Selasa, 13 September 2011

SEJARAH 2 (Bahagian B Asia)STPM TEMA 3


Bandingkan pendekatan pemulihan kuasa di bawah gerakan Islah di China dengan pemulihan
Meiji di Jepun.

Pengenalan
1.   Gerakan  Islah  bermula  di  China  di  bawah  pemerintahan  Maharaja  Tung  Chih  (Chung  – Hsin)   pada   tahun   1862   sempena   dengan   pelantikan   baginda   sebagai   Maharaja.   Beliau memerintah  China dari tahun 1862 hingga 1875.
2.   Manakala  Pemulihan  Meiji   di  Jepun  bermula  pada  tahun  1868  berikutan  dengan  runtuhnya kerajaan  Tokugawa  pada  tahun  tersebut.  Maharaja  Meiji  memerintah  Jepun  sehingga  tahun
1912.
3.   Kegagalan kedua-dua kerajaan menghadapi tekanan kuasa Barat ini memperlihatkan  bahawa kedua-dua  negara  itu  berada  pada  kedudukan  yang  lemah  dari  segi  politik  dan  ketenteraan berbanding kuasa Barat.
4.   Hal ini yang menyebabkan kedua-dua kerajaan berusaha untuk memulihkan kuasa .

B.   Gerakan Islah

1.   Gerakan  Islah dipelopori  oleh  pegawai-pegawai  kanan  kerajaan  Manchu  atas  nama  Maharaja Tung Chih yang masih kecil ketika itu. Para pegawai konservatif menyedari   negara   China   dan kerajaan Manchu telah berada di ambang keruntuhan. Oleh sebab itu, suara proses pemurniaan dan pembangkitan semula harus dilakukan  ke atas pelbagai  institusi  dan  jentera  pemerintahan negara.
2.   Pada pandangan mereka,  kelemahan yang dihadapi oleh China adalah berpunca dari  terhakisnya unsur-unsur  murni  warisan  tradisi  China  yang  berteraskan  kepada  konfusionisme.  Hal  ini menyebabkan  kerajaan  China  tidak  berupaya  menghadapi  orang  Barat  dan  kerajaan  pula menjadi semakin tidak berkesan untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat.
3.   Lantaran   itu,   institusi   dan   jentera   pentadbiran   hendaklah   dibangkitkan   semula.   Proses pemulihan  semula  unsur  tersebut  akan  dilengkapi  dengan  pemakaian  sains  dan  teknologi Barat untuk mengukuhkan angkatan tentera bagi menghalau kuasa Barat dari negeri   China.
4.   Semasa  proses  pemulihan  ini,  unsur-unsur  tradisi  Konfusion  dimantapkan  semula  melalui pelbagai   langkah  pembaharuan   dalam  sistem  pendidikan   dan  penyusunan   semula   sistem pentadbiran.   Di  samping  itu,  ia  diikuti  dengan   usaha  pemodenan   secara   terbatas   dalam
beberapa  bidang  seperti  ketenteraaan  dan  perindustrian  yang  dilaksanakan  melalui  program Gerakan Menguatkan  Diri. Pemulihan  ini mengukuhkan  kagi kedudukan  golongan konservatif dalam kerajaan China. Ini menyebabkan tentangan terhadap proses pemodenan berterusan.
5.   Pemulihan  ini berbeza  dari segi cara mencapai  matlamat  dengan Pemulihan  Meiji. Pemulihan di bawah  gerakan  Islah bukan bertujuan  untuk  membina  masyarakat  atau negara  China  baru berasaskan garis kemodenan Barat, tetapi mengukuhkan kedudukan China dalam rangka sistem tradisional Konfusion. Ini kerana para pelopor pemulihan ini masih     berpegang     kuat     kepada keunggulan tradisi China dan mereka menolak unsur-unsur   kemodenan    Barat,    kecuali    yang berkaitan  dengan  ketenteraan.  Hanya  setelah  China  kalah  kepada  Jepun  dalam  perang  tahun
1898  barulah   kepercayaan   tersebut   mula  berubah   dan  usaha  ke  arah  pemodenan   diberi perhatian yang lebih serius.

