Ahad, 9 September 2012

SOALAN 6 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012

6. Huraikan tahap-tahap perkembangan Parti Komunis Malaya (PKM) dari tahun 1930
hingga 1954.


A. Pengenalan (2@3 M)
1. Ideologi Komunis dikemukakan oleh Karl Marx di Eropah pada penghujung abad
ke-19. Ideologi ini memperjuangkan kewujudan masyarakat tanpa kelas iaitu
tidak ada orang yang terlalu kaya atau terlalu miskin.
2. Di Tanah Melayu ideologi komunis mula tersebar pada tahun 1920-an. Beberapa
orang pemimpin komunis Indonesia telah menyebarkan fahaman ini di Singapura
dalam kalangan orang Melayu.
3. Dalam kalangan orang Cina disalurkan melalui kewujudan Parti Kuomintang dan
Nanyang yang berpusat di Singapura.
4. Pada tahun 1930 Parti Komunis Malayu ditubuhkan dan mula menjalankan
kegiatan aktif dan berbentuk radikal.
5. PKM bertujuan untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan sebuah
Republik Komunis Malaya dengan bantuan kaum buruh dan tani dengan
melancarkan pemberontakan bersenjata.
B. Isi (20 M )
1. Tahap PKM Sebelum Perang Dunia Kedua (1930-1940)
a) Matlamat PKM ialah untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis
Malaya. Semenjak Penubuhannya, PKM bergerak di bawah tanah kecuali
pada tahun 1945-48
b) PKM telah menerima tamparan yang hebat sejurus ditubuhkan. Pada bulan
Jun 1931, polis Singapura telah menangkap seorang agen Comintern,
Joseph Dacroux. Beliau memberi maklumat penting mengenai PKM kepada
polis Singapura yang mengakibatkan penangkapan beberapa orang
pemimpin PKM.
c) Namun demikian PKM dapat memulihkan diri. Ahli-ahli PKM telah berjaya
menyusup ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja, sekolah swasta dan
pertubuhan belia Cina.
d) Kemelesetan ekonomi dunia pada awal tahun 1930 membolehkan PKM
mendapat sambutan daripada pekerja-pekerja.
e) Pada tahun 1936 -1937 PKM melancarkan beberapa pemogokan.
Pemogokan yang paling hebat berlaku di Batu Arang yang melibatkan kirakira
6000 orang buruh mengambil alih lombong arangbatu di kawasan
berkenaan.Akibatnya, Kerajaan British telah menangkap dan menghantar
pulang pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja ke China. Kerajaan British
bertindak dengan melancarkan Ordinan Pembuangan yang menyebabkan 20
orang pemimpin kanan PKM yang bergiat dalam kesatuan sekerja dibuang
negeri pada tahun 1937 .
f) Kegagalan pemogokan ini menyebabkan PKM mulai hilang
pengaruh Pengaruh PKM di kalangan orang Cina kemudiannya bertambah

semula apabila ianya memainkan peranan yang penting dalam memupuk
perasaan anti-Jepun.
g) Selepas serangan Jepun ke atas Negara China pada tahun 1937, PKM
telah memperjuangkan nasionalisme Cina dengan mengumpul wang bagi
membiayai peperangan di Negara China.
h) Menjelang tahun 1939, PKM mempunyai kira-kira 37,000 orang ahli di
Singapura dan di Tanah Melayu . Kebanyakan ahli PKM terdiri daripada
kaum Cina terutamanya puak Hailam.
i) Tahun 1940 , Trade Unions Enactment berjaya mengawal kesatuan
sekerja. Kesannya, pengaruh PKM semakin merosot
2. Tahap Semasa Perang dunia kedua Perkembangan PKM dari tahun 1941 -
1945
a) Kedudukan dan perjuangan PKM semakin mantap semasa Perang Dunia
Kedua. PKM bersifat anti-Jepun dan bekerjasama dengan British menentang
kemasukan Jepun ke Tanah Melayu.
b) British telah mengiktiraf PKM sebagai pertubuhan yang sah pada
Disember 1941 dan membebaskan semua pemimpin yang ditangkap.
c) Kekejaman Jepun ke atas orang Cina telah memberi kesempatan PKM
meluaskan pengaruh di kalangan orang-orang Cina. Ramai orang cina
melarikan diri ke kawasan pinggir hutan dan menyertai MPAJA yang
dianggap sebagai pelindung orang Cina.
d) British memberi bantuan kepada MPAJA yang di bawah pimpinan Lai
Teck ketika itu melalui Force 136 termasuklah senjata dan peluru, ubatan,
makanan, pakaian, dan latihan ketenteraan di Sekolah Latihan Khas 101 di
Singapura.
e) PKM juga mendapat bantuan bekalan makanan, ubatan, pakaian, serta
maklumat tentang Jepun daripada ahli-ahli Min Yuen (Gerakan Rakyat). Min
Yuen berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawasan pinggir
hutan. Keahliannya hampir setengah juta orang.
f) Dengan adanya bantuan British, PKM menubuhkan unit-unit rahsia yang
terdiri daripada 8 rejimen dengan kekuatan 1000 orang setiap pasukan.
Tujuannya melancarkan revolusi bagi membentuk Republik Komunis Malaya
selepas Jepun menyerah kalah.
g) Walau bagaimanapun , MPAJA tidak pernah menghadapi sebarang
pertempuran hebat dengan tentera Jepun sehingga Jepun menyerah kalah
pada bulan ogos 1945. Walaupun PKM bekerjasama dengan British semasa
pendudukan Jepun PKM tetap mempunyai cita-cita tersembunyi untuk
menubuhkan Republik Komunis Malaya.
3. Tahap Perkembangan PKM Selepas Perang Dunia Kedua dari tahun 1945 –
1948
a) Tahun 1945-1848 memperlihatkan PKM berjuang secara berpelembagaan
dan bercita-cita untuk membentuk sebuah negara Komunis.

