Ahad, 25 September 2011

TEMA PENTING SEJARAH 2 2011 BAHAGIAN A(TEMA 4)


TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN
Terangkan perkembangan pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia dan jelaskan ciri-ciri kerajaan tersebut

Pendahuluan
1. pemerintahan di Malaysia adalah berteraskan prinsip demokrasi berparlimen
2. pemerintahan kerajaan Malaysia adalah ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya selaras dengan konsep demokrasi yang bermakna kebebasan bersuara atau suara rakyat

Isi

1. Perkembangan pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia (8M)
a. amalan demokrasi telah lama wujud dalam masyarakat Melayu tradisional
b. prinsip demokrasi dapat dilihat dalam Adat Perpatih yang mengamalkan prinsip muafakat keluarga,masyarakat, daerah dan juga negeri
c. sistem demokrasi berparlimen juga diamalkan dalam pemerintahan raja berkuasa mutlak
d. semasa penjajahan British pula,Dewan Undangan Negeri yang ditubuhkan adalah adalah berkonsepkan perwakilan rakyat
e. pembentukan parlimen bermula di Malaysia dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri di Perak pada tahun 1877
f. sistem demokrasi berparlimen di Malaysia hari ini adalah berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957
g. pada 16 September 1963,Kerajaan Persekutuan Malaysia ditubuhkan dan mengandungi Tanah Melayu,Singapura,Sarawak dan Sabah

2. Ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen (12M)
a) Raja Berperlembagaan
3. ketua Negara Malaysia ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang Di Pertuan Agung
4. baginda ialah raja berpelembagaan yang tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia
5. baginda merupakan lambang perpaduan, keutuhan negara dan tumpuan taat setia rakyat

b) Ketua Negeri
6. setiap negeri mempunyai ketua dengan gelaran pelbagai;
· ketua negeri Perlis digelar raja
· ketua negeri Kedah,Perak,Selangor,Kelantan,Terengganu dan Johor digelar sultan
· Ketua Negeri Sembilan digelar, Yang Dipertuan
· Ketua Negeri Pulau Pinang,Melaka, Sabah dan Sarawak digelar Yang Dipertua Negeri

c) Perlembagaan
7. Perlembagaan Persekutuan Malaysia berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu 1957
8. perlembagaan ialah rang undang-undang dasar tertinggi yang
9. menentukan corak pemerintahan sesebuah negara
10. tujuan perlembagaan untuk menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa,menstabilkan undang-undang, memelihara kepentingan rakyat dan menentukan tanggungjawab rakyat terhadap Negara
11. setiap negeri mempunyai Perlembagaan Negeri

d) Parlimen
· kuasa tertinggi dan lambang demokrasi Negara
· badan perundangan yang menggubal rang undang-undang Persekutuan
· Malaysia
· terdiri daripada Yang Di Pertuan Agung, Dewan rakyat dan Dewan Negara
· berfungsi membuat undang-undang pertahanan,hal-ehwal luar negeri,keselamatan Negara, pendidikan, kesihatan dan kewangan

Kesimpulan
· sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Negara kita menunjukkan corak kerajaan yang dipilih mengikut kehendak rakyat.
· demokrasi berparlimen dapat menjamin hak dan kepentingan rakyat.
Huraikan sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957 hingga 1963.

Pendahuluan (3/2 m)

                                Pada 31 Ogos 1957 dengan rasminya Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan setelah dijajah selama hampir 450 tahun oleh penjajah Barat dan Jepun. Selepas mencapai kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Demokrasi berparlimen ialah satu sistem kerajaan yang dipilih secara bebas oleh rakyat melalui pilihan raya dan bertanggungjawab kepada rakyat. Secara amnya, sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu  ditentukan menerusi  Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan yang terlibat ,iaitu badan perundangan (legislative), badan eksekutif (executive) dan badan kehakiman (judicial). Pengasingan ketiga-tiga badan dalam pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu disebut sebagai ‘doktrin pengasingan kuasa’.

Isi (20 m)

A.            Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan

1.                               Badan Perundangan atau Parlimen

i)             Yang Di Pertuan Agong

a.                   Raja Berpelembagaan merupakan Ketua Negara. Mereka dipilih secara bergilir-gilir pada setiap lima tahun sekali oleh Majlis Raja-raja dalam kalangan 9 orang Sultan atau Raja Melayu. Dalam melaksanakan kuasa pemerintahan, Yang Di Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

b.            Kuasa Yang Di Pertuan Agong :
·         Melantik Perdana Menteri
·         Mengisytiharkan pembubaran parlimen atau tidak memperkenankan pembubaran parlimen
·         Berkuasa memanggil parlimen supaya bersidang
·         Mengisytiharkan undang-undang tentera atau darurat dengan persetujuan Jemaah Menteri
·         Bertanggungjawab melindungi dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak
·         Mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan keistimewaan, kehormatan, kedudukan dan kemuliaan Raja-raja Melayu.
·         Mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
·         Pemerintah tertinggi angkatan tentera dan ketua agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.
·         Memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

ii)            Dewan Negara

a.                   Pada prinsipnya ia merupakan majlis tertinggi parlimen, iaitu lebih tinggi tarafnya daripada Dewan Rakyat. Tugas utamanya ialah membahas rang undang-undang yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat. Keahlian Dewan Negara terdiri daripada pelbagai golongan, iaitu mewakili semua negeri dalam persekutuan serta dilantik daripada kalangan pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

b.            Anggota Dewan Negara dikenali sebagai Senator dan berkhidmat sebagai anggota dewan selama 3 tahun dan boleh dilantik semula untuk 3 tahun lagi. Sama taraf dengan ahli Dewan Rakyat dan boleh dilantik sebagai Menteri. Mempunyai 69 orang ahli.

