Jumaat, 18 Februari 2011

NOTA SEJARAH BAB 6 TINGKATAN 5

Bab 6
PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

1. Idea pembentukan Malaysia telah pun dikemukakan sejak awal abad ke-19.
2.Cadangan pertama dikemukakan pada tahun 1887 oleh Lord Brassey, iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara. Beliau mencadangkan agar Kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) denganNegeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.
3. Pada tahun 1948 pula Sir Malcolm MacDonald yang merupakan Gabenor Jeneral Asia Tenggara (1949 – 1952), mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
4. Pada tahun 1956, Dato' Onn Ja'afar mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia kerana menurut beliau pada suatu masa nanti British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
5. Selain itu, terdapat juga cadangan daripada pemimpin Singapura, iaitu Lim Yew Hock, diikuti oleh David Marshall pada tahun 1955 dan kemudiannya oleh Lee Kuan Yew pada tahun 1959. Lee Kuan Yew telah mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul, Rahman untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Idea ini sama sekali tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk.
6. Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman telah menyetujui gagasan Malaysia dan mencadangkan pembentukannya dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura.
7. Beliau menyuarakan harapannya supaya negara Malaysia dapat dibentuk bagi menjamin satu kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani di rantau ini. Dengan ini kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial dapat diwujudkan.
8. Menurut beliau lagi, pembentukan negara Malaysia memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. Pembentukan Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang merujuk pada masalah keselamatan, usaha mendapatkan kemerdekaan dan juga proses dekolonisasi.
2. Selain itu, sebabnya adalah untuk mengadakan kerjasama ekonomi serta mengimbangkan penduduk Melayu dan bukan Melayu.
Faktor Politik
1. Lee Kuan Yew berminat bergabung dengan Malaysia kerana perkembangan pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura pada bulan April 1961 .
2. Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew, iaitu Parti Tindakan Rakyat atau People's Action Party (PAP) pada masa depan. Perkembangan ini membimbangkan kerana menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura. Barisan Sosialis dianggap oleh Lee Kuan Yew sebagai gerakan berhaluan kiri.
3. Ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia. Lee Kuan Yew telah menggunakan alasan ini untuk mendesak British menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.
4. Tambahan pula, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu sepanjang tempoh darurat, dari tahun 1948 hingga tahun 1960.
5. Selain itu, ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandestine Communist Organization (CCO) yang bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
6. Masalah ini merupakan antara faktor terpenting yang mendorong Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea pembentukan Malaysia. Penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis.
7. Penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa ini Sarawak, Sabah dan Brunei masih belum mampu berkerajaan sendiri. Penyertaan mereka akan menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana mengikut perancangan, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Di samping itu, mereka dapat menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik.
8. Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.
8. Pada masa ini, hampir kesemua negara di Asia Tenggara telah berjaya mendapatkan kemerdekaan.Dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 telah timbul usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan.
9. Kejayaan pembentukan Malaysia diharapkan dapat memberikan kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara.
10. British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo. British perlu mengambil langkah-langkah ke arah memastikan kepentingan mereka terus terkawal terutama pangkalannya di Singapura.
Parti Tindakan Rakyat (PAP)Parti Tindakan Rakyat dikenal juga dengan nama singkatannya PETIR.Parti ini menggunakan lambang petir.
Faktor Ekonomi
1. Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian. Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini.
2. Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah seperti getah dan bijih timah, Sarawak dan Sabah pula mempunyai sumber balak, manakala Brunei kaya dengan sumber minyak.
Faktor Sosial
1. Salah satu taktor utama pembentukan Malaysia adalah untuk mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri anggota dengan memasukkan Sarawak, Sabah dan Brunei ke dalam gabungan itu.
2. Pada keseluruhannya, pembentukan Malaysia bertujuan untuk menyegerakan kemerdekaan bagi negeri-negeri anggota di samping untuk memajukan negeri-negeri yang belum membangun seperti Sarawak dan Sabah. Ini selari dengan dasar dekolonisasi British.
3. Pembentukan Malaysia juga memperlihatkan kesepakatan dan semangat setia kawan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura untuk memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama.

Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia
Cadangan pembentukan Malaysia yang diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman di Singapura telah menimbulkan pelbagai reaksi di dalam negeri dan di kalangan negara luar.
Reaksi Dalam Negeri
1. Pada keseluruhannya, rakyat Persekutuan Tanah Melayu melihat persekutuan Malaysia sebagai usaha murni untuk membantu dan memimpin negeri-negeri anggota.
2. Pengalaman Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang telah merdeka menjadi aset yang boleh digunakan untuk memajukan Malaysia yang akan ditubuhkan.
3. Kebanyakan parti politik Persekutuan Tanah Melayu menyokong idea ini tetapi terdapat perbezaan pendapat tentang pelaksanaannya. Contohnya, Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta supaya idea ini dirundingkan terlebih dahulu di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu manakala UMNO menyetujui penggabungan dengan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa Singapura.
Singapura
1. Sejak tahun 1950-an lagi, Singapura berhasrat bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu. Lee Kuan Yew dan partinya, iaitu PAP menyokong usaha ini kerana bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri yang kuat dan beliau sendiri ingin mempertahankan kedudukannya.
2. Menjelang bulan Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan ini.
3. Parti pembangkang Singapura yang terbesar, iaitu Barisan Sosialis menentang idea ini dan mengatakan bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan bentuk baru. Mereka menuntut agar pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu sebelum Singapura menyertai gabungan ini.
4. Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall dan Parti Rakyat Bersatu atau United People's Party pimpinan Ong Eng Guan yang menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat.
5. Dengan ini, satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat penggabungan telah diadakan pada1 September 1962. Dalam referendum tersebut, pengundi-pengundi Singapura memilih penggabungan diadakan mengikut cadangan kerajaan Singapura seperti yang dipersetujui dengan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan November 1961 .
Sabah Dan Sarawak
1. Reaksi segera yang timbul di Sarawak dan Sabah selepas cadangan pembentukan Malaysia diumumkan adalah ke arah menolak cadangan ini.
2. Kedua-dua negeri ini telah lama berada di bawah pemerintahan British, iaitu Sabah selama 60 tahun dan Sarawak melebihi satu abad.
3. Ramai yang ingin kekal di bawah pemerintahan British kerana mereka belum ada keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri. Hal ini disebabkan sebelum ini peluang mereka dalam politik adalah terhad. Sarawak
1. Di Sarawak telah ada dua buah parti politik sebelum pengumuman penubuhan Malaysia, iaitu Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau Sarawak United People's Party (SUPP) pimpinan Ong Kee Hui yang dibentuk pada bulan Jun 1959. Majoriti ahlinya terdiri daripada orang Cina dan sebilangan kecil orang Melayu.
2. Yang kedua ialah Parti Negara Sarawak (PANAS), ditubuhkan pada bulan April 1960 di bawah pimpinan Dato' Bandar Abang Haji Mustapha. Ramai anggotanya terdiri daripada orang Melayu. Parti ini merupakan parti pertama di Borneo yang menyokong penubuhan Malaysia.
3. Pada bulan April 1961, lahir pimpinan Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak National Party (SNAP)Stephen Kalong Ningkan yang ahli-ahlinya terdiri daripada orang Iban.
4. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) ditubuhkan pada bulan Disember 1961 di bawah pimpinan Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud. Parti ini ialah parti berbilang kaum tetapi majoriti ahlinya terdiri daripada orang Melayu dan Melanau serta sebilangan kecilnya terdiri daripada orang Iban dan orang Bidayuh.
5. Parti lain yang terdapat di Sarawak ialah Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) pimpinan Temenggung Jugah Anak Barieng yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 daan Sarawak Chinese Association (SCA) yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962. Kebanyakan ahli bagi kedua-dua parti ini terdiri daripada orang Cina.
6. Kesemua parti politik di Sarawak ini akhirnya menyokong Sarawak menyertai Malaysia walaupun pada Peringkat awalnya mereka menentang kerana mereka menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu.
7. Hanya SUPP yang terus menentang.
8. Pada bulan Oktober 1962, lima buah parti, iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, SCA dan PESAKA telah bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak.
