Jumaat, 11 Mac 2011

NOTA SEJARAH 2 STPM PERJANJIAN-PERJANJIAN DI TANAH MELAYU


PERJANJIAN PANGKOR
Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 di antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding, iaitu di kawasan perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor.
Dengan persetujuan Sultan Abdullah juga, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang berkuasa di Hulu Perak dan bersemayam di Tanjong Belanja, Parit, daripada pangkat sultan tetapi membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" dengan memberi pencen 1,000 ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut.

Sebab
Raja Muda Abdullah ibni Sultan Jaafar, Sultan Perak ke 26 dari 1874 - 1876
Perak pada masa itu merupakan pengeluar bijih timah utama yang mendahului United Kingdom pada abad ke-19. Sementara Inggeris, yang pada masa itu sudah mendapat Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, menganggap Perak sebagai satu negeri yang amat penting. Tetapi keadaan yang tidak stabil seperti Perang Larut dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina mengganggu perniagaan bijih timah ketika itu.
Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Raja Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik sebagai sultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak menghadiri upacara pengkebumian, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik. Raja Bendahara Ismail diangkat dan ditabalkan kerana mengikut istiadat pertabalan Raja-raja Melayu, baginda adalah sultan yang sah oleh kerana baginda memiliki alat-alat kebesaran diraja (regalia). Baginda berkuasa dan mempunyai pengikut-pengikut yang ramai di Hulu Perak.
Perasaan tidak puas hati mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Pada masa yang sama, berlaku permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin yang dipimpin oleh Chin Ah Yam dan Hai San yang dipimpin oleh Chung Keng Quee untuk merebut lombong bijih timah.
Raja Abdullah meminta pertolongan Inggeris untuk menyelesaikan dua masalah tersebut. Menurut Lucy Bird (1831-1904) dalam bukunya "The Golden Chersonese and The Way Thither" (diterbitkan pada tahun 1892 oleh G.P Putnam dan Anak-anak), Raja Abdullah meminta pertolongan rakannya di Singapura, Tan Kim Ching. Tan bersama seorang pedagang Inggeris di Singapura merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang ditandatangani oleh Abdullah. Dalam surat tersebut, Abdullah menyatakan hasrat untuk meletakkan Perak di bawah naungan Inggeris. Pada 26 September 1872, Chung Keng Quee menghantar petisyen yang ditandatanganinya serta 44 orang lagi ketua orang Cina, meminta campurtangan Inggeris selepas diserang 12,000 orang-orang Chung San. Pihak Inggeris melihat perkara ini sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia Tenggara dan monopoli perdagangan bijih timah. Hasilnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874.
Syarat
Perjumpaan mesyuarat Raja Muda Abdullah, Sir Andrew Clarke dan beberapa Orang-orang Besar Perak tanpa kehadiran Sultan Ismail dan Raja Yusuf di Pulau Pangkor pada 20 Januari 1874 telah menghasilkan Perjanjian Pangkor dan syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
RajaMudaIbrahim diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, nasihat Residen British hendaklah diikuti kecuali pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihatResiden British
Kesan
Raja Ismail tidak mengiktiraf perjanjian tersebut tetapi nasi sudah menjadi bubur. Raja Abdullah diiktiraf Inggeris sebagai sultan dan Sir James W.W. Birch menjadi Residen Inggeris yang pertama di Perak. Berikutan dengan perjanjian ini, Inggeris terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negeri Melayu.
Campurtangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang. Rasa tidak senang itulah yang membuka jalan nekad orang Melayu Perak bertindak. Tanpa takut dan gentar, mereka telah berpakat membunuh Birch yang berjaya dilakukan pada tahun 1875 di Pasir Salak. Kejadian ini mengakibatnya beberapa siri peperangan antara Melayu Perak dan Inggeris hingga tahun 1876.
Ramai wira negeri Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan lain-lain. Sultan Abdullah pula disingkir ke Pulau Seychelles.