c.  Keahliannya dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu ahli yang dipilih oleh setiap Dewan Undangan Negeri dan bilangannya ialah 2 orang bagi setiap negeri. Tiga ahli yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong, iaitu 2 orang untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang bagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. Ahli-ahli yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dan bilangannya ialah 40 orang.

d.            Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Dewan Negara hanya berkuasa menangguhkan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan itu daripada dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda. Rang undang-undang kewangan hanya boleh ditangguhkan selama satu bulan, manakala rang undang-undang lain selama satu tahun.

iii)          Dewan Rakyat

a.                   Anggota Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat pertama kali ditubuhkan selepas pilihan raya 1959. Dewan Rakyat terdiri daripada 193 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia.

b.                  Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang dan meluluskan undang-undang. Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun dan tamat apabila parlimen dibubarkan oleh Yang Di Pertuan Agong. Seseorang ahli boleh berhenti bila-bila masa daripada menjadi ahli Dewan Rakyat dengan mengemukakan surat perletakan jawatan kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat.

c.                   Seseorang dianggap hilang kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat jika diisytiharkan sebagai seorang yang tidak sempurna akal, diisytiharkan muflis yang belum lagi dibebaskan, memegang jawatan bergaji, disabitkan dengan sesuatu kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah, gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan dan memperoleh kewarganegaraan asing secara sukarela dan membuat pengakuan taat setia kepada negara asing itu.

d.                  Jika berlaku sebarang kekosongan dalam Dewan Rakyat yang disebabkan oleh perletakan jawatan, kematian atau hilang kelayakan, maka kekosongan tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari mulai tarikh berlaku kekosongan itu di Semenanjung Malaysia atau 90 hari di Sabah dan Sarawak. Satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut. Setiap ahli Dewan Rakyat dikehendaki mengangkat sumpah taat setia kepada negara dan perlembagaan sebelum mengambil tempat dalam dewan.

2.                               Badan Eksekutif

i)             Jemaah Menteri atau kabinet

a              Badan pembuat dasar tertinggi negara yang menjalankan kuasa eksekutif. Tugas utama ialah menggubal dasar-dasar kerajaan semua perkara dan memberi arahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan melaksanakan dasar-dasar tersebut.

b.                  Diketuai oleh seorang Perdana Menteri iaitu seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan daripada sebahagian besar ahli-ahli dewan. Tugas utama Perdana Menteri ialah mengetuai kabinet, memimpin kerajaan, menjalankan pentadbiran dan menggubal dasar-dasar kerajaan.

c.                   Perdana Menteri boleh melantik Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan setiausaha-setiausaha parlimen untuk membantu beliau dalam melicinkan urusan pentadbiran kerajaan. Tugas Timbalan Perdana Menteri ialah membantu Perdana Menteri dan menjalankan tugas-tugas itu semasa Perdana Menteri bercuti atau berada di luar negara.

d.     Kementerian diketuai oleh seorang Menteri yang akan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Kementerian, pegawai kementerian dan kakitangannya yang dikenali sebagai pegawai kerajaan. Kementerian lazimnya mempunyai bahagian pusat, negeri dan daerah. Selain itu, terdapat juga kementerian yang mempunyai badan tertentu misalnya Arkib Negara Malaysia dan Muzium di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dan mempunyai Ketua Pengarah.

e.                  Perlantikan pegawai dan menjaga disiplin pegawai beberapa Suruhanjaya dilantik. Misalnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Undang-undang dan Kehakiman.
               
3.                               Badan Kehakiman

i)             Mahkamah Agong/Persekutuan

a.                   Mahkamah Agong merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia. Mengandungi Ketua Hakim Negara, kedua-dua  Hakim Besar Malaya dan Borneo serta tujuh orang hakim Mahkamah Agong. Biasanya Mahkamah Agong bersidang di dalam panel mengandungi tiga orang hakim yang dipilih oleh Ketua Hakim Negara.

b.            Antara bidang kuasa Mahkamah Agong ialah mendengar dan menentukan rayuan-rayuan kes jenayah dan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, menentukan sah undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, memutuskan pertikaian di antara kerajaan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan atau di antara negeri-negeri dan menasihati Yang Di Pertuan Agong dalam soal menguatkuasa mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

ii)                              Mahkamah Tinggi

a.            Terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo. Mempunyai kuasa pengadilan asal, rayuan dan pengawasan. Mempunyai kuasa yang tidak terhad dalam menjalankan pengadilan ke atas kes jenayah asal. Biasanya kes-kes jenayah yang terletak di luar bidang kuasa pengadilan Mahkamah Rendah sahaja dibawa kepada Mahkamah Tinggi untuk pengadilan.

