Jumaat, 18 Februari 2011

NOTA SEJARAH BAB 8 TINGKATAN 5

Bab 8
PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN
PEMBANGUNAN EKONOMI

1. Pembangunan ekonomi di negara kita dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima
Tahun yang dimulakan oleh kerajaan Parti Perikatan sejak sebelum merdeka lagi.
2. Pada peringkat awal, rancangan tersebut memberikan tumpuan terhadap pembangunan
kawasan luar bandar. Dasar Ekonomi Baru (DEB) pula diperkenalkan untuk membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakattanpa mengira kaum.
3. DEB dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
4. Apabila tempoh DEB tamat pada tahun 1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pula
diperkenalkan untuk menyambung hasrat DEB sehingga tahun 2000.
5. Dalam pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun menerusi DEB dan DPN, banyak
dasar pembangunan dan agensi kerajaan diwujudkan secara bersepadu untuk memastikan
kejayaan pembangunan ekonomi negara.
RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
1. Rancangan Pembangunan Lima Tahun telah dilaksanakan dalam dua tahap, iaitu tahap
pertama dan tahap kedua.
2. Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua (19711990) juga dikenali sebagai
Rangka Rancangan Jangka Panjang 1(RRJP1) dan dilaksanakan di bawah Dasar Ekonomi
Baru.
3. Jadual di bawah menunjukkan pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun bagi
kedua-dua tahap tersebut.
Tahap Pertama
1. Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan sejak sebelum merdeka lagi.
2. Matlamat utama Rancangan Malaya Pertama adalah untuk membangunkan kawasan luar
bandar supaya jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk
bandar dapat dirapatkan.
3. Di samping itu, Rancangan Malaya Pertama bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di
kalangan penduduk luar bandar.
4. Rancangan ini juga bermatlamat untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber
pendapatan negara supaya negara tidak terlalu bergantung pada getah dan bijih timah.
5. Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan pembangunan bersepadu yang
memberikan penekanan dan perhatian yang serius terhadap sektor ekonomi, sosial dan awam. 6. Dalam sektor ekonomi pembukaan tanah baru untuk pertanian digiatkan, penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang digalakkan, hasil keluaran pertanian
dipelbagaikan dan perusahaan melombong bijih timah diperluas.
7. Dalam sektor sosial, pelbagai perkhidmatan diberikan perhatian seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan. Dalam sektor awam pula, infrastruktur seperti balai polls, kem tentera,pejabat pos, mahkamah dan rumah kakitangan kerajaan diberikan tumpuan.
8. Dalam pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama ini, dua agensi utama kerajaan memainkan
peranan penting, iaitu Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial
DevelopmentAuthority (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land
DevelopmentAuthority (FELDA).
9. Matlamat utama RIDA adalah untuk membangunkan masyarakat luar bandar.
10. Antara peranan RIDA termasuklah memberikan pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil,membantu pernasaran hasil pertanian dan menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor perniagaan.
11. Peranan RIDA berterusan selepas merdeka dengan membangunkan dan memajukan
masyarakat luar bandar melalui pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur.
12. FELDA pula ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai badan berkanun.
13. Peranan FELDA adalah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar di samping
meningkatkan hasil pertanian negara.
14. Melalui agensi ini tanah baru dibuka secara besar-besaran untuk pertanian dan sebagai
petempatan baru yang dilengkapi kemudahan asas.
15. Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baru ini dan menjadi petani
moden.
16. Jenis tanaman yang diberikan tumpuan ialah getah dan kelapa sawit.
17. Keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan kawasan luar bandar dapat dilihat dengan
penubuhan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1959 yang
diketuai oleh Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein, iaitu Timbalan Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu.
18. Kementerian ini diberikan peranan untuk menyelaraskan dan menjayakan segala program
pembangunan luar bandar. Bagi tujuan tersebut kedua-dua agensi, iaitu RIDA dan FELDA
kemudiannya diletakkan di bawah kementerian ini.
19. Pencapaian Rancangan Malaya Pertama kurang memberangsangkan kerana ancaman
komunis semasa Zaman Darurat menyebabkan sejumlah perbelanjaan negara dialihkan
kepada keselamatan negara.
20. Keadaan ini juga disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di pasaran dunia.
Rancangan Malaya Kedua
1. Rancangan Malaya Kedua merupakan kesinambungan Rancangan Malaya Pertama kerana
rancangan ini masih memberikan penekanan kepada pembangunan penduduk
luar bandar.
