Rabu, 13 Julai 2011

SET 1 SOALAN SEJARAH 2 STPM 2011


1.       Jelaskan perubahan peranan raja atau sultan sebelum dan semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu.
Pengenalan
Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan  peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis.Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial.Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu.
Isi -isi
A.            Peranan sultan sebelum penjajahan British
i.                        Politik
a.       Sultan sebagai ketua kerajaan
-          Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah  sultan kerana  dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah
b.              Peranan sultan melantik pembesar

-          Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri iaitu dalam kalangan putera-putera baginda.  
c.             Sultan menentukan hubungan diplomatic

-          Sebagai ketua negara, sultan bertanggungjawab mengetuai rundingan dengan ketua-ketua negara asing. Sebarang  tindakan hal ehwal luar tidak sah jika dilakukan oleh pembesar tanpa kehadiran sultan. Semua perjanjian atau persetiaan dengan pihak luar tidak sah tanpa pengesahan sultan. Persetiaan dengan pihak luar perlu ditandatangani oleh 12 orang atau lebih pembesar serta ditandatangani oleh sultan
d.      Sultan berperanan sebagai ketua tentera.

-          Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan mengetuai angkatan tentera mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain.
ii.                  Ekonomi

-          Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang  lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) dari Kelang daripada Raja Mahdi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di Muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.  

-          Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem  kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contoh di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.
iii.                    Sosial

-          Sultan merupakan lambang perpaduan, dan simbol penyatuan negara dan rakyat. Seseorang sultan sangat memerlukan sokongan dan kesetiaan rakyatnya bagi membolehkannya memerintah dengan berkesan.  Kewibawaan seseorang sultan bergantung kepada kemakmuran hidup rakyatnya. Bagi mewujudkan kesetiaan rakyat terhadap sultan maka seseorang sultan itu dilambangkan dengan kuasa sakti dan mempunyai darah putih. Hak ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.
-          Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya. Lantaran  itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu
B.           Perubahan peranan sultan akibat penjajahan

-          Selepas campur tangan British, British telah memperkenalkan sistem Residen. Di bawah sistem Residen, Residen merupakan kuasa yang tertinggi dalam pemerintahan di negeri-negeri Melayu. British memperkenalkan pentadbiran berbentuk birokrasi, iaitu ditadbir oleh sekumpulan pegawai. Sultan telah kehilangan kuasa mentadbir yang dinikmati sebelum ini.
-          Sultan kehilangan kuasa mutlak. British memperkenalkan sistem perundangan baru. Baginda tidak lagi berkuasa menjatuhkan hukuman. British memperkenalkan sistem perundangan yang lebih teratur dengan melantik hakim-hakim untuk melaksanakan sistem kehakiman.
-          Majlis Sultan diganti dengan Majlis Negeri. Walaupun sultan menjadi Residen Majlis Negeri tetapi semua keputusan Majlis Negeri dibuat oleh residen. Sultan kehilangan kuasa sebagai ketua pentadbir. Walaupun sultan masih menjadi ketua negara, namun kuasa mentadbir berada di tangan residen.
-          Sultan kehilangan kekuasaan terhadap ekonomi kepada Residen British. Urusan percukaian, import-eksport tidak lagi berada di bawah kekuasaan sultan tetapi di tangan British.British secara beransur-ansur memperkembangkan ekonomi kapitalis dan secara beransur-ansur ekonomi tradisional terhakis.
-          Pada zaman penjajahan British sultan juga tidak dibenarkan mempunyai tentera sendiri. Pentadbir  British telah membentuk pasukan polis dan askarnya sendiri.  Hal ini bermakna bidang keselamatan terlepas daripada kekuasaan sultan. Sultan hanya memainkan peranan dalam upacara kerajaan negeri sahaja.
-          Pengenalan Persekutuan pada tahun 1896 menyebabkan sultan kehilangan kuasa. Kuasa berpusat di tangan Residen Jeneral. Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam soal agama dan adat istiadat orang Melayu sahaja. Kekuasaan sultan semakin tergugat apabila British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Walaupun kuasa sultan dipulihkan semula dengan pengenalan Persekutuan 1948 tetapi kuasa sebenar masih di tangan British.   
Kesimpulan
Dari perbincangan di atas adalah jelas bahawa sultan memainkan pernan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Namun kedatangan penjajah British telah merubah sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu.Peranan sultan yang lebih luas dan berwibawa sebelum kedatangan penjajah telah terhakis dengan kedatangan penjajah. Kedatangan penjajah dan penguasaannya ke atas Tanah Melayu menyebabkan pengenalan sistem pentadbiran dan perekonomian  baru yang menjadikan sultan kehilangan kuasa dan  hanya sekadar lambang kekuasaan, kuasa sebenar di tangan Residen.


2.      Bincangkan hukum adat yang diamalkan di Malaysia sebelum campur tangan British.

Pendahuluan
Sebelum campur tangan British, masyarakat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telahpun mempunyai undang-undang mereka tersendiri.Undang-undang ini dipanggil hukum adat.Hukum adat merupakan peraturan dan undang-undang yang diamalkan secara turun-temurun.Sesiapa yang melanggarnya boleh dihukum.Hukum adat ini dilaksanakan bagi menjamin hak anggota masyarakat dan memastikan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan selesa.Di Tanah Melayu terdapat dua hukum adat yang diamalkan iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih.Di Sarawak hukum adat yang diamalkan ialah Adat Dusun Tunggu manakala di Sabah pula ialah Adat Tenom, Adat Dusun dan Adat Temogun.
Isi - isi
1.      Adat Perpatih

1.1  Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal  dari Pagar Ruyung, Sumatera dan dibawa ke Tanah Melayu oleh orang Minangkabau.  Adat ini berkembang di Negeri Sembilan dan Naning pada abad ke-17.
1.2  Dari segi politik Adat Perpatih bersifat demokrasi, iaitu perlantikan pemerintah dibuat dari bawah, iaitu Anak buah memilih buapak, buapak memilih lembaga , lembaga memilih Undang  dan Undang akan melantik Yamtuan Besar (Raja). Ini bermakna Yamtuan Besar tidak mempunyai hak dalam soal perlantikan pembesar kerana perlantikan itu dibuat oleh para pembesar yang berada di hierarki yang lebih ke bawah. Selain itu keputusan yang dibuat oleh Yamtuan Besar juga adalah berdasarkan keputusan bersama dengan Undang. 
1.3  Dari segi kekeluargaan dan perkahwinan, Adat Perpatih mengamalkan hidup secara bersuku-suku, iaitu hidup secara berkeluarga dengan ahli-ahlinya terdiri daripada satu ikatan sedarah sedaging. Setiap suku mempunyai nama tersendiri seperti Biduanda, Batu Hampar, Paya Kumbuh, Mungkal, Tiga Nenek, Seri Melenggang, Seri Lemak, Batu Belang, Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka, Tiga Batu.
1.4  Dalam soal perkahwinan Adat Perpatih mengamalkan eksogami iaitu  tidak membenarkan perkahwinan sesama suku. Selepas berkahwin, si suami akan meninggalkan keluarganya kerana si isteri akan membawanya tinggal di rumah pusaka (rumah gadang) atau rumah sendiri yang dibina berhampiran rumah pusaka ibu si isteri. Jika berlaku penceraian atau si isteri meninggal dunia, maka si suami akan kembali semula kepada sukunya yang asal manakala anak-anaknya mereka bukan menjadi hak keluarga asas pasangan suami isteri tersebut tetapi hak rumpun ibunya.
1.5  Adat Perpatih juga bersifat matriarchal/matrilineal, iaitu mengutamakan kedudukan wanita. Wanita dianggap sebagai pengasas suku.Harta pusaka turun-temurun adalah kepunyaan suku.Pewarisan harta diberatkan di sebelah ibu dan anak perempuan menjadi asas wujudnya suku dan ini menjadikan wanita kaya dan berkuasa. Si suami tidak berhak ke atas harta pusaka.
1.6  Dari segi undang-undang jenayah, hukuman dalam Adat Perpatih bersifat pemulihan, berperikemanusiaan dan bertimbangrasa. Orang yang membuat kesalahan akan didenda berdasarkan kesalahannya dan mangsa diberi ganti rugi. Contohnya jika seseorang dari suku itu dicederakan, dia akan diberi ganti rugi dalam bentuk ayam atau kambing sebagai ganti darah yang mengalir, besar atau kecil binatang itu bergantung kepada besar atau kecil luka yang dialami. Bagi kes kecurian hukumannya ialah memulangkan semula barang yang dicuri atau dibayar ganti rugi.Bagi kesalahan membunuh, si pembunuh mesti menanggung hidup keluarga si mati.Hukuman bunuh hanya boleh dikenakan ke atas kesalahan serius seperti mendurhaka. Adat Perpatih berpegang kepada konsep  orang yang melakukan jenayah boleh mengubah perangai mereka. Pelaksana undang-undang biasanya dijalankan  oleh Buapak atau Lembaga kecuali hukuman bunuh yang hanya boleh dijatuhi oleh Yamtuan Besar     

