Ahad, 9 September 2012

SOALAN 5 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012

5. Bagaimanakah pendudukan Jepun telah berjaya membangkitkan semangat
nasionalisme di Tanah Melayu antara tahun 1943 hingga 1945.


A. Pengenalan (2 @3 M)
1. Mulai tahun 1932 pihak tentera telah menguasai politik negeri Jepun.
Kepopularan golongan tentera telah meningkat apabila ianya memperjuangkan
dasar peluasan kolonial.Negeri Jepun mula mengamalkan dasar luar yang
agresif. Pada tahun 1937 Jepun telah menyerang negeri China.Disember 1941
Jepun mula menyerang Tanah Melayu.Pada 15 Februari 1942 seluruh Tanah
Melayu jatuh ke tangan Jepun.
2. Pendudukan Jepun telah mengakibatkan kesedaran politik yang lebih mendalam
dalam kalangan penduduk Tanah Melayu, khasnya dalam kalangan orang
Melayu. Menurut John Funston,Pendudukan Jepun telah “ politicise the Malay
peasantry to the extent that they were available for mass mobilisation
immediately after the war’’
B. Isi Penting (20 M)
1. Kesengsaraan Hidup Zaman Jepun.
a) Penderitaan yang dialami dan propaganda Jepun seperti “Asia untuk Asia”
telah menambahkan keazaman orang Melayu untuk mencapai kebebasan
politik dan kemerdekaan. Di sebalik propaganda ini,Jepun ingin menguasai
negara-negara Asia Tenggara yang kaya dengan pelbagai hasil bahan
mentah yang diperlukan untuk membangunkan industrinya.
2. Pengalaman Mentadbir Untuk Orang Melayu.
a) Orang Melayu telah mendapat pengalaman pentadbiran semasa pendudukan
Jepun. Pengalaman memegang jawatan-jawatan kanan seperti Pegawai
Daerah telah memberi keyakinandiri yang lebih tegas.Orang Melayu telah
sedar bahawa mereka mempunyai keupayaan memerintah Tanah Melayu
sendiri.
3. Tidak Mengharap kepada British.
a) Pendudukan Jepun telah memberi kesedaran bahawa orang Melayu tidak
boleh berharap sepenuhnya kepada British.Tempoh pendudukan Jepun dan
dasar-dasar yang yang mereka perkenalkan telah menyebabkan Orang
Melayu menyedari mereka harus menentukan nasib sendiri, British bukanlah
kuasa yang tidak boleh dikalahkan.
4. Kebangkitan Kesedaran Nasionalisme.
a) Langkah Jepun menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
kepada Negeri Thai dalam tahun 1943 telah juga membangkitkan semangat
nasionalisme Melayu.Orang Melayu mulai insaf tentang kepentingan menjaga
hak-hak istimewa,maruah dan negara mereka.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
16
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
5. Pengukuhan Sentimen Perkauman.
a) Polisi Jepun di Tanah Melayu tidak memperlihatkan ciri-ciri bersatu padu
dalam kalangan semua kelompok masyarakat yang ada.Orang Melayu
dengan caranya sendiri dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan,bagi
orang Cina pula ramai yang terlibat dengan MPAJA sehingga MPAJA
menjadi kukuh.Permusuhan antara orang Melayu dan Cina yang wujud akibat
dari Pendudukan Jepun telah juga membangkitkan semangat nasionalisme
Melayu. Orang Melayu telah sedar mengenai kepentingan menjaga hak-hak
istimewa mereka sebagai bumiputera.
6. Penubuhan Giyu Gan.
a) Pihak Jepun telah telah menggalakkan pergerakan nasionalisme Melayu
dengan menubuhkan suatu angkatan yang dinamakan Giyu Gan atau
Pembela Tanahair (PETA) di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob. Pihak Jepun
seterusnya mengalakkan Ibrahim Yaakob untuk menubuhkan Kesatuan
Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945. PETA dibentuk