b.            Mahkamah Tinggi mendengar rayuan bagi kes-kes sivil dan jenayah dari Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Mempunyai kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas keputusan semua kes sivil dan jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Rendah. Keputusan sivil dan jenayah Mahkamah Tinggi boleh dikemukakan untuk rayuan kepada Mahkamah Agong.

iii)                            Mahkamah Rendah

a.            Terdiri daripada Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu. Mahkamah Sesyen dipengerusikan oleh seorang pegawai yang digelar hakim. Beliau mempunyai kuasa pengadilan jenayah bagi semua kesalahan kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati dan penjara seumur hidup.

b.            Mahkamah ini mempunyai kuasa membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan jumlah wang yang tidak dituntut tidak melebihi seratus ribu ringgit. Mahkamah Majistret pula ditugaskan untuk mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil. Dipengerusikan oleh seorang majistret yang dilantik oleh Raja atau Yang Di Pertua Negeri bagi negeri tempat majistret itu berkhidmat.

c.             Mahkamah Majistret terbahagi kepada dua peringkat iaitu Mahkamah Majistret Kelas Satu dan Mahkamah Majistret Kelas Dua. Mahkamah Majistret Kelas Satu boleh membicarakan kes sivil yang nilai harta dalam perbicaraan tidak lebih daripada RM25,000. Dalam kes jenayah, mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kes yang hukuman maksimum bagi kesalahan itu tidak melebihi 10 tahun penjara atau dihukum denda sahaja.

d.        Majistret Kelas Dua menjalankan tugas-tugas kecil seperti menyebut kes-kes dan membenarkan jaminan. Boleh mengadili kes-kes jenayah yang hukuman bagi kesalahan itu tidak lebih daripada 12 bulan penjara atau dengan denda sahaja. Kuasa untuk menjatuhkan hukuman juga terhad iaitu tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada RM1000 atau kedua-dua sekali. 


Kesimpulan
Secara amnya, sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957 hingga 1963 adalah melalui proses demokrasi. Perlembagaan digubal untuk menjaga kepentingan dan keistimewaan semua kaum yang ada. Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yang boleh digunakan oleh kerajaan semuanya ditentukan oleh perlembagaan. Jelasnya, doktrin pengagihan kuasa tiga badan yang telah ditentukan seharusnya dipatuhi dan tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana badan tersebut.

Terangkan peranan Suruhanjaya Pilihanraya dalam mengendalikan proses pilihanraya di Malaysia

Pendahuluan (3M)

1. pilihanraya merupakan salah satu ciri penting dalam amalan Negara demokrasi berparlimen
2. Di Malaysia,pilihanraya diadakan 5 tahun sekali bagi memilih calon yang layak untuk memegang jawatan dalam pentadbiran
3. Suruhanjaya Pilihanraya merupakan badan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan proses pilihanraya di Malaysia

Isi(20M)

1. Mengendalikan pilihanraya umum dan pilihanraya kecil
a. pilihanraya umum dijalankan untuk memilih ahli dewan rakyat dan DUN
b. pilihanraya boleh diadakan serentak atau secara berasingan,di semenanjung biasanya dijalankan serentak,manakala di Sabah dan Sarawak pula berasingan
c. pilihanraya kecil akan dilaksanakan apabila berlaku kekosongan di luar musim seperti jika berlakunya kematian,perletakan atau perlucutan jawatan untuk satu-satu kawasan parlimen atau DUN.Pilihanraya akan diadakan dalam tempoh 60 hari di semenanjung,manakala di Sabah dan Sarawak dalam tempoh 90 hari kekosongan

2. Menyemak dan Mendaftar pemilih
a. menentukan kelayakan umur pengundi
b. menentukan pusat pengundi
c. menyediakan senarai semakan pengundi

3. Menyemak dan mendaftar kawasan pilihanraya
semakan dibuat mengikut persempadanan pilihanraya samada untuk parlimen atau negeri.Bagi kawasan parlimen,jumlah kawasan pilihanraya berubah mengikut keputusan semasa,manakala bagi negeri pula,bilangan ahli DUN yang mewakili kawasan mereka tidak sama antara satu negeri dengan negeri yang lain

4. Menentukan kelayakan calon dalam perkara 119 perlembagaan persekutuan
calon mestilah warganegara berumur 21 tahun ke atas
bermastautin tetap di Malaysia
sempurna akal
tidak muflis
tidak memegang jawatan kerajaan
tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah

5. Menggubal peraturan-peraturan pilihanraya
di antara peraturan yang ditetapkan seperti sebelum hari mengundi calon-calon yang bertanding dibenarkan untuk berkempen.Tempoh berkempen berbeza antara satu pilihanraya dengan pilihanray yang lain
selepas pengundian dan pengiraan undi selesai,parti2 yang menang diarah membentuk kerajaan samada di peringkat pusat atau negeri


