Isnin, 27 Jun 2011

SEJARAH MALAYSIA TEMA 4


Terangkan perkembangan pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia dan jelaskan ciri-ciri kerajaan tersebut

Pendahuluan

1. pemerintahan di Malaysia adalah berteraskan prinsip demokrasi berparlimen
2. pemerintahan kerajaan Malaysia adalah ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya selaras dengan konsep demokrasi yang bermakna kebebasan bersuara atau suara rakyat

Isi
1. Perkembangan pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia (8M)
a. amalan demokrasi telah lama wujud dalam masyarakat Melayu tradisional
b. prinsip demokrasi dapat dilihat dalam Adat Perpatih yang mengamalkan prinsip muafakat keluarga,masyarakat, daerah dan juga negeri
c. sistem demokrasi berparlimen juga diamalkan dalam pemerintahan raja berkuasa mutlak
d. semasa penjajahan British pula,Dewan Undangan Negeri yang ditubuhkan adalah adalah berkonsepkan perwakilan rakyat
e. pembentukan parlimen bermula di Malaysia dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri di Perak pada tahun 1877
f. sistem demokrasi berparlimen di Malaysia hari ini adalah berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957
g. pada 16 September 1963,Kerajaan Persekutuan Malaysia ditubuhkan dan mengandungi Tanah Melayu,Singapura,Sarawak dan Sabah

2. Ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen (12M)
a) Raja Berperlembagaan
3. ketua Negara Malaysia ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang Di Pertuan Agung
4. baginda ialah raja berpelembagaan yang tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia
5. baginda merupakan lambang perpaduan, keutuhan negara dan tumpuan taat setia rakyat

b) Ketua Negeri
6. setiap negeri mempunyai ketua dengan gelaran pelbagai;
· ketua negeri Perlis digelar raja
· ketua negeri Kedah,Perak,Selangor,Kelantan,Terengganu dan Johor digelar sultan
· Ketua Negeri Sembilan digelar, Yang Dipertuan
· Ketua Negeri Pulau Pinang,Melaka, Sabah dan Sarawak digelar Yang Dipertua Negeri

c) Perlembagaan
7. Perlembagaan Persekutuan Malaysia berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu 1957
8. perlembagaan ialah rang undang-undang dasar tertinggi yang
9. menentukan corak pemerintahan sesebuah negara
10. tujuan perlembagaan untuk menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa,menstabilkan undang-undang, memelihara kepentingan rakyat dan menentukan tanggungjawab rakyat terhadap Negara
11. setiap negeri mempunyai Perlembagaan Negeri

d) Parlimen
· kuasa tertinggi dan lambang demokrasi Negara
· badan perundangan yang menggubal rang undang-undang Persekutuan
· Malaysia
· terdiri daripada Yang Di Pertuan Agung, Dewan rakyat dan Dewan Negara
· berfungsi membuat undang-undang pertahanan,hal-ehwal luar negeri,keselamatan Negara, pendidikan, kesihatan dan kewangan

Kesimpulan
· sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Negara kita menunjukkan corak kerajaan yang dipilih mengikut kehendak rakyat.
· demokrasi berparlimen dapat menjamin hak dan kepentingan rakyat.






Huraikan perbezaan antara sistem pentadbiran kerajaan pusat dan kerajaan negeri sehingga tahun 1963

Pendahuluan (3M)
Malaysia merupakan sebuah Negara persekutuan yang terdiri daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
Kerajaan Pusat adalah lebih kuat daripada Kerajaan Negeri,namun Kerajaan Negeri juga mempunyai keistimewaan tersendiri dan tetap terpelihara identitinya
Isi - isi Penting
Kerajaan Pusat
a) YDPA
merupakan ketua di peringkat pusat
melantik Perdana Menteri daripada ahli Dewan Rakyat yang difikirkan mendapat kepercayaan dan sokongan ahli dewan itu
jemaah menteri pula akan menasihati YDPA atas semua perkara berkenaan pemerintahan,merangka dan menetapkan apa yang dibuat oleh kerajaan setelah dipersetujui oleh parlimen
jawatan YDPA dipegang lima tahun oleh setiap raja yang dipilih untuk memegang jawatan ini.Jawatan juga dipegang secara bergilir-gilir di kalangan raja Melayu dan bukannya diperturunkan mengikut keturunan

b)Perdana Menteri
dilantik oleh YDPA
merupakan penasihat kepada YDPA berkenaan pemerintahan dan harus sentiasa memberitahu YDPA apa yang perlu dilakukan oleh pemerintah
menjadi tempat menteri mengadukan masalah atau sebarang pertikaian yang timbul antara kementerian

c) Kementerian
menjalankan segala perkara yang diputuskan oleh kerajaan Persekutuan
diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh seorang pegawai setiausaha
kakitangan kerajaan akan turut membantu menjalankan kerja-kerja pentadbiran

d)Bidang kuasa
Kerajaan Persekutuan mempunyai bidang kuasa dalam hal ehwal luar negeri,keselamatan dalam negeri,kewangan,pendidikan,pertahanan keselamatan buruh dan sosial,JKR,perhubungan dan pengangkutan,perkapalan,pelayaran dan perikanan serta berkenaan orang asli