untuk memberikan latihan ketenteraan kepada sukarelawan bagi menentang
kuasa barat manakala KRIS pula untuk membina dan membantu
pentadbiran Jepun. Kesatuan Melayu Muda telah bekerjasama dengan
gerakan anti-Jepun untuk membentuk organisasi bawah tanah.Pada masa
yang sama juga KMM berpura–pura bekerjasama dengan Jepun berjuang
untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Rancangan ini tidak berhasil
kerana Jepun telah menyerah kalah kepada Amerika Syarikat pada bulan
Ogos 1945.
7. Sikap sebenar British.
a) Pendudukan Jepun telah menamatkan kepercayaan bahawa Inggeris tidak
boleh dikalahkan. Sikap antipenjajahan dalam kalangan Orang Melayu telah
berkembang.Pendudukan Jepun telah mengakibatkan Orang Cina dan India
bertambah kukuh dengan perasaan kecinaan dan keindiaan mereka.
8. Gerakan Kebangsaan Orang India.
a) Pihak Jepun telah menggalakkan orang India menumpukan perhatian kepada
perjuangan pembebasan India dari pemerintahan British.Satu pasukan yang
bernama Tentera Kebangsaan India (INA) di bawah pimpinan Subhas
Chandra Bose telah ditubuhkan bagi tujuan tersebut.Malahan ,sebuah
kerajaan India buangan bernama Azad Hind telah ditubuhkan di Singapura di
bawah pimpinan Subhas Chandra Bose dan slogan mereka ialah Chalo
Delhi.Polisi Jepun yang mengalakkan orang India menumpukan perhatian
kepada perjuangan pembebasan Negara India.
9. Sikap tentera Jepun terhadap Orang Cina.
a) Pendudukan Jepun telah membolehkan Parti Komunis Malaya (PKM) di
Tanah Melayu muncul sebagai golongan politik yang teratur dan kuat di
antara tahun-tahun 1945-1948. Kezaliman Jepun telah membolehkan PKM
mendapat sokongan terutamanya daripada orang Cina, ramai orang Cina
menyertai gerakan menentang Jepun. PKM telah menubuhkan Tentera AntiSKEMA
PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
17
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) terdiri daripada orang Cina. MPAJA telah
memberikan senjata yang diberi oleh British untuk menentang Jepun di
Tanah Melayu.Senjata-senjata dan pengalaman dalam peperangan gerila di
hutan yang diperoleh oleh MPAJA semasa pendudukan Jepun telah
membolehkan PKM melancarkan pemberontakan dan mendapat sokongan
dan bantuan daripada pihak British.
10. Persidangan Islam Tanah Melayu dan Singapura
a) Jepun sebenarnya mengarapkan sokongan padu daripada orang Melayu.
Mereka menyedari bahawa Orang Melayu adalah penduduk asal negara ini.
Mereka sedar bahawa agama utama bagi majoriti penduduk Tanah Melayu
adalah Islam.Oleh kerana Jepun mengekalkan kedudukan Sultan di Negeri-
Negeri Melayu dan menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dan Sumatera.
Penduduk di Tanah Melayu dan Sumatera adalah kumpulan etnik yang sama.
Pada 4 hingga 6 April 1943, pemerintah Jepun telah menaja satu
persidangan wakil-wakil pertubuhan Islam dari Tanah Melayu dan Sumatera
di Singapura.Pemimpin-pemimpin Islam yang hadir tertarik dengan dasar
Jepun untuk meninggikan taraf agama Islam. Persidangan itu bersetuju
bahawa perjuangan bersama-sama Jepun adalah ‘Perang Suci’ untuk
kebebasan dan pembentukan ‘Asia Baru’.
C. Penutup (2 @ 3 M)
1. Pendudukan Jepun mengukuhkan nasionalisme penduduk di Tanah Melayu.
Orang Cina bergerak dalam PKM dan menuntut penubuhan Republik Malaya
selepas pendudukan Jepun.
2. Beberapa parti politik ditubuhkan seperti UMNO, MCA dan MIC untuk berjuang kemerdekaan melalui perlembagaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...