Ahad, 9 September 2012

SOALAN 1 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012

BAHAGIAN A
1. Bincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara tahun 1800
hingga 1895.

A. Pengenalan ( 2@3 M )
1. Sebelum campur tangan British, sistem pentadbiran di negeri-negeri Melayu
telah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Negeri, Daerah/Jajahan dan
Kampung. Setiap peringkat diketuai oleh seorang ketua.
2. Peringkat negeri diketuai oleh raja/sultan, peringkat daerah/jajahan diketuai oleh
pembesar daerah/ketua jajahan dan di peringkat kampung diketuai oleh
penghulu.
3. Namun begitu selepas campur British pada tahun 1874,sistem pentadbiran di
negeri-negeri Melayu telah berubah dan dibahagikan kepada empat peringkat
iaitu Negeri yang masih diketuai oleh raja/sultan atas nasihat residen British,
Daerah diketuai oleh pegawai daerah yang digelar pemungut cukai dan majistret,
Mukim yang diketuai oleh penghuludan kampung yang diketuai oleh ketua
kampung.
B. Isi (20 M)
Sistem pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu sebelum campur tangan British
(10 M )
1. Pentadbiran Peringkat Negeri
a) Sebelum campur tangan British, pentadbiran negeri-negeri Melayu diketuai
oleh raja/sultan. Raja /sultan merupakan pemegang kuasa politik yang
tertinggi dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu dan mempunyai kuasa
mutlak.
b) Bagi melaksanakan pentadbiran negeri,raja/sultan dibantu oleh
pembesar.Pembesar menjadi tulang belakang pentadbiran sesebuah negeri
kerana mereka menolong raja/sultan mentadbir negeri masing-masing.
Gelaran pembesar bagi setiap negeri Melayu adalah berbeza.
c) Sementara sistem pentadbiran di Negeri Sembilan pula adalah berasaskan
Adat Perpatih. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan akan dibantu oleh
Undang Berempat bagi melaksanakan pentadbiran negeri yang terdiri
daripada Undang Johol, Undang Jelebu, Undang, Rembau dan Undang
Sungai Ujong.
d) Bagi mengukuhkan kedudukan raja/sultan dalam pentadbiran negeri,
raja/sultan seringkali dikaitkan dengan konsep daulat. Kedaulatan seorang
raja/sultan diperkukuhkan melalui penggunaan bahasa,warna kuning dan
pemberian peralatan kebesaran.
e) Perlantikan seseorang raja/sultan bagi meneruskan pentadbiran negeri bagi
semua negeri Melayu kecuali Perak dan Negeri Sembilan dilakukan
berasaskan sistem warisan atau keturunan. Mengikut sistem warisan apabila
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
2
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
seseorang raja/sultan mangkat, putera sulung sultan dari permaisuri yang
berdarah raja ataupun adik lelakinya sekiranya baginda tidak mempunyai
waris akan berhak mewarisi takhta kerajaan.
f) Sementara di Perak,pelantikan seorang raja/sultan bagi mentadbir negeri
dilakukan melalui sistem giliran. Melalui sistem giliran ini, bakal sultan Perak
hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja Dihilir, Raja Bendahara
dan Raja Muda. Pelantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pula
dilakukan oleh Undang 4 di kalangan putera baginda ataupun orang luar
sekiranya tidak ada putera baginda yang layak.
2. Peringkat Daerah / Jajahan.
a) Setiap Negeri dipecahkan pula kepada beberapa daerah/jajahan.
Pentadbiran daerah/jajahan diketuai oleh pembesar daerah/ketua jajahan.
Mereka digelar Orang Besar-Besar.
b) Pembesar daerah/ketua jajahan dilantik oleh sultan melalui surat tauliah yang
mempunyai cop mohor . Mereka akan melaksanakan tugas dan mempunyai
kuasa penuh dalam daerah / jajahan pentadbiran masing-masing.Kawasan
pentadbiran mereka bergantung kepada kawasan yang diperuntukan dalam
surat tauliah yang dikurniakan raja/sultan. Pembesar daerah/ketua jajahan
bertanggungjawab kepada raja/sultan.
c) Dalam sistem politik Melayu, kedudukan pembesar daerah/ ketua jajahan
adalah sangat penting.Ini disebabkan oleh pembesar daerah sangat rapat
dengan rakyat.Oleh yang demikian, mereka sangat berkuasa dan penting
sebagai perantaraan antara rakyat dengan sultan. Justeru itu, terdapat keskes
di mana pembesar daerah lebih kaya dan berkuasa daripada sultan.Di
Perak, pembesar daerah berhak memilih bakal sultan dan berkuasa
menyingkirkan sultan yang mereka tidak sukai.
d) Kekuasaan dan pengaruh pembesar daerah adalah berdasarkan kepada
jumlah pengikutnya. Pembesar daerah dibenarkan memungut cukai didaerah
yang diperuntukan kepada mereka sebagai punca pendapatan.
3. Peringkat Kampung