2.       Adat Temenggung

2.1    Adat ini berasal dari Palembang, Sumatera dan diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan. Adat  ini telah diresapi oleh unsur-unsur Islam mengikut mazhab Shafie. Adat ini dipercayai dibawa ke Tanah Melayu oleh keturunan Diraja Palembang. Disebar luaskan ke seluruh Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan dan kawasan Naning di Melaka.
2.2    Dari segi politik Adat Temenggung bersifat autokrasi,iaitu kuasa terletak di tangan pemerintah atau raja. Raja atau sultan terlalu istimewa dan kuasanya diperkukuhkan dengan konsep daulat dan durhaka. Kuasa raja dikaitkan dengan kesaktian dan sesiapa yang melanggarnya terkena tulah raja. Raja mempunyai keistimewaan tertentu yang dilambangkan dengan penggunaan warna tertentu dan bahasa dalam yang hanya dikhaskan untuknya. Raja atau sultan mempunyai kuasa mutlak dan berhak melantik pembesar sama di peringkat negeri, jajahan, mukim mahupun kampung. Jawatan sultan adalah bersifat warisan iaitu putera sulungnya akan dilantik menjadi sultan jika berlaku kemangkatan sultan kecuali di Perak.
2.3    Dari segi pembahagian harta Adat Temenggung mengutamakan kaum lelaki (bersifat patriarchal) yang dianggap akan melanjutkan keturunan sesebuah keluarga. Sifat ini sejajar dengan prinsip hukum syarak yang mengiktiraf lelaki sebagai ketua keluarga.  Anak lelaki akan mewarisi harta pusaka dengan kadar 2/3 berbanding anak perempuan. Ini berdasarkan tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga berbanding anak perempuan. Jika berlaku pencerian lazimnya cara pembahagian harta suami isteri dibuat mengikut hukum syarak.  Harta yang didapati semasa perkahwinan dipanggil harta sepencarian. Bagi harta sepencarian, ia akan dibahagikan dua sama banyak kepada isteri yang  diceraikan dan jika isteri yang diceraikan tidak bekerja  si isteri hanya berhak mendapat 1/3 bahagian sahaja.
2.4    Dalam soal perkahwinan Adat Temenggung mengamalkan endogami, iaitu  membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja dengan syarat ia tidak bertentangan dengan hukum syarak.  Seseorang perempuan yang berkahwin dikehendaki tinggal bersama-sama dengan keluarga ibu bapa suaminya kerana si isteri lazimnya akan menjadi ahli keluarga si suami.
2.5    Dari segi Udang-undang Adat Temenggung bersifat menghukum atau pembalasan. Oleh itu pelaksanaan sesuatu undang-undang dibuat dengan tegas. Ia  bertujuan untuk memberi ikhtibar  kepada orang lain dan pembalasan kepada si pesalah. Contoh kesalahan membunuh akan dihukum bunuh. Dalam Adat Temenggung sultan atau pembesar yang akan menjadi pelaksana undang-undang. Pembesar boleh mengendalikan semua kesalahan kecuali yang melibatkan hukuman bunuh. Kesalahan yang melibatkan hukuman bunuh hanya dikendalikan oleh sultan.      
3.                              Hukum adat masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak
3.1  Masyarakat di Sabah dan Sarawak juga mempunyai adat yang tersendiri seperti di Tanah Melayu bagi menjamin keharmonian hidup. Masyarakat bumiputera Sarawak mengamalkan Adat Tunggu (denda dan kesalahan) dan Undang-undang Mahkamah Melayu. Hukum adat mengawal soal bertanam padi dan tempat kediaman orang Iban. Hukum adat menentukan tanah kampung halaman adalah kepunyaan bersama sesuatu kumpulan masyarakat. Semua penduduk Rumah Panjang dalam kumpulan tersebut berhak bercucuk tanam, memburu, dan mengambil hasil hutan di kawasan kampung mereka.  Antara kesalahan yang dikenakan hukuman denda ialah sesiapa yang gagal melaporkan sebarang bencana, kecemasan , tidak bekerjasama dalam sesuatu tindakan yang telah dipersetujui, dan pelawat yang memasuki rumah panjang tanpa menanggalkan parangnya.
3.2  Di peringkat kampung adat dilaksanakan oleh ketua kampung atau Majlis Orang Tua-Tua. Dalam   mengendalikan sesuatu perbicaraan biasanya  Pengeran Temenggong atau Datuk Orang Kaya yang mewakili Sultan Brunei dan  dua orang wakil suku yang akan bertindak sebagai hakim. Masyarakat Sabah mengamalkan Adat Dusun, Adat Tenom, dan Adat Timogun. Hukum adat  ini dikendalikan oleh oleh “Orang Tua”

Kesimpulan
            Hukum adat memainkan peranan penting dalam mengekalkan peraturan hidup.Ia menjamin keharmonian dalam masyarakat, menentukan hak dan mengawal tingkah laku individu dalam masyarakat. Namun selepas kedatangan penjajah undang-undang adat semakin dipinggirkan kerana British memperkenalkan undang-undang Barat . Undang-undang  barat mula mengantikan peranan undang-undang adat  di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Hanya bahagian-bahagian tertentu undang-undang adat dikekalkan oleh British dengan sedikit penyesuaian bagi mengambil hati penduduk tempatan dan mengelakkan penentangan daripada penduduk tempatan.



Bincangkan faktor-faktor dan tindakbalas pemimpin tempatan terhadap pembaharuan British di Pasir puteh , Kelantan pada tahun 1915.
Pengenalan
Kebangkitan menentang British di kelantan bermula sejak perlantikan seorang penasihat British pada tahun 1909 melalui perjanjian Bangkok. Penglibatan British dalam pentadbiran Kelantan telah menimbulkan perasaan tidak puashati dikalangan pemimpin  terutamanya Tok Janggut ( Hj Mat Hassan bin Munas). Peraturan –peraturan baru diperkenalkan oleh penasihat British telah menimbulkan penentangan di Pasir puteh pada 29 april 1915.
1si-1si
Faktor-faktor penentangan

1.      Pembaharuan sistem cukai

1.1  telah British memperkenalkan undang-undang hasil padi dan kelapa, menurut peraturan    ini semua pemilik tanah sawah dikehendaki memaklumkan kepada tok kweng tentang keluasan tanah, hasil dan kedudukan tanah tersebut. Setiap penjuru tanah  bersamaan 400 depa dikenakan cukai tiga kupang setahun.
1.2  Pada 1915, sistem cukai tanah yang lebih ketat telah diperkenalkan. Pihak Inggeris telah menguatkuasakan peraturan mendaftar tanah padi di kawasan pasir Puteh. Semua pemilik tanah dikehendaki membayar cukai tahunan kepada pihak Inggeris meskipun tanah tidak dikerjakan. Penduduk akan di saman atau didenda jika tidak membayar pada tempoh yang ditetapkan.
1.3  Beberapa cukai lain turut diperkenalkan seperti pokok buah-buah durian dikenakan cukai 12 ½ sen setahun, daun sirih 5 sen sejunjung, lembu dan kerbau sebanyak 20 sen seekor, pokok kelapa 3 sen sepokok,pokok pinang 1 sen, pokok kayu seperti tembusu,mendang dan kapur yang hendak ditebang sebanyak  $1.00 dan tanah 60 sen seekar.

2        Tidak puashati Engku Besar Jeram

2.1  Engku Besar Tun Ahmad adalah pembesar di Jeram sebuah jajahan kecil di Pasir Puteh. Jajahan Pasir Putih di bentuk di kelantan pada tahun 1904 atas cadangan W.A Graham yang dilantik penasihat pentadbiran. Seorang pegawai daerah telah dilantik untuk mentadbir Jajahan Pasir Putih. Dengan itu Engku Besar Jeram tidak lagi berkuasa.
2.2  Engku Besar Jeram terusnya kehilangan kuasa, kewibawaan dan keistemewaan. Beliau tidak lagi dibenarkan mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil serta kehilangan hak mengutip cukai dijajahan tersebut. Engku Besar Tun Ahmad hanya berkuasa sebagai Tok Kweng Muda. Malah beliau juga perlu membayar cukai tanah yang dimilikikepada British.
2.3  Pembentukan jajahan dan perlantikan ketua jabatan sebagai pentadbir telah mengambilalih kuasa pembesar. Pusat pentadbiran telah dipindahkan dari Jeram ke Pasir Putih.Engku Besar dan penduduk setempat tidak puas hati terutamanya dengan pembinaan balai polis.

3        Perlantikan beberapa jawatan penting oleh penasihat Inggeris

3.1  Pada tahun 1913 penasiahat Inggeris di Kelantan telah melantik Encik Abdul Latif  dariSingapura  sebagai pegawai daerah mengantikan Encik Salleh, seorang anak tempatan.
3.2  Che Andak yang lebih rendah tarafnya telah dinaikan pangkat oleh sebagai Tok Kweng manakala Engku Besar dilucutkan dan hanya dilantik sebagai Tok Kweng Muda. Tindakan ini memalukan Engku Besar kerana sebelum ini Che Andak berada di bawah Engku Besar.
3.3  Engku Besar telah mendorong Tok Janggut untuk menentang pembaharuan Inggeris diKelantan dan seterusnya melancarkan penentangan terhadap Inggeris

4        Peranan Tok Janggut

4.1  Penduduk menghadapi masalah untuk membayar cukai kerana pejabat daerah jauh dari kediaman mereka.  Hari dan waktu untuk membuat bayaran juga telah ditetapkan .keadaan ini menjadi masalah kepada rakyat kerana sering menerima denda atau saman kerana kelewatan membayar cukai.
4.2  Tok Janggut juga mengalami kerumitan untuk membayar cukai dan datang berkali-kali ke pejabat daerah tetapi gagal. Malah tok Janggut tidak dapat layanan yang memuaskan dari pegawai yang bertugas. Pegawai yang bertugas sombong dan bersikap kasar dengannya.
4.3  Pengalaman pahit tok Janggut memberi inspirasi kepadanya untuk menghasut penduduk tempatan agar memulaukan bayarankepada pihak Inggeris. Tindakan Tok
Janggut telah mendapat sokongan ramai.Ramai yang ditangkap dan saman dikeluarkan kepada sesiapa yang tidak mahu membayar cukai.
4.4  Tok Janggut telah bertindak mengumpulkan kekuatan untuk melancarkan penentangan terhadap Inggeris . Pada April 1915, Tok Janggut bersamaa 2000 orang penyokong yang bersesedia melakukan penentangan.