Kesimpulan

Suruhanjaya pilihanraya merupakan sebuah badan bebas yang bertanggungjawab untuk mengendalikan pilihanraya di Malaysia dengan telus dan amanah
Huraikan perbezaan antara sistem pentadbiran kerajaan pusat dan kerajaan negeri sehingga tahun 1963


Pendahuluan (3M)

Malaysia merupakan sebuah Negara persekutuan yang terdiri daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
Kerajaan Pusat adalah lebih kuat daripada Kerajaan Negeri,namun Kerajaan Negeri juga mempunyai keistimewaan tersendiri dan tetap terpelihara identitinya

Isi - isi Penting

Kerajaan Pusat
a) YDPA
merupakan ketua di peringkat pusat
melantik Perdana Menteri daripada ahli Dewan Rakyat yang difikirkan mendapat kepercayaan dan sokongan ahli dewan itu
jemaah menteri pula akan menasihati YDPA atas semua perkara berkenaan pemerintahan,merangka dan menetapkan apa yang dibuat oleh kerajaan setelah dipersetujui oleh parlimen
jawatan YDPA dipegang lima tahun oleh setiap raja yang dipilih untuk memegang jawatan ini.Jawatan juga dipegang secara bergilir-gilir di kalangan raja Melayu dan bukannya diperturunkan mengikut keturunan

b)Perdana Menteri
dilantik oleh YDPA
merupakan penasihat kepada YDPA berkenaan pemerintahan dan harus sentiasa memberitahu YDPA apa yang perlu dilakukan oleh pemerintah
menjadi tempat menteri mengadukan masalah atau sebarang pertikaian yang timbul antara kementerian

c) Kementerian
menjalankan segala perkara yang diputuskan oleh kerajaan Persekutuan
diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh seorang pegawai setiausaha
kakitangan kerajaan akan turut membantu menjalankan kerja-kerja pentadbiran

d)Bidang kuasa
Kerajaan Persekutuan mempunyai bidang kuasa dalam hal ehwal luar negeri,keselamatan dalam negeri,kewangan,pendidikan,pertahanan keselamatan buruh dan sosial,JKR,perhubungan dan pengangkutan,perkapalan,pelayaran dan perikanan serta berkenaan orang asli

Kerajaan Negeri (10M)

a) Sultan/YDP Negeri
sultan adalah ketua di peringkat negeri,manakala negeri yang tidak mempunyai sultan diketuai oleh YDP Negeri
sultan mewarisi takhta secara turun temurun dan memerintah sepanjang hayat baginda
menjadi ketua agama islam negeri masing-masing kecuali P.Pinang dan Melaka,ketua agama Islam di negeri itu ialah YDPA
sultan tidak lagi menjadi pengerusi atau ahli majlis mesyuarat kerajaan dan tempat beliau digantikan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri

b)Menteri Besar
dilantik oleh raja daripada ahli2 DUN yang diiktiraf oleh baginda
biasanya ketua parti yang teramai pengikutnya di dalam dewan itu yang akan dipilih menjadi Menteri Besar

c)Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
ahli terdiri daripada wakil rakyat yang dipilih melalui pilihanraya
diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri
ahli Majlis yang lain akan dilantik oleh sultan atas nasihat menteri besar

d)Bidang Kuasa
kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa dalam kerajaan tempatan,perkhidmatan tempatan,undang2 islam,pertanian,perhutanan,jabatan ukur tanah,kastam tempatan dan pelabuhan

Kesimpulan (2M)
pembahagian kuasa menyebabkan tidak berlakunya pertindihan kuasa di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seterusnya memantapkan lagi pentadbiran Negara

(mana-mana yang sesuai)
British secara beransur-ansur mengubah sistem ekonomi tradisioanal kepada kegiatan ekonomi moden. Berdasarkan penyataan ini, terangkan faktor-faktor yang membawa kepada perubahan ekonomi moden itu dan huraikan kesan-kesannya sebelum merdeka
Pengenalan (3M)

1. Sistem ekonomi tradisional bercorak sara diri merupakan ekonomi di Tanah Melayu sebelum campur tangan British
2. Pengenalan sistem residen menjelang akhir abad ke 19 telah membawa perubahan dalam bidang ekonomi.
3. British mengubah sistem ekonomi tradisional kepada ekonomi moden

Isi (20M)
1. Faktor – faktor.
Keamanan yang telah berjaya dipulihkan telah mewujudkan satu suasana ekonomi Tanah Melayu yang berkembang pesat

British membawa masuk pelaburan asing untuk dilaburkan dalam sektor perlombongan dan peladangan bagi tujuan eksport

Revolusi Perindustrian – keperluan untk mendapatkan bahan mentah oleh negara perindustrian di barat

Penggunaan kapal wap – mengurangkan masa pelayaran

Pembukaan Terusan Suez – memendekkan masa dan jarak pelayaran

Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah mendorong kuasa-kuasa barat terutama British memberi tumpuan kepada Tanah Melayu

Sultan dan para pembesar bersedia menerima pengaruh dan teknologi luar

Kemasukan tenaga buruh secara besar-besaran terutamanya dari negara China dan India untuk bekerja di sektor perlombongan dan peladangan

