Ahad, 9 September 2012

SOALAN 3 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012

3. Bincangkan tindak balas masyarakat peribumi di Sarawak dan Sabah terhadap
pentadbiran British antara tahun 1850 hingga 1915.

A. Pengenalan (2 @ 3M)
1. Setelah menjadi Raja Sarawak, James Brooke telah melaksanakan beberapa
pembaharuan di Sarawak, tetapi bertentangan dengan amalan tradisi
masyarakat Sarawak. Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan oleh
Brooke telah menimbulkan perasaan tidak puas hati pembesar wilayah kerana
kedudukan mereka terjejas. Lantaran itu mereka berusaha untuk menghalau
Brooke keluar dari Sarawak.
2. Sementara Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang menguasai Sabah telah
melaksanakan banyak pembaharuan di Sabah. Pembaharuan-pembaharuan
yang dilaksanakan oleh SBUB ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati
masyarakat tempatan terutamanya pembesar kerana mereka telah kehilangan
hak dan kedudukan istimewa. Pembesar-pembesar yang tidak puas hati telah
mengetuai penentangan terhadap pentadbiran SBUB di Sabah.
B. Isi (20 M)
1. Tindakbalas di Sarawak (10m)
a) Penentangan Rentap (1853)
i. Rentap atau nama sebenarnya Libau merupakan seorang pahlawan Iban
yang terkenal dengan gelaran Raja Darat. Beliau merupakan penghulu
atau ketua orang Iban yang amat dihormati dan terpengaruh di hulu
Sungai Sekrang.
ii. Rentap menentang pemerintahan James Brooke di Sarawak kerana
James Brooke menganggap orang-orang Iban yang mendiami kawasan di
sepanjang Sungai Rejang sebagai lanun dan amat membahayakan.
Beliau juga menentang tindakan James Brooke yang berusaha untuk
menghapuskan Adat Mengayau ataupun pemburuan kepala yang
merupakan amalan tradisi orang Iban di Sarawak.
iii. Pada tahun 1853, Rentap telah melancarkan serangan ke atas kubu
British di Sekrang dan menyebabkan seorang pegawai British iaitu Alan
Lee terbunuh. Kejayaan ini menyebabkan kedudukan dan pengaruh
Rentap di kalangan orang Iban semakin kukuh.
iv. Pada tahun 1854, pihak British telah mengarahkan tenteranya mencari
dan menangkap ataupun membunuh Rentap. Ini menyebabkan Rentap
dan pengikut-pengikutnya melarikan diri dan membina kubu di Bukit
Sadok.
v. Tentera British yang diketuai oleh Charles Brooke telah melancarkan
beberapa serangan ke atas kubu Rentap di Bukit Sadok, tetapi gagal
menawannya. Pada tahun 1861, Charles Brooke dan tenteranya telah
berjaya mengalahkan Rentap serta menawan kubunya di Bukit Sadok.
vi. Rentap dan pengikutnya telah melarikan diri ke Hulu Sungai Entabai dan
meneruskan perjuangannya menentang pemerintahan Brooke di Sarawak
sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1870-an.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
9
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
b) Penentangan Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul Ghapur (1859)
i. Sharip Masahor merupakan pembesar atau gabenor Sarikei sejak tahun
1849. Beliau amat berpengaruh di kalangan orang-orang Malanau dan
Iban.
ii. Sharip Masahor tidak puas hati apabila James Brooke bertindak
meletakkan Sarikei di bawah pentadbirannya, membina kubu di Kanowit
di bawah pengawalan seorang pegawai British dan melucutkan
jawatannya sebagai gabenor Sarikei pada tahun 1855 atas alasan beliau
campur tangan dalam pertelingkahan di Mukah dan digantikan oleh
Charles Fox.
iii. Sementara Dato Patinggi Abdul Ghapur pula merupakan seorang
pembesar Melayu yang memegang jawatan Dato Patinggi di Bandar
Kuching. Beliau telah dilucutkan jawatan dan pangkat oleh James Brooke
pada tahun 1854 atas alasan mengenakan cukai yang tinggi ke atas
penduduk Bandar Kuching. Justeru itu beliau menyimpan dendam
terhadap pemerintahan Brooke.