Kerajaan Negeri (10M)
a) Sultan/YDP Negeri
sultan adalah ketua di peringkat negeri,manakala negeri yang tidak mempunyai sultan diketuai oleh YDP Negeri
sultan mewarisi takhta secara turun temurun dan memerintah sepanjang hayat baginda
menjadi ketua agama islam negeri masing-masing kecuali P.Pinang dan Melaka,ketua agama Islam di negeri itu ialah YDPA
sultan tidak lagi menjadi pengerusi atau ahli majlis mesyuarat kerajaan dan tempat beliau digantikan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri

b)Menteri Besar
dilantik oleh raja daripada ahli2 DUN yang diiktiraf oleh baginda
biasanya ketua parti yang teramai pengikutnya di dalam dewan itu yang akan dipilih menjadi Menteri Besar

c)Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
ahli terdiri daripada wakil rakyat yang dipilih melalui pilihanraya
diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri
ahli Majlis yang lain akan dilantik oleh sultan atas nasihat menteri besar

d)Bidang Kuasa
kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa dalam kerajaan tempatan,perkhidmatan tempatan,undang2 islam,pertanian,perhutanan,jabatan ukur tanah,kastam tempatan dan pelabuhan

Kesimpulan (2M)
pembahagian kuasa menyebabkan tidak berlakunya pertindihan kuasa di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seterusnya memantapkan lagi pentadbiran Negara

(mana-mana yang sesuai)





Jelaskan perbezaan di antara Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Perlembagaan Malayan Union 1946

Pendahuluan
1. Selepas pendudukan Jepun, British memperkenalkan satu perlembagaan baru untuk Tanah Melayu iaitu perlembagaan Malayan Union
2. Pengenalan Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu yang tidak puas hati berkenaan pemberian kerakyatan yang terlalu longgar
3. British membentuk jawatankuasa untuk menggubal perlembagaan baru untuk memenuhi tuntutan orang melayu

Isi
Perlembagaaan Persekutuan Tanah Melayu mempunyai perbezaan dalam beberapa aspek penting berbanding Perlembagaan Malayan union iaitu:-

1. Jawatankuasa penggubal

a. Malayan Union
· Perlembagaan Malayan Union digubal oleh kerajaan British di pejabat Tanah Jajahan London, digubal semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu
· AJK The Malayan Planning Unit (MPU) dipertanggungjawabkan merangka perlembagaan Malayan Union terdiri daripada orang-orang British
· MPU tidak mendapatkan pandangan penduduk Tanah melayu semasa merangka asas dan melengkapkan perlembagaan Malayan Union
b. PTM
· Dirangka berdasarkan kecaman dan kritikan orang Melayu terhadap perlembagaan Malayan Union
· Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946
· Ahli Jawatankuasa kerja terdiri daripada 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 orang pegawai kanan British

2. Konsep Union dan Persekutuan
a. Malayan Union
· Malayan Union merupakan sebuah kerajaan yang bercorak gabungan atau Union
· Ciri utama ialah memansuhkan kewujudan kerajaan-kerajaan negeri di bawah kuasa sultan Melayu
· Negeri-negeri disatukan sebagai sebuah Union di bawah kuasa seorang Gabenor British
b. PTM
· Persekutuan Tanah Melayu mengarah kepada pembentukan kerajaan Persekutuan
· Kerajaan pusat berkuasa ke atas semua negeri dalam Persekutuan
· Kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa dalam bidang tertentu yang diiktiraf
· Kedudukan sultan terpelihara

3. Kedudukan Raja-raja Melayu

Malayan Union
· Kuasa sultan tidak dihapuskan tetapi sultan tidak mempunyai sebarang kuasa dalam kerajaan Malayan Union kerana Gabenor British berkuasa penuh
· Kuasa sultan terhad dalam bidang agama tetapi pengerusi majlis agama masih gabenor
PTM
· kedudukan sultan dalam Persekutuan Tanah Melayu dipulihkan seperti sebelum perang
· Sultan berkuasa memerintah dengan dibantu Majlis Mesyuarat Kerja dan Dewan Perundangan Negeri
· Sultan akan mengesahkan dan meluluskan mana-mana undang-undang yang gagal diluluskan Dewan Perundangan Negeri