2. Tujuannya adalah untuk merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar
bandar dengan penduduk bandar, di samping mengurangkan kadar kemiskinan dan sekali
gus meningkatkan taraf hidup rakyat.
3. Program pembukaan tanah di bawah FELDA digiatkan.
4. Begitu juga dengan usaha mempelbagaikan jenis tanaman untuk meningkatkan pengeluaran
hasil pertanian negara bagi mengurangkan pergantungan negara terhadap getah dan juga
bahan makanan import.
5. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau Federal Agricultural Marketing Authority
(FAMA) pula ditubuhkan pada tahun 1965 untuk membantu petani mengatasi masalah
pemasaran basil pertanian dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.
6. Rancangan Malaya Kedua pula memberikan tumpuan terhadap penyediaan infrastruktur sosial seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan.
7. Usaha menyediakan peluang pekerjaan juga diberikan perhatian. Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan ,kegiatan pembangunan pada peringkat negeri, daerah dan kampung.
8. Sehubungan dengan itu, Buku Merah yang mengandungi program, pelaksanaan dan kaedah
mengesan tahap pencapaian diperkenalkan.

Rancangan Malaysia Pertama
1. Rancangan Malaysia Pertama merupakan rancangan lima tahun yang pertama setelah
penubuhan Malaysia pada tahun 1963 yang merangkumi Sarawak dan Sabah.
2. Integrasi nasional menjadi tumpuan utama dengan memastikan semua program pembangunan memfokuskan kesejahteraan rakyat.
3. Rancangan Malaysia Pertama bersifat bersepadu dan merangkumi semua bidang ekonomi
dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian dan juga perindustrian.
4. Pembukaan tanah oleh FELDA semakin pesat. Ini membawa kepada kemunculan pelbagai
projek seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara. Lembaga Pemulihan
dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1965 untuk membantu
FELDA menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.
5. Pada tahun 1966, RIDA telah digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
6. Bank Bumiputera telah ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan.
7. Penubuhan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969 bertujuan menggiatkan lagi penyertaan bumiputera dalam bidang tersebut.
8. Selain itu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian atau Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) telah ditubuhkan pada tahun 1969.
9. MARDI bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi
meningkatkan hasil keluaran pertanian kecuali getah.
10. Pembangunan sektor perindustrian pula dapat dilihat dengan penubuhan beberapa agensi
yang berkaitan seperti Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia atau Malaysian
Industrial Development Authority (MIDA) pada tahun 1967 dan Lembaga PenasihatTarif.
11. Selain itu, Akta Pelaburan yang diluluskan pada tahun 1969 berfungsi menggalakkan
kemunculan industri baru.
12. Peningkatan pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan semasa pelaksanaan
Rancangan Malaysia Pertama terbantut apabila berlaku Peristiwa 13 Mei 1969.
13. Jelas bahawa segala program pembangunan ekonomi selama ini belum dapat membendung masalah perpaduan kerana jurang perbezaan pendapatan antara kaum masih ketara.
14. Ekoran itu, DEB telah diperkenalkan sebagai perancangan pembangunan negara jangka
panjang. Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
Tahap Kedua
Rancangan Malaysia Kedua
1. Rancangan Malaysia Kedua merupakan rancangan pembangunan lima tahun pertama di
bawah DEB.
2. Matlamat Rancangan Malaysia Kedua adalah untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan
sosial antara kaum, kawasan dan wilayah.
3. Tumpuan diberikan terhadap usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan
menambahkan pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang
ekonomi serta menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.
4. Program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan.
5. Beberapa agensi di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah ditubuhkan untuk
melaksanakan program pembangunan wilayah.
6. Agensi lain juga telah ditubuhkan khususnya untuk membantu golongan petani, menggalakkan perkembangan perusahaan dan perdagangan serta memajukan bandar.
7. Beberapa agensi kerajaan telah ditubuhkan dalam Rancangan Pembangunan Malaysia Kedua
yang berperanan seperti dalam jadual berikut:(Sila rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5)
Rancangan Malaysia Ketiga
1. Rancangan Malaysia Ketiga merupakan lanjutan Rancangan Malaysia Kedua yang terus
mendokong aspirasi DEB.
2. Usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat terus menjadi matlamat
segala program pembangunan ekonomi dalam tempoh ini.
3. Program pembangunan pertanian dan perindustrian diteruskan untuk meningkatkan
produktiviti, membuka peluang pekeriaan clan meningkatkan taraf hidup rakyat.
