Rabu, 20 Julai 2011

SEJARAH 2 (Bahagian B)STPM TEMA 3

Nilaikan peranan agama dalam membentuk kesedaran nasionalisme di Indonesia dan Burma.

Pengenalan:
Kepentingan agama dan golongan dalam membentuk dan mencorakkan nasinalisme di Indonesia dan Burma memang tidak boleh dipertikaikan. Dengan agamalah masyarakat pribumi di kedua-dua buah negara ini telah membentuk satu perjuangan ke arah kebebasan kedaulatan negara. Institusi seperti Sarekat Islam, Nadhatul Ulama, Muhamadiyah di Indonesia, YMBA, golongan Pyongyi di Burma telah menjadi nadi penting kepada pejuang-pejuang nasionalis seterusnya dan menuntut kemerdekaan negara mereka.

Isi:
                                 i.      Burma
                                                               i.      YMBA/Phongyi – berjuang untuk mengembalikan kesucian Budhha dan golongan biara.
                                                              ii.      Kembalikan kekuasaan raja Burma dan kedudukan phongyi – keagungan Budhha.
                                                            iii.      Perjuangkan kesucian Budhha dengan perjuangan kesucian istana raja dan kuil à buka kasut. Perjuangan ini menukarkan konsep YMBA dari sosiobudaya kepada politik pada 1916 à diteruskan pula oleh Phongyi.
                                                            iv.      YMBA perjuangkan konsep sekolah biara dan sekular . Sebelumnya British menghapuskan pendidikan Budhha dan tidak iktiraf lulusan sekolah biara.
                                                             v.      Perjuangan juga untuk membolehkan lulusan sekolah biara mendapat tempat dalam perkhidmatan awam Burma yang dikuasa oleh orang India.
                                                            vi.      Ottama dan Wisara – berjuang juga dalam ekonomi à pengaruhi mesyarakat tani jangan bayar cukai. à kedua-duanya mati dalam tahanan à meningkatkan kesedaran dan perjuangan orang Burma.
                                                          vii.      Berjuang untuk menghalang perkembangan Kristian di kalangan orang Burma à Orang karen majoritinya telah diKristiankan.
                                                         viii.      Bersama-sama golongan Thakin perjuangkan syarat kemasukan ke Universiti Ranggoon yang ketat à halang orang Burma dapat tempat.

                                ii.      Indonesia
                                                               i.      Sarekat Islam – perjuangkan kesejahteraan masyarakat Islam, terutama peniaga Islam daripada saingan peniaga Cina/Eropah.
                                                              ii.      Membantu peningkatan taraf pendidikan pribumi.
                                                            iii.      Membantu peniaga Islam dalam memajukan perniagaan dan perdagangan.
                                                            iv.      Mendesak dihapuskan buruh kanak-kanak dan paksa dan perbaiki kesihatan dan perubatan
                                                             v.      Mewujdukan sistem pengairan.
                                                            vi.      Matlamat tersembunyinya untuk memerdekakan Indonesia à tidak dijelaskan sebab khuatir Belanda akan haramakan SI.
                                                          vii.      Merupakan perjuangan berpolitik yang tersusun untuk kebangkitan masyarakat Indonesia à akhirnya cuba digunakan PKI ( Sarekat islam Merah) untuk mencari pengaruh à membuktikan perjuangan berkesan dalam mencari ahli.
                                                         viii.      Muhamdiyah/Nadhatul Ulama – berjuang untuk mengembalikan ajaran mengikut sunnah dan al-quran.
                                                             ix.      Pupuk perpaduan islam melalui pertubuhan yang berorganisasi.
                                                              x.      Berjuang untuk membangkitkan pendidikan Islam yang diabaikan penjajah.
                                                             xi.      Berjuang dalam menyekat pengaruh Kristian di Indonesia.
                                                           xii.      Kepimpinan ulama/islam – Haji Ahmad Dahlan, Hj Rasul, kiyai Hasjim Asjhari, Omar Said Tjockrominoto, Hj Agus Salim

SEJARAH 2 (Bahagian B)STPM TEMA 1

  Nyatakan sebab-sebab kuasa penjajah memperkenalkan sistem ekonomi baru  di India dan Indonesia.

a)         Mengatasi masalah kewangan SHT Belanda.
            Masalah ini berikutan daripada peperangan yang dihadapi oleh pihak Belanda. Peperangan yang berlaku ini bukan sahaja terjadi di Indonesia, tetapi juga peperangan yang berlaku di Eropah seperti peperangan Napoloen, Perang Jawa, Pemberontakan Ambon, dan Perang Paderi. Peperangan-peperangan ini telah menyebabkan aktiviti perdagangan Belanda tersekat dan menyebabkan aliran pendapatan dan perbelanjaan tidak seimbang. Bagi mengatasi permasalahan ini SHT Belanda terpaksa berhutang bagi menyelamatkan maruah dan kerajaan Belanda.
            Hutang yang diperolehi itu, telah menyebabkan SHT Belanda mengalami keadaan yang muflis. Keadaan ini bukan sahaja disebabkan oleh masalah peperangan, tetapi kegagalan Belanda untuk bersaing dengan negara-negara penjajah yang lain seperti British, dan Amerika Syarikat.

