Rabu, 16 Februari 2011

NOTA SEJARAH BAB 3 TINGKATAN 5

Bab 3
LATAR BELAKANG PEMBINAAN NEGARA

1. Sistem politik masyarakat Melayu tradisional berbeza daripada sistem politik negara moden pada hari ini.
2. Dalam masyarakat Melayu tradisional telah muncul kerajaan dan kemunculannya disebabkan oleh adanya raja.
3. Kedudukan raja begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan.
4. Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilayah kekuasaannya.
5. Sebagai balasan, rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah oleh raja akan menerima dan mengakui kekuasaan raja.
6. Kesetiaan rakyat terhadap rajanya inilah yang menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh raja tersebut.
7. Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan lain yang lemah untuk mengembangkan empayarnya. Contohnya, Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak negeri taklukan dan naungan.
8. Penjajahan oleh kuasa Barat telah mengubah konsep k erajaan dan negeri masyarakat Melayu tradisional.
9. Bagi masyarakat Melayu tradisional negeri bererti kawasan, misalnya negeri Larut, negeri Bernam dan negeri Krian. DaIam perjanjian ahtara sesebuah kerajaan Melayu dengan kuasa asing, keseluruhan kerajaan telah disebutkan sebagai negeri dengan segala jajahan takluknya.
10. Setelah British campur tangan di Semenanjung Tanah Melayu, British mula merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri.
11. British telah menetapkan sempadan setiap kerajaan.
12. Konsep kerajaan beransur luput dan digantikan dengan konsep negeri.
13. Pengenalan gagasan Malayan Union pada tahun 1946 di Tanah Melayu oleh British untuk membina sebuah negara dan bangsa yang moden telah ditentang oleh orang Melayu.
14. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 telah menggabungkan semua Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.
15. Pada tahun 1957, British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu dan lantas menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara baru yang merdeka.
16. Persetujuan negeri Sarawak dan Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah mewujudkan negara Malaysia yang berdaulat.
17. Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan atau dengan kata lain warganegara sesebuah negara.
18. Konsep bangsa Malaysia merupakan konsep baru bagi rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, maka, lahirlah negara dan bangsa Malaysia.
19. Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berlainan
bahasa, budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan.
20. Bangsa Malaysia telah dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengamalan kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara dalam setiap bidang kehidupan.
21. Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan.
22. Oleh itu, konsep negara dan bangsa ini lebih sesuai digunakan dalam membincangkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia.
23. Ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia telah diasaskan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, semasa penjajahan Barat, dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, dan sebaik-baik sahaja negara Malaysia terbentuk.
24. Sehingga kini proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang Iebih bersatu padu dan progresif masih berterusan dan generasi pada hari ini bertanggungjawab memastikan matlamat ini tercapai.
PEMBINAAN NEGARA BANGSA
1. Konsep negara bangsa merujuk pada pembentukan negara bangsa moden di Eropah.
2. Idea ini tercetus di Barat pada penghujung abad ke-18 dan ke-19 ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang
Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789.
3. Pada ketika itu muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden.
4. Pembentukan negara moden ini adalah mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan bentuk negara feudal.
5. Di Eropah Barat, zaman moden awal dianggap bermula pada sekitar pertengahan atau penghujung abad ke-16.
6. Dari segi pertumbuhan nasionalisme, zaman ini penting kerana telah memperlihatkan bibit-bibit kelunturan entiti politik berasaskan keagamaan dan kemunculan idea negara bangsa.
7. Kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria, Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.
8. Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa masing-masing.
9. Penyatuan dan pembentukan negara bangsa merupakan matlamat akhir para nasionalis.
10. Perang Dunia Pertama yang tercetus pada tahun 1914 hingga tahun 1918 berakhir dengan kekalahan Jerman dan sekutunya.
11. Di Perancis, Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. Deklarasi ini telah mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa.
