TINGKATAN 5
BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME
DI ASIA TENGGARA
Nyatakan tiga ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara. ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms.8 )
- Penubuhan kerajaan pusat
- Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
- Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan)
- Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua biro
- Pengenalan undang-undang Barat
Nyatakan perubahan-perubahan yang diperkenalkan oleh Belanda dalam sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 9)
- Pentadbiran dipecahkan kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
- Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
- Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda
- Penubuhan jabatan kerajaan
- Penubuhan Dewan Tempatan
(a) Huraikan sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 8 – 9)
Pusat - Memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
G/Jeneral - Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi
Datuk Bandar - Melantik Ketua Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah
G/Kecil - - Gabenor Kecil menjadi pentadbir Bandar
Tempatan - Pentadbiran peringkat tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda
Encomienda - Barangay-barangay digabungkan membentuk Encomienda
Encomiendero - Encomienda diperintah oleh Encomiendero
Tugas - Tugas Encomiendero ialah menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk barangay
(b) Jelaskan kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia Tenggara. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 8 – 13)
Kuasa - Raja kehilangan kuasa dalam pemerintahan
Penaung - Fungsi raja sebagai penaung agama Buddha di Burma diambil alih oleh undang-undang
Hapus - Terhapusnya institusi raja , contohnya di Burma
Pemerintah - Gabenor Jeneral / Pesuruhjaya Tinggi menggantikan raja sebagai pemerintah tertinggi
Nasihat - Raja menerima nasihat daripada penasihat Barat dalam hal pentadbiran
Pengaruh - Kemerosotan pengaruh pembesar tempatan
Pusat - Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah
Bahagi - Pembahagian pentadbiran kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
Undang-undang Pengenalan sistem undang-undang Barat
(a) Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 14 – 16)
i. Dasar Penjajah
Dasar - Rakyat tempatan tidak puas hati terhadap dasar penjajah.
Birokrasi - Penduduk tempatan tidak mempunyai peluang dalam sistem birokrasi Barat.
Ekonomi - Dasar ekonomi penjajah bersifat menindas.
Sosial - Penjajah mewujudkan jurang sosial dalam masyarakat.
Imigran - Dasar kemasukan imigran menyebabkan ekonomi dikuasai oleh mereka.
ii. Pengaruh Agama
Agama - Agama menjadi alat penyatuan rakyat.
Islah - Lahirnya gerakan Islah oleh persatuan-persatuan agama.
Kristian - Penganut Kristian tempatan dianggap golongan kelas kedua.
iii. Karya Kesusasteraan
Karya - Karya-karya kesusasteraan membangkitkan kesedaran dan kecintaan kepada negara.
Mesej - Karya-karya kesusasteraan menyampaikan mesej kesengsaraan rakyat.
iv. Pendidikan
Pendidikan - Penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam pendidikan.
Kemudahan - Kemudahan disediakan untuk sekolah yang menggunakan bahasa penjajah.
Rendah - Pendidikan diberi di peringkat rendah sahaja.
Elit - Pendidikan diberi kepada golongan elit sahaja.
Bandar - Pendidikan terhad di bandar sahaja.
Asing - Anak-anak bangsawan diasingkan daripada rakyat dalam memberi pendidikan.
Sekular - Pendidikan sekular memberi ancaman kepada sekolah agama.
Pekerjaan - Lepasan sekolah vernakular sukar untuk mendapatkan pekerjaan.
v. Kemunculan Golongan Intelek
Intelek - Golongan intelek yang terdedah kepada idea falsafah Barat dan Islam memimpin gerakan nasionalisme menuntut membaiki taraf hidup dan membebaskan negara.
vi. Pengaruh Media
Media - Media seperti akhbar dan majalah menyemarkakkan semangat nasionalisme.
Sebar - Menyebarkan idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah.
vii. Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
Bertemu - Sistem perhubungan memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.
Hubung - Jalan raya dan jalan kereta api menghubungkan kawasan yang sebelumnya terpisah.
viii. Pengaruh Luar
Jepun - Kejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia membuka mata nasionalis.
Ghandi - Perjuangan Mahatma Ghandi menjadi sumber inspirasi kepada nasionalis.
(b) Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme negara lain di Asia Tenggara ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 22)
Sifat - Nasionalisme Thailand tidak bersifat antipenjajah.
Kerabat - Gerakan nasionalisme tahap pertamanya disebabkan rakyat menentang penguasaan politik oleh kerabat diraja.
Mutlak - Mereka mengadakan penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak.
Boros - Tidak puas hati terhadap sikap raja yang boros.
Revolusi - Revolusi dilancarkan untuk menggulingkan raja berkuasa mutlak.
Ekonomi - Gerakan nasionalisme tahap kedua disebabkan oleh rasa tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.
Pembaharuan- Mengadakan pelbagai pembaharuan untuk menyekat penguasaan itu.
Undang-undang Menggubal undang-undang menyekat monopoli ekonomi oleh orang Cina
Bubar - Membubarkan akhbar dan sekolah Cina.
(a) Jelaskan perbezaan antara gerakan nasionalisme tahap pertama dengan gerakan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara.(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 18)
Sifat - Gerakan nasionalisme tahap pertama bersifat setempat manakala gerakan nasionalisme tahap kedua bersifat nasional.