b)        Untuk mewujudkan  persaingan perdagangan dengan Inggeris dan Amerika .
Ini bagi menambahkan bilangan kehadiran para pedagang ke Betawi. Seterusnya menghalang perkembangan  Singapura  sebagai pusat perdagangan.  Kegagalan ini  dirumitkan lagi dengan perjanjian-perjanjian yang ditangani antara Belanda dengan Inggeris pada 1824 yang menghendaki Belanda membayar hutang-hutang semasa Peperangan Napoleon. Perjanjian ini juga meruapakan usaha Inggeris bagi mendapatkan pengiktirafan kedudukan Inggeris di Singapura serta penguasaan Inggeris di sebelah utara Khatulistiwa. Selain itu, Belanda mengiktiraf perdagangan Inggeris di Singapura dan tidak menuntut Singapura walaupun ia boleh berbuat demikian atas prinsip Sultan Abd Rahman Riau tidak pernah memberikan kebenaran kepada Inggeris untuk berbuat demikian.
                       
c)             Berusaha untuk menghalang perdagangan di Singapura bagi mengubah  aliran pedagangan.
Keadaan ini menyebabkan SHT Belanda  semakin tersepit dan akhirnya pengurusannya telah diambil alih oleh kerajaan Belanda. Walaupun begitu masalah kewangan SHT ini masih tidak berubah dan cara mengatasinya adalah dengan cadangan Van Den Bosch iaitu dengan prinsip pemaksaan kepada petani Indonesia untuk menyumbangkan kewangan kepada Kerajaan Belanda.

Sebab-sebab sistem Zamindari dipilih
a)         Lord Cornwallis, Gabenor General Inggeris merasakan bahawa Zamindar boleh dan akan berperanan untuk membangunkan pertanian di Bengal jika kadar cukai tanah berpatutan.
b)        Cornwallis juga berkeyakinan bahawa kapitalis tempatan akan bergiat cergas dalam pertanian jika wujud kepastian mengenai soal keuntungan. Keyakinan ini diutarakan dengan mempelbagaikan kegunaan tanah bukan setakat menyewakannya sahaja tetapi diusahakan untuk menambahkan pengeluaran pertanian di India. Dengan cara ini Cornwallis beranggapan bahawa kelas kaya India tidak sahaja menjalankan aktiviti peminjaman wang atau perdagangan memonopoli garam, tetapi menggunakan hartanah sebagai aset bagi mengubah nasib rakyat India melalui perkembangan dan perubahan sistem pertanian.
c)         Kelas tani dan rakyat Bengal akan menikmati hasil daripada kemajuan pertanian yang akan dijalankan oleh Zamindar dan kapitalis tempatan.

Sebab pelaksanaan sistem Ryotwari
a)         Bagi menghalang peningkatan kadar cukai yang dikenakan terhadap petani kerana tidak ada undang-undang atau akta yang boleh menyekat Zamindar meningkatkan kadar cukai. Walaupun ada usaha daripada pihak kerajaan British, tetapi usaha ini tidak berjaya dilakukan kerana golongan Zamindar mempunyai hubungan yang rapat dengan pembuat dasar undang-undang. Biasanya undang-undang ini tidak dilaksanakan. ( Metcalf T.R , 1964 ).
b)        Kegagalan kerajaan British bertindak menyebabkan petani India menghadapi kesulitan pembayaran sewa kepada Zamindar. Ini mengakibatkan semakin ramai petani yang tidak mempunyai tanah dan menggugatkan industri pertanian di India. Keadaan ini kerana pihak Zamindar bukannya penguasaha pertanian, tetapi hanya sebagai orang tengah bagi petani mengusahakan tanah. Sebagai kesannya India gagal membangunkan ekonomi industri dan hasil tanah mati tanpa pengeluaran. Selain itu para petani yang memiliki tanah gagal meneruskan pegangannya dan ia bertukar tangan kepada pihak Zamindar.
c)         Suasana ekonomi yang tidak menunjukkan perkembangan telah menyebabkan para Zamindar memilih untuk meneruskan perniagaan yang bercorak bukan produktif. Dalam aspek ini modal digunakan untuk membeli dan menyewa tanah, meminjam wang, serta menguruskan pemasaran hasil tanah. Cara pelaburan ini sebenarnya tidak meningkatkan daya pengeluaran tanah. Hal ini kerana para Zamindar telah dipengaruhi oleh sebab-sebab yang berikut:
I)     Saiz pasaran untuk hasil pertanian di Bengal adalah terhad kerana kegagalan rancangan perindustrian.
ii)                                                                   Suasana ekonomi pada waktu itu dipengaruhi oleh aktiviti sewa tanah. Ini berikutan sebanyak 77 % penduduk bergantung kepada tanah untuk mendapatkan sumber pendapatan di Bengal.