5         Pengaruh luar

5.1  Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi India pada tahun1857 telah mempengaruhi penduduk Kelantan untuk melancarkan penentangan terhadap British. Mereka percaya British akan mengalami kekalahan dalam perang Dunia Pertama.
5.2  Apabila Dahagi meletus di India. Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa tentera India telah membunuh orang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya rakyat Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah seperti dahulu.


Tindakbalas pemimpin tempatan menentang British

1.      Tok Janggut mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tun Ahmad dan beberapa pemimpin lain dantelah berkempen mempengaruhi penduduk Pasir Puteh menentang peraturan baru.
2.      Tok Janggut dan pengikutnya mengadakan mesyuarat di kampong Jeram untuk menentang British.
3.      Pada 29 april Sarjan Che Wan dan beberapa anggota polis dikerah untuk menangkap Tok Janggut. Sarjan Che Wan telah di tikam oleh Tok Janggut.
4.      Tok Janggut telah melancarkan serangan tiga penjuru ke atas pasir. Berjaya menduduki Pasir Puteh selama tiga hari. Mereka membakar pejabat-pejabat kerajaan, menawan balai polis dan membebaskan orang tahanan.Kerajaan sementara telah ditubuhkan di Pasir Puteh.
5.      Penasihat British, W. Longham Carter telah meminta bantuan dari Singapura. Hadiah sebanyak $500.00 telah ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan rumah Tok janggut dibakar.
6.      Pada 23 mei 1915, Tok janggut sekali lagi melancarkan serangan ke atas Pasir puteh. Dalam pertempuran itu Tok Janggut telah terbunuh.

Kesimpulan
Kebangkitan Pasir Puteh di bawah pimpinan Tok Janggut Berjaya buat sementara waktu.Kebangkitan ini gagal untuk bertahan bahi tempoh yang lama. Kejayaan Inggeris memperlihatkan wujudnya strategi ketenteraan yang lebih kemas, teratur serta adanya penggunaan alat-alat senjata yang lebih moden. Sentimen anti-Inggeris telah mencetus nasionalisme di Tanah Melayu dan perjuangan menuntut kemerdekaan dari Inggeris.




4.      Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada perubahan sikap Inggeris terhadap Negeri-Negeri Melayu Utara pada akhir abad ke-19
Pengenalan
-       Peringkat awal Inggeris menjalankan dasar tidak campur tangan di negeri-negeri Melayu Utara
-       Ini bertujuan untuk melindungi hubungan baiknya dengan pihak Siam selain untuk mengelak dari tercetusnya sengketa politik yang boleh membawa kepada peperangan dan menelan belanja yang tinggi
-       Namun hasrat ini tidak  bertahan lama dan ianya mula berubah pada abad ke- 19 dari dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan
-       Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perubahan sikap British antaranya ialah tamatnya permusuhan antara Inggeris dan Perancis, kebimbangan terhadap penglibatan kuasa-kuasa barat yang lain, sikap pemerintah di negeri-negeri Melayu Utara, Desakan saudagar-saudagar dan sebagainya.
Isi-isi
1.      Tamatnya permusuhan di antara Inggeris dan Perancis pada akhir abad ke-19

1.1  Sebelum ini kedua-dua kuasa bermusuhan untuk memperkembangkan pengaruh masing2 di Asia Tenggara
1.2  Ketika itu Inggeris berada di Myanmar dan Perancis di Indochina
1.3  Inggeris berusaha mengelak mempunyai sempadan yang sama dengan Perancis
1.4  15 Jan 1896- Perjanjian Sulit Inggeris-Perancis telah ditandatangani dan kedua-dua kuasa bersetuju tidak akan melebarkan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya di Thailand
1.5  Persaingan kedua-dua kuasa ini di tamatkan dgn wujudnya Pakatan Inggeris-Perancis pada 8 April 1904
1.6  Dengan wujudnya hubungan baik ini maka Inggeris menggunakan peluang baik ini untuk member perhatian kepada negeri-negeri Melayu Utara
1.7  Secara tidak langsung Inggeris dapat menyekat kemungkinan berlakunya campur tangan Perancis di Siam bagi menentang Imperialisme Barat

2.      Bimbang Terhadap Penglibatan Kuasa-Kuasa Barat yang lain di Negeri-Negeri Melayu Utara

2.1  1880 an beberapa buah kuasa Eropah seperti Jerman, Amerika Syarikat, Rusia bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia Tenggara
2.2  Jerman memerlukan sebuah petempatan di Asia Tenggara cuba mendapatkan Pulau Langkawi dari tahun 1899-1900
2.3  Rusia pula memujuk Siam di Bangkok agar menyerahkan Teluk Siam dan Ujong Salang
2.4  Amerika Syarikat berusaha untuk mendapatkan konsesi kawasan perlombongan arang Batu di Terengganu pada tahun 1901
2.5  Inggeris tidak mahu kuasa-kuasa Eropah lain bertapak di Negara-negara Asia Tenggara dan merasakan dirinya adalah paling layak menguasai negeri-negeri Melayu Utara kerana Inggeris telahpun bertapak di negeri-negeri Melayu yang lain

3.      Sikap Pemerintah Di Negeri-Negeri Melayu Utara

3.1  Sejak awal lagi Raja-Raja Melayu tidak berminat berada dibawah naungan Siam
3.2  Sultan Kelantan dan Terengganu berusaha berusaha membebaskan diri mereka dari naungan Siam
3.3  1902: sultan Muhammad dari Kelantan berangkat ke Singapura untuk meminta perlindungan Inggeris
3.4  Sekiranya Inggeris enggan memberi perlindungan dan bantuan baginda akan berusaha mendapatkan bantuan kuasa Eropah yang lain
3.5  Inggeris tiada pilihan lain selain melibatkan diri dan campur tangan di negeri tersebut

4.      Desakan Saudagar-Saudagar

4.1  Mempengaruhi perubahan minat Inggeris terhadap negeri-negeri Melayu Utara
4.2  Sebahagian besar daripada pedagag Eropah yg berada di NNMU ialah berbangsa Inggeris
4.3  Mereka mendesak Inggeris campur tangan di NNMU
4.4  R.W Duff srg saudagar Inggeris yang berpengaruh ketika itu telah Berjaya mendapatkan kawasan seluas 2000 batu persegi daripada Sultan Kelantan untuk dimajukan tetapi ditentang oleh Siam
4.5  R.W Duff mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Inggeris supaya campur tangan di NNMU
4.6  Duff juga mengugut utk mendapatkan bantuan Perancis dan Jerman jika sekiranya Inggeris keberatan membantu

5.      Peranan Pegawai Negeri-negeri Selat dan NNMB

5.1  Frank Swettenham merupakan tokoh yg Berjaya mempengaruhi kerajaan Inggeris untuk memulakan campur tangan di NNMU
5.2  Desak kepentingan kerajaan Inggeris campur tangan di NNMU
5.3  Sir Fredrick juga mengesa Pejabat Tanah Jajahan supaya mengiktiraf dasar menegakkan kekuasaan Inggeris dalam erti kata sebenarnya di Tanah Melayu
5.4  Beliau juga menyokong perluasan kuasa Inggeris di Utara Tanah Melayu bagi menyekat peluang kuasa Eropah yang lain bertindak menguasainya

6.      Masalah Dalaman Siam Sendiri

6.1  Mendorong Siam melepaskan NNMU dari naungannya
6.2  Pendapatan dari NNMU tidak menguntungkan
6.3  Malah Siam terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menampung masalah kewangan di negeri-negeri tersebut
6.4  Misalnya negeri Kedah mengalami krisis kewangan kerana membelanjakan sejumlah wang yg besar untuk menguruskan perkahwinan diraja
6.5  Siam terpaksa beri pinjaman berjumlah SP $ 2 Juta kepada Kedah- membebankan Siam
6.6  Semasa Chulalongkorn 1868-1910 berusaha kembalikan kedaulatan Negara Siam dgn memansuhkan hak wilayah asingan yg diperolehi oleh oleh Inggeris melalui perjanjian Bowring 1855
6.7  Inggeris akhirnya bersetuju dengan tindakan Siam
6.8  Sebagai balasan NNMU telah diserahkan oleh Siam kepada Inggeris 1909
6.9  Siam berasakan agak sukar untuk mengawal NNMU kerana Sultan-sultan NNMU berusaha untuk membebaskan negeri dari Siam
6.10Inggeris pula sanggup mengeluarkan modal yg besar bagi menyiapkan projek landasan kereta api di Selatan Siam

Kesimpulan
1.      Akibat faktor-faktor tersebut telah membawa termeterainay Perjanjian Bangkok 9 Julai 1909 dan NNMU diserahkan oleh Siam kpd Inggeris
2.      Melalui perjanjian ini bermulalah era kekuasaan Inggeris di NNMU
3.      NNMU menerima Penasihat Inggeris secara berperingkat-peringkat
4.      Ianya dimulakan dengan Kelantan 1909, Kedah 1910, Terengganu 1919 dan Perlis 1932


5.      Bincangkan dasar Jepun di Tanah Melayu antaratahun 1942 hingga tahun 1945.

A.      Pengenalan

-       Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 apabilaSingapura jatuh ke tangan Jepun dan berakhir pada 12 September 1945.
-       Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu berlangsung selama 3 tahun 8 bulan.
-Jepun telah melaksanakan beberapa dasar dalam bidang politik, sosial danekonomi untuk menguasai negara dan penduduk di Tanah Melayu supayamemberikan sokongan kepada pemerintahan Jepun.

