Isnin, 6 Februari 2012

Tema 2 : Penjelajahan dan Campurtangan Barat di India dan Vietnam


Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa barat di India dan Vietnam pada abad ke-19

A.  Pengenalan (3 m))

1.   Pengilhakan merupakan satu kaedah perluasan kuasa barat di Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan. Perluasan kuasa melalui kaedah pengilhakan melibatkan kekerasan seperti peperangan, ugutan dan sebagainya.
2.   Antara negara yang terlibat   dengan perluasan kuaa Barat melalui kaedah ini ialah Vietnam yang diilhakan oleh Perancis dan India oleh British.
3.   Tindakan pengilhakan yang dilakukan adalah didorong oleh kepentingan perdagangan.

B. Isi :  (20 m)
1.   Pengilhakan kuasa British di India (10 M):

a)   Dasar pengilhakan Lord William Bentick (1824-1835)
-  Semasa Lord William Bentick menjadi Gabenor Jeneral India, beberapa wilayah telah diilhakan oleh beliau.
-  Beliau menggunakan alasan penyalahtadbiran untuk mengilhakan Cacar,Coorg dan Mysore.
-  Raja  Cacar  mangkat  tanpa  waris.  Atas  permintaan  penduduk    tempatan,Bentick  mengilhakan kawasan tersebut.
-  Di Coorg dan Mysore, Bentick menggunakan alasan penyalahtadbiran pembesar tempatan untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan stabil. Penduduk tempatan menyokong tindakan Bentick
-
b)   Dasar pengilhakan Lord Ellenborough (1836- 1846)

-  Lord Ellenborough telah mengilhakan wilayah Sind dan Gwalior
-  Sejak  tahun  1809  ,  Sind  telah  menjalinkan  hubungan  dengan  British.  Pada  tahun  1823,  satu perjanjian  telah  ditandatangani  antara  Sind  dan  British.  Melalui  perjajian  ini  pedagang  dan saudagar  Inggeris  dibenarkan  menggunakan  sungai  dan  jalanraya,  tetapi  kapal  dan  tentera bersenjata  tidak boleh menggunakan negeri tersebut
-  Syarat ini telah dicabuli semasa peperangan Afghan di mana Lord Auckland telah mengarahkan tenteranya berbaris melalui Sind
-  Ellenborough ingin merampas wilayah Sind dengan membuat beberapa tuduhan . Charles Napier telah dihantar untuk menyiasat. Beliau mengadakan satu perjanjian baru dengan Amir Sind. Amir- Amir dipaksa menyerahkan bahagian yang lebih besar di wilayah mereka serta melepaskan hak mereka untuk membuat wang mereka sendiri. Hanya mata wang British yang diakui sebagai mata wang sah.

- Tindakan itu menyebabkan Amir marah dan bertindak menyerang residensi British. Amir telah ditewaskan  dalam  peperangan  di  Miani  dan  Dabo.  Sind  telah  dirampas  dan  diletakkan  dalam Empayar British di India.
-  Ellenborough  juga telah  mengilhakan  wlayah  Gwalior  dan Paniar  setelah  kematian  Daulat  Rao Sindhia, Ketua Puak Maratha yang digeruni.


c) Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie  (1846-1856)

-  Lord Dalhousie melaksanakan dasar pengilhakan melaui tiga kaedah iaitu hak   menakluki kuasa agung oleh Syarikat Hindia Timur British, “Doctrin of Lapse” (Undang-undang  Lesap Waris) dan keinginan untuk melanjutkan kebaikan-kebaikan tanpa faedah yang dibawa oleh pemerintah British ke   atas   wilayah-wilayah   yang   dibelenggu   masalah   penyelewengan   atau   penyelewangan pemerintah tempatan.
-  Melalui   kaedah   hak   menakluki   kuasa   agung   ,   beliau   telah   menakluk   Punjab   dengan mengisytiharkan  perang  ke atas kaum Sikh dan mengalahkan  mereka  di Gujerat.  Punjab  telah diilhakan.
-  Kaedah  Docrin  of  Lapse  paling  kerap  digunakan  Dalhousie.  Menurut  doktrin  ini,  mana-mana pemerintah  yang  tidak  meninggalkan  waris  untuk  meneruskan  pemerintahan  selepas  mangkat, maka negeri atau wilayah itu akan jatuh ke bawah kuasa agung dengan sendirinya.
- Beliau tidak mengiktiraf hak seseorang pemerintah untuk melantik seorang waris yang bukan keturunannya. Contohnya di Jhansi, pelantikan anak angkat sebagai pewaris, dianggap tidak sah oleh British. Wilayah-wilayah lain yang dilhakan melalui cara ini ialah Satara, Jaitpur, Baghat, dan Sambalpur.
-  Kaedah   “kebaikan   untuk   diperintah”   berlaku   atas   alasan   penganiayaan,   kezaliman   dan ketidakadilan politik dalam sesebuah negeri. Misalnya, Qudh telah diletakkan di bawah naungan SHTI. Pentadbiran Qudh dikuasai oleh Nawab Khan dalam keadaan huru-hara dan amalan rasuah berleluasa. Dalhousie mengadakan perjanjian dengan Qudh. Dalam perjanjian itu, SHTI akan mengambilalih Qudh, manakala Nawab akan dibenarkan mengekalkan gelaran dan dibayar 15 juta rupee.   Apabila   Nawab   enggan   menandatangani   perjanjian   tersebut,   Lord   Dalhousie   telah mengambil keputusan menjalankan dasar pengilhakan atas alasan penyelewengan pemerintah tempatan