SEJARAH 2 (Bahagian B)STPM TEMA 1

Sistem feudal menjadi teras kepada corak pemerintahan masyarakat Asia. Bincangkan

Pengenalan:
Konsep Feudal:
a.       Berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud TANAH. Harus ada kaitan antara tanah dan manusia.
b.      Asas wujudnya feudalisme ialah kewujudan fahaman dalam pemilikan tanah.
c.       Penguasaan pemilikan tanah bergantung pada kekuatan pembesar yang diiktiraf dan dilantik oleh raja.
d.      Pemilikan tanah bermakna kemakmuran ekonomi yang dihasilkan melalui pengutipan cukai sama ada dalam aspek pertanian, pelombongan, ataupun hasil hutan.

Isi:
Ciri-ciri feudal
a.       kuasa militer merangkumi kuasa ekonomi dan politik
b.      kuasa militer-politik-ekonomi mengasaskan hak tanah
c.       perhubungan tuan-vassal merupakan unsur teras integrasi plotik

Ideologi Feudalisme boleh dikelaskan kepada dua  struktur:

1.      Struktur feudalisme Jepun - Feudalisme Berpusat yang bertunjangkan aspek-aspek berikut:
a.       Pemilikan tanah oleh pembesar mewujudkan keperluan kawalan terhadap tanah dan ia membentuk pengawal-pengawal .
b.      Pengawalan tanah tidak memerlukan bantuan pusat, dibuat dalam daerah oleh pembesar.
c.      Keadaan ini mewujudkan golongan tuan-tuan tanah yang bersatu mengawal secara sukarela dan kemudiannya disatukan dengan cara paksa oleh tuan tanah yang lebih kuat. Ini mewujudkan sistem feudal berpusat diketuai Shogun.
d.      Pengawalan tanah juga bermakna mengawal para petani iaitu buruh kepada tuan tanah.
e.      Mereka mengguna kekuasaan bagi mendapatkan sumber ekonomi untuk angkatan perang dan membiayai pengikut, antaranya petani.
f.       Pengawalan ini perlu juga mendapatkan pengesahan pusat bagi sesuatu sawah padi.

2.      Struktur feudalisme Biasa yang berasaskan ciri-ciri berikut:
a.        Kewujudan pembesar-pembesar yang mengetuai daerah dan tanah-tanh dalam daerah tersebut.
b.       Kekuasaan mengutip cukai terletak pada para pembesar dalam daerah.
c.        Cukai yang dikutip merupakan sumber ekonomi bagi menyara para pengikut serta melengkapkan pasukan tentera  yang kuat.
d.       Perolehan pengikut yang ramai mencerminkan pendapatan yang banyak dan membuktikan kekuatan pembesar.
e.        Raja bergantung pada pembesar dalam memperoleh pendapatan hasil cukai. Biasanya pembesar tidak mengisytiharkan jumlah pendapatan yang sebenar.
f.         Biasanya pendapatan pembesar melebihi pendapatan Raja kerana tiada cara mengaudit pendapatan cukai pembesar.
g.       Ini membolehkan pembesar mengumpul ramai pengikut dan menguasai pembesar lain yang lemah, serta menpengaruhi Raja.
h.       Pengikut dalam daerah  memberikan taat setia kepada pembesar melebihi daripada Raja kerana mereka bergantung pada pembesar dalam mendapatkan perlindungan, pekerjaan, dan pendapatan.
i.         Pembesar memerlukan Raja bagi mendapatkan pengesahan kekuasaan. Biasanya pelantikan pengganti pembesar adalah dengan cara sistem warisan.
j.         Hubungan antara tuan-vassal adalah dengan ikatan bantu membantu. Tuan memberikan perlindungan dan tanah kepada vassal, dan vassal memberikan taat setia dan menjadi pengikut tuan yang setia.

SEJARAH 2 (Bahagian B)STPM TEMA 1

Sistem beraja di Asia Tenggara tidak banyak berbeza antara satu sama lain. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan ini.

Pendahuluan:

Masyarakat Asia sebelum kedatangan para imperialis ialah masyarakat yang berpegang teguh pada budaya tradisi yang berteraskan konsep feudalisme. Dalam konsep ini raja menjadi teras pada institusi pemerintahan  di samping pentingnya pembesar dalam mencorakkan pentadbiran. Oleh itu. Sistem beraja ini telah diamalkan secara turun-temurun sehinggalah wujudnya peradaban baru yang dibawa oleh penjajah barat.