Isi-isi

1.      Dasar Politik

1.1              Pada peringkat awalcorak pemerintahan Jepun keras dan zalim. Selepas Jun 1943, Jepun mengubahdasarnya kepada bertolak ansur dengan penduduk tempatan untuk mendapatkansokongan mereka kerana mengalami banyak kekalahan.
1.2              Pentadbiran Jepun telah memperkenalkan sistem pemerintahan bercorak ketenteraan. Kuasa tertinggi pemerintahan Jepun di Tanah Melayu terletak pada seorang Jeneral Jepun yang berpusat di Singapura. Singapura diasingkan dan dikenali sebagai “Syonan” yang bermaksud Cahaya Timur.
1.3              Tanah Melayu ditadbir oleh Gunseikan dan dinamakan sebagai MalaiBaru. Tanah Melayu dibahagikan kepada tujuh wilayah dan setiap wilayahditadbir oleh Gabenor.Gabenor menerima arahan daripada Gabenor diSingapura. Pentadbiran Tanah Melayu dan Sumatera telah disatukansehingga tahun 1943.
1.4              Pada Ogos 1943, Negeri-Negeri Melayu Utara telah diserahkan kepada Thailandselaras dengan perjanjian pada 11 Disember 1941. Tindakan ini sebagaimembalas jasa Thailand membenarkan tentera Jepun mengunakan wilayahnya untuk menyerangTanah Melayu.
1.5              Jepun telah mewujudkan tiga jenis pasukan perisik tentera:
·         Kempeitai: menjadi perisik dalam masyarakat untuk mendapatkanmaklumat anti-Jepun. Mereka sangat kejam dan membunuh ramai orangyang disyaki anti-Jepun.
·         Tekikan: mata-mata yang bertugas mencari musuh-musuh yang pro Britishuntuk menentang Jepun. Mereka menjalankan propaganda, sabotaj danpembunuhan.
·         Toko: pegawai-pegawai Jepun yang bertugas untuk merisik di seluruhTanah Melayu sehinggakan Jepun tidak menghadapi ancaman dari dalamnegeri.
1.6              Jepun memberikan keistimewaan kepada orang Melayu untuk mendapatkansokongan daripada mereka. Ramai orang Melayu dilantik berkhidmat denganJepun sebagai Pegawai Daerah, polis dan tentera. Raja-raja Melayu diiktiraf dankedudukan mereka dikekalkan.
1.7              Pada tahun 1944, Jepun mula bertolak ansurkepada orang Cina kerana bergantung kepada orang Cina dalam bidang ekonomi.Jepun memerlukan bantuan makanan daripada orang Cina.
1.8              Jepun memberi layanan yang baik kepada orang India. Untuk menarik sokonganorang India, Jepun membantu menubuhkan Liga Kebangsaan India dan TenteraNasional India. Jepun menyokong penubuhan kerajaan buangan Azad Hind yangdipimpin oleh Subha Chandra Bose..


2.      Dasar Sosial

2.1              Jepun berazam untuk menghapuskan pengaruh Barat di Tanah Melayu. Matlamat ini dicapai melalui pelaksanaan rancangan “penjepunan”. Jepun berusaha mengukuh kedudukan mereka di Tanah Melayu dengan memaksapenduduk menerima dan mengamalkan nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun.
2.2              Jepun mengambil langkah memburuk-burukkan kebudayaan barat supaya dibenci penduduk tempatan. Penghapusan penggunan radio gelombang pendek, mengharamkan filemdan lagu-lagu Barat serta menutup pusat-pusat hiburan.
2.3              Jepun telah mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum penjajahanJepun. Jepun juga mengambil langkah menukar nama akhbar-akhbar tempatankepada nama Jepun seperti Malai Shimbun untuk Utusan Melayu
2.4              Pendidikan menjadi alat tentetra Jepun untuk menjepunkan masyarakat tempatan. Oleh itu sistem pendidikan jepun diperkenalkan untuk mengantikan sistem pendididkan British di Tanah Melayu.Bahasa Jepun diajar di sekolah-sekolah, kelab-kelab dan pejabat. Sekolah Cinadan sekolah Inggeris ditutup . Peluang kenaikan pangkat dan kemudahan-kemudahan lain diberikanmengikut kebolehan dan kemahiran bertutur dalam bahasa Jepun.
2.5              Hari-hari cuti am adalah berdasar kepada kalendar Jepun seperti hari jadimaharaja, hari angkatan tentra darat, laut dan musim menuai di Jepun. Semua inibertujuan menaikan semangat nasionalisme rakyat Tanah Melayu terhadap Negara Jepun.

3.      Dasar Ekonomi

3.1              Pemerintahan Jepun mengamalkan dasar ekonomibersifat bebas kepada sistem ekonomi bersifat kawalan. Dasartutup pintu dijalankan dengan memutuskan hubungan perdagangan dengan dunia luar. Jepun menggalakkan penubuhan industri ringan bagi menghasilkanbarangan keperluan dalam negeri seperti minyak, sabun dan tali serta tidakmenggalakkan barangan tersebut dieksport.
3.2              Jepun memperkenalkan sistem permit bagi mengawal semua jenis perdagangan dan pengangkutan. Dengan permit khas, beberapa barangan di kawal dengan ketatnta.
3.3              Perusahaan-perusahaan penting diambil alih dan dikuasai oleh syarikat-syarikatJepun seperti Mitsui dan Mitsubishi.
3.4              Jepun telah mencetak mata wang Jepun yang dikenali sebagai mata wang “Pokok Pisang” untuk menambahkan penggunaan mata wang baru.
3.5              Jepun membangunkan bidang pertanian untuk mengatasi masalah kekuranganmakanan. Jepun memperkenalkan “Rancangan Tiga Tahun Sara Diri “untukmeningkatkan pengeluaran pertanian khususnya tanaman padi.Memperkenalkan padi Taiwan yang membolehkan penanaman padi dua kali setahun.
3.6              Pada tahun 1943 Tanah Rizab Melayu dibuka kepada orang bukan Melayu untukdijadikan kawasan pertanian bagi mengatasi masalah kekurangan makanan.Menebang pokok getah diladang-ladang dan membuka hutan bagi tujuan penanaman makanan seperti ubi kayu, .sagu dan jagung.Jepun juga menggalakan rakyat menanam keledek, keladi dan sayur-sayuran disekeliling rumah.

C. Kesimpulan

Mana-mana yang berkaitan





6.      Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada penyertaan Sabah danSarawak dalam Persekutuan Malaysia 1963.

Pengenalan

-       Pembentukan Malaysia merupakan satu usaha membentuk Persekutuan yang luas dengan menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak, Brunei danSingapura.
-       Tunku Abdul Rahman telah berucap di Singapura pada 27 Mei 1961 bahawaperlu diwujudkan satu persatuan ekonomi dan politik di antara Sabah, Sarawak , Brunei,Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dan Singapura.
-       Beliau juga mencadangkan bahawawilayah-wilayah berkenaan perlu bekerjasama bagi mempercepat perhubungan dalamberbagai-bagai bidang serta menyatakan bahawa Persekutuan Tanah Melayu sanggupmewujudkan satu gagasan politik yang baru di Asia Tenggara dengan mendapatkankerjasama kerajaan British.
-       Keputusan untuk menggabungkan wilayah-wilayah ini telahmencetuskan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Meskipun terdapat pelbagaihalangan, Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan secara rasminya pada 16 September1963. Sabah dan Sarawak turut menyertai Malaysia atas beberapa faktor sepertiperkembangan politik dalaman, keselamatan, ekonomi dan sosial.

Isi-isi

1.      Perkembangan politik di Sarawak/ancaman komunis

1.1  Ancaman komunis di Sarawak pula semakin serius kerana terdapat kegiatan pengganaskomunis di Kalimantan Utara. Parti berhaluan kiri seperti Persatuan Belia Maju Sarawak atau SAYA (Sarawak Advance Youth’s Association) mula aggresif.
1.2  Pertubuhan ini mulamenghasut orang-orang Cina dan semakin kuat pengaruhnya apabila berjaya menembusiParti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Selain itu, pergerakan Parti Komunis Indonesiaturut merebak ke wilayah-wilayah Borneo.
1.3  Selain itu, kerjasama yang wujud antarawilayah-wilayah yang bergabung dapat mengurangkan ancaman komunis dalam negeri.Tambahan pula, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman dalam cara-caramenghadapi ancaman komunis yang boleh dipraktikkan di Sabah dan Sarawak.
1.4  Hal inidapat memudahkan penyatuan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu dalam satugagasan.