4. Pembukaan tanah secara besar-besaran dilaksanakan di bawah program pembangunan
wilayah oleh agensi-agensinya seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA),
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Pahang
Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
5. Tumpuan diberikan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit kerana keperluan eksport.
6. Agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baru.
Rancangan Malaysia Keempat
1. Rancangan Malaysia Keempat juga seperti Rancangan Malaysia Ketiga yang mendukung
aspirasi DEB.
2. Namun begitu, Rancangan Malaysia Keempat dilancarkan semasa dunia mengalami
kelembapan ekonomi.
3. Rancangan Malaysia Keempat tetap meneruskan program pembangunan ekonomi dalam
Rancangan Malaysia Ketiga.
4. Rancangan Malaysia Keempat mula memberikan tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja mahir.
5. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia
(HICOM) pada akhir tahun 1980.
6. Penubuhan HICOM adalah untuk mengenal pasti, memulakan dan menguruskan projek
industri berat dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta.
7. Bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asing, perusahaan baru telah dibuka seperti di Skudai (Johor), di Senawang (Negeri Sembilan), di Bintulu (Sarawak)serta di Menggatal dan Likas (Sabah).
8. Di samping itu, zon perdagangan bebas telah diperkenalkan di Bayan Lepas (Pulau Pinang)
dan di Sungai Way (Selangor).
9. Bagi memastikan keberkesanan projek perindustrian, dua program telah dilancarkan pada
tahun 1983, iaitu Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian.
10. Kelemahan dalam struktur perindustrian negara dikenal pasti oleh Kajian Dasar Perindustrian Malaysia.
11. Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan industri dan strategi
pelaksanaannya.
12. Pengenalan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia merupakan
perkembangan baru dalam Rancangan Malaysia Keempat kerana melibatkan sektor swasta
dalam menjana pembangunan ekonomi negara.
13. Penglibatan sektor swasta dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh
kerajaan.
14. Bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumiputera, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah ditubuhkan dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) telah dilancarkan pada tahun 1981.
15. Sektor pertanian turut diberikan perhatian dalam Rancangan Malaysia Keempat menerusi
Dasar Pertanian Negara (DPN).
16. Dasar ini yang dibentuk pada tahun 1984 bermatlamat untuk memodenkan dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan.
17. Secara keseluruhannya, Rancangan Malaysia Keempat mencatatkan perkembangan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5.8 peratus setahun.
18. Pendapatan per kapita pula telah meningkat pada kadar 4.4 peratus setahun menjadi
RM4000 juta pada tahun 1985.
Rancangan Malaysia Kelima
1. Rancangan Malaysia Kelima merupakan rancangan lima tahun ekonomi yang terakhir untuk
merealisasikan aspirasi DEB yang genap 20 tahun pada tahun 1990.
2. Penekanan utama Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk meningkatkan sektor
perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan
dalam sektor swasta.
3. Selain itu, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor
perindustrian berorientasikan eksport.
4. Pada masa yang sama, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya
agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan.
5. Pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan perhatian.
6. Penggunaan tanah dengan lebih cekap dititikberatkan supaya dapat menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara.
8. Industri desa yang berpotensi seperti kraf tangan digalakkan.
9. Untuk kemudahan tersebut, kredit dan insentif telah diperluas, misalnya, melalui Bank
Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.
10. Sektor pelancongan menjadi perusahaan penting dalam tempoh Rancangan Malaysia
Kelima.
11. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan lagi industri pelancongan
terutama dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.
12. Satu lagi penekanan Rancangan Malaysia Kelima adalah dalam bidang penyelidikan dan
pembangunan.
13. Bidang ini dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk meningkatkan produktiviti negara.
14. Pada keseluruhannya, walaupun Rancangan Pembangunan Lima Tahun ini telah
menunjukkan kemajuan terutamanya pada tahap pertama tetapi perasaan tidak puas hati
antara kaum masih timbul sehingga berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969.
15. Namun pada tahap kedua, pelaksanaan DEB berjaya merapatkan jurang antara kaum serta
wilayah.
16. Kadar kemiskinan menurun manakala dalam KDNK, pendapatan per kapita dan hak milik
modal saham kaum bumiputera meningkat.
17. Walaupun begitu, peningkatan hak milik modal saham bumiputera hanya setakat 20.3%
sedangkan sasaran yang ditetapkan 30%.
18. Sebaliknya, hak milik modal saham kaum bukan bumiputera meningkat kepada 46.2%
melebihi sasaran 40% yang ditetapkan.
