Khamis, 16 Februari 2012

NOTA SOALAN DAN JAWAPAN BAB 8 TINGKATAN 4


BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM 
              KEDATANGAN BARAT
 
1.

Terangkan pengaruh Islam terhadap politik di Tanah Melayu daripada aspek: (Rujuk Buku Teks m.s196-200)


(a)
Pentadbiran
·         Islam telah mengubah konsep dewa-raja kepada konsep sultan. Contoh: Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh ( bayangan Allah di muka bumi )
·         Sultan menggunakan gelaran Khalifatul Mukminin ( pemimpin orang mukmin ). Contoh : Sultan Mahmud Shah (Melaka) dan Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin (Pahang)
·         Tokoh-tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain dirujuk sebagai nasab keturunan Sultan bagi meninggikan kedudukan sultan
·         Islam juga meletakkan raja atau sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah  Melayu
·         Sistem kesultanan yang wujud di Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor berbeza daripada sistem di Negeri Sembilan yang berasaskan Adat Perpatih.
·         Perlantikan penasihat raja dari kalangan ulamak seperti di Melaka (Maulana Abu Bakar, Makhdum Sayid Abdul Aziz) dan negeri Kelantan dan Terengganu.
·         Kewujudan konsep daulat yang dilihat dalam adat istiadat diRaja telah berjaya mengangkat kedudukan seseorang sultan seperti istiadat pertabalan yang penuh tertib dan mengikut peraturan.


(b)
Perundangan
·         Islam juga telah mempengaruhi sistem undang-undang negara kita. Masyarakat Melayu mempunyai dua bentuk undang-undang iaitu
i.           Undang-undang tidak bertulis atau hukum adat. Contohnya adat perpatih (diguna pakai oleh masyarakat Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan dan Naning) dan Adat Temengong (diamalkan di negeri-negeri lain)
ii.         Undang-undang bertulis. Contohnya Hukum Kanun Melaka, Undang-undang laut Melaka, undang-undang Pahang, Undang-undang Kedah dan sebagainya.
·         Dalam undang-undang tidak bertulis terdapat unsur Islam seperti konsep Musyawarah dalam menyelesaikan masalah contohnya Adat Perpatih.
·         Hukum Kanun Melaka juga dipengaruhi oleh hukum Islam mengikut mazhab Shafie. Dalam Undang-Undang Laut Melaka nakhoda dianggap seperti imam dan anak kapal umpama makmum
·         Islam juga telah memperkembangkan undang-undang bertulis seperti kewujudan Undang-Undang Pahang, Undang-Undang Perak, Undang-Undang Kedah dan Undang-Undang Johor.


                                                                                          
2.

Jelaskan pengaruh Islam terhadap sosiobudaya di Tanah Melayu daripada aspek:
(Rujuk Buku Teks m.s 201-208)

(a)
Pendidikan
·         Islam telah mempengaruhi dua bentuk pendidikan dalam masyarakat Melayu iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.
·         Dalam pendidikan tidak formal, Islam telah mewujudkan nilai-nilai budaya murni menjauhkan apa yang ditegah dan membuat apa yang disuruh serta menerapkan unsur-unsur pengajaran dalam pendidikan.
·         Melalui pendidkan formal pula Islam telah mewujudkan pendidikan berkaitan agama. Ilmu tidak terhad kepada kepada golongan atasan sahaja, malah untuk golongan rakyat juga.
·         Melaka menjadi pusat pengajian agama dengan kehadiran ramai ulamak dan pendakwah serta munculnya kitab-kitab tasawur.
·         Institusi pendidikan juga muncul seperti di istana, sekolah pondok seperti di Terengganu, Kedah, Perlis, dan Kelantan masjid surau dan madrasah.



(b)
Bahasa dan Kesusasteraan
·         Munculnya tulisan Jawi hasil daripada penggunaan huruf Arab yang disesuaikan dengan tulisan Melayu
·         Menambahkan perbendaharaan kata bahasa Melayu seperti adat dan adil.
·         Perkembangan penulisan karya dalam bentuk prosa dan puisi seperti kisah-kisah Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat.
·         Perbendaharaan persuratan Melayu juga telah bertambah dengan munculnya karya-karya saduran bercorak Arab-Parsi.


(c)
Kesenian
·         Hasil seni yang dahulunya dipengaruhi oleh tradisi Hindu-Buddha kini digantikan dengan elemen agama Islam dengan campuran kehalusan seni tempatan seperti dalam seni bina masjid, rumah dan istana.
·         Seni ukir dengan elemen Islam menggunakan motif tumbuh-tumbuhan,  bunga-bungaan  dan geometri telah berkembang.
·         Kemajuan seni tulisan seperti Batu Bersurat Terengganu yang menunjukkan keprihatinan orang Melayu terhadap seni epigrafi.
·         Perkembangan tulisan khat atau kaligrafi
·         Dalam seni persembahan seperti muzik, tarian dan nyayian juga menampakkan pengaruh Asia Barat seperti Tarian Dabus, Syair Nazam serta pengaruh Islam dalam seni kata lagu.


(d)
Gaya hidup
·         Pengaruh Islam ketara dari segi kepercayaan atau akidah, syariah dan akhlak.
·         Pengaruh amalan hijabah (protokol) dalam pemerintahan serta adat-istiadat di istana
·         Amalan hormat-menghormati dalam keluarga, adab bertutur, adab makan, adab berziarah juga adalah kesan pengaruh ajaran Islam.
·         Amalan gotong-royong dalam masyarakat juga menggambarkan kepentingan nilai perpaduan dalam Islam.

3.

