Selasa, 15 Februari 2011

sambungan Psikologi Pembelajaran

Kecemerlangan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja tidak mengira latar belakang keluarga,lokasi dan lain-lain seandainya ia berusaha secara luar biasa. Untuk mencapai kecemerlangan,kita boleh menggunakan beberapa kaedah,teknik pembelajaran tertentu sehingga boleh sebati dengan diri.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
  1. memiliki motivasi yang tinggi. Dalam hal ini para pelajar kena gambarkan kecemerlangan itu terlebih dahulu.Jika tidak kita tidak akan nampak apa-apa kecemerlangan pun.Selain itu pelajar juga perlu kawal tindakan dan rangsangan kendiri supaya dapat membentuk dorongan tinggi.
  2. memfokuskan fikiran. Dalam hal ini pelajar mesti sentiasa beri fokus kepada tugasan harian di samping matlamat pembelajaran.Maka untuk itu para pelajar tidak boleh banyak cabang fikiran selain masalah pembelajaran.Elakkan ditimpa pelbagai masalah.
  3. Menempuh kesusahan dengan tabah. Semua orang terpaksa menempuhnya,jadi anggaplah perkara biasa. Apabila hasilnya kita kecapi,kita akan senang kelak,insyaAllah.Semasa berdepan kesusahan,paksa diri bukan mengalah.Orang yang  sering mengikut emosi dan perasaan semata-mata bukanlah manusia yang kuat dan gagah.
  4. Merangsang minda. Untuk itu para pelajar boleh:
  • tulis dalam diari atau buku catatan tentang perkara yang positif setiap hari.
  • bersahabat dengan orang yang bersikap positif.
  • sentiasa memberi perangsang kepada sahabat supaya menjadi hebat.
  • membaca buku dan blog berkaitan motivasi.
  • sentiasa berdoa.
Langkah-langkah Pelajar Cemerlang

1. Taat kepada Allah swt.
     Yakni sentiasa patuhi dan taat suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.Dalam hal ini kita tidak boleh memilih melakukan suruhan Allah yang kita suka dan tinggalkan amalan yang dirasakan sukar;kita mesti ambil semuanya.

Ciri-ciri pelajar yang sentiasa pelihara hubungan dengan Khalidnya:
  • laksanakan solat lima waktu(wajib) dan ibadah wajib yang lain.
  • buat kebajikan dan kebaikan.
  • jaga kebersihan fizikal,mental dan rohani.
  • selalu berdoa minta pertolongan Allah.
  • selalu bersyukur dengan nikmatNya walaupun ditimpa kesusahan.
  • sentiasa bertaubat terutama selepas solat.
  • jaga batas-batas pergaulan;terutama berlainan jantina.
  • hormati guru,ibu bapa dan yang lebih tua.
2.  Doakan ibu bapa
  • Restu ibu bapa harus dipinta demi mendapat keberkatan dan ketenangan semasa belajar dan ketika susah.Allah swt menjanjikan ganjaran besar buat anak-anak yang mendoakan ibu bapanya.
3. Hormat dan sayang kepada guru
    Pelbagai cara boleh dilakukan,misalnya
  • dengar dan patuhi arahan guru.
  • beri perhatian semasa pengajaran guru.
  • tidak menyampuk semasa guru sedang bercakap.
  • tidak tinggikan suara dan menengking guru.
  • sentiasa ucapkan salam dan senyum kepada guru.
4. Bersahabat dengan orang yang bersikap positif.
  • Ini kerana pelajar yang bersikap positif dapat mendorong dan beri semangat kepada pelajar yang sebaliknya. Sentiasa berkongsi pendapat dengan rakan-rakan anda misalnya strategi belajar,bertukar-tukar nota dan lain-lain.
5.  Sentiasa membantu rakan-rakan yang memerlukan.
  • Jika kita dikurniakan kepandaian dan kelebihan yang lebih daripada rakan lain,jangan lokek berkongsi ilmu.Jika kita ikhlas, besar ganjaran yang Allah berikan. Secara tidak langsung boleh tingkatkan kefahaman dan kukuhkan ingatan.
6.  Tahu teknik belajar yang betul.
  • teknik belajar gemilang.
  • buat jadual waktu belajar sendiri.
  • membuat nota sendiri.
  • membaca dengan sungguh hati.
  • mengingati dan menghafal.
  • bertanya soalan kepada guru.
  • belajar berkumpulan.
  • menjawab soalan-soalan latihan.
7.  Gemar pada subjek.
  • merupakan salah satu perkara sangat penting untuk mencapai kecemerlangan.Jika kita meminatinya, proses pembelajaran menjadi lebih seronok dan bersemangat belajar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...