19. Ini bermakna DEB memberikan manfaat kepada semua kaum.
20. Peningkatan hak milik modal saham kedua-dua golongan ini sekurang-kurangnya berjaya
mengurangkan hak milik modal saham orang asing kepada 33.5%.
DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI
1. Dasar pembangunan ekonomi diperkenalkan untuk memenuhi keperluan ekonomi moden yang berteraskan perindustrian.
Dasar Pertanian Negara
1. Dasar Pertanian Negara (DPN) yang dilancarkan pada 12 Januari 1984 bermatlamat untuk
meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum menerusi pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap dan berkesan.
2. DPN juga bermatlamat untuk memaksimumkan pendapatan pekebun kecil di samping
memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport.
3. Beberapa strategi untuk mencapai matlamat DPN telah dilaksanakan.
4. Antaranya termasuklah menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di bawah rancangan
FELDA, agensi pembangunan wilayah dan kerajaan negeri.
5. Selain itu, program pembangunan in-situ diperkenalkan untuk memulihkan kawasan yang
berproduktiviti rendah.
6. Program ini dilaksanakan dengan menyediakan perkhidmatan sokongan pertanian seperti
pemasaran, kredit, subsidi dan penyelidikan.
7. Penglibatan sektor swasta dalam projek penswastaan pertanian di bawab Kementerian
Pertanian juga diperkenalkan.
Pembangunan In-Situ
Merupakan strategi untuk meningkatkan produktiviti kawasan pertanian yang sedia ada.
Dilaksanakan melalui projek-projek pembangunaN pertanian bersepadu dan program yang lazim dilaksanakan oleh jabatan kerajaan contohnya, KEMUBU, BESUT, JOHOR BARAT, KELANTAN UTARA dan SELANGOR BARAT.
Dasar Pensyarikatan Malaysia
1. Dasar Pensyarikatan Malaysia diperkenalkan pada 25 Februari 1983.
2. Dasar ini bermatlamat untuk merangsang penglibatan sektor swasta secara aktif dan berkesan dalam pembangunan negara.
3. Melalui dasar ini, Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yang dimiliki secara bersama
oleh kerajaan dan sektor swasta.
4. Semua kakitangan kerajaan dan swasta merupakan pemilik saham dan pekerja yang
dipertanggungjawabkan untuk memajukan syarikat ini, iaitu Malaysia.
5. Bagi melaksanakannya, sebuah panel perunding antara pihak kerajaan dengan sektor swasta
telah ditubuhkan.
6. Pegawai kerajaan ditempatkan di syarikat swasta untuk menialin hubungan dan berkongsi
kepakaran.
7. Sektor swasta perlu memahami dasar kerajaan dan mengutamakan kepentingan nasional
dalam aktiviti ekonomi di samping mendapatkan keuntungan maksimum.
8. Pihak kerajaan pula bertindak memberikan perkhidmatan sokongan bagi memudahkan operasi sektor swasta.
Dasar Penswastaan
1. Dasar Penswastaan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad
pada bulan Mac 1983.
2. Menerusi dasar ini, kerajaan memindahkan perkhidmatan, perusahaan, kepentingan,
pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor swasta.
3. Dasar Penswastaan bermatlamat mengurangkan beban kewangan kerajaan.
4. Selain itu, dasar ini bertujuan meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau
barangan kerana sektor swasta dianggap lebih cekap daripada sektor awam.
5. Dasar Penswastaan diyakini dapat mempercepat pembangunan ekonomi negara melalui
pelaburan modal oleh sektor swasta.
6. Unit Perancangan Ekonomi (UPE) bertindak sebagai jawatankuasa penswastaan yang
memberikan garis panduan kepada sesebuah kementerian atau jabatan yang ingin
menjalankan penswastaan.
7. Berdasarkan garis panduan yang disediakan, penswastaan boleh dilaksanakan sama ada
secara sepenuhnya ataupun secara sebahagian.
8. Menerusi Dasar Penswastaan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan dan
mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor lain. Antara syarikat yang terlibat dalam penswastaan oleh kerajaan termasuklah: Syarikat Airod Sdn. Bhd.Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Dasar Hala Tuju Cara Baru
1. Dasar Hala Tuju Cara Baru ialah dasar kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar. 2. Jelasnya, dasar ini merupakan pendepatan baru kerajaan membangunkan kawasan tersebut. 3. Matlamat utama dasar ini adalah untuk meningkatkan pendapatan golongan petani dan
pekerja desa melalui penglibatan mereka dalam sektor pelaburan.