b) Selepas peperangan tamat, PKM muncul sebagai sebuah parti yang kuat.
c) Oleh kerana kelewatan British kembali ke Tanah Melayu berlakunya
kekosongan pentadbiran selama lebih kurang dua minggu. Kesempatan ini
diambil oleh PKM (Bintang 3 ) keluar dari hutan merampas senjata-senjata
Jepun dan melakukan kekejaman terutama membalas dendam terhadap
orang Cina dan Melayu yang bekerjasama dengan Jepun dahulu.
d) 12 September 1945, British tiba di Tanah Melayu dan memperkenal
Pentadbiran Tentera British (BMA).
e) MPAJA dibubarkan dan anggotanya diminta menyerahkan senjata mereka.
Hanya 6800 orang anggota MPAJA sahaja yang menyerah senjata .
Sejumlah besar senjata disembunyikan di dalam hutan.
f) Walaupun begitu, PKM terus diiktiraf pertubuhan yang sah kerana jasa-jasa
bekerjasama dengan British menetang Jepun.
g) Bagi menjayakan cita-citanya PKM bergiat aktif dalam kesatuan-kesatuan
sekerja dan menubuhkan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth
League).
h) PKM mengambil beberapa langkah untuk merealisasikan matlamat
penubuhan Republik Komunis Malaya:
i. menyusun satu gerakan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan
barang keperluan daripada Min Yuen.
ii. Bekerjasama dengan gerakan-gerakan radikal seperti AMCJA- PUTERA
untuk mendapatkan kekuasaan melalui perlembagaan.
iii. Menyelaraskan ideologi komunis di sekolah-sekolah malam cina dan
menghasut kesatuan-kesatuan sekerja supaya melancarkan mogok .
iv. PKM membentuk barisan bersatu iaitu membentuk perikatan dan
menyusup masuk kedalam kesatuan sekerja dan parti-parti nasional.
i) Antara tahun 1946 – 1947 PKM telah melancarkan kira-kira 300 hingga 360
pemogokan besar.
j) Tujuan utama PKM mengadakan pemogokan ialah untuk menghalang dan
merosakkan usaha-usaha pemerintahan British untuk memulihkan kembali
kedudukan ekonomi dan sosial yang telah musnah akibat peperangan.
k) Kerajaan British mula bimbang dengan kegiatan radikal PKM dan
menguatkuasakan undang-undang baru untuk melemahkan PKM.
l) Masalah dalaman PKM di mana Lai Teck setiausaha PKM dituduh
mengkhianati PKM turut melemahkan parti. Seramai 29 orang telah terbunuh
di Batu Caves. Lai Teck juga dituduh gagal mengambil alih pemerintah Tanah
Melayu selepas kekalahan Jepun dan dia telah melarikan diri bersama wang
parti. Keadaan ini telah mengoncangkan kedudukan PKM dengan
melemahkan semangat anggota PKM.
m) Ahli PKM telah berpecah dua, iaitu sebahagian menyokong Lai Teck dan
sebahagian menyokong Chin Peng.
4. Tahap Perkembangan PKM dari tahun 1948-1951