9. Gabungan parti ini telah berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia dan berusaha menyekat pengaruh SUPP.
10. Di Sabah masih belum terdapat parti-parti politik, namun, pengumuman Tunku Abdul Rahman tentang gagasan Malaysia telah melahirkan beberapa buah parti politik di negeri itu bagi tujuan mengemukakan pandangan serta mendapatkan sokongan tentang gagasan Malaysia.
11. Antara parti politik yang lahir pada masa itu termasuklah Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu atau United National Kadazan Organization (UNKO) pada bulan Ogos 1961 di bawah pimpinan Donald Stephens. 12. Pada bulan Disember 1961, lahir Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu atau United Sabah National Organization (USNO) pimpinan Datu Mustapha Datu Harun yang mewakili orang Islam di Sabah.
13. Pada bulan Jun 1962, lahir sebuah lagi parti kaum Dusun atau Kadazan pimpinan G. S. Sundang, iaitu Parti Pasok Momugun.
14. Pada masa itu, muncul dua buah parti yang mendapat sokongan orang Cina, iaitu Parti Bersatu, pimpinan Khoo Siak Chew dan Parti Demokratik pimpinan Peter Chin.
15. Pada bulan September 1961, kelima-lima parti politik, iaitu UNKO, USNO, Parti Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik telah bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah. Akhirnya, kesemua parti di Sabah menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.
16. Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat yang dikenali sebagai Perkara 20.
17. Tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak. Perkara 20 menyenaraikan tuntutan-tuntutan Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).
18. Laporan Jawatankuasa ini memuatkan tuntutan tersebut dan tuntutan ini kemudiannya menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru.
19. Tuntutan tersebut dapat melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah. Terdapat sedikit perbezaan antara pembahagian kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Hak ini dikenali sebagai hak wilayah asingan.
20. Antara perkara penting yang disentuh dalam hak wilayah asingan termasuklah:
21. Reaksi parti-parti politik di Sarawak clan Sabah terhadap isu pembentukan Malaysia dapat dilihat dalam jadual berikut:(sila rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5)
22. Menjelang akhir tahun 1961 ramai pemimpin dan juga rakyat Sarawak dan Sabah mula menyokong pembentukan Malaysia.
23. Perubahan sikap ini didorong oleh usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah
Melayu menjelaskan gagasan Malaysia dengan mempertimbangkan pandangan penduduk Sarawak dan Sabah.
24. Semangat perpaduan dan sikap toleransi yang diperlihatkan oleh para pemimpin dari Tanah Melayu termasuk Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun V.T. Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin telah membantu kepada perubahan sikap ini.
25. Di samping itu, usaha ini turut mendapat kerjasama daripada pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah antaranya termasuklah Datu Mustapha Datu Harun, Temenggung Jugah, Donald Stephen, Ong Kee Hui dan Stephen Kalong Ningkan.
Brunei
1. Pada dasarnya Sultan Brunei, iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia pada peringkat awalnya dan beliau telah membentuk sebuah suruhanjaya bagi meninjau pendapat rakyat Brunei.
2. Namun, Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M. Azahari menentang gagasan Malaysia kerana matlamat parti ini adalah untuk menubuhkan Persekutuan Borneo, iaitu kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei.
3. Anggota PRB menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme.
4. A.M. Azahari telah melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) yang ditubuhkan di beberapa buah bandar di Sarawak, Sabah dan Brunei.
5. Pemberontakan ini dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan Sultan Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia.
6. A.M. Azahari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan daripada Indonesia dan Filipina.
7. Pemberontakan Brunei yang berlaku pada 7 Disember 1962 dapat dipatahkan oleh tentera British
8. A.M. Azahari yang berada di Manila tidak dapat ditangkap. Beliau kemudiannya mendapat perlindungan politik di Indonesia.
Reaksi Negara Luar
Indonesia

1. Indonesia telah membantah pembentukan Malaysia. Pada peringkat awal Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia.
2. Tentangan hanya muncul pada akhir tahun 1962. Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia. Pandangan yang disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) ini kemudiannya telah mempengaruhi Presiden Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi.
3. Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep Ganyang Malaysia telah diumumkan pada 20Januari 1963.
4. Walaupun pada peringkat permulaan berlaku serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu dan juga pencerobohan udara tetapi kerajaan Persekutuan tidak mengambil sebarang tindakan.
5. Namun, apabila tentera Indonesia mula melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah, Malaysia telah bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel termasuklah dari Britain, Australia,New Zealand dan Kanada.
6. Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britain.
7. Tunku Abdul Rahman mengambil tindakan menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
8. Bagaimanapun, ancaman Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini menjelaskan Indonesia sendiri.
9. Malaysia terpaksa mengambil langkah memelihara kedaulatan negara dan rakyatnya apabila Indonesia bertindak memburukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga.
10. Perwakilan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke beberapa buah negara Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia.
11. Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah pada bulan September 1965 apabila berlaku pemberontakan bersenjata di Indonesia. Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno. Presiden Soeharto kemudiannya menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik, bagi memulihara hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia.
12. Menjelang bulan Ogos 1966, berakhirlah konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.
Filpina
1. Kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal telah membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.
2. Kerajaan Filipina dengan tegas mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
3. Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck. Baron Von Overbeck kemudian telah menjualkan haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan yang berjaya memperoleh Piagam Diraja daripada British.
4. Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB). Syarikat inilah yang memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.
5. Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British.
6. Walau bagaimanapun, pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yang terakhir, iaitu Sultan Esmail Kiram pada 22 Januari 1958.
7. Menjelang bulan Jun 1966, Filipino telah mengiktiraf penubuhan Malaysia.
8. Pengiktirafan ini diberikan menerusi usaha membaiki hubungan antara kedua-dua negara melalui MAPHILINDO (Malaysia, Filipino clan Indonesia).
LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. Selepas Tunku Abdul Rahman berucap di Singapura pada akhir bulan Mei 1961, beliau telah berusaha mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah (Jun 1961) serta ke Brunei (Julai 1961) untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.
2. Selain itu, rundingan telah diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura.
3. Hasilnya, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) telah ditubuhkan di Singapura pada bulan Julai 1961 yang dipengerusikan oleh Donald Stephens.
4. Jawatankuasa ini berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia, mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
5. Mesyuarat Jawatankuasa ini telah berlangsung sebanyak empat kali, iaitu di Jesselton (Sabah), Kuching (Sarawak), Kuala Lumpur (Persekutuan Tanah Melayu) dan Singapura.
6. Brunei telah menghantar pemerhatinya menghadiri tiga mesyuarat terakhir. Dalam mesyuarat terakhir di Singapura pada bulan Februari 1962, ahli-ahli bersepakat mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk oleh kerajaan British.
7. Memorandum ini mengandungi perkara penting yang memberikan pertimbangan kepada pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan baru.
8. Suruhanjaya Cobbold disertai oleh tiga orang pegawai British, iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston.
9. Rakyat tempatan yang menyertai suruhanjaya ini ialah Dato' Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie.
10. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia serta membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British.
11. Suruhanjaya ini telah meninjau pendapat penduduk Sarawak dan Sabah.
12. Pada masa yang sama, suruhanjaya ini menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.
13. Suruhanjaya ini memulakan tugasnya dari bulan Februari sehingga bulan April 1962 dan mengemukakan laporan mereka kepada kerajaan British pada bulan Jun 1962.
14. Menurut laporan Suruhanjaya Cobbold, satu per tiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat, satu per tiga menyokong dengan syarat, iaitu kepentingan mereka harus dilindungi dan satu per tiga lagi menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia.
15. Suruhanjaya ini juga telah mengemukakan beberapa cadangan. Antaranya, perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya dan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Cadangan lain termasuklah jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah, pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk serta penentuan tarikh penubuhan Malaysia.
16. Cadangan Suruhanjaya ini diperincikan oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).
17. JAK ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 dan dianggotai oleh wakil-wakil dari Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sarawak dan Sabah.
18. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Lord Landsdowne (Menteri Negara bagi TanahJajahan) dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, Tun Abdul Razak. Kedua-duanya mengunjungi Sarawak dan Sabah bagi menerangkan penubuhan Malaysia.
19. Jawatankuasa ini bermesyuarat sebanyak 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam persekutuan Malaysia.
20. Mereka turut membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
21. Menjelang bulan Disember 1962, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah bersetuju Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1963.
22. Walau bagaimanapun, tentangan daripada Indonesia dan Filipina telah menyulitkan pembentukan Malaysia. 23. Justeru, bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak yang melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina telah diadakan.
24. Sidang kemuncak antara ketua kerajaan, iaitu Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal telah diadakan di Manila dari 30Julai hingga 5 Ogos 1963. Hasil daripada rundingan ini MAPHILINDO telah ditubuhkan. Ketiga-tiga negara ini bersetuju mencari jalan penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
25. Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations Malaysia Mission (UNMM) telah dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB, iaitu U Thant. Beliau telah menghantar wakilnya Lawrence Michaelmore dari Amerika Syarikat bersama-sama tujuh orang wakil dari Chezchoslovakia, Argentina, Brazil, Ceylon, Pakistan, Jepun dan Republik Arab Bersatu, bagi meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
26. Dalam tinjauan ini, mereka mendapati majoriti rakyat Sarawak dan Sabah sememangnya bersetuju menyertai
persekutuan Malaysia. Ini adalah kerana menjelang lawatan misi PBB, majoriti rakyat Sarawak dan Sabah telah mengubah fikiran mereka berbanding dengan keputusan Suruhanjaya Cobbold.
27. Perubahan fikiran ini berpunca daripada usaha yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan usaha Parti Perikatan membentuk parti yang menyokong pembentukan Malaysia yang akhirnya memenangi pilihan raya.
28. Di samping itu, penduduk Sarawak dan Sabah lebih suka menyertai Persekutuan Tanah Melayu daripada menganggotai Indonesia mahupun FilipinA.
29. Walau bagaimanapun, tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda pada 16 September 1963. Hal ini disebabkan laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan serta tentangan daripada Indonesia dan FilipinA yang berterusan.
30. Brunei telah menarik diri pada scat-scat akhir. Namun, apa yang penting ialah kejayaan pembentukan Malaysia memperlihatkan ciriciri kepimpinan tokoh politik di Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
31. Tekanan pihak komunis dan juga tentangan daripada FilipinoAdan Indonesia dapat ditangkis melalui diplomasi politik yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan juga kerajaan British.
32. Pembentukan Malaysia bukan sahaja melibatkan kerjasama serantau tetapi juga kerjasama antarabangsa.
Ahli Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum
• Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari (Persekutuan Tanah Melayu)
• Lee Kuan Yew (Singapura)
• Tun Datu Mustapha Datu Harun (Sabah)
PERJANJIAN MALAYSIA 1963
1. Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.
2. Sepanjang bulan Ogos 1963 berlaku beberapa peristiwa penting ke arah merealisasikan penubuhan Malaysia. 3. Ratu Elizabeth II telah memperkenankan Akta Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen Britain.
4. Ini disusuli dengan kelulusan Perjaniian Malaysia oleh Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Majlis Undangan Sabah.
5. Seterusnya pada 26 Ogos 1963, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan Akta Malaysia.
6. Pada 16 September 1963, negara Malaysia ditubuhkan secara rasminya yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.
Akta Malaysia .
Akta Malaysia memperuntukkan penggabungan
Negeri-negeri berkenaan dan seterusnya dinamai Malaysia.
INTIPATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963
1. Akta Malaysia telah memperuntukkan beberapa perkara yang kemudiannya diterima dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia.
2. Antaranya, semua urusan hal ehwal luar adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
3. Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan.
4. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan.
5. Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.
6. Negeri Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.
7. Pada masa yang sama Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan parlimen.
8. Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di PersekutuanTanah Melayu.
Hari Malaysia
Hari perisytiharan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Penetapan tarikh ini adalah berdasarkan keputusan Setiausaha Agung
PBB dan dipersetujui oleh kerajaan British, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...