Organisasi - Gerakan tahap pertama tiada organisasi tetapi gerakan tahap kedua mempunyai organisasi yang tersusun.
Matlamat - Matlamat gerakan nasionalisme tahap pertama ialah mennuntut pembaharuan dalam bidang kebudayaan, agama dan hak peribumi manakala gerakan tahap kedua mempunyai matlamat menuntut kemerdekaan.
Pimpin - Gerakan tahap pertama dipimpin oleh golongan pertengahan yang mendapat pendidikan di Barat dan Timur Tengah tetapi gerakan tahap kedua dipimpin oleh golongan berpendidikan tinggi yang berpengetahuan
Kaedah - Gerakan tahap pertama menggunakan kaedah memberi kesedaran tetapi gerakan kedua menggunakan gerakan bersifat radikal.
Tuntut - Gerakan tahap pertama tidak menuntut kemerdekaan segera sebaliknya gerakan tahap kedua menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri.
BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
(a) Bagaimanakah dasar-dasar British terhadap politik, ekonomi dan sosial di negara ini telah membangkitkan nasionalisme di kalangan penduduk tempatan
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 45 – 49)
i. Politik
Musnah - Pengenalan sistem politik Barat memusnahkan sistem politik tradisional
Cabar - Tindakan menggantikan pembesar tempatan dengan pegawai British mencabar amalan tradisi
Maruah - Tindakan tersebut juga menjatuhkan maruah orang Melayu
ii. Sosial dan Pendidikan
Kampung - Orang Melayu tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan
Kemajuan - Kemajuan hanya terdapat di bandar-bandar sahaja
Jurang - Wujudnya jurang taraf hidup antara luar bandar dengan bandar
Mundur - Hidup orang Melayu mundur
Intelek - Sistem pendidikan melahirkan golongan intelek Melayu
Sedar - Mereka memainkan peranannya untuk menyedarkan bangsa
Tolak - Mereka menggunakan idea untuk menolak penjajahan
iii. Ekonomi
Datang - Dasar British menggalakkan kemasukan orang asing untuk berdagang.
Imigran - Ramai imigran datang dan menetap di Tanah Melayu
Persaingan - menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
Kuasai - Mereka menguasai ekonomi perlombongan, perladangan dan perdagangan
Padi - Orang Melayu kekal dengan pertanian padi
(b) Nyatakan isu-isu pendidikan yang dibangkitkan dalam akhbar, majalah dan novel Melayu pada tahun 1930-an. ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 51 – 53 )
Tinggi - Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
Perempuan - Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
Pilih - Menyeru meninggalkan sikap memilih kerja
Tabung - Menggalakkan orang Melayu menabung untuk pendidikan anak-anak
Tradisional - Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu
Inggeris - Mementingkan pendidikan Inggeris untuk kemajuan
Taraf - Meminta menaikkan taraf sekolah Melayu dengan memberi nilai ekonomi
BM - Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British
Islam - Menyeru orang Melayu tidak melupakan pendidikan Islam
Nilai - Mengekalkan nilai baik masyarakat Melayu
(a) Senaraikan akhbar-akhbar Melayu yang diterbitkan pada tahun 1930-an.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 51)
- Warta Malaya
- Lembaga Malaya
- Majlis
- Utusan Melayu
- Warta Negara
- Fajar Sarawak
(b) Nyatakan isu-isu ekonomi yang dibangkitkan oleh akhbar-akhbar Melayu.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 51)
- Menggalakkan syarikat kerjasama
- Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam ekonomi tempatan
- Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu
- Melarang orang Melayu menjual tanah mereka
- Menyeru orang Melayu berjimat cermat
- Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur
(c) Apakah perkara-perkara yang dibangkitkan dalam majalah Bulan Melayu ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 52)
- Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan di Johor
- Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri
- Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
- Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa
(d) Berikan tema-tema semangat kebangsaan yang dibangkitkan oleh Ishak Haji Muhammad melalui novel-novel karangannya. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 53)
- Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan
- Mencintai tanah air dan menjaga maruah bangsa
- Berasa bangga dengan kebolehan sendiri
- Menghargai warisan bangsa sendiri
- Menolak kesenangan demi maruah bangsa
(a) Bagaimanakah akhbar-akhbar Melayu tahun 1930-an memainkan peranannya sebagai agen gerakan nasionalisme ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 51)
Isu - Membangkitkan isu pendidikan, ekonomi dan politik
Kesedaran - Memberikan kesedaran untuk memajukan bangsa Melayu
i. Sosial / Pendidikan
Tinggi - Menggesa supaya memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
Perempuan - Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
Sikap - Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap memilih kerja dan malas berusaha
Kemahiran - Mementingkan kemahiran pertukangan dan kerja tangan
BI - Mengutamakan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan diri
Sekolah - Meminta sekolah Melayu diberikan nilai ekonomi
BM - Memartabatkan bahasa Melayu dalam pentadbiran British
Islam - Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam
Nilai - Menyeru supaya mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu
ii. Ekonomi
Syarikat - Menggalakkan syarikat kerjasama
Dagang - Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang
Perniagaan - Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu
Tanah - Melarang orang Melayu menjualkan tanah mereka
Jimat - Menyeru orang Melayu berjimat cermat
Kampung - Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur
iii. Politik
Raja - Mengkritik British yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
