Ahad, 9 September 2012

SOALAN 10 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012

10. Bandingkan pembaharuan-pembaharuan Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji
pada abad ke-19.


A. Pengenalan (2 @ 3 M)
1. Raja Chulalongkorn (Rama V) merupakan Putera Mongkut dan baginda merupakan
raja yang berwibawa setanding dengan ayahandanya Raja Mongkut.
2. Baginda menaiki takhta ketika berusia 16 tahun selepas kematian ayahandanya Raja
Mongkut dan pembesar yang paling kanan, Chao Phraya Sri Suriawongse telah
dilantik menjadi pemangku raja.
3. Manakala, pada penghujung tahun 1867, Mutsuhito menaiki takhta pada usia 16
tahun dan menggunakan gelaran Maharaja Meiji yang bermaksud ‘pemerintah yang
terang menyinari’. Mutsuhito menjadi ‘pemegang kuasa’ di Jepun dan baginda telah
menjadi asas kepada pengekalan institusi maharaja di Jepun sehingga kini.
4. Pada tahun 1868, berlaku satu peristiwa bersejarah di Jepun, iaitu Pemulihan Meiji.
Pemulihan Meiji ini bermakna maharaja kembali kepada kedudukan sebenarnya,
iaitu sebagai ketua masyarakat yang tertinggi di Jepun.
B. Isi (20 M)
Pembaharuan Raja Chulalongkorn (10 M)
Aspek Politik dan Pentadbiran
1. Dasar Buka Pintu
a) Baginda telah meneruskan dasar buka pintu yang dimulakan oleh ayahandanya,
Raja Mongkut. Beberapa perjanjian yang telah ditandatangani, antara Thailand
dengan beberapa negara Barat seperti Perjanjian Perdagangan dengan Belgium,
Itali, Sweden dan Norway pada tahun 1868 dan perjanjian dengan Jerman pada
tahun 1872.
2. Dasar Diplomasi Wilayah
a) Raja Chulalongkorn juga mengadakan dasar diplomasi wilayah dengan
menyerahkan wilayah pengaruh Thailand kepada Perancis dan British.
b) Laos dan Kemboja diserahkan kepada Perancis dan Negeri-negeri Melayu Utara
diserahkan kepada British.
3. Hubungan peribadi dan diplomatik
a) Hubungan peribadi dan diplomatik juga diadakan dengan ketua-ketua negara
seperti Maharaja William II (Jerman), Tsar Nicholas II (Rusia), Prince Of Wales
(England) dan Presiden Loubet (Perancis)
b) Pada tahun 1897 dan 1907, baginda sendiri melawat Eropah demi mengekalkan
kemerdekaan, kemodenan dan kedaulatan Thailand agar tidak dijajah dan
dikuasai oleh mana-mana kuasa Barat.
4. Penasihat dari Barat
a) Raja Chulalongkorn turut membawa masuk dan menggajikan penasihat dari
Barat untuk membantu dalam usaha pemodenan Thailand.
b) Rolin Jacquemins (berbangsa Belgium) merupakan penasihat amnya.

