Selasa, 13 September 2011

SEJARAH 2 (Bahagian B Asia)STPM TEMA 1


Dasar ekonomi tertutup pernah dijalankan oleh negara Siam dan Jepun. Mengapakah ia dijalankan dan apakah kesannya.


Pengenalan

-     Dasar isolusi diamalkan oleh Siam dan China kerana tidak mahu barat campur tangan dalam politik tempatan
-     Kedua-dua   negara   ini   tidak   memerlukan   hubungan   diplomatik   kerana   menganggap menganggap pihak barat sebagai babarian dan negara mereka manjalankan aktiviti sara diri

Sebab-sebab: Siam
1.   Pertahankan kedaulatan Siam daripada penjajahan British dan Perancis
2.   Cubaan untuk menghalang campur tangan kuasa-kuasa asing
3.   Menghalang gangguan penyebaran agama kristian yang boleh menggugat kepercayaan dan         budaya masyarakat Siam.
4.   Tidak mahu keadaan yang berlaku di Burma menimpa Siam. Berlakunya peperangan dengan
      British dan kejatuhan Dinasti Konbaung
5.   Menghalang usaha penjajah untuk membaratkan Siam

Kesan

1.   Semakin kuat tekanan daripada British dan Perancis untuk mencari peluang dagangan di Siam Perjanjian Burney 1826, memeprlihatkan usaha British bagi mendapatkan konsesi kepada pedagang British dan perlindungan serta jaminan kebebasan perniagaan rakyat British.
2.   Siam dapat mengimbangi kuasa antara British dan Perancis bagi mengelakkan Siam dijajah.
Dasar  ini  dapat  mengimbangi  kuasa  Perancis,  British  dan  Burma  yg  cuba  menggugat kedaulatan  Siam. Dengan persahabatan  Siam dan layanan yg seimbang  dengan kuasa2 ini Siam dapat menyandarkan dirinya bagi mendapatkan bantuan dgn sesiapa yg dikehendaki.
3.   Siam berupaya untuk mengekalkan budaya dan kepercayaan masyarakat. Pengekalan institusi Raja dan peranan golongan istana membolehkan Siam membentuk peradaban mereka sendiri tanpa pengaruh lain-lain pihak.

Jepun

1.   Pertahankan  kedaulatan Keshogunan Tokugawa  daripada ancaman golongan Daimyo yang bermusuhan
2.   Satu cara Tokugawa dapat menghalang pengaruh luar daripada bersubahat dengan musuhnya dalam negeri
3.   Menghalang tersebarnya ajaran Kristian yang boleh mengikis kepercayaan Shintoisme.
4.   Menghalang Jepun daripada pengaruh proses pembaratan



Kesan

1.   Tekanan daripada Commodore Perry dan membawa ugutan daripada Presiden AS.

  Commodore Perry mengugut akan menyerang Jepun dengan kapal perang jika  Shogun tidak membuka pintu kepada pedagang barat terutama AS. Sebagai kesannya ia menjadi ancaman kepada kedudukan Shogun dan menyebabkan regimnya jatuh.
2.   Pengekalan kuasa Tokugawa selama 250an tahun.

  Tokugawa  dapat  mengekalkan  pemerintahannya  daripada  gugatan  Daimyo2  lain  & menghalang    berlakunya    pemberontakan    dan    pemuafakatan    untuk    memberontak menentangnya
3.   Keupayaan untuk menyekat penyebaran pengaruh Kristian dan pengaruh Barat

Kesimpulan

-     Kedua-dua negera gagal mempertahankan dasar isolasi kerana tekanan arus imperialisme barat
-     China di buka secara paksaaan melalui perang manakala Jepun dibuka lebih lunak melalui
perjanjian Kanagawa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...