a) Chin Peng telah mengantikan Lai teck sebagai ketua PKM. Beliau seorang
yang radikal dan bertindak dengan mengubah dasar berpelembagaan PKM
kepada melancarkan revolusi bersenjata.
b) Tindakan ini hasil dari Keputusan Persidangan Pemuda Komunis
Antarabangsa Culcutta 1948 yang meminta dilancarkan gerakan gerila di
seluruh dunia.
c) Keganasan dimulakan dengan pemogokan buruh telah merebak di Tanah
Melayu. Pemogokan ini disertai perbuatan-perbuatan jenayah seperti
membakar kilang-kilang getah, menetak beribu-ribu pokok getah, membunuh
pekerja estet, dan pengurus ladang.
d) PKM telah menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Pembebasan Rakyat
Malaya . Pada masa darurat juga , Min Yuen diperkenalkan. Tujuan Min Yuen
,supaya dapat membekalkan makanan dan barangan keperluan seperti
pakaian dan ubat-ubatan di samping egen perisik bagi pihak komunis.
e) Pada 12 Jun 1948, komunis telah membunuh tiga orang pemimpin
Kuomintang di Johor. 15 Jun 1948 pula komunis telah menembak mati dua
orang pengurus dan seorang penolong pengurus ladang getah berbangsa
Eropah di Sungai Siput, Perak.
f) Peristiwa pembunuhan memaksa Edward Gent (Pesuruhjaya Tinggi
Persekutuan Tanah Melayu ) mengisytiharkan ‘darurat negeri’ di Perak dan
Johor. Pada 19 Jun 1948 seluruh Tanah Melayu diisytiharkan darurat.
Semasa Darurat berbagai-bagai langkah untuk membanteras komunis di
jalankan.
g) PKM dan beberapa buah persatuan yang dianggap berbahaya kepada
negara telah diharamkan. British juga telah melaksanakan Undang-undang
Darurat pada 7 Julai 1948.
h) Di antara tahun 1948 – 1951 , PKM telah melancarkan serangan-serangan ke
atas kawasan lombong, balai polis, ladang-ladang dan orang awam.
i) Taktik peperangan yang digunakan ialah perang gerila iaitu secara
serangan dan lari. Akibatnya ramai orang terkorban dan banyak harta benda
telah dimusnahkan oleh PKM. Tindakan PKM telah berjaya melumpuhkan
kedudukan ekonomi T. Melayu.
j) Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya tinggi Inggeris telah dibunuh pada 6 Okt
1951 dalam perjalanan Bukit Fraser. Ekoran daripada peristiwa pembunuhan
itu, kerajaan Inggeris telah mengambil langkah yang lebih tegas untuk
mementang PKM. Kegiatan PKM telah disekat dan ramai daripada pemimpinpemimpin
PKM ditangkap.
5. Tahap Perkembangan PKM dari tahun 1951-1954
a) Serangan ganas yang dilancarkan oleh PKM mendapat kritikan daripada
orang ramai kerana orang yang tidak berdosa turut menjadi korban.
b) Pada bulan Februari Jeneral Temppler telah dilantik menjadi Pesuruhjaya
Tinggi . Beliau bertindak dengan memperkuatkan lagi tenteranya dan
melancarkan Perang Psikologi. Perang Psikologi telah berjaya melemahkan
keanggotaan PKM dengan menawarkan pemberian pengampunan, hadiah
dan wang tunai serta syarat-syarat kewarganegaraan yang longgar kepada
anggota PKM yang menyerah diri.
c) Menjelang tahun 1954, perjuangan bersenjata komunis mengalami
kekalahan. PKM telah menyedari bahawa mereka tidak akan berjaya dengan
cara pemogokan. Maka pada tahun 1955 PKM bersetuju berunding dengan
Ketua Menteri Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman. Walaupun
rundingan itu gagal, namun pada tahun 1960 dengan rasminya darurat
diumumkan tamat.
C. Penutup (2 @ 3 M )
1. Langkah yang berterusan kerajaan British melemahkan perjuangan dan kegiatan
PKM
2. Kegiatan PKM mula kurang mendapat sokongan dan sambutan daripada
penduduk Tanah Melayu yang yakin dengan ketegasan pihak British dan langkah
menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu.
3. PKM masih meneruskan perjuangan secara gerila biarpun bilangan ahlinya
semakin mengecil.
4. Rundingan Baling pada 1955 menandakan ambang kejatuhan PKM apabila
rundingan dalam pertemuan ini menemui kegagalan.
5. PKM semakin terhimpit apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31
Ogos 1957 dan darurat ditamatkan pada 31 Julai 1960.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...