Jumaat, 18 Februari 2011

NOTA SEJARAH BAB 7 TINGKATAN 5

Bab 7
SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
7.1 Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen

1. Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.
2. Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
3. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
4. Sistem Raja Berperlembagaan, merupakan pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri.
5. Sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
6. Di Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina, presiden memegang dua jawatan, iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara.
7. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raga. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.
8. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.
9. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran denganbperkembangan politik semasa.
PERLEMBAGAAN
1. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.
2. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
3. Parti politik yang memerintah akan mengetahui halo tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.
4. Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara.
5. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman.
6. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
7. Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri.
8. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai 1 Bersama.(Sila rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5)
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
1. Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga.
2. Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.
3. Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.
4. Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.
5. Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
6. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.
7. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
8. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
1. Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya.
2. Perlembagaan membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
3. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.
4. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara. Rakyatnya memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk.
5. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya.
6. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.
7. Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Dengan ini rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.
8. Perlembagaan Malaysia, dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah.
9. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian. lesen perniagaan dan perdagangan.
10. Walau bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.
11. Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
12. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri.
13. Dengan cara ini sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan.
14. Pembahagian ini menjelaskan Perlembagaan Negeri pula tidak boleh bercangggah dengan
Perlembagaan Malaysia.
15. Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan.
16. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
17. Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah. Kesannya, berlaku pembangunan yang pesat dalam bidang pendidikan dan kesihatan serta perkhidmatan pos, telekom dan polis terutama di kawasan pedalaman.
Ketertinggian Perlembagaan Malaysia
Ketertinggian perlembagaan dilihat pada peruntukan kuasa parlimen,
kedudukan Yang di-Pertuan Agong, kuasa perundangan clan kebebasan asasi.
Parlimen memperoleh kuasa daripaca perlembagaan.Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
PINDAAN PERLEMBAGAAN
1. Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan ini bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara.
2. Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa.
3. Pindaan ini juga menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.
4. Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Antara perkara sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan termasuklah pemerintahan beraja,agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu.
5. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita.
6. Antara pindaan besar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di-Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.
RAJA PERLEMBAGAAN
1. Satu ciri penting dan unik dalam negara Malaysia ialah institusi Raja Berperlembagaan.
2. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
3. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.
4. Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu Yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan. 5. Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir.
6. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.Yang di-Pertuan Agong Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957.Tonggak negara dan Ketua Utama Negara.Merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.
7. Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka sehingga kini.
8. Sistem ini malah membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat clan rakyat yang dinaungi oleh raja.

KUASA PEMERINTAHAN
1. Malaysia ialah salah sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa.
2. Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang, iaitu badan perundangan, badan pelaksana clan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
Badan Perundangan (Legislatif)
1. Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang
dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan.
2. Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
3. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita.
4. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
5. Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.
6. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar Senator ini mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya.
7. Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
8. Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional, atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan, atau yang mewakili sesuatukumpulan minoriti seperti Orang Asli.
9. Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
10.Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara.
11. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun.
12. Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
13. Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan. 5
Proses Meluluskan Undang-undang di Parlimen
Badan Pelaksana (Eksekutif)
1. Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.
2. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. TugasJemaah Menteri atau Kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.
3. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.
4. Biasanya, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.
5. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.
6. Pada masa ini, terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara.
7. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
8. Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
9. Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.
10. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam.
11. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
12. Jabatan kerajaan pula diketuai oleh KetuaJabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah.
13. Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.
14. Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.
15. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan tersendiri.
16. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.
17. Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan.Beberapa contoh Badan Berkanun,Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (F RIM)
18. Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam.
19. Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
Badan Kehakiman (Judisiari)
1. Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.
2. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit.
3. Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan.
4. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana.
5. Badan kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
6. Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini.
7. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
8. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen.
9. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
10. Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.
11. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat  dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah.
12. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.
13. Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.

PILIHAN RAYA
1. Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.
2. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
3. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.
4. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
5. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
6. Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu. 7. Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.
8. Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya soma ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
9. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.
10. Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.
11. Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
12. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagiSarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.
 13. Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari.
14. Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya.
15. Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.
16. Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undanga Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan.
17. Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas.
18. Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.
19. Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.
20. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut.
21. Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.
22. Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.
23. Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan, sama ada dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen.
24. Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja.
25. SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia.
26. Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR. Tujuannya untuk memastikan pilihan raya dijalankan dengan efektif dan adil.
27. Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi. Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.
PARTI-PARTI POLITIK DI MALAYSIA
1. Secara umumnya parti politik merujuk kepada sekuimpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk  mencapai matlamat bersama.
2. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan  selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap perjuangan parti.
3. Selain ideologi politik, sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli parti.Contohnya Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Cina Se-Tanah Melayu (MCA)dan Kongres India Tanah Melayu (MIC) di negara kita.
4. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing.

