BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM
KEDATANGAN BARAT
1. | | Terangkan pengaruh Islam terhadap politik di Tanah Melayu daripada aspek: (Rujuk Buku Teks m.s196-200) |
| (a) | Pentadbiran · Islam telah mengubah konsep dewa-raja kepada konsep sultan. Contoh: Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh ( bayangan Allah di muka bumi ) · Sultan menggunakan gelaran Khalifatul Mukminin ( pemimpin orang mukmin ). Contoh : Sultan Mahmud Shah (Melaka) dan Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin (Pahang) · Tokoh-tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain dirujuk sebagai nasab keturunan Sultan bagi meninggikan kedudukan sultan · Islam juga meletakkan raja atau sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu · Sistem kesultanan yang wujud di Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor berbeza daripada sistem di Negeri Sembilan yang berasaskan Adat Perpatih. · Perlantikan penasihat raja dari kalangan ulamak seperti di Melaka (Maulana Abu Bakar, Makhdum Sayid Abdul Aziz) dan negeri Kelantan dan Terengganu. · Kewujudan konsep daulat yang dilihat dalam adat istiadat diRaja telah berjaya mengangkat kedudukan seseorang sultan seperti istiadat pertabalan yang penuh tertib dan mengikut peraturan. |
| (b) | Perundangan · Islam juga telah mempengaruhi sistem undang-undang negara kita. Masyarakat Melayu mempunyai dua bentuk undang-undang iaitu i. Undang-undang tidak bertulis atau hukum adat. Contohnya adat perpatih (diguna pakai oleh masyarakat Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan dan Naning) dan Adat Temengong (diamalkan di negeri-negeri lain) ii. Undang-undang bertulis. Contohnya Hukum Kanun Melaka, Undang-undang laut Melaka, undang-undang Pahang, Undang-undang Kedah dan sebagainya. · Dalam undang-undang tidak bertulis terdapat unsur Islam seperti konsep Musyawarah dalam menyelesaikan masalah contohnya Adat Perpatih. · Hukum Kanun Melaka juga dipengaruhi oleh hukum Islam mengikut mazhab Shafie. Dalam Undang-Undang Laut Melaka nakhoda dianggap seperti imam dan anak kapal umpama makmum · Islam juga telah memperkembangkan undang-undang bertulis seperti kewujudan Undang-Undang Pahang, Undang-Undang Perak, Undang-Undang Kedah dan Undang-Undang Johor. |
| | |
2. | | Jelaskan pengaruh Islam terhadap sosiobudaya di Tanah Melayu daripada aspek: (Rujuk Buku Teks m.s 201-208) |
| (a) | Pendidikan · Islam telah mempengaruhi dua bentuk pendidikan dalam masyarakat Melayu iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. · Dalam pendidikan tidak formal, Islam telah mewujudkan nilai-nilai budaya murni menjauhkan apa yang ditegah dan membuat apa yang disuruh serta menerapkan unsur-unsur pengajaran dalam pendidikan. · Melalui pendidkan formal pula Islam telah mewujudkan pendidikan berkaitan agama. Ilmu tidak terhad kepada kepada golongan atasan sahaja, malah untuk golongan rakyat juga. · Melaka menjadi pusat pengajian agama dengan kehadiran ramai ulamak dan pendakwah serta munculnya kitab-kitab tasawur. · Institusi pendidikan juga muncul seperti di istana, sekolah pondok seperti di Terengganu, Kedah, Perlis, dan Kelantan masjid surau dan madrasah. |
| (b) | Bahasa dan Kesusasteraan · Munculnya tulisan Jawi hasil daripada penggunaan huruf Arab yang disesuaikan dengan tulisan Melayu · Menambahkan perbendaharaan kata bahasa Melayu seperti adat dan adil. · Perkembangan penulisan karya dalam bentuk prosa dan puisi seperti kisah-kisah Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. · Perbendaharaan persuratan Melayu juga telah bertambah dengan munculnya karya-karya saduran bercorak Arab-Parsi. |
| (c) | Kesenian · Hasil seni yang dahulunya dipengaruhi oleh tradisi Hindu-Buddha kini digantikan dengan elemen agama Islam dengan campuran kehalusan seni tempatan seperti dalam seni bina masjid, rumah dan istana. · Seni ukir dengan elemen Islam menggunakan motif tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan geometri telah berkembang. · Kemajuan seni tulisan seperti Batu Bersurat Terengganu yang menunjukkan keprihatinan orang Melayu terhadap seni epigrafi. · Perkembangan tulisan khat atau kaligrafi · Dalam seni persembahan seperti muzik, tarian dan nyayian juga menampakkan pengaruh Asia Barat seperti Tarian Dabus, Syair Nazam serta pengaruh Islam dalam seni kata lagu. |
| (d) | Gaya hidup · Pengaruh Islam ketara dari segi kepercayaan atau akidah, syariah dan akhlak. · Pengaruh amalan hijabah (protokol) dalam pemerintahan serta adat-istiadat di istana · Amalan hormat-menghormati dalam keluarga, adab bertutur, adab makan, adab berziarah juga adalah kesan pengaruh ajaran Islam. · Amalan gotong-royong dalam masyarakat juga menggambarkan kepentingan nilai perpaduan dalam Islam. |
3. | | Jelaskan pengaruh Islam terhadap ekonomi di Tanah Melayu daripada aspek: (Rujuk Buku Teks m.s 209-211) |