iv. Pada tahun 1859, Sharip Masahor telah mengadakan pakatan dengan
Dato Patinggi Abdul Ghapur bagi menghapuskan pengaruh British di
Serawak. Pakatan Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul Ghapur telah
menyerang Kanowit dan menyebabkan dua orang pegawai British
termasuk Charles Fox telah terbunuh.
v. Kejayaan ini menyebabkan Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul
Ghapur merancang untuk menyerang Pontianak dan menghapuskan
semua orang Belanda seterusnya mara ke Kuching untuk memusnahkan
pusat pentadbiran British di Bandar Kuching.
vi. Malangnya rancangan ini diketahui oleh Brooke. Sementara Dato Patinggi
Abdul Ghapur pula ditawan oleh Belanda dan dipenjarakan di Betawi.
vii. Pada tahun 1860, Sharip Masahor mara ke bandar Kuching dan
bertembung dengan tentera Britsh yang dipimpin oleh Charles Brooke di
Sungai Sadong. Satu pertempuran telah meletus di Sungai Sadong.
viii. Sharip Masahor telah tewas dan melarikan diri ke Batang Lupar, Rajang
dan akhirnya Sarikei. Tentera British yang dipimpin oleh Charles Brooke
telah menyerang dan memusnahkan Igan iaitu kampung asal Sharip
Masahor di Sarikei.
ix. Sharip Masahor telah melarikan diri ke Mukah pada tahun 1861. Satu
rundingan telah diadakan antara James Brooke dengan Sultan Brunei.
Melalui rundingan ini, Sultan Brunei meminta Sharip Masahor
meninggalkan Mukah. Sharip Masahor akhirnya bersetuju menjadi orang
buangan di Singapura sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun
1890.
c) Penentangan Banting (1895)
i. Banting merupakan penghulu orang-orang Iban di Hulu Sungai Batang
Lupar.
ii. Beliau menentang pemerintahan Brooke di Sarawak apabila Brooke cuba
menghapuskan amalan tradisi orang-orang Iban di Sarawak dan tindakan
kerajaan Brooke mengenakan denda terhadap beliau sebanyak RM7.20
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
10
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
sen kerana membawa masuk Tajau dan perkakas tembaga ke Sarawak
tanpa membayar cukai.
iii. Bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan Brooke,
pada tahun 1895, Banting telah menyerang perkampungan Dayak di
Sukong dan menyebabkan 10 orang terbunuh.
iv. Akibat serangan tersebut Charles Brooke telah berusaha untuk
menangkap Banting antara tahun 1896-1902 tetapi gagal.
v. Banting telah berjuang menentang pemerintahan Brooke di Sarawak
selama 15 tahun. Akhirnya pada tahun 1904, Banting telah berjaya
dikalahkan oleh tentera British dalam pertempuran “Bung-Ka”.
vi. Menjelang bulan Mac 1906, pengaruh dan kuasa Banting semakin lemah.
Banting akhirnya berjanji akan menghentikan penentangannya terhadap
pemerintahan Brooke di Sarawak dan bersetuju membayar semua denda
yang dikenakan terhadapnya.
vii. Banting dan pengikutnya telah berpindah ke Sungai Lemboyan di Hulu
Sungai Delok dan menetap di situ sehingga akhir hayatnya.
2. Tindak balas di Sabah (10m)
a) Penentangan Mat Salleh (1897)
i. Mat Salleh atau nama sebenarnya Muhammad Salleh telah dilahirkan di
Inanam Sabah dan berketurunan Bajau Suluk. Beliau merupakan
pembesar yang mentadbir kawasan atau daerah di Hulu Sungai Sugut.
ii. Beliau menentang pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di
Sabah apabila SBUB bertindak :
iii. Menggabungkan semua wilayah dan sistem politik yang berbeza di
Sabah dalam satu pentadbiran pusat.