4. Dasar ini dilaksanakan melalui tiga strategi. Strategi pertama adalah dengan mengelompokkan kampung-kampung menjadi petempatan yang lebih besar supaya segala kemudahan dapat disediakan dengan lebih ekonomik.
5. Strategi kedua, meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa melalui program usahawan desa yang terlibat dengan industri pembuatan barangan.
6. Strategi ketiga ialah pelaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan untuk
meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.

Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN
1. Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN) bermatlamat untuk mencapai kadar
pertumbuhan ekonomi yang berterusan walaupun negara menghadapi pelbagai cabaran.
2. Peningkatan hasil pendapatan negara penting untuk meningkatkan kadar pertumbuhan
ekonomi yang Iebih tinggi.
3. DPDPN ini juga memastikan penggunaan sumber negara pada tahap maksimum bagi
mengelakkan sebarang pembaziran di samping memastikan sektor perindustrian dapat
bersaing pada peringkat antarabangsa.
4. Antara strategi pelaksanaan DPDPN termasuklah membaiki sistem pengurusan operasi,
struktur organisasi, penggunaan teknologi terkini serta penerapan nilai dan etika kerja yang
murni.
Dasar Kependudukan
1. Dasar Kependudukan telah dikemukakan oleh Perdana Menteri pada 29 Mac 1984.
2. Matlamat Dasar Kependudukan adalah untuk mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang
tahun 2100.
3. Pertumbuhan penduduk dalam jangka masa yang panjang akan memberikan kesan positif
terhadap bekalan tenaga kerja, peningkatan produktiviti dan perluasan pasaran.
4. Di samping itu, jumlah penduduk yang besar akan menyumbang ke arah kekuatan politik dan keselamatan negara.
5. Dasar Kependudukan menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan penduduk
dengan kadar pembangunan sosioekonomi negara khususnya yang berkaitan dengan
kemudahan pendidikan, perumahan, kesihatan dan peluang pekerjaan.
6. Oleh sebab itu, segala program pembangunan negara didasarkan pada unjuran jumlah
penduduk untuk memastikan pertambahan jumlah penduduk tidak mendatangkan masalah
kepada negara.
Kesimpulan
1. Pelancaran dasar-dasar pembangunan ekonomi jelas memberikan sumbangan kepada
pembangunan ekonomi jangka panjang.
2. Walaupun dasar-dasar ini pada umumnya turut melibatkan kerajaan dan swasta tetapi hasrat kerajaan tetap terpelihara.
3. Sektor awam don sektor swasta soling memahami dan kerjasama terjalin erat.
4. Kefahaman rakyat dan kakitangan kerajaan dapat mempengaruhi keberkesanan segala dasar
yang diperkenalkan oleh kerajaan.
PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN NEGARA
1. Seperti pembangunan ekonomi, pembangunan sosial juga penting dalam pembangunan dan
perpaduan negara, malah pembangunan sosial dan pembangunan ekonomi saling
melengkapi.
2. Dasar pembangunan sosial dilaksanakan dalam bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti
sosial.
3. Antara dasar yang berkaitan termasuklah Rukun Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan
Sukan untuk Semua.
RUKUN NEGARA
1. Gagasan pembentukan Rukun Negara merupakan kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku itu telah mengancam ketenteraman, keamanan, dan
keselamatan negara.
2. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipertanggungjawabkan mengambil alih
pentadbiran negara telah menubuhkan Majlis Perundingar Negara (MPN) untuk
membincangkan dan menilai isu perpaduan negara. MPN menekankan pembentukan ideologi
negara yang dikenal sebagai Rukun Negara dan diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.
MAGERAN
Ditubuhkan selepas Peristiwa 13 Mei 1969.
Antara peranannya termasuklah mengembalikan keamanan,
melicinkan pentadbiran dan mengembalikan keharmonian kaum.
Pentadbiran MAGERAN berjalan selama 21 bulan.
3. Matlamat Rukun Negara adalah untuk mengukuhkan perpaduan, memelihara corak hidup
demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil, menjamin sikap liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang pelbagai dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi.
4. Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut:
6. Prinsip pertama menunjukkan bahawa agama merupakan pegangan paling utama rakyat
Malaysia. Rakyat yang beragama mudah diurus menjadi warganegara yang balk dan
bertanggungjawab. Perlembagaan Malaysia 1963 menetapkan bahawa Islam ialah agama
rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan.