2. Kesan :

a. Jalan raya dan jalan keretapi dibina untuk menghubungkan ladang getah dan lombong bijih timah dengan kawasan pelabuhan supaya bahan mentah dapat diangkut keluar dengan mudah

b. Kemudahan bekalan air dan elektrik disediakan dengan sebahagian besarnya tertumpu ke kawasan yang hampir dengan pusat perusahaan

c. Pembangunan infrastruktur yang terbatas pada kawasan yang terdapat kedua-dua komoditi menyebabkan wujud pembangunan ekonomi yang tidak seimbang antara negeri dengan wilayah
d. Sebahagian besar kekayaan dikuasai oleh para pemodal British dan kaum bukan Melayu

e. British membiarkan orang melayu terus kekal dalam kegiatan ekonomi tradisional

f. Dasar pentadbiran British yang berasaskan amalan pecah dan perintah telah menwujudkan pengasingan penempatan bagi ketiga-tiga kaum

g. Kewujudan masyarakat majmuk dan kepelbagaaian budaya di Tanah Melayu

h. Perbezaan fungsi ekonomi

i. Jurang kemiskinan yang luas

Kesimpulan (2M)

Selepas merdeka kerajaan menggubal pelbagai dasar bertujuan memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang di samping membentuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum

Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Pengenalan (3 markah)
• Pada akhir abad ke-19, getah diperkenalkan selepas kejatuhan perusahaan kopi dan pada abad ke-20, menjadi tanaman dagangan yang penting di Tanah Melayu.
• Sir Henry Wickham berperanan dalam perusahaan getah di TM. Getah berasal dari Brazil, benih bermutu jenis Hevea Brasiliensis.
• Di peringkat awal hanya diusahakan secara kecil-kecilan oleh pengusaha Inggeris tetapi menjelang abad ke-20 mula berkembangan disebabkan oleh faktor kejatuhan harga kopi dan permintaan getah dunia.
Isi-isi Penting (20 markah)
Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah :
1 Sumbangan H.N. Ridley
• Membuat penyelidikan cara penanaman, kesesuaian tanah dan pembekuan getah. Hasilnya telah ditulis dalam Straits and FMS Agriculture Bulletin.
• Berusaha memujuk peladang di TM menanam getah sehingga digelar Ridley Getah atau Ridley Gila.
• Memperkenalkan sistem torehan getah mengikut sistem ibedem atau tulang ikan Herring.
• Memperkenalkan cara selamat mengangkut anak-anak getah dalam arang yang lembab untuk ditanam di ladang yang baru dibuka.
2 Kemerosotan harga kopi
• Dua sebab iaitu persaingan kopi dari Brazil dan penawaran melebihi permintaan kopi di pasaran dunia.
• Penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu Beehawk memusnahkan pokok kopi.
3 Permintaan getah yang tinggi
• Rev. Perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat ; getah menjadi bahan mentah bagi pelbagai ciptaan. Contohnya di kilang-kilang automobil. Terciptanya tayar berangin oleh J.B.Dunlop. Amerika Syarikat menjadi pembeli utama getah dunia akibat perkembangan industri motokar.
• Proses Vulcanization iaitu mencampurkan belerang dan haba ke dalam getah telah ditemui oleh Goodyear. Pelbagai kegunaan dalam industri membuat kasut, alat-alat elektrik, tayar basikal, perubatan dan perabot.
• Harga getah telah meningkat sehingga mencapai tahap paling tinggi pada tahun 1910 iaitu $5.50. Orang Eropah dan Cina mula berminat dengan tanaman getah, juga diusahakan oleh pekebun kecil.
• Peningkatan permintaan tinggi syarikat pengusaha Eropah spt Guthrie, Harrison and Crossfield, Sime Darby dan Dunlop mula membuat pelaburan membuka ladang-ladang getah di negeri-negeri Melayu manakala orang Melayu mengusahakan secara pekebun kecil.
4 Dasar kerajaan British
• Kerajaan mengenakan kadar cukai tanah yang rendah iaitu 10 sen bagi 10 tahun pertama. Selepas itu dinaikkan kepada 50 sen seekar.
• Duti eksport yang rendah bagi getah iaitu 2.5 % bagi 15 tahun dan selepas itu naik 5 % itu menggalakkan pembukaan ladang getah.
• Kerajaan memperuntukan $ 4000 bagi menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan kualiti dan hasil getah. Pinjaman disediakan dengan kadar faedah yang rendah terutama bagi syarikat Eropah.
• Sistem perhubungan spt jalan raya dan keretapi dibina untuk membawa getah ke pelabuhan.
5 Tenaga buruh yang murah
• Menggalakkan kemasukan buruh asing dari India Selatan sebagai sumber tenaga ; dibawa melalui sistem kontrak dan sistem Kangani.
• Orang Eropah yang berpengalaman dalam penanaman kopi di Sri Langka telah berhijrah dan membuka ladang di NNM.
6 Penyelidikan getah secara saintifik
• 1905- Jbt Pertanian ditubuhkan, 1907- Pertubuhan Penanaman Getah .ditubuhkan untuk memperbaiki mutu dan hasil getah dan menambahkan keluasan tanaman getah.
• 1926 – Institut Penyelidikan Getah ditubuhkan untuk memajukan perusahaan getah spt penyelidikan mengeksport getah dalam bentuk cecair, kaedah torehan yang saintifik dll.