a) Kampung merupakan unit pentadbiran yang paling kecil dalam sistem politik
Melayu. Pentadbiran kampung diketuai oleh penghulu atau Tok Kweng di
Kelantan.
b) Mengikut adat, penghulu dipilih berdasarkan keturunan. Mereka yang dipilih
akan dilantik oleh sultan dengan cara menganugerahkan surat tauliah.
c) Penghulu akan menjadi perantaraan antara pembesar daerah dengan
penduduk kampung. Penghulu tidak dibayar gaji, tetapi memperolehi
pendapatan dari hasil cukai yang dipungut daripada penduduk kampung.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
3
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Sistem pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu selepas campur tanganBritish
(10 M )
1. Pentadbiran Peringkat Negeri.
a) Selepas campur tangan British, sistem pentadbiran di Negeri-NegeriMelayu
telah dibahagikan kepada empat peringkat iaitu negeri, daerah,mukim dan
kampung. Setiap bahagian diketuai oleh seorang ketua.
b) Pentadbiran peringkat Negeri diketuai oleh raja/sultan atas nasihat seorang
residen British melalui pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN).
Anggota MMN terdiri daripada sultan, residen, penolong residen,ahli Melayu
dan ahli bukan Melayu.
c) Peranan MMN adalah sebagai badan penasihat sultan dalam pentadbiran
negeri, membuat undang-undang, mahkamah rayuan tertinggi dan badan
kerajaan yang utama.
d) Dalam MMN residen mempunyai kuasa yang tertinggi di mana beliau boleh
membatalkan keputusan MMN. MMN tidak mempunyai kuasa perundangan
yang luas dan hanya meluluskan semua keputusan yang dibuat oleh residen.
e) Tandatangan sultan untuk meluluskan keputusan MMN hanya boleh dibuat
dengan keizinan Gabenor Negeri-Negeri Selat. Gabenor Negeri-Negeri Selat
mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh MMN.
f) Kuasa sultan hanya terhad kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan
pentadbiran agama dan adat-istiadat Melayu sahaja.
2. Peringkat Daerah.
a) Setiap negeri dibahagikan kepada beberapa daerah. Pentadbiran
daerahdiketuai oleh seorang pegawai daerah yang dikenali sebagai
Pemungut cukai dan Majistret.
b) Peranan pegawai daerah ialah memungut hasil dan menjadi majistret bagi
mengadili kes-kes sivil dan jenayah pada peringkat daerah.
c) Selain itu, pegawai daerah juga berperanan menjaga perbendaharaan
daerah, menjaga dan mengekalkan keamanan, menjaga kesihatan awam dan
mengawasi kerja ketua-ketua jabatan di peringkat daerah.
3. Peringkat Mukim
a) Setiap daerah dipecahkan pula kepada unit pentadbiran yang lebih kecil iaitu
mukim. Pentadbiran mukim diketuai oleh penghulu. Penghulu dilantik di
kalangan pembesar dan kerabat diraja. Ini kerana mereka mempunyai
pengaruh dan kedudukan dalam masyarakat Melayu, memahami sikap orang
Melayu dan mempunyai kelayakan pendidikan.
b) Peranan penghulu memungut hasil tanah, mentadbir undang-undang
tempatan, menjaga keamanan dan keselamatan, menyampai maklumat pada
kerajaan, menyimpan kira-kira dan membuat laporan bertulis.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
4
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
4. Pentadbiran Kampung
a) Setiap mukim dibahagikan kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung.
Pentadbiran kampung diketuai oleh ketua kampung. Ketua kampung dipilih di
kalangan orang tua yang berpengaruh,dihormati dan disanjungi di kalangan
masyarakat kampung tersebut.
b) Ketua kampung bekerjasama dengan penghulu mukim dan mendapat
pengiktirafan daripada raja/sultan negeri masing-masing.
5. Pentadbiran bandar.
a) Pada tahun 1890, Lembaga Kesihatan telah ditubuhkan untuk menyediakan
dan mentadbir bandar Kuala Lumpur. Antara tugas Lembaga Kesihatan ialah
mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja, menjaga kebersihan bandar dan
meluluskan pelan pembangunan.
b) Jawatan Penghulu dagang turut diwujudkan untuk menjaga dan mengawal
kepentingan penduduk yang berasal dari Jawa, Sumatera,Sulawesi dan
Borneo. Seorang kapitan Cina dilantik untuk melindungi dan menjaga
kepentingan orang Cina.
C. Penutup ( 2 @ 3 M )
1. Selepas campur tangan British, sistem pentadbiran di negeri-negeri Melayu telah
berubah kepada sistem pentadbiran yang lebih moden.Namun bagitu pada
dasarnya sistem politik Melayu tradisional masih dikekalkan,tetapi fungsinya
telah diubah mengikut keperluan masa.
2. Kedudukan sultan/raja dan pembesar Melayu masih dikekalkan tetapi bidang
kuasa mereka amat terbatas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...