Isnin, 28 Februari 2011

SEJARAH 2 (ASIA) BURMA

TEMA 3
BAB 10 : Persatuan dan Kesatuan
Perkembangan Nasionalisme di Myanmar oleh Golongan Pongyi (Sami-sami Buddha)
 

Sebab perjuangan

 

Sebab utama golongan Pongyi atau sami-sami Buddha menyertai proses politik Myanmar ialah disebabkan kemerosotan pengaruh sangha (komuniti sami-sami Buddha) dan sekolah-sekolah agama Buddha di bawah pemerintahan British. Dengan itu, mereka menyertai proses ini untuk menegakkan kembali pengaruh mereka dan agama Buddha dalam masyarakat Myanmar.
 

Peranan dan sumbangan Pongyi antara tahun 1916-1920

 

Antara tahun 1916-1917, golongan Pongyi telah memberi sokongan kepada Persatuan Pemuda-pemuda Buddha (Young Men Buddhist Association atau YMBA) yang telah melancarkan protes terhadap permakaian kasut oleh orang Eropah dalam rumah berhala dan pagoda-pagoda.
            Pada tahun 1918, British memutuskan ketua pagoda tempatan berhak untuk melaksanakan larangan permakaian kasut. Hal ini merupakan kejayaan pertama yang dicapai oleh nasionalisme politik Myanmar.
            Pada tahun 1920, golongan Pongyi menyokong satu permogokan pelajar yang dianjurkan oleh Persatuan YMBA untuk membantah langkah British meninggikan taraf kelayakan untuk memasuki Universiti Rangoon dan markah kelulusan peperiksaan. Permogokkan itu gagal dalam aspek pendidikan. Namun berjaya membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Myanmar terutamanya para pelajar.
            Antara tahun 1916-1920, sebenarnya Persatuan Belia Buddha yang lebih memainkan peranan utama dalam mengembangkan nasionalisme Myanmar dan golongan Pongyi hanya bertindak sebagai “supportive”.
 

Peranan dan sumbangan Pongyi antara tahun 1921-1929

 

Antara tahun 1921-1922, peranan Pongyi mengambilalih penguasaan kebanyakan unit politik perinkat desa yang telah ditubuhkan oleh Majlis Persatuan Am bagi Kesatuan-kesatuan Burma (General Council of Burma Association atau GCBA).
            Pada tahun 1921, U Ottama, seorang Pongyi terkemuka mengembara ke seluruh Myanmar dan mengutuk sistem pemerintahan dua lapis serta menuntut kemerdekaan sendiri. Beliau memujuk rakyat agar menentang kerajaan. Beliau menggunakan taktik-taktik agama bagi mendapat sokongan ramai. Sehingga tahun 1927, beliau telah banyak kali dipenjarakan, namun keadaan ini menyebabkan beliau bertambah popular di kalangan rakyat terutamanya di desa. Beliau meninggal dunia pada tahun 1939.
            Pada tahun 1922, golongan Pongyi menubuhkan Majlis Am Sangha Semetggi (General Council of Sangha Semetggi) untuk mengendalikan program politik mereka. Pongyi bernama GBCA telah memulaukan pilihanraya untuk melantik ahli-ahli Majlis Undangan. Kejayaan dapat dilihat apabila hanya 7% pengundi pada tahun 1922 dan 16% pada tahun 1925 keluar mengundi.
            Pada tahun 1923, Pongyi dan GBCA menentang pemerintahan dua lapis yang diperkenalkan di Myanmar dan menuntut pemerintahan sendiri. Kepentingan dan pengaruh Pongyi dapat dilihat apabila ahli-ahli baru Majlis Undangan yang dilantik selepas tahun 1923 sering mendapatkan pandangan pemimpin-pemimpni Pongyi sebelum mengundi atas isu-isu penting.
            Pada tahun 1924, golongan Pongyi melancarkan beberapa kempen anti-cukai.
            Seterusnya, pada tahun 1926, U Wisara, seorang Pongyi yang terkemuka telah melancarkan kempen anti cukai di Daerah Tharrawaddy. Beliau ditangkap dan dipenjarakan.
            Antara tahun 1926-1927, Pongyi-pongyi lain melancarkan beberapa lagi kempen anti cukai.
            Pada tahun 1928, GBCA terpecah menjadi tiga kumpulan kecil di bawah pimpinan U Chit Hliang, U Su dan U Soe Thin akibat perselisihan yang berlaku antara tahun 1924-1928. Namun, kumpulan ini tidak banyak berbeza dari segi prinsip dan objektif dan terpengaruh dengan pergerakkan Parti Kongres Nasional India dan menentang reformasi Montague-Chelmsford dan menentang cadangan Suruhanjaya Simon 1928 agar Myanmar dipisahkan daripada India.
            Pada tahun 1929, U Wisara meninggal akibat berpuasa dalam penjara. Kematian beliau menambahkan lagi perasaan anti-British di kalangan rakyat Myanmar.
 