| (a) | Perdagangan · Merupakan sumber rezeki yang besar. · Contoh: Nabi Muhammad s.a.w sendiri terbabit secara langsung dengan aktiviti perdagangan semasa hayat. · Kedudukan strategik membantu perkembangan Melaka. · Kerajaan Melaka menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur agar aktiviti perdagangan berjalan lancar. · Sistem timbang sukat diperkenalkan di bawah tanggungjawab syahbandar. · Peratusan timbang dan sukat di Melaka menggunakan sistem tahil dan kati. · Contoh barang yang ditimbang ialah emas, perak, bahan wangian dan batu permata · Sistem bahara diperkenalkan untuk timbang rempah ratus seperti lada, buah pala, bunga cengkih, bunga lawang dan sebagainya. · Urusan perdagangan melibatkan dua kaedah digunakan iaitu pertukaran barang dan kaedah jual beli. · Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadi pusat perdagangan penting sepanjang abadke 17 dan 18. |
| (b) | Mata wang · Mata wang sebagai perantaraan nilai barangan. · Memudahkan urusan perdagaangan dan jual beli. · Merupakan alternatif kepada sistem pertukaran barang atau barter. · Tanah Melayu menggunakan mata wang diperbuat daripada timah berbentuk bulat dan berat 1 kati lapan tahil. · Nama sultan yang memerintah serta tarikh Islam dicatat pada mata wang. · Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay digunakan di Melaka dan boleh ditukarkan kepada mata wang tempatan. · Di Johor mata wang diperbuat daripada timah dikenali sebaga Wang Katun, berbentuk bulat atau segi enam. Tidak mempunyai tarikh. · Negeri Kedah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin. Mata wang ini boleh dipatah-patah dan digunakan secara berasingan. · Terdapat mata wang diperbuat daripada emas – meluas digunakan di Kedah dan Johor. · Di Kelantan mata wang dikenali sebagai Kijang kerana terdapat ganbar kijang pada muka wang emas tersebut. · Di Johor digelar sebagai Kupang dan mengandungi emas seberat 10 garin (0.65 gram). · Tiap-tiap mata wang tertera nama dan pangkat sultan yang memerintah dan mengeluarkan . · Bahagian belakang tertera gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin dan sebagainya. · Pada masa tersebut pedagang Eropah menggunakan wang perak manakala pedagang India , China dan Arab menggunakan emas atau mata wang emas. |
| (c) | Percukaian · Cukai adalah bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah terhadap aktiviti yang tertentu atau barangan tertentu. · Cukai yang diterima menjadi sebahagian sumber pendapatan kerajaan untuk pembangunan negara. · Aktiviti perdagangan yang pesat telah memperkembangkan percukaian. · Di Melaka, pedagang diwajibkan membayar cukai terhadap barang dagangan sebelum berurus niaga. · Cukai terbahagi kepada beberapa jenis, cukai yang paling asas ialah cukai tetap (cukai import) yang jumlahnya ditetapkan oleh kerajaan. · Pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus. · Pedagang dari Jepun dan China dikenakan sebanyak lima peratus. · Terdapat barang tertentu tidak dikenakan cukai seperti beras dan makanan. · Setelah cukai dibayar barulah urusniaga dilakukan di bazar-bazar yang disediakan sepanjang sungai Melaka. · Orang asing yang datang dari Kepulauan Melayu lain dikenakan cukai diraja sebanyak tiga peratus. · Orang asing lain enam peratus. · Amalan riba tidak dibenarkan. · Golongan ceti yang memberikan pinjaman wang dibenarkan menjalankan aktiviti mereka. · Aktiviti amalan riba ditegaskan dalam Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang. · Orang kaya dan berkemampuan dikenakan bayar zakat. · Baitul mal ditubuhkan untuk menyelenggarakan harta kerajaan yang akan digunakan untuk kepentingan negara dan sumber bantuan kepada yang memerlukan. |
4. | (a) | Nyatakan nilai dan pengajaran yang kita perolehi daripada pengaruh Islam terhadap pelbagai aspek kehidupan ini. (Rujuk Buku Teks m.s 212) |
| | · Kehadiran agama Islam mengatasi pengaruh tradisi politik, ekonomi dan sosial Hindu Buddha yang telah bertapak sebelumnya. · Sebagai agama praktikal, Islam dapat diterima dengan mudah dan menyerap dalam masyarakat. · Lahir beberapa buah kerajaan Islam yang diterajui oleh Kerajaan Melayu Melaka abad ke 15. · Kerajaan ini berjaya muncul sebagai pusat perkembangan Islam terkemuka di Alam Melayu. · Melaka menjadi pusat perdagangan yang menarik kedatangan pedagang Islam, pusat pendidikan dan pengajian Islam, pusat intelektual dan kebudayaan Islam terkemuka. · Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis meenyebabkan Islam berkembang ke Johor- Riau, Kelantan, Terengganu dan Kedah. · Dalam bidang politik, kemunculan undang-undang yang berunsurkan syariah yang kuat membolehkan pentadbiran dan pemerintahan dijalankan dengan baik. · Sultan muncul sebagai tunjang kekuatan kerajaan dan agama. · Dalam bidang sosial, dipengaruhi Islam seperti pendidikan, bahasa dan sastera, kesenian dan sebagainya. · Dalam aspek ekonomi, pengharaman riba dan sebagainya. · Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, adalah zaman baru dalam pensejarahan rantau ini. · Islam membawa semangat nasionalisme dan intelektualisme sama ada golongan atasan mahupun bawahan. |
trimas
BalasPadambagus bagus skali
BalasPadamBagus
BalasPadamtq utk rujukan
BalasPadam