iv. Memperkenalkan beberapa peraturan baru di Sabah seperti mengenakan
cukai yang tinggi, membayar upah yang rendah dan mengambil-alih hak
pemungutan cukai beliau.
v. Campur tangan dalam daerah pentadbirannya (Inanam).
vi. Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikutnya menyerang dan
memusnahkan pusat pentadbiran SBUB di Pulau Gaya. SBUB bertindak
balas menyerang dan memusnahkan Inanam. Mat Salleh dan
pengikutnya melarikan diri dan membina kubu di Ranau, tetapi berjaya
dimusnahkan oleh SBUB. Mat Salleh berjaya melarikan diri.
vii. SBUB bimbang terhadap penentangan yang dilakukan oleh Mat Salleh.
Akhirnya satu pertemuan telah diadakan antara Mat Salleh dengan
pengarah SBUB iaitu William Cowie di Menggatal pada tahun 1898.
Dalam pertemuan ini SBUB bersetuju memberi pengampunan kepada
Mat Salleh dan pengikutnya. Mat Salleh dibenarkan menetap dan
berkuasa di Tambunan.
viii. Walau bagaimanapun SBUB telah mungkir janji dan bertindak mengambil
semula Tambunan pada tahun 1899. Tindakan SBUB ini telah
menimbulkan kemarahan Mat Salleh. Mat Salleh dan pengikutnya telah
meneruskan perjuangan menentang pentadbiran SBUB di Sabah. Pada
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
11
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
tahun 1900, satu pertempuran sengit telah tercetus antara Mat Salleh dan
pengikutnya dengan tentera SBUB. Dalam pertempuran ini, Mat Salleh
telah terbunuh.
b) Penentangan Antanum (1915)
i. Antanum merupakan ketua suku kaum Murut di Sabah yang menganggap
dirinya suci dan mendakwa boleh menghalau SBUB keluar dari kawasan
mereka.
ii. Penentangan kaum Murut yang dipimpin oleh Antanum terhadap
pentadbiran SBUB di Sabah juga di kenali sebagai Kebangkitan
Rundum. Penentangan ini di kenali sebagai Kebangkitan Rundum kerana
ia tercetus di daerah Rundum yang terletak di pedalaman Sabah.
iii. Antanum menentang pentadbiran SBUB di Sabah apabila SBUB
bertindak :
 Memperkenalkan sistem pendaftaran hak milik tanah bagi menyekat
kegiatan pertanian pindah.
 Mengawal kegiatan membuat tapai dengan cara mengenakan cukai
ke atas beras dan ubi kayu yang merupakan makanan utama orang
Murut.
 Mengenakan cukai ke atas tanah 50 sen seekar setahun.
 Memaksa orang Murut membina jalan di kawasan pedalaman tanpa
membayar gaji.
iv. Pada bulan Jun 1914, Antanum telah memimpin orang Murut
menyerang dan membakar Pensiangan dan Rundum. Pada bulan
Februari 1915, Antanum bersama-sama dengan 900 orang pengikutnya
telah membina kubu di Selangit. Mereka telah menyerang dan
memusnahkan Pensiangan dan pejabat pegawai daerah Rundum.
Antanum menyifatkan serangan tersebut sebagai Perang Agama.
v. Pada bulan April 1915, pasukan tentera SBUB telah melancarkan
serangan dan memusnahkan kubu Antanum di Selangit. Dalam serangan
ini, Antanum bersama–sama dengan 400 orang pengikutnya telah
terbunuh. Sementara pengikut-pengikut Antanum yang terselamat dalam
pertempuran tersebut telah berpindah beramai-ramai ke Kalimantan.
C. Penutup (2 @3M)
1. Kegagalan penentangan kaum peribumi Serawak menentang pemerintahan
Brooke menyebabkan kedudukan Brooke semakin kukuh di Serawak. Brooke
telah diiktiraf oleh pembesar Melayu sebagai wakil pemerintah yang sah yang di
lantik oleh Sultan Brunei.
2. Sementara kegagalan penentangan Mat Salleh dan Antanum di Sabah
menyebabkan kedudukan SBUB di Sabah semakin kukuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...