7. Prinsip kedua menuntut semua rakyat Malaysia memberikan kesetiaan kepada raja dan
negara. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua
negeri. Raja sebagai simbol penyatuan rakyat clan pelindung hak istimewa peribumi.
Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.
8. Prinsip ketiga menekankan keluhuran perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-
undang utama bagi sesebuah negara dan dianggap luhur, unggul serta suci. Keluhuran
perlembagaan menuntut semua rakyat menerima, mematuhi, menyanjung dan
mempertahankannya.
9. Prinsip keempat menekankan kedaulatan undang-undang. Prinsip ini menuntut rakyat
Malaysia menghormati undangundang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang
undang. Semua rakyat akan dapat hidup dengan aman damai apabila kedaulatan undang-
undang terpelihara. Kita bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa
didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.
10. Prinsip kelima menuntut semua rakyat Malaysia bersopan dan bertatasusila. Kesopanan dan kesusilaan merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. Kesopanan dan kesusilaan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1. Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) telah bermula sebelum kemerdekaan lagi apabila British memperkenalkan Sistem Ahli.
Laporan Barnes
1. Laporan Barnes 1950 mencadangkan semua sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil
dibubarkan serta digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja, iaitu sekolah kebangsaan.
2. Sekolah kebangsaan yang dicadangkan ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah
menengah dan peringkat yang lebih tinggi.
3. Namun, cadangan ini ditentang oleh masyarakat Cina kerana menganggap bahasa ibunda
mereka akan tergugat.
Laporan Fenn-Wu
1. Laporan Fenn-Wu 1951 yang mewakili masyarakat Cina mencadangkan sekolah vernakular
Cina terus kekal walaupun bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.
Ordinan Pelajaran 1952
1. Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu.
2. Ordinan ini mencadangkan dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa
pengantar, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
3. Pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya ada permintaan daripada ibu
bapa.
4. Bahasa Melayu diwajibkan diajar di sekolah Inggeris dan sebaliknya bahasa Inggeris
diwajibkan diajar di sekolah Melayu.
5. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dijalankan kerana tentangan
masyarakat Cina dan India, kekurangan kewangan dan ancaman pengganas komunis pada
ketika itu.
Penyata Razak
1. Pada tahun 1955, Kerajaan Perikatan telah membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang
dipengerusikan oleh Dato' Abdul Razak Hussein selaku Menteri Pelajaran pada masa itu.
2. Penyata Razak 1956 telah mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan yang dianggap dapat menyuburkan semangat perpaduan negara, iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan.
3. Antara cadangan Penyata Razak termasuklah penubuhan sekolah umum (rendah) yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah jenis umum (rendah)
yang menggunakan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.
4. Sekolah menengah Melayu pula menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
5. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di semua sekolah. Penyata Razak telah
mengemukakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang bersatu padu melalui satu
dasar pendidikan yang menggambarkan perasaan dan harapan masyarakat berbilang kaum di
Tanah Melayu.
6. Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.
Laporan Rahman Talib
1. Pada tahun 1960, sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Rahman Haji
Talib, Menteri Pelajaran, telah ditubuhkan untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1960.
2. Laporan jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Laporan Rahman Talib 1960.
3. Beberapa syor baru telah dicadangkan sebagai tambahan kepada Penyata Razak.
4. Untuk memupuk semangat perpaduan kaum, sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan
sementara sekolah jenis umum pula dijadikan sekolah jenis kebangsaan.
5. Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira
keturunan dan agama.
6. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan begitu jelas dalam Laporan
Rahman Talib.
7. Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar
kepada bahasa Melayu.
8. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah.
9. Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam.
10. Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat
sekurang-kurangnya 15 orang pelajar.
11. Selain itu, semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan.
12. Syor-syor dalam Laporan Rahman Talib telah diterima dan digubal menjadi Akta Pelajaran
1961 .
Kajian Aminuddin Baki
1. Berdasarkan kajian Aminuddin Baki, sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan
pada tahun 1965.
2. Sistem persekolahan ini adalah untuk menampung pelajar-pelajar yang gagal memasuki
sekolah menengah akademik.
3. Antara matlamatnya termasuklah menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah
sehingga berumur 15 tahun dengan memberikan pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkan
tenaga kerja mahir dan sebagai persediaan untuk pasaran kerja.
4. Kursus kemahiran pilihan yang diajarkan ialah perdagangan, sains rumah tangga, seni
perusahaan dan sains pertanian. Mata pelajaran wajib pula adalah seperti yang diajarkan di
sekolah menengah biasa.
