Rabu, 8 Februari 2012

Tema 2 : Bentuk campur tangan Inggeris di China dan Thai

Bandingkan Bentuk Campur Tangan Inggeris Di China Dan Thailand Dalam Abad Ke 19

PENDAHULUAN

-     British   merupakan   kuasa   barat   yang   giat   menjalankan   imperialisme   di   benua   Asia terutamanya pada abad 19.
-     Tujuan  utama  kedatangan  British  ke Asia  ialah  untuk  memenuhi  faktor  ekonomi  akibat
Revolusi Perindustrian di Eropah.
-     Bagi memastikan  tujuannya tercapai, Inggeris telah melakukan taktik yang pelbagai untuk menundukan negara sasarannya.
-    Campurtangan British di China dan Thailand adalah berbeza kerana di China, British menggunakan  taktik  kekerasan  iaitu  Perang  Candu,  diikuti  oleh  Perjanjian  Nangking, manakala diThailand, Bristh menggunakan taktik diplomasi dan perjanjian Bowring  1855.

ISI

CAMPUR TANGAN DI CHINA

1.   British campurtangan di China dengan cara kekerasan kerana gagal mempengaruhi kerajaan
     Manchu untuk menamatkan dasar isolasi yang dipraktikkan

-     China beranggapan  negara mereka cukup hidup dan tidak perlu berdagang dengan kuasa luar. Sebaliknya British yang mengamalkan perdagangan bebas sangat memerlukan  China  untuk  memasarkan  barangan  mereka.  Saudagar  British  sangat tidak puas hati dengan sekatan perdagangan China
-    Sebaliknya Manchu menggunakan pendekatan lebih aggressif terutamanya Sistem Perdagangan  Canton  mulai  1757.    Semua  urusan  perdagangan  mestilah  dibuat melalui  saudagar Co Hong
-     Oleh  itu, peperangan  antara  China  dan British  meletus  kerana  pertembungan  dua kebudayaan yang berbeza iaitu kebudayaan Barat dan kebudayaan Cina. Perbezaan konsep   perdagangan   yang   diamalkan   oleh   kedua-dua   buah   negara.   British mengamalkan perdagangan bebas sementara China mengamalkan dasar anti perdagangan asing
-     British terpaksa mencari jalan untuk menamatkan sekatan dan keengganan kerajaan
Mancu  membuka  pintu China. Ini menyebabkan  tercetusnya  Perang  Candu 1839-1942

2.   Di   samping   itu   sistem   perhubungan   antarabangsa   yang   berlainan   juga   membawa ketegangan   hubungan   antara   kedua-dua   pihak.   Kerajaan   China   enggan   mengadakan hubungan diplomatic atas dasar sama taraf dengan kuasa Barat. Keadaan ini mengakibatkan British gagal menjalin hubungan dengan China dan terpaksa menggunakan kekerasaan untuk memaksa China membuka pintu negaranya.
3.   Peperangan juga tercetus disebabkan oleh faktor perbezaan undang-undang. Undang-undang Barat dikuatkuasa oleh Piagam tetapi undang-undang China mengikut budibicara yang digunakan oleh maharaja.  Mengikut  undang-undang  China seseorang  itu didapati bersalah sehingga  dia berjaya  membuktikan  dirinya  tidak bersalah.  Manakala  undang-undang  barat seseorang  itu hanya bersalah apabila dia dibuktikan bersalah. Orang Barat tidak puas hati kerana kesalahan mereka dibicarakan mengikut   undang-undang China yang dianggap tidak adil. Hubungan China-British menjadi  tegang apabila British enggan menyerahkan beberapa kelasinya yang terlibat dalam  pembunuhan Lin Wei His sebaliknya membicarakan mereka mengikut undang-undang Barat.
4.   Faktor    Candu    memburukkan    hubungan    British-China.    British    mendapat    banyak keuntungaan    mengeksport  Candu  ke  China.  Kerajaan  Manchu  pula  berhadapan  dengan masalah moral dan ekonomi akibat penagihan candu di kalangan rakyatnya.Kerajaan Manchu kemudiannya  melantik  Lin  Tsu-hse  untuk  menghapuskan  masalah  candu.Beliau mengarahkan candu tidak dibenarkan masuk ke China tetapi diengkari oleh Kapten Charles Elliot.China  bertindak merampas dan memusnahkan candu pada 3 Jun 1839.Penyeludupan candu dan pergaduhan kelasi kemudiannya mencetuskan peperangan antara China dan British pada 12 Julai 1839.
5.   China  akhirnya  tewas  dan Perang  Candu ditamatkan  dengan  Perjanjian  Nanking  pada 29
Ogos 1824.Kini,China  terpaksa  tunduk  kepada  tuntutan  British.Beberapa  tuntutan  ke atas
China seperti:

