Khamis, 30 Jun 2011

SEJARAH MALAYSIA TEMA 3 PTM dan Reaksi Penduduk TM

Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.

Pengenalan ( 3 markah)

Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada orang Melayu. British terpaksa membubarkan MU dan menubuhkan satu jawatan kuasa kerja untuk merangka perlembagaan Tanah Melayu (PTM) yang baru.
Pada 1 Februari 1948 PTM telah diisytiharkan.

Isi dan Huraian ( 20 markah)
Ciri-ciri PTM:
• PTM terdiri dari 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat.
• Diketuai oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan Undangan Persekutuan.
• Majlis Perundangan pula bertangungjawab dalam menggubal undang-undang.
• Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara. Sultan memerintah dgn bantuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri yang mempunyai kuasa menggubal undang-undang.
• Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bmiputera.
• Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli dihapuskan dan syarat memohon kerakyatan diperketatkan.

Reaksi
a. All Malayan Council of Joint Action (AMCJA)
• Pada Disember 1945 golongan profesional Cina telah menubuhkan Malayan Democratic Union (MDU) tidak bersetuju dengan kandungan Perlembagaan 1948 kerana dianggap tidak demokratik dan Singapura sepatutnya dimasukkan dalam PTM.
• MDU telah bersatu dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu seperti Malayan Indian Congres, The Malayan Democratic League, Persekutuan Kesatuan Buruh Seluruh Tanah Melayu, Malayan Peoples Anti Japanese Army dan Ex-Servise Comrades Association membentuk AMCJA. Tan Cheng dilantik menjadi Presiden.
• AMCJA telah mengemukakan draf perlembagaan mereka sendiri dan menuntut supaya perlembagaan PTM 1948 yang dipersetujui antara kerajaan British, Raja-raja Melayu, dan UMNO dibatalkan. Tuntutan AMCJA tidak dapat diterima oleh pentadbiran British di Tanah Melayu kerana terlalu radikal.

b. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
• PUTERA merupakan pertubuhan politik Melayu berhaluan kiri tidak bersetuju dengan perlembagaan PTM 1948.
• Pertubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy telah keluar dari UMNO dan bergabung dengan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API), Kesatuan Tani, Gerakan Rakyat Melayu (GERAM) dan 80 buah kesatuan kecil yang lain membentuk PUSAT TENAGA RAKYAT pada Februari 1947.

c. Tentangan AMCJA-PUTERA
• Pakatan AMCJA-PUTERA menentang PTM yang dirangka kerana tidak mewakili seluruh rakyat di Tanah Melayu. Pakatan iini tidak bersetuju kerana British secara sulit telah mengadakan rundingan dengan Lembaga 12.
• Pakatan ini juga telah menggubal perlembagaan baru yang dianggap mewakili rakyat Tanah Melayu dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat.
• Sikap toleransi antara kaum Melayu dan bukan Melayu direalisasikan dalam pakatan AMCJA-PUTERA. Perlembagaan Rakyat tidak diterima oleh pentadbiran British di Tanah Melayu kerana dianggap radikal.
• Pakatan AMCJA-PUTERA telah melancarkan hartal di seluruh Tanah Melayu pada 20 Oktober 1947 tetapi gagal mencapai matlamat kerana tidak mendapat sambutan daripada rakyat.

Kesimpulan ( 2 M )
• Masyarakat Melayu mendapat kejayaan menghapuskan rancangan MU dan memperkenalkan PTM. Mereka dapat memperjuangkan kedaulatan raja-raja
• Melayu dan hak istimewa orang-orang Melayu. PTM 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...