Sabtu, 20 Oktober 2012

SOALAN 3 PERCUBAAN SEJARAH K2 PAHANG 2012

3. Sejauhmanakah perubahan-perubahan drastik yang dilakukan oleh Residen British di Perak dan Pahang telah menyebabkan penentangan orang-orang Melayu di kedua-dua negeri

a) PENDAHULUAN
- Sistem Residen mula diperkenalkan di Perak setelah Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874. Sementara di Pahang pula sistem ini dilaksanakan pada tahun 1888 dengan perlantikan J.P Rodger
- Sistem ini telah mendapat tentangan dari rakyat tempatan apabila banyak pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan melanggar adat resam dan menggugat pemerintahan tradisonal tempatan dan perkara yang paling penting ianya telah menimbulkan perasaan tidak puas pemerintah di kedua-dua negeri.
FAKTOR PENENTANGAN DI PERAK
A) PERUBAHAN-PERUBAHAN DRASTIK BIRCH
- Sistem pengutan cukai diubah dan diletakkan dibawah kawalannya. Seorang Pegawai British dilantik untuk memungut cukai yang digelar Majistret atau Pemungut Cukai. Birch telah mengambilalih hak pungutan cukai pembesar-pembesar Melayu. Birch telah campur tangan dalam adat istiadat Melayu tanpa disedari.
- Beliau juga tidak tahu pembayaran cukai adalah untuk menunjukkan tanda taat setia.
- Birch juga telah menghapuskan amalan perhambaan tetapi beliau telah memberi perlindungan kepada hamba-hamba yang melarikan diri ke rumahnya terutama hamba perempuan. Ianya melanggar adat Melayu. Malah memarahi Sultan yang meminta supaya hambanya dikembalikan dan tidak mahu membayar ganti rugi.
B) PERASAAN TIDAK PUAS HATI PEMBESAR
- Perlantikan J.W.W Birch sebagai Residen setelah 10 bulan Perjanjian Pangkor ditandatangani dan pengenalan pelbagai pembaharuan di Perak menyebabkan Raja Abdullah tidak puas hati kerana beliau mengenepikan sultan dalam banyak perkara
- Birch telah membatalkan hak pungutan cukai Raja Abdullah dan pembesar-pembesar Perak tanpa gantirugi yang memuaskan.
- Pembatalan pajakan Sultan Abdullah kepada Lee Cheng Tee saudagar Singapura iaitu konsesi atau hak memungut cukai kastam di Hilir Sg Perak selama 10 tahun bernilai RM26 000 setahun. Raja Abdullah tidak diberi gantirugi yang setimpal
- Raja Ismail dan pembesar di Hulu Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai sultan Perak dan enggan menyerahkan alat-alat kebesaran untuk tujuan pertabalan sultan kepada Raja Abdullah
- Penghapusan system perhambaan terutama hamba berhutang oleh Birch juga menimbulkan kemarahan pembesar
- Ngah Ibrahim pula tidak puas hati dengan kedudukannya sebagai Pembesar Larut kerana tidak dapat bertindak dengan bebas seperti dahulu dan terpaksa mematuhi nasihat Penolong Residen iaitu Kapten Speedy
- Perasaan tidak puas hati ini menyebabkan Raja Abdullah dan pembesar-pembesar enggan bekerjasama dengan Birch dan telah bersatu untuk menentangnya
C) KELEMAHAN PEMERINTAHAN RAJA ABDULLAH
- Sultan tidak mentadbir Perak dengan baik dan banyak berhutang hingga terpaksa menjual daerah Krian untuk membayar hutang
- Untuk membayar hutang baginda terpaksa memajakkan hak memungut cukai di Kuala Sg Perak kepada Lee Cheng Tee
- Sultan juga tidak dapat mengawal pembesar-pembesar dengan baik dan banyak mempunyai musuh. Terdapat pembesar yang tidak puas dengan perlantikan baginda sebagai sultan dan terdapat juga pembesar yang masih memungut cukai dengan nilai yang tinggi di daerah masing-masing
D) KELEMAHAN KEPERIBADIAN BIRCH
- Tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang adat resam dn adat istiadat Melayu pengalaman berkhidmat di Sri Lanka tidak dapat digunakan kerana budaya yang berbeza
- Beliau juga tidak fasih berbahasa Melayu dan sukar untuk berhubung dengan masyarakat tempatan
- Beliau juga sombong dan menganggap dirinya bijak dalam pentadbiran dan ingin membuat pembaharuan dengan cepat dan tergesa-gesa sehinggan mengenepikan perasaan sultan dan pembesar Melayu
- Beliau juga bersikap biadap dan kurang diplomasi ditunjukkannya apabila beliau membakar rumah Ngah Ibrahim dan Tengku Panglima Besar kerana masih memungut cukai