Kesimpulan (2 markah)
• Permintaan getah yang tinggi serta dasar kerajaan British yang berjaya menstabilkan politik mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di NNM. Menjelang abad ke-20, getah telah menjadi sumber pendapatan dan Tanah Melayu muncul sebagai pengeluar getah utama dunia.

Sejarah perkembangan getah di Tanah Melayu tidak secara berterusan mengalami zaman mewah tetapi juga menempuh zaman kesukaran dan kemelesetan. Terangkan kesan-kesan kemelesetan ekonomi dunia pada sekitar tahun 1921 dan 1932 terhadap perusahaan getah di Tanah Melayu.

Pengenalan
Dasar dan perhatian pentadbiran British di Tanah Melayu lebih tertumpu kepada perkembangan ekonomi moden yang membawa keuntungan besar kepada mereka
Selain bijih timah, penumpuan diberikan kepada perusahaan getah
Ketidak pelbagaian ekonomi yang ada menyebabkan apabila kemelesetan ekonomi melanda dunia sekitar tahun 1921 dan 1932, ekonomi Tanah Melayu terjejas teruk
Isi
Selepas tahun 1920 harga getah tidak begitu stabil dan sentiasa berlaku naik turun
Stok simpanan yang berlebihan dan harga yang merosot menyebabkan kerajaan British merangka skim sekatan :

1. Rancangan Sekatan Getah Stevenson 1922
mengenakan sekatan kepada pengeluaran getah
tujuannya untuk meningkatkan harga dan menstabilkan harga pada 54 sen sepaun dengan mengenakan kuota sebanyak 60% daripada jumlah pengeluaran pada tahun 1920
Pengeluaran dikawal dengan mengurangkan hari menoreh dan pengenalan sistem kupon bagi menentukan jumlah jualan getah oleh pekebun kecil
Rancangan sekatan ini tidak berjaya kerana tidak disertai oleh negara pengeluar terbesar lain iaitu Hindia Timur Belanda (Indonesia)
Pengeluaran Indonesia yang bertambah merugikan perusahaan peladangan getah di Tanah Melayu
Akibat kegagalan usaha ini Rancangan Sekatan Stevenson dibatalkan pada tahun 1928

2. Rancangan Cuti Menoreh Mei 1930
Gagal kerana pekebun kecil masih meneruskan kerja-kerja menoreh.
Bilangan pekerja di lading-ladang getah dikurangkan dan upah mereka yang tidak diberhentikan juga diturunkan

3. Peraturan Getah Antarabangsa 1934
memperkenalkan kuota eksport bagi setiap negara anggota dan menghalang negara anggota menambahkan keluasan tanah yang sedia ada untuk tanaman getah
sepanjang tempoh sekatan itu harga getah bertambah baik dan meningkat dari 20 sen sepaun pada tahun 1935 kepada 43 sen sepaun pada tahun 1937
kejayaan ini dicapai kerana hampir semua negara anggota mematuhi peraturan yang ditetapkan
menjelang tahun 1937 beberapa buah syarikat getah mula memperoleh keuntungan semula

Kesimpulan

Selepas Perang Dunia Ke 2 dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu,harapan untuk memulihkan harga getah dalam tempoh masa yang singkat terus musnah
Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan menjadi satu ancaman baru kepada perusahaan getah