4. Majlis-majlis mesyuarat

Malayan Union
· Gabenor akan memerintah dengan bantuan MMK dan Majlis Perundangan
· gabenor mempunyai kuasa pembatal,negeri-negeri mengekalkan MMN masing-masing yang berfungsi untuk menguruskan kerajaan tempatan
· majlis ini diletakkan di bawah kawalan terus kerajaan pusat

PTM
· kuasa pemerintahan di bawah pesuruhjaya Tinggi yang dibantu majlis Perundangan Persekutuan
· Kerajaan Persekutuan menguruskan hal berkaitan pertahanan, kehakiman,perdagangan,perhubungan awam
· Sultan berkuasa memerintah dengan bantuan MMk dan MPN di peringkat negeri
· Kerajaan negeri berkuasa ke atas kerajaan tempatan,agama, pertaniandan tanah
· Malayan Union menafikan tuntutan pengagihan kuasa yang diperjuangkan semenjak tahun 1920-an, sebaliknya kerajaan persekutuan menjelaskan dan menyempurnakan beberapa aspek pengagihan kuasa.

5. Taraf Tanah Melayu

Malayan Union
- Perlembagaan MU menukarkan status negeri-negeri Melayu daripada tanah naungan kepada Tanah Jajahan
Sultan-sultan kehilangan kedaulatan kepada mahkota British yang diwakili oleh gabenor yang mentadbir dan memerintah MU

PTM
· negeri-negeri Melayu adalah dianggap negeri naungan
· kerajaan negeri dan sultan diberi kembali kuasa dalam bidang tersebutseperti agama dan tanah
· percubaan British dalam usaha desentralisasi dahulu kini berjaya dan menamatkan pentadbiran yang berbeza-beza antara negeri-negeri di Tanah Melayu

6. Kewarganegaraan

Malayan Union
· mencadangkan pemberian kerakyatan yang amat liberal kepada orang bukan Melayu
· prinsip jus soli ( hak kewarganegaraan yang sama rata bagi semua orang tanpa mengira bangsa atau keturunan)
· hak dan kedudukan orang melayu akan berakhir
· mendapat tentangan hebat orang melayu. Malayan Union berjalan hanya daripada 1 April 1946-1 Januari 1948 sahaja

Persekutuan Tanah Melayu
soal kewarganegaraan diberi perhatian mendalam, syarat-syarat telah diperketatkan
mereka yang ingin memohon kerakyatan juga mesti memenuhi syarat yang ditentukan
hak dan kedudukan orang melayu terpelihara

Kesimpulan

penghapusan Malayan Union dan penubuhan Persekutuan Tanah melayu 1948 merupakan kejayaan perjuangan UMNO yang unggul







Bincangkan peranan Yang Dipertuan Agong dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan sehingga tahun 1963

Pendahuluan

1. Jawatan Yang di-Pertuan Agung diwujudkan selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957
2. YDPA lambang kedaulatan dan ketinggian kuasa Negara
3. Baginda ketua Negara yang ditaati rakyat tanpa mengira bangsa dan agama
4. Jawatan dipegang selama lima tahun secara bergilir-gilir setelah dipilih oleh Majlis Raja-raja mengikut peraturan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.

Isi – isi penting.

1. YDPA merupakan Ketua Angkatan Tentera Malaysia yang berkuasa tentang hukuman dan pemgampunan yang dijalankan di dalam mahkamah Tentera, wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

2. YDPA lambang kedaulatan dan perpaduan rakyat Malaysia.

3. Menjadi ketua agama Islam bagi negeri-negeri tidak beraja seperti Pulau Pinang, Sabah, Sarawak. Wilayah persekutuan dan negeri baginda sendiri

4. Kuasa mengiktiraf undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Baginda mesti mengiktiraf undang-undang baru yang telah diluluskan parlimen dalam tempoh 30 hari selepas mendapat kelulusan parlimen. Sekiranya baginda tidak bersetuju dengan rang undang-undang yang diluluskan parlimen, baginda boleh merujuknya kepada parlimen untuk dibincangkan semula.

5. Melantik Perdana Menteri, hakim dan jemaah menteri.

6. Bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa masyarakat melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

7. YDPA berkuasa memanggil, menangguh dan membubarkan parlimen. Baginda boleh memberi ucapan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

8. YDPA bertanggungjawab mentauliahkan duta-duta ke luar Negara dan menerima tauliah duta-duta asing. Bertanggungjawab menyambut tetamu luar negarayang setaraf dengan baginda seperti Ratu England atau Maharaja Akihito.