Laksana - Mengkritik raja dan pembesar yang tidak melaksanakan kepimpinan sewajarnya untuk rakyat
Pilih - Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan
MAS - Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
Bersatu - Menyeru orang Melayu bersatu di bawah satu pertubuhan kebangsaan
Tuntutan - Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan
(b) Jelaskan isu-isu berkaitan wanita yang dibangkitkan dalam akhbar, majalah dan novel Melayu pada tahun 1930-an. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 51 – 53)
Anak - Pendidikan untuk anak perempuan
Pendidikan - Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri
Kesopanan - Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
Obor - Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa
Kebebasan - Kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya
Negatif - Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan
Perpaduan - Perpaduan di kalangan guru-guru perempuan Melayu Johor
(a) Nyatakan peranan yang dimainkan oleh Mohammad Eunos Abdullah melalui Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 54 – 55)
- Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British
- Menjadi wakil orang Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
- Melalui desakannya, kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British
- Memperoleh sebuah kawasan petempatan khas bagi orang Melayu di Singapura
- Mendorong penubuhan cawangan KMS di Melaka, Pulau Pinang dan di Negeri-Negeri Melayu
(b) Apakah tujuan penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 55)
- Menggalakkan ahli berkenal-kenal
- Menggalakkan ahli bertukar pendapat untuk memajukan diri dan bangsa
- Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu
(c) Senaraikan tindakan-tindakan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang menunjukkan kesatuan ini bersifat politik. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 56)
- Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu
- Menjadikan KMM sebagai badan propoganda Jepun
- Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propoganda anti-British
- Mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan
- Menubuhkan cawangan KMM di Maahad Ihya Assyarif
- Menubuhkan tentera semut untuk menentang British
(d) Apakah hasil daripada kongres Melayu yang telah diadakan pada tahun 1939 dan 1940 ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 56 - 57)
- Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi dan pendidikan dibincangkan
- Layanan pilih kasih oleh British dalam pentadbiran kerajaan telah didedahkan
- Perjuangan kesatuan mendapat sokongan golongan intelek Melayu dan akhbar-akhbar Melayu
- Perpaduan orang Melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik dapat diwujudkan
- Perasaan kenegerian di kalangan orang Melayu dapat diatasi
BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
(a) Apakah persamaan kandungan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu pada tahun 1911 ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 82 dan 84 – 85)
Pemerintahan- Mengamalkan pemerintahan bercorak Raja Berperlembagaan.
Sultan - Sultan dibantu oleh Majlis Negeri / Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri
MB - Menteri Besar menjadi pengerusi Majlis Negeri / Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.
Lantik - Menteri Besar dilantik oleh Sultan.
Jemaah - Menteri Besar dibantu oleh Jemaah Menteri.
Naib - Jemaah Menteri mempunyai kuasa melantik Naib Menteri Besar dengan perkenan Sultan.
Jemaah - Jemaah Menteri mestilah berbangsa Melayu, Islam dan rakyat negeri
Taat - Menteri mesti mengangkat sumpah taat setia kepada Raja dan kerajaan
Pewaris - Pewaris takhta mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu, lelaki dan waris Sultan .
Serah - Raja atau menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain
Melayu - Orang Melayu diiktiraf sebagai rakyat negeri
Islam - Islam sebagai agama negeri
(b) Sistem pentadbiran dalam Persekutuan Negeri Sembilan dikatakan mempunyai unsur demokrasi. Jelaskan.
Perpatih - Mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih
Rakyat - Kedaulatan di tangan rakyat
Lantik - Perlantikan pemimpin dibuat dari peringkat paling bawah
YDP - Yang Dipertuan Besar tidak berhak melantik pembesar
Pembesar - Pembesar dilantik oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah
Runding - Keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Besar adalah hasil perundingan dengan Undang
Mutlak - Tidak mengamalkan kuasa mutlak
Agih - Mengagihkan kuasa kepada individu mengikut peringkat
Muafakat - Permuafakatan antara suku dalam memilih pemimpin
BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
(a) Nyatakan sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 95 – 96)
- Sebagai persediaan untuk TM ke arah membentuk pemerintahan sendiri
- Untuk menjimatkan kos pentadbiran
- Melahirkan pentadbiran yang licin
- Mewujudkan pembangunan ekonomi yang seimbang antara negeri
- Membentuk satu bangsa Malayan Union
- Mengurangkan kuasa politik orang Melayu
(b) Sebutkan dua syarat Perjanjian Malayan Union.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 96)
- Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua Negeri Selat disatukan
- Seorang Gabenor British dilantik untuk mengetuai Malayan Union.
- Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk
- Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas
- Kerakyatan Malayan Union berasaskan prinsip jus soli
- Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
- Raja-Raja Melayu hanya membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu
- Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik di setiap negeri sebagai ketua pentadbir
(c) Senaraikan kelayakan untuk menjadi rakyat Malayan Union .
