Ahad, 9 September 2012

SOALAN 7 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012

BAHAGIAN B
7. Bandingkan dasar tutup pintu antara negara China dan Jepun pada abad ke-19.

A. Pengenalan (2@3 M)
1. Dasar pintu tertutup merupakan dasar yang dijalankan bagi mengelakkan campur
tangan dan kemasukan pengaruh luar, malah dalam banyak keadaan
menghalang kemasukan pedagang luar ke negara mereka.
2. Di negara China, dasar pintu tertutup ini diamalkan antara period abad ke-18
hingga pertengahan abad ke-19. Sehingga period ini, negara China menganggap
orang luar sebagai orang gasar atau Barbarian, Sepanjang period tersebut,
negara China lebih menumpukan perhatian kepada perkembangan ekonomi
dalaman sahaja
3. Jepun telah menjalankan dasar pemencilan yang relatif dari dunia luar sebelum
pemulihan Meiji pada tahun 1868, Dasar isolasi sebenarnya bukanlah bersifat
mutlak. Ini kerana Jepun sebenarnya masih lagi menerima kehadiran kuasakuasa
luar, namun dengan kadar yang minimum dan terkawal. Walau
bagaimanapun, boleh dikatakan bahawa sehingga tahun 1850-an, tidak terdapat
pedagang asing di Jepun. Jepun juga dalam period ini lebih menekankan
perkembangan ekonomi dalaman sahaja.
B. Isi (20 M)
Dasar Pintu Tertutup di China (10 M)
1. Pemerintah China merasakan bahawa hubungan dengan luar tidak diperlukan
sebab segala keperluan mereka dapat diperoleh dari dalam negara mereka
sendiri. Mereka tidak memerlukan barangan dari luar sebab sumber barangan
sama ada makanan atau keperluan seharian dapat diperoleh dengan mudah.
Sistem ekonomi sara diri yang diamalkan menyebabkan keperluan terhadap
barangan dari luar sangat kecil. Keadaan ini, sebaliknya terhadap kuasa luar
yang sangat memerlukan barangan negara China terutama tembikar, teh, sutera
dan sebagainya.
2. Dasar negara ini juga sangat berkait rapat dengan rasa kebimbangan yang
dialami bahawa pihak luar terutama kuasa Barat akan campur tangan dalam
politik tempatan.
3. Mereka juga bimbang, budaya dan agama tempatan akan terjejas apabila pihak
Barat campur tangan. Agama Kristian yang dibawa oleh Barat akan
menyebabkan agama tradisi yang dianuti sejak sekian lama menerima ancaman.
4. Bagi negara China , mereka beranggapan bahawa kuasa Barat adalah tidak
setanding dengan mereka yang dikenali sebagai Middle Kingdom. Oleh itu,
hubungan sama taraf tidak boleh dilakukan kerana ia akan menjatuhkan
kedudukan “Middle Kingdom” tersebut

5. Sehingga abad ke-18, negara China masih lagi menjalankan hubungan baik
dengan kuasa-kuasa Barat. Walau bagaimanapun, negara China masih tetap
menganggap kuasa-kuasa Barat sebagai Barbarian dan dalam masa yang sama
pemimpin-pemimpin negara China masih lagi melihat `keagungan silam' mereka.
6. Dalam sejarah negara China, dasar pintu tertutup dan pintu terbuka sering
mendominasi hubungannya dengan kuasa luar. Misalnya, sebelum negara China
menutup pintunya pada abad ke-19, negara China telah menjalankan dasar pintu
terbuka. Dasar pintu terbuka ini telah dilaksanakan sejak abad ke-16 lagi.
7. Walau bagaimanapun, China kemudiannya mengetatkan hubungan tersebut
terutama sekitar abad ke-18 dan awal abad ke-19. Negara China sebenarnya
tidak dapat lari daripada perhatian kuasa Barat sejak abad ke-16, iaitu permulaan
period pelayaran dan penjelajahan mereka.malah, sebelum kehadiran kuasa
Barat ke negara China, barangan dan negara China telah terlebih awal
menguasai Barat.
8. Portugis,Sepanyol dan Belanda merupakan kuasa Barat pertama membuat
hubungan dengan negara China sepanjang period abad ke-16 hingga abad ke-
18.
9. Selain hubungan dagang, negara China juga membenarkan mubaligh Kristian
memasuki negara China.
10. Namun sepanjang masa, kuasa Barat sebenarnya hanya dibenarkan untuk
bergerak di kawasan yang terhad di negara China. Hanya pelabuhan tertentu
sahaja yang dibenarkan menerima kedatangan pedagang Barat.Canton menjadi
satu-satunya pelabuhan yang menerima delegasi dari negara-negara yang
mengakui kewujudan kekuasaan Negara China ke atas mereka.
11. Sistem perdagangan Canton bukan sahaja menggambarkan bahawa negara
China menjalankan dasar pintu tertutup tetapi juga memperlihatkan mentaliti
negara China yang masih menganggap bahawa mereka masih lagi Middle
Kingdom yang tidak memerlukan hubungan dan barangan dari negara luar.
Sistem perdagangan Canton memperjelas bahawa segala aktiviti perdagangan
akan dijalankan melalui satu dasar yang bersifat monopoli. Pihak kerajaan telah
memberikan kuasa perdagangan kepada hanya 13 buah firma komersil yang
dikenali sebagai Hong yang akan bertindak sebagai agen jualan.
12. Untuk mengukuhkan firma-firma ini, maka sebuah pertubuhan pedagang yang
dikenali sebagai Co-hong telah ditubuhkan dan menjalankan aktiviti mereka
berdasarkan 13 perkara tentang harga barangan dan sebagainya yang berkaitan
dengan perdagangan.
13. Pedagang-pedagang juga terikat kepada beberapa peraturan yang telah
ditetapkan. Antara peraturan tersebut adalah seperti berikut:
a) Kapal-kapal perang dilarang memasuki pelabuhan