9. YDPA menganugerahkan pingat penghormatan kepada orang yang telah berjaya atau banyak berjasa kepada Negara.

10. YDPA bertanggungjawab mengistiharkan perintah darurat untuk keselamatan rakyat atas nasihat Perdana Menteri.

Kesimpulan(2m)

1. YDPA ketua Negara berperanan dan bertanggungjawab di dalam dan luar Negara.

2. Namun dalam menjalankan kuasa eksekutif, baginda perlu mendapat nasihat Perdana Menteri atau cabinet sepeerti melucutkan jawatan dan melantik hakim,, jemaah menteri,peguam Negara, ketua polis Negara dan pengerusi suruhanjaya




Terangkan peranan Suruhanjaya Pilihanraya dalam mengendalikan proses pilihanraya di Malaysia

Pendahuluan (3M)

1. pilihanraya merupakan salah satu ciri penting dalam amalan Negara demokrasi berparlimen
2. Di Malaysia,pilihanraya diadakan 5 tahun sekali bagi memilih calon yang layak untuk memegang jawatan dalam pentadbiran
3. Suruhanjaya Pilihanraya merupakan badan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan proses pilihanraya di Malaysia

Isi(20M)

1. Mengendalikan pilihanraya umum dan pilihanraya kecil
a. pilihanraya umum dijalankan untuk memilih ahli dewan rakyat dan DUN
b. pilihanraya boleh diadakan serentak atau secara berasingan,di semenanjung biasanya dijalankan serentak,manakala di Sabah dan Sarawak pula berasingan
c. pilihanraya kecil akan dilaksanakan apabila berlaku kekosongan di luar musim seperti jika berlakunya kematian,perletakan atau perlucutan jawatan untuk satu-satu kawasan parlimen atau DUN.Pilihanraya akan diadakan dalam tempoh 60 hari di semenanjung,manakala di Sabah dan Sarawak dalam tempoh 90 hari kekosongan

2. Menyemak dan Mendaftar pemilih
a. menentukan kelayakan umur pengundi
b. menentukan pusat pengundi
c. menyediakan senarai semakan pengundi

3. Menyemak dan mendaftar kawasan pilihanraya
semakan dibuat mengikut persempadanan pilihanraya samada untuk parlimen atau negeri.Bagi kawasan parlimen,jumlah kawasan pilihanraya berubah mengikut keputusan semasa,manakala bagi negeri pula,bilangan ahli DUN yang mewakili kawasan mereka tidak sama antara satu negeri dengan negeri yang lain

4. Menentukan kelayakan calon dalam perkara 119 perlembagaan persekutuan
calon mestilah warganegara berumur 21 tahun ke atas
bermastautin tetap di Malaysia
sempurna akal
tidak muflis
tidak memegang jawatan kerajaan
tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah

5. Menggubal peraturan-peraturan pilihanraya
di antara peraturan yang ditetapkan seperti sebelum hari mengundi calon-calon yang bertanding dibenarkan untuk berkempen.Tempoh berkempen berbeza antara satu pilihanraya dengan pilihanray yang lain
selepas pengundian dan pengiraan undi selesai,parti2 yang menang diarah membentuk kerajaan samada di peringkat pusat atau negeri


Kesimpulan

Suruhanjaya pilihanraya merupakan sebuah badan bebas yang bertanggungjawab untuk mengendalikan pilihanraya di Malaysia dengan telus dan amanah










British secara beransur-ansur mengubah sistem ekonomi tradisioanal kepada kegiatan ekonomi moden. Berdasarkan penyataan ini, terangkan faktor-faktor yang membawa kepada perubahan ekonomi moden itu dan huraikan kesan-kesannya sebelum merdeka

Pengenalan (3M)
1. Sistem ekonomi tradisional bercorak sara diri merupakan ekonomi di Tanah Melayu sebelum campur tangan British
2. Pengenalan sistem residen menjelang akhir abad ke 19 telah membawa perubahan dalam bidang ekonomi.
3. British mengubah sistem ekonomi tradisional kepada ekonomi moden

Isi (20M)
1. Faktor – faktor.
Keamanan yang telah berjaya dipulihkan telah mewujudkan satu suasana ekonomi Tanah Melayu yang berkembang pesat

British membawa masuk pelaburan asing untuk dilaburkan dalam sektor perlombongan dan peladangan bagi tujuan eksport

Revolusi Perindustrian – keperluan untk mendapatkan bahan mentah oleh negara perindustrian di barat

Penggunaan kapal wap – mengurangkan masa pelayaran

Pembukaan Terusan Suez – memendekkan masa dan jarak pelayaran

Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah mendorong kuasa-kuasa barat terutama British memberi tumpuan kepada Tanah Melayu

Sultan dan para pembesar bersedia menerima pengaruh dan teknologi luar

Kemasukan tenaga buruh secara besar-besaran terutamanya dari negara China dan India untuk bekerja di sektor perlombongan dan peladangan