2.      Mempercepatkan kemerdekaan

2.1  Melalui penubuhan Malaysia, Sabah dan Sarawak akan dapat mencapai kemerdekaandengan lebih segera . Mengikut rancangan Tanah Melayu pada masa itu Malaysia hendaklah ditubuhkan dalam tempoh lebih kurang 2 tahun.
2.2  Sekiranya Sabah dan Sarawak cuba mencapai kemerdekaan itu sendiri ia mungkin tidak akan tercapai biarpun dalamtempoh 5 tahun. Oleh itu, bolehlah dianggap bahawa rancangan Malaysia itu merupakanjalan pintas bagi Sabah dan Sarawak untuk mencapai kemerdekaan. Oleh itu melaluigabungan politik dan ekonomi antara rakyat Sabah dan Sarawak akan dapat mencapaikemerdekaan melalui Malaysia dan seterusnya masa depan mereka akan lebih terjamin.
2.3  Selanjutnya gagasan Malaysia akan menjamin proses kemerdekaan yang lebih cepat bagiwilayah-wilayah British di Borneo. Jika tidak bergabung dalam Malaysia pihak Britishtidak mempunyai rancangan untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak.
2.4  Sekiranya kemerdekaan diberi , wilayah-wilayah tersebut mungkin menghadapikesukaran kerana hasil ekonomi di wilayah-wilayah tersebut yang kurang memuaskan.

3.      Kerjasama Ekonomi

3.1  Dengan menyertai Malaysia, Sabah dan Sarawak akan dapat menyelesaikan beberapamasalah terutamanya masalah ekonomi. Sebagai contoh, tenaga pakar yang sama dapatdimanfaatkan dengan tujuan meningkatkan hasil pengeluaran kerana Sabah dan Sarawakmempunyai sumber-sumber ekonomi yang sama dengan Tanah Melayu seperti hasil pertanian, kayu balak dan galian. Dengan itu projek-projek pembangunan dapatdipesatkan. Seterusnya kegiatan ekonomi di Sabah dan Sarawak serta Semenanjung akanberkembang iaitu, import dan eksport akan terus meningkat. Di samping itu, programekonomi dapat diselaraskan di seluruh Malaysia.
3.2  Negeri-negeri yang maju sepertiPersekutuan Tanah Melayu dan Singapura dapat membantu negeri yang mundur sepertiSabah dan Sarawak.

4.      Keselamatan

4.1  Dalam tahun 1960-an Persekutuan Tanah Melayu menghadapi ancaman pengganaskomunis dimana Persekutuan Tanah Melayu yakin bahawa rakyat bumiputera Sabah danSarawak  tidak dapat hidup bersendirian.
4.2  Melalui penyertaan dalamMalaysia, satu negara yang lebih kuat dan kukuh akan dapat diwujudkan. Pasukanpertahanan negara dapat digemblengkan melalui penyatuan negeri-negeri dalam satugagasan. Penubuhan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak akan dapat menyekatpengaruh kuasa-kuasa luar dan menjamin keselamatan negara.

5.      Kedudukan istimewa Bumiputera

5.1  Golongan Bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak mendapat kedudukan yang istimewadari kerajaan British. Oleh yang demikian kaum-kaum pendatang dan orang-orang asingyang datang ke Sabah dan Sarawak yang lebih tinggi pencapaian pelajaran mereka, telahdapat membolot sebahagian besar daripada jawatan-jawatan penting di Sabah danSarawak.
5.2  Sungguhpun jawatan yang terkanan sekali di pegang oleh pegawai-pegawaiBritish,tetapi selain daripada pegawai-pegawai , jawatan-jawatan yang agak kanan bolehdikatakan hampir semua dipegang oleh kaum-kaum pendatang. Golongan Bumiputerasangat sedikit yang mempunyai pelajaran tinggi dan memegang jawatan-jawatan tersebut.
5.3  Adalah difikirkan bahawa kalaulah Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dalam Malaysiamaka kemungkinan memberi layanan istimewa kepada Bumiputera Sabah dan Sarawakadalah lebih besar iaitu kedudukan istimewa sememangnya telahpun dilaksanakan diPersekutuan Tanah Melayu.


6.      Keseimbangan kaum

6.1  Ketidakseimbangan kaum akan berlaku sekiranya hanya singapura yang akanmmenyertai Persekutuan Malaysia. Bilangan kaum cina akan melebihi kaum Melayu kerana 80% penduduk Singapura terdiri daripada kaum Cina.
6.2  Penyertaan Sabah dan Sarawak kedalam persekutuan Malaysia akan dapat mengimbangi komposisi kaum.dan mengelakan masalah perkauman kerana Sabah dan Sarawak mempunyai kaum bumiputra yang ramai.
6.3  Tambahan pula,rakyat Sabah dan Sarawak adalah daripada satu rumpun yang samadengan orang-orang di Tanah Melayu. Mereka bertutur bahasa Melayu dan mengamalkankebudayaan yang hampir sama dengan penduduk Tanah Melayu.

 Kesimpulan

1.      Setelah pelbagai perundingan dan proses penyatuan yang agakrumit dan kompleks, akhirnya Sabah dan Sarawak mengambil keputusan untuk menyertaiMalaysia.
2.      Pelbagai reaksi muncul berikutan cadangan penubuhan Malaysia sama ada didalam dan luar negara. Akhirnya Malaysia ditubuhkan pada 16 September, 1963 yang dianggotai oleh Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
3.      Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Hingga kini Malaysiakekal dianggotai oleh Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan juga Sarawak.


Soalan 7
Kewujudan hieraki sosial dalam sistem feaudal mengukuhkan Institusi beraja di Asia.Ulaskan pendapat ini.
Pengenalan
1.    Berasaskan kepada system feudal, masyarakat tradisional dipecahkan kepada  golongan pemerintah dan golongan yang diperintah
2.    Kewujudan hieraki sosial dalam masyarakat adalah ditentukan oleh dua factor iaitu kekayaan dan kekuasaan.Golongan yang memiliki pengaruh dan harta akan menduduki tingkat sosial yang lebih tinggi
3.    Golongan atasan akan bertindak sebagai ketua dan menerajui kerajaan dan ianya telah mewujudkan institusi beraja.
4.    Sistem pemerintahan beraja hanya dapat diperkukuhkan melalui sokongan daripada golongan bawahan.
Isi-isi penting
1.    Unsur-unsur ketuhanan

1.1.        Sistem beraja kekal meletakan kuasanya sebagai pemerintah yang tertinggi dalam hieraki  sosial.Raja menerima kepercayaan  daripada seluruh rakyat bawahan dan memberi penghormatan yang tinggi kepada raja iaitu sama pentingnya seperti menghormati tuhan.

1.2.        Raja dianggap suci , menurut kepercayaan agama Hindu dan Buddha raja dianggap sebagai tuhan di bumi. Seseorang raja yang memerintah lebih dikenali sebagai dewaraja yang

1.3.              Mengikut tradisi kerajaan Myanmar menggunakan konsep dharmaraja, raja Thai menggunakan     gelaran Choa Phaendin ( yam Yuan Tanah) dan Chao  Chiwit (Yam Tuan Nyawa) dan di China maharaja dianggap Son Of Heaven( menerima mandate dari Syurga).

2.    Raja sebagai ketua kerajaan dan berkuasa mutlak

2.1.        Golongan bawahan memberikan taat setiayang tidak berbelah bagi kepada raja.Rakyat akantunduk dan mematuhi segala titah perintah raja.Kedudukan seorang raja amat di hormati dan sangat tinggi, bahkan ditakuti rakyat. Rakyat tidak akan mempersoalkan tindak tanduk dan perlakuan raja.
2.2.        Dalam bidang politik raja bertindak sebagai ketua kerajaan atau ketua negara.raja  berkuasa membuat undang-undang sendiri denganntujuan untuk menguguhkan kedudukannya.
2.3.        Dalam bidang ekonomi raja menguasai segala hasil ekonomi seperti pungutan cukai, hasil pertanian , hasil bumi perdagangan ,ufti penduduk dan kepakaran. Penguasaan ekonomi  menjadikan kedudukan raja semakin kukuh dimata rakyat.
2.4.        Dalam bidang sosial ,raja berkuasa mewujudkan keamanan dan kemakmuran negeri disamping bertanggungjawab menyatupadukan rakyat.

3.    Daulat raja

3.1.        Raja memiliki keistemewaan, melaluinya wujud daulat seseorang raja. Daulat merupakan ciri-ciri kesempurnaan yang dimiliki oleh seseorang raja. Ia merangkumi kebolehan istemewa. Kuasa politik tertinggi dan kewibawaan seseorang raja yang memerintah.
3.2.        Apabila raja memerintah mempunyai daulat, maka rakyat akan menurut dan menjalankan titah dan perintah kerajaan    dengan penuh ketaatann dan kesetiaan. Oleh itu rakyat tidak akan mempersoalkan tindakan hak dan tindakan seseorang raja.
3.3.        Terdapat amalan yang dilakukan oleh rakyat sebagai tanda hormat dan sanjungan kepada raja. Di negara China dan Siam  rakyat tidak boleh melihat wajah raja dan mereka akan sujud apabila bertemu raja.
3.4.        Raja juga mempunyai mempunyai keistemewaan dalam beberapa perkara lain seperti pakaian, bahasa, adat istiadat, alat dan lambang kebesaran. Melaluinya kedudukan raja dapat diperkukuhkan kerana ia jelas berbeza dari rakyat biasa.