b) Kaum wanita dan senjata tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan
gudang di pelabuhan
c) Kesemua anak kapal dikehendaki mendaftar diri di Macao
d) Gudang-gudang asing hanya dibenarkan mempunyai lebih daripada 8
pekerja China
e) Orang asing tidak dibenarkan membuat sebarang bentuk hubungan dengan
pegawai-pegawai China kecuali melalui Co-hong
f) Orang asing tidak dibenarkan bebas keluar dari kawasan yang ditetapkan
g) Orang asing tidak dibenarkan menaiki kapal yang mempunyai bendera dan
bot yang tertutup
h) Orang asing tidak dibenarkan kekal di Canton selepas musim perdagangan
berakhir
i) Kapal-kapal asing hanya dibenarkan berlabuh di Whampoa
j) Orang asing tidak dibenarkan membeli buku-buku atau mempelajari Bahasa
Cina
14. Kesemua peraturan ini amat ketat dilaksanakan oleh negara China. Selain itu
kuasa barat juga dikehendaki mematuhi peraturan dan undang-undang negara
China yang dilihat oleh barat sebagai undang-undang yang berbeza dengan
undang-undang mereka dan bersifat kejam.
15. Namun, desakan dari barat yang semakin meluas serta kekalahan mereka dalam
peperangan telah menyebabkan mereka 'terpaksa mengamalkan dasar pintu
terbuka kepada kuasa-kuasa luar. Ini bermakna dasar pintu terbuka yang
diamalkan oleh negara China bukanlah satu dasar sengaja yang dibuat oleh
kerajaan, sebaliknya kesan daripada kekalahan yang dialaminya dalam beberapa
peperangan bermula sekitar pertengahan abad ke-19.
Dasar Pintu Tertutup di Jepun (10 M)
1. Semasa Zaman Kesyogunan Tokugawa, dasar pintu terbuka Jepun ditunjukkan
melalui usaha menjalin hubungan dagang dengan kuasa-kuasa asing. Saudagarsaudagar
Jepun telah digalakkan menjalin hubungan dagang dengan Asia
Tenggara dan negara China.Malah, Jepun turut menerima kedatangan pedagang
Barat.Misalnya, Tokugawa Ieyasu menerima dengan baik kehadiran pedagang
Portugis dan Belanda pada awal abad ke-16 dan 17.
2. Walau bagaimanapun, dasar pintu terbuka ini berakhir sekitar tahun 1630-an
apabila Jepun menutup pintu kepada orang asing. Perdagangan asing telah
diharamkan dan semua orang asing telah diusir keluar dari negara
tersebut.Malah orang Jepun sendiri dilarang melawat negara luar.
3. Dasar pintu tertutup Jepun yang berlangsung sejak pertengahan abad ke-17
telah mendapat perhatian pihak Barat. Misalnya pada tahun 1884, Raja Belanda

telah menasihatkan Kesyogunan Tokugawa agar menghentikan dasar tersebut.
Walau bagaimanapun, saranan Raja Belanda ini tidak diendahkan oleh
Kesyogunan Tokugawa.
4. Stamford Raffles telah berusaha untuk mengadakan hubungan dengan Jepun
dengan menghantar misi ke Nagasaki pada tahun 1813. Walau bagaimanapun,
misi ini gagal.Misi ini tidak diteruskan kerana perhatian Britian terhadap Jepun
terutama dilihat daripada sudut keuntungan perdagangan adalah masih
minimum. Malah apabila Amerika Syarikat mengumumkan akan menghantar misi
ke Jepun dalam tahun 1853, Britain telah memberi sokongan penuh dan
berharap kejayaan misi tersebut akan merintis jalan ke arah pembabitan mereka
di Jepun.
5. Dasar pemencilan Jepun hanya berakhir dengan kehadiran Komodor Mathew C.
Perry pada Julai 1853 di Uraga yang menjadi penanda penting kepada
perubahan dasar Jepun kemudiannya. Kehadirannya telah membawa kepada
Perjanjian Kanagawa yang membuka beberapa pelabuhan Jepun kepada orang
luar.Tekanan yang dikenakan oleh kuasa Barat terutama Amerika Syarikat
menyebabkan Jepun tidak mempunyai banyak pilihan.
6. Menyedari ancaman yang diberikan oleh Komoder Perry, pemerintah Tokogawa
telah setuju untuk membuat hubungan dengan Amerika dan menandatangani
Perjanjian Kanagawa (31 Mac 1854) Antara syarat perjanjian tersebut:
a) Jepun akan membuka pelabuhan Shimoda dan Hakodate kepada pedagang
Amerika,
b) Jepun dikehendaki memberi layanan yang baik kepada kelasi kapal
Amerika,
c) Amerika akan menempatkan konsulnya di Shimoda
d) Amerika akan mendapat layanan hak wilayah asingan,
C. Penutup (2@3 M)
1. Perang Candu pada 1839 yang membawa kepada termeterainya perjanjian
Nanking 1842 menyebabkan dasar pintu tertutup telah berakhir di China.
2. Perjanjian Kanagawa dengan Amerika Syarikat ini telah menjadi titik tolak
kepada penamatan dasar isolasi Jepun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...