Ahad, 9 September 2012

SOALAN 8 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012

8. Bincangkan kegiatan ekonomi sara diri di Vietnam dan Filipina sebelum peluasan
kuasa Barat.


A. Pengenalan ( 2 @ 3 M )
1. Ekonomi saradiri merupakan satu kegiatan ekonomi yang bertujuan untuk
menyara diri dan keluarga. Ini bermakna semua kegiatan ekonomi yang
dijalankan adalah untuk keperluan keluarga dan digunakan oleh ahli keluarga
sahaja.
2. Di Negara Asia, kegiatan ekonomi sara diri yang diamalkan adalah lebih
tertumpu kepada aktiviti pertanian terutamanya penanaman padi. Di samping itu
mereka turut menjalankan kegiatan penternakan, perikanan,memburu binatang,
memungut hasil hutan , pertukangan, perdagangan dan perlombongan.
3. Antara negara Asia Tenggara yang mengamalkan sistem ekonomi saradiri ialah
Vietnam dan Filipina.
B. Isi (20 M)
Ekonomi saradiri di Vietnam ( 10 M )
1. Pertanian
a) Penanaman padi.
i. Penanaman padi melibatkan 5/6 daripada jumlah keluasan kawasan
pertanian di Vietnam.Ini kerana beras merupakan makanan utama
penduduk Vietnam. ¾ daripada penduduk Vietnam bergantung kepada
pekerjaan pengeluaran padi.
ii. Terdapat pelbagai jenis padi yang ditanam di Vietnam dan berbeza dari
satu kawasan dengan kawasan yang lain mengikut keadaan iklim dan
jenis tanah.
iii. Petani akan menuai 20 hingga 25 bushel padi seekar untuk
membolehkan sesebuah keluarga menampung keperluan hidup mereka.
iv. Kawasan tanaman padi yang utama di Vietnam ialah di Delta Song-Koi
dan Delta Mekong. Petani-petani Vietnam menggunakan sistem taliair
untuk mengairi kawasan tanah kering dan seterusnya mengusahakan
pertanian.Keadaan ini membolehkan petani di Vietnam mengusahakan
tanaman padi dua kali setahun. Bagi menyuburkan tanaman, mereka
menggunakan najis binatang dan manusia.
b) Tanaman lain.
i. Masyarakat Vietnam turut menanam tanaman lain sebagai kegiatan
ekonomi saradiri seperti ubu keledek, jagung, kacang dan buahbuahan.
Tanaman ini merupakan tanaman luar musim yang ditanam di
kawasan sawah padi seperti Cochin-China dan Annam.
ii. Mereka turut menanam teh di Tongking dan Utara Annam untuk
mempelbagaikan hasil pertanian.
c) Perikanan

