskan sistem Pembesar Empat Lipatan yang diwarisi daripada
Kesultanan Melayu Melaka. Diamalkan di negeri Melayu seperti Pahang, Perak,
Selangor dan Johor. Sistem pembesar di Negeri Sembilan berbeza dengan negerinegeri
Melayu lain kerana dipengaruhi oleh Adat Perpatih.
ISI
1. Sebelum campurtangan British
a. Orang kedua penting selepas Sultan. Menjadi penasihat utama Sultan
b. Orang yang sangat taat dan menjadi orang kepercayaan Sultan. Diberi
surat tauliah, sebilah pedang, cop mohor dan daerah pegangan
i. Sebagai pemangku Sultan ketika Sultan keluar negeri
ii. Ketua pentadbir awam dalam semua urusan pentadbiran negeri
iii. Bertanggungjawab ke atas hal ehwal perhubungan luar negara
iv. Mengetuai urusan Sultan ke seberang laut
v. Ketua tentera laut dan mempertahankan negara daripada serangan
musuh dari laut (Laksamana)
vi. Mengetuai angkatan tentera semasa peperangan
vii. Penentu sukatan dan timbang yang betul
viii.Ketua polis dan menjaga keselamatan (Temenggong)
ix. Pengawal peribadi Sultan
x. Menjaga perbendaharaan negara dan mengawasi pungutan cukai
xi. Pegawai kastam
xii. Menyimpan dan mengagih hasil-hasil negeri dan hal-hal istana
xiii.Ketua adat istiadat dan upacara rasmi istana terutama jamuan
xiv.Mengadili dan menghakimi kes-kes jenayah dan sivil kecuali
hukuman bunuh
xv. Menjadi tunggak sesebuah negeri bagi membantu Sultan melicinkan
urusan pentadbiran dan pemerintahan..
 Menjaga dan mengekalkan keamanan jajahannya
 Memungut cukai
 Menyediakan kerahan tenaga
 Menyelesaikan masalah dan mengadili kes-kes kecuali yang
melibatkan hukuman bunuh
Rujukan Online – http://sejarahstpm.blogspot.com Page 6
2. Selepas campurtangan British
i. Hilang kuasa dan hak untuk memungut cukai kerana diambil alih oleh
Residen atau wakil.
ii. Hilang sumber pendapatan utama. British memberi elaun/ gaji sebagai
ganti rugi
iii. Hilang kuasa politik sebagai penasihat Sultan dalam Majlis Penasihat
Sultan
iv. Hilang kuasa kehakiman, diambil alih oleh Majisteret British
v. Hilang kuasa mentadbir wilayah yang diambil alih oleh Pegawai Daerah
British
vi. Penghulu merupakan pegawai bergaji dan boleh dinaikkan pangkat dan
ditukarkan ke kampung lain. Hak dan tanggungjawab penghulu tertakluk
di bawah undang-undang negeri
KESIMPULAN
Berlaku penentangan kerana pembesar tidak puas hati seperti penentangan Dato’
Maharaja Lela di Perak, Dato’ Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan
lain-lain. Walaupun hilang hak dan kuasa dalam politik, golongan pembesar masih
lagi berpengaruh, dihormati dan menjadi sumber rujukan utama para pengikut dan
masyarakat.

SEJARAH 2 (Bahagian B)STPM TEMA 2

Peluasan kuasa asing menyebabkan wujudnya perubahan sistem pentadbiran dan pemerintahan. Jelaskan dan buktikan kenyataan ini berdasarkan keadaan  di Burma dan Jepun.

a.                    Burma
1.        Perubahan istem pemerintahan – 1885 jatuhnya dinasti konbaung à hilang kekuasan raja dan pengaruh golongan sangha à hilang jawatan dan taraf à sama dengan masyarakat bawahan à jatuhkan maruah.
2.        Sebagai ganti à wujud jawatan Pesuruhjaya - Residensi,Tim.Pesuruhjaya - pegawai daerah, hakim, polis dan jawatan awam dalam perkhidmatan awam à dikuasai Barat dan orang India à kelulusan sekular. Yg tinggal hanya institusi myothugyi à yang diwakilkan untuk kutip cukai.
3.        Jawatan Wungyi, wundauk, pegawai Istana, majlis hlutaw dihapuskan.
4.        Pentadbiran Burma duduk dibawah pentadbiran India.
5.        Seorang penasihat Burma diletakkan di India selepas Perang Inggeris-Burma 1. Burma juga terima penasihat Inggeris.
6.        Undang-undang barat diperkenalkan – kuasa raja hilang.
7.        Pentadbiran pencukaian dan tanah ikut sistem Inggeris seperti di India à bayar cukai dengan wang.
8.        Pentadbiran pendidikan ikut sistem sekular bukanya letak di biara Budhhaà jawatan yang hendak diisi mesti lulus sistem pendidikan sekular.

b.                   Jepun
                                       i.                              Maharaja berkuasa à Shogun hilang kuasa.
                                      ii.                              Wujud diet( parlimen) à parti politik,Seiyukai dan kenseikai, Menseito dan pilihan raya à pengundinya mereka yang bayar cukai à golongan kaya.
                                    iii.                              Diet berfungsi sebagai penggubal undang-undangà wujud perlembagaan Jepun
                                    iv.                              Perubahan undang-undang à ikut sistem barat à diakui oleh barat dan terima undang-undang Jepun.
                                     v.                              Ideologi demokrasi dalam lingkungan oligarki.
                                   vi.                              Pentadbiran tentera ikut sistem barat à tentera jalan kaki : Jerman, tentera laut : British. Teknologi : USA.

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...