4.    Sokongan bangsawan dan pegawai tinggi kerajaan

4.1.        Dalam pemerintahan golongan ini bertindak sebagai nadi utama dan berperanan sebagai penasihat dan orang kanan kepada raja. Golongan bangsawan terdiri dari putera-putera raja, kaum kerabat serta golongan sarjana.
4.2.        Di negara Jepun, golongan bangsawan dikenali sebagai daimyo, di Vietnam sebagai mandarin dan di siam sebagai nai serta Wungyi di Myanmar.
4.3.        Merupakan perantaraan antara raja dan golongan bawahan. Golongan bangsawan bertanggung jawab menjana sistem pentadbiran negara, memaju dan memakmurkan negeri, menjaga dan mengekalkan keamanan, memelihara kebajikan rakyat dan mengetuai upacara keagamaan.
4.4.        Golongan bangsawan yang Berjaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna Berjaya meletakkan raja pada kedudukan yang tinggi dalam hieraki sosial. Secara tidak langsung kedudukan sistem beraja dapat diperkukuhkan secara berterusan

5.    Unsur kebendaan yang dimiliki oleh raja.

5.1.        Kedudukan dan ketinggian raja juga disokong oleh unsur kebendan. Gajah  menjadi sebahagian daripada raja di Thailand, Myanmar dan Jawa.
5.2.        Gajah biasanya menjadi haiwan tunggangan dan dianggap suci. Raja Jawa biasanya akan menunggang gajah sambil  dikelilingi oleh hulubalang yang di gelar Bayangkara.
5.3.        Thailand dan Myanmar menganggap gajah putih sebagai symbol kedaulatan sejagat dan pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa ghaib yang terdapat pada gajah. Melaui unsur kebendaan ini membolehkan raja dihormati dan disanjung tinggi.
       Kesimpulan
  Dalam masyarakat tradisional di Asia, kedudukan raja sangat unik . Raja berada dilapisan yang   paling  atas dalam hieraki sosial. Hieraki sosial yang wujud telah Berjaya mengukuhkan institusi beraja  dikebanyakan negara di Asia. Selepas kedatangan imperialisme Barat  instutusi raja telah berubah sama sekali.



Soalan 8
Huraikan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Thailand sebelum perluasan pengaruh  Barat
Pengenalan
Adat bermaksud peraturan yang diamalkan secara turun-temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga dianggap hukum yang harus dipatuhi. Hukum adat diwujudkan untuk mengekalkan keharmonian dan menjamin keamanan semua ahli dalam sesebuah wilayah atau negara. Hukum adat meliputi segala aspek seperti perlakuan, upacara, tatacara kehidupan dan larangan-larangan tertentu. Terdapat pelbagai adat yang diamalkan oleh masyarakat di India dan di Thailand sebelum perluasan pengaruh Barat.
Isi -isi
A.        Adat yang diamalkan oleh masyarakat India
1.      Pelaksanaan Hukum Adat di India adalah berkaitan dengan pengaruh agama Hindu yang begitu kuat dan menjadi pegangan utama masyarakatnya.Menurut sistem kasta di India, masyarakat dibahagikan mengikut golongan tertentu bertujuan untuk menjaga keturunan yang dianggap mulia dan dihormati. Terdapat empat sistem kasta yang utama iaitu Brahmin (sami), Kysatria (perwira, aristokrat), Vaisya pedagang) dan Sudra (rakyat biasa). Golongan Brahmin dianggap sebagai golongan paling mulia manakala golongan Sudra adalah golongan yang dipandang rendah oleh masyarakat.
            2.      Amalan Suttee merupakan  pengorbanan diri oleh wanita-wanita atau balu yang kematian suami. Menurut amalan ini balu-balu Hindu dikehendaki membakar diri sendiri bersama-sama mayat suami semasa upacara pengkebumian dijalankan. Tindakan ini dilakukan sebagai bukti kesetiaan seorang isteri terhadap suami sehingga sanggup sehidup semati.
            3.    Amalan Thuggee pula merupakan satu aktiviti rompakan dan pembunuhan jalanan yang menjadi amalan tradisi kumpulan-kumpulan agama yang bersenjata. Mereka bertindak ganas dengan mencekik mati pengembara atas nama Dewi Kali.
            4.         Amalan membunuh bayi perempuan juga merupakan amalan tradisi masyarakat India. Perbuatan ini dilakukan untuk mengelakkan ibu-bapa menanggung penderitaan seperti pemberian dowri iaitu mahar atau mas kahwin yang akan dibayar oleh pihak pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki.
5.         Amalan melarang balu-balu yang kematian suami berkahwin dengan lelaki lain sebagai tanda kesetiaan kepada suaminya. Lazimnya mereka dikehendaki memakai sari yang berwarna putih supaya dapat dikenali sebagai wanita yang telah kematian suami atau balu.
            6.         Adat masyarakat India juga dikaitkan dengan dengan unsur-unsur ketuhanan yang mana lembu sangat dimuliakan. Sebagai haiwan suci, wujud larangan terhadap masyarakat India daripada makan daging lembu.
            7.         Penganut agama Hindu juga menganggap Sungai Ganges sebagai sungai yang suci. Justeru, menjadi amalan masyarakat Hindu di India membersihkan diri di Sungai Ganges bagi menghapuskan dosa yang pernah dilakukan oleh mereka.

B.        Adat yang diamalkan oleh masyarakat Thailand
1.         Unsur ketuhanan yang dimiliki oleh pemerintah mendorong terbentuknya adat yang melarang rakyat jelata menatap muka raja. Hal ini menjadi tanda bahawa Raja Thailand mempunyai kedudukan yang paling mulia dan dianggap suci. Seseorang yang memandang wajah raja akan dijatuhkan hukuman dengan membutakan matanya.
2.         Amalan menyembah raja secara bersujud sebagai tanda penghormatan dan taat setia sepenuhnya  kepada raja yang memerintah. Amalan ini juga akan dilakukan oleh orang asing yang mengadap Raja Siam.
3.         Terdapat amalan menjual isteri dan anak untuk dijadikan hamba dalam adat masyarakat di Thailand. Menurut adat ini suami atau bapa mempunyai hak mutlak ke atas isteri dan anak-anaknya dan dilihat sebagai simbol kekayaan miliknya.
4.         Mengikut adat, isteri-isteri Raja Thailand tidak dibenarkan keluar atau meninggalkan istana dan mereka juga tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki lain meskipun tidak lagi menjadi isteri raja.
5.         Di Thailand juga Raja tidak dibenarkan keluar di khalayak ramai kecuali jika ada perarakan di raja untuk menjaga kemuliaan baginda sebagai pemerintah yang dihormati dan dimuliakan oleh rakyat.
6.         Terdapat juga adat yang mana golongan Khunnang tidak dibenarkan memakai baju semasa mengadap raja.

Kesimpulan
            Kedatangan kuasa-kuasa Barat telah mengubah beberapa amalan adat yang sekian lama menjadi amalan masyarakat di India dan di Thailand. Namun begitu, tidak sepenuhnya adat yang diamalkan oleh mereka dihapuskan sama sekali. Terdapat adat yang disesuaikan dengan unsur-unsur moden yang diperkenalkan oleh Barat khususnya di Thailand semasa pemerintahan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Sebaliknya, di India penghapusan adat yang menjadi amalan masyarakat telah mencetuskan penentangan terhadap Inggeris yang dikenali sebagai Dahagi India pada tahun 1857.


Soalan 9.
Perjanjian Nangking 1842 dan perjanjian Bowring 1855 telah meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada China dan Siam. Bincangkan.
Pengenalan
Negara China dan Siam masih lagi mengamalkan dasar tutup pintu walaupun berlaku kemaraan kuasa barat pada pertengahan abad ke-19.Termeterainya kedua-dua perjanjian tersebut bermakna tamatlah dasar pemencilan selama ini.Perjanjian Nangking dan perjanjian Bowring telah mendatangkan kesan sosial dan ekonomi kepada Negara China dan Siam.
Isi-isi
1.    Kesan sosial dan ekonomi ke atas China.

1.1.        Agama Kristian telah berkembang dengan pesat. Mubaligh-mubaligh Kristiann dari Barat bebas menyebarkan agama mereka di China. Kemasukan agama Kristian turut berlakunya penentangan antara golongan China Kristian dengan China Ortodoks seperti dalam Gerakan Boxer.
1.2.        Berlaku keruntuhan Akhlak kerana kemasukan candu secara berleluasa dan tidak terkawal. Merosakan sistem sosial masyarakat China terutama golongan belia. Ramai belia China menjadi penagih dadah atau candu meyebabkan kesihatan mental dan fizikal terjejas.
1.3.        Perkembangan pendidikan barat turut berlaku . Negara china perlu mengubah system pendidikan untuk menghadapi kuasa barat. Oleh itu aspek pendidikan barat diberi tumpuan utama di bawah Gerakan Menguatkan Diri yang dilancarkan pada tahun 1861.
1.4.        Perjanjian Nangking telah membawa kepada pembukaan lima buah pelabuhan iaitu Canton, Amoy, Fuchow, Ningpo dan Shanghai.Pintu perdagangan Negara China telah dibuka kepada kuasa-kuasa Barat ini bermakna berbagai barangan luar membanjiri pasaran China.
1.5.        Perkembangan industri tempatan seperti industri tenunan kain dan industri paku dan jarum terjejas kesan kemasukan barangan asing secara besar-besaran  ke Negara China.Barangan asing turut dikenakan duti import dan eksport yang rendah. Barangan barat menjadi lebih murah berbanding barang buatan Cina. Kesannya banyak industri kecil telah ditutup.
1.6.        Import candu meningkat dengan mendadak. Pedagang-pedagang barat mengimpot candu dalam kuantiti yang banyak ke Negara China.Perdagangan candu memberi keuntungan besar kepada barat. China tidak berpuashati sehingga membawa kepada perang Candu kedua.







