Sabtu, 20 Oktober 2012

SOALAN 1 PERCUBAAN K2 PAHANG 2012

1. Bincangkan peranan golongan pemerintah di Tanah Melayu sebelum campurtangan British.
A: PENGENALAN
- Susun lapis masyarakat Melayu tradisional kompleks tetapi teratur. Setiap golongan masyarakat mempunyai kedudukan tertentu dan fungsi masing-masing. Dua golongan itu ialah golongan memerintah dan diperintah.
- Golongan pemerintah terdiri dari raja, kerabat diraja, bangsawan, golongan agama dan penghulu
- Kedudukan mereka dalam masyarakat ditentukan oleh dua aspek iaitu taraf tersedia iaitu kedudukan yang diperoleh secara warisan dan taraf capaian iaitu kedudukan meningkat apabila menerima anugerah atau pangkat dari sultan atau pemerintah
b) RAJA
- Tunggak kerajaan dan mempunyai kedudukan tertinggi. Raja mempunyai kuasa dan wibawa bagi memerintah seluruh negeri dan jajahan takluk. Raja dianggap Amirul Mukminin dan terasing dari rakyat
- Raja mempunyai kedudukan istemewa dan berkuasa mutlak seperti pakaian istemewa iaitu payung kuning, binatang tunggangan, perhiasan dan buah-buahan. Contohnya Sultan Zainal Abidin 111 Trengganu mempunyai Cogan Emas yang terdiri dari lembing, keris, tepak sirih dan Keris Nan Cayang
- Golongan ini juga berkuasa melantik pembesar dan memberi anugerah, menjadi tunggak kerajaan, lambang penyatuan dan kekuatan negeri
- Raja juga menguasai ekonomi negeri seperti tenaga manusia dalam jajahan selain dari hasil cukai
- Apabila raja mangkat ia akan digantikan oleh putera lelaki atau adik lelaki tertua jika tidak mempunyai anak. Walau bagaimanapun ianya berbeza di perak yang menggunakan system penggiliran untuk penggantian sultan. Sementara di Negeri Sembilan pula Yang Di Pertuan Besar dipilih oleh Undang Berempat
c) KERABAT DI RAJA DAN KELUARGA
- Mempunyai kedudukan kedua tertinggi selepas sultan dan menggunakan gelaran tengku, raja dan sebagainya. Mereka terdiri dari putera, puteri, permaisuri, isteri, anak-anak
- Golongan ini mempunyai keistemewaan seperti raja tetapi tidak mempunyai daulat
- Mereka juga menggunakan bahasa dalam dan payung berwarna putih
- Terdapat juga golongan ini yang menjadi pembesar dan pemerintah tanah jajahan seperti Raja Jumaat menjadi pembesar Lukut kerana amalan poligami
- Dalam buku The History Of Perak yang ditulis oleh R.O Winstedt dalam system penggiliran Perak, Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan raja Muda adalah terrdiri dari kerabat-kerabat raja
d) GOLONGAN BANGSAWAN DAN PEMBESAR
- Golongan ini sebagai Anak Baik-Baik atau dikenali juga sebagai Orang-Orang Kaya. Ia juga merujuk kepada menteri atau pembesar negeri.
- Mereka terdiri dari golongan bangsawan/bukan dan mendapat gelaran/kedudukan dari taraf tersedia atau capaian.
- Mereka tidak akan jatuh taraf tetapi golongan rakyat biasa boleh mendapatkan taraf yang tinggi dan menjadi golongan bangsawan. Jawatan sebagai pemerintah diwarisi secara turun temurun. Contohnya di Johor jawatan Bendahara disandang oleh keturunan Laksamana Johor iaitu Tun Abdul Jamil
- Mereka akan menjadi pentadbir dan membantu sultan dalam pemerintahan contohnya Ngah Ibrahim, Long Tan, Maharaja Lela dan Dato Bahaman
- Selain golongan pentadbir mereka juga terdiri anak dan isteri
e) GOLONGAN AGAMA DAN ULAMA
- Golongan agama dan ulama juga dianggap sebagai golongan bangsawan yang memerintah yang terdiri dari mufti dan kadi. Kebiasaannya mereka terdiri dari golongan Arab-Melayu. Mereka juga terdiri dari golongan intelek dan alim ulama
- Terdapat juga golongan agama yang dianugerahkan gelaran kebesaran seperti Maharaja Kadi, Dato Mufti Seri Utama dan Dato Imam Maharaja. Mereka juga menjadi penasihat raja dan kerajaan dalam hal-hal yang berkaitan dengan hukum syarak dan selok belok agama termasuk mengeluarkan fatwa tentang isu agama
- Dalam golongan ini terdapat juga yang berkahwin dengan puteri sultan dan menjadi sangat berpengaruh kepada raja. Golongan pendeta pula pakar di dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja. Mereka juga menjadi penulis atau perawi raja
- Golongan ini juga terdapat yang pakar dalam hal-hal kesusateraan, keseniaan dan kebudayaan terutama berkenaan salasilah raja. Contohnya di Trengganu, Kedah dan Johor . Antara yang terkenal ialah Tok Ku Paloh di Terengganu dan keturunannya menggunakan gelaran Engku/Tuan
3
f) PENGHULU
- Merupakan golongan pemerintah dan mempunyai kedudukan tertinggi di peringkat kampung dan dikenali juga sebagai Penggawa, Tok Kweng dan Demang. Merupakan orang perantaraan antara golongan atasan dengan rakyat dan mempunyai kuasa dan pengaruh yang kuat
- Mereka juga merupakan orang yang terkaya dalam sebuah kampong dan jawatan ini merupakan jawatan warisan. Walau bagaimanapun kebiasaannya mereka terdiri dari rakyat biasa dan dilantik oleh pembesar empat
- Penghulu bertanggungjawab menjaga keamanan kampong dan mengarahkan rakyat melaksanakan arahan pembesar dan raja secara sukarela dan menjadi lambang perpaduan sesebuah kampong
- Jawatan ini tidak dibayar gaji tetap, pendapatannya diperolehi daripada cukai perdagangan dan bayaran sebahagian daripada hasil pendapatan yang diterima daripada anak buahnya
G: KESIMPULAN
- Selepas campur tangan British sistem sosial masyarakat Melayu telah berubah. Pembesar atau golongan pemerintah telah kehilangan kuasa memerintah terutama dengan pengenalan Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Manakala negeri-negeri lain menerima Penasihat British. Hanya institusi penghulu sahaja yang masih dikekalkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...