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 96)
- Sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura
- Mereka yang berumur 18 tahun ke atas serta bermastautin di Tanah Melayu selama 10 hingga 15 tahun
- Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak warganegara di atas
- Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya
(d) Nyatakan pelaksanaan sistem pentadbiran Malayan Union
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 96 - 97)
- Sebuah kesatuan diwujudkan
- Dikuasai oleh sebuah pemerintah pusat yang kuat
- Pentadbirannya tidak tertakluk kepada Singapura lagi
- Pentadbirannya terus kepada Parlimen British
- Menolak sistem politik Melayu
- Pentadbirannya diketuai oleh Gabenor
- Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
- Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan Malayan Union menjalankan pentadbiran peringkat pusat
- Seorang Pesuruhjaya Negeri lantik mentadbir setiap negeri
(a) Berikan dua situasi yang menyebabkan Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Malayan Union. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 98)
- diugut akan diturunkan daripada takhta
- masa yang singkat untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri
- atas dasar setia kawan kepada British
(b) Nyatakan kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 99)
- Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
- Hilang kredibiliti sebagai ketua orang Melayu
- Tiada sebarang kuasa
- Hanya boleh membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu
- Tida kuasa untuk memungut zakat fitrah
(c) Sebutkan kesan-kesan syarat kerakyatan malayan Union yang longgar terhadap kedudukan orang Melayu.. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 99)
- Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi
- Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil
- Ekonomi orang Melayu menjadi mjundur
- Ketinggalan dalam bidang pendidikan
(d) Apakah reaksi yang ditunjukkan oleh orang Melayu sebagai tanda bantahan mereka terhadap gagasan Malayan Union. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 100 - 101)
- Menyuarakan bantahan melaui akhbar-akhbar Melayu
- Mengadakan demonstrasi sedara damai
- Menghidupkan semula persayuan-persayuan Melayu untuk menentang Malayan Union
- Menghantar telegram / surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
- Mengadakan kongres di kalangan orang Melayu
- Menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union
- Mengadakan rapat umum
- Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan
(a) Jelaskan faktor-faktor yang mendorong orang Melayu menentang Malayan Union.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 98 – 99)
Ugut - Harold MacMichael mengugut Raja-Raja Melayu akan diturunkan takhta jika enggan menerima Malayan Union.
Singkat - Sultan tidak diberikan masa cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri
Hakis - Penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union.
Majlis - Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.
Wibawa - Raja-Raja Melayu hilang kewibawaan sebagai ketua orang Melayu.
Agama - Raja-Raja Melayu hanya boleh membincangkan hal-hal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
Zakat - Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk memungut zakat fitrah.
Kerakyatan - Orang Melayu menolak syarat kerakyatan yang longgar.
Ancam - Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
Jumlah - Jumlah orang Melayu menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang.
Mundur - Ekonomi dan pendidikan orang Melayu akan bertambah mundur.
Warisan - Orang Melayu akan kehilangan warisan tamadun dan sejarah yang dibina oleh Kesultanan Melayu Melaka.
(b) Apakah implikasi hasil daripada bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 100)
Menyatu - Berjaya menyatukan orang Melayu.
Pertahan - Memperlihatkansemangat orang Melayu mempertahankan status-quo mereka.
UMNO - Bantahan ini melahirkan UMNO.
Runding - Mendorong British memulakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO
Persekutuan - Hasil rundingan, Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk.
Batal - British membatalkan Malayan Union.
Bentuk - British akan membentuk sistem politik dan pentadbiran yang lebih baik.
BAB 5 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA SURUHANJAYA REID
1. Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada bulan Mac 1956 bagi membincangkan dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
2. Suruhanjaya ini telah diketuai oleh Lord Reid (Hakim British) yang bertindak sebagai pengerusi, manakala ahli yang lain ialah Sir Ivor Jennings (England), Sir William McKell (Bekas Gabenor Jeneral Australia), Tuan B.Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Pakistan).
3. Tugas suruhanjaya ini adalah untuk merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.
4. Beberapa isu menjadi panduan suruhanjaya ini, antaranya termasuklah pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat dan pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu.
5. Suruhanjaya ini juga mengambil kira isu kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu.
6. Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu juga diberikan perhatian.
7. Suruhanjaya ini telah menerima sebanyak 131 memorandum daripada pelbagai pihak. Ini termasuklah daripada Raja-Raja Melayu, orang perseorangan dan pertubuhan politik.
8. Sebagai kerajaan, cadangan Parti Perikatan telah diberikan perhatian utama.
9. Cadangan-cadangan Suruhanjaya Reid ini telah diterbitkan pada bulan Februari 1957.
10. Parlimen British menerima cadangan tersebut pada bulan Mei 1957. Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan Tanah Melayu telah mengesahkannya pada 17 Ogos 1957. Hasilnya, lahirlah Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
11. Satu isu hangat ialah kerakyatan jus soli. Kerakyatan ini yang menjadi tuntutan orang dagang tidak dapat diterima oleh orang Melayu.
12. Ini adalah kerana prinsip kerakyatan jus soli memberikan hak sama rata kepada semua kaum dan ini dianggap boleh melemahkan lagi kedudukan orang Melayu.
13. Namun selepas beberapa rundingan dibuat, RajaRaja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
14. Dengan tolak ansur ini satu pakatan murni antara kaum telah terbina di Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
15. Perkara lain yang telah dipersetujui termasuklah agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
ISI-ISI PENTING PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
1. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957.