NEGARA PERSEKUTUAN
1. Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan. Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri.
2. Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
3. Jadual di bawah menunjukkan pengagihan kuasa pentadbiran di Malaysia.(Sila rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5 anda)
4. Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan, iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya.
5. Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri, iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya.
6. Senarai Bersama pula menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini, kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.
7. Persekutuan merupakan satu kaedah menyatupadukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan.
8. Dalam hal ini, hubungan balk antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri haruslah dipelihara.
9. Sifat ini bukan sahaja dapat membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil dan berwibawa malah membantu mengurangkan perbalahan antara etnik.
10. Hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri perlu sentiasa dipupuk untuk menjamin keharmonian. Pemimpin atau rakyat mestilah sentiasa mengamalkan toleransi untuk kepentingan bersama.
KERAJAAN PERSEKUTUAN
1. Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang luas kepada Kerajaan Persekutuan berhubung dengan pentadbiran negara.
2. Bidang pentadbiran negara meliputi semua aspek perkhidmatan seperti perkhidmatan ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan.
3. Badan pelaksana atau eksekutif mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa-kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
4. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong.
5. Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong.
6. Jemaah Menteri ini diketuai oleh seorang Perdana Menteri daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.

KERAJAAN NEGERI
1. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa eksekutif kepada setiap negeri. Kuasa eksekutif itu terletak pada Raja atau Sultan atau Yang Dipertua Negeri.
2. Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut.
3. Urusan pentadbiran peringkat negeri pula terletak pada perlembagaan negeri sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.
4. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Semenanjung Malaysia, Majlis Tertinggi di Sarawak dan Kabinet di Sabah mengandungi sebilangan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan (ex-officio), iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri yang berperanan menjalankan dasar pentadbiran negara pada peringkat negeri.
LAMBANG-LAMBANG NEGARA
1. Setiap rakyat perlu menunjukkan kesetiaan, kesanggupan untuk berkorban dan kecintaan terhadap tanah air. 2. Untuk melahirkan perasaan tersebut, lambang negara telah diwujudkan.
3. Antara lambang negara kita termasuklah jata negara, bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan.
4. Tujuannya supaya rakyat sentiasa bersemangat, bersatu padu dan sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara Malaysia.
JATA NEGARA
1. Setiap negara mempunyai jata negara masing-masing. Jata negara Malaysia menjadi lambang kemegahan
penduduk negara ini.
2. Setiap lambang pada jata negara mempunyai maksud yang tertentu.
BENDERA KEBANGSAAN
1. Bendera kebangsaan membezakan Malaysia daripada negara lain.
2. Bendera kebangsaan berfungsi untuk membangkitkan semangat perjuangan.
3. Bendera kebangsaan berkibar megah di negara kita sebaik-baik sahaja bendera Union Jack diturunkan pada tengah malam 31 Ogos 1957.
4. Pada tahun 1949, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu.
5. Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan pada peringkat kebangsaan bagi memilih bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
6. Seramai 373 orang pereka bentuk telah mengambil bahagian dan tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat akhir.
7. Majlis Perundangan Persekutuan dan akhbar The Malay Mail menjemput orang ramai memberikan pendapat Tentang reka bentuk bendera tersebut.
8. Pada 28 November 1949, akhbar The Malay Mail telah menyiarkan keputusan majoriti orang ramai. Reka bentuk ciptaan Encik Mohamad Hamzah, arkitek kerajaan di Johor, telah terpilih.
9. Pada 22 dan 23 Februari 1950, beberapa pindaan telah dibuat terhadap reka bentuk bendera tersebut sebelum diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 19 April 1950.
10. Pada 19 Mei 1950, King George VI telah memperkenankan reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru itu.
11. Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar buat kali pertama pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI.
12. Bendera kebangsaan menimbulkan rasa bangga kita terhadap negara kita. Bendera Malaysia dikenali juga dengan nama Jalur Gernilang.
13. Di Malaysia, Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan dalam majlis dan adat istiadat rasmi. Misalnya, pada Hari Kebangsaan dan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, bendera Malaysia dikibarkan di semua bangunan kerajaan dan juga premis persendirian sebagai tanda ketaatan kita kepada raja dan negara.
14. Kita berasa menjadi lebih patriotik apabila Jalur Gemilang dikibarkan. Kita lebih bersemangat apabila setiap rakyat Malaysia menjadikan bendera kebangsaan sebagai simbol perpaduan, kebanggaan dan kedaulatan.
15. Perasaan sedemikian memang wajar tersemat dalam sanubari setiap rakyat Malaysia. Sebagai warganegara Malaysia yang baik, kita bertanggungjawab menghargai, menghormati, memuliakan dan memahami maksud yang dilambangkan oleh bendera kebangsaan kita.

LAGU KEBANGSAAN
1. Sebelum merdeka lagu kebangsaan negara kita ialah lagu kebangsaan British, iaitu God Save the Queen.
2. Lagu kebangsaan negara kita dikenali dengan tajuk Negaraku.
3. Lagu Negaraku dicipta pada tahun 1957.
4. Pemilihan lagu ini dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.
5. Pasukan Pancaragam Polis Diraja telah memperkenalkan empat buah lagu. Lagu Terang Bulan, iaitu lagu kebangsaan negeri Perak telah dipilih kerana mempunyai unsur kemelayuan.
6. Majlis Raja-Raja Melayu telah memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut.
7. Lirik lagu kebangsaan ini telah digubah semula oleh Encik Saiful Bahri berdasarkan lagu Terang Bulan.
8. Lirik lagu kebangsaan negara menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada tanah air.
9. Lirik lagu kebangsaan juga menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara.
10.Lagu kebangsaan membangkitkan semangat patriotik dan cinta akan tanah air. Semua orang bangga dengan lagu kebangsaan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...