Isnin, 7 Mac 2011

SOALAN LATIHAN KBKK SEJARAH TINGKATAN 5


TINGKATAN 5
BAB 1: KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
  1. Jelaskan peranan anda sebagai generasi muda hari ini dalam mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air kita daripada diganggu gugat oleh kuasa asing.
  2. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kebaikan pengenalan sistem birokrasi Barat ke atas kemajuan negara kita?
  3. Pada pandangan anda, bagaimanakah semangat nasionalisme boleh terus dipupuk dalam kalangan generasi muda kita hari ini?
BAB 2:  NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
  1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengenai pejuang tanah air seperti Dol Said, Tok Janggut, Dato Bahaman dan lain-lain, apakah nilai yang boleh diteladani oleh anda sebagai warganegara Malaysia yang patriotik?
  2. Berdasarkan pemerhatian anda, mengapakah media massa amat penting dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat dari zaman dahulu hingga sekarang?
  3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan peristiwa pahit zaman penjajahan yang boleh menimbulkan perasaan berani mempertahan negara kepada generasi hari ini?
BAB 3:  KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
  1. Pada pandangan anda, mengapakah konsep Realpolitik yang dipegang oleh pemimpin Itali dan Jerman jika diamalkan pada hari ini akan menghancurkan keharmonian dunia?
  2. Pada pemerhatian anda, bagaimanakah undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis dapat mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni dalam kalangan masyarakat hari ini?
  3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan mengapakah Adat Perpatih dikatakan mempunyai amalan  demokrasi?
BAB 4:  PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
  1. Berdasarkan  pengetahuan sejarah anda, apakah kesan ke atas negara kita jika Malayan Union Berjaya dilaksanakan oleh penjajah British?
  2. Pada pendapat anda, apakah kebaikan penubuhan negara Persekutuan seperti Persekutuan Tanah Melayu?
BAB 5:  PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA YANG MERDEKA
  1. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diterima daripada peluang mentadbir yang diberi oleh British dalam Sistem Ahli kepada orang tempatan?
  2. Pada pandangan anda, mengapakah sikap tolerans seperti dalam Pakatan Murni penting kepada negara kita yang mempunyai rakyat pelbagai kaum?
  3. Kemerdekaan negara kita hasil kebijaksanaan pemimpin berbincang dengan pihak penjajah.  Mengapakah pendekatan berunding lebih baik daripada berperang dalam usaha menuntut kemerdekaan?
BAB 6:  PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
  1. Penubuhan Malaysia memeperlihatkan kematangan pemimpin kita melihat masa depan.  Pada pandangan anda, mengapakah kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia member banyak faedah kepada rakyat negeri tersebut?
  2. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada tentangan negara luar iaitu Indonesia dan Filipina dalam usaha menubuhkan Malaysia?
BAB 7:  SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
  1. Berdasarkan pemerhatian anda, apakah kepentingan perlembagaan kepada rakyat pelbagai kaum di Malaysia?
  2. Pada pandangan anda, mengapakah sistem Raja Berperlembagaan masih relevan dan penting kepada negara Malaysia?
  3. Pada pendapat anda, mengapakah lambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan perlu dihormati dan dipelihara?
BAB 8:  PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN
  1. Pada pandangan anda, mengapakah bidang pertanian masih penting walaupun Malaysia kini menuju ke arah negara maju?
  2. Berdasarkan pemerhatian anda, mengapakah pendidikan perlu terus diutamakan dalam kehidupan kita hari ini?
  3. Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia perlu menjadi negara maju selaras dengan cita-cita Wawasan 2020?
BAB 9:  MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
  1. Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada Perang Dunia Pertama dan Kedua?
  2. Pada pengetahuan sejarah anda,apakah kelebihan dasar luar Malaysia yang berbaik-baik dengan semua negara?
  3. Pada pendapat anda,bagaimanakah kia boleh mengelak perang daripada berlaku?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...