2. Kesan :

a. Jalan raya dan jalan keretapi dibina untuk menghubungkan ladang getah dan lombong bijih timah dengan kawasan pelabuhan supaya bahan mentah dapat diangkut keluar dengan mudah

b. Kemudahan bekalan air dan elektrik disediakan dengan sebahagian besarnya tertumpu ke kawasan yang hampir dengan pusat perusahaan

c. Pembangunan infrastruktur yang terbatas pada kawasan yang terdapat kedua-dua komoditi menyebabkan wujud pembangunan ekonomi yang tidak seimbang antara negeri dengan wilayah
d. Sebahagian besar kekayaan dikuasai oleh para pemodal British dan kaum bukan Melayu

e. British membiarkan orang melayu terus kekal dalam kegiatan ekonomi tradisional

f. Dasar pentadbiran British yang berasaskan amalan pecah dan perintah telah menwujudkan pengasingan penempatan bagi ketiga-tiga kaum

g. Kewujudan masyarakat majmuk dan kepelbagaaian budaya di Tanah Melayu

h. Perbezaan fungsi ekonomi

i. Jurang kemiskinan yang luas

Kesimpulan (2M)

Selepas merdeka kerajaan menggubal pelbagai dasar bertujuan memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang di samping membentuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum





Sejarah perkembangan getah di Tanah Melayu tidak secara berterusan mengalami zaman mewah tetapi juga menempuh zaman kesukaran dan kemelesetan. Terangkan kesan-kesan kemelesetan ekonomi dunia pada sekitar tahun 1921 dan 1932 terhadap perusahaan getah di Tanah Melayu.

Pengenalan
Dasar dan perhatian pentadbiran British di Tanah Melayu lebih tertumpu kepada perkembangan ekonomi moden yang membawa keuntungan besar kepada mereka
Selain bijih timah, penumpuan diberikan kepada perusahaan getah
Ketidak pelbagaian ekonomi yang ada menyebabkan apabila kemelesetan ekonomi melanda dunia sekitar tahun 1921 dan 1932, ekonomi Tanah Melayu terjejas teruk


Isi
Selepas tahun 1920 harga getah tidak begitu stabil dan sentiasa berlaku naik turun
Stok simpanan yang berlebihan dan harga yang merosot menyebabkan kerajaan British merangka skim sekatan :

1. Rancangan Sekatan Getah Stevenson 1922
mengenakan sekatan kepada pengeluaran getah
tujuannya untuk meningkatkan harga dan menstabilkan harga pada 54 sen sepaun dengan mengenakan kuota sebanyak 60% daripada jumlah pengeluaran pada tahun 1920
Pengeluaran dikawal dengan mengurangkan hari menoreh dan pengenalan sistem kupon bagi menentukan jumlah jualan getah oleh pekebun kecil
Rancangan sekatan ini tidak berjaya kerana tidak disertai oleh negara pengeluar terbesar lain iaitu Hindia Timur Belanda (Indonesia)
Pengeluaran Indonesia yang bertambah merugikan perusahaan peladangan getah di Tanah Melayu
Akibat kegagalan usaha ini Rancangan Sekatan Stevenson dibatalkan pada tahun 1928

2. Rancangan Cuti Menoreh Mei 1930
Gagal kerana pekebun kecil masih meneruskan kerja-kerja menoreh.
Bilangan pekerja di lading-ladang getah dikurangkan dan upah mereka yang tidak diberhentikan juga diturunkan

3. Peraturan Getah Antarabangsa 1934
memperkenalkan kuota eksport bagi setiap negara anggota dan menghalang negara anggota menambahkan keluasan tanah yang sedia ada untuk tanaman getah
sepanjang tempoh sekatan itu harga getah bertambah baik dan meningkat dari 20 sen sepaun pada tahun 1935 kepada 43 sen sepaun pada tahun 1937
kejayaan ini dicapai kerana hampir semua negara anggota mematuhi peraturan yang ditetapkan
menjelang tahun 1937 beberapa buah syarikat getah mula memperoleh keuntungan semula


Kesimpulan

Selepas Perang Dunia Ke 2 dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu,harapan untuk memulihkan harga getah dalam tempoh masa yang singkat terus musnah
Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan menjadi satu ancaman baru kepada perusahaan getah








Sejauh manakah kemajuan dalam sistem pengangkutan di Tanah Melayu didorong oleh perusahaan bijih timah dan getah.

Pengenalan
1. sebelum British campur tangan di Tanah Melayu, sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu hampir tidak wujud
2. Kaedah perhubungan biasa ialah melalui sungai-sungai, jalan-jalan kecil dalam hutan dan juga lorong-lorong kecil yang dijadikan laluan kereta lembu

Isi
1. Perusahaan bijih timah dan getah (6M)
a. Jalan keretapi dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan dengan perlombongan
b. Jalan keretapi pertama dibina menghubungkan Taiping-Port Weld, K Lumpur – Rawang, Seremban – Port Dickson
c. Jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan bijih timah dan getah ke pelabuhan
d. Jalan raya utama menghubungkan K Lumpur – Kuantan (1899)
e. Kemajuan dalam kegiatan perlombongan menyebabkan lebih banyak jalan raya dibina.
f. Contohnya tahun 1880 an, Perak dan Selangor memperuntukkan hampir 50 % daripada keseluruhan belanjawan negeri untuk memajukan sistem perhubungan.