Bincangkan sebab-sebab kejatuhan harga getah dan langkah-langkah mengatasinya sehingga pertengahan abad ke-20.
Pendahuluan ( 3/2Markah )
Penanaman getah bermula di Semenanjung Tanah Melayu akibat kejatuhan harga kopi pada tahun 1809. Permintaan terhadap getah amat tinggi apabila penciptaan tayar vulkanis tahun  1885 dan tayar berangin tahun 1889 membolehkan pengeluaran basikal dan motorsikal dihasilkan secara besar-besaran. Galakan H.N Ridley, selaku Pengarah Taman Bunga Singapura membolehkan tanaman getah di Semenanjung Tanah Melayu berkembang sehingga menjadi 1 juta ekar menjelang tahun 1911. Namun demikian, harga getah mengalami kejatuhan mendadak pada tahun 1920  akibat kemelesetan ekonomi dunia . Pada tahun 1930-an harga getah turun lagi dengan mendadak kesan kemelesetan ekonomi dan kesan Perang Dunia Pertama. 
  1. Faktor-faktor kejatuhan harga getah 1920an  ( 5 Markah )
1.       Permintaan getah dari Amerika Syarikat berkurangan.
-         Perusahaan getah mengalami kesukaran kerana permintaan ke atas komoditi ini berkait rapat dengan perusahaan membuat motokar dan kemerosotan ekonomi negara yang menghasilkan jentera berkenaan. Amerika Syarikat yang menggunakan kira-kira 77% pengeluaran getah dunia mula mengurangkan permintaan getah.  Ini disebabkan Amerika Syarikat masih menumpukan perhatian terhadap pengeluaran alat-alat kelengkapan perang . Walaupun Perang Dunia Pertama (1914-1918) telah tamat, tetapi kelengkapan perang masih diperlukan kerana keadaan dunia masih belum aman.
2.       Kos pengeluaran meningkat
-         Pengeluaran getah di Malaysia tidak berhenti walaupun permintaan semakin berkurangan. Perkara ini disebabkan pokok-pokok getah yang ditanam sebelum Perang Dunia Pertama mula mengeluarkan hasil. Apabila peperangan tamat pengeluaran getah menjadi terlalu banyak.
-         Harga getah menjunam jatuh dari paras $ 5.50 sepaun kepada 80 sen sepaun kerana penawaran yang terlalu banyak, sedangkan kos pengeluarannya tetap tinggi antara 40 sen hingga 50 sen sepaun.   
  1. Faktor-faktor kejatuhan harga getah tahun 1930an ( 5 Markah )
  1. Kemelesetan ekonomi dunia
-         Zaman kemelesetan ekonomi dunia berlaku lagi pada tahun 1930an. Pasaran lembab , pesanan berkurangan dan kejatuhan harga berlaku terhadap perusahaan getah.Ia berlaku kesan daripada Perang Dunia Pertama. 
-         Kemelesetan ini telah menyebabkan negara-negara pengguna telah mengurangkan permintaan. Pengeluaran getah terus bertambah dan simpanan menjadi bertimbun. Akibatnya harga getah merudum jatuh kepada 7 sen sepaun pada tahun 1932.Nilai terendah yang pernah dicatat ialah 5 sen sepaun.
  1. Kurangnya permintaan Amerika Syarikat
-    Amerika Syarikat mengeluarkan 90%   daripada jumlah pengeluaran kereta dunia pada tahun 1930-an serta menggunakan 75% hingga 80% daripada pengeluaran getah dunia. Pengeluaran keretanya telah merosot daripada 5 juta unit kepada 1 juta unit akibat kemelesetan ekonomi yang menyebabkan permintaan kereta turut merosot.
-         Oleh itu, permintaan tayar turut menurun kepada 4 juta unit dalam tahun 1932 berbanding 77 juta unit pada tahun 1928.Keadaan ini amat membimbangkan negara-negara pengeluar khususnya kerajaan British di Tanah Melayu .
-         Negara-negara pengeluar seperti Tanah Melayu, Thailand, Myanmar, Indonesia, Indo-China, Sri Lanka dan India yang mengeluarkan 98.7% keluaran getah dunia pada tahun 1934 telah berusaha mengatasi masalah ini.
  1. Langkah-langkah mengatasinya tahun 1920-an hingga tahun 1930-an ( 10 Markah )
  1. Rancangan Sekatan Stevenson 1922 hingga 1928 ( 5 Markah)
-         Pada tahun 1921 Jawatankuasa Stevenson telah ditubuhkan untuk mengkaji langkah-langkah bagi mengatasi kemerosotan harga getah, Hasilnya, Rancangan Sekatan Stevenson ditubuhkan. Antara rancangannya ialah mengawal harga getah dan mengehadkan pengeluarannya.
-         Kerajaan Tanah Melayu bersetuju mengurangkan pengeluaran getah daripada 50% kepada 35%. Langkah ini berjaya meningkatkan sedikit harga getah kepada $ 2.00 sepaun pada tahun 1922.
-         Sabah dan Sarawak juga menyertai rancangan ini atas kehendak sendiri. Mereka diberi kuota tertentu untuk mengeluarkan getah. Sabah misalnya diberi kuota pengeluaran sebanyak 60% berdasarkan pengeluaran tahun 1920.  Kemudian dinaikkan kepada 75% apabila terdapat bantahan.    
-         Rancangan ini tidak begitu berjaya kerana Belanda di Indonesia enggan menyertainya. Mereka mengambil kesempatan dengan menambah pengeluarannya pada masa ini dari 25% pada tahun 1922 kepada 40% daripada jumlah pengeluaran getah dunia pada tahun 1928.
-          Pada tahun 1928 harga getah jatuh lagi kerana lambakan bekalan di pasaran antarabangsa. Harganya jatuh semula kepada 35 sen hingga 40 sen sepaun pada tahun 1928.
  1. Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa tahun 1934-1943  ( 5 Markah )
-         Tujuan utama rancangan ini ialah mengurangkan pengeluaran dan mengawal harga getah. Antara langkah-langkah yang diambil ialah dengan menetapkan kuota eksport bagi setiap negara anggota. Tanah Melayu tidak terkecuali apabila kerajaan British telah mengenakan kuota penanaman kepada pengusaha ladang supaya mengeluarkan 60% sementara pekebun kecil mengeluarkan 40%.
-         Sabah dan Sarawak pula menyertai rancangan ini secara sukarela. Kuota pengeluaran getah oleh Sarawak ditetapkan kepada 24 000 tan pada tahun 1934 dan bertambah pada tahun 1938 kepada 32 000 tan.
-         Selain kuota pengeluaran ditentukan, bilangan hari yang dibenarkan untuk menoreh getah juga dihadkan.
-         Sistem kupon diperkenalkan bagi mengehadkan jumlah getah yang boleh dijual oleh pekebun kecil.          
 Kesimpulan ( 2/3 Markah )
Kemelesetan harga getah telah menimbulkan kesan-kesan sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Pengangguran berleluasa kerana ladang-ladang besar ditutup atau mengurangkan bilangan pekerja daripada 258 000 pada tahun 1929 menjadi 145 000 pada tahun 1942. Ramai pekerja dihantar pulang ke negara asal masing-masing. Namun demikian, pihak Inggeris memperkenalkan tanaman lain bagi menggantikan tanaman getah seperti kelapa sawit. Terdapat 64 000 ekar kelapa sawit ditanam pada tahun 1933.