i. Masyarakat Vietnam turut menjalankan kegiatan menangkap ikan.
Kegiatan menangkap ikan ini dijalankan di Tasik Tonle Sap.
ii. Hasil tangkapan ikan akan dikeringkan, disalai atau dijeruk untuk
dieksport atau diperdagangkan.
iii. Ikan ini akan dibawa keluar dari kawasan Tonle Sap dengan perahu kedataran
Mekong melalui jalan daratan lumpur.
2. Pertukangan/perusahaan
a) Masyarakat Vietnam turut menjalankan kegiatan perusahaan atau
pertukangan sebagai salah satu aktiviti ekonomi saradiri. Mereka membuat
tembikar, tenunan dan menganyam.
b) Kegiatan pertukangan mendapat lebih pengiktirafan daripada
petani.Golongan ini dikecualikan daripada kerahan tenaga dan membayar
cukai.Namun mereka terpaksa menghasilkan barangan pertukangan kepada
Maharaja sebagai ganti kepada cukai.
3. Perdagangan
a) Kegiatan perdagangan berlaku antara kawasan daratan dengan kawasan
bukit di pendalaman.
b) Kayu bukit dan buluh akan diperdagangkan untuk mendapat barangan seperti
kicap ikan, ikan kering, garam dan kapur dari kawasan daratan.
4. Perlombongan
a) Masyarakat Vietnam turut menjalankan aktiviti perlombongan. Mereka
menjalankan aktiviti perlombongan arang batu di kawasan Quang Yen.
Ekonomi saradiri di Filipina.( 10 M )
1. Pertanian.
a) Penanaman padi.
i. Merupakan tanaman utama di Filipina. Ini kerana beras adalah makanan
utama penduduk Filipina.
ii. Padi ditanam di kawasan Tanah Pamah dan Tanah Tinggi kerana
masyarakat Filipina mempunyai teknologi pertanian yang tinggi.
iii. Masyarakat Filipina mengamalkan 2 jenis padi sawah iaitu penanaman
padi sawah yang bergantung kepada air hujan dan penanaman padi
sawah yang bergantung kepada air tambahan seperti melalui banjir dan
sungai.
iv. Bagi mengusahakan penanaman padi masyarakat Filipina menggunakan
sistem tenggala dan penyemaian dengan tangan.
b) Tanaman lain.
i. Masyarakat Filipina turut menanam Abaka bagi menghasilkan tali belati.
Abaka turut digunakan untuk membuat tali dan kain. Kawasan utama
tanaman Abaka ialah Mindanao dan Tenggara Luzon.

ii. Masyarakat Filipina turut menanam sayuran di sekeliling rumah,ubi,
melukah ikan di sawah padi atau anak sungai dan menternak binatang
seperti ayam itik dan lembu sebagai aktiviti sampingan dan sumber
protein utama.
iii. Melalui kegiatan pertanian pindah, masyarakat Filipina turut menanam
pelbagai jenis tanaman seperti keladi, jagung, tanaman berubi dan lainlain.
c) Kelapa
i. Kelapa ditanam dengan banyaknya di Filipina di kawasan yang panas
dan lembab terutamanya di sepanjang pantai yang berpasir.
ii. Kawasan tanaman kelapa yang utama di Filipina ialah di Selatan Pulau
Luzon, Kepulauan Visayan dan Mindanao.
iii. Hasil kelapa telah dipelbagaikan seperti membuat minyak kelapa dan
kelapa kering.
2. Perusahaan/ pertukangan
a) Masyarakat Filipina turut menjalankan kegiatan perusahaan secara kecilkecilan
seperti menenun, membuat anting-anting, gelang dan cincin.
b) Mereka turut menganyam tikar, bakul, menyulam dan menenun kain.
c) Mereka turut menjalankan perusahaan membuat kapal sebagai perusahaan
individu dan keluarga.
3. Perniagaan dan perdagangan
a) Masyarakat Filipina turut menjalankan aktiviti perniagaan. Pada masa ini
kegiatan perniagaan dimonopoli oleh golongan pemerintah seperti penghulu
dan bangsawan. Antara barangan yang diniagakan ialah kelapa kering,
mutiara, pinang dan lain-lain.
b) Masyarakat Filipina turut mengadakan hubungan perdagangan terutamanya
dengan Negara China. Pedagang China membawa tembikar, sutera dan
manik ke Filipina untuk ditukarkan dengan barangan kulit seperti kulit kurakura,
mutiara dan pinang.
4. Perlombongan
a) Masyarakat Filipina turut menjalankan kegiatan perlombongan. Mereka
melombong tembaga di Toledo yang terletak di bahagian tengah Cebu dan
bijih timah di Utara Mindanao.
C. Penutup ( 2 @ 3 M )
1. Sistem ekonomi saradiri di Filipina dan Vietnam telah mengalami perubahan
selepas perluasan pengaruh barat.
2. Selepas kedatangan kuasa barat iaitu Sepanyol di Filipina dan Perancis di
Vietnam, ekonomi saradiri di kedua-dua negara ini telah mengalami
kemerosotan.Sebaliknya masyarakat tempatan di Filipina dan Vietnam mula
melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi komersial yang berasaskan eksport dan
import.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...