C. Pemulihan Meiji

1.   Para  pelopor  Pemulihan  Meiji  diterajui  oleh  pemimpin  suku  Satsuma  dan  Chosu  berjuang untuk meruntuhkan kerajaan Tokugawa yang selama tiga setengah abad memegang teraju pemerintahan   di  Jepun.Walaupun   Maharaja   masih  menduduki   takhta  pemerintahan,   tetapi baginda  tidak ada kuasa dan dikekalkan  sebagai simbol sahaja. Oleh itu perjuangan  golongan tersebut  adalah  bertujuan  untuk  memulihkan  semula  kedudukan  Maharaja  sebagai  autoriti tertinggi negara.
2.   Para pelopor pemulihan melihat kerajaan Tokugawa sudah tidak berkeupayaan lagi memerintah.Tindakan  menandatangani  perjanjian  dengan  kuasa  Barat  menjejaskan  kedaulatan  Jepun  dan mendedahkan negara itu kepada pelbagai bencana ekonomi.
3.   Kerajaan   Tokugawa   gagal   mengatasi   ekonomi   dalam   negeri   yang   menyebabkan   petani memberontak    dan keadaan politik menjadi tidak stabil lagi. Oleh itu, satu cara untuk menyelamatkan  Jepun ialah dengan memulihkan kedudukan Meiji. Pada awalnya para pelopor pemulihan mengamalkan sikap anti Barat. Selain memulihkan kuasa maharaja mereka juga mahu menghalau orang Barat dari Jepun.
4.   Melihat  kepada  sikap  anti  Barat  itu,  tidaklah  dijangkakan  bahawa  setelah  mereka  berjaya menjatuhkan  kerajaan  Tokugawa,  Jepun  akan  melalui  proses  pemodenan  yang  begitu  pesat. Tetapi fleksibiliti sikap para pemimpin pembaruan itu, menyebabkan cara mereka mengukuhkan semula kedudukan politik dan kedaulatan Jepun berbeza dengan cara pelopor di China.
5.   Setelah  para polopor  memulihkan  kuasa  maharaja,  mereka  mula  membuat   perubahan  secara drastik dan menyeluruh ke atas sistem pentadbiran, institusi p[olitik dan sistem pendidikan dan
ekonomi berasaskan cara barat. Banyak unsur tradisi yang tidak bersangkutan  dengan institusi kemaharajaan dan sistem kepercayaan Shinta telah dibuang.
6.   Para pelajar dan pemimpin  telah dihantar  ke negara-negara  Barat untuk mempelajari  kaedah- kaedah pemerintahan, sistem ekonomi dan sains serta teknologi barat. Golongan konservatif telah diketepikan.
7.   Para cendekiawan  yang mempunyai latar belakang pendidikan barat mula memainkan peranan penting. Mereka bukan sahaja mengisi jawatan   penting di dalam kerajaan, tetapi juga menjadi penggiat utama dalam pendidikan, perniagaan dan perindustrian.
8.   Dalam tempoh 44 tahun era pemerintahan Meiji, Jepun mengalami proses perubahan yang sangat drastik sehingga ahli sejarah menyifatkan Pemulihan Meiji itu sebagai satu revolusi dalam sejarah Jepun.  Ahli  sejarah  juga  menyifatkan  tahun  1868  sebagai  titik  tolak  kepada  perkembangan sejarah negara Jepun moden.


D.  Kesimpulan
Walaupun dari segi matlamat kedua-dua pemulihan itu hampir sama, tetapi  cara para pemimpin kedua-dua   negara   hendak   mencapai   matlamatnya   berbeza.Di   China,   kepercayaan   kepada keunggulan warisan tradisi Konfusian dalam mengatasi masalah kehidupan bernegara masih tebal walaupun  China telah berhadapan dengan ancaman Barat hampir tiga dekad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...