Walaupun wira-wira bangsa ini berjaya dibunuh oleh Inggeris, namun peristiwa Pasir Salak itu telah mengajar Inggeris bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah dan memperbodohkan orang Melayu.
Dengan berjaya membantutkan penentangan Melayu, Inggeris berjaya mengukuhkan kedudukannya di Perak dan kemudiannya membuka lebih banyak lombong bijih timah di Perak dan ladang-ladang getah. Perak bersama Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang kemudiannya dikenali dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.


PERJANJIAN BURNEY
Perjanjian Burney adalah satu perjanjian ditandatangani antara Siam dan Pihak British pada 1826. Ia mengakui tuntutan Siam keatas empat negeri Melayu utara iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Perjanjian ini selanjutnya menjamin pemilikan Pulau Pinang bagi British dan memberikan hak kepada British untuk berdagang di Kelantan dan Terengganu tanpa ganguan Siam. Keempat-empat negeri Melayu tidak diwakili dalam rundingan perjanjian ini.
Pada tahun 1909, pihak dalam perjanjian tersebut menandatangani satu perjanjian baru yang menggantikan perjanjian 1826. Perjanjian 1909, dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Siam 1909, atau juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, memindahkan keempat-empat negeri Melayu daripada Siam menjadi wilayah British.
Latar belakang
Pengaruh Siam di negeri-negeri Melayu Utara membimbangkan British kerana perkembangan ini menjelaskan pendudukannya di Pualau Pinang serta kepentingan British di Tanah Melayu. Akibatnya pada Disember 1825, Kapten Henry Burney telah dihantar oleh Robert Fullerton bagi mengadakan rundingan dan membuat perjanjian dengan Siam. Henry Burney telah diarah berbincang mengenai hubungan perdagangan dan persahabatan Siam dengan British, kepentingan British di Tanah Melayu mengenai perdagangan, masalah pembahagian Takhta Sultan Ahmad Tajuddin dan soal kemerdekaan Perak dan Selangor. Selepas berada di Siam selama 6 bulan, Henry Burney berjaya mengadakan perjanjian pada 18 Jun 1826.
Butir perjanjian
  1. Pedagang-pedagang British dibenarkan berdagang di Bangkok dan dikenakan cukai yang berpatutan;
  2. Mengenai Kedah:-
    • Kedah kekal sebagai tanah jajahan Siam;
    • Sultan Kedah tidak dibenarkan tinggal di Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor atau Burma;
    • British bertanggungjawab menghalang Sultan Kedah dan pengikutnya menyerang Siam dan wilayah-wilayahnya;
    • British dibenarkan berdagang di Kedah tetapi tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam hal pentadbiran;
    • Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai
  3. Mengenai Perak:-
    • Siam mengiktiraf kemerdekaan Perak dan Selangor;
    • British dibenarkan berdagang di Perak tetapi tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran
    • Siam dibenar menghantar perwakilan antara 40-50 orang ke Perak tetapi tidak boleh menyerang, mengancam dan mencabul Perak;
    • British bertanggungjawab menghalang Selangor menyerang Perak
    • Mengenai hantaran Bunga Emas dan lain-lain hantaran ke Siam, Perak diberi kebebasan sama ada mahu menghantar atau tidak. Sekiranya Perak setuju menghantar British tidak ada kuasa menghalang.