12. Ekoran itu, empayar Austria-Hungary dan Turki yang mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan.
13. Keadaan ini menyebabkan pelbagai golongan etnik dan bangsa tersebut beroleh kemerdekaan.
14. Dengan itu, muncullah negara bangsa yang baru. Tujuh negara bangsa baru yang muncul di Eropah ialah Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia. Yugoslavia terdiri daripada Serbia,Slovenia, Montenegro, Croatia dan Bosnia-Herzegovina.
15. Negara Itali dan Jerman merupakan contoh negara bangsa yang dibentuk pada abad ke-19.
Pembentukan Negara Itali
1. Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa buah wilayah. Di bahagian utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria.
2. Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan dan menghalau orang Austria dari bumi Itali.
3. Dengan menggunakan amalan realpolitik, Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara.
4.. Count Camillo Benso di Cavour sangat menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki dan beliau telah mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (pemerintah Perancis) bagi menentang Austria pada tahun 1860.
5. Hasil bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya menewaskan Austria. Melalui satu pungutan suara yang diadakan, Count Camillo Benso di Cavour memperoleh sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan Itali.
6. Pada tahun 1866, sebagai balasan terhadap kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Austria, wilayah Venetia telah dipulangkan kepada Itali.
7. Pada tahun 1870, Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, dan Count Camillo Benso di Cavour mengambil peluang ini menyatukan Rom clan Itali.
8. Penyatuan ini akhirnya telah membentuk sebuah negara bangsa Itali.
Pembentukan Negara Jerman
1. Di Jerman, Otto Eduard von Bismarck juga mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi untuk menyatukan negara ini pada tahun 1871.
2. Bismarck telah menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan.
3. Matlamatnya adalah untuk menyatukan Jerman.
4. Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang dianjurkan oleh Bismarck untuk menyatukan Jerman.
5. Bismarck telah menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.
Otto Eduard vonBismarck
Pernah menjadi peguam, berkhidmat dengan jabatan perkhidmatan
awam dan menjadi duta Prussia di Rusia dan Perancis.
Menjadi Perdana Menteri pada tahun 1862.
Pembentukan Negara Islam Madinah
1. Berbeza daripada pembentukan negara bangsa di Eropah yang mengamalkan realpolitik serta politik darah dan besi, pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh penyatuan melalui prinsip Islam.
2. Nabi Muhammad s.a.w. menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam di Madinah.
3. Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduknya yang berbilang kaum, iaitu orang Yahudi, orang Kristian dan orang Arab.
4. Dengan cara diplomasi, musyawarah dan permuafakatan, baginda berjaya membentuk kerajaan Islam di Madinah.
5. Pembentukan kerajaan Islam di Madinah telah membuktikan bahawa kejayaan tersebut adalah disebabkan oleh wujudnya amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.
6. Amalan tersebut patut dicontohi untuk menjamin keutuhan negara dan bangsa.
7. Pembentukan negara kita pula adalah berkat kebijaksanaan pemimpin dan tidak melibatkan pertumpahan darah.
8. Kemerdekaan yang dicapai oleh negara kita adalah melalui rundingan, pakatan murni dan tolak ansur antara tiga kaum yang terbesar di negara ini.
37. Kebijaksanaan dan pandangan jauh pemimpin-pemimpin kita dalam memperjuangkan sebuah negara yang berdaulat patut dicontohi oleh generasi muda kita pada hari ini.
CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA
1. Pembinaan negara dan bangsa Malaysia bermula sejak tahun 1957 dan masih berterusan hingga ke hari ini. Usaha ini memerlukan perkongsian baik antara kaum dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial.
2. Semua pihak sama ada pemimpin atau rakyat perlu berganding bahu merealisasikan negara dan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan maju bagi menghadapi era globalisasi dan cabaran abad ke-21.
3. Sejarah perkembangan negara kita telah memperlihatkan bahawa proses pembinaan negara dan bangsa adalah berasaskan kepada empat ciri utama seperti yang tertera dalam rajah berikut.
4. Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang berwibawa. Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
5. Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.
6. Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta yang mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian, dan pengalaman sejarah.
