Isnin, 6 Februari 2012

Sejarah Asia : China Perbezaan sistem perundangan


Bincangkan  perbezaan  sistem  perundangan  yang  membawa  kepada    pertikaian  antara kuasa Barat dengan Negara China


Pengenalan ;

-     Peraturan  dan  undang-undang  merupakan    garis  panduan  yang  diamalkan  oleh  sesebuah Negara untuk menjaga keamanan dan keharmonian masyarakat dan Negara
-     Di negara  China  undang-undang  dikawal  oleh  pemerintah  dan  undang-undang  digunakan untuk megawal kesetiaan golongan pembesar dan rakyat.
-     Bagi orang-orang  barat undang-undang  China tidak boleh diterima  kerana dianggap zalim dan keterlaluan

Isi-isi penting

1.   Perundangan China terbahagi kepada 2 bahagian.

i.    Bahagian pertama -   Undang-undang  Maharaja atau Dikri Maharaja. Tujuan untuk menyelesaikan  masalah  negara dari sudut politik dan ekonomi
ii.   Bahagian  kedua    -    Undang-undang  yang  dikeluarkan  oleh  pembesar  wilayah.
Bersifat tempatan dan dikendalikan oleh Pesuruhjaya.

2.   Konsep undang-undang China mengikut “Doktrin Tanggungjawab secara kumpulan”

i.    Ahli kumpulan bertanggung  jawab secara kolektif untuk menerima hukuman yang setimpal
ii.   Tidak ada kesalahan yang tidak mempunyai pesalah dan tidak dihukum

iii.  Cth     :     Seorang   pekerja  memukul   orang  dan  melarikan   diri,  majikan  akan bertanggung jawab.
iv.  Ini tidak boleh diterima oleh Barat kerana perundangan Barat menekankan bahawa setiap   kesalahan   merupakan   tanggungjawab   individu.   Orang   lain   tidak   harus menerima hukuman terhadap kesalahan orang lain.
3.   Undang-undang China menekankan prinsip seseorang yang dituduh bersalah akan dianggap bersalah  sehingga   dia  membuktikan   kebenaranya.Mengikut   pndapat   orang  barat  pula, seseorang  yang melakukan  jenayah itu tidak boleh disabitkan  kesalahannya  jika tidak ada bukti yang menunjukkan dia bersalah
4.   Hukuman  yang dikenakan  adalah derdasarkan budi bicara pemerintah  atau golongan yang diberikan kuasa menjalankan hukuman. Tidak ada badan penasihat untuk menasihati jenis-
jenis hukuman yang patut dikenakan :
-     Hukuman   yang   dikenakan   spt   cekik   sampai   mati,   belasah   dengan   buluh, memotong    tubuh pesalah dan membenarkan membunuh diri  menggunakan ugutan dan penyeksaan yang kejam bagi membolehkan pesalah  mengaku kesalahan.
-     Bagi orang-orang barat konsep perundangan China ini dianggap tidak   bertamadun, tidak adil dan penuh dengan rasuah. Terdapat pesalah yang terlepas     setelah hakim menerima rasuah
5.   Undang-undang China turut mengenakan hukuman yang sama kepada warga asing.

-     Apabila warga asing dituduh membunuh dan diserahkan kepada pemerintah China mereka akan dihukum gantung tanpa mendapat perbicaraan yang adil  :
Cth   ;   Kes Terranova  -   Seorang  warga Itali yang bekerja  diatas kapal Amerika dituduh membunuh  seorang wanita China telah diserahkan  kepada pihak berkuasa China dan beliau dihukum cekik sampai mati walaupun pihak berkuasa Amerika di China mengetahui yang tertuduh tidak bersalah.   Keadaan ini bertentangan dengan perundangan barat kerana pada orang-orang barat setiap kesalahan perlu dibicarakan dengan adil sebelum menjatuhkan  hukuman


Penutup
Kehadiran kuasa barat telah membawa bersama sistem politik, ekonomi malah dapt dan perundangan. Sejajar dengan itu perundangan tempatan juga mengalami perubahan dan bersifat lebih kebaratan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...