Isi:
1.        Berpegang pada konsep ketuhanan.
        Sebagai contoh Raja Burma dan Siam dianggap suci dan mempunyai kelebihan kerana berupaya mengumpul gajah putih – menunjukkan kekuasaan dan kekeramatan raja yang didapingi tuhan. Raja Kemboja juga dianggap suci dan boleh memberikan kesejahteraan kepada masyarakat Kemboja.
        Raja Vietnam dianggap anak tuhan dan dikenali sebagai thien-tu

2.        Kuasa raja adalah mutlak.
Sebelum kedatangan barat, raja mempunyai semua kuasa. Tiada seorangpun yang boleh membantah kata raja. Tidak wujud istilah raja berpelembagaan. Tidak wujud institusi parlimen. Kemutlakan kuasa raja memyebabkan raja semua persoalan pemerintahan berpusat pada raja.

3.        Raja ialah ketua negara dan ketua kerajaan .
Peranan raja amat luas dari menjaga keamanan sehinggalah menentukan kesejahteraan kehidupan rakyat. Memegang peranan penting dalam membuat keputusan sama ada yang berhubungan dengan kehakiman, hubungan luar, agama dan lain-lain aspek pemerintahan. Biasanya dibantu oleh pembesar dan dinasihati oleh pembesar yang paling kanan ataupun oleh golongan bijak pandai agama seperti sangha di Burma, dan sami buddha di Siam.

4.        Raja penjaga agama.
Raja-raja Asia Tenggara dianggap pembela agama. Institusi agama selalu dihubungkan dengan Istana – akhirnya menjadi tempat yang suci dan penyebar agama. Sebagai contoh istana Raja Burma adalah suci dan perlu mematuhi adat dan peraturan jika hendak memasuki istana. Hal ini tidak terkecuali sama ada agama itu Islam atau Budhha.

5.        Raja lambang perpaduan rakyat
Kesetiaan rakyat adalah pada raja. Walupun wujudnya pembesar yang kuat, tetapi jika tidak disenangi raja ia tidak akan mendapat sokongan dan dianggap cuba memberontak terhadap raja. Oleh itu, sokongan rakyat adalah kerana raja. Rakyat hanya bersatu dibawah naungan raja bukannya pembesar.

6.        Pemerintahan raja dibantu oleh pembesar.

Penutup:
Sistem beraja di Asia Tenggara tidak banyak bezanya baik dari segi fungsi, konsep, dan kepercayaan rakyat terhadap fungsi raja.

SEJARAH 2 (Bahagian B)STPM TEMA 1

Kepercayaan dan pegangan agama merupakan teras kesetiaan masyarakat pribumi terhadap pemerintah di Jepun dan  Asia Tenggara. Bincangkan.

Pengenalan:

Terangkan pegangan agama dan amalan masyarakat di Jepun dan Asia Tenggara serta pengamalan agama secara ringkas.

Isi perbincangan:

Di Jepun è Shintoisme. Bincangkan konsep-konsep yang berikut dan kaji falsafah ke arah kesetiaan.
1.        Sheisin
2.        Kedamaian
3.        Maharaja è Keturunan Dewi matahari ( Amaratsu )
4.        Kesuburan è Hubungan alam dan manusia.

Asia Tenggara è Hindu / Buddha / Islam . Hubungan dan pengaruh agama-agama dengan adat dan kepercayaan masyarakat. Perlu bincangkan konsep-konsep berikut dan kaji falsafah ke arah kesetiaan.
1.        Konsep seperti karma, moksha, boddisatwa, samsara dll.
2.        Konsep wali dan kesaktian dari sudut Islam. Contohkan peristiwa seperti Wali Sembilan di Indonesia.
3.        Institusi kasta è amalan dan falsafah serta kepercayaan golongan bawahan.
4.        Institusi raja dan kekuasaannya yang dihubungkan dengan ketuhanan.
5.        Raja Vietnam – Anak Tuhan, . Siam, Burma, dan Kemboja - Suci


Kesimpulan:
Wujud kerana pada awalnya pengaruh kepercayaan ini berasal daripada kepercayaan ghaib, penyembahan pada alam dan bukannya daripada agama langit . Jika wujud seperti kedatangan Islam ia disenyawakan atau diinteprestasikan baru dan disesuaikan dengan agama sebelumnya.

SEJARAH 2 (Malaysia)STPM TEMA 1

Mengapakah sistem ekonomi sara diri menjadi amalan sebelum 1870an.