7. Idea bangsa kini sering digunakan oleh negara kita untuk melahirkan perasaan bersatu padu di kalangan rakyat yang berbilang kaum demi membentuk bangsa Malaysia yang kukuh.
8. Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.
9. Kerajaan atau institusi pemerintah ini merangkumi semua badan yang membuat, mentafsirkan dan melaksanakan dasar-dasar tersebut.
10. Kerajaan juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara.
11. Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan, iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
12. Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sebuah negara.
13. Di Malaysia, perlembagaan merupakan peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara.
14. Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.
KESULTANAN MELAYU MELAKA – ASAS PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA
1. Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 merupakan asas pembinaan negara dan bangsa kita.
2. Peradaban dan peraturan kenegaraan kerajaan ini tercatat dalam Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin karangan Tun
Seri Lanang yang merupakan dokumen historiografi Melayu terpenting.
3. Kesultanan Melayu Melaka telah mempunyai masyarakat yang tersusun, berperaturan serta mempunyai sistem politik yang tersendiri.
4. Kesultanan Melayu Melaka banyak meninggalkan pelbagai kesan dan warisan sosiopolitik dalam sistem pemerintahan negara kita pada hari ini.
CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA
1. Ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak persamaan dengan ciri-ciri negara bangsa moden pada hari ini.
2. Ciri-ciri itu ialah wilayah pengaruh, kedaulatan, rakyat, kerajaan, lambang-lambang dan keunggulan undang-undang.
3. Setiap negara mempunyai wilayah, iaitu kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum.
4. Wilayah pengaruh merujuk kepada kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja.
5. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan Iingkungan pengaruh yang luas walaupun sempadannya tidak ditetapkan seperti sempadan negara moden. Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.
6. Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak.
7. Kedaulatan juga merujuk pada kekuasaan yang dimiliki oleh sebuah negara atau pemerintah.
8. Negara atau pemerintah boleh menggunakan segala kuasa yang dimilikinya untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang.
9. Ini bermakna negara berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya. Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau penjajahan kuasa asing.
10. Pengertian tentang kedaulatan dalam konteks Kesultanan Melayu Melaka berbeza daripada pengertian tentang kedaulatan negara moden.
11. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah. Raja yang memerintah mewakili negeri atau kawasan pemerintahan.
11. Lambang negara merupakan simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah negara.
12. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa.
13. Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam merupakan warisan yang dikekalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga hari ini.
14. Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana.
15. Salah satu asas pembentukan negara dan bangsa ialah keunggulan undang-undang dalam pemerintahan.
16. Penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan.Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
17. Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh masyarakat.
18. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
19. Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat.
20. Hukum Kanun Melaka ini turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam, undang-undang keluarga dan sebagainya.
21. Undang-undang Laut Melaka pula memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.
23. Rakyat ialah seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.
24. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, rakyat bertanggungjawab untuk mentaati raja yang memerintah. Sebagal tanda ketaatan, rakyat bersedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan gotong royong, kerahan tenaga dan sebagainya.
25. Kerajaan merupakan badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain. Pada masa dahulu kerajaan hanya wujud apabila adanya raja.
26. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, raja atau sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
27. Mereka menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah dan diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing, iaitu di istana, di darat, di laut, di sekitar Melaka dan di jajahan takluk Melaka.
28. Sistem Pembesar Empat Lipatan menjamin kesentosaan sistem pemerintahan beraja dan kerajaan di Melaka.
WARISAN NEGERI-NEGERI MELAYU
1. Pada umumnya, sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor, Perak dan Pahang berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
2. Selain itu, warisan Kesultanan Melayu Melaka seperti adat istiadat Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu, berkembang di negeri-negeri tersebut.
3. Kerajaan Johor, Perak dan Pahang diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.
4. Semua pemerintah negeri tersebut menggunakan gelaran Sultan pada awal nama masing-masing yang ternyata mencontohi Sultan Melaka.
5. Pada umumnya, sistem pewarisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa. Menurut sistem ini, putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan. Sekiranya sultan
tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi takhta tersebut.