  4. Mengenai Kelantan dan Terangganu:-
    • Siam berjanji tidak akan mengganggu Perdagangan British di Kelantan atau Terengganu;
    • British boleh berdagang di Terengganu tetapi tidak boleh campur tangan dalam hal pentadbiran;
    • Kelantan dan Terangganu akan terus menghantar ufti berupa bunga emas pada tiap-tiap 3 tahun sekali


PERJANJIAN INGGERIS-SIAM 1909
Perjanjian Inggeris-Siam 1909, dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, ialah perjanjian antara United Kingdom dan Thailand pada 1909. Perjanjian ini ditandatangani di Istana Raja Siam di Bangkok pada 10 Mac 1909 dan diratifikasikan pada 9 Julai 1909. Kajayaan perjanjian ini sebenarnya diusahakan dan dimulakan bersungguh-sungguh oleh Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam[1]. Beliau mendapati beberapa perjanjian yang dimeterai bersama Britain sebelum dia bertugas pada tahun 1906 di Siam merugikan Siam terutamanya hal ehwal perdagangan dua hala dan keistimewaan lain seperti dalam Bowring (1855) dan Perjanjian Rahsia (1897). Oleh itu, beliau telah menyatakan kepada W.D Beckett seorang pegawai pejabat kedutaan British di Bangkok pada tahun 1907 akan hasratnya untuk menyeimbangkan kedudukan hubungan perdagangan dan memansuhkan hak keistimewaan Britain di Siam dengan kesediaanya memujuk Raja Chulalongkorn menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara seperti Kedah, Terangganu dan Kelantan sahaja kepada Britain sebagai ganjaran[2]. Tawaran itu mendapat reaksi positif daripada Ralph Paget, Duta Britain ke Siam serta Sir John Anderson, Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Gabenor Negeri-Negeri Selat apabila Strobel menulis cadangan itu secara bertulis seperti berikut:
The Progress of Siam has been such of late years that i think the time has arrived when this goverment may look forward to more control over its own affairs and to less interference from without. To obtain such control is, my opinion well worth sacrificeof territory over which the Goverment does not excercise effective control and about which questions of difficulty may arise. ''In pursuance, therefore, of such policy of which the late Treaty with France is an example, I should be willing to propose to the Siamese Government the cession to Great Britain of the states of Kelantan, Trengganu, and Kedah, provided that the British Government would be willing to make the following concessions 1. The abrogation of the Secret Agreement of 1897; 2. The giving up of exterritoriality, at least to the extent which has been yield by France by the Treaty of the 23rd March this year.'[3]

Latar belakang perjanjian

Sebaik sahaja menerima surat Strobel, Paget telah memaklumkannya kepada Sir Edward Grey, Setiausaha bagi Urusan Luar Negara British. Paget menganggap cadangan Strobel itu sebagai "unlikely to present much difficulty".[4] Selain dari Kedah, Kelantan dan Terengganu, Paget mencadangkan kepada British menimbangkan juga negeri Perlis, Setul (sekarang Satun) dan Reman yang merupakan sebahagian daripada Negeri-Negeri Melayu yang tertakluk di bawah Perjanjian Rahsia (1897)berdasarkan alasan seperti "if then these States become British possessions, and, in addition, an Agreement can be made of a pure political nature to preclude any inconvenience acquisition of territory by a foreign power in the remaining of the peninsula, the advantage of the bargain would appear to be entirely on our side. It is possible of course that when the supervision exercised by His Majesty's Goverment on the grant of Concessions is removed, foreign enterprise in the Siamese Malay States may to some extent increase, but the probability of this becoming a danger appears to me altogether remote. There would be no objection, in the event of this coversation being abrogated, tothe substituition of the another instrumnet of a pure political nature to preclude the acquisition by foreign powers of any harbour,strategical position, or coaling station, and containing possibly by a clause similiar to Article VII of the Franco-Siamese Treaty".