Sistem pendidikan yang diamalkan pada masa kini telah mengalami banyak perubahan. Bincangkan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia sejak dari zaman penjajahan hingga kini.

Pengenalan (3M)

Pada umumnya, terdapat 5 jenis pendidikan zaman penjajahan British iaitu sekolah Melayu, Inggeris, Cina, dan India serta sekolah agama.
Semasa pendudukan Jepun, ‘sistem penjepunan’ telah cuba diterapkan dalam diri setiap rakyat Tanah Melayu
Selepas merdeka, kerajaan telah berusaha mewujudkan satu dasar pendidikan yang menjadi asas kepada pembentukan bangsa yang bersatu padu.

Isi (20M)

1. Sistem pendidikan semasa penjajahan British

Terbahagi kepada dua corak iaitu sekolah agama dan sekolah vernakular
a) Sekolah agama madrasah
pembukaan sekolah Inggeris dianggap sebagai ancaman kepada agama Islam dan budaya Melayu
Tokoh-tokoh dari Kaum Muda mempelopori pembukaan sekolah ini untuk bersaing dgn sekolah Inggeris dan vernakular Melayu
Mempunyai susunan dan organisasi lebih bersistematik berbanding sekolah pondok
Penubuhan sekolah berlaku dgn pesat antara 1920 hingga 1940. Contoh. Madrasah Al Hadi Taib, Muar (1920), Al-Ma’hadil Mahmud, Kedah (1933), Al-Manshor, P. Pinang (1939).

b) Sekolah Vernakular (Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil)
Sekolah Melayu
Kurikulum- Bahasa Melayu (Jawi), Matematik Asas, Ilmu Kesihatan, Ilmu Alam, berkebun sebelah pagi manakala sebelah petang mempelajari Bahasa Arab dan al Quran
Memberi pelajaran minimum (membaca, menulis dan mengira)
Untuk melahirkan masyarakat petani lebih baik drpd ibu bapa mereka
Contoh. Sek.Mel.Gelugur (1821), Sek.Mel.Bayan Lepas P.Pinang(1855); 2 buah di Singapura iaitu di Kg. Gelam dan Teluk Belanga(1856);dan 9 di Melaka(1858-1863)
Sekolah Cina
Kurikulum mengikut negara China.
Guru-guru, buku teks, kurikulum dan bahasa perantaraan kesemuanya dari China
Peringkat awal diusahakan secara persendirian dan dibiayai sendiri. Mulai 1901 menerima bantuan kewangan drpd kerajaan China
Mula mndapat perhatian pihak Inggeris pada 1920 (mewajibkan sekolah vernakular Cina didaftarkan) dan diberi pembiayaan mulai 1923.
Terdapat 3 peringkat: rendah(6 thn), menengah (3 thn) dan peringkat atas(3 thn)
Sekolah Tamil
Kurikulum asas kemahiran membaca, menulis dan mengira
Buku dan sukatan pelajaran serta bahasa pengantar dibawa dari India
Terbatas setakat sekolah rendah sahaja dan memakan masa 6 tahun iaitu, tahun asas selama setahun dan diikuti darjah satu hingga darjah lima
Kebanyakkan dibuka di ladang getah dan selepas 1920-an berlaku pertambahan pesat bilangan sekolah Tamil (1925-235 buah sekolah)
1930-seorang Nazir Sekolah dilantik bagi menyelia dan mengawasi sekolah Tamil.
Sekolah Inggeris
Kurikulum condong kepada negara England
Hanya terhad kpd golongan tertentu sahaja (85% penuntutnya kaum Cina dan golongan Melayu pula dari golongan atasan)
Terdapat 2 tahap – rendah dan menengah.

2. Sistem pendidikan semasa pendudukan Jepun (4M)
mata pelajaran matematik dan teknikal
tanam semangat cinta akan negara dan pemerintah
sistem penjepunan – menjepunkan orang Melayu

3. Sistem pendidikan selepas merdeka (6M)
matlamatnya untuk memupuk semangat perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum
sistem pendidikan kebangsaan yang seragam
Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, J/Kuasa Penyemak Pelajaran 1962(Abdul Rahman Talib)
Akta Pendidikan 1961

Kesimpulan
Selepas merdeka, usaha-usaha terus dilakukan untuk mengemas kini dan memperbaiki sistem pendidikan tinggalan penjajah.
Kepentingan dasar pendidikan yang bersepadu tidak dapat dinafikan menyumbangkan kepada usaha ke arah menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan membentuk identiti kebangsaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...