2.   Pengilhakan kuasa Perancis di Vietnam : (10 m)

a)   Pengilhakan Tourane dan Saigon:
-  Perancis menjalankan hubungan baik dengan Vietnam semasa pemerintahan Maharaja Gia Long.
-  Namun begitu pengganti-pengganti Gia Long tidak menjalinkan hubungan baik dengan Perancis, sebaliknya mereka bertindak melakukan kekejaman terhadap mubaligh-mubaligh Kristian dan membuat undang-undang yang melarang kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian ke Vietnam.
-  Permusuhan Perancis-Vietnam  telah memuncak   pada zaman pemerintahan Maharaja Tu Duc. Pada masa pemerintahan beliau kegiatan anti-Kristian semakin meluas dan kejadian pembunuhan mubaligh Kristian semakin bertambah.
-  Kegiatan  ini  menyebabkan  Raja  Perancis  Napoleon  III  telah  mengambil  tindakan  menakluki Vietnam dengan menggunakan peristiwa pembunuhan Bishop Diaz, seorang paderi Sepanyol di Tongking, sebagai alasan menyerang Vietnam.
-  Pada  31  Ogos  1858,  Perancis  menyerang  Tourane  bersama  angkatan  Perancis-Sepanyol  di bawah  pimpinan  Rigault  ge  Genouilly  dan  pada  2  September  1858  Tourane  jatuh  ke  tangan Perancis. Seterusnya Perancis menyerang Saigon yang merupakan kawasan penanaman dan pengumpulan padi yang utama di Vietnam. Saigon telah jatuh ke tangan Perancis pada 17 Febuari 1859.
-  Peristiwa ini menyebabkan seluruh selatan Vietnam jatuh ke tangan Perancis.
-  Tu Duc akhirnya  mengaku kalah, dan menandatangani perjanjian dengan Perancis pada Jun 1862

b)  Pengilhakan Tongking:

-  Kepentingan  ekonomi  menyebabkan   Perancis  terlibat  di  Tongking  sebagai  jalan  meluaskan perniagaannya di Negara China melalui Sungai Merah.
-  Perancis juga merasa bimbang dengan persaingan kuasa barat yang lain seperti Jerman, Itali dan Amerika Syarikat.
-  Penindasan Maharaja Tu Duc juga telah memaksa Perancis menakluki Tongking.
-  Sewaktu Perancis bertapak di Cochin-China, keadaan huru-hara telah tercetus di Tongking akibat kemasukan orang-orang pelarian.
-  Perdana Menteri Perancis telah memutuskan  untuk menamatkan  keadaan huru-hara di Vietnam dan menjadikannya sebagai naungan Perancis.
-  Pada bulan April 1882, angkatan laut Perancis tiba di Hanoi. Perancis menakluki Tongking pada tahun 1883.


C.  KESIMPULAN (2 m):

1.    Perancis  dan British telah berjaya  menggunakan  kaedah  pengilhakan  untuk  meluaskan  kuasa  di Vietnam dan India.
2.    Campurtangan  Perancis dan British telah menyebabkan perubahan-perubahan berlaku dalam politik, ekonomi dan sosial di Vietnam dan India.
3.    Cara perluasan kuasa ini  menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati rakyat tempatan yang membawa kepada berlakunya tindak balas seperti Dahagi India 1857.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...