E) PERASAAN TIDAK PUAS RAKYAT
- Berapa peraturan baru telah diperkenalkan dan menimbulkan kemarahan rakyat.
- Beliau memperkenalkan cukai bot dan padi
- Penduduk diwajibkan membeli lesen untuk membawa senjata, memotong kayu dan mengambil daun nipah
- Beliau juga memperkenalkan unng-undang awam dan jenayah bagi mempastikan peraturan baru dipatuhi
F) KESILAPAN SIR WILLIAM JERVOIS
- Beliau telah dilantik sebagai Gabenor NNS pada Mei. 1875 bagi menggantikan Andrew Clarke. Beliau membuat keputusan mengambil alih pentadbiran Perak melalui perlantikan pegawai British atas nama sultan
- Sultan dan pembesar diberi pencen kerana penyerahan kuasa pentadbiran
- Pada 11 September,1875 beliau mendesak Raja Ismail supaya menyerahkan alat kebesaran Diraja Perak kepada beliau tetapi ditolak.
- Jervois juga memaksa Raja Abdullah menyerahkan kuasa pentadbiran Perak kepada British dan akhirnya terpaksa menandatangani pengistiharan pentadbiran Perak kepada British pada 2 Oktober 1875 kerana diugut akan dibuang negeri dan tempatnya akan diserahkan kepada Raja Yusuf
PENENTANGAN DI PAHANG
A) PERUBAHAN-PERUBAHAN DRASTIK RESIDEN
- Undang-undang baru telah diperkenalkan iaitu cukai tanah sebanyak 40sen seeker dikenakan ke atas tanah kampong, tanah paya, dusun dan tanah nipah
- Sistem lessen dan permit dilaksanakan dengan mewajibkan sesiapa sahaja yang hendak memungut hasil hutan atau mencari niph mesti mendapatkan lessen terlebih dahulu
- Rakyat diwajibkan untuk bekerja sebagai buruh kerahan selama dua bulan dalm setahun bagi kerja-kerja yang melibatkan pihak kerajaan
- Sekatan yang tidak membenarkan rakyat tempatan membawa senjata seperti keris kemana sahaja mereka pergi
- Kehadiran polis Sikh dan India yang kasar dan tidak memahami adat istiadat masyarakat Melayu terutamanya membawa senjata kemana sahaja mereka pergi
- Kehadiran pelombong Eropah dan Cina juga menyebabkan kebenciaan masyarakat tempatan bertambah kerana mereka tidak faham adat, bersikap bongkak dan sombong terhadap masyarakat Melayu
- Dato Bahaman dan Mat Kilausering menyerang pedagang Cina di Pahang
B) PERASAAN TIDAK PUAS HATI GOLONGAN PEMERINTAH
- Pengenalan Sistem residen dan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri menyebabkan Sultan Ahmad kehilangan banyak kuasa dan hak keistemewaan. Semua keputusan dalam Majlis Mesyuarat Negeri dibuat oleh Residen. Sultan hanya menandatangani surat-surat perintah sahaja
- Sultan juga tidak berpuas hati dengan jumlah elaun yang diberikan oleh British yang dianggap terlalu sedikit. Kerajaan memberikan RM18 000 setahun manakala Sultan Ahmad meminta supaya dibayar RM24 000 setahun
- Tindakan British memaksa Sultan Ahmad melantik putera sulungnya iaitu Tengku Mahmud sebagai Pemangku Raja yang berkuasa penuh. Tujuan British adalah untuk mengurangkan peranannya sebagai pemerintah yang sah
- Tindakan British memperkenalkan pelbagai peraturan baru yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri pada 31 Disember 1889
- Penghapusan hak pemungutan cukai pembesar-pembesar dalam daerah pentadbiran masing-masing. Penubuhan daerah-daerah baru diletakkan di bawah pentadbiran pegawai British yang digelar Pemungut Cukai dan Majistret telah mengambil alih tugas yang sebelum ini dilaksanakan oleh pembesar daerah
- Tindakan Residen British mengambil alih peranan pembesar Pahang sebagai Penasihat Sultan dalam Majlis Penasihat istana melalui penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri
- Dato Bahaman tidak puas hati kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan ditawarkan elaun sebanyak RM70 sebulan. Beliau juga tersinggung kerana British hanya menawarkan elaun tahunan sebanyak RM840 sebagai ganti rugi atas kehilangan kuasa di daerah Semantan. Beliau menuntut supaya jumlah dinaikkan kepada RM6 000 setahun tetapi tidak dilhiraukan oleh British
- Kemarahan beliau bertambah apabila British mendirikan Balai Polis di Lubuk Terua tanpa meminta atau berunding terlebih dahulu dengannya. Pembinaan balai ini menyebabkan kebebasan Dato Bahaman dan pengikutnya terbatas dan terpaksa mematuhi undang-undang British
- Tok Gajah pula bangkit menentang kerana tuntutannya untuk mendapatkan elaun tambahan ditolak. Perjuangannya mendapat sokongan masyarakat Melayu apabila permintaannya agar British melewatkan pembayaran cukai tanah ditolak.

C) KELEMAHAN PERIBADI J.P RODGER
- Beliau tidak pandai menggunkan diplomasi dan tolak ansur ketika berurusan dengan Sultan Ahmad dan pembesar Pahang
- Beliau juga telah memperkenalkan pelbagai peraturan baru tanpa berunding dan tidak menghiraukan perasaan sultan dan pembesar tempatan
KESIMPULAN
- Pertembungan yang berlaku antara masyarakat tempatan dengan British di Pahang dan Perak adalah disebabkan oleh kelemahan British memahami adat tempatan dan bertindak terburu-buru apabila melaksanakan pelbagai perubahan dan peraturan baru
- Penentangan masyarakat di Perak dan Pahang telah memberi pengajaran kepada Britishlebih berhati-hati semasa melakukan perubahan baru
PERATURAN PEMARKAHAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...