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974
1. Jawatankuasa Kabinet 1974 dibentuk untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran
kebangsaan.
2. Objektif utamanya adalah untuk menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran
kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh
negara.
3. Di samping itu juga, jawatankuasa tersebut mahu mengenal pasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
4. Antara kandungan laporannya termasuklah penekanan terhadap penguasaan dalam
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), kenaikan darjah secara automatik,
penekanan terhadap sekolah vokasional, sukatan pelajaran sekolah swasta, bahasa Melayu
sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan serta penekanan terhadap kokurikulum dan
disiplin sebagai asas perpaduan.
5. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Kementerian Pendidikan telah
melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982. Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan pada tahun 1988.
6. Kurikulum baru ini juga menekankan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
Falsafah Pendidkan Kebangsaan
1. Kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu sebagai pelengkap kepada Dasar
Pendidikan Kebangsaan.
2. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di bawah, dapat dilihat dengan jelas hala tuju
sistem pendidikan di negara kita.
3. Dasar Pendidikan Kebangsaan penting untuk memupuk perpaduan.
4. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan, adat resam dan agama, pendidikan merupakan faktor utama dalam memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional.
AKTA BAHASA KEBANGSAAN
1. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
2. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukan sahaja untuk memartabatkan
bahasa Melayu tetapi juga untuk menjamin perpaduan rakyat di Tanah Melayu.
3. Antara langkah untuk memajukan bahasa Melayu termasuklah penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1956. Pelancaran "Minggu Bahasa" dan "Bulan Bahasa" dilakukan sebagai usaha menggalakkan penggunaan bahasa Melayu.
4. Begitu juga dengan slogan "Bahasa Jiwa Bangsa" yang dilancarkan pada tahun 1960.
5. Ini disusuli oleh penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Shah, Sekolah Sri Puteri dan Sekolah Sultan Abdul
Halim.
6. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan semakin kukuh apabila Akta Bahasa
Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967.
7. Pada tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukarkan kepada
bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat.
8. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977 pula telah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
9. Bermula pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah untuk menggantikan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah pada tahun 1990.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
1. Dasar Kebudayaan Kebangsaan lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan
yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1971.
2. Dasar ini digubal untuk menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia.
3. Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui
kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan.
4. Dasar ini juga bertujuan memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek
kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
4. Tiga Prinsip Utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah
a. Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang.
b. Unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar don sesuai boleh diterima.
c. Islam sebagai unsur yang terpenting. 
SUKAN UNTUK PERPADUAN
1. Sukan memainkan peranan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan dapat
menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat.
2. Aktiviti sukan tidak mengehadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja malah membuka
peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat.
3. Pada peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti kokurikulum yang sangatdigalakkan.
4. Majlis Sukan SekolahSekolah telah ditubuhkan pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan.
5. Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan dua tahun sekali jelas memainkan
peranannya mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri.
6. Kita sebagai warganegara yang bakal mewarisi negara kita yang tercinta ini bertanggungjawab untuk memelihara perpaduan bangsa.
7. Dasar pembangunan dan perpaduan bangsa menuntut pemahaman kita untuk melibatkan diri secara aktif dalam usaha-usaha memupuk perpaduan nasional.
MALAYSIA KE ARAH NEGARA MAJU
WAWASAN 2020

1. Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara yang maju
menjelang tahun 2020.
2. Idea wawasan ini dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad pada
28 Februari 1991.
3. Matlamat wawasan ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri
yang maju dengan menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara maju di dunia.
4. Kemajuan yang diharapkan bukan seperti negara-negara maju di Baratyang menitikberatkan
kemajuan fizikal sematamata tetapi kemajuan bersepadu. Kemajuan Bersepadu Malaysia akan menjadi sebuah industri yang  maju pada tahun 2020 berteraskan:
• Perpaduanrakyat.
• Kestabilan politik.
• Ketinggian taraf hidup.
• Kekukuhan nilai moral dan etika
• Kekukuhan sistem kerajaan.
• Ketinggian maruah bangsa.
• Semangat yakin diri bangsanya.
5. Menurut Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, negara Malaysia yang maju
sepenuhnya tidak akan wujud sehingga kita dapat mengatasi sembilan cabaran yang telah
dikenal pasti sejak negara kita merdeka.