[5] Usaha keras Strobel ini bermula apabila beliau menyampaikan hasrat tersebut kepada Putera Damrong Rajanubhab, Menteri Am Siam ketika itu yang memangku tugas Raja Siam ketika Raja Chulalongkorn mengadakan lawatan ke luar negera. Putera Damrong menentang keras cadangan menyerahkan negeri-negeri Melayu utara kepada Britain malah Strobel sendiri dimarahi oleh Putera Damrong kerana cuba menjejaskan keutuhan wilayah Siam. Putera Damrong juga tidak mahu jalan keretapi di Siam dibina oleh syarikat asing. Namun begitu, Strobel tidak kecewa dan putus asa. Sebaliknya beliau berazam akan memaklumkan hasrat itu kepada Raja Chulalongkorn apabila kembali dari lawatan ke luar negara. Apabila Raja Siam Pulang pada 23 November 1907, Strobel memaklumkan cadangan itu dan Raja Chulalongkorn hanya mahu menyerahkan Kelantan dan Terangganu sahaja kepada Britain. Strobel kembali memaklumkan kepada Ralph Paget akan persetujuan Raja Siam yang hanya mahu menyerahkan Kelantan dan Terangganu sahaja kerana "the remote states were a source of weakness, danger and annoyonce rather than profit. Kelantan and trengganu had never formed an integral part of Siam'.[6] Sebaliknya beliau menegaskan bahawa Raja Siam akan menimbangkan semula untuk menyerahkan Kedah. Semasa rundingan berjalan Ralph Paget memberitahu Strobel akan hasrat British yang turut ingin mendapatkan lebih wilayah siam seperti Patani,Perlis dan Setul (sekarang dikenali sebagai Satun) lebih dari apa yang ditawarkan oleh Strobel kerana berdasarkan wilayah itu kepunyaan Kerajaan Kedah dan mempunyai etnik Melayu, budaya dan kedudukan Geografi yang sama. Ralph Paget juga bertegas mahu Pulau Langkawi diserahkan kepada Britain. Strobel kembali menemui Raja Chulalongkorn dan memaklumkan kepada baginda dengan cara menyerahkan Kedah, Terengganu dan Kelantan sahaja pihak Britain akan mengkaji semula perjanjian lama yang merugikan Siam. Ketegasan Strobel ini sehingga beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai Penasihat Hal Ehwal Luar Siam dalam tempoh 90 hari sekiranya Raja Chulalongkorn tidak menaruh kepercayaan kepadanya. Sementara itu, Sir John Anderson Gabenor Negeri-Negeri Selat amat bersetuju Britain menguasai negeri-negeri Melayu Utara malah mahu menguasai Patani dan wilayah-wilayah lain hingga ke Segenting Kra. John Anderson menulis surat kepada Lord Elgin, Setiausaha Bagi Tanah Jajahan "I earnestly hope that, if it is impossible to obtain the whole area south of latitude 7, an effort will be made to secure Legeh and Rahman as well as the whole area south of three States. Perlis and Setul sould also be secured:they are dependencies of Kedah. Interest should, in view of the price of the Straits Loan, br fix at 4 percent but it would agree to 3 3/4 per cent if necessary to secure success of the negotiations".[7] Tuntutan Paget ke atas Setul, Perlis dan Patani mendapat reaksi dingin daripada Strobel. sebaliknya, Strobel mengatakan kepada Ralph Paget, beliau tidak yakin Siam akan menyerahkan Patani kepada Britain kerana Siam mempunyai kepentingan di negeri itu berbanding negeri-Negeri Melayu Utara. Di samping itu, Strobel memaklumkan kepada Paget bahawa Raja Chulalongkorn hanya bersedia menyerahkan negeri yang ia tidak mepunyai kuasa kawalan.Strobel menegaskan dan menunjukkan kemarahannya dengan kerkata "that states was out of question, as the Siamese Government would...never consent its cession", beliau menambah bahawa "the Siamese Government had done a great deal there recently, and the control exercised there was of a different charecter to that attained in the other States...[8] Akibat permintaan British itu Strobel telah menyatakan "if that is to be the game i think we had best abandon the negotiations at once. I am having sufficient difficulty with the King about Kedah that the three States i originally named".[9] Kegagalan Britain mendapatkan Patani mengecewakan Paget, walau bagaimanapun, Paget tidak mahu menekan Siam kerana tidak mahu Siam membatalkan rundingan menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara. Selain itu, Siam enggan serahkan Patani kerana British sendiri tidak mempunyai inisiatif menuntut wilayah itu. Menurut Chandran J, "alasan yang penting bagi ketinggalan Patani di dalam Perjanjian 1909 tidak boleh dinafikan adalah akibat kejayaan Siam pada tahun 1902 manakala mereka telah menawan Sultan Patani. Setelah peristiwa itu, British memang mengakui bahawa Patani lebih bergantung kepada Siam".