2. Faktor-faktor lain (14M)
a. melicinkan pentadbiran
b. menghubungkan ibu negeri dengan ibu negeri yang lain. Contohnya pembinaan jalan raya dari Johor Bahru di selatan ke sempadan Negara Thai di utara.
c. pertumbuhan bandar
d. motokar mula diperkenalkan di Tanah Melayu (1902)
e. mengangkut hasil-hasil pertanian dan perlombongan yang lain
f. memudahkan bahan makanan dan peralatan melombong dibawa masuk
g. jarak dan masa perjalanan juga dapat disingkatkan. Contohnya sebelum jalan keretapi dibina, perjalanan dari Klang ke Kuala Lumpur mengambil masa tiga hari berbanding hanya 95 minit sahaja selepas perkhidmatan keretapi diperkenalkan.

Kesimpulan (2M)
1. selain perkembangan bijih timah dan getah, terdapat faktor-faktor lain yang mendorong kemajuan sistem pengangkutan di Tanah Melayu
2. Kemajuan dalam sistem pengangkutan telah membawa kepada kepesatan ekonomi diTanah Melayu yang hanya menguntungkan pihak British.


Sistem pendidikan yang diamalkan pada masa kini telah mengalami banyak perubahan. Bincangkan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia sejak dari zaman penjajahan hingga kini.

Pengenalan (3M)

 
Pada umumnya, terdapat 5 jenis pendidikan zaman penjajahan British iaitu sekolah Melayu, Inggeris, Cina, dan India serta sekolah agama.
Semasa pendudukan Jepun, ‘sistem penjepunan’ telah cuba diterapkan dalam diri setiap rakyat Tanah Melayu
Selepas merdeka, kerajaan telah berusaha mewujudkan satu dasar pendidikan yang menjadi asas kepada pembentukan bangsa yang bersatu padu.
Isi (20M)
1. Sistem pendidikan semasa penjajahan British
Terbahagi kepada dua corak iaitu sekolah agama dan sekolah vernakular
a) Sekolah agama madrasah
pembukaan sekolah Inggeris dianggap sebagai ancaman kepada agama Islam dan budaya Melayu
Tokoh-tokoh dari Kaum Muda mempelopori pembukaan sekolah ini untuk bersaing dgn sekolah Inggeris dan vernakular Melayu
Mempunyai susunan dan organisasi lebih bersistematik berbanding sekolah pondok
Penubuhan sekolah berlaku dgn pesat antara 1920 hingga 1940. Contoh. Madrasah Al Hadi Taib, Muar (1920), Al-Ma’hadil Mahmud, Kedah (1933), Al-Manshor, P. Pinang (1939).

b) Sekolah Vernakular (Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil)
Sekolah Melayu
Kurikulum- Bahasa Melayu (Jawi), Matematik Asas, Ilmu Kesihatan, Ilmu Alam, berkebun sebelah pagi manakala sebelah petang mempelajari Bahasa Arab dan al Quran
Memberi pelajaran minimum (membaca, menulis dan mengira)
Untuk melahirkan masyarakat petani lebih baik drpd ibu bapa mereka
Contoh. Sek.Mel.Gelugur (1821), Sek.Mel.Bayan Lepas P.Pinang(1855); 2 buah di Singapura iaitu di Kg. Gelam dan Teluk Belanga(1856);dan 9 di Melaka(1858-1863)
Sekolah Cina
Kurikulum mengikut negara China.
Guru-guru, buku teks, kurikulum dan bahasa perantaraan kesemuanya dari China
Peringkat awal diusahakan secara persendirian dan dibiayai sendiri. Mulai 1901 menerima bantuan kewangan drpd kerajaan China
Mula mndapat perhatian pihak Inggeris pada 1920 (mewajibkan sekolah vernakular Cina didaftarkan) dan diberi pembiayaan mulai 1923.
Terdapat 3 peringkat: rendah(6 thn), menengah (3 thn) dan peringkat atas(3 thn)
Sekolah Tamil
Kurikulum asas kemahiran membaca, menulis dan mengira
Buku dan sukatan pelajaran serta bahasa pengantar dibawa dari India
Terbatas setakat sekolah rendah sahaja dan memakan masa 6 tahun iaitu, tahun asas selama setahun dan diikuti darjah satu hingga darjah lima
Kebanyakkan dibuka di ladang getah dan selepas 1920-an berlaku pertambahan pesat bilangan sekolah Tamil (1925-235 buah sekolah)
1930-seorang Nazir Sekolah dilantik bagi menyelia dan mengawasi sekolah Tamil.
Sekolah Inggeris
Kurikulum condong kepada negara England
Hanya terhad kpd golongan tertentu sahaja (85% penuntutnya kaum Cina dan golongan Melayu pula dari golongan atasan)
Terdapat 2 tahap – rendah dan menengah.
2. Sistem pendidikan semasa pendudukan Jepun (4M)
mata pelajaran matematik dan teknikal
tanam semangat cinta akan negara dan pemerintah
sistem penjepunan – menjepunkan orang Melayu
3. Sistem pendidikan selepas merdeka (6M)
matlamatnya untuk memupuk semangat perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum
sistem pendidikan kebangsaan yang seragam
Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, J/Kuasa Penyemak Pelajaran 1962(Abdul Rahman Talib)
Akta Pendidikan 1961


