Selasa, 13 September 2011

SEJARAH 2 (Bahagian B Asia)STPM TEMA 2


Jelaskan bagaimanakah Burma dan China menghadapi kemaraan kuasa Barat dalam tempoh tahun 1820-an hingga tahun 1840-an

Pengenalan

Perang  Inggeris-Burma  Pertama  berlaku  pada  tahun  1824-1826.  Ditamatkan  dengan  Perjanjian Yandaboo yang ditandatangani pada 24 Februari 1826. Syarat-syarat perjanjian tersebut:

1.   Arakan dan Tenesserim diserahkan kepada British.

2.   Burma dikehendaki membayar gantirugi perang sebanyak 10 juta rupees.

3.   Burma tidak boleh campurtangan di Manipur dan Cacar.

4.   British  mewujudkan  hubungan  diplomatik  dengan  Burma  dan  Konsul  British  ditempatkan  di Rangoon.

5.   Menandatangani satu perjanjian perdagangan dengan Burma yang lain secara berasingan.

-     Dari pandangan orang-orang China, peperangan 1839-42 diakibatkan oleh faktor        kemasukan candu ke negeri China.
-     Dari     pandangan     orang-orang     Inggeris,     peperangan     tercetus     kerana     prinsip-prinsip perdagangan bebas, persamaan taraf antarabangsa, dan pengiktirafan undang-undang  Inggeris bagi rakyat di China.

A.  Perang Ingggeris-Burma Pertama 1824-26

1.  Menyebabkan hubungan kerajaan British-Burma menjadi pahit/tegang. British menjalankan eksploitasi  ekonomi  dan  politik,  menyebarkan  nilai-nilai  barat  dan  agama  Kristian  ke dalam masyarakat Burma khususnya di Hilir-Burma, menyebabkan puak Mon dan Karens memberontak kerana kehilangan harta benda, kematian, dan perbelanjaan.
2.   Burma marah disebabkan kehilangan wilayah Burma Hilir.
3.   Raja Tharrawady 1837-46 telah melanggar syarat-syarat Perjanjian Yandaboo kerana perjanjian itu dianggap berat sebelah dan sebagai satu penghinaan terhadap Burma.
4.   Keengganan Raja Burma membuat hubungan dengan British menyebabkan British menarik balik Residennya dan menyebabkan masalah kedua-dua negara tidak dapat diselesaikan.
5.   Golongan pedagang British merungut sebab para pegawai, termasuk gabenor Burma memberikan layanan yang buruk. Para pedagang British pula bersikap sombong.
6.   Gabenor Jeneral India, Lord Delhousie (seorang tokoh imperialis) berasa perlu untuk meluaskan pengaruh British di Burma.
7.   Dua orang  kapten  iaitu Sheppard dan  Lewis  telah  mengadu  kepada  kerajaan  British  di  India bahawa mereka telah didenda secara tidak adil sejumlah 1,000 rupees.
8.   Gabenor Jeneral Delhousie mengarahkan Komandan Lambert untuk mendapat pampasan. Beliau menduduki Rangoon dan Pegu. (termasuk isi sebab)
9.   Kekalahan Burma menyebabkan  kejatuhan Raja Pagan Minh dan bersetuju baginda digantikan dengan Mindon Minh yang bersetuju berdamai tetapi tidak mahu menyerahkan wilayah Burma kepada British. (termasuk isi kesan)
10. SHTI menduduki Pegu dan mengisytiharkannya sebagai wilayah syarikat itu.

B.  Perang Candu 1839-42 China:

A. Masalah Perdagangan Candu:

1.   Matlamat   Inggeris   memasukkan   candu  dengan  banyaknya   ke  negeri  China  adalah  untuk mengimbangi    perdagangan    teh    dengan    negeri    China.    Pada    tahun    1839    imbangan perdagangan tidak lagi menguntungkan negeri China.
2.   Kemasukan candu telah mengakibatkan kemerosotan ekonomi negeri China   disebabkan pengaliran keluar wang  perak dari China.
3.   Kesan buruk akibat kemasukan candu yang lebih dirasakan di kalangan masyarakat    China  ialah dari segi sosial dan kesihatan akibat ketagihan dan keruntuhan akhlak.
3.1 Justeru itu Maharaja China memerintahkan Lin Tse-Hsu (Pesuruhjaya Diraja) ke Canton untuk menghapuskan perdagangan candu.
3.2 Kapten    Charles    Elliot    (Penguasa    Perdagangan    Inggeris)    telah    menyerahkan sebanyak  20,283  peti  candu  untuk  dimusnahkan  tetapi  beliau  enggan  memberi  surat akuan untuk tidak membawa masuk candu ke China. Elliot telah menyerang        Chuenpi pada     bulan November 1839.
3.3 Lord Palmerstone (Setiausaha Luar Britain) telah menggunakan isu candu ini untuk mengisytiharkan perang ke atas China.