[10] Demi menyelamatkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terangganu, kepentingan Patani terpaksa dikorbankan. Berkenaan dengan Wilayah Setul, terdapat perbezaan pendapat antara Strobel dan British. Strobel berpendapat setul mempunyai hubungan rapat dengan Phukuet kerana 60 % penduduk di situ adalah orang Sam-Sam yang memeluk Islam, tetapi Frost (British Konsul di Kedah) membantah dan melaporkan satu laporan kepada Setiausaha Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat, Setul merupakan sebahagian dari Negeri Kedah dan tidak mempunyai hubungan dengan Phuket. Penduduk di Setul mengaku diri mereka Melayu dan bukannya orang Siam.[11] Berhubung dengan Perlis dan Setul, Strobel berpendapat kedua-dua itu bukanlah merupakan sebahagian dari Kedah. Walaupun Gabenor kedua-dua negeri itu ditabalkan oleh Sultan Kedah tetapi pengesahannya dibuat oleh Raja Siam. Dari segi praktiknya, Perlis dapat dianggap sebahagian daripada Kedah tetapi berbeza dengan Setul kerana Setul..."separated from the States by a high range og mountains and is etnologically different...60 per cent of inhabitants being Sam Sam or Siamese who had embrace Mohammedanism (Sic :Islam".[12] Oleh kerana itulah, Raja Chulalongkorn enggan melepaskan Setul kepada British. Selain itu, bagi mengelakkan tuntutan British ke atas Setul, pihak Siam telah melantik dua pegawai Siam sebagai Pegawai Kewangan dan Hakim pada Oktober 1907 dan juga menempatkan bot tempur sebagai usaha mengukuhkan kawalan Siam ke atas wilayah itu. pihak Siam juga telah meletakkan Setul di bawah arahan terus Pesuruhjaya Tinggi Phuket yang sebelum ini diletakkan di bawah Pesuruhajaya Tinggi Syburi iaitu Sultan Kedah sendiri[13]. Berikutan itu, Paget terpaksa mengakui British tidak akan menuntut serta melepaskan Setul dan menyatakan dalam suratnya kepada Grey "..Setul would not be of no great values to us, and although we might do doubt put forward a very good claim to its part of Kedah and secure it by insistence, I am inclined to think it would be more Politics to turn our claim to account by agreeing to renounce Setul if the Siamese Government will in its stead hand over to us the Lang-kawi Islands and that portion of Raman which comprise the watershed of the Perak River. Both these would constitute more velueable posessions to us than Setul. The Lang-kawi Islands furnish magnificent anchourages and such have been coveted by various foreign powers, whilst the lower part of Reman is rich in Tin".[14]British lebih mementingkan kepentingan yang diperolehinya daripada menuntut wilayah sebenar kepunyaan Kedah apabila melepaskan wilayah Setul yang sebelum ini kepunyaan Kedah. Pada tahun 1908 Strobel meninggal dunia tetapi rundingan tersebut tetap diteruskan apabila tugas Stroble diambil alih oleh Westengard, pembantu Strobel. Perbincangan rasmi antara Paget dengan Westengard telah berlangsung pada 25 Januari 1908. Perbincangan itu telah meneliti perkara-perkara pokok mengenai asas perjanjian.[15] Berkenaan tentang penyerahan wilayah, Paget telah mengemukakan hasrat British untuk mendapatkan Pulau Langkawi dan Legeh sungai Perak di wilayah Reman sebagai menggantikan Setul.Westengard memaklumkan, selepas berbincang dengan Raja Chulalongkorn dan Putera Damrong, bersetuju melepaskan "lower Raman" dan Pulau Langkawi tetapi dengan syarat British mesti bersetuju memberikan pinjaman kewangan bagi tujuan pembinaan jalan keretapi atas kadar 3 3/4 peratus.[16] Paget agak keberatan akan tuntutan Siam itu.Walau bagamanapun, perbezaan pandangan itu tidak menghalang dan menyulitkan kedua-dua pihak. Beberapa draf perjanjian telah disiapkan meliputi soal penyerahan wilayah, pembatalan Kovension Rahsia 1897, Juridiksi dan Keretapi Semenanjung Siam telah dipinda kedua-dua pihak sebelum ditandatangani.[17]



Perjanjian

Melalui Perjanjian Bangkok 1909 itu, kerajaan Siam menyerahkan negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Ralph Paget Duta Britain di Siam Mewakili King Great Britain dan Ireland serta Putera Devawongse Varoprakar, Menteri Luar Kerajaan Siam ketika itu.