Dari aspek sistem kerja, petani yang menggerakkan kerja pertanian berasaskan sistem kekeluargaan. Ia tidak melibatkan orang lain. Dengan sistem ini sebuah keluarga mengusahakan pertanian mereka sahaja. Mereka tidak melibatkan orang lain. Dengan kata lain mereka boleh mengusahakan tanah mereka atau tanah tuan mereka dengan keluarga mereka sahaja. Sebagai kesan daripada konsep ini mereka tidak perlu memikirkan untuk membayar upah kepada orang lain. Melalui cara ini mereka sekadar memuaskan hati dengan keperluan bagi keluarga mereka. Oleh itu, konsep lebihan untuk mencari untung tidak pernah difikirkan ( Amarjit Kaur. 1991; Ishak Shaari. 1991).

        Keadaan sistem kerja ini diberatkan lagi dengan cara sistem pemilikan tanah. Dalam sistem pentadbiran Melayu tradisi sistem pemilikan tanah berpusatkan sultan. Hal ini berasaskan pendapat Maxwell yang menghubungkan kekuasaan raja dalam sistem Hindu yang digunapakai oleh kesultanan Melayu yang mempunyai konsep pemilikan tanah. Dalam hal ini Maxwell menyatakan bahawa Raja mempunyai hak dalam semua wilayah jajahannya. Hak-hak tersebut adalah seperti hak kekuasaan tanah, cukai, hasil bijian dan hak membahagikan tanah yang belum diterokai. Kesimpulan daripada itu para petani hanya boleh mengerjakan tanah jika mereka membayar sebahagian daripada hasil keluarannya. Biasanya ialah satu persepuluh. Dengan hak ini, para petani memikirkan apakah mereka berkesanggupan untuk membayarnya. Hal ini kerana jika mereka tidak dapat melunaskan bayaran tersebut berkemungkinan mereka akan menjadi hamba berhutang. Oleh itu sebagai mencari jalan keluar daripada masalah ini maka mereka lebih rela mencari hasil-hasil huitan bagi menyara kehidupan mereka. Hal pemilikan tanah ini lebih jelas seperti di Kelantan. Clifford menyatakan bahawa rakyat Kelantan tidak mempunyai hak dalam pemilikan tanah. Mereka dianggap sebagai golongan yang memberi sumber dan hasil untuk golongan pemerintah. Walaupun kedua-dua kenyataan ini menggambarkan seolah-olah sistem pentadbiran Melayu tidak mempunyai sistem pemilikan tanah yang teratur, ia dibantah oleh Jomo dan Wan Hashim. Walaupun jika adapun sistem pemilikan tanah dalam pentadbiran Melayu tetapi ia mungkin tidak menjamin hak miliknya kerana sultan masih lagi berkuasa dalam menentukan pemilikan secara hakiki ( Ishak Shaari.1991 ). Hal seperti ini sedikit sebanyak telah menjejaskan konsep mengkomersialkan pertanian di negeri-negeri Melayu.

        Dalam aspek sistem kenegaraan ia melibatkan sistem serah dan sistem kerah. Kita ketahui bagaimanakah caranya sultan berperanan dalam mengketengahkan kekeramatan dan kemuliaan. Ia ditunjukkan melalui ilmu yang dimiliki, alatan, restu mahupun lambang-lambang kekuatan lain dan selalunya dihubungkan dengan ketuhanan. Oleh itu ia dapat menggerakkan rakyat untuk menyatakan kesetiaan dan ketaatannya. Untuk menunjukkan kesetiaan dan ketaatan inilah para petani terutama orang lelaki dipaksa bekerja untuk sultan mahupun pembesar. Selalunya kerja-kerja dalam sistem ini bukan sahaja melibatkan bidang pertanian, tetapi merangkumi pelbagai bidang lain. Ia pula dilakukan tanpa mempunyai ketetapan yang tetap. Oleh itu, jangka masa yang tidak tentu menyukarkan kerja-kerja pertanian yang hendak dijalankan. Selain daripada menunjukkan ketaatsetiaan dalam corak menyerahkan diri untuk kerja-kerja sultan, para petani juga diikat dengan sistem serah. Dalam hal ini para petani perlu menyerahkan sama ada lebihan hasil, barangan, keperluan dan lain-lain bahan untuk sultan. Ini bagi menunjukkan kesetiaan dan ketaatan. Ishak Shaari  ( 1991 )  menyatakan sistem serah ini lebih teruk daripada sistem kerah. Ia membuatkan rakyat berasa bimbang bahawa lebihan mereka akan dirampas oleh sultan atau pembesar tempatan. Hal ini dapat dikuatkan lagi dengan kenyataan Munsyi Abdullah seperti yang berikut:

“Maka katanya ( seorang rakyat biasa yang ditemui oleh    Abdullah ) Dan lagi baik perahu atau tanaman-tanaman dan hidup-hidupan sahaja sekalian, jikalau dikehendaki raja diambilnya sahaja dengan tiada berharga. Dan lagi, kalau ada berharta dan anak perempuan yang baik-baik, jikalau berkenan raja, diambilnya juga, tiada ditahankan kehendak raja; dan jikalau ditahankan atau tiada diberi, disuruhnya tikam mati-mati sahaja”.