c) Penasihat British pula diletakkan di Kementerian Undang-undang, penasihat
Jerman di Jabatan Kereta Api, penasihat dari Denmark pula dalam Angkatan
Laut dan penasihat Itali diletakkan dalam kerja-kerja pembinaan.
5. Pemusatan pentadbiran dan pemerintahan
a) Chulalongkorn menjalankan usaha pemusatan pemerintahan, iaitu dengan
menubuhkan 12 kementerian untuk menggantikan struktur pemerintahan dan
pentadbiran lama.
b) Pada tahun 1892, seluruh pentadbiran Thailand diletak dan diserahkan kepada
Kementerian Dalam Negeri Thailand.
c) Kementerian ini telah diterajui oleh Putera Damrong dan ini menyebabkan sistem
autonomi daerah turun-temurun itu ditamatkan.
d) Bagi melancarkan dan melicinkan sistem pentadbiran negara, Thailand telah
dibahagikan kepada18 monthon, maung dan amphur.
e) Chulalongkorn turut menubuhkan perbendaharaan moden di Thailand dengan
bantuan dan nasihat daripada penasihat kewangan British.
f) Dengan bantuan Rolin Jacquemins, sistem perundangan ala-Barat telah
diperkenalkan. Manakala di bawah penyeliaan Putera Rabi, Kementerian
Keadilan telah ditubuhkan.
Aspek ekonomi
1. Perdagangan asing dan pertanian
a) Tindakan Raja Chulalongkorn menggalakkan bentuk perdagangan asing dengan
British telah menjadikan British sebagai pelabur utama di Thailand.Bank-bank
British dan Perancis telah ditubuhkan di Thailand.
b) Selain perdagangan, bidang pertanian turut menjadi keutamaan Raja
Chulalongkorn.Kawasan- kawasan penanaman padi ditambah dan diperluaskan.
c) Di samping itu, projek-projek pengairan dan pembinaan jalan-jalan kereta api
telah dilaksanakan. Usaha pembaharuan Chulalongkorn turut terpapar apabila
baginda merupakan satu-satunya raja Charki yang berjaya memulakan
rancangan membina landasan kereta api dari Bangkok ke Korat yang
kemudiannya menjadi sistem pengangkutan penting terutama untuk
perdagangan Thailand.
Aspek sosial
1. Bidang pendidikan
a) Raja Chulalongkorn telah mendirikan sekolah-sekolah untuk golongan
bangsawan dan rakyat jelata.
b) Sekolah kerajaan yang pertama telah ditubuhkan di Bangkok pada tahun 1884.
c) Hampir setiap tahun Raja Chulalongkorn telah menghantar seramai 300 orang
pemuda Thailand ke luar negeri bagi melanjutkan pelajaran.
d) 3 buah sekolah kerajaan yang dikuasai sepenuhnya oleh guru-guru British telah
ditubuhkan pada tahun 1890-an.Antaranya adalah Sekolah Sunandalaya
(sekolah untuk pelajar perempuan bangsawan), Maktab Raja (untuk bangsawan
lelaki) dan sebuah lagi sekolah untuk anak-anak lelaki golongan kelas
pertengahan.

2. Bidang perhubungan dan pengangkutan
a) Raja Chulalongkorn telah mempertingkatkan sistem perhubungan di
Thailand.Pembinaan jalan- jalan kereta api telah dimulakan. Jalan kereta api
pertama telah dibina antara Bangkok dengan Paknam pada tahun 1893, dan
antara Bangkok dengan Ayuthia pada tahun 1897.
b) Selain itu, Sistem Perkhidmatan Pos dan Telegraf turut dimulakan.
3. Penghapusan adat tradisi
a) Raja Chulalongkorn telah menghapuskan beberapa adat tradisi, antaranya
seperti pada tahun1873, adat sujud di hadapan raja telah dimansuhkan.
b) Selain itu baginda telah meluluskan undang-undang untuk menghapuskan sistem
buruh paksa dan mewajibkan bayaran untuk penggunaan tenaga buruh.Pada
tahun 1905, sistem penghambaan turut dihapuskan.
Pembaharuan Maharaja Meiji (10 M)
Aspek Politik dan Pentadbiran
1. Pemusatan pentadbiran dan pemerintahan
a) Maharaja Meiji turut berjaya mengekalkan kestabilan politik demi pemodenan
Jepun. Maharaja Meiji juga telah menjalankan sistem pemerintahan berpusat.
b) Pada tahun 1871, sistem feudal secara rasminya telah dihapuskan.
c) Pada tahun 1868, wakil Kerajaan Meiji telah mengisytiharkan pemerintahan
secara langsung di Jepun dan pengumuman ini telah diadakan di seluruh wilayah
Jepun.
d) Pada tahun 1869, daimyo-daimyo Satsuma, Chosu, Tosu dan Hizen telah
menyerahkan wilayah dan keistimewaan feudal mereka kepada Maharaja Meiji.
e) Negara Jepun telah dibahagikan kepada beberapa daerah di bawah gabenor
yang dilantik oleh kerajaan pusat.
f) Selain itu, Kerajaan Meiji telah memberikan pencen tahunan kepada daimyodaimyo.
2. Bidang ketenteraan
a) Maharaja Meiji juga memberikan tumpuan dan keutamaan kepada bidang
ketenteraan dengan memperkenalkan Sistem Kerahan Moden yang terdiri
daripada rakyat biasa yang berumur 20 tahun ke atas.
b) Sistem Kerahan Moden merupakan suatu bentuk kerahan tenaga yang ditiru
daripada Jerman. Kerajaan telah mewajibkan kerahan tenaga terutama golongan
muda supaya berkhidmat dalam angkatan tetap atau simpanan selama 12 tahun
(3 tahun dalam angkatan tetap dan 9 tahun sebagai simpanan).
c) Sistem ini telah menyebabkan jumlah angkatan Jepun bertambah dan sistem
pertahanannya semakin kukuh dengan pembelian senjata moden.
d) Pada tahun 1870, tentera darat moden telah ditubuhkan di bawah Aritomo.
e) Pada tahun 1871, beberapa maktab tentera tentera turut ditubuhkan dan ini
dikendalikan oleh pelatih-pelatih dari Jerman dan Perancis.