6. Sembilan cabaran yang perlu diatasi bagi merealisasikan Wawasan 2020 ialah:
1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
1. Perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara.
2. Semua ini dapat dicapai melalui dasar kerajaan seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar
Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
3. Kesemua dasar tersebut memberikan sumbangan yang besar ke arah mewujudkan hubungan antara kaum yang sihat.
4. Oleh itu, rakyat yang beridentitikan Malaysia dapat diwujudkan.
2. Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
1. Masyarakat Malaysia perlu berjiwa bebas, berperasaan tenteram, sentiasa bersikap terbuka,
berkeyakinan diri, bangga dengan apa yang dicapai dan gagah menghadapi pelbagai masalah. 2. Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara mereka sendiri dan sekali gus
mengangkat martabat bangsa dan negara di persada dunia.
3. Selain itu, musuh negara mudah ditangkis oleh mereka.
3. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
1. Masyarakat Malaysia yang demokratik perlu dipupuk dan dibina. Masyarakat demokratik
memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan.
2. Rakyat yang berfikiran matang akan menggunakan hak-hak demokrasinya dengan
sewajarnya.
3. Segala perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin perlu disalurkan melalui saluran-saluran tertentu dalam suasana mesra dan bersifat membina. 14
4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
1. Masyarakat bermoral dan beretika pula perlu diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam
membentuk masyarakat berbudaya unggul.
2. Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang, keberkesanan
sistem pendidikan dan keunggulan institusi kekeluargaan merupakan sumber pembinaan
masyarakat bermoral dan beretika.
3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misalnya, memberikan penekanan kepada usaha
melahirkan insan berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.
5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi
1. Masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu.
Masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran
terbuka untuk sedia menerima perubahan dan pandangan orang lain.
2. Langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi dapat dilihat melalui perlembagaan negara, pengamalan sistem demokrasi, kewujudan parti politik
gabungan pelbagai parti kaum seperti Barisan Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan,
Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan.
6. Membina masyarakat yang maju dan saintifik
1. Masyarakat yang maju merupakan masyarakat progresif yang dapat menyerap segala
perubahan persekitarannya untuk membina kecemerlangan.
2. Masyarakatyang maju tidak dapatdipisahkan daripada masyarakat saintifik.
3. Penguasaan sesebuah masyarakat terhadap ilmu pengetahuan terutamanya yang
bertunjangkan sains dan teknologi sering menjadi ukuran kemajuan sesuatu bangsa.
4. Masyarakat maju dan saintifik mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan  kreatif serta inovatif.
7. Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
1. Masyarakat penyayang sering dicirikan dengan kehidupan masyarakatyang bermuafakat,
saling memahami dan menghormati, bekerjasama dan saling membantu.
2. Masyarakat penyayang tidak individualisitik sebaliknya meletakkan kepentingan masyarakat
lebih daripada kepentingan diri.
3. Asas-asas yang kukuh dalam pembinaan masyarakat penyayang dan budaya penyayang
ialah kepatuhan kepada agama, nilai-nilai murni amalan tradisi dan institusi kekeluargaan.
4. Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang dalam kekeluargaan.
5. Hubungan sesama manusia dalam masyarakat begitu ditekankan dalam agama. Budaya
tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan semula.
8. Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
1. Kemajuan sesebuah negara yang hanya dikuasai oleh kelompok-kelompok tertentu dalam
masyarakat akan membawa rasa tidak puas hati dan kemudiannya mencetuskan rusuhan
kaum seperti Peristiwa 13 Mei 1969.
2. Kerajaan telah banyak melaksanakan dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan Lima
Tahun, Rancangan Pembangunan Luar Bandar, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pembangunan Nasional.
3. Pada umumnya, dasar-dasar tersebut adalah untuk menjamin keadilan ekonomi yang sekali
gus meningkatkan taraf hidup rakyat.
9. Memupuk dan membina masyarakat makmur
1. Masyarakat makmur dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi.
2. Pada masa yang sama tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan.
3. Pendapatan isi rumah berada pada tahap yang tinggi begitu juga dengan pendapatan negara. 
Kesimpulan
1. Sesungguhnya, Wawasan 2020 hanya akan menjadi realiti apabila kesemua sembilan cabaran utama dapat disahut oleh semua rakyat Malaysia.
2. Dalam hal ini, generasi pelajar yang sedang berada di bangku sekolah pada hari ini
sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang berat.
3. Pelajar-pelajar bukan sahaja akan terlibat dalam pengisian wawasan tetapi juga meneruskan
kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin negara terdahulu untuk terus mengekalkan
kemajuan negara kita Malaysia.

1 ulasan:

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...