Peranan dan sumbangan Pongyi antara tahun 1930-1935

 

Pada tahun 1930, golongan Pongyi memberi sokongan kepada Liga Anti-Pemisahan (Anti-Seperationist League) di bawah pimpinan Dr. Ba Maw dan U Khaw Myint dengan alas an pemisahan membantutkan perkembangan kerajaan sendiri di Myanmar. Golongan Pongyi juga telah menentang pengajaran agama Kristian kepada murid-murid beragama Buddha di sekolah-sekolah mubaligh di Rangoon.
            Pada 22 Disember 1930, Pemberontakan Saya San meletus di daerah Tharawaddy, Burma Hilir. Pemberontakan ini dipimpin oleh Saya San (bekas Pongyi dari Shwebo) dan diatur oleh Pongyi-pongyi di peringkat desa. Pemberontakan ini meletus disebabkan oleh:
a.         Ketidakpuasan petani-petani terhadap cukai capitation.
b.         Beban hutang petani-petani dengan peminjam-peminjam wang.
c.         Arahan-arahan kerajaan mengkhaskan kawasan-kawasan hutan.
Pemberontakan ini bertujuan untuk menggulingkan Kerajaan British dan memulihkan agama Buddha. Pemberontakan ini dengan cepat berkembang ke sebahagian Hilir Myanmar.
            Pada tahun 1931, pemberontakan berjaya dipatahkan. Saya San ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh. Walau bagaimanapun, pemberontakan ini menaikkan lagi semangat kebangsaan rakyat Myanmar.
            Pada tahun 1932, pengaruh ke atas petani memastikan kejayaan Liga Anti-Pemisahan dalam pilihanraya umum. Mereka berjuang agar Myanmar terus dalam persekutuan India kerana sedar bahawa hanya Kongres Nasional India yang mampu berjuang menuntut kemerdekaan dengan berkesan. Namun, British enggan memberi Myanmar hak memilih keluar daripada persekutuan India.
            Seterusnya, pada tahun 1935, Myanmar dipisahkan dari India dan diletakkan di bawah kawalan langsung Pejabat Myanmar di London. Akta Kerajaan Myanmar diluluskan oleh Parlimen British. Hal ini menyebabkan parti-parti politik Myanmar berusaha mendapatkan sokongan bagi menduduki dewan perundangan atau kabinet. Pelajar sering membuat tunjuk perasaan dan ahli politik mengambil kesempatan memperalatkan pelajar. Dr. Ba Maw menyertai Parti Rakyat dan mengemukakan undi tidak percaya kepada para menteri. Hal ini menyebabkan para menteri meletak jawatan dan tempat mereka diambil alih oleh Dr. Ba Maw dan U Ba Pe.
            Boleh dikatakan selepas tahun 1932 atau awal 1930-an, pengaruh golongan Pongyi semakin merosot dan secara beransur-ansur diambil alih oleh golongan Thakin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...