2. Perjanjian ini telah melahirkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
3. Antara isi pentingnya termasuklah:
a. Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.
b. Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
c. Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan pada peringkat negeri dan negara.
d. Tiga jenis kerakyatan diwujudkan, iaitu secara Kuat KuasaUndang-undang, Permohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima.
e. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
f. Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
g. Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
h. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
i. Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara.
j. Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.
k. Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO.
4. Prinsip-prinsip Perlembagaan Kemerdekaan 1957 ini adalah satu penerusan kepada pembinaan negara dan bangsa yang kukuh, sistematik dan berperundangan.
5. Unsur Kesultanan Melayu digabungkan dengan sistem birokrasi Barat untuk membentuk identiti negara dan bangsa Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
KEPENTINGAN PERJANJIAN PERSEKUTUAN 1948
1. Akhirnya persetujuan yang telah dicapai menerusi pakatan murni ini , membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk.
2. Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini kerana mereka menyedari bahawa pakatan ini akan mewujudkan perpaduan yang jitu antara kaum-di Persekutuan Tanah Melayu.
3. Sebelum ini, masyarakat di Tanah Melayu menghadapi masalah perpaduan kaum akibat perbezaan kebudayaan dan fahaman politik. Menerusi pakatan murni, keharmonian kaum dapat dicapai tanpa menumpahkan darah.
4. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah memberikan hak mutlak kepada mengikut acuan sendiri.
5. Dengan pengalaman sejarah yang sama, setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka.
6. Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa, diketepikan. Kini, rakyat menikmati apa yang telah dibincangkan dan dipersetujui dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
1. Idea pembentukan Malaysia telah dikemukakan sejak awal abad ke-19.
a) Nyatakan cadangan yang dikemukakan oleh pemimpin tempatan dan luar negara ke arah pembentukan Malaysia?
Isi | Huraian |
Brassey | Lodr Brassey mencadangkan British menggabungkan Sarawak dan Sabah dengan Negeri2 Melayu dan Negeri2 Selat |
MacDonald | Sir Malcolm MacDonald mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan |
Dato’ Onn | Dato’ Onn Ja’afar mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu dinamai Malaysia kerana British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu |
Kuan Yew | Lee Kuan Yew mendesak British berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja |
Tunku | 27 Mei 1961 menyetujui gagasan Malaysia dan mencadangkan pembentukkannya. |
b) Huraikan faktor-faktor sosio-ekonomi yang mempengaruhi gagasan pembentukan Malaysia?
Isi | Huraian |
Imbang | Pembentukan Malaysia adalah untuk mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum negeri anggota |
Kemerdekaan | Pembentukan Malaysai bertujuan untuk menyegerakan kemerdekaan bagi negeri-negeri anggota |
Maju | Untuk memajukan negeri-negeri yang belum membangun seperti Sabah dan Sarawak |
Dekolonisasi | Pembentukan Malaysia selari dengan dasar dekolonisasi British |
Setia kawan | Memperlihatkan kesepakatan dan semangat setia kawan antara Persekutua Tanah melayu dengan Sabah, Sarawak dan Singapura |
Pelaburan | Mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan |
Pertanian | Menggalakkan perkembangan industri pertanian |
Sumber | Kerjasama serantau dapat memanfaatkan sumber-sumber di negeri-negeri anggota |
Bahan mentah | Tanah Melayu (getah dan bijih timah), Sarawak Sabah (balak) dan Brunei (minyak) |
a). Cadangan-cadangan awal ke arah pembentukan Malaysia.
Brassey | Lord Brassey mencadangkan kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. |
Mac Donald | Malcom Mac Donal mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan. |
Dato’ Onn | Dato’ Onn mencadangkan Tanah Melayu yang merdeka dinamakan Malaysia. |
Marshall | David Marshall dan Lim Yew Hock turut mencadangkan pembentukan Malaysia. |
Lee | Lee Kuan Yew mendesak British berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. |
TAR | Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju dengan penggabungan kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk. |
Setuju | akhirnya Tunku Abdul Rahman bersetuju dengan penggabungan. |
b). Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia.
Sosialis | perkembangan pengaruh Barisan Sosialis yang mengugat kemerdekaan Singapura. |
Komunis | bimbang terhadap ancaman dan pengaruh Parti Komunis Malaya. |
Benteng | penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah dapat menjadi benteng menghadapi ancaman komunis. |
Kemerdekaan | mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah dan Singapura. |
Dekolonisasi | menjayakan proses dekolonisasi British di Asia Tenggara selaras dengan usul PBB. |
Kestabilan | dapat mewujudkan kestabilan politik di Asia Tenggara. |
Kawal | British dapat mengawal kepentingan mereka terutama pengkalannya di Singapura. |
Pasaran | mewujudkan pasaran yang lebih luas. |
Galak | menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian. |
Kerjasama | mewujudkan kerjasama ekonomi untuk memanfaatkan keistimewaan yang ada. |
Imbang | mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negara-negara anggota. |
Kesepakatan | mewujudkan kesepakatan dan semangat setiakawan antara negara anggota. |
Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 sehingga membawa kepada beberapa peristiwa penting antaranya penubuhan Akta Malaysia.
a) Apakah yang dimaksudkan dengan Akta Malaysia?
