Khamis, 30 Jun 2011

SEJARAH MALAYSIA TEMA 1 Pengaruh Hukum Kanun Melaka

Sejauh manakah pengaruh Hukum Kanun Melaka ke atas undang-undang yang terdapat di negeri-negeri Melayu yang lain.

PENDAHULUAN.

1. Undang-undang terbahagi kepada dua iaitu undang-undang bertulis dan tidak bertulis.
2. Undang-undang bertulis yang diamalkan di negeri-negeri Melayu berasaskan Hukum Kanun Melaka tetapi menggunakan nama yang berbeza-beza di setiap negeri.
3. Contoh Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Kedah, manakala Undang-undang Laut dan Undang-undang 99 Perak tidak dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka.

ISI
1) Undang-undang Melaka.

Terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Darat / Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada zaman pemerintah Sultan Muzaffar Shah dan dilengkapkan zaman Sultan Mahmud Shah.

Disusun secara sistematik dan mempunyai 44 bab yang meliputi perkara mengenai raja, tugas pembesar dan peraturan rasmi di istana – memudahkan pentadbiran. Ini termasuklah segala keistimewaan yang dimiliki oleh raja seperti penggunaan bahasa istana, pakaian kuning dll.

Mengandungi pelbagai bentuk hukuman kepada penderhaka dan pencuri, contoh: hukuman mati dikenakan kepada sesiapa yang mengingkari perintah sultan dan membunuh tanpa kebenaran sultan – untuk menjamin keamanan Melaka.

Sultan mesti mempunyai pembantu untuk melaksanakan tugas kerajaan sultan contohnya Penghulu Bendahari sebagai pengutip cukai di pelabuhan, Temenggung menangkap pesalah dan mendirikan penjara.

Menjadikan hukum syarak sebagai panduan – semua bentuk peraturan berdasarkan ajaran Islam – selari dengan taraf Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam yang utama di nusantara.

Hukuman sivil dan jenayah turut dimuatkan dalam undang-undang, contoh sivil : menyentuh perkara-perkara berkaitan hutang, harta, sewa tanah dan hamba. Contoh jenayah: merujuk terhadap kesalahan jenayah – mencuri, merompak dll.

Hukuman lebih berat dikenakan jika kesalahan dilakukan ke atas seseorang yang berpangkat tinggi daripada pelakunya.

Penghakiman dilaksanakan oleh sultan dan pembesar negeri.

Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.
Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal.

2) Undang-undang Kedah
Dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka.
Undang-undang Kedah yang dipengaruhi Hukum Kanun Melaka seperti Undang-undang Seri Paduka Tuan yang berkaitan peraturan pertanian dan ternakan serta bidang tugas ketua kampong.
Hukum Kanun Dato’ Kota Star berkaitan dengan bidang tugas raja dan pembesar.
Adat istiadat, alat kebesaran dan ufti.

3) Undang-undang Pahang
Undang-undang ini disusun berpandukan Hukum Kanun Melaka dan disesuaikan dengan pengaruh Islam.
Antaranya ialah Adat Lembaga yang merangkumi bidang tugas dan tanggungjawab pembesar dan rakyat. Contoh: Hulubalang mempertahankan dan melindungi raja dan negeri daripada musuh.
Undang-undang Jenayah- menetapkan 360 seksaan bagi kesalahan menderhaka.
Undang-undang awam berkaitan dengan tanah dan perumahan.

3) Undang-undang Johor
Undang-undang Johor merupakan warisan daripada Hukum Kanun Melaka dan telah disesuaikan dengan adat dari Riau dan Undang-undang Islam.
Undang-undang ini berkaitan dengan bidang tugas raja, pembesar dan tanggungjawab rakyat untuk mentaati pemerintah.

4) Undang-undang 99 Perak.
Berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad ke 17.
Undang-undang ini unik kerana ditulis dalam bentuk soal jawab.
Meliputi 99 perkara yang mengandungi tugas-tugas sultan, pembesar dan penghulu.
Cara dan syarat melantik pegawai negeri – seorang kadi mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam. Seorang pegawai kerajaan berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki individu itu.
Hukuman mengenai dakwaan penduduk dan hukum jenayah.
Mengutamakan perikemanusian dan bertimbang rasa, contoh : perwarisan harta, menetapkan hak dan harta warisan anak.
Menggariskan hubungan antara pemerintah dengan pembesar serta golongan pemerintah dengan yang diperintah.

5) Undang-undang Laut Melaka
a. Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.
b. Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal.

KESIMPULAN.

1. Kedatangan Barat telah mengubah sistem perundangan di Tanah Melayu.
2. Pihak British telah memperkenalkan sistem perundangan Barat bagi menggantikan sistem perundangan tradisional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...