Kesimpulan


Selepas merdeka, usaha-usaha terus dilakukan untuk mengemas kini dan memperbaiki sistem pendidikan tinggalan penjajah.
Kepentingan dasar pendidikan yang bersepadu tidak dapat dinafikan menyumbangkan kepada usaha ke arah menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan membentuk identiti kebangsaan.





. Galurkan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha untuk menyusun semula sistem pendidikan sejak merdeka sehingga tahun 1970an.

Pengenalan


Semasa penjajahan British, sistem pendidikan bercorak vernakular telah diwujudkan
Selepas Perang Dunia Ke 2, kerajaan British telah berusaha untuk membina semula sistem pendidikan di Tanah Melayu dan beberapa j/kuasa telah dibentuk.
Sistem pendidikan yang digubal selepas merdeka bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Isi (20M)

1. Penyata Razak 1956

Cadangan:
sekolah rendah dibahagikan kpd 2 jenis iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sbg. bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsan menggunakan bahasa Cina dan Tamil sbg. bahasa pengantar.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa yang wajib dipelajari di kedua-dua sekolah itu.
Murid-murid keturunan Cina dan India dibenarkan mempelajari bahasa ibunda masing-masing jika terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar
Satu jenis sekolah menengah kebangsaan diwujudkan dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib dipelajari.
Penyata Razak diluluskan pada April 1957 sebagai Ordinan Pelajaran 1957

2. Penyata Rahman Talib 1960
· Penyata Razak disemak semula pada 1957 dan dipengerusikan oleh Abd.Rahman Hj.Talib (Menteri Pelajaran)
· J/kuasa berpuas hati Penyata Razak dan membuat beberapa syor/cadangan
Cadangan:
Pelajaran rendah percuma selama sembilan tahun
Kenaikan darjah secara automtik, iaitu dari darjah 1 sehingga tingkatan 3
Peperiksaan penilaian sekolah rendah
Peluasan pelajaran teknik dan vokasional
Peralihan bahasa pengantar

3. Akta Pelajaran 1961
· Syor Rahman Talib digubal menjadi Akta Pelajaran 1961
Cadangan:
Satu kurikulum yang sama untuk semua sekolah
Bahasa melayu digunakan sepenuhnya di semua peringkat pengajian
Kanak-kanak perlu mendapat pendidikan wajib di sekolah sehingga berumur 15 tahun

4. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
Cadangan:
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama
Kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.
Menyediakan peluang pendidikan asas selama 9 tahun di samping meluaskan pendidikan teknik dan vokasional
Memperkenalkan pendidikan rendah mengikut KBSR yang berasaskan 3M
Mempelbagaikan kemudahan pendidikan di peringkat universiti serta menggalakkkan kegiatan ko kurikulum

Kesimpulan.


Usaha awal kerajaan selepas merdeka merupakan satu cabaran yang besar untuk menyusun semula sistem pendidikan agar bercorak Tanah Melayu.
Sistem pendidikan kebangsaan kini berasaskan pelbagai cadangan dan laporan beberapa jawatankuasa pendidikan yang ditubuhkan khas untuk mengkaji sistem persekolahan di Tanah Melayu













Bincangkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh Kerajaan Malaysia

Pengenalan (3 markah))

·         Kerajaan demokrasi bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan dengan mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil-wakil terpilih
·         Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen sejak tahun 1957 selepas mencapai kemerdekaan.
·         Amalan demokrasi ini dilakukan melalui pilihan raya bagi memilih wakil-wakil dalam badan perundangan yang kemudiannya berperanan untuk membentuk kerajaan dan menjalankan pemerintahan
·         Parlimen mempunyai kuasa menjalankan pemerintahan melalui undang-undang yang digubal.