Akta yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah membentuk negara Malaysia
b) Siapakah tokoh yang memperkenankan Akta Malaysia?
Ratu Elizabeth II
c) Senaraikan pihak-pihak yang terlibat dalam meluluskan Akta Malayisa.
i) Parlimen British
ii) Parlimen Tanah Melayu
iii) Dewan Perhimpunan Singapura
iv) Majlis Undangan Sarawak
v) Majlis Undangan Sabah
d) Akta Malaysia telah memperuntukkan beberapa perkara yang telah diterima dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia. Nyatakan inti pati Perjanjian Malaysia 1963.
i) Semua urusan hal ehwal adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan
ii) Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
iii) Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan
iv) Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehinnga 10 tahun tahun selepas Hari Malaysia
v) Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan
vi) Sarawak memperolehi 24 kerusi, Sabah 15 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan parlimen dalam pilihanraya
vii) Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu
BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
LAMBANG-LAMBANG NEGARA
1. Setiap rakyat perlu menunjukkan kesetiaan, kesanggupan untuk berkorban dan kecintaan terhadap tanah air.
2. Untuk melahirkan perasaan tersebut, lambang negara telah diwujudkan.
3. Antara lambang negara kita termasuklah jata negara, bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan.
4. Tujuannya supaya rakyat sentiasa bersemangat, bersatu padu dan sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara Malaysia.
3. Antara lambang negara kita termasuklah jata negara, bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan.
4. Tujuannya supaya rakyat sentiasa bersemangat, bersatu padu dan sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara Malaysia.
JATA NEGARA
1. Setiap negara mempunyai jata negara masing-masing. Jata negara Malaysia menjadi lambang kemegahan penduduk negara ini.
2. Setiap lambang pada jata negara mempunyai maksud yang tertentu.
BENDERA KEBANGSAAN
1. Bendera kebangsaan membezakan Malaysia daripada negara lain.
2. Bendera kebangsaan berfungsi untuk membangkitkan semangat perjuangan.
3. Bendera kebangsaan berkibar megah di negara kita sebaik-baik sahaja bendera Union Jack diturunkan pada tengah malam 31 Ogos 1957.
4. Pada tahun 1949, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu.
5. Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan pada peringkat kebangsaan bagi memilih bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
6. Seramai 373 orang pereka bentuk telah mengambil bahagian dan tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat akhir.
7. Majlis Perundangan Persekutuan dan akhbar The Malay Mail menjemput orang ramai memberikan pendapat Tentang reka bentuk bendera tersebut.
8. Pada 28 November 1949, akhbar The Malay Mail telah menyiarkan keputusan majoriti orang ramai. Reka bentuk ciptaan Encik Mohamad Hamzah, arkitek kerajaan di Johor, telah terpilih.
9. Pada 22 dan 23 Februari 1950, beberapa pindaan telah dibuat terhadap reka bentuk bendera tersebut sebelum diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 19 April 1950.
10. Pada 19 Mei 1950, King George VI telah memperkenankan reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru itu.
11. Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar buat kali pertama pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI.
12. Bendera kebangsaan menimbulkan rasa bangga kita terhadap negara kita. Bendera Malaysia dikenali juga dengan nama Jalur Germilang.
13. Di Malaysia, Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan dalam majlis dan adat istiadat rasmi. Misalnya, pada Hari Kebangsaan dan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong, bendera Malaysia dikibarkan di semua bangunan kerajaan dan juga premis persendirian sebagai tanda ketaatan kita kepada raja dan negara.
14. Kita berasa menjadi lebih patriotik apabila Jalur Gemilang dikibarkan. Kita lebih bersemangat apabila setiap rakyat Malaysia menjadikan bendera kebangsaan sebagai simbol perpaduan, kebanggaan dan kedaulatan.
15. Perasaan sedemikian memang wajar tersemat dalam sanubari setiap rakyat Malaysia. Sebagai warganegara Malaysia yang baik, kita bertanggungjawab menghargai, menghormati, memuliakan dan memahami maksud yang dilambangkan oleh bendera kebangsaan kita.
LAGU KEBANGSAAN
1. Sebelum merdeka lagu kebangsaan negara kita ialah lagu kebangsaan British, iaitu God Save the Queen.
2. Lagu kebangsaan negara kita dikenali dengan tajuk Negaraku.
3. Lagu Negaraku dicipta pada tahun 1957.
4. Pemilihan lagu ini dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.
5. Pasukan Pancaragam Polis Diraja telah memperkenalkan empat buah lagu. Lagu Terang Bulan, iaitu lagu kebangsaan negeri Perak telah dipilih kerana mempunyai unsur kemelayuan.
6. Majlis Raja-Raja Melayu telah memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut.
7. Lirik lagu kebangsaan ini telah digubah semula oleh Encik Saiful Bahri berdasarkan lagu Terang Bulan.
8. Lirik lagu kebangsaan negara menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada tanah air.
9. Lirik lagu kebangsaan juga menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara.
10. Lagu kebangsaan membangkitkan semangat patriotik dan cinta akan tanah air. Semua orang bangga dengan lagu kebangsaan negara.