Butir-butir Perjanjian Bangkok 1909 adalah seperti berikut:-
  1. Penyerahan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan pulau-pulau bersebelahan kepada Great Britain.
  2. Tarikh penyerahan dalam tempoh tiga puluh hari selepas ratifikasi perjanjian.
  3. Perlantikan Suruhanjaya Bercampur untuk persempadanan Inggeris-Siam.
  4. Hutang awam wilayah yang diserahkan akan tetap dibayar kepada Kerajaan Siam.
  5. Penghapusan bidang kuasa Konsul British di Siam.
  6. Hak rakyat British di Siam terhadap harta, kediaman dan perjalanan, cukai, dll.
  7. Pengesahan perjanjian lama .
  8. Ratifikasi dalam tempoh empat bulan.

Perjanjian Bangokok 1909 berkuatkuasa selepas 4 bulan dimeterai. Beberapa upacara penyerahan kawasan dilakukan, pada 15 Julai 1909 upacara penyerahan Kedah kepada British diadakan di Balai Besar, Alor Setar. Majlis tersebut dihadiri oleh Sultan Abdul Hamid, Tengku Mahmud serta Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Kedah, Williamson Penasihat Kewangan Siam mewakili Raja Siam, George Maxwell mewakili British. Semasa majlis penyerahan itu berlangsung, wakil Kerajaaan Siam, Williamson membawa utusan Raja Chulalongkorn yang mengatakan Raja Siam berasa sedih kerana setelah begitu lama hubungan erat telah wujud terpaksa diputuskan kerana perjanjian itu.Raja Siam berharap Kerajaan Kedah dapat mencapai kemakmuran buat masa akan datang dan Kedah mencapai kemakmuran di bawah naungan British.[18] Sementara itu,upacara penyerahan wilayah Reman (sekarang dikenali sebagai Hulu Perak) kepada Perak turut dilakukan. Antara pembesar dan wakil kerajaan yang menghadiri upacara tersebut adalah seperti berikut:-
  • Kerajaan Siam diwakili oleh Keluong Wan Husain, pembesar Siam di Betong.
  • Kerajaan British diwakili oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) yang berpusat di Singapura.
  • Kerajaan Perak diwakili oleh :
  1. Wan Muhammad Isa, Orang Kaya Menteri
  2. Wan Muhammad Salleh, Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja.
  3. E.W. Birch, Residen British Perak.
  4. A.S. Jelf MCS, Penolong Setiausaha kepada Residen British Perak.
  5. H. Berkeley, Hakim Daerah Hulu Perak
  6. G. Simpson, Merinyu Polis Kuala Kangsar
  7. J.D. Kemp, Pengurus Rahman Hydrolic Tin Limited, Klian Intan/ Taiping.

Kesan Perjanjian 1909

kedua-dua pihak iaitu British dan Siam jelas mementingkan status dan keuntungan masing-masing dalam mewujudkan perjanjian ini. British dan Siam dalam menentukan sempadan baru ini hanya berdasarkan pentadbiran berbanding elemen penting seperti soal kebudayaan geografi etnik agama dan kriteria lain[19]. keengganan mereka ini menimbulkan masalah dan kesan berpanjangan kepada negeri-negeri Melayu bersekutu yang kini sebahagian dari Malaysia dan Wilayah Patani, Setul, Yala menjadi Wilayah Thailand. Melihat kepada Protokol Sempadan itu jelas bahawa perjanjian itu bukan sahaja memindahkan Kelantan, Terangganu, Kedah dan Perlis kepada pemerintahan British tetapi jugak membuat penyesuaian besar kepada sempadan negeri yang sedia ada ketika itu. Perjanjian ini telah mengubah keluasan tanah-tanah negeri terbabit. Dapat dikatakan juga bahawa tujuan perubahan itu dibuat adalah bagi maksud untuk memindahkan seluruh lembah sungai kepada negeri-negeri tertentu.Umpamanya, penjuru sungai Reman di bawah kawalan Siam yang terletak dalam lembah sungai Perak telah diserahkan kepada Perak. Walau bagaimanapun, pembuat sempadan gagal mengambilkira pertimbangan yang sama sehubung dengan negeri Kelantan-Patani sebaliknya Sungai Golok telah dijadikan sempadan antarabangsa. Kesannya Kelantan kehilangan wilayah tabal (sekarang dikenali Tak Bai) kerana wilayah ini telah ditukarkan dengan daerah Reman.Kesan seterusnya Negeri-Negeri Melayu Utara kehilangan beberapa Wilayah penting dan strategik seperti Kedah kehilangan Wilayah Sadaow, Setul, Pulau Terutau dan Pulau-Pulau sekitarnya. Perlis pula kehilangan wilayah Pujoh. Wilayah Pujoh terletak di sebelah utara Sungai Perlis adalah di bawah jagaan Penghulu mukim Kuala Perlis. Penghulu Kuala Perlis dan Pujoh terakhir ialah Penghulu Muhammad Said Bin Haji Awang yang turut ditugaskan bersama-sama Pegawai Suruhanjaya Sempadan yang dibentuk di bawah Artikel 3 Perjanjian Bangkok 1909.[20] Kelantan kehilangan wilayah Tabal. Oleh kerana Perjanjian ini dibuat tanpa pengetahuan Sultan Negeri- Negeri Melayu Utara, sudah tentulah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Semasa majlis penyerahan itu berlangsung, Sultan Abdul hamid membuat bantahan kepada Williamson wakil kerajaan Siam. Menurut baginda, sempadan baru antara Kedah dan Siam harus ditentukan mengikut kriteria sempadan yang sedia ada. Putera Damrong sebelum itu telah memberitahu baginda akan sempadan baru antara Kedah dan Siam seperti mana yang terdapat dalam protokol sempadan Perjanjian Bangkok 1909.[21] Baginda Sultan amat murka kepada Siam sehingga baginda pernah menyatakan tidak akan memaafkan pihak yang menjual negeri Kedah seperti menjual seekor kerbau.[22] Dalam surat baginda kepada Putera Damrong banginda menyataka kekecewaan kehilangan wilayah kedah tu.."There is one thing regarding which i ask for further consideration that is northern boundery. I ask be followed and that the farmer bondery be followed and that the Sadaow district and other district near Changloon an Terutau Islands remain in Kedah territory. If they are taken by Siam, kedah loses a large area of territory. Pelease instruct survey commisioner not to clear boundery lines until this matter is settle".[23]. Begitu juga reaksi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke IV baginda kecewa dengan British menyerahkan Wilayah Tabal kepada Siam yang dihuni kira-kira 15,000 orang Melayu. Apabila Tabal berada di bawah Siam sebilangan penduduk di situ berhijrah ke Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...