Isi Penting (20 markah)

·         Parlimen Malaysia terdiri dari tiga komponen iaitu Yang Di Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kuasa parlimen diperuntukkan melalui Perlembagaan Negara.
·         Fungsi utama parlimen ialah menggubal undang-undang. Parlimen juga merupakan badan penggubal undang-undang meminda atau membatalkan undang-undang tertinggi di Malaysia. Setiap undang-undang mesti diluluskan oleh ketiga-tiga komponen Parlimen.
·         Parlimen juga bertanggungjawab mengawal kuasa eksekutif supaya tidak disalahgunakan. Parlimen menentukan kadar cukai dan mengawal kelulusan anggaran belanjawan negara.
·         Parlimen akan bersidang apabila dibuka oleh Yang di Pertuan Agong. Baginda akan memberi titah ucapan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ucapan baginda akan dibahaskan di Parlimen selama beberapa hari. Ianya disebut sebagai perbahasan usul terima kasih. Yang di Pertuan Agong juga berkuasa menangguhkan sidang Parlimen dan membubarkan dewan.
·         Rakyat merupakan salah satu dari tiga komponen Parlimen – Fungsi Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang Malaysia, mengenakan cukai dan mengawal badan eksekutif melalui kelulusan anggaran belanjawan. negara. Dewan rakyat juga menyediakan satu forum di mana dasar-dasar kerajaan boleh dipersoalkan dan diperdebatkan.
·         Dewan rakyat terdiri dari ahli yang dipilih melalui pilihanraya. Umur minimum bagi pengundi dan ahli Dewan Rakyat ialah 21 tahun. Setiap ahli Dewan Rakyat akan memegang jawatan selama 1 penggal iaitu 5 tahun. Dewan Rakyat diketuai oleh Yang di Pertuan Agong. Speaker Dewan Rakyat mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat serta menentukan tatatertib dan peraturan dewan rakyat. Speaker Dewan dibantu oleh dua timbalan speaker yang dilantik di kalangan ahli Dewan Rakyat. Dewan Rakyat mempunyai seorang Setiausaha yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong.
·         Dewan Negara merupakan salah satu dari tiga komponen Parlimen Malaysia. 69 ahli Dewan Negara dilantik dan dikenali sebagai senator. 43 ahli dilantik oleh Yang di Pertuan Agong dan 26 lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dan 13 buah negeri. Ahli terdiri daripada warganegara Malaysia yang berbakti dengan cemerlang atau mencapai taraf tinggi dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kebudayaan atau mewakili kaum minoriti.
·         Setiap ahli Dewan Negara berumur 30 tahun ke atas memegang jawatan selama 3 tahun bagi satu penggal dan boleh dilantik semula untuk penggal kedua. Yang di Pertuan Dewan dan timbalannya dilantik di kalangan anggota. Manakala Setiausaha Dewan dilantik Yang di Pertuan Agong.
·         Peranan Dewan Negara ialah membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat secara lebih mendalam dan teliti tetapi tidak boleh membatalkannya. Dewan Negara hanya boleh melambatkan kelulusan rang undang-undang tersebut selama 1 bulan bagi rang udang-undang kewangan dan setahun bagi rang undang-undang lain.
·         Yang di Pertuan Agong juga merupakan komponen parlimen. Jawatan ini diwujudkan sejak tahun 1957. baginda merupakan Ketua Negara. baginda menjadi lambang kedaulatan dan taat setia seluruh rakyat. Baginda dilantik di kalangan Raja-raja Melayu. Memegang jawatan selama 5 tahun secara bergilir-gilir. Baginda memiliki kuasa eksekutif tertinggi seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Kuasa eksekutif dijalankan oleh Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri.
·         Antara tugas Yang di Pertuan Agong ialah:
1.       Pemerintah tertinggi angkatan tentera Malaysia.
2.       mempunyai kuasa memberi pengampunan bagi setiap hukuman.
3.       memberi tauliah kepada duta-duta negara yang akan dihantar bertugas di luar negara dan menerima tauliah duta asing.
4.       pemerintah tertinggi angkatan tentera.
5.       ketua agama negeri yang tidak bersultan semua raja-raja 9 buah negeri yang layak.

·         Menjadi Yang di Pertuan Agong kecuali baginda menolak pencalonan, uzur, tidak waras dan belum cukup umur. Yang di Pertuan Agong dilantik oleh Majlis Raja-Raja dan diuruskan oleh penyimpan mohor besar Majlis Raja-raja. Yang di Pertuan Agong tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah. Baginda tertakluk kepada beberapa larangan tertentu seperti tidak boleh memegang jawatan bergaji, terlibat secara aktif dalam perniagaan. baginda berkuasa bertindak ikut kuasa budi bicara seperti melantik Perdana Menteri, membubar atau menangguhkan sidang parlimen atau memanggil Persidangan Majlis Raja untuk membincangkan tentang kedudukan raja-raja Malaysia.


Kesimpulan (2 markah)
·         Parlimen Malaysia mempunyai 3 komponen iaitu Yang di Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
·         Kuasa ketiga-tiga komponen tadi diputuskan melalui perlembagaan Malaysia.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...