6. Johor, Perak dan Pahang mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti yang diamalkan di Melaka. Perbezaan antara ketiga-tiga negeri tersebut adalah pada gelaran pembesarnya. Perbezaan ini disebabkan perubahan semasa dan juga penyesuaian dengan keadaan tempatan.
7. Warisan Kesultanan Melayu Melaka dapat dilihat dalam kitab undang-undang bagi Johor, Perak dan Pahang. Ketiga tiga undang-undang itu disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka untuk disesuaikan dengan unsurtempatan.
8. Contohnya, Undang-undang Pahang yang disusun oleh Sultan Abdul Ghapur Muhaiyuddin Syah pada tahun 1596 sangat dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka.
UNDANGUNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR
1. Salah satu ciri asas pembinaan negara dan bangsa ialah adanya perlembagaan bertulis.
2. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan perlembagaan bertulis yang teratur dan lengkap yang dikuatkuasakan pada tahun 1895.
3. Perlembagaan ini yang dinamakan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor mengandungi perkara tentang keturunan sultan sebagai pewaris takhta, pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor dan agama Islam sebagai agama negeri.
4. Perlembagaan tersebut diasaskan mengikut perlembagaan Barat.
5. Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, Raja hendaklah berbangsa Melayu, lelaki, beragama Islam dan merupakan waris pemerintah Johor.
6. Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain.
7. Raja berhak memilih Menteri Besar, manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja.
8. Berdasarkan Periembagaan Johor 1895, Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua, iaitu Majlis Negeri yang mempunyai kuasa perundangan dan Jemaah Menteri yang mempunyai kuasa pelaksanaan.
9. Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua dan berfungsi membantu Raja dan Jemaah Menteri dalam mentadbir negeri dan rakyat seperti yang termaktub dalam Fasal 49 perlembagaan berkenaan.
10. Jemaah Menteri pula terdiri daripada lapan hingga dua betas orang pegawai kanan kerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri. Mereka ini berbangsa Melayu, beragama Islam dan merupakan rakyat Johor.
11. Setiap pegawai kerajaan yang dilantik menjadi Menteri mesti mengangkat sumpah dan memberikan taat setia kepada Raja serta kerajaan Johor.
12. Persidangan Jemaah Menteri diadakan sebulan sekali dan pada bila-bila masa sahaja apabila dikehendaki oleh Raja atau diminta oleh Menteri Besar atau Naib Menteri Besar atau dengan permintaan tiga orang ahli Jemaah Menteri.
13. Penggubalan perlembagaan bertulis ini didorong oleh keinginan pemerintah Johor untuk membentuk kerajaan bercorak demokrasi bagi menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak.
14. Pengisytiharan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor berjaya memantapkan sistem pentadbiran Johor bagi menghalang rancangan British menguasai negeri Johor.
KELANTAN – SISTEM JEMAAH MENTERI
1. Sistem Jemaah Menteri di Kelantan telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad I (1801-1836). Sultan Muhammad I telah melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbiran baginda.
2. Sultan Muhammad II (1836 - 1886) pula telah membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran dan pemerintahan Kelantan.
3. Terdapat lapan badan Jemaah Menteri dan setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.
4. Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing.
5. Penubuhan Jemaah Menteri ini menunjukkan bahawa Kelantan sudah mempunyai sistem pentadbiran yang mantap sejak abad ke-19.
6. Sejak tahun 1842 beberapa perubahan berlaku dalam struktur pentadbiran Kelantan.
7. Sultan Muhammad II Telah menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesaryang bergelar Nik dan Wan.
8. Golongan pembesar ini membantu mengukuhkan kewibawaan Sultan Muhammad II dengan memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada baginda.
TERENGGANU – UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU
(Ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil il-suluk)
1. Sultan Zainal Abidin III (1881 - 1918) memerintah Terengganu selepas kemangkatan ayahanda baginda, iaitu Sultan Ahmad Shah.
2. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin meluluskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu yang dikenali sebagai Ittigan-ilmuluk bi-ta'dil il-suluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkan keadilan.
3. Undang-undang ini berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
4. Tujuan baginda memperkenalkan perlembagaan bertulis tersebut adalah untuk menghalang British yang sedang berusaha meluaskan kuasanya di Terengganu.
5. Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911 menghasilkan beberapa perubahan penting dalam pentadbiran dan pemerintahan negeri Terengganu.
6. Undang-undang ini masih mengekalkan amalan sistem monarki dengan memberikan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam, iaitu sebagai agama negeri.
7. Pemerintahan beraja di Terengganu bercorak raja berperlembagaan.
8. Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam, berbangsa Melayu, lelaki, dan merupakan waris Sultan yang memerintah Terengganu.
9. Dalam melaksanakan pemerintahan, Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.
10. Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu, rakyat Terengganu,serta mengaku taat setia kepada Sultan dan kerajaan.
11. Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai oleh Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan.
12. Jemaah Menteri pula berhak memilih Naib Menteri Besar setelah diperkenankan oleh Sultan.
13. Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri, menggubal undang-undang dan peraturan negeri, menjaga kebajikan rakyat, menjaga keamanan negeri dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri lain.
14. Waris Sultan atau Menteri dilarang mengkhianati pemerintah negeri dan ditegah daripada menyerahkan negeri kepada kuasa lain.
15. Pemerintah Terengganu menyedari kepentingan perlembagaan bertulis yang teratur dan mantap untuk menjamin sistem pentadbiran yang berkesan.
16. Selain itu, perlembagaan bertulis ini juga menggambarkan kebijaksanaan pemerintah Terengganu untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dan sebagai benteng atau tulang belakang untuk mengekalkan kedaulatan negeri Terengganu.
NEGRI SEMBILAN – PRINSIP DEMOKRASI DAN KONSEP PERSEKUTUAN
1. Negeri Sembilan terdiri daripada sembilan buah negeri, iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.
2. Pada abad ke-18, Negeri Sembilan telah pun mempunyai rajanya sendiri, iaitu Raja Melewar yang diberikan gelaran Yamtuan Besar dan bersemayam di Seri Menanti.
3. Negeri Sembilan merupakan negeri Melayu pertama yang bentuknya mirip persekutuan sebelum terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu melalui Perjanjian Persekutuan 1896 oleh British.
4. Negeri Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih, iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.
5. Mengikut hierarki pemerintahan Adat Perpatih, pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah, iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.
6. Walaupun Yang Dipertuan Besar merupakan pemerintah tertinggi tetapi baginda tidak berhak melantik pembesar.
7. Hal ini disebabkan pelantikan tersebut dibuat oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah. Setiap keputusan Yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang.
8. Negeri Sembilan dibahagikan kepada beberapa daerah atau jajahan yang disebut luak.
9. Empat luak yang utama ialah Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol. Ketua setiap luak ialah Undang dan mereka ini dipilih oleh Lembaga.
10. Undang dipertanggungjawabkan untuk melantik Yang Dipertuan Besar.
11. Di bawah Undang ialah Lembaga dan Lembaga ini dilantik oleh Buapak.
12. Lembaga merupakan ketua suku anggota masyarakat. Setiap Lembaga bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
13. Lembaga berkuasa memilih individu yang layak menjadi Undang.
14. Buapak merupakan Ketua Perut dan setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah.
15. Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah, khususnya, yang berkaitan dengan adat.
16. Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi mengagihkan kuasa tersebut kepada individu mengikut peringkat.
17. Ini menunjukkan bahawa sistem pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan mempunyai unsur demokrasi.
18. Sistem pemerintahannya telah melahirkan peraturan hidup seperti kepentingan bersama, semangat bergotong-royong, permuafakatan dan sikap saling menghormati antara satu sama lain.
19. Sistem ini lebih mementingkan permuafakatan dan semangat kerjasama antara suku semasa memilih pemimpin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...