        Dengan keadaan sistem kenegaraan yang diamalkan serta teknologi yang digunakan sebenarnya ia tidak menjanjikan satu pulangan yang menguntungkan. Rata-rata petani yang mengusahakan tanah pertanian masih menggunakan teknologi pertanian kuno. Mereka masih menggunakan tulang empat kerat dengan beralatkan cangkul, parang, penyabit, dan penajak.  Walaupun begitu, masih ada petani yang tidak mempunyai alatan yang mencukupi. Seperti kata  Ishak Shaari. ( 1991 ),  ada petani yang tidak mempunyai kerbau untuk membajak tanah. Jika tidak mempunyai peralatan yang mencukupi bagaimanakah para petani hendak mengubah teknologi pertanian ke arah sistem komersial. Keadaan ini sama juga berlaku kepada para petani di England sebelum wujudnya zaman revolusi pertanian di mana para petani di sana mengamalkan aspek yang diamalkan di Tanah Melayu. Hanya apabila ada gerakkan dalam menggerakkan revolusi pertanian maka wujudlah satu bentuk pemikiran pertanian ke arah sistem komersial.

        Keterbatasan hubungan antara petani dengan dunia luar boleh menyumbangkan kemampuan petani untuk mengubah corak pertanian mereka. Biasanya hubungan dagangan hanya dilakukan oleh para pembesar dengan tidak memberi peluang kepada petani untuk menjalankan urusan perdagangan. Sebab itulah kalau dilihat daripada aktiviti kerja yang dijalankan oleh masyarakat Melayu sebahagian besarnya adalah berteraskan sektor pertanian. Mereka tidak dapat melihat peluang-peluang yang ada dalam aspek perdangan. Biasanya aspek ini dibolot oleh pembesar-pembesar atau sultan. Keterbatasan ini jugalah yang menyebabkan orang-orang Melayu tidak dapat melihat kebaikan sistem-sistem yang cuba dilaksanakan oleh orang-orang Inggeris. Kita harus akui ada sistem yang dibawa Inggeris boleh memecahkan kebuntuan dan kemiskinan orang Melayu. Hal ini boleh dilihat daripada mengasingkan konsep ketuhanan yang ada pada sultan dan mengendurkan ketaatan yang membabi buta. Ini didasarkan sebenarnya konsep komersial telah lama dijalankan, cuma ia diboloti oleh orang-orang yang mempunyai hubungan dengannya. Keadaan ini jauh berbeza dengan sikap petani dan orang barat yang mengamalkan sikap keterbukaan dan menerima revolusi sama ada  revolusi pertanian dan industri. Hal ini kerana pada waktu itu mereka menjuruskan pemikiran mereka ke arah pemikiran inkuiri dan sentiasa ingin tahu berkenaan alam dan memangkinkan ilmu untuk kesejahteraan hidup. Inilah sebenarnya yang menjayakan Islam dan akhirnya hal ini jugalah yang ditinggalkan oleh Islam.

        Selain itu, hak petani ke atas harta yang dicari mereka tidak terjamin. Ini berikutan daripada sistem pemilikan tanah yang menyaksikan petani tidak mempunyai hak ke atas tanah tesebut ( Clifford ). Ini menjadikan hasil yang didapati oleh petani menjadi sumber kepada golongan bangsawan. Ini dapat dilihat daripada kenyataan Graham yang menyatakan

“Kenyataan bahawa semua tanah pada asasnya menjadi milik pemerintah seperti yang terdapat di India dan Indonesia, wujud juga di Kelantan.... pada hakikatnya tidak terdapat tanah yang dimiliki secara bebas di negeri ini.

Melalui keadaan ini petani tidak merasai akan terjamin usaha yang diljalankan oleh mereka dan berkemungkinan juga kurniaan yang diberikan itu boleh ditarik balik dan menjadikan mereka sebahagian daripada kerahan yang dilakukan untuk sultan dan pembesar ataupun tanah tersebut diberikan kepada orang lain.

        Keadaan ini telah menyebabkan para petani menjalankan ekonominya secara kais pagi makan pagi, dan kais petang makan petang dengan menjalankan pertanian secara kecil-kecilan khususnya dalam penanaman padi dengan padi huma dan sawah, mencari hasil hutan seperti buah-buahan hutan ,rotan serta akar kayu bagi ubatan tradisi, perternakan ayam itik, menangkap ikan di sungai dengan cara memancing ataupun memasang lukah yang tidak begitu produktif untuk hasil ekspot, dan pelombongan dengan cara mendulang. Usaha-usaha ini dijalankan hanya bagi menampung kehidupan dan tidak wujud satu pengkhususan kerja serta matlamat pengeluaran bagi tujuan ekspot. Oleh itu, petempatan masyarakat melayu banyak terdapat di pinggir-pinggir hutan dan sungai kerana di situlah banyak sumber bagi mereka menampung kehidupan seharian.