Aspek Ekonomi
1. Perindustrian dan perdagangan
a) Maharaja Meiji telah memberikan keutamaan kepada bidang perindustrian.
Kerajaan Meiji dikatakan telah memainkan peranan penting dalam perancangan,
pembiayaan dan pencarian bahan-bahan mentah dan juga pasaran. Satu bentuk
sistem cukai moden telah dilaksanakan.
b) Selain itu, Kerajaan Meiji telah menjual perusahaan-perusahaan yang maju
kepada pihak swasta dengan harga yang murah dan bantuan pinjaman juga
diberikan kepada pihak swasta.
c) Kepakaran dari Barat telah digunakan sepenuhnya dan sistem kewangan
dikemas kini dengan penubuhan bank-bank seperti Bank Tokyo, Bank Jepun dan
Bank Yokohama.
Aspek Sosial
1. Bidang pendidikan
a) Sepertimana Raja Chulalongkorn, Maharaja Meiji juga memperkenalkan sistem
pendidikan moden di Jepun, iaitu pada tahun 1872.
b) Sebuah Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1872. Pendidikan
rendah di Jepun telah berasaskan model Amerika Syarikat.
c) Maharaja Meiji telah menetapkan dan mewajibkan pendidikan rendah di Jepun
selama 3 tahun.
d) Kerajaan telah menubuhkan Universiti Tokyo dan Universiti Imperial di Kyoto,
Kyushu dan Hokkaido.
e) Selain itu, Maktab Teknikal telah ditubuhkan bagi mengekalkan kemahiran
teknikal yang amat diperlukan oleh Jepun bagi tujuan pembangunan fizikal.
f) Maharaja Meiji turut menghantar pelajar-pelajar Jepun melanjutkan pelajaran
dalam bidang sains Barat dan mereka telah dihantar ke Britain, negara Jerman,
Perancis dan Amerika Syarikat.
2. Sistem penubuhan dan pengangkutan
a) Kerajaan Meiji turut memodenkan dan memajukan sistem perhubungan.
b) Jalan kereta api dari Tokyo ke Yokohama telah dibina pada tahun 1871, dari
Osaka ke Kobe pada tahun 1874 dan dari Osaka ke Kyoto pada tahun 1877.
c) Selain itu, Meiji telah mewujudkan sistem telegraf dan perkhidmatan pos.
C. Penutup (2 @ 3 M)
1. Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji merupakan pemimpin yang berusaha
untuk memodenkan negara masing-masing.
2. Dengan usaha ini, Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaannya dan dapat
mempertahankan kedaulatan negaranya daripada dicerobohi dan dijajah oleh
mana-mana kuasa asing.
3. Manakala Jepun pula telah muncul sebagai sebuah negara yang begitu moden
dan berjaya dalam bidang perindustrian.
4. Negara Jepun telah lahir sebagai sebuah kuasa imperialis dunia yang dapat
menguasai negara-negara Asia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...