-     5 buah pelabuhan China:  Canton, Amoy, Foochow,  Ningpo  dan Shanghai dibuka kepada kuasa asing.
-     Konsul  British  akan  ditempatkan  di 5 pelabuhan  tersebut  untuk  mengawal  warga British  dan  harta  benda  mereka.Konsul  berkuasa  untuk  mengadakan  hubungan langsung dengan pegawai China.
-     Hong Kong diserahkan kepada Inggeris.
-     Sekatan perdagangan terutama monopoli perdagangan Cohong mestilah ditamatkan.
-     China mesti membayar ganti rugi sebanyak $21juta.
-     Kadar cukai  diseragamkan 3% harga import dan 5% harga eksport.
-     Kerajaan China bersetuju mengadakan hubungan berdasarkan sama taraf antaraChina dengan British.
6.   Perjanjian  Nanking  yang  ditandatangani  menjejaskan  maruah  China  kerana  terpaksa  akur dengan syarat Hak Wilayah Asingan.China terpaksa menandatangani perjanjian yang hampir sama dengan kuasa-kuasa  lain seperti Perjanjian Wang Hsia dengan Amerika pada 3 Julai 1844, Perjanjian Whampoa antara China-Perancis pada 4 Oktober 1844.Negara-negara barat lain seperti Rusia dan Norway turut memaksa China menandatangani perjanjian dan sangat merugikan China kerana kehilangan banyak konsesi.
7.   Perjanjian  Nanking  menunjukkan   kelemahan   China  dan  Superioriti  kuasa  asing.China terpaksa  menamatkan  dasar  tutup  pintu  dan  memulakan  hubungan  politik  ,ekonomi  dan undang-undang berdasarkan prinsip sama taraf.
8.   Perjanjian Nanking menanatkan amalan Kow-tow.Orang  China terpengaruh dengan budaya barat dan agama Kristian.Ekonomi China tidak mampu bersaing dengan pasaran bebas Hong Kong dan menjejaskan kehidupan sosio-ekonomi masyarakat China
9.   Jelaslah  British  menggunakan   taktik  peperangan   untuk  campur  tangan  di  China   dan seterusnya Perjanjian Nanking untuk membuka China kepada pasaran antarabangsa.


CAMPUR TANGAN DI THAILAND

1.   .Bentuk  campur  tangan  British  di  Thailand  berbeza  dengan  China.Jika  British  campur tangan di China melalui kekerasan dan peperangan, tetapi di Thailand melalui perjanjian.
2.   British  telah  cuba  untuk  mendapatkn  hak  berdagang  di  Thailand  tetapi  tidak  berjaya sehingga tahun 1855 apabila Perjanjian Bowring ditandatangani.
3.   Perjanjian  Bowring  ditandatangani  oleh  Raja  Mongkut  setelah  melihat  kekalahan  hina dalam perang Candu.Antara syarat Perjanjian Bowring ialah :
  Cukai ke atas barangan import dihadkan kepada 3% ad voleram dan cukai eksport 5%.

  Eksport beras dibenarkan.

  Kapal British boleh memasuki semua pelabuhan Siam.

  Pihak British dibenarkan mengimport candu tetapi mesti mematuhi undang-undang.

  Seorang Konsul British akan ditempatkan di Bangkok.

4.   Syarat Perjanjian Bowring ada persamaan dengan Perjanjian Nanking tetapi Thailand tidak kehilangan konsesi walaupun terpaksa patuh kepada syarat Hak Wilayah Asingan.
5.   Perjanjian   Bowring   mewujudkan   hubungan   baik   antara   Siam   dengan   kuasa   barat.
Hubungan  yang erat penting  untuk menyelamatkan  Siam daripada  jatuh ke tangan  Kuasa barat.
6. Siam menukar sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi perdagangan dan berjaya mengimbangkan perdagangannya.Sistem kewangan Siam disusun semula.
7.   Selepas   menandatangani   Perjanjian   Bowring   dengan   British,Thailand   menandatangani perjanjian yang serupa dengan Amerika Syarikat (1855 ), Perancis (1856), Belanda (1860), Rusia  (1862).Tidak  seperti  China,  Raja  Mongkut  bijak  untuk  menandatangani  perjanjian dengan  banyak  negara  supaya  tiada  satu pun  kuasa  barat  yang  akan  memonopoli  Siam. Keadaan   ini  berbeza  dengan  China   kerana  China  dipaksa  menandatangani   perjanjian sedangkan Siam tidak.
8.   Perjanjian Bowring memulakan dasar pemodenan di Siam,menamatkan dasar pemencilan dan akhirnya  Siam  berjaya  mengekalkan  kemerdekaannya.Keadaan  ini berbeza  dengan  China kerana  selepas  Perjanjian  Nanking,  China  terus  dikuasai  oleh  kuasa  barat  ibarat  sebiji tembikai yang dibelah dan dibahagi sesama kuasa barat.

PENUTUP

-     Walaupun  Inggeris  meluaskan  pengaruhnya  di negara  China  dan Thailand  tetapi cara yang digunakan untuk bertapak di kedua-dua negara berbeza.
-     British  campur  tangan  di  China  dengan  cara  kekerasan  dan  peperangan  diikuti  oleh
perjanjian, manakala mereka masuk ke Thailand dengan cara perjanjian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...