2.    Kesan sosial dan ekonomi kepada Thailand.

2.1.        Mongkut membenarkan mubaligh-mubaligh kristian agama Kristian dengan bebas di Siam. Raja Siam telah menghadiahkan sebidang tanah kepada penganut agama Kristian untuk dijadikan tanah perkuburan. Raja mongkut juga menyumbangkan wang untuk membina gereja di Bangkok.
2.2.        Sistem pendidikan Barat dan sistem perhubungan moden telah diberi keutamaan oleh Mongkut. Pembesar-pembesar diarahkan untuk mempelari bahasa asing bagi memudahkan mereka berhubungan. Sekolah-sekolah berasaskan model barat telah di bina. Guru-guru dari barat diambil untuk mengajar anak-anak golongan banhgsawan dan putera raja.
2.3.        Siam telah dibuka kepada pedagang-pedagang Barat. Kapal-kapal pedagang barat dibenarkan berlabuh di mana-mana pelabuhan Siam. Banyak barangan dari Barat di import ke Siam. Mongkut turut mengadakan perjanjian dengan Negara Barat yang lain seperti Amerika, Perancis ,belanda. Dan Portugal.
2.4.        penguasaan China ke atas ekonomi Siam dapat ditamatkan. [erdagangan mula di ambil alih oleh British. Pihak inggeris telah menbguasai 70% daripa perdagangan asing di Siam.
2.5.        Perjanjian Bowring turut mengubah system keewangan di Siam kepada system keewangan moden. Sistem perbankan turut di perkenalkan. Ramai pelabur dari eropah dating menanam modal di Siam.


Kesimpulan

Perjanjian Nangking dan Perjanjian Bowring telah meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi ke atas Negara china dan Siam.Pelaksanaan perjanjaian itu telah membuka lembaran baru kepada kedua-dua negara. Keangkuhan China sebagau Middle of Kingdom telah dapat dihapuskan manakala kepada Siam ia telah dapat menikmati arus pemodenan dan berjaya mengekal kedaulatannya.



Soalan 10

Kaji kesan campurtangan British di India dan China yang membawa tercetusnya Dahagi India pada tahun 1857 dan pemberontakan Boxer di China pada tahun 1900.


Pengenalan.

Pembaharuan dan perubahan aspek politik .sosial dan ekonomi oleh Barat telah mendorong penentangan masyarakat setempat terhadap mereka. Pertentangan pegangan serta budaya dan nilai kedua-dua pihak telah mencapai kemuncak apabila berlakunya perang Dahagi di India dan pemberontakan Boxer di China

Isi-isi

1.    Pembaharuan British di India

1.1.        Dasar pengilhanan Lord Dalhousietelah dilakukan terhadap wilayah-wilayah  yang ditadbir oleh pemerintah India. Kesan pelaksanaan undang-undang lesap warismenyebabkan British memiliki banyak kawasan dan wilayah di India seperti Punjab, Karnatik dan Tanjore .Inggeris mencabar kedaulatan pemerintahan tempatan apabila membatalkan bayaran pencen kepada Nana Shahib anak angkat pewaris raja di Peshawar. Nana Shahib telah mengetua Dahagi India pada tahun 1858.

1.2.        Penghapusan amalan sosial oleh gabnor Jeneral William Bentinck iaitu thuggee, suttee dan pembunuhan bayi perempuan . Lord Dalhousei juga telah membenarkan balu berkahwin semula dan Perkahwinan semasa kanak-kanak turut dihapuskan. Mengikut kacamata Barat ia adalah baik tetapi masyarakat india beranggapan ia amat bertentangan dengan adat istiadat mereka dan ini merupakan satu campurtangan terhadap mereka.

1.3.        British juga menyebarkan pendidikan Barat dan cuba mengkristiankan orang India serta menghapuskan sifat-sifat dan ciri-ciri pendidikan bercorak timur. Perubahan inididapati memperkecilkan sistem pendidikan Hindu dan ia menimbulkan kemarahan orang India.

1.4.        Pengenalan teknologi barat seperti keretapi dan telegraf telah mengancam kedudukan sistem kasta dan mencemarkan Agama Hindu. Pembinaan tali air untuk menghubungkan beberapa kawasan sungai Ganges oleh British di tentang oleh masyarakat India kerana mereka mengangap bahawa sungai Ganges adalah suci dan menghina agama Hindu.

1.5.        Amalan diskriminasi terhadap anggota tentera oleh British menambahkan lagi sentimen tidak puashati terhadap British. Askar-askar sepoi di hantar ke luar wilayah tanpa elaun, tentera berkebolehan di tukarkan ke perkhidmatan awam supaya tidak dinaikan pangkat dan pangkat hanya diberikan kepada askar British.

1.6.        Pengenalan penggunaan senapang ( riffle) yang digunakan menimbulkan kemarahan tentera sepoi India. Penggunaan minyak babi dan minyak lembu yang disapukan kepada peluru sebelum diisikan kedalam senapang sangat sensitif kerana minyak babi adalah haram bagi orang Islam dan minyak lembu adalah haram kepada orang Hindu. Sepoi Hindu dan Islam menganggap ia merupakan muslihat pihak British menentang kebudayaan tempatan.

1.7.        Thalukdar dan Tamindar merupakan pemungut cukai dan pentadbir tanah pada zaman tradisi. Pihak British telah menghantar pegawainya untuk memungut cukai dan menyebabkan peranan Thaludar dan Tamindar ditamatkan. Biritish di anggap perampas dan menutup sumber rezeki mereka dam menimbul kemarahan masyarakat India.

2.    Pembaharuan British di China.

2.1.        China menganggap orang asing “Barbarian”. Masyarakat China mengalami nasib buruk selepas campurtangan British. Timbul perasaan anti asing Maharani Doweger dan pegawai-pegawai istana.
2.2.        Penghapuasan amalan sosial dikalangan masyarakat Cina yang telah menganuti agama Kristian. Mereka enggan meyertai adat penyembahan dan kebudayaaan tempatan dan tidak mahu menampung perbelanjaan perayaan tempatan serta dilarang menyertai upacara tradisi. Tindakan ini dianggap menghina tradisi China.
2.3.        Belaku bencana alam di wilayah-wilayah sungai Yang Tze dan SungainHwang Ho.Bencana alam telah merosakkan tanaman dan menyebabkan kebuluran kepada penduduk China.  Berlakunya bencana alam tersebut telah dianggap sebagai balasan dewa-dewi terhadap apa yang berlaku di China.
2.4.        Ekonomi China merosot kerana barangan tempatan China  tidak dapat bersaing dengan barang buatan Barat. Kain kapas, jarum, paku dan barangan lain adalah lebih murah daripada yang di bawa dari oleh Barat. Berlaku difisit imbangan perdagangan China. Cukai yang tinggi dikenakan untuk mengatasi masalah tersebut  telahmenyebabkan rakyat terbeban.
2.5.        Pengenalan keretapi dan kapal wap telah menjejaskan pekerjaan pekerja cina dalam industri pengangkutan cara tradisional seperti kuda,kereta lembu dan Tongkang. Ramai yang menganggur dan beribu-ribu rakyat hilang pekerjaan mereka.
2.6.        Kerajaan China telah mengalami kerugian dan kemerosotan ekonomi, ini adalah kerana  kerajaan China terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membayar ganti rugi peperangan. Keadaan ini menambahkan lagi perasaan benci rakyat China terhadap kuasa asing.
 Kesimpulan
 Pertentangan  adat dan budaya serta pengenalan dasar-dasar imperialis Barat yang        Menyusahkan rakyat merupakan punca utama berlakunya penentangan terhadap      kuasa barat. Bagi masyarakat India mereka masih belum bersedia menerima idea Barat yang radikal dan drastik, manakala di China pula masyarakat beranggapan Barat menjadi punca kejadian buruk di tanah air mereka dan perlu di usir keluar untuk keamanan.


Soalan 11.
Bincangkan peranan yang dimainkan golongan intelektual dalam menyemai semangat nasionalisme di Filipina dan Indionisia.

Pengenalan
Golongan intelektual memainkan peranan yang penting dalam menyemai semangat nasionalisme.Perubahan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di bawah kekuasaan penjajah mendorong golongan intelektual membebaskan negara mereka daripada penindasan kuasa asing.

Isi-isi
Filipina( Jose Rizal)
1.    Gerakan propaganda

1.1   Mengasakan gerakan propaganda yang bersifat pemulihan .gerakan ini membongkar kekejaman dan ketidakadilan pemerintahan sepanyol di Filipina.
1.2   Menerbitkan La Solidaridad yang menggesa Sepanyol supaya menberi layanan yang sama dengan Filipina dari undang-undang , mendapatkan kebebasan bersuara, berakhbar dan berkumpul serta membuat rayuan.
1.3   Menghantar bantahan pada tahun 1888  dengan mengecam tindakan paderi kerana campurtangan dalam hal ehwal awam , menghalanh usaha mewujudkan persefahaman di antara Filipina dengan Sepanyol.
1.4   Memprotes kezaliman Sepanyol melalui kekacauan petani di Calamba antara tahun 1872 hingga 1892.

2.    Liga Filipina

2.1 Menubuhkan liga Filipina pada 3 Julai 1892 dengan tujuan menentang ketidakadilan,Mempertahankan kehendak dan keperluan rakyat Filipina, menyatukan kepulauan Filipina, persamaan antara bangsa Filipina dan Sepanyol  juga melantik    wakil berbangsa . Filipina di dalam Cortes Sepanyol.
2.2. Menerbitkan Novel berjudul Noli Me Tenggere (1887) dan El Filibusterismo(1891). Kedua-dua novelnya membangkang kezaliman Sepanyol dan mengisahkan penderitaan orang Filipina.
2.3. Berjaya mempengaruhi pimpinan nasionalisme radikal dan revolusioner seperti Andres Bonifacio dan Emilio Aguinaldo.


Indonisia( Sukarno)

Nasionalisme Indonisia semasa pemerintahan Belanda.
1.1.   Menubuhkan Parti Nasional Indonisia pada Julai 1927 dengan tujuan menuntut kemerdekaan Indonisia dengan cara tidak bekerjasama dengan Belanda dan menjadikan Bahasa Indonisia sebagai bahasa rasmi.
1.2.   Mendesak rakyat Indonisia memulaukan Volksraad dan perkhidmatan kerajan serta memperkukuhkan kesatuan-kesatuan sekerja dan mewujudkan syarikat-syarikat
1.3.    
Kerjasama.

1.3 .Menggalakan pendidikan nasional dam memajukan sekolah-sekolah Taman Siswa.


2.    Nasionalisme indonisia semasa  pemerintahan Belanda.

2.1.   Mempengaruhi Jepun melantik rakyat Indonisia sebagai  pegawai pentadbiran Jepun di Indonisia.
2.2.   Menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat(PUTERA), PETA, MASJUMI bertujuan meneruskan perjuangan nasionalisme pada zaman pendudukabn Jepun.
2.3.   Menuntut kemerdekaan daripada Jepun dan Berjaya mengistiharkan kemerdekaan Indonisia pada 17 Ogos 1945 tetapi  tidak diiktiraf oleh Belanda.
2.4.   Memperolehi kemerdekaan bagi Indonisia pada 27 Ogos 1949. Soekarno dilantik sebagai presiden.


Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan bahawa golongan berpendidikan memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan perubahan pemerintahan di negara Filipina dan Indonisia.Sokongan daripada rakyat tempatan mendorong kejayaan menuntgut kemerdekaan di negara masing-masing.

Soalan 12.

Bincangkan usaha-usaha pembangunan ekonomi dan sosial di China dan Jepun selepas perang dunia kedua.


Pengenalan

1.    Selepas perang dunia kedua Jepun dan China mengalami kedudukan ekonomi dan sosial yang tenat.
2.    China mengalami Zaman Perang saudara antara Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis China( PKC). Kemenangan berpihak kepada PKC
3.    PKC membentuk sebuah kerajaan Republik Komunis China. Dan telah menjalan pelbagai usaha bagi memulihkan ekonomi dan sosial selepas perang.
4.    Selepas Perang Dunia Kedua,Jepun telah di tadbir oleh Amerika Syarikat melalui Majlis tertinggi kuasa Berikat atau SCAP.
5.    Majlis ini berperanan membantu Jepun memulihkan ekonominya dan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen sekitar tahun 1945 hingga 1952.
Isi-isi.
Pembangunan ekonomi China.
1.    Pembangunan Pertanian.
1.1.     Dalam bidang pertanian dasar yang sederhana diamalkan bertujuan untuk mengekalkan pengeluaran hasil pertanian serta membebaskan petani dari kongkongan sistem pemilikan tanah feudal. Pengeluaran bidang pertanian dimajukan dengan mengekalkan pemilikan tanah dan tuan tanah
1.2.     Para petani digalakkan menyertai Syarikat Kerjasama atau bergabung sesame pengeluar. Kerjasama bercorak sosialis dimana syarikat bersatu secara kolektif untuk menyusun pengeluaran pertanian.
1.3.     Bermula tahun 1958 . Usaha-usaha penyusunan semula dibuat dimana pertanian dijalankan mengikut daerah atau Commune. Pada tahun yang sama terdapat 24,000 Commune dan setiapnya mempunyai ahli seramai 20,000 orang.
1.4.     Matlamat pertanian untuk menghasilkan barangan keperluan bagi industri ringan serta bahan makanan kepada penduduk Bandar. Antara hasil pertanaian yang di import ialah gandum, beras,minyak dan jagung.

2.    Pembangunan perindustrian

2.1.     Rancangan Lima Tahun Pertama (1953-1957) digubal bertujuan untuk memulihkan ekonomi negara kesan daripada perang saudara yang menelan perbelanjaan sebanyak 77,000 juta dengan tumpuan diberikan kepada sektor perindustrian untuk menambahkan pendapatan negara.
2.2.     Peruntukan rancangan tersebut tertumpukepada perusahan dan perkilangan, pengangkutan, perhubungan serta pembangunan.
2.3.     Industri berat bertumpu di wilayah Manchuria seperti perkilangan kereta,lokomotif dan elektronik.Industri ringan pula bertumpu di Shanghai dan kilang tekstil banyak terdapat di Tientsin.

3.    pembangunan sosial

3.1.     Sistem pendidikan diperkenalkan bertujuan melatih rakyat yang buta huruf. Kemahiran teknikal dan pendidikan sebagai alat indoktrinasi politik. Bidang sains dan teknologi  ditekankan dalam pendidikan di China.
3.2.     Bidang pendidikan disasarkan kepada kanak-kanak dan juga kaum wanita yang tidak diberi perhatian sebelum ini. Terdapat seramai 80 juta kanak-kanak mendapat pendidikan pada tahun 1959. Kaum wanita yang mendapat pendidikan telah meningkat 20 % selepas dasar pendidkan dilaksanakan.
3.3.     Sekolah swasta juga terlibat membekalkan pendidikan dasar. Pendidikan masa lapang disediakan oleh commune dan kilang-kilang juga menganjurkan kursus-kursus khas untuk pekerjanya.
3.4.     Dalam bidang kesihatan pihak kerajaan telah menyediakan hospital, klinik di setiap daerah dan Bandar dan doktor dilatih di 39 buah sekolah perubatan.
3.5.     Sistem perhubungan juga dimajukan. Projek jana kuasa elektrik dibina untuk membekalkan tenaga kepada kilang-kilang dan memberi kemudahan sosial kepada masyarakat.

Pembanguan ekonomi Jepun
1, Pembangunan pertanian.
1.1.        Pada tahun 1946, Akta pembaharuan Tanah telah diperkenalkan iaitu tanah kepunyaan absentee landlord akan dibeli serta oleh pihak berkuasa dan akan dijual kepada petani-petani dengan harga yang berpatutan.
1.2.        Pemlikan tanah kepada hamper 3 juta petani telah memajukan  ekonomi petani luar Bandar.Berlaku peningkatan dalam pengeluaran pertanian serta kepelbagai kegiatan pertanian telah diusahakan.Kesannya menjadikan kedudukan ekonomi bertambah stabil.
1.3.        SCAP mengambil langkah-langkah menghapuskan monopoli golongan zaibatsu, Sebanyak 83 buah syarikat telah dibubarkan, harta dibekukan dan esekutif Zaibatsu disingkirkan.

2.    Pembangunan perindustrian.

2.1.        SCAP menggalakkan penubuhan kesatuan sekerja. Pada tahun 1945, akta kesatuann sekerja telah memberi  hak pekerjanmogok dan berunding secara kolektif. Menjelang tahun 1949 seramai 6.5 juta orang pekerja menyertai kesatuan. Pembayarabn ganti rugi telah dihapuskan dan Amerika Syarikat telah membantu mempergiatkan kegiatan ekonomi.
2.2.        Mulai tahun 1952 , SCAP telah mengadakan perdagangan luar dan menggalakan penyertaan pengusaha  persendirian. Menjelang tahun 1950 , ekonomi Jepun mulai pulih dan kota-kota besar yang musnah dapat dibina semula. Jepun Berjaya mengeksport barang-barang keluarannya.
2.3.        Pada tahun 1950 nilai eksport sebanyak 820 juta Yen. Kadar peningkatan amat jelas iaitu pada tahun 1951-1955(8.6 %), 1956-1960 (9.1%) dan 1963 (12.1%). Perang korea telah memangkin ekonomi jepun kerana telah membekal peralatan ketenteraan bernilai 4 bilion Yen dan dapat pesanan barangan keperluan berjumlah 809 juta Yen



3.    Pembangunan sosial
3.1.        SCAp mengadakan perubahan dalam bidang pendidikan iaitu menyusun semula pendidikan berasaskan system pendidikan Amerika Syarikat. Ajaran dan kepercayaan Shinto di hapuskan. Buku-buku teks di tapis dan pelajaran ditumpukan kepada pemebentukan pribadi.
3.2.        Kaedah pengajar bar diperkenalkan dan penekanan kepada aspek demokrasi. Pendidikan wajib pada umur 6 hingga 9 tahun.Pentadbiran pendidikan berada di bawah kerajaan temptan. Beberapa university baru turut ditubuhkan.
3.3.        Jepun terus berkembang maju, sikap rakyat jepun, perbelanjaan ketenteraan yang rendah, kadar wang simpanan tinggi. pembangunan sosial seperti kemudahan perhubungan, kesihatan dan prasarana dapat dilaksanakan dengan cepat.

Kesimpulan
Kemajuan pembangunan ekonomi dan sosial didapati berjayandicapai oleh kedua-dua kerajaan. Namun demikian , Jepun dilihat lebih Berjaya membangun negaranya berbanding  dengan China. Jepun telah muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi yang terbaik.Namun demikian China juga mampu membangun dengan menekankan fahaman soisialis dengan bantuan pihak Rusia.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...