SEJARAH 2 (Malaysia)STPM TEMA 3

Bincangkan aspek-aspek yang mengerakkan gerakan kesedaran di Tanah Melayu.

Agama

·         Menggerakkan pembaharuan - dipengaruhi oleh gerakan reformis Timur Tengah - Mohd Abduh.
·         Tujuan reformasi:
·         perjuangan Pan Islamisasi
·         perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah
·         Emansipasi wanita
·         Kepentingan pendidikan dan budaya ilmu.
·         mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan dengan agama Islam.
·         Mewujudkan dan mengembangkan media akhbar.
·         Menjadi saingan golongan ortodok dan bangsawan dalam perjuangan untuk orang Melayu.
·         Mendirikan madrasah dan penyebaran pendidikan agama
Sumbangannya:
·         Pencetus pemikiran dan pejuang generasi baru Melayu yang berjuang untuk kesejahteraan ekonomi dan sosial. Para pelajar didikan Melayu MPSI.
·         Golongan bangsawan Melayu dalam MMN dan MMP berjuang untuk kesejahteraan Melayu bagi menyaingi golongan muda agama. Bagi mengurangkan peranan dan menyekat pengaruh mereka supaya tidak mengatasi golongan tua.

Bahasa dan kesusasteraan

·         Pengenalan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu.
o        Wujudnya pengaruh Arab dari peranan golongan agama dan bagi menggantikan penggunaaan tulisan rumi yang diperkenalkan penjajah. Membayangkan kelunturan budaya Melayu dalam negara sendiri.
·         Kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah Melayu dan  MPSI.
·         Tema-tema perjuangan dan kelemahan ekonomi Melayu.
·         Bahasa Melayu hilang peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan Jepun. Memperlihatkan hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu.
o        Bahasa Melayu hanya digunakan dalam Sekolah Melayu.
o        Perbahasan dalam MMN dan MMP menggunakan Bahasa Inggeris.
o        Pernah dibantah oleh Raja Chulan akan kepinggiran Bahasa Melayu dalam bahasa undang-undang dan juga penggunaannya dalam MMN dan MMP. Akibatnya wakil Melayu tiidak faham apakah yang dibahaskan.
Sumbangannya:
·         Menyedarkan orang Melayu  akan kepinggiran bangsa dan bahasa Melayu.
·         Gelanggang bagi orang Melayu melahirkan ketidakpuasan melalui karya sastera.
·         Memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam meletakkan taraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara selepas merdeka.
·         Melahirkan para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66.
·         Mewujudkan penubuhan persatuan yang memperjuangkan bahasa seperti PASPAM – berjuang bagi menjadikan dan memperkasakan Bahasa Melayu seperti sebelum penjajahan.
·         Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan sebagai pembina dan pengembang bahasa Melayu dan alat penyatuan bangsa.
·         Menyumbang ke arah pembentukan bangsa Melayu melalui penggunaan Bahasa Melayu – tidak lagi Melayu berpecah dan dikenali dengan keturunan seperti Jawa, Banjar, Bugis dll.