Jelaskan pengaruh Islam terhadap ekonomi di Tanah Melayu daripada aspek:
 (Rujuk Buku Teks m.s 209-211)

(a)
Perdagangan
·         Merupakan sumber rezeki yang besar.
·         Contoh: Nabi Muhammad s.a.w sendiri terbabit secara langsung dengan aktiviti perdagangan semasa hayat.
·         Kedudukan strategik membantu perkembangan Melaka.
·         Kerajaan Melaka menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur agar aktiviti perdagangan berjalan lancar.
·         Sistem timbang sukat diperkenalkan di bawah tanggungjawab syahbandar.
·         Peratusan timbang dan sukat di Melaka menggunakan sistem tahil dan kati.
·         Contoh barang yang ditimbang ialah emas, perak, bahan wangian dan batu permata
·         Sistem bahara diperkenalkan untuk timbang rempah ratus seperti lada, buah pala, bunga cengkih, bunga lawang dan sebagainya.
·         Urusan perdagangan melibatkan dua kaedah digunakan iaitu pertukaran barang dan kaedah jual beli.
·         Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadi pusat perdagangan penting sepanjang abadke 17 dan 18.


(b)
Mata wang
·         Mata wang sebagai perantaraan nilai barangan.
·         Memudahkan urusan perdagaangan dan jual beli.
·         Merupakan alternatif kepada sistem pertukaran barang atau barter.
·         Tanah Melayu menggunakan mata wang diperbuat daripada timah berbentuk bulat dan berat 1 kati lapan tahil.
·         Nama sultan yang memerintah serta tarikh Islam dicatat pada mata wang.
·         Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay digunakan di Melaka dan boleh ditukarkan  kepada  mata wang tempatan.
·         Di Johor mata wang diperbuat daripada timah dikenali sebaga Wang Katun, berbentuk bulat atau segi enam. Tidak mempunyai tarikh.
·         Negeri Kedah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin. Mata wang ini boleh dipatah-patah dan digunakan secara berasingan.
·         Terdapat mata wang diperbuat daripada emas – meluas digunakan di Kedah dan Johor.
·         Di Kelantan mata wang dikenali sebagai Kijang kerana terdapat ganbar kijang pada muka wang emas tersebut.
·         Di Johor digelar sebagai Kupang dan mengandungi emas seberat 10 garin (0.65 gram).
·         Tiap-tiap mata wang tertera nama dan pangkat sultan yang memerintah dan mengeluarkan .
·         Bahagian belakang tertera gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin dan sebagainya.
·         Pada masa tersebut pedagang Eropah menggunakan wang perak manakala pedagang India , China dan Arab menggunakan emas atau mata wang emas.


(c)
Percukaian
·         Cukai adalah bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah terhadap aktiviti yang tertentu atau barangan tertentu.
·         Cukai yang diterima menjadi sebahagian sumber pendapatan kerajaan untuk pembangunan negara.
·         Aktiviti perdagangan yang pesat telah memperkembangkan percukaian.
·         Di Melaka, pedagang diwajibkan membayar cukai terhadap barang dagangan sebelum berurus niaga.
·         Cukai terbahagi kepada beberapa jenis, cukai yang paling asas ialah cukai tetap (cukai import) yang jumlahnya ditetapkan oleh kerajaan.
·         Pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus.
·         Pedagang dari Jepun dan China dikenakan sebanyak lima peratus.
·         Terdapat barang tertentu tidak dikenakan cukai seperti beras dan makanan.
·         Setelah cukai dibayar barulah urusniaga dilakukan di bazar-bazar yang disediakan sepanjang sungai Melaka.
·         Orang asing yang datang dari Kepulauan Melayu lain dikenakan cukai diraja sebanyak tiga peratus.
·         Orang asing lain enam peratus.
·         Amalan riba tidak dibenarkan.
·         Golongan ceti yang memberikan pinjaman wang dibenarkan menjalankan aktiviti mereka.
·         Aktiviti amalan riba ditegaskan dalam Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang.
·         Orang kaya dan berkemampuan dikenakan bayar zakat.
·         Baitul mal ditubuhkan untuk  menyelenggarakan harta kerajaan yang akan digunakan untuk kepentingan negara dan sumber bantuan kepada yang memerlukan.

4.
(a)
Nyatakan nilai dan pengajaran yang kita perolehi daripada pengaruh Islam terhadap pelbagai aspek kehidupan ini.  (Rujuk Buku Teks m.s 212)


·         Kehadiran agama Islam mengatasi pengaruh tradisi politik, ekonomi dan sosial Hindu Buddha yang telah bertapak sebelumnya.
·         Sebagai agama praktikal, Islam dapat diterima dengan mudah dan menyerap dalam masyarakat.
·         Lahir beberapa buah kerajaan Islam yang diterajui oleh Kerajaan Melayu  Melaka abad ke 15.
·         Kerajaan ini berjaya muncul sebagai pusat perkembangan Islam terkemuka di Alam Melayu.
·         Melaka menjadi pusat perdagangan yang menarik kedatangan pedagang Islam, pusat pendidikan dan pengajian Islam, pusat intelektual dan kebudayaan Islam terkemuka.
·         Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis meenyebabkan Islam berkembang ke Johor- Riau, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
·         Dalam bidang politik, kemunculan undang-undang yang berunsurkan syariah yang kuat membolehkan pentadbiran dan pemerintahan dijalankan dengan baik.
·         Sultan muncul sebagai tunjang kekuatan kerajaan dan agama.
·         Dalam bidang sosial, dipengaruhi Islam seperti pendidikan, bahasa dan sastera, kesenian dan sebagainya.
·         Dalam aspek ekonomi, pengharaman riba dan sebagainya.
·         Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, adalah zaman baru dalam pensejarahan rantau ini.
·         Islam membawa semangat  nasionalisme dan intelektualisme sama ada golongan atasan mahupun bawahan.


4 ulasan:

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...