(a) Senaraikan TIGA lambang negara Malaysia
i. Bendera kebangsaan
ii. Jata Negara
iii. Lagu kebangsaan
(b) Berikan DUA peristiwa yang membawa kepada pengibaran bendera Malaysia
i. Hari Kcbangsaan
ii. Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong
(c) Nyatakan DUA tempat bendera Malaysia dikibarkan
i. Semua bangunan kerajaan
ii. Premis persendirian
(d) Nyatakan TIGA perkara yang digambarkan oleh lirik lagu kebangsaan Malaysia.
i. Kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada tanah air
ii. Menuntut rakyat supaya bersyukur dan taat kepada raja
iii. Sanggup berkorban demi mempertahankan negara
iv.
BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN
(a) Huraikan perkembangan ke arah pembentukanDasar Pendidikan Negara sebelum kemerdekaan negara PersekutuanTanah Melayu.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 212 – 215)
i. Laporan Barnes 1950
Barnes - Bermula dengan Laporan Barnes 1950.
Bubar - Semua sekolah vernakular dibubarkan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan.
BM - Sekolah kebangsaan dicadang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah.
BI - Di peringkat menengah dan lebih tinggi, digunakan bahasa Inggeris.
ii. Laporan Fen-Wu
Fen-Wu - Laporan Fen-Wu mencadangkan sekolah vernakular Cina dikekalkan.
iii. Ordinan Pelajaran 1952
Ordinan - Ordinan Pelajaran 1952 mencadangkan dua sistem persekolahan yang menggunakan pengantar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Sedia - Pengajaran bahasa Cina dan Tamil disediakan jika ada permintaan daripada ibu bapa.
Wajib - Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah Melayu.
iv. Penyata Razak 1956
Razak - Penyata Razak mengemukakan sistem persekolahan sama bagi semua penduduk.
Seragam - Kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan.
Umum - Sekolah Umum (rendah) dan Sekolah Jenis Umum (rendah) ditubuhkan.
Pengantar - Sekolah Umum menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar dan Sekolah Jenis Umum (rendah) menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Menengah - Sekolah menengah Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar manakala Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris.
Semua - Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah.
(b) Nyatakan langkah-langkah yang dilaksanakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 216)
DBP - Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1965.
Minggu - Melancarkan “Minggu Bahasa” dan “Bulan Bahasa” untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu.
Slogan - Melancarkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” pada 1960.
Sekolah - Menubuhkan sekolah menengah yang menggunakan pengantar bahasa Melayu.
Akta - Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan pada 1967.
Tukar - Menukarkan bahasa pengantar di sekolah menengah Inggeris kepada bahasa kebangsaan pada 1970.
UKM - Menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1977.
Pengantar - Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah bermula pada 1982.
Mahkamah - Menggunakan bahasa Melayu di mahkamah bermula pada 1990.
Berdasarkan pengetahuan Sejarah anda, nyatakan cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Penyata Razak.
Umum - Sekolah umum dan sekolah jenis umum ditubuhkan
Pengantar - Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dan sekolah jenis umum guna bahasa ibunda
Wajib - Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah
Sukatan - Semua sekolah menggunakan sukatan yang sama
Bahasa Melayu - Sek.menengah Melayu ditubuhkan dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
b) Jawatankuasa Rahman Talib diebntuk untuk mengkaji perlaksanaan Penyata Razak.Apakah perkara-perkara yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut?
Dijadikan - Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan,sek.jenis umum
dijadikan sek.jenis kebangsaan
Percuma - Pelajaran sek rendah percuma diberikan
Guna - Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diperluas
Pengantar - Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah
menengah
Islam - Pendidikan Islam diajar di semua sekolah yang mempunyai
sekurang-kurangnya 15 orang murid Islam
Ibunda - Bahasa ibunda(Cina & Tamil) diajar jika melebihi 15 murid
Awam - Semua peperiksaan awam dijalankan dalam bahasa kebangsaan
Wawasan 2020 merupakan gagasan Negara kita untuk menjadi sebuah Negara maju menurut acuan kita sendiri.Huraikan kesemua cabaran yang disebut oleh Tun Dr.Mahathir bagi merealisasikan Wawasan 2020
Bersatu - Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
Bebas - Membina masyarakat yang berjiwa bebas dan berkeyakinan
Demokratik -Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
Bermoral -Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
Matang - Mewujudkan masyarakat yang matang,liberal dan bertoleransi
Saintifik -Membina masyarakat yang maju dan saintifik
Penyayang - Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang
Adil -Menjamin sebuah masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
Makmur - Memupuk dan membina masyarakat makmur
BAB 9 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
(a) Huraikan sebab-sebab berlakunya Peranng Dunia Pertama pada 1914 – 1918.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 229 – 231)
Nasionalisme - Berlaku disebabkan kemunculan nasionalisme di Eropah.
Negara - Negara-negara kecil di Eropah bersatu membentuk sebuah negara bangsa
Jajahan - Kuasa-kuasa besar ini berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan.
Bukti - Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa besar ini sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan masing-masing.
Pakatan - Wujudnya pakatan negara-negara Eropah iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
Ekonomi - Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.
