Khamis, 16 Februari 2012

NOTA SOALAN DAN JAWAPAN BAB 9 TINGKATAN 4


BAB 9 :  PERKEMBANGAN DI EROPAH
 
1.
(a)
Apakah yang dimaksudkan “Zaman Gelap”? (Rujuk Buku Teks m.s: 215-216)
·        Zaman kemunduran Eropah
·        Berlaku selepas kejatuhan tamadun Rom
·        Merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan


(b)
Jelaskan ciri-ciri Zaman Gelap.
·         Kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan / perdagangan / perbandaran
·         Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan
·         Kemunculan golongan baron / tuan tanah
·         Para petani mendapatkan perlindungan daripada golongan tuan tanah
·         Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja
·         Pembentukan sistem feudal di Eropah
·         Kegiatan ekonomi yang terhad
·         Tumpuan kepada sektor ekonomi pertanian
·         Kegiatan perdagangan tidak meluas
·         Sistem tukar barang dilakukan kerana penggunaan mata wang amat terhad
·         Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan
·         Institusi Gereja amat berkuasa dan memiliki hartanah    
·         Sifat Gereja yang mengongkong kehidupan masyarakat        
    
2.
(a)
Apakah Zaman Renaissance?
·         Berasal dari perkataan Itali  ‘renisciment’  yang bermaksud ‘kelahiran semula’
·         Merujuk pada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan 
       dan pejuang seni dalam tamadun Yunani dan Rom
·         Penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan
permasalahannya / humanisme
·         Itali sebagai pusat Renaissance


(b)
Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan Zaman Renaissance.
·         Berkembangnya aliran pemikiran Humanisme
·         Bapa Humanisme ialah Francesco Petrarch
·         Dorongan semangat inkuiri atau semangat ingin tahu yang kuat
·         Kemunculan bandar-bandar Itali seperti Venice, Genoa, Florence, Rom, &  Milan
·         Bandar-bandar ini menjadi pusat perdagangan antarabangsa
·         Kedudukan Itali yang strategik kerana dikelilingi oleh Laut Mediterranean
·         Itali sebagai persimpangan utama dan pusat perdagangan antarabangsa
·         Bandar Venice dan Genoa sebagai bandar pelabuhan terkenal
·         Berlaku pertembungan budaya, bahasa, dan agama di Itali
·         Kemunculan para pedagang kaya  dan  menjadi golongan patron
·         Berfungsi sebagai penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis, dan penulis
·         Berlaku persaingan antara bandar  di Itali untuk mendapatkan tokoh cendekiawan 
·         Kemunculan golongan cendekiawan seperti Galileo Galilei, Leornardo da Vinci,
Michaelangelo
·         Paus di Rom turut menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan
·         Usaha mengindahkan bandar dilakukan dengan seni lukis dan seni ukir
·         Konsep individualisme dipraktikkan apabila golongan pelukis dan pengukir mula
bekerja secara  bersendirian       
·         Bakat mereka mula dilihat secara jelas
·         Konsep pendidikan menekankan kemahiran dalam semua aspek intelektual & fizikal
·         Kemunculan tokoh Renaissance di negara-negara Eropah yang lain dan Francis Bacon
 
(c)
Huraikan kesan-kesan  Zaman Renaissance. (Rujuk Buku Teks m.s: 217-220)
Politik
·         Kemunculan monarki baru    
·         Terdapat di England, Portugal, Castile dan Aragon ( Sepanyol ), Perancis dan Belanda
·         Kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan
·         Kekuasaan monarki diperkukuhkan melalui  pembayaran cukai kepada kerajaan pusat
·         Kuasa raja semakin kukuh
·         Kuasa gereja dan golongan bangsawan semakin berkurangan

Ekonomi
·         Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus
·         Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas
·         Kegiatan penjelajahan dan penerokaan berkembang
·         Seiring dengan kemajuan bidang matematik, geografi, kartografi, dan astronomi
·         Merintis jalan kepada perkembangan ilmu sains seperti biologi,fizik,kimia & perubatan  

Sosial
·         Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia
·         Manusia menzahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan & ukiran yang dihasilkan
·         Dapat memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri
·         Perubahan sikap terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik,  falsafah, dan metafizik
·         Pendidikan menekankan tanggungjawab sosial dalam masyarakat
·         Manusia mempergunakan sepenuhnya minda mereka dlm pelbagai bidang ilmu

3.
(a)
Apakah Gerakan Reformation? (Rujuk Buku Teks m.s: 220-222)
·         Suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke-16 M
·         Berasal daripada perkataan ‘reform’ yang bermaksud  ‘menghasilkan perubahan  atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih  baik  atau untuk membentuk sesuatu yang baru’
·         Berkaitan dengan agama Kristian
·         Bermula di Jerman


(b)
Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan Gerakan Reformation.
·         Rasuah, kepincangan, dan penyelewengan berlaku dalam gereja Rom
·         Masyarakat mula mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik
·         Gaya hidup yang menjadi amalan Gereja Katolik tidak selari dengan ajaran kitab Bible
·         Golongan Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup pemerintah & bangsawan
·         Kehidupan mereka tidak mencerminkan kehidupan keagamaan
·         Penjualan sijil  Indulgences iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian yang telah melakukan dosa
·         Kejayaan Reformation di Jerman telah dibantu oleh mesin cetak ciptaan
·         Johann Gutenberg
·         Bible dapat dihasilkan dalam masa yang singkat dan berharga murah
·         Martin Luther, profesor ilmu teologi di Jerman mengambil langkah menentang Indulgences
·         Tindakan Luther yang mencabar institusi paderi melahirkan mazhab Protestan
·         Fahaman ini berkembang ke  Sweden, Denmark, Norway, Switzerland dan England


(d)
Huraikan kesan-kesan Gerakan Reformation.
·         Agama Kristian berpecah kepada dua mazhab iaitu mazhab Katolik & mazhab Protestan   
·         Mazhab Protestan / Lutheran berkembang di Sweden, Denmark, Norway, Switzerland, dan England
·         Negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing
·         Berlaku perang keagamaan di Perancis dan perang 30 tahun yang melibatkan
Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark, dan Sweden
·         Timbulnya sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab Kristian iaitu
mempergiatkan pendidikan dan menyebarkan fahaman mereka
·         Kuasa Gereja telah dicabar secara terbuka
·         Kuasa Gereja terhadap kerajaan atau monarki semakin berkurangan

4.
(a)
Jelaskan faktor-faktor yang mendorong kegiatan penerokaan dan penjelajahan orang Eropah ke Timur. (Rujuk Buku Teks m.s: 223-226)
·         Desakan ekonomi utk mendapatkan barangan berharga seperti emas,rempah & sutera
·         Raja Sepanyol dan Raja Portugal merupakan pemerintah yang banyak memberi
·         galakan kepada usaha penjelajahan          
·         Kuasa Portugal dan Sepanyol saling bersaing  dalam aktiviti penjelajahan 
·         Persaingan mereka ditamatkan dengan Perjanjian Tordesillas  ( 1494 )
·         Portugal menjelajah kawasan Timur manakala Sepanyol menjelajah kawasan Barat
·         Kemunculan pelaut-pelaut  Eropah yang unggul seperti Christopher Columbus,
Ferdinand Magellan dan Vasco da Gama  
·         Perdagangan rempah ratus dan sutera mendatangkan keuntungan yang besar kepada  para pedagang Eropah dan raja mereka
·         Penguasa Gereja amat menekankan usaha penyebaran ajaran Kristian ke seberang laut ke seberang laut           
·         Monarki baru di England, Perancis, dan Belanda turut menggalakkan penjelajahan dan penerokaan ke seberang laut           
·         Semangat kebanggaan bangsa turut menggalakkan orang Eropah menjelajah dunia luar  
·         Rumusannya, penjelajahan orang Eropah disebabkan oleh ‘ gold, glory and gospel ’
 

(b)
Nyatakan kesan-kesan penjelajahan orang Eropah terhadap masyarakat setempat
Politik
·         Banyak penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah
·         Wakil kuasa Eropah terdiri daripada syarikat berpiagam yang diwujudkan di Belanda, Great Britain, Perancis, dan Denmark
·         Antara syarikat berpiagam yang berjaya ialah Syarikat Hindia Timur Belanda, Syarikat  Hindia Barat Belanda, dan Syarikat Hindia Timur Inggeris
·         Syarikat-syarikat berpiagam ini telah berdagang dari Eropah hingga ke Carribean,  Amerika Latin, Afrika, India, Asia Tenggara, dan Asia Timur