B.. Konsep Perdagangan Terhad:
1.   Kerajaan  China  mengenakan  pelbagai  sekatan  ke  atas  perdagangan  asing  di  China.  Dasar kerajaan  China  dianggap  oleh  Inggeris  sebagai  anti-perdagangan  bebas.  Negeri  China  tidak berminat untuk berdagang  dengan negeri-negeri  lain kerana sumber-sumber  ekonominya  yang utama sudah memadai untuk keperluannya.
2.   Para  pedagang   Inggeris   berminat  untuk  melebarkan   pasaran  bagi  hasil-hasil   pengeluaran industrinya   dan   memerlukan   bahan-bahan   mentah   bagi   kilang-kilangnya    yang   sedang berkembang akibat revolusi industri. Mulai tahun 1857, kerajaan China menghadkan segala
urusan perdagangan China   dengan  negara-negara   luar  di  Canton  melalui  Co-Hong  dengan mewujudkan sekatan-sekatan seperti:
2.1 Tidak membenarkan para pedagang membawa ahli-ahli keluarga mereka ke Canton.

2.2  Memerintahkan  para  pedagang  keluar  dari  Canton  ke Macao  pada  akhir  musim perniagaan.
2.3 Mengenakan pelbagai cukai dan berubah-ubah ke atas para pedagang.

3.   Pihak Inggeris inginkan perdagangan diluaskan ke bahagian-bahagian lain di China    dengan cara bebas dan harga yang berpatutan.
4.    Dasar    perdagangan    bebas    disokong    oleh    Inggeris    bercorak    negara    kapitalis    dan perindustrian sedangkan pihak kerajaan China masih tetap dengan dasar antiperdagangan asing.

C. Hubungan Diplomatik dan Persamaan Taraf:

1.   China enggan mewujudkan hubungan diplomatik kerana menganggap negaranya        sebagai Chung-Kuo (pusat dunia) yang bertamadun tinggi warisan memerintah sejagat berasal dari dewa syurga.
2.   Kerajaan  China  menganggap  orang-orang  Barat  sebagai  Fan-Kwae  (hantu-hantu  asing)  yang tentunya mempunyai taraf kedudukan yang rendah. Malah kerajaan China menganggap  semua wakil negara Barat seharusnya  kowtow di hadapan Maharaja dan mempersembahkan  ufti sebagai tanda tunduk kepada kekuasaan kerajaan China.
3.   Kuasa-kuasa asing pula mengamalkan corak hubungan antarabangsa yang menitikberatkan taraf persamaan. Justeru itu, pihak Inggeris misalnya telah mengutuskan wakil-wakil diplomatnya pada tahun  1793  (George  Macartney)  dan  tahun  1816  (Lord  Amherst)  tetapi  gagal  mengadakan sebarang hubungan diplomatik.

D.  Sistem Perundangan dan Kehakiman Berbeza:
1.   Sistem undang-undang negeri China menganggap seseorang itu bersalah sebelum ia   sendiri (pesalah  itu)  dapat  membuktikan  kebenarannya.  Sebaliknya,  mengikut  undang-undang  Barat, seseorang itu tidak bersalah sehingalah kesalahan itu dibuktikan.
2.   Undang-undang   China   mempertanggungjawabkan    kesalahan   secara   kumpulan.   Sekiranya seseorang   yang   bersalah   tidak   dapat   dikesan,   maka   kesalahan   tersebut dipertanggungjawabkan kepada kumpulannya atau orang-orang yang berkaitan dengannya. sedangnya undang-undang Barat berpegang kepada lunas tanggungjawab individu.
3.   Tindakan   Undang-Undang    China   dianggap    kejam   dan   tidak   berperikemanusiaan    oleh pihak Inggeris sehingga menyebabkan ketegangan:
3.1 Seorang China telah terbunuh  dengan tidak sengaja oleh tembakan  seorang kelasi Barat dari kapal Lady Huges di Whampao tahun 1784. Kelasi itu dicekik sampai mati tanpa bicara apabila diserahkan kepada pihak kerajaan China.
3.2 Seterusnya   pihak   Inggeris   telah   enggan   menyerahkan   kelasi-kelasi   Inggeris yang mabuk dan lantas telah membunuh seorang China (Lin Wei-Hsi).


C.  Penutup:
-            Penerusan   masalah   hubungan   diplomasi   Inggeris-Burma   sehingga   tercetusnya   Perang Inggeris-Burma   III   dan   penguasaan   keseluruhan   wilayah   Burma   pada   tahun   1886. Keengganan   kerajaan   China   untuk   mewujudkan   hubungan   diplomatik   dan   perbezaan lunas   undang-undang    China   dan   Barat   telah   menjadi   faktor-faktor   penting   yang mengkibatkan   peperangan   China-Inggeris   tahun   1839-1842.   Isu   perdagangan   candu merupakan suatu faktor yang dijadikan punca meletusnya peperangan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...