Kewartawanan dan akhbar

·         Menubuhkan syarikat-syarikat akhbar bagi menyebarkan berita dalam bahasa Melayu. Contoh: Jawi  Standard , Cahaya Pulau Pinang dan Tanjong Penegeri diterbitkan pada 1900 di Pulau Pinang, Jawi Peranakan - 1876, Nujumu’l Fajar, Shamsu’l Kamar, Sekolah Melayu, Bintang Timor, dan Warta Melayu di Singapura, Seri Perak dan Jajahan Melayu di Perak, Khizanah Ilmu, Taman Pengetahuan.
·         Pada awal abad ke-20 hingga 1940-an wujud akhbar dan majalah seperti Majlis, Majalah Guru, Al-Imam, Warta Malaya, Al-Ikhwan , Neraca dll akhbar.
·         Tulisan yang digunakan ialah Jawi kecuali Bintang Timor yang menggunakan tulisan Rumi kerana ia diterbitkan oleh Persatuan orang-orang Cina Kristian – pengarangnya ialah Song Ong Siang (Roff , 1975 ).
·         Dimulakan oleh orang-orang Islam keturunan India yang dikenali sebagai Jawi Peranakan.
·         Sejak tahun 1876 hingga 1906 sebanyak 16 buah akhbar dan majalah telah diterbitkan dengan taburannya seperti yang berikut:
·         Singapura      :              7 buah
·         Pulau Pinag   :               5 buah
·         Perak              :               4 buah
·         Tujuan:
·         Satu percubaan untuk melaporkan dan mengulas keadaan hidup mereka masa kini.
·         Al-Imam sebagai  pencetus fikiran dan sumber ilmu, pembicaraan dan perbahasan, pengingat dan menyedarkan mereka yang lalai dan sesat serta bertujuan untuk menjaga bangsa Melayu daripada penindasan.
·         Akhbar beperanan sebagai:
·         Penyebar maklumat
o        Roff (1975 ) memuatkan berita-berita luar dan dalam negeri yang terbaru, menolong memajukan pelajaran anak negeri , dan membantu memberikan keselarasan kepada bahasa Melayu yang sedang menempuh perubahan.      
o        Akhbar Sekolah Melayu sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kerana ketiadaan buku yang dikhaskan untuk belajar.
·         Propaganda/Alat kebangkitan
o        Warta Malaya dan Majlis membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap Sultan dan pemerintahan Inggeris dalam isu Malayan Union.
·         Saluran komunikasi
o        Sumbangannya:
o        Pencetus minda masyarakat dan penyalur maklumat dalam penentangan terhadap Malayan Union.
o        Memuatkan berita bagi kesedaran masyarakat tentang hak dan tanggungjawab orang Melayu dan Islam. - Dicetuskan oleh Al-Imam, Al-Ikhwan, Saudara.
·         Menjadi gelanggang kepada sasterawan.
o        Wujudnya tokoh wartawan seperti Rahim Kajai.
o        Faktor penentu bagi  kemajuan kebendaan dan kecendikiawan bangsa Melayu seperti peranan Sekolah Melayu yang membolehkan pertambahan pembaca dan memperkenalkan beberapa generasi  penuntut sekolah mempersoalkan dengan lebih meluas mengenai kehidupan orang-orang  Melayu.

Pendidikan

·         Melahirkan tokoh-tokoh pejuang yang berlatar belakang  agama, sosio politik, dan politik daripada pengaruh-pengaruh Timur Tengah , Melayu dan Inggeris seperti: Raja Chulan, Ibrahim Yaakob, Dato Onn Jaafar, Sheikh Tahir Jalaluddin, dll pejuang Melayu.
·         Penyalur idea pembaharuan dan mengenengahkan masyarakat Melayu yang peka pada sensitiviti kaum dan layanan Inggeris.
·         Sukatan dan dasar yang tidak selaras menbangkitkan ras tidak puas hati orang Melayu terhadap layanan Inggeris.
Peranan tokoh-tokoh intelektual
·         Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu dan menubuhkan UMNO bagi menentang Malayan Union.
·         Ibrahim Yaakub pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung bagi mencetuskan ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomi orang Melayu terutama dalam bidang pendidikan.
·         Ahmad Boestaman pejuang KMM yang mencetuskan idea merdeka pada tahun 1939, tetapi tidak menerima sambutan. Memperjuangkan ketuanan Melayu dan perkembangan sosio ekonomi serta politik Melayu.
·         Dr. Buhanudin Al-Helmi, pemimpin PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan mencari kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
·         Raja Chulan mengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu.
·         Dato Abdul Rahman Andak – Dato Penggawa Dalam dapat menghalang dan melambatkan campur tangan langsung Inggeris di Johor.

Pengaruh luar

·         Kemenangan Jepun terhadap Russia 1905, kemenangan Jepun mengalahkan British dalam perang dunia kedua - mencetuskan bahawa bangsa Eropah masih boleh dikalahkan.
·         Perjuangan Mahatma Ghandi dan Jawarlal Nehru menentang penjajahan Inggeris bagi kemerdekaan India pada 1947.
·         Perjuangan Sukarno dan Hatta memerdekakan Indonesia serta perjuangan bangsa Indonesia menentang penjajah Belanda selepas tamat perang dunia kedua.
·         Pengaruh gerakan reformis Islam di Timur Tengah dalam menggerakkan pembaharuan dan penentangan terhadap penjajah. - Menggalakkan para pelajar untuk berkiblatkan Timur Tengah bagi merangsang perjuangan dan menggunakan aliran agama untuk membebaskan negara daripada penjajahan.
·         Perubahan yang berlaku dalam PBB yang memperjuangkan kedaulatan dan keluhuran negara-negara yang dijajah. Menggerakkan nasionalis-nasionalis negara dijajah untuk menuntut kemerdekaan. Piagam PBB tidak membenarkan negara lain menjajah negara lain.
·         Peralihan kuasa besar dunia daripada Britsih kepada Amerika Syarikat serta Russia. - Mewujudkan Perang Dingin antara blok barat dan timur iaitu Kapitalis dan Komunis, sekutu Amerika Syarikat dan sekutu Russia. Perlu bebaskan negara seblum dipengaruhi oleh Komunis.

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...