Ekonomi
·         Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah
·         Pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka telah dikuasai oleh Portugal
·         Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkaya ekonomi dan gaya hidup
masyarakat di Eropah
·         Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara yang sebelumnya dikuasai  oleh pedagang Islam Arab, kini telah dikuasai oleh Portugal
·         Laluan perdagangan meliputi jalan perdagangan di Asia Tenggara, Lautan Hindi, Laut China Selatan iaitu China dan Jepun

Sosial
·         Masyarakat tempatan mula terpengaruh   dengan gaya hidup orang Eropah
·         Masyarakat peribumi di beberapa daerah mula menerima agama Kristian
·         Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol berperang untuk menakluk Mexico dengan  menundukkan tamadun Aztec
·         Mereka turut menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca
·         Penghijrahan beramai-ramai orang  Sepanyol  ke Amerika Latin mewujudkan sebuah  masyarakat baru di wilayah tersebut
·         Kerajaan Sepanyol melihat daerah Amerika Latin ( Dunia Baru ) sebagai tempat untuk  mendapatkan emas dan perak
·         Penyebaran agama Kristian di Dunia Baru berlaku secara berleluasa
·         Para pemodal Sepanyol mengeksploitasi buruh peribumi untuk bekarja di lombong dan ladang mereka
·         Brazil telah dijajah dan dipengaruhi oleh kuasa Portugal
·         Filipina dikuasai oleh Sepanyol
·         Melaka dan Goa dikuasai oleh Portugal

5.

Nyatakan perubahan-perubahan yang berlaku semasa Revolusi Pertanian dalam aspek-aspek berikut: (Rujuk Buku Teks m.s: 226-229) 


(a)
Pemilikan tanah persendirian.
·         Pada awalnya, terdapat  dua sistem pemilikan tanah iaitu sistem pemilikan tanah
persendirian  dan sistem pemilikan tanah awam
·         Tanah milik persendirian dipunyai oleh golongan kaya
·         Tanah awam sebenarnya dimiliki oleh orang perseorangan
·         Rakyat biasa diizinkan menggunakan tanah awam utk sara hidup spt bercucuk tanam
·         Berikutan pertambahan penduduk dan keperluan hasil pertanian, tuan-tuan tanah
mahu memanfaatkan tanah awam untuk tujuan pertanian secara besar-besaran
·         Pihak tuan tanah bertindak untuk memagari tanah awam tersebut dengan mendapat  kelulusan daripada Parlimen
·         Situasi ini mewujudkan Akta Pemagaran Tanah
·         Kesannya, tersedia kawasan yang lebih luas untuk penanaman secara besar-besaran atau sistem ladang
·         Rakyat biasa yang bergantung kepada tanah awam kini telah kehilangan punca rezeki
·         Golongan petani kecil-kecilan telah menjadi sebahagian daripada buruh ladang    
·         Apabila berlaku Revolusi Perindustrian di Britain, mereka berhijrah ke bandar dan menjadi buruh kilang


(b)
Kaedah dan ciptaan baru dalam pertanian.
·         Kaedah dan penciptaan telah membolehkan penanaman dilakukan secara efisien dan produk dihasilkan dengan lebih lumayan
·         Pengenalan penanaman secara bergilir / Sistem penggiliran tanaman oleh Lord Townshend
·         Mengikut kaedah ini, sesuatu bidang tanah digunakan secara berterusan sepanjang tahun dengan menanam jenis tanaman yang berbeza mengikut musim
·         Tanaman berbeza  menggunakan nutrien tanah yang berbeza membolehkan semua tanaman tumbuh dengan subur
·         Tidak ada tanah yang perlu ditinggalkan kosong seperti sebelumnya
·         Tanaman baru turut diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang
·         Thomas William Coke telah memperbaiki sistem penggiliran tanaman dan mendapati hasil pertanian dan pulangannya berlipat  ganda
·         Alat menggali dan menugal telah dicipta oleh Jethro tull
·         Alat ini telah membolehkan banyak lubang digali secara serentak dan penanaman biji benih dilakukan dengan lebih pantas


(c)
Pertanian komersial.
·         Penggunaan baja asli secara meluas  menjadikan tanaman lebih subur dan hasil
pertanian bertambah
·         Peningkatan kuantiti dan kualiti hasil pertanian telah membawa kepada lebihan produk
·         Peladang  memperdagangkan hasil lebihan tersebut     

6.            


Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada Revolusi Perindustrian di England.
·         Revolusi Pertanian telah menyediakan asas pencetusan Revolusi Perindustrian
·         Peladang yang kaya hasil daripada Revolusi Pertanian menyediakan modal
·         Mereka telah melaburkan lebihan modal dalam bidang perindustrian
·         Revolusi Pertanian menyediakan makanan untuk menampung permintaan dan
keperluan pekerja kilang yang kian meningkat
·         Britain tidak terlalu bergantung pada pengimportan bahan makanan dari luar
·         Dana yang diselamatkan itu dapat dilaburkan bagi membantu pertumbuhan dan
perkembangan industri di dalam negara
·         Rekaan dalam bidang sains dan teknologi dengan kaedah serta ciptaan baru
·         Adanya  semangat  inovatif
·         Adanya  semangat  keusahawanan
·         Pengkhususan pekerjaan telah meningkatkan kuantiti dan kualiti barangan
·         Produk dapat  dipasarkan  di dalam dan luar negara

7.

Nyatakan perubahan-perubahan yang berlaku semasa Revolusi Perindustrian dalam aspek-aspek berikut: (Rujuk Buku Teks m.s:230-233)


(a)
Peralihan daripada industri desa kepada perkilangan.
·         Kaedah dan ciptaan baru atau mesin membolehkan pengeluaran barangan dapat
dihasilkan secara besar-besaran melebihi paras keperluan pengusaha itu sendiri
·         Lebihan produk yang dihasilkan dengan perantaraan penggunaan mesin ini telah
didagangkan atau dikomersilkan
·         Revolusi Perindustrian merangkumi  perubahan dalam teknik pengeluaran, skala
pengeluaran bertambah besar dan aktiviti mengkomersilkan barangan dihasilkan


(b)
Pengkhususan pengeluaran.
·         Pengkhususan pekerjaan mendatangkan faedah kerana majikan dan pekerja menjadi lebih mahir dalam bidang yang dipilih
·         Mereka juga dapat menimba pengalaman untuk membaiki prestasi masing-masing dalam bidang tersebut
·         Kuantiti dan kualiti barangan dapat dipertingkatkan
·         Produk dapat dipasarkan secara meluas bukan hanya di dalam negeri tetapi juga di luar  negara


(c)
Penggunaan teknologi.
·         Penggunaan enjin berkuasa wap untuk memacu kenderaan di air atau di darat
·         Kos pengeluaran setiap barangan menjadi murah dan mudah dipasarkan
·         Barangan tersebut boleh dikomersilkan pada peringkat antarabangsa
·         Para usahawan dapat menampung kos pelaburan dan mempertingkatkan lagi aktiviti pengeluaran dan perdagangan mereka
·         Pelbagai mesin telah direka melalui kajian dan kreativiti para ahli teknologi dan saintis
·         Penghasilan tenaga wap melalui proses pembakaran arang  batu
·         Kuasa wap turut membantu perkembangan sistem pengangkutan seperti kereta api dan kapal laut



8.

Jelaskan kesan-kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian dalam aspek-aspek berikut: (Rujuk Buku Teks m.s: 234-236)


(a)
Pertanian sebagai punca ekonomi.
·         Kegiatan utama ekonomi ialah penanaman bijirin seperti gandum, rye,  dan jagung
·         Lebihan produk pertanian telah dieksport
·         Ini membolehkan para peladang menjadi pedagang antarabangsa
·         Revolusi Pertanian menyediakan makanan yang cukup dan tenaga buruh yang   
banyak untuk perkembangan perindustrian
·         Perkembangan Revolusi Perindustrian membolehkan kegiatan pembuatan dan
pengilangan menggantikan kegiatan pertanian sebagai  bidang utama ekonomi negara
·         Kedudukan tuan-tuan tanah telah diganti oleh para pengusaha dan pemilik kilang 


(b)










Peningkatan perdagangan antarabangsa.
·         Lebihan produk hasil Revolusi Pertanian dan  Revolusi Perindustrian turut
diperdagangkan pada peringkat antarabangsa
·         Britain dapat mengendalikan aktiviti perdagangan antarabangsa dengan mudah
·         Ini kerana Britain merupakan negara penjajah  yang utama  dan kuasa maritim yang ulung pada masa itu
·         Perdagangan antarabangsa melibatkan  eksport  dan import
·         Britain memerlukan bahan mentah yang banyak dan berterusan
·         Sistem pengangkutan dalam negara dan antarabangsa dipertingkatkan
·         Britain juga mengeksport modal ke seberang laut untuk kegiatan ekonomi


(c)
Kemajuan bidang pengangkutan.
·         Sistem pembikinan jalan raya dibaiki dari semasa ke semasa
·         Dengan rekaan enjin berkuasa wap, gerabak kereta api boleh dipacu  dengan lebih laju     
·         Lebih banyak gerabak boleh ditarik bagi mengangkut  barangan dan juga pekerja kilang      
·         Rel kereta api diperbuat daripada kayu, kemudian daripada besi, dan selepas itu  
daripada keluli
·         Para pemodal  telah melabur dalam sektor ini dan mendapat keuntungan yang besar
·         Penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap.   


(d)
Kemunculan golongan buruh dan majikan.
·         Muncul golongan rakyat yang bekerja sebagai buruh ladang untuk tuan tanah dan buruh kilang untuk mengendalikan mesin-mesin
·         Revolusi Perindustrian telah memperkenalkan sistem perkilangan
·         Pada peringkat awal, kilang yang paling banyak terdapat ialah kilang tekstil      
·         Pengenalan mesin membuat pakaian menyebabkan kemahiran para penenun dan
tukang jahit tradisional tidak lagi diperlukan   
·         Ini menyebabkan sebahagian daripada mereka memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pemidang    
·         Kegiatan memprotes ini dikenali sebagai Pergerakan Luddite    
·         Akta Antipenggabungan ( Anti-Combination Act ) diperkenalkan yang  melarang para pekerja daripada bergabung dan bermuafakat menjalankan sebarang  tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan 
·         Hukuman berat akan dikenakan kepada pekerja yang melanggar peraturan tersebut    
·         Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun sering dieksploit di kilang tekstil dan di lombong arang batu    
·         Masa bekerja juga sering melebihi 10 jam sehari 
·         Majikan  amat  terpengaruh dengan falsafah dan sistem ekonomi bebas
·         Mereka berkeras agar campur tangan kerajaan dihindarkan daripada kegiatan
ekonomi
·         Bagi mereka, paras  gaji dan amalan perburuhan harus ditentukan oleh faktor
permintaan dan penawaran semata-mata
·         Akta Antipenggabungan telah dimansuhkan dan Kesatuan Sekerja ditubuhkan


(e )    Tindakan Kerajaan Bagi Mengatasi Masalah Penindasan Pekerja Kilang

i)       Akta  Kilang  ( 1833 )
·         Akta Kilang diperkenalkan yang melarang  pengambilan buruh kanak-kanak di bawah umur  9 tahun dan mereka dimestikan bersekolah
·         Para majikan dikehendaki memastikan keselamatan pekerja mereka di kilang
·         Had masa bagi kanak-kanak yang layak bekerja ditetapkan tidak melebihi 9 jam sehari      

ii)      Akta  Lombong   ( 1842 )
·         Akta ini telah melarang penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam
       perusahaan arang batu

iii)     Akta  Sepuluh  Jam   ( 1847 )
·         Akta ini menetapkan agar pekerja wanita dalam perusahaan tekstil tidak bekerja lebih daripada 10 jam sehari 

9.

Contoh-Contoh Rekaan Mesin dan Teknologi Revolusi Pertanian dan Perindustrian (Rujuk Buku Teks  -  Sudut Maklumat m.s: 229, 230, 232 & 235)

i.       Mesin industri tekstil - Flying Shuttle  oleh John Kay
ii.      Mesin industri tekstil -  Spinning Jenny   oleh   Arkwright
iii.     Mesin industri tekstil -  Mule  oleh Samuel Crompton
iv.      Enjin berkuasa wap oleh Thomas Newcomen & James Watt

9.
(a)
Huraikan faktor-faktor yang mendorong kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Asia.  (Rujuk Buku Teks m.s: 237-239)
·         Untuk mendapatkan bahan mentah seperti rempah ratus, emas, dan perak
·         Untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri masing-masing
·         Revolusi Perindustrian merebak ke benua Eropah lain seperti Jerman, Belanda, 
·         Perancis, dan Itali yang turut menjadi kuasa imperialis
·         Revolusi Pengangkutan dengan kewujudan sistem jalan kereta api dan ciptaan kapal berkuasa wap memudahkan perhubungan dan mempercepat perjalanan
·         Negara Eropah mempunyai teknologi yang jauh melebihi negara di Asia dan Afrika saling bersaing untuk mendapatkan daerah di benua tersebut    
·         Britain terpaksa mencari pasaran di Asia kerana Amerika Syarikat dan Eropah
mengenakan peraturan tarif masing-masing untuk melindungi industri mereka 
·         Kuasa Barat juga berhasrat untuk menyebarkan pengaruh tamadun mereka dan
agama Kristian ke seberang laut
·         Wujud semangat perlumbaan antara negara Barat dalam kegiatan menakluk kawasan atau daerah di luar Eropah 
·         Pemilikan tanah jajahan dianggap sebagai satu status simbol sebuah kuasa yang kuat
·         Orang Eropah menganggap usaha mengembangkan tamadun mereka di luar Eropah sebagai tanggungjawab mereka
·         Orang Inggeris menyebutnya sebagai ‘ Beban Orang Putih ’(The White man’s Burden)
·         Orang Perancis menyebutnya sebagai  ‘Misi Tamadun’ ( Mission Civilisatrice )
·         Orang Jerman menyebutnya sebagai  ‘ Tugas Menyebarkan Tamadun 
·         Orang Amerika menyebutnya sebagai ‘ The Blessings of the Anglo-Saxon Protection’


(b)
Jelaskan kesan-kesan imperialisme terhadap Asia Tenggara.

Politik
·         Para pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir dari Barat         
·         Sistem perundangan peribumi telah diubah suai menyerupai sistem Barat
·         Persaingan kuasa-kuasa barat telah berlaku di Asia
·         Kuasa Inggeris telah campur tangan di Tanah Melayu, Burma, India, dan China
·         Kepulauan Melayu telah dipecah perintah akibat kedatangan kuasa Barat iaitu Inggeris
·         Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia
·         Perancis telah menjajah Indo China ( Laos, Vietnam, dan Kemboja )
·         Amerika syarikat pula telah menduduki Filipina   

Ekonomi
·         Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan agar dapat memberi manfaat kepada negara metropolitan
·         Di  Tanah Melayu, penanaman getah dan perlombongan bijih timah telah
dikomersilkan untuk memenuhi keperluan industri di Britain
·         Kuasa Barat telah mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersil mereka  
Sosial
·         Sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan di Tanah Melayu
·         Sistem ini terhad di kawasan bandar
·         Dikhususkan untuk memberikan pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi keperluan pentadbiran British
·         Kemasukan buruh asing menyebabkan perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di kebanyakan negara yang telah dijajah oleh kuasa Barat
·         Pemerintah peribumi terpaksa memikul beban untuk menyatukan pelbagai kaum bagi mengelakkan perpecahan  sesama mereka   

10.
(a)
Apakah nilai yang dapat kita pelajari daripada semangat penjelajahan kuasa Barat? (Rujuk Buku Teks m.s: 240)
·         Semangat inkuiri
·         Sifat kepercayaan diri
·         Keghairahan menjelajah
·         Idea yang imaginatif
·         Kegiatan yang inovatif
·         Kegigihan dan keusahawanan
·         komitmen yang tinggi
·         Penguasaan pelbagai bidang ilmu
·         Kerjasama pihak berkuasa dan rakyat secara berterusan


(b)
Jelaskan persamaan feudalisme di Eropah dengan masyarakat Melayu tradisional. (Rujuk Buku Teks m.s : 215 – 216)
·         Raja merupakan penaung utama dalam sesebuah negara
·         Raja memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak
·         Raja juga mempunyai golongan pembesar yang mendapat naungan daripada pihak istana
·         Golongan pembesar memberi khidmat kepada pihak raja
·         Rakyat turut memberikan khidmat kepada golongan pembesar dengan mengerjakan tanah
·         Hasil cukai dikutip dan diserahkan kepada raja
·         Terdapat  golongan hamba dalam susun lapis masyarakat feudal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...