Ferdinand - Archduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya telah dibunuh oleh pengganas Serbia.
Serbia - Austria yang mendapat sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
Perancis - Jerman yang menyerang Perancis melalui negara berkecuali Belgium menimbulkan kemarahan Britain.
Britain - Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman.
Amerika - Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika turut terlibat dalam perang itu.
(b) Apakah kesan-kesan akibat Perang Dunia Pertama ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 230 – 231)
Beraja \- Tamatnya pemerintahan beraja di Eropah.
Versailles - Termerainya Perjanjian Versailles
Negara - Terbentuk beberapa buah negara baru di Eropah
Liga - Pembentukan Liga Bangsa
Inflasi - Inflasi dan pengangguran
Hutang - Tanggungan hutang yang banyak akibat perbelanjaan perang
Pasaran - Pasaran dunia dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun
Nyawa - Kehilangan nyawa yang banyak
Kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama telah menyebabkan tercetusnya Perang Dunia Kedua (1942 – 1945) dan kebuntuan penyelesaian Perang Dunia Kedua ini pula menimbulkan bibit-bibit perpecahan yang akhirnya membawa kepada kemunculan blok dunia dan Perang Dingin.
(a) Nyatakan perkara-perkara dalam Perjanjian Versailles yang menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin Jerman. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 232)
- Kehilangan tanah jajahan
- Pampasan perang yang tinggi
- Diarah mengurangkan saiz angkatan tenteranya
(b) Sebutkan kesan-kesan langsung akibat Perang Dunia Kedua.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 233 - 234)
- Negara Jerman terbahagi kepada Jerman Barat dan Jerman Timur
- Runtuhnya sistem imperialisme Barat
- Kemerdekaan satu demi satu tanah jajahan daripada kuasa-kuasa besar Eropah.
- Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
- Jumlah korban nyawa yang tinggi.
(c) Apakah maksud blok dunia ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 234)
- Merujuk kepada negara-negara yang sehaluan bersatu dan bertindak bersama untuk menjaga kepentingan ahli.
- Blok ini tampil dalam pelbagai bentuk sama ada berdasarkan aspek politik, ekonomi dan geografi.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 234 - 235)
- Ideologi dan fahaman politik yang berbeza
- Persaingan antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika dengan blok komunis yang diketuai oleh Siviet Union.
- Mahu membuktikan kekuatan masing-masing tanpa konflik senjata
- Berusaha menyebarkan pengaruh masing-masing di Eropah dan Asia.
- Mahu memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan Asia
( a ) Apakah yang anda faham dengan ‘blok dunia’
I. Negara-negara yang sehaluan yang berusaha untuk bersatu
ii. Bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli
iii. Tampil dalam pelbagai bentuk iaitu berdasarkan aspek politik, ekonomi politik.
(b) Berikan TIGA bentuk persaingan ideologi dan politik antara kedua-dua blok tersebut.
i. Kedua-dua blok ingin membuktikan kekuatan
ii. Berusaha menyebarkan pengaruh
iii. Memajukan kepentingan masing-masing di eropah
iv. Propaganda dan bantuan ekonomi
(c) Berikan dua kesan perang dingin
i. Pembentukan blok dunia
ii. Penubuhan NATO
iii. Pakatan Warsaw
iv. Pertubuhan perjanjian Asia Tenggara
v. Perlumbaan senjata
( d ) Apakah pendirian dasar luar Malaysia terhadap Blok Dunia di atas dalam era Perang Dingin.
i. Berkecuali tidak menyebelahi mana-mana Blok Dunia
ii. Mengadakan hubungan baik dengan semua Negara
iii. Bersama ASEAN mengistiharkan Zon Aman Bebas dan Bekecuali (ZOPFAN)
iv. Mengistiharkan Asia Tenggara Zon Bebas Senjata Nuklear
(a) Apakah faedah-faedah yang diperoleh Malaysia sebagai anggota Komanwel.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 242 – 244)
Pertahanan - Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel dalam menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
Bantuan - Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Konfrontasi.
Kerjasama - Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara-negara komanwel.
CHOGM - Mesyuarat CHOGM memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama.
Anjur - Menganjurkan mesyuarat CHOGM.
Langkawi - Mengisytiharkan Deklerasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi pencemaran.
Aparteid - Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap dasar aparteid.
Cukai - Eksport Malaysia ke negara komanwel dikenakan cukai yang rendah.
Colombo - Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
Sukan - Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.
SEMOGA SUKSES SPM 2011
(b) Huraikan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
(Rujuk : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 245 – 246)
Bantu - Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
Congo - Dipilih menyertai pasukan pendamai PBB menamatkan perang saudara di Congo.
Namibia - Dipilih mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan.
Iran - Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran – Iraq .
Kampuchea - Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea.
Bosnia - Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
Aparteid - Menentang dasar aparteid.
Antartika - Menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik semua negara.
Bank - Menjadi ahli Bank Dunia.
Dadah - Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah.
Agensi - Bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB.
Majlis - Dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB.
Razali - Tan Sri Razali Ismail menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB.
Myanmar - Beliau dilantik sebagai wakil PBB untuk menyelesaikan konflik politik Myanmar.
Palestin - Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan