Ahad, 9 September 2012

SOALAN 11 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012

11. Bincangkan peranan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China dan
Myanmar sehingga pertengahan abad ke 20.


A. Pengenalan ( 2@3 M)
1. Penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China pada awal
abad ke 20 dapat di kesan melalui peristiwa gerakan 4 Mei yang tercetus pada
tahun 1919. Matlamat gerakan 4 Mei adalah untuk mendapatakan kembali
semenanjung Shantung daripada pihak Jepun dan menolak 21 tuntutan Jepun ke
atas negara China.
2. Sementara penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di
Myanmar pada awal abad ke 20 di kesan melalui penubuhan Persatuan Belia
Buddha pada tahun 1906, Persatuan Dobama 1930 dan liga Pemuda Myanmar
1931. Pada tahun 1935 Persatuan Dobama dan liga Pemuda Myanmar telah
bergabung membentuk pertubuhan Dobama Asiayone dan anggota-anggotanya
menggelarkan diri mereka dengan gelaran Thakin yang bermaksud tuan.
Matlamat perjuangan mereka ialah mendapatkan kemerdekaan Myanmar
daripada pihak British.
B. Isi (20 M)
Peranan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China ( 10 M )
1. Gerakan 4 Mei telah menonjolkan peranan golongan pelajar sebagai pembela
kepentingan nasional di China. Melalui gerakan 4 Mei ini, golongan pelajar telah
memainkan peranan penting membangkitkan semangat nasionalisme di
kalangan rakyat China. Ini jelas terbukti bila mana demontrasi yang dimulakan
oleh golongan pelajar telah mengakibatkan demontrasi dan pemogokan di
seluruh negara China.
2. Bagi menentang tuntutan Jepun, pelajar China turut memainkan peranan
memupuk sentimen anti- Jepun dengan cara memulaukan barangan buatan
Jepun. Pemulauan ini telah mendapat sokongan orang ramai termasuklah Dr
Sun Yat Sen.
3. Penentangan yang dilakukan oleh orang cina terhadap keputusan Persidangan
Versailles telah membawa kepada Persidangan Washington pada 21 November
1921. Melalui Persidangan Washington ini, Jepun bersetuju mengembalikan
wilayah Shantung kepada China dan menggugurkan 21 tuntutan ke atas negara
China.
4. Kegiatan golongan pelajar dalam gerakan 4 Mei telah melemahkan kerajaan
Hulubalang yang menguasai kerajaan China di Peking. Sebaliknya gerakan
Pelajar ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan Parti Kaomintang sehingga
berjaya menubuhkan Kerajaan Nasionalis di Nangking pada tahun 1928.
5. Melalui peristiwa gerakan 4 Mei, golongan pelajar dan intelek China amat tertarik
dengan ideologi Karl Mark dan Bolshevik sehingga membawa kepada
penubuhan Parti Komunis China pada tahun 1921.
6. Melalui gerakan 4 Mei golongan pelajar turut memainkan peranan menghasil dan
menyebarkan bahan-bahan bacaan samaada terjemahan dari barat atau di

hasilkan sendiri oleh golongan intelek China kepada masyarakat Cina. Mereka
turut mengkritik kebudayaan tradisional China yang berasaskan ajaran Confucius
kerana banyak ideanya bertentangan dengan kemajuan dan perkembangan
intelektual moden. Mereka menyokong pembentukan negara China yang moden
berasaskan sains dan idea barat.
7. Gerakan 4 Mei turut meningkatkan kedudukan golongan wanita kerana ia turut
melibatkan pelajar-pelajar wanita yang turut menyertai demontrasi-demontrasi
yang diadakan,
Peranan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme Myanmar. ( 10 M )
1. Peranan golongan pelajar melalui Persatuan Belia Buddha.
a) Melancarkan protes terhadap pemakaian kasut oleh orang Eropah dalam
rumah berhala dan pagoda.
b) Menuntut kerajaan British melaksanakan pembaharuan-pembaharuan
perlembagaan yang sama seperti yang diperkenalkan oleh British di India
melalui sistem pemerintahan dua lapis (diarchy) pada tahun 1919.
c) Mengatur dan mengawal satu pemogokan pelajar sebagai membantah
keputusan British untuk meninggikan taraf bagi memasuki universiti
Ranggoon dan markah kelulusan peperiksaan.
2. Peranan golongan Thakin.
a) Melancarkan pemogokan bagi membantah tindakan disiplin yang di kenakan
ke atas U Nu iaitu Presiden Persatuan Pelajar universiti Ranggoon dan Aung
San iaitu Setiausaha Persatuan pelajar Universiti Ranggoon serta menuntut
pindaan Akta Universiti 1920.
b) Mengambil bahagian dalam pilihan raya yang pertama di Myanmar melalui
parti politik mereka sendiri iaitu Komin-Kochin pada tahun 1936.
c) Menubuhkan persatuan atau pertubuhan bagi mendapatkan sokongan
golongan petani dan pekerja seperti Persatuan Kaum Petani Se Burma, Liga
Penanaman Padi Se Burma dan Kongres Buruh Seluruh Burma.
d) Menubuhkan Blok Kebebasan bersama Dr Ba Maw semasa perang dunia ke
2 bagi menuntut beberapa konsesi dari pihak British bagi penyertaan
Myanmar dalam perang dunia ke 2.
e) Mengadakan pakatan dengan Jepun melancarkan serangan terhadap British
di Myanmar. Atas usaha golongan Thakin Jepun telah memberi kemerdekaan
kepada Myanmar pada 1 hb ogos 1943.
f) Menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasist bersama pertubuhan
nasionalis Myanmar yang lain pada tahun 1944 untuk menentang Jepun.
g) Mengetuai delegasi Myanmar ke London bagi menuntut kemerdekaan
Myanmar dari pihak British. Akhirnya kemerdekaan Myanmar diisytiharkan
pada 4 hb Januari 1948 dengan Thakin U Nu sebagai perdana menteri.
C. Penutup ( 2 @ 3 M )
1. Golongan pelajar memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di
China dan Myanmar.
2. Penglibatan golongan pelajar telah berjaya menyatukan rakyat di kedua-dua
negara tersebut dalam usaha menentang imperialisme barat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...